Dr Novandri Hasan Basri
Penulis ingin merujuk kepada tuduhan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri yang juga negarawan Singapura, Lee Kuan Yew di dalam satu forum sempena mesyuarat Bank Dunia-Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di Singapura pada 15hb September 2006. (Reuters, Utusan Malaysia 16hb September 2006)
Di forum tersebut, Lee Kuan Yew telah berkata bahawa kedua-dua negara jiran Singapura iaitu Malaysia dan Indonesia mempunyai masalah dengan penduduk Cina di negara masing-masing! Tambahnya lagi, orang Cina di negara-negara ini telah dipinggirkan secara sistematik kerana mereka berjaya dan rajin!
Kita pasti akan kecewa dan marah dengan tuduhan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Singapura itu mengenai negara kita. Persoalannya, siapalah beliau yang berani menconteng arang ke muka kita ini? Apakah kerana kita telah bersetuju untuk tidak meneruskan projek jambatan di Selat Tebrau maka kini beliau menganggap bahawa rakyat Malaysia berada di bawah telunjuk beliau dan begitu senang dieksploitasikan menjadi satu ugutan kepada rakyat Singapura agar terus menyokong parti PAP?
Yang pastinya, Lee Kuan Yew telah mengguris hati dan tidak menghormati kita dan Malaysia. Beliau telah merendah-rendahkan martabat kita semua terutamanya kaum Cina di Malaysia dengan dakwaan sengkel beliau itu. Padahal, hakikatnya kaum Cina di Malaysia turut bersama-sama berkongsi kemakmuran negara dan mempunyai ruang yang sangat luas di dalam semua sektor yang sedia ada di Malaysia. Dan tidak ada definasi ‘systematically marginalized’ di dalam fikiran kita dan juga kerajaan yang memerintah Malaysia.
Ironinya, bukankah beliau yang sebenarnya menggunapakai istilah tersebut di dalam meminggirkan kaum bukan Cina di dalam hariki ketenteraan negara beliau? Bukankah beliau yang cuba memadam pergorbanan dan kewujudan kaum Melayu di dalam sejarah negara Temasik?
Maka di sini saya menyeru kepada pemimpin-pemimpin kaum Cina seperti parti MCA, parti Gerakan, Suqui, Dong Jiao Zong, suratkhabar-suratkhabar berbahasa Cina dan persatuan-persatuan Cina bukan kerajaan agar bersama-sama menyuarakan rasa kecewa kita terhadap fitnah yang dilontarkan oleh Lee Kuan Yew itu.
Inilah masanya rakyat Cina di Malaysia bangkit untuk mempertahankan maruah negara yang kita cintai ini daripada diperbudak-budakkan oleh negara jiran kita! Dan jika kita turut kecewa, pastinya di sepanjang minggu ini, ramai pemimpin kaum Cina akan tampil ke hadapan dan menyuarakan rasa kecewa mereka serta membidas sekeras-kerasnya tuduhan liar tersebut. Pastinya kita semua akan menolak tohmahan bahawa kaum Cina di Malaysia dipinggirkan secara sistematik seperti yang didakwa oleh Lee Kuan Yew.
Pokoknya, kita mahu Lee Kuan Yew memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia di atas ketelanjuran belaiu itu dan kita berharap agar beliau tidak lagi mengulangi kenyataan sempit itu! Dan juga kita berharap agar beliau tidak mengaitkan masalah Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan orang Cina Singapura dengan rakyat Malaysia dan negara jiran mereka yang lain.
Nampaknya kenyataan beliau itu seperti mahu menakut-nakutkan rakyat Singapura dan beliau berharap tuduhan murahan itu akan memastikan rakyat Singapura terus menyokong parti PAP.
Friday, September 22, 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)
ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.
-
Rupa-rupanya, masih ada yang bangang menganggap ribut kencang di Pulau Pinang sebentar tadi berlaku di bangunan UMNO Jalan McCalister sahaja...
-
MiM ucapkan tahniah kepada kerajaan Persekutuan BN kerana mengambil berat kepada penjawat perkhidmatan awam dengan penambahbaikan skim perkh...
-
Rupa-rupanya, bencana alam yang menyebabkan rod penebat kilat setinggi hampir 20 meter di Menara UMNO di Jalan Macalister tumbang akibat rib...
-
Individu terakhir yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Halim Mu'adzam Shah menyerah diri di Ibu P...
-
Rupa-rupanya, rakan MiM, Ungku Salleh Ungku Jamal, Ketua Pemuda UMNO Selangor telah difitnah oleh seorang blogger dan Facebooker. Dek kera...
-
Sebelum ini, kumpulan yang dinamakan Suara Rakyat 505 yang diketuai oleh CheguBard dari SAMM telah dimalukan dan diperbodohkan oleh kepimpin...
-
Al-Azharri Siddiq - Dalam bahagian kedua ini, saya akan menjurus kepada "Surat Perjanjian" oleh Anwar Ibrahim, Jusuf Kalla dan DS ...
-
AIDC - Satu lagi media Indonesia, Waspada Online meletakkan tajuk kecurigaan tentang kenyataan Anwar, dengan meletakkan tanda soal, “SBY un...
REFERENCE WAJIB
-
-
-
-
Welcome Back MN2!19 hours ago
-
-
-
PM pasca Perhimpunan Agung Umno5 days ago
-
-
-
