Anda Ahli Di Dalam Parti Politik?

31 July 2008

Liwat Tidak Semestinya Luka atau Berdarah (III)

Dr Novandri Hasan Basri


Hari ini, blog Malaysia Today milik Raja Petra telah di’masuki pencuri’ atau pun hacked.

Siapakah yang mahu hacked blog beliau selain daripada Raja Petra sendiri? Apakah beliau mahu memadam (erased) artikel-artikel beliau itu?

Itulah anggapan ramai bila blog Raja Petra 'tiba-tiba' di hacked di saat ini, lebih-lebih lagi apabila beliau telah melakukan salah satu kesilapan yang paling besar di dalam karier beliau sebagai blogger.

2 kesilapan yang dimaksudkan itu ialah mengenai artikel beliau tentang laporan @ nota kesihatan Saiful di Hospital Pusrawi:-

1. Beliau menyalahtafsirkan pemeriksaan anus (per rectum) yang dilakukan oleh Dr Mohamed Osman.

2. Beliau menyalahtafsrikan diagnosis (keputusan penyakit) yang ditulis oleh Dr Mohamed Osman.


Ini adalah kenyataan Raja Petra di dalam blog beliau,

Dr Mohamed Osman examined Saiful but found no evidence that he had been sodomised, either by Anwar Ibrahim or anyone else for that matter. The doctor’s report (which can be viewed below) says that there is zero (0) skin tearing, zero (0) active bleeding, zero (0) traces of pus, etc., which basically means he can’t be suffering from a pain in the anus as what he alleges.

The doctor’s diagnosis is that he rules out or TRO (to rule out) assault (sodomised). In short: Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan is not suffering any pain in the anus and neither was he assaulted or sodomised in the anus.

Inilah masaalahnya jika seorang blogger yang tidak mempunyai ilmu perubatan seperti Raja Petra merumuskan sendiri pemeriksaan kesihatan seorang doktor.

Rumusan beliau yang mengatakan bahawa tiada bukti Saiful diliwat hanya berdasarkan kepada tanda-tanda seperti kulit koyak, pendarahan aktif dan nanah, jelas menunjukkan yang beliau tidak tahu langsung mengenai perubatan.

Seperti penulis terangkan sebelum ini (klik sini) , pemeriksaan (PR) yang dilakukan ke atas Saiful tidak menyeluruh dan terlalu ringkas (tidak dibenarkan dilakukan oleh doktor biasa kerana ianya boleh merosakkan bukti).

Untuk pengetahuan semua, apabila seseorang itu diliwat, perbuatan tersebut tidak semestinya menyebabkan kulit anus koyak atau pun pendarahan yang aktif terutamanya jika perbuatan itu telah dilakukan berulang kali.

Tetapi jika berlaku paksaan yang agresif, perasaan takut yang dialami oleh mangsa itu berkemungkinan besar akan menyebabkan anus pesakit tidak relax dan tercedera atau pun berdarah.

Sebagai perbandingan, pemeriksaan proktoscope (rujuk foto) ke dalam anus pesakit tidak akan menyebabkan anus pesakit itu luka atau berdarah walau pun alat tersebut dibuat daripada logam dan besar.

Dan berapa orangkah (gay) yang melakukan seks luar tabii ini datang ke klinik atau pun hospital kerana sakit di bahagian belakang beliau?

Dan jika benar setiap perbuatan liwat itu akan menyebabkan mereka berasa sakit, penulis percaya aktiviti seks songsang ini telah hilang sejak dulu lagi kerana ia tidak menimbulkan keseronokan tetapi kesakitan, pendarahan dan nanah!

Raja Petra juga telah menyalahtafsirkan perkataan TRO (to rule out). Beliau membuat andaian bahawa TRO bermaksud doktor tersebut telah ‘has (telah) rule out’.

Di dalam bidang perubatan, apabila seseorang doktor menulis perkataan TRO (to rule out), ia bermaksud penyakit pesakit perlu diselidiki lebih lanjut untuk mendapatkan diagnosis yang betul dan tepat.

Maksudnya, Dr Osman belum lagi membuat satu diagnosis yang menafikan Saiful telah diliwat. Kenyataan ini jelas telah disalahtafsir oleh Raja Petra dan Anwar Ibrahim .

Apakah Raja Petra mahu menarik balik kenyataan palsu beliau itu?

Yang menghairankan penulis ialah penerimaan orang ramai kepada bahan cerita yang ditulis oleh Raja Petra.

Nampaknya, beliau mempunyai pembaca-pembaca dan pengikut-pengikut setia yang menerima apa sahaja yang ditulis oleh Raja Petra tanpa berasa was-was. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim.

Padahal Raja Petra bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan editor kepada Suara Keadilan pernah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi kerana menyiarkan cerita palsu. (klik di sini)

ALOR STAR: A High Court here has ordered blogger Raja Petra Kamaruddin, the group chief editor and editor of Parti Keadilan Rakyat’s organ Suara Keadilan to pay a total of RM7mil to Universiti Utara Malaysia and its vice-chancellor Tan Sri Dr Nordin Kardi for libel.

She ordered the damages to be paid to the plaintiffs for claiming that Dr Nordin was a plagiarist on the Malaysia Today website and in the 98th edition of Suara Keadilan in November 2006.

Nordin and UUM had filed a lawsuit against Raja Petra, Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan group chief editor and the editor. Only PKR had submitted its defence.

Priscilla ordered Raja Petra to pay RM2mil to Dr Nordin and UUM respectively. She also ordered each of the editors to pay RM1mil and RM500,000 to Dr Nordin and UUM respectively.

Dan seperti yang kita ketahui hari ini, pemalsuan mengenai intipati laporan @ nota kesihatan ini disambung pula oleh Anwar Ibrahim sehinggakan ramai yang tertipu.

Di sini penulis mensyorkan kepada Saiful Bukhari supaya menyaman Hospital Pusrawi kerana telah melanggar privasi (breach of privacy) beliau sebagai pesakit.

Dan juga, penulis mensyorkan agar Hospital Pusrawi menyaman Raja Petra dan Anwar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan palsu sehinggakan menjatuhkan nama baik hospital tersebut.

Jumlah samannya?

Terpulang kepada semua untuk menganggarkannya.

Lebih baik jika till their last cents.

24 komentar:

excellent said...

salam doktor,
hujah saudara amat bagus.tidak dapat dinafikan "masuk akal".tapi ada juga yang menafikan tulisan doktor kerana saudara juga ahli UMNO.

saya hanya mengetahui tentang blog raja etra di "hacked" ketika membaca artikel saudara.

hacked?

tak pasti pula jika ia "sengaja" diceroboh bagi tujuan tertentu.

tentang medical report Pusrawi,terdapat juga beberapa doktor yang lain yang mengatakan laporan dan pemeriksaan yang dilakukan tidak mencukupi.

apapun,tak lama lagi dengar khabarnya Anwar akan ditahan dan dijatuhkan tuduhan sodomi ke atasnya.

SayOh said...

Betul Doc. Liwat tidak semestinya ada luka dan darah, malah ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk tidak luka dan berdarah, misalnya dengan cara "drunk n do", and macam-macam la ikut imaginasi pemangsa tersebut.

Where there's a will, there is always ways.

sukj said...

Salam Dr,

1. Just to inform you Dr?

2. If you want to know pse come to visit my blog now.

3. Tahniah kepada anda. Bukan mudah untuk saya memilih sesuatu?

Samad said...

Dah ternyata RPK cuba menyelamatkan Anwar dengan membuat kesimpulan daripada laporan perubatan Saiful yang langsung kelihatan seperti orang yang takde ilmu perubatan membuat kesimpulan. Sebenarnya beliau tersilap langkah dalam mengatur strategi. Beliau lupa di Malaysia mempunyai ramai doktor-doktor pakar yang boleh merungkai dengan lebih detail berkenaan medical report tersebut.

Tindakan beliau mendedahkan medical report yang entah dari mana datangnya, menampakkan betapa terdesaknya beliau untuk menyelamatkan Anwar. Ia juga menampakkan betapa 'tak best'nya drama yang Anwar create ni.

Rakyat pun mampu berfikir secara logik. Takkan medical report berkenaan kes liwat hanya seringkas report tersebut boleh digunakan dalam mahkamah nanti. Dah la ringkas (2 pages only), malah ia juga amat mencurigakan...

Anonymous said...

saya setuju ngan dr. tapi nak tanya sikit..
pasangan gay ngan org diliwat sama ke?

JJ said...

Sapa Raja Petra nie untuk setengah rakyat kita nak percaya bulat2. Dgr cita, dia skolah rendah pun bukan kat Malaysia, tapi aper kelayakan dia sampai ramai org nak percaya sangat. Kita tak patut dgr satu org jer, bila kes yang melibatkan bidang perubatan, patutlah kita dgr dari Doktor2 yang mahir di Malaysia, kalau kes economy, eloklah kita dgr dari pakar2 dalam economy, kalau kes perundang,elok lah kita dgr Karpal Singh dan lawyer2 pakar lain. Tapi Raja Petra nie, pakar aper, sampai ramai sgt org percaya sangat....nak kata Ustad, tak juga, nak kata pakar politic, ader political experience ker, ker ader political science background ker, mungkin dia nie....pakar belit kut..

Mohd Faiz said...

Salam Doktor,

Saya nak comment ni menyimpang sket.

Dr kat penang kan?.the latest news that anwar will contest in permatang pauh parlimentary seat.

And i suggest , Dr tolong la turun secara sukarela terangkan pasal report dari pusrawi ni dan plot cerita anwar ni.

org-org kampung x pakai intenet.diorg dengar org cerita (hearsay) jadi maklumat jadik salah.berapa kerat sgt la yg sudi nak terangkan current news kat org2 kampung ni..semua asyik fight kat blog.

Penang dah lepas kat DAP.sebaik baik cina, dia tak akan hormat melayu.Paling senang cerita 13 may
diorg menang election,tunjuk penyapu kat melayu (sign suruh melayu blah dari bumi tanah melayu).Ada india (pembangkang 1969) yg kencing kat seoang ibu melayu semasa berarak merayakan kemenangan kalahkan Perikatan.
Dan mcm2 lagi.tak caya tanya ex-army dulu2.

dan skrg jgn la melayu bertelagah.matikan langkah musuh yg terang-terang nampak.

Anonymous said...

I don’t see any point of writing this article at the first place. The content is almost similar to the other post except for the comments on RPK. You seem to be very interested in throwing your opinions on the sodomy case, may I ask why? The police have completed their investigation and what we should do is wait for the prosecution to take place if there is a case against Anwar. Please do not post any of your interpretation of the Pusrawi medical report anymore because it does not do any good. And one more thing, comments written by few friends here (that include you, Novandri) reflect that they are UMNO in heart and very enthusiastic when discussing about sodomy, this is what so called Malay intellectual mind is thinking?

Camoli said...

The particular link at RPK website from Malaysia-today.net/2008 about the copy of medical report is missing. Some say that RPK claims he was hacked, others say that he deliberately deleted his blog entry because he interpreted a lot of wrong things, particularly the the abbreviation "TRO" and RPK getting over excited about things he could not understand. Can't blame him, he is not a medical Dr., he was just trying to write a story, the best way he knows how, spinning. Whether he was right or wrong, I feel that it is already an important piece of historical data that should not be deleted. Since the story is already out there, in the form of rumors. People should be allowed to retrace the original statement, view it, read it,and understand and decide on their own for the validity of his claims and others. I'm not saying he is wrong, but like the malay saying says, "kalau terlajak perahu boleh undur, kalau terlajak kata, buruk padahnya", should be applied here. People should be held accountable for their views. Otherwise, keep it to themselves.

I suggest, if anybody have a mirror of RPK latest entry about the medical report, please post it somewhere, and let the world know. The motivation for doing this is not to prove RPK is wrong, but for the sake of completeness in making decisions for our own. We cannot just blindly listen to people, we need to read and make our own judgment. It doesn't matter if you are an Anwar, Umno, RPK, Mahathir or any party/Individual supporter, this piece of historical data can help in many ways for good or for bad. Depends on how you spin it. Furthermore, you might be doing RPK a favor for saving a piece of his writing for him, help his publicity in a way. Although, others can use it to put him down as well. It is just the fair.

On the side, I hope RPK brings it back online. Even if he was truly hacked, I'm sure he has the scanned copy of the medical report and saved his writings somewhere. Even if he did not save his writing, I'm sure he have not completely forgotten what he has written.

jiwakita said...

SELEPAS MENIMBULKAN FENOMENA DENGAN CARA MEMAPARKAN "FAIL SULIT" SALAH SORANG PESAKIT HOST.PUSRAWI DI BLOG,SERTA MENTAFSIR DENGAN CARA TIDAK BERETIKA.ADALAH TIDAK MUSTAHIL RPK HACKED BLOGNYA SENDIRI..

ORANG MUDAH FAHAM AKAN TINDAKANNYA ITU,HANYALAH UNTUK MEMPOLITIKKAN
ISU DAN MEMUTARBELITKAN FAKTA....

TINDAKAN DALAM KEWAJARAN,
SAMAN SAHAJA PUSRAWI KERANA MELANGGAR PRIVASI PESAKIT.
DAN MENYAMAN RPK DAN DSAI
KERANA MENGELUARKAN KENYATAAN PALSU
UNTUK MENJATUHKAN NAMA BAIK PUSRAWI

Anonymous said...

doktor murahan.

Harimau-Menaip said...

Salam Tuan Doktor;

Benar, sepatutnya hujah mengenai perubatan hendaklah diserahkan pada mereka yang ada pengetahuan sebagai Dr. Perubatan atau Pegawai Perubatan. Bila laporan ini diberi kepada blogger/lawyer/politikus untuk ulas, itu yang jadi caca-marba.

Disebabkan ini, saya tidak pernah terlintas untuk menyentuh perkara ini selain dari memberitahu rakan2 tentang kewujudannya.

Terima kasih kepada Tuan Doktor kerana sedia menceritakan "isi perut" laporan PUSRAWI tersebut. Kesimpulan yang saya dapat, usah mudah terlalai dengan berita yang se"akan-akan" benar; bukan sahaja dari puak BN malah dari puak Pakatan juga. Kita sewajarnya membentuk minda merdeka yang mampu berfikir dari ruang yang neutral.

Wassalam.

umnolawanpas said...

salam Doc.

Saya copy artikel Doc utk dibaca di blog saya.

Minta izin.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam semua,

Persamaan di antara gay dengan liwat ialah cara melakukan seks itu, melalui anus.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam umnolawanpas,

Terima kasih. Saya juga akan linkkan blog saudara dengan blog saya.

Terima kasih.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

I received this comment from anynomous.

At first I don't want to reply the comment because this person is not brave enough to introduce himself/herself.

But then, he/she must be in doubts and willing to comment in here. That's good.

Question :"You seem to be very interested in throwing your opinions on the sodomy case, may I ask why?"

My answer : It's the 'sodomy week' and everybody wants the truth. And since I'm a doctor, I've every right to give my professional opinion.

And it's not about me interfering the police work but I am commenting Raja Petra and Anwar Ibrahim's wrongdoing.

But then, I hope that you have posted the same comment to Raja Petra and Anwar Ibrahim's blogs. They are the one who started all this.

Have you?

Question : they are UMNO in heart and very enthusiastic when discussing about sodomy, this is what so called Malay intellectual mind is thinking?

Answer : Do read the other articles in this blog before jumping to such a shallow conclusion.

This blog has more than 120 articles and they're not just about sodomy, my friend.

We discussed all matters enthusiasticly and thanks to all the readers (including yourself), the comments are appropriate and intellectual.

Thank you.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Camoli,

Thank you for your comment. As predicted, RPK hacked himself.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam Mohd Faiz,

Jika tiada aral melintang, saya memang akan ke Permatang Pauh semasa minggu pilihanraya tersebut.

Sebenarnya, team Klinik Kesihatan Bergerak saya memang pernah ke sana dan tempat-tempat lain di Pulau Pinang, Kedah untuk memberikan perkhidmatan kesihatan percuma kepada masyarakat setempat.

Saya akan ceritakan di dalam blog saya mengenai perkembangan program ini.

Terima kasih.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam JJ,

Raja Petra telah melakukan kesilapan yang sangat besar.

Memang benar beliau tidak mempunyai ilmu perubatan tetapi yang masaalahnya ialah 'beliau tulis suka hati beliau' sahaja.

Tetapi ini tidak bermakna semua orang (selain daripada doktor)tidak boleh menulis mengenai perubatan.

Nasihat saya ialah kita rujuk/quote keterangan2 perubatan daripada web2 perubatan yang established dan gunakannya di dalam penulisan kita.

Jika saudara perhatikan, saya juga merujuk/quote daripada web2 yang berkenaan dengan kesesuaian intipati artikel2 saya supaya ianya informatif dan bukannya cakap kosong sahaja.

Dr Kampung said...

Jika DR maksudkan tiada unsur paksaan disebabkan anus beliau tidak cedera. Ini bermaksud Saiful bukhari merelakan perbuatan tersebut. Maka dibawah seksyen 377 Panel code. Seseorang yang terlibat dalam perbuataan luar tabiie tidak kira beliau penerima atau pemberi boleh disabitkan juga dengan kesalahan ini. Jika anwar ditangkap.. maka saiful juga perlu ditangkap kerana melakukan perkara di luar tabii..

Saiful mendakwa beliau telah diliwat 8 kali oleh anwar. Kalau sekali boleh la.. ini lapan kali tu.. saya bukan penyokong anwar cuma kalau boleh gay seperti saiful tu pun patut dihukum.

Hapuskan kaum nabi lut. Allahuakhbar..

p/s: hairan meliwat seseorang yang tidak rela diliwat melambai2 tangan ke wartawan semasa dibawa ke balai. macam artis pulak. Kalau aku pun dah tutup muka malu mcm kena rogol dah.. huh!

Anonymous said...

Dr Norvandi,
You may be right. I'm trying to find the article in which RPK also vilifies saiful's uncle and he even went as far as to say that the uncle (who he called "uncle-auntie) sodomised saiful.Which as you know led Uncle Pet to challenge RPK (in Malaysiakini plus video).
I can access MT now, but I can't find the part in which RPK made the accusation against saiful's uncle.
This to me is where RPK had sinned the greatest. Without any proof, he has accused a private citizen, not a public figure, of a crime/sin. Are MT readers blind? I see comments like "You're our hero", We respect you, YM RPK". I shudder.

Darn! I wish I had done a printout.
Faster than tracing a mirror.
Anybody out there who can help?

Truth-Seeker

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam dr kampung,

Kes ini boleh dipertimbangkan Anwar dan Saiful sebagai "consenting adults" di mana masing2 suka sama suka.

Itu satu teori, ataupun ANwar telah terjerat dengan Saiful. "Rape" tidak semestinya berlaku secara paksa.

Jika mangsa (siapa sebenarnya mangsa, Anwar atau Saiful) tidak berupaya kata "TIDAK", itu juga boleh dikata rogol.

Tapi dalam hali ini bukan isu rogol.

Ini isu sodomi yang memang salah dalam undang2 negara kita juga (seks di luar tabii)

(jawapan daripada surfer Hang Jebat. TQ )

khazaidi kamaruddin said...

i am generally proud of u dr.

jangan lah berputus asa dengan komen yang tidak membangun kerana kita harus sedar, rakyat Malaysia bukan semuanya matured dan profesional dalam menyampaikan hujah mereka. yang pasti, anda memberitahu apa yang anda tahu dan anda rasa kami patut tahu.. it is the best way to defend our dignity!!

u should do sumthing in order to restrain anwar ibrahim from winning the coming election!!

thank u..

Datuk Azeez said...

Tahniah Dr....ulasan u memang tepat dan sangat menarik. Tidak boleh dinafikan kerana ditulis berdasarkan fakta dan bukannya perasaan. Dan untuk makluman, i ada copy sebahagian tulisan u ke blog i yang baru dimulakan....harap u tak kisah.

Blog Widget by LinkWithin
..... CATATAN BLOG .....

Daulat Tuanku

Dr Novandri Hasan Basri

Di sini penulis sertakan salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah pada 16hb Oktober 2008.

Secara peribadi, kenyataan tersebut amat perlu untuk memperbetulkan kembali persepsi rakyat Malaysia terhadap hala tuju dan pegangan asas yang mesti diikuti di dalam negara majmuk ini.

Tindakan sesetengah oportunis yang memperalatkan serta memperbesar-besarkan sentimen perkauman merupakan satu usaha yang tidak patut disokong sama sekali.

Yang dipertuan Agung dan Raja-raja Melayu telah bertitah dan sepatutnya selepas ini, sudah tidak ada suara-suara sumbang kedengaran lagi.

Ikutilah :-

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini."

"Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini."

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain."

"Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

"Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka."

"Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga.

Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku."

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

"Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok."

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA - WILAYAH PERSEKUTUAN

1. Pejabat Urusetia & Pertanyaan- Tel :03-2142 4947 Fax:03-2142 2080

2. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja- Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah- Pejabat:03-2148 1418 Fax:03-2148 5330

3. Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja- Sabtu Awab Dato- Pejabat:03-2148 5325

Hormati Penduduk Asal Nusantara

Utusan Malaysia

SEJARAH tidak dapat diubah sewenang-wenangnya. Oleh sebab itu, asalusul setiap kaum di negara ini mesti sentiasa jelas difahami oleh segenap lapisan masyarakat tidak terkecuali kalangan ahli politik.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa sahaja berkaitan orang Melayu termasuklah kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara ini pun kerap benar dicabar dan dipersoalkan.

Hakikatnya, bagi Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, orang Melayu bukanlah pendatang memandangkan Malaysia sendiri adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara yang merupakan wilayah kebudayaan Melayu. (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2008)

Oleh hal demikian, kenyataan 'buta' sejarah hanya mengguris hati dan perasaan masyarakat Melayu. Malah, seakan-akan mahu memadam konsep Dunia Melayu yang telah lama digunakan dalam kerangka epistemologi antropologi oleh sarjana antarabangsa.

Sebelum kedatangan penjajah serta wujudnya sempadan geopolitik seperti hari ini, seluruh rantau Nusantara ini dihuni dan dimiliki oleh orang Melayu secara total.

Wilayah gugusan kepulauan Melayu (The Malay Archipelago) yang diduduki oleh rumpun bangsa Melayu ini sebenarnya mempunyai banyak persamaan dan memiliki ciri keperibadiannya tersendiri dari segi asal-usul, bahasa, adat istiadat, sastera dan budaya.

Ini semua berbeza benar dengan ciri-ciri budaya orang lain yang diwarisi dari China dan India hari ini.

Menurut Wan Hashim Wan Teh (1991), sejak awal kurun Masihi lagi orang Melayu sudah memiliki sistem pemerintahan tersendiri bermula dari Kerajaan Campa (kini Kemboja) dan Funan (selatan Vietnam) sehinggalah ke Langkasuka, Sriwijaya, Pasai, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan Acheh.

Pemerintahan

Sekitar awal abad ke-16 pula, Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental juga sudah menyebut tentang pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Pattani.

Kini, dunia Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja serta wilayah selatan Siam dan selatan Filipina.

Malahan menurut sarjana Guillermo Q. Roman dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Seminar Dunia Melayu Ketiga pada 1988 menyifatkan rakyat Filipina bukan sahaja mempunyai hubungan dengan dunia Melayu bahkan sebahagian daripada dunia Melayu itu sendiri.

Tokoh kebanggaan Filipina iaitu Jose Rizal itu sendiri pun merupakan orang Melayu.

Begitu banyak bukti dan kajian terperinci daripada pelbagai sudut yang membuktikan orang Melayu adalah penduduk asal wilayah Nusantara ini.

Sebaliknya, tidak pula ditemui kajian konkrit oleh para sarjana terdahulu mengatakan bahawa orang Melayu adalah golongan pendatang sama seperti kaum Cina dan India.

Apa pun alasannya, para pemimpin terutamanya bukan Melayu perlu lebih halus budi pekertinya, tidak menyinggung perasaan, peka dan menghormati sensitiviti orang Melayu.

Mereka perlu 'belajar' untuk tidak bersikap kurang ajar seperti mana desakan mereka agar orang Melayu menghormati kedudukan mereka sebagai rakyat negara ini.

Mengapa apabila orang Melayu bercakap isu kaum kita dianggap sebagai perkauman sedangkan sekiranya orang lain bercakap hal yang sama tidak pula dianggap begitu? (klik di sini)

Sukar benarkah untuk memahami perasaan orang Melayu dengan sedia bertolak ansur dan saling menghormati?

Oleh itu, para pemimpin bukan Melayu diseru agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata.

Paling penting, mereka juga harus memahami dan menghargai kebudayaan orang Melayu sebagai penduduk asal dan pentakrif jati diri negara bangsa ini, bukannya diremehkan sesuka hati.