Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Tuesday, July 29, 2008

Tips Untuk Laporan Kesihatan Yang Sah Dan Kukuh Untuk Kes Sodomi

Dr Novandri Hasan Basri

Pada pandangan penulis sebagai seorang doktor, laporan kesihatan Saiful Bukhari yang ter'bocor' di Hospital Pusrawi, tidak boleh dijadikan bahan bukti terhadap kes liwat Anwar Ibrahim.

1. Ianya terlalu ringkas, tidak lengkap dan tidak mengikut prosedur seperti yang ditetapkan oleh pemeriksaan forensik.

2. Malah pemeriksaan ke atas Saiful Bukhari juga tidak lengkap. Hanya PR (per rectum) dilakukan iaitu menggunakan jari untuk memeriksa anal (dubur) pemuda tersebut. Prosedur sebenarnya lebih daripada itu iaitu termasuk memeriksa anal itu dengan alat proktoskop dan sebagainya.

3. Dan biasanya, apabila seorang mangsa seksual datang ke klinik atau hospital swasta di mana kes-kes yang bakal dirujuk kepada pihak polis, akan dirujuk segera kepada pihak hospital kerajaan.

4. Ini adalah kerana hospital kerajaan mempunyai kepakaran forensik serta lengkap dengan peralatan yang diperlukan.

5. Referral itu dimestikan kerana jika pemeriksaan tidak dilakukan dengan betul dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan, peliwat itu boleh dibebaskan di atas sebab bukti-bukti yang tidak kukuh atau pun technical fault.

6. Yang menimbulkan tandatanya kepada penulis ialah tulisan doktor itu yang hanya menulis bahawa Saiful di assault di satu sudut di hujung laporan itu selepas simptom-simptom yang lain. Dan jika penulis adalah doktornya, penulis tidak akan menulis 'tenesmus x 1/52 ' sahaja sebagai simptom yang utama seperti tertulis di dalam laporan tersebut. Penulis pasti akan menulis 'alleged assault' sebagai perkara pertama dan kemudian merujuk terus ke hospital kerajaan tanpa berlengah-lengah lagi.

7. Apakah kenyataan 'alleged assault' itu ditambah hanya selepas doktor tersebut melakukan pemeriksaan anal menggunakan jari (PR)?

8.Jika benar, penulis pasti PR yang dilakukan itu hanya dengan ringkas sahaja. Atau pun ianya sengaja ditokok tambah ?

9.Satu persoalan lagi ialah, setahu penulis, doktor itu tidak akan membuat sebarang prosedur, sentuhan atau pemeriksaan fizikal yang boleh menjejaskan sebarang bukti yang ada KECUALI jika doktor itu tidak diberitahu daripada awal oleh Saiful, mungkin kerana Saiful malu, takut atau tidak berterus terang .

10. Tetapi andainya doktor itu tahu tetapi meneruskan juga pemeriksaan anal (dubur) ke atas Saiful, ianya menunjukkan doktor tersebut telah melakukan kesalahan yang besar dan tidak boleh dimaafkan KECUALI jika doktor tersebut mempunyai niat yang lain seperti untuk mengada-adakan cerita atau pun menidakkan cerita!

11.Dalam konteks ini, doktor tersebut telah tersalah langkah.

12.Memeriksa anal (dubur) pesakit tetapi doktor telah diberitahu yang pesakit mengatakan dia diliwat adalah satu tindakan yang tidak profesional dan memalukan para doktor sekalian!

13.Cuma yang betul ialah doktor tersebut menasihatkan Saiful ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan selanjutnya. Itu sahaja yang betul!

14. Dan yang menimbulkan satu persoalan lagi, hampir semua media termasuk media antarabangsa begitu cepat melaporkan isu ini TANPA mendapatkan kesahihan mengenai validity laporan kesihatan daripada Hospital Pusrawi.

15. Padahal, laporan tersebut tidak sekali-kali boleh dijadikan bukti untuk memaksa kerajaan menggugurkan kes liwat terhadap Anwar Ibrahim.

16. Dan yang menjadi mangsa sebenarnya ialah rakyat Malaysia kerana telah dikelirukan dan tidak mendapat gambaran yang sebenarnya mengenai isu ini.

17. Memang benar, jika sekali imbas, isu ini pasti nampak meyebelahi Anwar Ibrahim dan rakyat akan marah.

18. Padahal penulis pasti, Anwar Ibrahim sendiri tahu bahawa laporan tersebut amat mencurigakan dan tidak bermakna apa-apa pun jika di bawa ke mahkamah.

17. Seperti kata penulis, laporan kesihatan daripada Hospitak Pusrawi tidak valid sama sekali

Untuk rujukan:-

MEDICAL EXAMINATION

General Information

1. All patients should receive a complete head to toe physical examination
2. It is the patient’s right to consent or refuse any aspect of the exam and evidence collection
3. The patient may have a support person (relative, friend, or advocate) present during the exam
4. If suspected or known oral sodomy, it is preferable that the patient does not eat or drink before the exam, but the patient’s comfort should not be compromised to achieve this
· Oral swabs, for example, should be obtained immediately if patient
is thirsty or wishes to rinse mouth
5. Use powder free gloves and change gloves frequently during exam and evidence collection

Examination Technique

Perianal bruising, petechiae, edema, discharge, bleeding, tenderness, abrasions, lacerations, erythema, inflammation, and visible anal laxity

1. Use good light source
2. Use magnification with otoscope, visor, or colposcope
3. Separate anal folds to visualize injuries
4. Digital exam is not indicated, except if concern for foreign body retention
5. Anoscopy is indicated only if there is active rectal bleeding or rectal pain
6. Lubricant should be used for anoscopy. To avoid contamination by lubricant, perform anoscopy only AFTER FORENSIC SWAB COLLECTION
7. Apply Toluidine blue to identify abrasions on skin surface only AFTER FORENSIC SWAB COLLECTION

PAUTAN PENTING : Artikel Laporan Kesihatan Hospital Pusrawi Tidak Valid (II)

20 comments:

  1. A very good explanation. Hopefully more will read this kind of article. As now everything else seems so vague.

    ReplyDelete
  2. Salam Dr,

    1. Kenapa kita sesama ISLAM masih mahu mencari jalan penyelesaian dengan menggunakan kaedah yang SUSAH. Sedangkan cara atau kaedah yang mudah dan jelas telah ada didepan mata kita, kenapa tidak diguna pakai..??

    2. Dalam Islam jika kes zina atau liwat, saksinya ialah 'MANUSIA' bukan DNA atau 'medical report'?

    3. Jika benar Saiful kena liwat dan tidak ada saksi semasa kejadian tersebut berlaku, Saiful sebagai seorang Islam perlu gunakan "Surah An-Nur: Ayat 6 dan 7" ??

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt...Dr dan Sdr2ku

    Ada betul jugak Dr katakan tu.
    Ok disini ada 3 persoalan

    1. Siapa yang arahkan Mr Saiful mendapatkan consultation daripada Dr (dakwaan) Pusrawi...?

    2. Sah ke yang menulis medical report tu Doktor ( MBBS,MD dll) dan yang berdaftar...?

    3. Kenapa perlu dibocorkan sedangkan setahu saya setakat medical report boleh didapati hanya membayar lebih kurang RM40 jika dibuat permohonan dengan cara yang rasmi (dokumentasi).

    So hanya yang medical background aje yang tahu lebih menyeluruh dari segi penulisan dan procedure sering diamalkan.

    Jangan nanti ada timbul fakta yang meragukan (prima facie) sudah le.

    DSAI akan lega dan bersorak.
    Den monang...den monang...den monang.

    Apa pun hanya Allah swt aje Maha Mengetahui. Sama samalah kita doakan agar yang benar dilindungi Allah swt.

    Dr bagi sikit sumber yang boleh dapatkan medical fact dari website ke, yang boleh menguatkan lagi fakta Dr tu. Baru saudara saudara kita yang lain faham dan mendapat fakta dari sumber yang sahih.

    Wasalam

    ex-medic.

    ReplyDelete
  4. Thanks Dr.

    Saya rasa niat sebenar hanyalah menimbulkan keraguan masyarakat dalam kes. Apapun keputusan mahkamag kelak... masyarakat telah JUDGE lebih dahulu.

    Jika memihak kepada andaian yang percaya... maka mahkamah dianggap adil.

    Jika tidak memihak... mahkamah tidak adil...

    susah kan

    ReplyDelete
  5. salam, minta kebenaran ambil untuk memaparkan posting ini di blog saya.

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Merujuk kepada su-kj:

    1. Ramai orang yang hanya pandai cakap suruh ikut kaedah Islam, tapi tak reti pun nak explain bagaimana. Termasuk awaklah tu, sorry to say.

    2. Awak ingat penjenayah/pelaku kerja terkutuk tu semua bodoh-bodoh ke? Kalau masa dia nak buat tu dia sedar ada orang nampak, dia akan teruskan ke? Islam juga tidak menghukum suruh lepas begitu sahaja hanya kerana tak ada saksi, kan? Kalau benda terkutuk ni kena pada ahli keluarga awak sendiri saya percaya awak sendiri akan bermati-matian mementingkan bukti DNA ni, tak kira lagi dah ada saksi ke tidak.

    DNA dalam setiap makhluk yg hidup di dunia ini bukan reka-rekaan tetapi adalah ciptaan Allah. Sila baca buku Harun Yahya, THE MIRACLE OF CREATION IN DNA:
    The Truth Revealed By The Human Genome Project
    dan The Secrets of DNA. Anda akan lebih mengerti. Setiap ciptaan Allah itu ada manfaatnya takkan itu pun awak tak sedar.

    Download: http://www.harunyahya.com/m_book_index.php

    3. Saya tidak menafikan kepentingan bersumpah tetapi adakah menyelesaikan masalah kalau bersumpah sekalipun, sedangkan ada cara lain yang lebih decisive seperti penyiasatan forensik contohnya? Kalau Anwar tak buat benda terkutuk tu kenapa anti sangat dengan pemeriksaan DNA? Kalau alasannya forensik dan DNA boleh dimanipulasi, apakah kaedah-kaedah lain (sumpah, saksi, & sewaktu dgnnya) tidak akan boleh dimanipulasi?!

    ReplyDelete
  7. Thank you Doctor. In fact this is not the first commentary I've read from the medical fraternity regarding the "medical report" as summarized by RPK. Since I don't know if you'll be alright with posting links, I'd like to quote that article here. Would like your comment on it too, Doctor.

    "Any girl maybe a virgin from the time she is born until she dies if she choses to do so.She gets a hymen tear when her vagina is penetrated.

    All human beings anus gets reversely penetrated(passing motion) within a few days of birth and this act continues almost on a daily basis for the rest of their lives.

    Most adults(male/female/trans) would have been reversely penetrated sometime(and some many times) in their lives with big hard feaces when they were constipated.

    When you are constipated, your feaces is usually hard and dry ....... how many of us had tears?Some of us may have bled a little but the next time we went to pass motion, no more bleeding any more ......... leave alone blood after few days. For pus to form , you need a tear and infection to set which rarely occurs.

    For all those who still doubt that someone can get sodomized without suffering any tear, bleed and pus formation need to know that anuses are being routinely penetrated in hospitals on a daily basis with metal proctoscopes which are 8-10inch long and about 1 inch in diameter, the obturator is removed once the proctoscopes is in and once deeper inside the anus - no tears, no bleeds.

    ABOUT THE OUTPATIENT EXAMINATION

    1)It was done either in outpatient and probably in an ER(A&E) room
    2)It was done by a medical officer and not a specialist
    3)The history taken was very minimal as rightly pointed out:

    when it occurred ie time, date, place
    how many times has it occurred

    who did it
    consensual forced or neither ie not agreeing but not resisting
    any constipation recently or in the past
    size, consistency , shape etc.


    Physical examination PR means Per Rectal examination whereby the basic examination would be;

    spreading the cheeks of the buttocks in a semi prone position to look at the anus under good lighting
    putting a gloved forefinger through the anus to feel tone, swellings, irregular surfaces, prostate
    proctoscope examination whereby a speculum is inserted through the anus to look directly at the anal canal and also the anus while the proctosocpe is being withdraw out of the anal canal after completing the examination. This is the appropriate exam to look for tears.

    Looking at the OPD exam, it looks like the doctor just performed only the visual exam because:

    all is reported as "seen/not seen"
    no mention made of findings of finger rectal exam ie stained with mucus/blood/feaces etc.
    no proctoscopy exam findings mentioned

    It is surprising how casual the examination was in view of the fact that the patient complained of assault to his anus - doctor's job is to do a thorough exam irrelevant whether he/she believes the patient complaint(s)

    Finally, the examination was not done by a specialist who in this case would have to be a colorectal surgeon and a forensic specialist. Even if the specialist finds no tears(old or new), blood or pus, it does not mean a person was not sodomized.


    A disservice has been done to both the patient and also the alleged assaulter by the very poor history taking as well as physical examination of the patient. It is not rare for doctors to take such poor history and do such poor examination in patients with running nose or cough of few days but to do so in a potentially medico-legal case is grossly irresponsible.
    The doctor's only service to this patient was that he felt that patient may have been sodomised [TRO Assault(Sodomise)]and thus needs to be properly examined by someone more qualified and experienced in such areas which rightly should have been a specialist from the same hospital.It is a well known fact that private hospitals have briefed their A&E MOs to refer any potentially medico-legal case which do not have life threatening problems to government hospitals to avoid any hassles later on.
    As a medical doctor, i feel the slipshod OPD examination should be properly addressed and explained by the Malaysian Medical Association so that no party(accuser or the accused) can twist the facts any further.
    Truth will ultimately prevail."

    ReplyDelete
  8. Salam Dr,

    Attn: Nazrul Hilmi,

    1. Aitt...tiba-tiba saja nampak u sentiasa argue with my opinion? Topik lepas bersabit IMF pun u argue juga?

    2. So jika u nak berdebat sebarang topik dengan saya khususnya dalam dua isu ini, tolong 'email' your email adds pada saya. My email adds seperti berikut:

    saadjaafar@hotmail.com

    3. Saya rasalah u ni terlalu taksub sebagai pro UMNO dan terlalu taksub anti Anwar. Thats why u terlalu jahil dalam Islam. Dalam Islam...halal itu jelas dan haram itu jelas. No excuse...!

    4. Macam mana pula u boleh kata diri saya tak tahu nak explain? U tahu tak saya dah pergi Makkah 5 kali? U tahu tak saya hadir kuliah agama dan kuliah subuh atleast 6 kali seminggu? U tahu tak boleh dikatakan every night saya bangun sembahyang tahjud dan sembahyang sunat-sunat lain?

    5. I nak tanya u faham tak apa maksud dan kehendak ayat 6 dan 7 Surah An-Nur itu? Jika u terlalu jahil agama tetapi berlagak pandai
    dalam semua perkara, elok rasanya u pergi rujuk dengan 'Ahli Agama' agar dihuraikan Surah An-Nur ayat 6 dan 7? Then baru u faham. Jika u masih tak faham juga...mungkin hati u dah terlalu benak kerana...??

    6. Dalam hal ini u perlu faham 'key'nya ialah orang yang buat tuduhan? So dalam kes ini 'S' yang 'membuat tuduhan'? Jadi dia yang sepatutnya perlu 'bersumpah' mengikut kaedah ayat 6.7 Surah An-Nur. Sebab dia tuduh/dakwa orang lain liwat dia..??

    7. Dalam hidup ini sesiapa saja boleh reka buat tuduhan? Saya pun boleh buat tuduhan u curi hand set saya? Saya pun boleh buat tuduhan u curi motor saya? So pun boleh buat tuduhan u curi kambing saya? So jika berlaku 'ciptaan tuduhan' seperti itu apa yang perlu u buat??

    8. Masalah besar dalam negara kita sekarang ialah kerana semua sistem -sistem yang ada sudah tidak dipercayai dan sentiasa dicurigai dan tidak diyakini lagi oleh masyarakat. Ia termasuk Polis, Mahkamah, Hakim, Imigration...even medical report and DNA pun tidak terlepas.

    9. Kenapa sibuk pasal DNA ini? Kenapa tak setle dulu isu klip video? Kenapa tak jawab how can rekod kemasukan Altantuya boleh 'hilang' dan 'lenyap' dari Jabatan Imigration?

    10. Saya mengaku saya anti Pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang, tetapi saya tak benci parti UMNO. UMNO tak salah...yang salah ialah Pemimpin2nya yang jahil Agama mungkin termasuk diri u juga. So....CHANGE !!

    ** Sorry Dr. panjang sikit comments saya ni. Jangan reject pulak. Thanks Dr.

    ReplyDelete
  9. Salam semua,
    Saya setuju dengan nazrul nazmi..Sukj hanya bercakap ikut suka mulut tanpa ada fakta yang lengkap dengan penerangan. Baguslah jika beliau gunakan dalil naqli dalam kes ini tetapi mesti disertakan dengan penerangan supaya semua boleh faham.

    Berkenaan dengan saksi, saya rasa tak salh kalau kita menggunakan alternatif seperti ujian DNA jika tiada saksi manusia atau tidak cukup saksi. Allah SWT cipta sesuatu ada hikmahnya dan manfaatnya. Contohnya Allah cipta setiap manusia mempunyai DNA dan cap jari yang berbeza yang mana ianya takkan sama antara satu sama lain. Pasti ada hikmahnya jika kita menggunakan akal..

    Berkenaan medical report yang didedahkan oleh RPK pula, memang amat mencurigakan. Jangan kata doktor curiga, malah orang yang tak sepandai doktor macam saya pun boleh rasa curiga dengan medical report tersebut.

    Kepada masyarakat, diharap jangan buat andaian dan hukuman sendiri sebelum sesuatu kes itu selesai disiasat dan di bawa ke mahkamah. Pastikan sumber-sumber 'berita' adalah daripada sumber yang dipercayai dan yang paling penting tidak berat sebelah...

    ReplyDelete
  10. Thanks doc. Its is a very good analysis and explanation which open my mind towards the issue. Keep up postings your analysis regarding on the issues.

    ReplyDelete
  11. ponin eden.ponin...

    dahlah dengan bermacam isu,ditambah pulak dengan isu pembongkaran medical repot.repot tu sendiri pulak dah menimbulkan pelbagai persoalan,medical dan non-medical.public jugak yang jadi mangsa kecelaruan ini.ingat semua rakyat Malaysia ni faham ke medical terms ke~?.cits.

    ReplyDelete
  12. Salam semua,

    Harap semua membaca komen yang ditulis oleh WEEZA seperti di atas, satu lagi pandangan bernas mengenai isu ini.

    Memang benar, sodomi tidak semestinya akan berlaku luka atau pendarahan terutamanya jika mangsa tidak melawan apabila diliwat atau pun jika 'benda' itu tidak besar saiznya.

    Jika tidak melawan atau 'terpaksa rela', anus boleh 'menerima' tujahan 'benda' itu tanpa cedera.

    Seperti kata WEEZA, peralatan seperti proktoskop (alat yang keras dan besar daripada logam) yang digunakan untuk memeriksa anus tidak akan mencederakan anus jika pesakit rela dan tidak melawan semasa diperiksa.

    Dalam kes ini, pesakit rela kerana mahu diperiksa.

    ReplyDelete
  13. Salam Dr.,

    Kenapa kita semua bercakaran sesama kita? Sedangkan kaum lain berkejaran untuk menolong kaum mereka. Elaoklah sekiranya kita biarkan yg berkuasa menangani perkara ini.

    Tak percaya makamah? Sebab tak ikut pendapat mereka. tak percaya polis, sebab keputusan tak menyebelahi mereka.

    Keliru betul lah...

    ReplyDelete
  14. Salam semua,

    @ Su-Kj:

    1. Apa, semua orang wajib ambil pakai hukum-hakam awak ke? Tak boleh beg to differ?

    2. Melihat pada respon terbaru awak, nampaknya awak tidak sesuai untuk berdebat. Sebab bila ada pandangan yang berbeza sikit, awak dah dikuasai emosi dan hilang segala pertimbangan akal, logik, fakta dan spiritual. Bila awak cuba berdebat awak hanya dikuasai ego dan emosi, itu cuma akan menonjolkan kedangkalan fikiran awak sendiri & nanti lagi hancur pahala amal ibadat awak.

    3. Dalam Islam, halal dan haram itu jelas. Tapi untuk perkara yang samar dan memerlukan penyiasatan, Islam suruh kita kaji dan teliti. Islam tak suruh kita hukum sesuka hati. Reti? Siapa yg jahil sekarang? Sayakah yg taksub UMNO atau awak yang taksub Anwar?

    4. Sebab memang awak tak reti explain pun itu sebab awak cakap saja tapi tak pernah explain. Oh, baru saya nampak kenapa tahap mentaliti dan ketidakmatangan awak tidak sepadan langsung dengan "amal ibadat" awak (itu pun kalau betul awak buatlah). Sebab begitu ketara sekali awak buat amal ibadat itu hanya untuk dihebah-hebahkan serta dimegah-megahkan dan ia menimbulkan riya' dalam diri awak, bukannya menjadikan awak lebih hamba kepada Allah dan humble sesama manusia. Ini haji mabrur atau "haji marlboro"?

    5. Instead of mempersoalkan saya tentang pemahaman ayat 6-7 Surah An-Nur itu, awak sendiri adakah mempelajari Al Quran atau baca saja tak ambil iktibar? Sila awak baca balik bagaimana awak memberi respon. Hanya penuh dengan emosi dan takbur tapi fakta tak ada. Dan bukan sebab nak berkongsi pandangan, tetapi awak lebih dikuasi emosi marah kerana orang lain mengeluarkan pendapat yg bertentangan sentimen anda. So, siapa yg jahil? Siapa yg benak?

    6. Sila baca balik respon saya yang terdahulu. Adakah saya sekali-kali menafikan kepentingan bersumpah? Nah, siapa yang benak sebenarnya?

    7. Handphone awak? Kambing awak? Motosikal awak? (entah2 itu aje harta yg awak ada, kesiannya) Whatever! Katakanlah apa pun tuduhan yg anda nak buat terhadap saya dan buat laporan polis, saya cuma perlu simply izinkan polis menyiasat. Saya tak takut kerana saya tak buat benda-benda tu. Jadi kenapa Anwar takut sangat dgn benda yg kononnya dia tak buat dan kononnya fitnah belaka?

    8. Masalah besar juga sikap sesetengah masyarakat (macam awaklah) yang pertama, membuat pendirian yang semata-mata berdasarkan kepada hearsay dan kedua, hanya menerima apa yg sepadan dgn sentimen mereka, tidak membuka fikiran kepada keterangan, bukti, dan penjelasan akan kedudukan sebenar.

    9. Topik ini berkisar dengan pemeriksaan perubatan terhadap Saiful Bukhari dan persoalan tentang penyiasatan forensik terhadap kes ini. Kalau Tok Haji Su-Kj nak timbulkan isu lain, Atlantuya ke Saad Jaafar Mantoya ke apa benda ke, sila respond dalam topik yang berkenaan. Jangan nak MELALUT kat sini pulak. Agaknya semasa di tanah suci dan setiap kali hadir kuliah subuh pun awak melalut fikirkan perkara lain, that's why awak jadi begini. By the way, buku tentang kehebatan DNA ciptaan Allah tu awak dah download belum? Dah baca?

    10. Pergi Mekah 5 kali dan hadir kuliah subuh setiap hari itu (itupun kalau betul le awak buat bukan cakap kat sini saja) sudah melayakkan awak untuk melabel orang lain bodoh dan jahil agama??? Malang. Banyak sungguh amal ibadat awak tapi awak tak dapat apa-apa pun kecuali riya' dan takabbur sahaja. Ini bukan pertama kali saya jumpa orang yg mencanang amal ibadatnya kepada umum. Dan sungguh kesihan nampaknya mereka tak dapat apa-apa pun dari amal ibadat mereka melainkan semakin angkuh dan sombong. Jauh bertentangan dengan apa yg Allah hendak.

    @ Jeffri & lain2:

    Terima kasih daun keladi kerana berkongsi pandangan.

    @ Dr. Novandri:

    Harap dapat lepaskan respon ini untuk disiarkan. Kerana pertikaian yg dibuat secara public seeloknya dijawab secara public juga. Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Salam Dr Novandri,

    merujuk kepada comment saudara sukj (mintak maaf jika panjang ye Tuan Doctor?)

    komen2 itu akan saya jawap dengan tanda *** dihadapannya

    "Salam Dr,

    Attn: Nazrul Hilmi,

    1. Aitt...tiba-tiba saja nampak u sentiasa argue with my opinion? Topik lepas bersabit IMF pun u argue juga?
    *** ni hal mereka berdua (sukj dan Nazrul Hilmi), maka saya berkecuali

    2. So jika u nak berdebat sebarang topik dengan saya khususnya dalam dua isu ini, tolong 'email' your email adds pada saya. My email adds seperti berikut:
    saadjaafar@hotmail.com

    *** ni juga hal mereka berdua. cuma saya rasa, lebih sesuai jika kita guna istilah berjumpa dan bertukar pandangan. muqabalah dan muzakarah

    3. Saya rasalah u ni terlalu taksub sebagai pro UMNO dan terlalu taksub anti Anwar. Thats why u terlalu jahil dalam Islam. Dalam Islam...halal itu jelas dan haram itu jelas. No excuse...!
    *** Ini pandangan peribadi saudara sukj, saya hormatinya. tetapi, jangan terlalu taksub jua, saudara..

    4. Macam mana pula u boleh kata diri saya tak tahu nak explain? U tahu tak saya dah pergi Makkah 5 kali? U tahu tak saya hadir kuliah agama dan kuliah subuh atleast 6 kali seminggu? U tahu tak boleh dikatakan every night saya bangun sembahyang tahjud dan sembahyang sunat-sunat lain?
    *** pernah dengar istilah ujub dan riak?? kenapa nak heboh2kan? bagus la kalau saudara sukj buat semua tu. saya memilih utk percaya kata2 saudara, kerana Tuhan jua yang Maha Penilai dan Maha Mengadili. cuma, rasa kurang sesuai utk dihebohkan, bukankah merendah diri lebih baik? dan apa jaminan buat semua tuh membuat anda rasa anda pasti betol segalanya? bukankah hanya Tuhan sahaja yang memiliki segala ilmu dan mampu memilih sesiapa jua untuk menerima ilmu dan hidayah-Nya?

    5. I nak tanya u faham tak apa maksud dan kehendak ayat 6 dan 7 Surah An-Nur itu? Jika u terlalu jahil agama tetapi berlagak pandai dalam semua perkara, elok rasanya u pergi rujuk dengan 'Ahli Agama' agar dihuraikan Surah An-Nur ayat 6 dan 7? Then baru u faham. Jika u masih tak faham juga...mungkin hati u dah terlalu benak kerana...??
    *** Terjemahannya: Dan orang2 yang menuduh isterinya (berzina) padahal mereka tidak mempunyai saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang2 yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang yang berdusta.".. Bukankah itu untuk kes zina? Bukankah lebih tepat jika kes liwat ini lebih hampir kepada kes rogol? Zina ialah suka sama suka, rogol pula ialah tanpa kerelaan. Ada ke kes rogol yang ada saksi? Jikalau ada empat saksi yang nampak dgn nyata sekalipun, tidakkah kesaksian mereka itu boleh diragui kerana jika mereka melihat rogol itu, kenapa mereka tidak menghalangnya? saudara sukj, Saiful nih buat laporan yang dia mengalami 'liwat dengan rela', atau 'liwat tanpa rela'? bukankah dia dah offer yang jika dia bersumpah dengan kaedah fiqh Li'an, maka Anwar juga diajaknya untuk melakukan muhabalah? (Muhabalah = membawa ahli keluarga dan kemudian berdoa dan bersumpah agar pihak yang bathil akan dihukum Tuhan). Saya rasa, jika Anwar sanggup 'muhabalah', Saiful sanggup buat Li'an. Tolong jangan kaitkan Qazaf sekali dalam isu ini, ok? Kalau tidak, macamana MANGSA rogol nak buat report?

    6. Dalam hal ini u perlu faham 'key'nya ialah orang yang buat tuduhan? So dalam kes ini 'S' yang 'membuat tuduhan'? Jadi dia yang sepatutnya perlu 'bersumpah' mengikut kaedah ayat 6.7 Surah An-Nur. Sebab dia tuduh/dakwa orang lain liwat dia..??
    *** pada pandangan saya, semasa dia buat laporan itu, itu sudah cukup untuk menghampiri kaedah Li'an. Tetapi, seperti saya katakan, dia mengaku dia sebagai mangsa. Salah ke nak buat siasatan? Saya yakin, pihak yang benar akan berjaya dengan bantuan Tuhan.

    7. Dalam hidup ini sesiapa saja boleh reka buat tuduhan? Saya pun boleh buat tuduhan u curi hand set saya? Saya pun boleh buat tuduhan u curi motor saya? So pun boleh buat tuduhan u curi kambing saya? So jika berlaku 'ciptaan tuduhan' seperti itu apa yang perlu u buat??
    *** Jika tuduhan itu berlaku, bukankah saudara akan dipanggil utk beri kenyataan? Siasatan akan dilakukan. Bukankah prinsip mahkamah ialah you're innocent until proven guilty? Jadi apa yang takutnya? Jika nak tuduh, tudhuh la, apa masalahnya? Kalau polis, atau mahkamah atau seluruh dunia tak percaya sekalipun, Tuhan kan mengetahui segalanya? atau apakah saudara hanya kisahkan pandangan dunia?

    8. Masalah besar dalam negara kita sekarang ialah kerana semua sistem -sistem yang ada sudah tidak dipercayai dan sentiasa dicurigai dan tidak diyakini lagi oleh masyarakat. Ia termasuk Polis, Mahkamah, Hakim, Imigration...even medical report and DNA pun tidak terlepas.
    *** Kita berusaha merubah dari bawah. Bentuklah diri, keluarga, komuniti dan masyarakat. Ingatlah, kita hanya berusaha, perubahan tu datang dengan izin Tuhan jua. betol tak?

    9. Kenapa sibuk pasal DNA ini? Kenapa tak setle dulu isu klip video? Kenapa tak jawab how can rekod kemasukan Altantuya boleh 'hilang' dan 'lenyap' dari Jabatan Imigration?
    *** Kalau nak settle kan satu persatu, macamana nak selesaikan semuanya? Apakah dengan menyelesaikan satu-persatu, isu lain tidak akan muncul. Tidakkah saudara tahu yang bagi setiap kes seumpama rogol, mangsa perlu membuat laporan secepat mungkin? Jika tidak, pendarahan, kesan2 lebam dan sebagainya akan hilang.

    10. Saya mengaku saya anti Pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang, tetapi saya tak benci parti UMNO. UMNO tak salah...yang salah ialah Pemimpin2nya yang jahil Agama mungkin termasuk diri u juga. So....CHANGE !!
    *** Insya-Allah, semuanya akan berubah, kita ubah diri kita dulu, then ubah keluarga, ubah kawan2 dan ubah komuniti.. yan lain2 tuh kita teruskan usaha dan serahkan pada Tuhan. ok?

    ReplyDelete
  16. Doc, harap dapat disiarkan, sebab ramai sangat yang nak guna Ayat Surah an-Nur dalam berhujah.


    Pembubaran Perkahwinan : Li'an

    PENGERTIAN LI‘AN

    • Li‘an berlaku apabila terjadinya qazaf iaitu suami menuduh isterinya berlaku zina atau menafikan anak yang dikandungkan oleh isterinya sebagai anak.

    • Li‘an ialah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya berzina tanpa mempunyai empat orang saksi kecuali dirinya sahaja, maka hendaklah dia bersumpah empat kali “bahawa dia adalah orang yang benar” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika dia berdusta”.

    • Sekiranya isteri menolak tuduhan tersebut, maka hendaklah dia bersumpah sebanyak empat kali “bahawa suaminya itu berdusta” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika suaminya benar”.

    • Firman Allah subhanahu wata‘ala:
    “Adapun orang yang menuduh isterinya berzina sedangkan mereka tidak ada saksi (empat orang) kecuali hanya dirinya sahaja maka persaksian bagi orang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang benar. Dan sumpahan yang kelima bahawa laknat Allah akan menimpanya jika dia berdusta. Dan untuk menghindarkan seksa terhadap isteri yang tertuduh itu hendaklah si isteri bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sumpahan yang kelima hendaklah dia berkata kemungkaran Allah akan menimpa dirinya.” (Surah An-Nur, 24:6-9)


    KESAN LI‘AN

    ·Berdasarkan Seksyen 51 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 menegaskan bahawa:
    “Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat sumpah dengan cara li‘an mengikut hukum syara‘ di hadapan seorang hakim syar‘i, atas penghakiman, maka hakim syar‘i itu hendaklah memerintahkan mereka difaraqkan dan dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya.”

    •Mengikut peruntukan hukum syara‘, sekiranya yang menuduh (suami) enggan bersumpah, maka dia akan dikenakan hukuman qazaf dengan sebatan sebanyak 80 kali rotan. Manakala jika isteri yang dituduh pula tidak menolak tuduhan suaminya, maka dia akan dikenakan hukuman sebagaimana orang yang berzina kecuali kedua-dua mereka bersumpah dan melakukan li‘an.

    •Apabila kedua-duanya bersumpah dan melakukan li‘an, maka ikatan perkahwinan mereka suami isteri akan terputus sama sekali dan mereka diharamkan berkahwin semula buat selama-lamanya.

    •Ibnu ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
    “Suami isteri yang melakukan li‘an apabila mereka berdua berpisah, kedua-dua mereka tidak boleh berkumpul (berkahwin) untuk selama-lamanya. (Riwayat Daruqutni)

    Maka, soalannya ialah:
    1. sesuaikah kaedah dari ayat-ayat ini digunakan dalam kes ini?
    2. bukankah KEDUA-DUA pihak, tertudah dan yang menuduh perlu angkat sumpah?

    ReplyDelete
  17. Aduh Weeza...
    Share info tuh bagus...
    Tapi kalau ye pun dah copy and paste info yang anda dapat dari blog
    Stephen Doss
    tuh? hehe...

    Sukj,
    Kau ni bodohlah. Macamlah dalam Islam bukti DNA tu salah? DNA tu kan Tuhan yang Maha Bijaksana cipta? Cuba kau guna akal yang Tuhan bagi tuh, kenapa agaknya Tuhan cipta DNA setiap manusia berlainan? Kau ingat untuk suka-suka je ke? Tuhan tahu, yang manusia akan boleh menipu bila-bila masa, jadi DNA boleh tolong jadi saksi, ok?

    Dr. Novandri,
    Saya ingin tanya pendapat Dr. memandangkan terlalu ramai orang berpendapat berkenaan sodomy keatas Saiful tidak berlaku secara paksa dan orang semuda Saiful sepatutnya boleh melawan Anwar ketika sodomy itu berlaku jika ia dalam bentuk paksaan.

    Apa pendapat Dr, apakah logiknya jika peliwat dan mangsa liwat itu saling mengenali antara satu sama lain, maka ada kemungkinan bahawa tidak semestinya mangsa akan melawan?

    Sebagaimana seseorang gadis yang dirogol oleh ahli keluarga, atau seorang budak yang diliwat oleh keluarga, atau dirogol/diliwat oleh individu yang sangat dihormati oleh mangsa, maka mangsa akan takut dan keliru semasa serangan itu berlaku.

    Adakah kemungkinan bahawa mangsa akan keliru selepas serangan, dan mungkin tidak melaporkan kepada sesiapa kerana takut tidak dipercayai, contohnya mangsa dirogol oleh seseorang yang sangat dihormati oleh masyarakat?

    Adakah kemungkinan oleh kerana takut dan keliru, ada mangsa yang masih terus diserang berkali-kali?

    Harap Dr. bagi pandangan berdasarkan pengalaman atau psikologi mangsa serangan seksual ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  18. sukj berkata:

    "Macam mana pula u boleh kata diri saya tak tahu nak explain? U tahu tak saya dah pergi Makkah 5 kali? U tahu tak saya hadir kuliah agama dan kuliah subuh atleast 6 kali seminggu? U tahu tak boleh dikatakan every night saya bangun sembahyang tahjud dan sembahyang sunat-sunat lain?"

    Wah.... sebagai orang Islam amal ibadat kalau ikhlas tidak perlu dihebahkan.Bak kata, tangan kanan memberi sedekah, tangan kiri pun hinggakan tak tahu. Wow, ini pula dihebah2 dalam blog sebegini sekali.

    Saya rasa saya sudah faham karakter sukj. Dan selepas ini mungkin berkurang lah pengunjung ke blog beliau, termasuk saya. Wallahualam.

    Dr, terima kasih atas penulisan saudara. Thought provoking dan perspektif baru. Saya rasa kita sebagai orang biasa yang tak paham hal ehwal medikal itu ini semua patut dengar ulasan seorang doktor dari seorang blogger bermotif politik seperti RPK.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum..

    4. Macam mana pula u boleh kata diri saya tak tahu nak explain? U tahu tak saya dah pergi Makkah 5 kali? U tahu tak saya hadir kuliah agama dan kuliah subuh atleast 6 kali seminggu? U tahu tak boleh dikatakan every night saya bangun sembahyang tahjud dan sembahyang sunat-sunat lain?


    --> mak saya cakap, tak baik nak menunjuk-nunjuk..

    ReplyDelete
  20. ex-anon.

    Untuk menjawab hal itu. Yer, dalam kes ini boleh dipertimbangkan Anwar dan Saiful sebagai "consenting adults" di mana masing2 suka sama suka. Itu satu teori, ataupun ANwar telah terjerat dengan Saiful. "Rape" tidak semestinya berlaku secara paksa. Jika mangsa (siapa sebenarnya mangsa, Anwar atau Saiful) tidak berupaya kata "TIDAK", itu juga boleh dikata rogol.

    Tapi dalam hali ini bukan isu rogol. Ini isu sodomi yang memang salah dalam undang2 negara kita juga (seks di luar tabii)

    Wallahualam

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.