JOIN FACEBOOK DR MIM

Thursday, May 29, 2008

Isu Islam Hadhari : Dimanakah Suara Perasminya?

Dr Novandri Hasan Basri

Seperti dijangkakan, isu pengharaman program yang berkonsepkan Islam Hadhari di Selangor dan Pulau Pinang tidak ditangani dengan sewajarnya oleh Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet yang beragama Islam.

Seperti dijangkakan, kelantangan suara pemimpin-pemimpin yang diharap-harapkan tidak kedengaran, malah isu pengharaman ini seperti satu perkara yang kecil dan tidak penting.

Yang kedengaran sekarang ialah suara-suara yang lemah dan tidak mungkin mampu menggegarkan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. Tercuit pun mungkin tak mampu.

1. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali itu menunjukkan beliau kemungkinan ketinggalan dari segi kefahaman prinsip tersebut. (Utusan Malaysia, 28hb Mei 2008)

2. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad berkata, tindakan kerajaan Selangor itu merupakan perkembangan yang tidak sihat untuk politik negara dan orang Melayu. ''Keputusan kerajaan negeri itu lebih kepada retorik politik. Mereka sekadar pandai menolak tetapi tidak mengemukakan alternatif lain yang boleh membetulkan salah faham masyarakat mengenainya,'' katanya. (Utusan Malaysia, 28hb Mei 2008)

3. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tanggapan bahawa Islam Hadhari tidak diperlukan di Selangor ialah pendapat kerajaan campuran Selangor semata-mata. "Itu adalah pendapat dia (kerajaan campuran Selangor). Dia hendak politikkan Islam Hadhari. Kita sudah jelaskan Islam Hadhari merupakan satu konsep pembangunan tamadun yang terancang. "(Utusan Malaysia, 27hb Mei 2008)

4. Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) tetap meneruskan program Islam Hadhari yang dirancang untuk kerajaan Selangor bernilai RM24 juta sepanjang tahun ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz, hari ini (Berita Harian, 28hb Mei 2008)

5. Datuk Pirdaus, Exco Pemuda Malaysia berkata kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang yang turut ditunjangi Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu berasa takut dan terancam dengan pendekatan Islam Hadhari ini. "Mereka sepatutnya perlu lebih takut kalau mereka tidak mampu menunaikan janji-janji pilihanraya mereka. "Islam menegaskan siapa yang membuat janji dan tidak melaksanakan janji tersebut maka mereka tergolong dalam golongan yang munafik", ujarnya. (web Pemuda UMNO Malaysia, 27hb Mei 2008)

Ulasan

Penulis mungkin terlepas pandang tetapi sehingga saat ini (29hb Mei 2008, 8.30 malam), penulis tidak dapat mencari sebarang kenyataan Perdana Menteri mengenai isu pengharaman program yang berkonsepkan Islam Hadhari!

Islam Hadhari yang dirasmikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak dipertahankan oleh beliau sendiri? Kenapa ? Why ?

Mungkin para pembaca sekalian telah mengikuti ulasan Pak Lah mengenai isu ini. Jika ada, penulis harap informasi itu dapat dikongsi bersama-sama di dalam blog ini.

Jika tidak ada, kenapa ? why ?

Jika ada, kenapa begitu lambat untuk membuat ulasan? Apakah pengharaman program berkonsep Islam Hadhari merupakan satu perkara remeh yang tidak akan mengganggu gugat akidah dan persepsi rakyat mengenai agama Islam?

Apakah haram bagi satu pihak dan halal bagi satu pihak yang lain, begitu normal? Apakah dengan mengatakan bahawa isu ini berbau politik, maka failnya ditutup dan kerajaan campuran Selangor tidak perlu diajar?

Dalam masa yang sama, penulis ingin juga melihat sama ada Datuk Dr Hassan Mohamed Ali benar-benar jujur untuk ‘membetulkan’ sebarang persepsi umat islam dan bukannya untuk tujuan politik PAS.

Sebagai permulaannya, beliau boleh menegur Datuk Hj Hadi Awang kerana mempelopori Hukum Dewan Ulamak PAS Kelantan yang dikeluarkan pada Ogos 1963. Hukum itu mengatakan, ‘Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir dan haram.’

Jika beliau dapat melakukan perkara tersebut, arahan Datuk Dr Hassan Mohamed Ali di Selangor adalah valid, jujur dan mesti diterima oleh semua pihak termasuk kerajaan pusat. Jika beliau berdolak-dalih, arahan beliau itu memang berbau politik dan menyetujui pandangan Jakim, Yadim dan Datuk Seri Najib Razak.

Kekeliruan

Dari perspektif yang berlainan, rakyat sebenarnya tidak boleh dipersalahkan jika tidak faham, atau tidak menerima Islam Hadhari itu sendiri. Ulasan-ulasannya tidak konkrit, rumit, berjela-jela dan akhirnya menambahkan lagi kekeliruan kepada semua pihak.

Penulis bernasib baik kerana masih menyimpan sebuah buku yang bertajuk ‘Islam Hadhari & Pembangunan Umat’ yang diterbitkan pada tahun 2004, terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia.

Untuk membuktikan bahawa ulasan-ulasan daripada sumber-sumber utama telah menimbulkan kekeliruan, di dalam topik ‘Islam Hadhari & Pembangunan Umat’, penulisnya telah menerangkan bahawa:-

‘Islam Hadhari atau al-Islam al-Hadhari bermaksud Islam civilize yang bersifat progresif dan maju, bukan lagi persembahan Islam dalam bentuk tradisional yang bersikap bertahan (defensive) atau hanya beramal dengan apa yang ada atau hanya ulangi apa yang telah ada sepanjang hayat.’

Persoalannya, sejak bila pula terdapat Islam yang berbentuk tradisional dan civilize? Realitinya, Islam adalah agama yang tidak akan lapuk dek masa, sentiasa relevan dan sahih sehingga ke hari kiamat. Tidak ada tradisional atau civilize di dalam Islam itu sendiri, cuma umatnya sahaja.

Umat Islam memang ada yang tradisional atau civilize atau pun apa sahaja perkataan bombastik yang mahu digunakan oleh penulis tersebut. Tetapi Islam tetap yang satu dan tidak ada pecahan-pecahannya. Maksudnya, Islam mesti diterima secara keseluruhannya termasuk sejarah silamnya, pengajarannya dan segala-galanya.

Penulis tersebut turut mengatakan bahawa,

Gagasan Islam Hadhari itu adalah gagasan politik semasa yang timbul dari kreativiti para pendukung dan pemimpin-pemimpin politik khasnya UMNO bagi menyegarkan lagi pembangunan masyarakat dan negara berasaskan Islam.’

‘Ini membawa erti bahawa tajuk ini perlu diteropong dari senario politik semasa itu dengan mengambil kira beberapa persoalan seperti sejarah dan pemikiran, keperluan dan tuntutan kepada istila itu.’

Persoalannya, sejak bila pula Islam Hadhari itu merupakan satu gagasan politiik? Dan apakah yang mahu disegarkan pembangunannya, Islam atau umatnya?

Kenyataan yang berbunga-bunga oleh penulis tersebut pastinya menambahkan lagi kekeliruan kita semua. Penulis tersebut cuba tidak mempolitikkan intonasi pengertian mengenai Islam Hadhari tetapi gagal dan ini akan menyebabkan sesetengah pihak beranggapan bahawa Islam Hadhari turut merupakan mainan politik UMNO.

Dan untuk pengetahuan para pembaca sekalian, salah seorang pencetus idea Islam Hadhari itu ialah Datuk Hj Nakhaie Hj Ahmad, Yang Dipertua YADIM. Patutlah beliau merupakan salah seorang yang pertama mengulas mengenai isu pengharaman program berkonsep Islam Hadhari, satu respon segera yang patut dipuji.

Penulis teringat di masa ceramah mengenai “Islam Hadhari & Pembangunan Umat” yang diadakan di Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada tahun 2005. Semasa sessi soal jawap, penulis telah bertanya kepada penceramah tersebut. Soalan penulis mudah iaitu :-

“Jika kita boleh memutarkan kembali masa dan kembali ketika perbincangan kerangka Islam Hadhari oleh pihak YADIM dan Penasihat Agama Perdana Menteri, Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK), apakah kita masih mahu menamakannya Islam Hadhari atau pun Umat Islam Hadhari?”

Penceramah tersebut berkata bahawa nama itu tidak penting dan yang penting ialah pengertian mendalam dan mempraktikkan 10 perkara asas yang didokong di dalam Islam Hadhari.

Penulis berkata lagi,

“Ya betul. Tapi bukankah umatnya yang perlu di ‘hadhari’kan dan bukan agamanya? Hadhari tu pada umatnya kerana Islam tetap Islam, umatnya yang berubah-ubah dan perlu diubah.”

10 comments:

  1. A.kum Dr,

    1. First time I datang blog Dr.

    2. Islam hanya satu sahaja. Jangan kita kelirukan dan menyusahkan kefahaman terhadap Agama Islam.

    3. Jika nak sangat 'Hadhari' elok hadharikan...Ahli Umno, Pemimpin Umno dan Politik Umno.

    http://sukj.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Islam sediada adalah cukup sederhana
    Beberapa konsep hadhari itu telahpun termaktub didalam ugama Islam, jadi kenapa pulak nak namakan ia dengan Islam Hadhari?

    Patutnya kerajaan meningkatkan kefahaman tentang ugama Islam, bukan memperkenalkan ia seoalah-olah ia satu Mazhab baru uagam Islam, konon-kononnya pengamalan ugama cara sederhana?

    boleh tuan jawab samada betul bahwa antara akhlak Hadhari ialah:

    (1) Perempuan tidak wajib memakai tudung. Berapakaian cara barat, contohnya bagi perempuan, baju tanpa lengan yang menampakkan ketiak itu halal

    (2) Kehidupan yang dipenuhi dengan hiburan, muzik dan bercampur gaul antara lelaki dan perempuan seperti mana konsert jom heboh itu adalah cara hidup hadhari.

    ReplyDelete
  3. Mari kita bergaduh lagi..

    Jangan bergaduh dengan Cina India, bergaduh dengan Melayu.

    Jangan bergaduh sesama Kristian dan Hindu Buddha, tapi sesama Islam.

    Mari kita bergaduh...sampai 'tauke' kita ketawa tengok kita bergaduh.

    Siapa tauke ? orang nak ambik negara kita dari orang Islam.

    Kenapa ? sebab Malaysia sahaja negara paling hebat di Nusantara.

    Tak percaya? tengok peta dunia bahagian Asia Nusantara dan KDNK mereka ..

    Cepat cepat bergaduh lagi...senang kita mula hilang kuasa.

    Nak lagi ?? fikirlah sendiri

    ReplyDelete
  4. asalamualakum dr,

    if you as an umno leader confuse than you must know the rakyat is more confused. this is a caca merba policies, as a doctor you must cut this gangrene..please

    ReplyDelete
  5. Tun M kata islam hanya satu tak ada hadari ka apa ka tak perlulah nak di tokok tambah....buatlah program islam yang syumul seperti di kelantan hidupkan masjid-masjid, surau-surau dan majlis-majlis ilmu melalui inilah islam dapat berkembang, peruntukan RM24 juta daripada jakim itu patut digunakan untuk menbantu sekolah agama rakyat yang hidup segan mati tak mahu di era pemerintahan BN

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Saya bersetuju dengan pendapat saudara. Sewajarnyalah gelaran itu patut dipanggil umat Hadhari dan bukannya Islam Hadhari.

    Ini kerana Islam itu, tetap di dalam kerangka yang asal (selagi umat Islam terus berpegang kepada Al- Quran) dan ianya tidak akan mengalami sebarang perubahan sedikitpun.

    Apa yang mengelirukan orang Islam ialah kemasukan nama Hadhari ke dalam Islam, maka wujudlah kekacauan yang mengakibatkan umat Islam bertambah keliru dan celaru.

    HESMEL FAZNEE FAISAL

    ReplyDelete
  7. salam...

    Islam HADHARI atau Islam ada HAD dan ada HARI..

    Islam itu dah cukup Hadhari dah.Sejarah dah membuktikan.Apa yang saya dapat lihat dari masalah ini adalah umat islam hari ini gagal memahami islam secara detail.Islam adalah panduan atau acuan.jadi islam pergi mana, dengan sape kat mana pun islam tetap sama kerana acuan nya hanya satu..islam tetap islam..
    jadi bila kejahilan menguasai diri, masing2 keluar dengan acuan masing2..ada yang liberal lah, modern lah..hadhari lah..tapi masing2 mengaku islam..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kepada respons para pembaca sekalian.

    SUKJ, saya telah link blog saudara. Terima kasih.

    Puan Hamidah, jawapan kepada kedua2soalan itu ialah itu bukan akhlak Islam.

    Panglima Perang Cyber, terima kasih kerana sudi melayari blog ini. & terima kasih kerana sudi memberi komen. Harap ini bukan yang terakhir kerana saya sentiasa mengikuti ulasan saudara....simple, straightforward & pedas tapi perlu diterima.

    Saya bersetuju dengan ulasan mat_terab & il_capitano.

    & selamat datang kepada saudara Hesmel & tq kerana sudi melayari blog.

    Terima kasih dan terus berikan pandangan-ulasan....perjuangan belum selesai.

    ReplyDelete
  9. saya memang keliru tak tahu mana yang betul dan mana yang salah, nak sokong umno, nanti timbul pasal undang2 islam sebab malaysia tak amalkan al-quran dan hadis kecuali bab nikah kahwin, apakah tak boleh dibubarkan makamah sivil dan digantikan dengan makamah syariah, nak sokong pas diaorang cakap tak boleh bersengkongkol dengan kafir tapi dengan dap macam mana.

    http://mohdpaizal.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Saudara, saya telah disyorkan untuk membaca blog saudara untuk menilai pandangan saudara dan rakan2 seangkatan.

    Setelah mengikuti perkembangan dari masa ke semasa mengenai apa yang dinukilkan di blog saudara, saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dengan apa yang saya dapati terlalu menjurus kepada isu 'Melayu' dan 'UMNO'.

    Kita kan semua makhluk Allah swt. UMNO ke, PKR ke, DAP ke, Melayu ke, Cina ke - tujuan dijadikan kita ni supaya berkenal-kenalan, dan menghubungkan silaturrahim dan bukannya untuk membeza-bezakan. Kita seharusnya membuat penilaian diri sendiri sebelum kita menilai orang lain.

    Di sisi Allah swt, yang membezakan antara satu insan dengan yang lain HANYALAH iman dan taqwa dan bukannya Arab, Melayu, Cina, UMNO, PAS, PKR.

    Pandangan ikhlas.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.

.