Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Wednesday, July 09, 2008

Anwar Ibrahim vs Saiful Bukhari

Dr Novandri Hasan Basri

Drama skandal seks DS Anwar Ibrahim telah masuk ke bab saling tuduh-menuduh. Anwar Ibrahim telah mengemukakan laporan kepada Jabatan Agama Wilayah Persekutuan hari ini.

Manakala, Saiful telah menghantar e-mel kepada TV3 yang mencabar Anwar Ibrahim supaya bermubahalah di depan ulama.

The STAR

KUALA LUMPUR 9-7-08: Datuk Seri Anwar Ibrahim has lodged a report at the Federal Territory Religious Department against Mohd Saiful Bukhari Azlan saying the 23-year-old former aide has falsely accused him of fornication.

He made the report under Section 41 Qazaf (false accusation) of the Federal Territory Syariah Criminal Offence Act 1997.

Under Section 42, if someone accuses another person of fornication “without providing four male witness or the iqrar (oath) of the person who is accused” the accuser has committed an offence in which he (the accuser) can be fined up to RM5,000 or jailed up to three years or both. - The STAR

Dan ini pula adalah e-mel Saiful kepada TV3.

Kandungan emel Saiful Bukhari Azlan yang dihantar ke TV3.
08-07-2008 08:33:57 PM

From: Saiful Bukhari [..........]
Sent: Tuesday, July 08, 2008 4:41 AM
To: newsSubject: Bermuhabalah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Rakyat Malaysia,

Dengan ini, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan ingin mencabar Anwar Ibrahim supaya BERMUBAHALAH di hadapan para ulamak.

Kepada Rakyat Malaysia yang dikasihi, Ingin saya tegaskan disini bahawa isu ini adalah ISU PERIBADI antara saya dan Anwar.

Saya harap agar seluruh rakyat Malaysia bertenang dan tidak termakan dengan taktik kotor si MUNAFIK yang sedang dalam kelemasan ini. Saya terima segala tohmahan dengan hati terbuka dan tidak sesekali mempersalahkan rakyat dalam hal ini.

Sebagai mangsa, saya berhak untuk mendapat pembelaan.

"Yang HAK Pasti Berdiri, Yang BATIL Pasti Jatuh",

Allahhuakbar.

Sekian,

Saiful Bukhari.

p/s: Kepada Anwar, tetapkan tarikh dan masa untuk BERMUBAHALAH . Insyaallah saya akan hadir. Saya tidak gentar.


Pautan : Beberapa Definisi & Pandangan :- 1. Mubahalah , 2. Mubahalah , 3. Mubahalah 4. Mubahalah 5. Mubahalah

6 comments:

  1. Dr, saya sertakan link, kalau2 ada pembaca keliru dengan perbezaan pendapat antara mufti.

    Mufti Perlis jawab isu kemuka empat orang saksi kes liwat ---- http://drmaza.com/?p=357

    ReplyDelete
  2. Salam Dr,

    Bagaimanakah Ketua Bahagian begitu yakin mereka masih akan menjadi ketua bahagian dan menyokong Pak Lah?

    www.suaradu.com

    ReplyDelete
  3. Salam Semua...

    Melihat kepada email itu semalam
    terdetik difikiran aku

    'sungguh berani Saiful ini, Demi kebenaran beliau sangguh menerima caci dan tohmahan'

    TETAPI jika benar beliau diliwat

    Kenapa Tak Melawan??
    Apa si Anwar tu kuat sangat ke sampai boleh rogol si Saiful yang muda dan rasanya lebih bertenaga dari Anwar

    Kenapa Tak Melawan??
    Tak berani? atau rela ?

    Dah kena baru nak 'takbir'?

    Pening aku lah...

    Kalau Dr. la.. nak ke kena liwat?
    Kalau aku lebiih sanggup mati kena cekik dari kena liwat

    ReplyDelete
  4. DOKTOR!!!

    Dengar berrita hari ini Majlis Tertinggi UMNO nak bermesyuarat agar jawatan No.1 dan No.2 tidak dipertandingkan.

    Gila kuasa punya AAB.

    Kalau bertanding pun saya tak yakin dia akan kalah... mungkin akan kalah.

    Tapi nak halang pertandingan... PENGECUT namanya.

    zali lampai

    ReplyDelete
  5. kepada faizal.fm- Jangan perkecilkan kebolehan dan kebijaksanaan orang tua apatah lagi nama Anwar Ibrahim. Boleh jadi si Saiful tu di trick/di perdaya untuk diliwat. Mungkin dia dijanjikan bermacam hadiah atau jawatan.

    Mungkin selepas dua tiga kali, si saiful menyedari kebodohan sendiri, lalu bertekad untuk report.

    Apapun sebenarnya, kita tidak layak untuk menilai/menghakimi isu ini sehingga siasatan selesai.

    Yang benar pasti akan diketahui akhirnya.

    ReplyDelete
  6. sy stuju...selagi tak tau kebenaran,kita x buleh nk menghakimi sapa yg salah..sape yg benar...

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.