Dr Novandri Hasan Basri
Desas desus yang begitu kencang di parlimen Permatang Pauh sejak sehari ini ialah Anwar Ibrahim akan bersumpah. Sama ada benar atau tidak, hari mengundi semakin hampir iaitu pada 26hb Ogos ini. Hanya tinggal 3 hari lagi dan mengikut kajian yang dilakukan, sudah banyak undi yang beralih kepada Barisan Nasional.
Semuanya kerana karakter Anwar Ibrahim yang semakin tidak disenangi oleh rakan-rakan di parti PKR terutamanya PAS. Dan jentera pilihanraya BN terutamanya UMNO sudah mulai teratur dan bergerak lebih lancar dan terbuka.
Mesyuarat bersama Tan Sri Muhamad Taib petang tadi telah menyaksikan beberapa isu yang sangat penting diselesaikan. Dan yang penulis perhatikan ialah kali ini semua ketua cawangan di Permatang Pauh berpuas hati dan bertambah semangat untuk bekerja.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa jentera pilihanraya PKR begitu mantap dan advance. dalam masa yang sama, penulis juga dapat tahu bahawa Anwar Ibrahim akan membawa seramai 150 orang ke setiap ceramah beliau bertujuan untuk men'gah'kan jumlah orang yang hadir di setiap ceramah beliau.
Jika maklumat ini benar, Anwar Ibrahim bukanlah sehebat mana pun. Beliau berstrategikan politik 'persepsi' atau 'andaian' yang kononnya, beliau sangat kuat di Permatang Pauh. Malah tarih keramat beliau iaitu 16 September 2008, juga merupakan politik persepsi untuk mengaburi rakyat Malaysia.
Maklumat terbaru yang penulis (10.30 malam) terima ialah 60 - 40.
Ribuan memenuhi padang Timur Petaling Jaya
12 minutes ago

16 comments:
Harap2 bolehlah Dr.
Kurangkan undi ataupun terus menang walaupun majoriti kecil.
http://pkrpasdap.blogspot.com
apa tu 60-40 ?
Tapi ada isu baru pasal sumpah oleh orang india mengenai upacara keagamaan HINDU dilakukan oleh Najib, bagaimana pula tu?
bagi abe MIE, kemenangan antara BN dan Pakatan tidak dapat ditentukan lagi walaupun melalui pengundian kerana TANGAN PENGUNDI PADA KERTAS ITULAH MENUNJUKKAN SIAPA YANG LAYAK JADI PM- NAJIB ATAU ANWAR!!
Saya amat kagumi Nuar sebelum ini, tetapi setelah membandingkan secara rasional, perbezaan antara Mahathir & Nuar,
seperti komen saya sebelum ini-
Mahathir: ada Wawasan 2020- masyarakat Malaysia Tulen. Mampu membuat apa sahaja- contoh sekarang Proton boleh buat enjin sendiri-berdikari & Bumiputera setaraf bangsa lain pada 2020. jika menyindir pun amat bijaksana.
Anwar: Cakap-cakapnya busuk, muka hensem tapi sikapnya menjadikan wajahnya hodoh.Kucar-kacir. Semua orang tak baik, semua orang konspirasi.(lecuali masa dlm govt. mcm ada adab sikit)
Kerja beliau dari dulu hanya menzahirkan perasaan2 beruk yang ada pada setiap manusia dari satu tempat ke tempat lain untuk melantiknya jadi perdana menteri.
itu sahaja. saya perhatikan ketika dalam UMNO @ diluar.
Ini gambaran saya-Mungkin Anuar berfikiran begini:
(saya tak maksudkan Manusia itu beruk-cuma perumpamaan shj)
Katakanlah Pak Lah itu (seorang pengembala beruk) ada kat atas dikelilingi kumpulan2 besar beruk2 A,B,C...G yang dipeliharanya bertahun2.
Beruk2 ini dlm kumpulannya bekerja harmoni- ada yg petik kelapa, ada yang tangkap ikan, ada yg sedang makan pisang dgn aman.
Tiba2 ada seseorang datang membuaskan beruk2 ini.
"berhenti kerja! buat bulatan keliling saya, angkat kedua2 tangan.Next henjut spring kedua2 tangan dan henjut kedua2 lutut anda juga, sambil melompat & jerit uok2 ouk2 berulang2"
Sambil itu dia pun berceramah membenci tuan beruk itu. Modal2nya sbg contoh "pisang yang anda makan tu tak berkualiti" maka marah & kuat lah pekikan beruk2 itu.
Orang itu terus merekrut pejuang2 macam movie "Planet of The Ape" supaya bergetar pada frekuensi yang sama.
Dari point A ke B...G dan pusing balik A, dan mencari beruk2 liar yg lain juga.
Pada masa yg sama,Paklah telah sedaya upaya mengawal orang buas & kumpulan2 beruknya.Namun keupayaannya terbatas.
Bila orang ini merasakan kumpulan2 beruk ini cukup buas dan sekeliling Paklah ini beruk2 telah seragam liarnya. "Beruk2, tengok orang diatas bukit itu,serang ramai-ramai"
Lalu beruk2 buas (yang asalnya jinak & bekerja) itu menyerbu dan
memukul tuannya. Lalu, orang itu menghumban Paklah, dan menjadi ketua baru beruk2 itu.
Mungkin itulah agaknya kebijakan, bakal PM kita ni (harap2 Allah jangan-lah dia jadi).
Sekadar pendapat sahaja, maaf jika ada yang terasa atau yakin kepada janji2nya.
dengar cerita 45-55
Salam Dr.
1. Saya rasa ikan-ikan di Permatang Pauh sudah mengenali siapa TUANnya yang sebenar.
2. Jika ada ceramah, kempen serta umpan-umpan besar yang disajikan, tetapi belum pasti ikan-ikan tersebut akan tertarik dengan tawaran itu.
3. Saya percaya akhirnya ikan-ikan di Permatang Pauh itu akan pergi berjinak-jinak dengan TUANnya yang asal juga.
salam DR..
Selamat berkempen di Permatang Pauh.. Jangan ragu jangan bimbang..DSAI akan bersumpah di Mahmkamah yang lebiha baik menunjukan bukti fizikal dari pada bukti yang sumpah yang hanya Allah SWT sahaja yang tahu... Sekarang ni memnag seperti dah jadi MUSIM BERSUMPAH.. Wallhualam
Slm Doc,
Lega mendengar sokongan rakyat semakin berbelah bagi terhadap Anwar si Pengkhianat Bangsa..
Utk lebih meyakinkan para penyokong PAS, saya cadang kan agar jentera BN selain membuat pendekatan berhemah, buat juga pendekatan lain... cth yg lebih Islamik, spt mengajak para penyokong ini mengadakan solat Hajat bersama, memohon ke hadhrat Allah SWT agar DITUNJUKKAN KEBENARAN> ke atas segala fitnah yg dilemparkan oleh DSAI (tentang isu liwat... konspirasi... membela ISLAM/Melayu apabila menjadi MP...dsb).
Selain mengeratkan ukhwah, ini juga blh menimbulkan rasa persahabatn yg mendalam sesama Islam (jentera BN mahupun penyokong PAS).
SALAM...DR,
JIKA ORANG LUAR P.P TERTUNGGU-TUNGGU BAK PENUNGGU..INIKAN PULA PENDUDUK
P.P TERNANTI-NANTI BAK CETI...
BILA PULAK DSAI NAK BERSUMPAH LAKNAT..
JIKA DIA MENGAKU LEBIH ISLAM DARI ORANG ISLAM LAIN......
TAKKAN NAK BERDOLAK DALIH LAGI
KERANA DEK SURAT LARANGAN BERSUMPAH DARI TOKOH ISLAM DARI ISRAEL,AS ATAU ARAB....KALAU ADE SEBARKANLAH
KAT INTERNET TAK SAMPAIPUN SEMINIT...DAN SAMPAIPUN 10 MINIT KESELURUH PELUSUK NEGARA...
SUATU PERMAINAN....DSAI YANG 'SELAMAT'
1-LARI KE KEDUTAAN TURKIYE...SAFE & SAVE...
2-PERTIKAI PEGUAM NEGARA...SAFE & SAVE...
3-PERTIKAI POLIS NEGARA...SAFE & SAVE
4-LAPUR KAT JAWI...SAFE & SAVE...
5-BERKAWAN DENGAN AS & YAHUDI...SAFE & SAVE....
6-TUDUH DS HAJIB @ ANTANTUYA KES...SAFE & SAVE.....
7-ADA SURAT DARI TOKOH ISLAM JGN BERSUMPAH..SAFE & SAVE....
8-BERTANDING DI P.P..SAFE & SAVE...
SEMACAM SAFE DAN SAVE TAPI TAK SHARP....TUMPUL TINDAKAN...
TUAN
adakah manusia melayu telah hilang akal. mengambil jalan dengan bersumpah sebagai jalan penyelesaian.
bila pemimpin bersumpah, manusia bawahan apatah lagi.
Bersumpah dengan nama ALLAH bukan hilang AKAL tetapi orang yang mempertikaikan sumpah saudara seislamnya yang bersumpah dengan nama ALLAH seperti sudah hilang AKAL kerana tidak lagi YAKIN bahawa ALLAH adalah HAKIM yang paling ADIL.
Anwar jangan lupa, mesti bawa Nik Aziz dan Hadi Awang semasa nak buat sumpah laknat tu. Bawa Sukma, Azizan dan gang 1998 tu sekali duk sebelah sebagai saksi dan bukti benda tu tak berlaku.
Atau apasal tak panggil Sukma bagi ceramah sebagai seorang yang insaf? Lebih mulia usahanya untuk menunjukkan kebenaran.
tak jadi masalah jika Anwar mahu bersumpah atau tidak.Yang penting nanti masa perbicaraan dia tak bohong sudahlah.
harapnya pilihanraya di Permatang Pauh esok akan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini.
"Anwar terkenal dengan sikapnya selama ini yang akan mengambil apa jua peluang dan menggunakan apa jua cara untuk memperkukuhkan kedudukannya, tetapi yang sungguh menghairankan saya ialah mengapa masih ada satu cara yang cuba diihindarinya iaitu bersumpah. Tindakannya itu menimbukan tandatanya, adakah itu Anwar yang sebenarnya”
Diubah suai daripada jawapan sdr Ezam
No problem kalau Anwar (finally!) nak bersumpah.
itu la yang seelok-eloknya.
tetapi biarlah niat nak bersumpah tu betul, bukan untuk digunakan sebagai 'perencah' dalam permainan politik beliau.
Fuh! really? is this for real?...
hopefully Anwar will really do it this time, and this is not just some lame statements like he always does.
Or is it just rumours that's created by his supporters..
Post a Comment