JOIN FACEBOOK DR MIM

Wednesday, July 30, 2008

Laporan Kesihatan Hospital Puswari Tidak Valid (II)

Dr Novandri Hasan Basri

Sejak kelmarin, penulis telah menerima banyak e-mel daripada rakan-rakan yang mengepilkan bahan berita mengenai Anwar Ibrahim.

Topiknya ialah mengenai dakwaan Anwar Ibrahim bahawa Saiful Bukhari tidak diliwat berdasarkan kepada satu salinan laporan kesihatan daripada Hospital Pusrawi.

Menurut laporan tersebut, pemeriksaan digital (PR) pada dubur (anal) Saiful, tidak menunjukkan sebarang tanda yang mencurigakan atau force entry disebabkan oleh sesuatu benda seperti pendarahan, nanah dan sebagainya.

Ramai yang keliru. Ramai juga yang mengutuk kerajaan kerana ia kononnya satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Tetapi mereka juga menanyakan pandangan penulis sebagai seorang doktor.

Di bawah ini adalah jawapan penulis:-

Di dalam salinan laporan yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim kepada dunia, simptom utama yang ditulis oleh doktor itu ialah tenesmus x 1/52 (satu minggu)

Dan seperti yang penulis katakan sebelum ini, dakwaan ‘alleged assault’ seperti tidak penting dan ditulis di satu sudut di hujung kertas tersebut.

Sungguh pelik dan mencurigakan!

Tenesmus is the constant feeling of the need to empty the bowel, accompanied by pain, cramping, and involuntary straining efforts. Pain - passing stool; Painful stools; Difficulty passing stool.

Tanya diri sendiri, berapa orangkah di antara anda yang pernah ke klinik atau hospital kerana tenesmus seperti Saiful Bukhari?

Dan berapa orangkah di antara anda pernah disuruh doktor untuk membuka seluar, baring menghadap dinding dan kemudiannya terasa jari di masukkan ke dalam duburnya kerana mengadu sakit di bahagian itu?

Tentu jarang sekali.

Dan apabila doktor hendak melakukan prosedur itu, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menerangkan prosedurnya dan kemudian meminta izin (consent).

Tetapi prosedur itu hanya untuk kes-kes yang biasa.

Dan biasanya, penyakit-penyakit yang disyaki ialah buasir (piles) atau pun luka (fissure) di mana ianya boleh disyaki terlebih dahulu dengan mendapatkan sejarah mengenai simptom tersebut daripada pesakit tersebut sebelum melakukan pemeriksaan fizikal.

Akan tetapi, peranan seorang doktor biasa (yang bukan pakar perubatan) yang bekerja dengan swasta terhenti setakat mendapatkan informasi sahaja apabila pesakit mengatakan bahawa beliau telah di assault atau menjadi mangsa seksual. (kecuali kes-kes yang membahayakan pesakit seperti pendarahan yang banyak.)

Malah, apabila Saiful menerangkan kepada doktor itu bahawa benda tumpul telah dimasukkan ke dalam anus beliau, doktor tersebut sepatutnya telah faham yang beliau tidak berkelayakan untuk meneruskan sebarang pemeriksaan fizikal terutamanya di bahagian-bahagian badan yang paling disyaki seperti dubur (anal).

Tetapi doktor di Hospital Pusrawi dilaporkan masih juga melakukan pemeriksaan ke atas Saiful.

Tidakkah itu merupakan satu tindakan yang mungkin boleh merosakkan bukti, mencurigakan dan tidak masuk akal ? Tentu sekali.

Seperkara lagi, diagnosis yang ditulis oleh doktor itu ialah TRO (to rule out) assault (sodomise).

Maksudnya doktor tersebut tidak sekali-kali telah membuat diagnosis yang tepat (mengatakan bahawa Saiful tidak diliwat), cuma Saiful perlu ke hospital kerajaan untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih terperinci dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Dan hari ini, yang berlagak pandai seperti seorang doktor ialah Anwar Ibrahim, Raja Petra dan beberapa orang lagi yang membuat rumusan sendiri hanya berdasarkan findings pemeriksaan anal seorang doktor biasa!

Dalam hal ini, penulis tidak sangka yang Anwar Ibrahim sanggup mementaskan drama yang berkualiti rendah dan semurah ini.

Seperkara lagi, kesahihan kesinambungan bentuk tulisan di atas laporan itu juga merupakan satu perkara yang amat mencurigakan.

Penulis mengaku bahawa tulisan doktor biasanya ‘tercantik’ di dalam dunia dan sukar untuk dibaca tetapi jika kita amati, terdapat dua (2) corak tulisan yang jelas berbeza di dalam satu mukasurat yang sama.

Ini juga amat mencurigakan.

30 comments:

  1. salam

    nak kepastian,bukankah dr di Pusrawi sendiri mencadangkan agar saiful ke HKL?ke ia hanyalah sekadar khabar angin yang mengatakan saiful sudah menjalani pemeriksaan di HKL?lagi satu, nak minta pandangan dr novandri, sepatutnya laporan hospital swasta siapa yang bertanggungjawab untuk pegang?setahu saya bukan ke maklumat itu disimpan dengan selamat di hospital?kalau maklumat tu boleh terkeluar, bagaimana dengan kita sebagai pesakit nak memastikan maklumat kita itu tersimpan rapi?pening2

    pelanggan pusrawi

    ReplyDelete
  2. dr novandri,

    mungkin dr. agak skeptikal dgn repot ni whether it is true or not?tapi, why DG Health Ministry nak siasat kenapa boleh berlakunya leakage?and, according to him," dr mohamed osman can be charge disciplinary action under the Medical Act 1971 if investigations revealed that he was responsible for the leak."

    its showed that laporan itu benar and urself tulis "penulis mengaku bahawa tulisan doktor biasanya ‘tercantik’ di dalam dunia dan sukar untuk dibaca tetapi jika kita amati, terdapat dua (2) corak tulisan yang jelas berbeza di dalam satu mukasurat yang sama"

    maknanya apa yang doktor nov. katakan laporan itu mungkin ada unsur2 penipuan.ini bertentangan dengan kenyataan Tan Sri Dr. Ismail merican yang akan menyiasat Dr Mohamed Osman bawah Medical Act 1971 'kerana berlakunya kebocoran informasi pesakit yang sepatutnya confidential'

    lagi stu, "Dr Ismail declined to elaborate on Dr Mohamed Osman's findings, but stressed that the Health Ministry would stand by the results of the examination conducted at the KLH."
    so, tunggu jela yang report dari KLH tu..

    http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/Frontpage/2307240/Article/index_html

    ni just my opinion.kalau dr novandri ada opinion lain boleh kita share..

    ReplyDelete
  3. Thank you Dr.

    Blog anda sungguh berinformasi


    SURVEY: JIKA PR MEMBENTUK KERAJAAN
    http://anakmalaysia81.blogspot.com/2008/07/survey-jika-pr-membentuk-kerajaan.html

    ReplyDelete
  4. Personally, I think that RPK has misinterpreted the facts. He has also exaggerated the interpretation of the doctor writings.

    I also think that who ever has been advising him either his advisors or fan supporters, has not given a fair opinion His writings have come to such a skewed conclusion and now his writings is being politicised; which make this medical note has not proved or disapprove anything for the current issues related.

    ReplyDelete
  5. Saya berpendapat kenyataan TS Dr Ismail Merican adalah wajar.

    Sebagai pegawai atasan, beliau tidak 'bias' dan tidak memberi komen dari segi teknikaliti atau kecurigaan report tersebut.

    Tapi, arahan beliau untuk menyiasat kebocoran medical report itu adalah di bawah bidang kuasa beliau.

    Dan kenyataan tegas beliau untuk berdiri teguh kepada keputusan pemeriksaan HKL adalah sangat berpatutan dan wajar.

    Kerana Dr di Hospital Pusrawi bukan pakar di dalam hal ini.

    ReplyDelete
  6. Hi Dr... enjoyed reading your article but i would enjoy it even more if you could use bigger font size in future... its a tad too small. too much squinting will definitely affect my eyesight. thanks :)

    ReplyDelete
  7. Dr Novandri...
    Tentang laporan ini, sekarang ia disebarkan seluas2nya ke seluruh negara termasuk kwsan2 luar bandar. Turut disertakan terjemahan bagi setiap apa yg ditulis oleh Dr dari PUSRAWI tersebut. akan tetapi wujud peyelewengan dalam terjemahan tersebut. "TRO Assault (sodomise), Advice to go to government hospital (plan to do police report)" telah diterjemahkan dengan ringkasnya sebagai "tiada kesan berlaku liwat". Ini adalah peyelewengan yang melampau dan cuba memperdaya minda penduduk2 luar bandar yang memang kurang mahir dengan bahasa ingeris & istilah2 perubatan.. Semoga kita semua tidak terpedaya...
    Bagi say pihak PKR (Anwar) cuba membohongi rakyat sehingga menjejaskan profesionalisma kedoktoran dan cuba berlagak amat mengetahui tentang perubatan...

    ReplyDelete
  8. Hi Novandri,

    Why would DG even mentioned about penalising Dr Osman? Anybody could have been responsible for the leak. Shouldn't he actually wait until after the investigation?

    Secondly, how do you know that Dr Osman didn't even examine Saiful's anal region? I have been reliably informed that proctoscopy exam was done in Pusrawi.

    Thirdly, may I suggest the difference in writing is probably because the complaint was written by the MA doing the triaging in A/E? It is similar in accent (way it was written) to the time stamp. You do't normally fill that part as a doctor yourself right?

    Probably you won't publish this comment since it's not damaging to Anwar.

    ReplyDelete
  9. While I respect your opinion, it seems you are at the other end of the scale, totally against this report. AS a doctor you have to give a fair perspective. I think that there would have been some tell tale signs that any doctor even one that is not so well trained will be able to determine, in this case there was none. And since saiful wanted to lodge a police report, the dr did the right thing by sending him to HKL for further examination.

    A balanced picture would be more appreciated

    ReplyDelete
  10. Dr Novandri, sya berminat untuk tukar link.inform sya klu ok.tq. http://jentayuabaka.blogspot.com

    Saya juga ada membincangkan tentang isu semasa seperti post ini

    ReplyDelete
  11. Burstanxon,

    Thanks for giving your opinion.

    1. The report in papers mentioned that DG is to penalise the management of Hospital Pusrawi if they have done wrong.

    It includes everyone who have the access to the report. Dr Osman is one of them but first, he must be proven wrong.

    2. My article never mentioned that Dr Osman didn't examine Saiful's anal region.

    'Tetapi doktor di Hospital Pusrawi dilaporkan masih juga melakukan pemeriksaan ke atas Saiful.'

    3. Your information regarding the use of proctoscope is not valid at all because it's never mentioned in the report.

    4.The handwriting is just an observation. But you are very wrong to say that the complaint was written by MA. I don't know where you got this information but as far as I know, no one else can write in the report except the doctor himself.

    And I'll normally fill that part myself. No one else.

    ReplyDelete
  12. So this rule out conspiracy for sure.

    Otherwise the doctor (presumably agreed to conspire -prior ) would simply tokok tambah the report to favour Saiful's allegation.

    So clearly Anwar lied in claiming the whole episode is a conspiracy

    mwrmmg

    ReplyDelete
  13. Myblog,

    Thanks for giving your opinion.

    What I've written in the article is the tell tale sign you're searching for.

    It's not about me at the end of the scale but it's the procedure and protocol which is mandatory to be followed by every doctors.

    In this case, it's very clear that it's not done accordingly.

    And believe me, this is the balance picture you can get.

    ReplyDelete
  14. That was quick..
    You are correct, that proctoscopic exam was just hearsay. I would admit that.

    Sometimes in A/E setup, the triage nurse or MA would fill up the complaint section of the note then only they would put in on Dr's desk, then again, this just a speculation to explain the difference in writing style.

    Lastly, I think you erred in calling it a medical report, it is only an A&E admission/examination note. A medical report would be in letter format isn't it? And would be more informative since it is usually done after a thorough exam and investigations.

    ReplyDelete
  15. Burstaxon,

    Yes, it's quick. I'm in the clinic right now and looking through my e-mails and your comments caught my attention.

    And I have to reply to clear your doubts.

    Nurses or MAs don't write complaints.

    And DG will be very angry if there are any medical centres who have allow nurses to do that. Me too.

    The closest they can get in writing is just the blood pressure or temperature.

    By the way, the true meaning of medical report is as you've explained.

    Thanks again.

    ReplyDelete
  16. Salam Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri,

    Saya telah link kan blog saudara dengan blog saya.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  17. Good insight doc. Your last 3 posts made it easier for us "laymen" to understand what it's written in that med report.

    ReplyDelete
  18. DOC, satu kupasan yang baik pada pandangan seorang professional dalam bidangnya. You have deliberated from doctor's point of view very clearly.

    DARI sudut politik saya melihat Anwar seperti biasa dan kebiasaanya erdasarkan 'precedent' yang dicipta olehnya, beliau akan membuat persediaan dengan mencipta beberapa 'event' yang relevance dengan kes untuk mengelirukan atau mengalih perhatian kepada isu utama. TIDAK hairan beliau menciplak teknik dan tektik YAHUDI yang mahsyur itu kerana close associate nya pun memang dari golongan itu.

    PENYOKONG fanatik Anwar TERTIPU dengan 'medical note' yang hanya (kalau benar) ditulis oleh seorang doctor biasa perubatan dan bukannya 'specialist doctor'. There is vast different between medical report and medical note. Itu pun fanatik Anwar tidak nampak.

    ReplyDelete
  19. Bila ada komen yang kata mahu "balanced views", apa sebenarnya yang dimahukan? Supaya Dr Novandri menangkan Anwar sepertimana RPK menagkan Anwar? Adakah RPK juga memberi "balanced view" kepada pengunjung site beliau? Entah lah.

    ReplyDelete
  20. Thank you, doctor, for sharing your thoughts on this matter. I must say that it is a very useful piece of information and helped clear my mind on several issues pertaining to the medical report lodged by Saiful. I have listed this blog on my blogroll. I hope you don’t mind if I republish some of your articles in my blog - http://malaysiannewsblog.whizz.net.in/ . Thanks in advance. I’m looking forward to reading your next posting. Salam.

    ReplyDelete
  21. catitan pemeriksaan tidak boleh jadi sebagai bukti???? kalu mau buat laporan bukankah berdasarkan catitan untuk buat laporan??? serta lampiran catitan pemeriksaan.

    ReplyDelete
  22. Saiful was checked 'for stomach-ache complaint' -NST
    apasal ni.....?????? Nak check stomach ache have to examise the Ass?

    ReplyDelete
  23. i rase hairan kenape lelaki mcm saiful bukhari tu yg nampak mcm lelaki sejati but kalau betul die nak kene liwat kenapa xmelawan or tumbuk or tendang org yang nak meliwat die xkan die tadah je kalau nak kene liwat or mungkin die rela,saye nak tau pendapat doktor (insan hairan)

    ReplyDelete
  24. "i rase hairan kenape lelaki mcm saiful bukhari tu yg nampak mcm lelaki sejati but kalau betul die nak kene liwat kenapa xmelawan or tumbuk or tendang org yang nak meliwat die xkan die tadah je kalau nak kene liwat or mungkin die rela,saye nak tau pendapat doktor (insan hairan)"

    ANon, saya post semula reply saya di blog posting previous Dr... (tumpang) Ada yang kurang faham apakah maksud "rape" dan "sodomy between consenting adults"

    alam kes ini boleh dipertimbangkan Anwar dan Saiful sebagai "consenting adults" di mana masing2 suka sama suka. Itu satu teori, ataupun ANwar telah terjerat dengan Saiful. "Rape" tidak semestinya berlaku secara paksa. Jika mangsa (siapa sebenarnya mangsa, Anwar atau Saiful) tidak berupaya kata "TIDAK", itu juga boleh dikata rogol.

    Tapi dalam hali ini bukan isu rogol. Ini isu sodomi yang memang salah dalam undang2 negara kita juga (seks di luar tabii)

    ReplyDelete
  25. arbs pahang said...

    Ini adalah peyelewengan yang melampau dan cuba memperdaya minda penduduk2 luar bandar yang memang kurang mahir dengan bahasa ingeris & istilah2 perubatan.. Semoga kita semua tidak terpedaya...

    Bukan ini ker yang selalu dibuat media elektronik yang dipergunakan sesuka hati oleh kerajaan UMNO..

    jangan nafikan pulak yer....

    ReplyDelete
  26. kalau seseorang itu diliwat dan TIDAK mampu kata "TAK BOLEH", orang itu mungkin,

    1. rencat akal
    2. memang suka diliwat,
    3. fikiran psaikologi tak seimbang
    4. mengalami hisilunasi yang serious

    dalam kes DSAI/Saifu, kita memang tidak tahu kejadian yang sebenarnya telah belaku, cuma Allah dan mereka berdua yang tahu.

    jadi sebagai pendengar crita, kita boleh buat macam macam andaian. andaian yang dibuat berdasarkan kronologi masa yang berlaku, berdasarkan "BUKTI" (yang disah atau belum disah ketulenannya) untuk membuat andaian.

    yang tidak dipaham oleh kebanyakan pendengar crita ini, hanya beberapa soalan yang menimbulan kesangsian terhadap kes ini seperti berikut:

    1. Mangsa yang bertubuh badan yang besar, panjang, muda dan bertenaga, macam mana diliwat oleh seorang atuk berusia 60 tahun.

    2. Pengendalian kes ini oleh pihak penyiasat (disini bermaksud PDRM) tidak telus. dimana report polis oleh mangsa tidak dikemukan kepada pihak tertuduh. Jika ia benar benar berlaku, adalah pihak penyiasat takut pihak tertuduh berdasarkan tarikh, masa dan tempat didakwa mencipta alibi.

    3. Siapakah yang layak untuk memeriksa si mangsa. adakah terdapat kepakaran dalam bidang dubur or ASSHOLE SPECIALIST.

    kita sebagai pendengar crita berdoa, supaya keadilan boleh dicapai.

    ReplyDelete
  27. arbs pahang said...

    "Ini adalah peyelewengan yang melampau dan cuba memperdaya minda penduduk2 luar bandar yang memang kurang mahir dengan bahasa ingeris & istilah2 perubatan.. Semoga kita semua tidak terpedaya...

    Bukan ini ker yang selalu dibuat media elektronik yang dipergunakan sesuka hati oleh kerajaan UMNO..

    jangan nafikan pulak yer...."

    wahai saudara arbs, saudaralah sebenarnya yang telah melakukan penyelewengan ke atas minda-minda mereka yang kurang arif. Jika saudara arif di dalam bahasa inggeris dan saudara benar-benar menghayati dan memahami ayat-ayat yang dikupaskan dan dibincangkan dari awal topik ini, pastinya saudara akan nampak bukan sekadar dengan mata, tetapi dengan hati saudara tentang hal sebenar yang diperkatakan di sini. Ini bukanlah penyelewengan yang melampau mahupun mempunyai niat untuk memperdaya minda TETAPI penerangan yang jelas daripada mereka yang arif dan mempunyai pengetahuan. Saudara kita iaitu Dr Novandri Hasan Basri merupakan seorang doktor dan bukannya seorang ahli politik yang cuba mereka fakta. Dr sudah semestinya tahu langkah-langkah dan prosedur yang harus diambil bagi segala sesuatu yang berkaitan bidang perubatan. Bukankah itu bidangnya? Fikir-fikirkan lah wahai saudara. Janganlah memalukan diri dengan kata-kata yang jelas menampakkan kecetekan minda kita. "menuntutlah ilmu hingga ke liang lahad".

    ReplyDelete
  28. Untuk pengetahuan anda,Dr.Osman adalah penyokong kuat PAS dan sentiasa menghadiri ceramah PAS sebelum kes ini.Beliau ada sejarahnya sendiri kerana tidak puas hati dengan kerajaan Malaysia.Kita tunggu kisah dia nanti.

    ReplyDelete
  29. Dr diagnose berdasarkan history. 90% da ble dapat dari history. physical examination hanya 10% je.. kalau tak da 10% tak bermaksud kita ble exclude provisional diagnosis

    ReplyDelete
  30. PERANGAI MELIWAT NI PERANGAI BURUK. UNTUK MERAWAT PENGARAI BURUK KENE AMBIL RAWATAN TERAPI >>>> SUKA MELAKUKAN HUBUNGAN SEX DGN LELAKI

    SEGERA DAPATKANNYA DISINI >>

    http://mthago.wordpress.com/2010/02/05/perangai-buruk-meliwat/

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.