Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Friday, August 29, 2008

Apakah Nilai 'Postmortem' Kepada UMNO & BN?

Dr Novandri Hasan Basri

Pihak tertinggi UMNO akan mengadakan 'postmortem' untuk mencari faktor-faktor yang menyebabkan kekalahan BN di Permatang Pauh. Ironinya, postmortem baru sahaja dibuat kira-kira 5 bulan yang lalu untuk mengkaji prestasi BN di PRU-12.

Perkataan 'postmortem' memang terasa 'besar' dan perlu disegerakan tetapi postmortem ala UMNO terasa lembap dan tidak bermakna kerana tiada tindakan susulan yang serius. Jika ada pun, ianya tidak menjurus kepada menyelesaikan permasaalahan yang paling besar iaitu kewibawaan dan imej pemimpin tertinggi di dalam UMNO itu sendiri.

Seperti kata orang bijak pandai, UMNO dan BN masih berada di dalam denial stage dan masih enggan menerima isyarat yang diberikan oleh rakyat.

Kita mulakan 'postmortem' kita dengan statistik pengundi di Permatang Pauh.

Secara ringkas, daripada 58,459 pengundi berdaftar di Permatang Pauh, 26,942 daripadanya adalah ahli-ahli BN.

Ini bermakna BN sepatutnya telah mendapat 46% undi awal dan 'confirmed' di Permatang Pauh.

Di bawah adalah pecahan pengundi-pengundi BN :-

1. UMNO - 19,442 pengundi

2. Gerakan - 2,900 pengundi

3. MCA - 2,400 pengundi

4. MIC - 1,700 pengundi

5. PPP - 500 pengundi.

Seperti yang diketahui, Calon BN, Arif Shah hanya menerima undi sebanyak 15,524.

Ini bermakna, Arif Shah telah kehilangan 11,418 undi (26,942 undi - 15,524 undi) yang sepatutnya berpihak kepada beliau.

Apakah mereka tidak keluar mengundi atau pun mengundi parti lawan, PKR?

Daripada 58,459 jumlah total pengundi di Permatang Pauh, sejumlah 47,258 undi (termasuk 447 undi rosak) yang telah diterima.

Ini bermakna 80.83 % telah keluar mengundi, satu peratusan yang tinggi sedangkan hari itu merupakan hari bekerja untuk pihak swasta (cuti umum untuk agensi kerajaan).

Ini juga bermakna, sejumlah 11,201 (19%) pengundi tidak keluar mengundi.

Dan menurut senarai terbaru (berdasarkan kepada senarai PRU-12), PKR hanya mempunyai 12,000 ahli/pengundi berdaftar di Permatang Pauh.

Dan jika ditambah dengan 8,000 jumlah ahli PAS yang boleh mengundi di sana, totalnya ialah 20,000 orang.

Hipotetikalnya, BN sepatutya sangat selesa jika dibandingkan dengan parti PKR dengan perbezaan yang besar iaitu 6,000 undi (26,000 BN vs 20,000 PKR). Tetapi ianya tidak berlaku di Permatang Pauh. (statistik daripada The SUN)

Malah tektik politik 'persepsi' yang dicanang-canangkan oleh jentera pilihanraya PKR, seolah-olah Permatang Pauh milik Anwar Ibrahim, telah berjaya dengan cemerlangnya. Canggih!

Ianya sungguh efektif sehinggakan ramai di antara kita yang tertawan dan percaya kepada modus operandi jentera pilihanraya Permatang Pauh.

Malah beberapa menteri kanan kerajaan turut tertipu dan tanpa segan silu serta tidak hormatnya kepada ahli-ahli BN dan jentera pilihanraya BN di Permatang Pauh, telah berkata bahawa mereka sudah tahu PKR akan menang walau pun sebelum pilihanraya lagi!

Apakah ini yang dinamakan semangat kekitaan dan ingin berjuang? Apakah menteri-menteri ini telah turun ke Permatang Pauh dan membantu atau pun mereka itu hanya pandai bersuara tetapi sebenarnya tiada kualiti untuk berjuang bersama-sama ahli-ahli BN di Permatang Pauh?

Penulis berasa amat malu apabila membaca komen-komen menteri-menteri kanan tersebut di dalam akhbar-akhbar hari ini. Sungguh memalukan!

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mempunyai jawapan yang lebih logik. Diantaranya:-

1. Saya biasa menulis berkenaan dilema Melayu. Saya percaya dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ramai yang berada dalam keadaan serba salah. Bukan sahaja Melayu tetapi juga bukan Melayu.

2. Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi mereka juga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baik tetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasional iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulih dibawah kepimpinannya.

3. Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasional telah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi.

3. Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.

4. Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan faham mesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepada UMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.

28 comments:

  1. Salam Dr.
    Saya selalu singgah diblog Dr. tp pertama kali menulis komen...

    Saya hanyalah ahli biasa pemuda UMNO Perak.Pada PRK PP tersebut saya telah membantu pos BN di Kg Pertama.Setiap bhgn Pemuda perak perlu menghantar 40 pemuda untuk membantu gerakkerja di pos tersebut.Ttp malangnya di pos tersebut petugas dan ahli pemuda tidak sampai 300 org(mungkin) dibandingkan penyokong PR, hampir 5kali ganda.

    Kesimpulannya...
    1-Pemuda UMNO/BN tiada semangat juang untuk mempertahankan parti.
    2-Tidak ikhlas membantu parti.Hanya pentingkan imbuhan/wang ringgit untuk membantu parti.
    3-Kebanyakan AJK Pemuda UMNO terutamanya yang mendapat faedah secara terus dpd pemimpin UMNO (kroni) hanya pentingkan perut sendiri, tidak sedar jika UMNO/BN tidak lagi memerintah, mereka juga akan hilang peluang/kontrak.

    ReplyDelete
  2. Walau apa pun yang terjadi, insya-Allah saya akan tetap berada dalam UMNO-menang atau kalah. Saya setuju bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam pilihan raya kecil ini dan pilihan raya umum sebelumnya. Ia seolah-olah memberi gambaran kepada kita ada satu faktor kritikal yang jika faktor itu diubah, insya-Allah segalanya akan berubah.Faktor kritikal itu punca segala masalah. Jika masalah itu dapat disingkirkan, ia akan menyingkirkan banyak masalah lain dalam UMNO dan BN.Sama-samalah kita fikirkannya.

    ReplyDelete
  3. Kita juga perlu sedar peranan 'idea' uang dijolok lawan. Misalnya, konsep kroni. Bila cakap pasal kroni aje, mesti orang UMNO. Kenapa? Ianya dicanang oleh DSAI semasa reformasi untuk melawan Tun. Yang sedihnya, ramai yang tahu bahawa DSAI sendiri yang bawa kroninya kesana kemari. Sebelum DSAI dibuang, tiada konsep kroni. Apa dia buat semua betul. Malangnya tak kurang yang setuju dan terus menolong DSAI menjaja konsep kroni ini. Baru2 ini kita dengar NikAziz kata, kroni tak apa, bila ambil menantunya mejawat jawatan Negeri Kelantan. Jangan kata disemua negeri pihak pembangkang semuanya terbuka. Kita tahu malah lebih banyak kroni mereka. Tapi tidak. Kita masih lagi terus menjaja konsep kroni hanya untuk orang2 UMNO. Sedih bila kita sendiri tidak tahu yang kita sebenarnya membantu DSAI untuk menikam diri sendiri. Kita harus lebih bijak dari itu. Kita harus lawan persepsi2 yang hendak mereka lemparkan kepada kita. Conton2 lain, seperti rasuah, race based politics, ketuanan melayu, dll semuanya dituduh kepada UMNO. Mereka mula melaungkan 'anak bangsa malaysia' kononnya untuk kesamarataan walhal mereka lebih mirip pada mahukan 'more rights' kepada bangsa mereka. Mereka tak sentuh lansung pada ketidak samarataan kedudukan ekonomi melayu berbanding bangsa asing. Kita perlu bersuara dan membuka minda bangsa sendiri!

    ReplyDelete
  4. Salam Dr.

    Kesimpulanya:

    1. Para pemimpin2 UMNO termasuklah Dr.M masih tidak boleh menerima hakikat yang sebenar?

    2. Mereka masih mempercaya bila pengundi-pengundi tak sokokng BN, itu bermakna pengundi tak suka Pak Lah.

    3. Mereka masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa sekarang pengundi bukan lagi tolak Pak Lah tetapi tolak UMNO.

    ReplyDelete
  5. Saudara Dr Norvandri,
    saya bukan sapa-sapa cuma seorang ahli UMNO yang datang dari Baling, dan beberapa malam ada di Permatang Pauh semasa PRK tetapi saya LUPA nak bari tahu kepada PEMIMPIN UMNO yang saya juga bekerja untuk UMNO....maka saya tidak CLAIM apa-apa.....
    BN kalah d saluran 2 dan 3...
    saluran 2 hishamudin dan KJ kena bertanggung jawab...
    saluran 3 azeez rahim kena bertanggung jawab....
    kenapa.. dalam akhir akhir ini tiada pengisian dalam Pemuda UMNO dan PUTERA.. UMNO kini lebih memPOPULARkan individu bukan berjuang macam UMNO dulu berjuang atas dasar parti keramat ini.
    Tak kan la pemimpin UMNO ni dah jadi buta hati, dah tau orang tak suka kepada KHAIRY beri plak peluang melalak-lalak di Permatang Pauh. Lain-lain AJK hanya tunggu ikut pungggung KJ berceramah. Bahasa baling kata "bekelulik" mungkin bagi mereka kalau BN menang KJ akan nampak yang mereka ini lah yang bekerja. PEMUDA yang meluat tak terkata kepada KJ ni dah tentu menunjukkan protes. Rata PEMUDA yang saya temui berkata "kami boleh tolong BN naik bendera, tapi Kami nak pangkah ADIL" Mereka tahu sekiranya BN menang, mereka sebenarnya bekerja untuk merintis jalan yang indah kepada KJ untuk menjadi Ketua PEMUDA. Malah ada jarum yang mengatakan kalau BN menang PAK LAH tak jadi letak jawatan kerana merasakan akar umbi masih menyokongnya. Mereka ini lah undi 10,000 lagi yang dikahsudkan tu.
    KEADILAN TAK PAYAH KEMPEN PUN BOLEH MENANG. BOLA BOLA TANGGUNG UMNO YANG ANGKAT.

    ReplyDelete
  6. Dr.,

    saya dah letih tengok perangai pembodek-pembodek dalam UMNO ni..mata buta, kah? telinga pekak, kah? Tak payah dok post-mortem dah, kerat dan buang saja cancer nama LAH tu.

    Bila lagi UMNO nak dengaq ahli bawahan ni?

    ReplyDelete
  7. Salam Sukj,

    Saya percaya pengundi tidak suka Pak Lah tetapi tidak kepada UMNO.

    Ideologi UMNO adalah terbaik jika dibandingkan dengan ideologi-ideologi parti politik yang lain.

    Dan ianya tidak seperti lalang seperti parti Melayu yang satu lagi.

    Apa yang berlaku sekarang ialah krisis kepimpinan tertinggi di dalam UMNO dan jika perkara ini dapat diatasi dengan segera (termasuk muhasabah diri), UMNO akan diterima sekali lagi.

    Dan harap Sukj dapat baca temuramah Dr M di dalam blog JebatMustDie hari ini. Tajuknya 'Malaysian Roadmap for the Malays'.

    Excellent article. Tq.

    ReplyDelete
  8. Orang2 seperti sukj laa yang terus menjolok pandangan bahawa kita tak releven. Ini yang dia mahu seluruh rakyat percaya. Kalau PP menjadi ukuran, walaupun dikubu kuat mereka kita masih boleh dapat 15000 undi maka kita masih releven. Cuma DSAI dan kuncu2nya lebih beruseha menjaja pendapat mereka daripada kita. Kalau kita tak sedar lagi dan tak menyedarkan yang lain, maka akan tiba keadaan dimana semuanya akan hilang. Mereka tak rugi apa2. Mereka kononya hendakan sama rata.Orang2 seperti sukj telah dipengaruhi untuk mempercayai segala lontaran pihak sebelah sana. Mereka buta tak nampak pertaruhan sebenarnya, bangsa kita yang akan hilang hak2 kita. Pada mereka sejarah hanya bermula selepas merdeka. Perjuangan bangsa yang berkurun lama tak ada makna. Jadi bumi bertuah ini kita kongsi saja sama rata. Cuba tanya jika dah diberi semua, adakah orang2 kita akan diberi tempat dikilang2, pejabat2 tempat milik bangsa lain. Bila dah hilang baru nak menangis, sudah terlewat. Kita hanya boleh 'negotiate' bila kita ada kuasa. sedarlah!

    ReplyDelete
  9. salam Dr,
    dalam mana-mana post mortem organisasi memang wujud kecenderungan untuk mencari "dimana silapnya?" sesuatu kegagalan itu. namun biasanya , dek kerana pelbagai interest oleh para stakeholders, kecenderungan itu menjurus pula pada mencari "siapakah yang bersalah?". bagi saya (my two cents worth)pendekatan itu tidak lagi relevan pada masa kini.
    bukankah lebih baik jika,
    1. mencari "sejauh manakah aku telah menyumbang demi memastikan kemenangan?"
    2. mengenalpasti "apakah kelemahan diriku sendiri, hingga kekalahan berlaku?"
    3. mengenalpasti "apakah langkah untuk masa depan yang boleh aku lakukan demi memastikan kemenangan?"
    4. instead of post mortem, jalankan kajian berstruktur, menggunakan responden sebenar di field, untuk mengenalpasti kelemahan jentera.
    sekian, terima kasih

    ReplyDelete
  10. Salam WanBaki & UMNObhtg,

    Terima kasih kerana telah memberikan pandangan anda.

    Pemuda UMNO memang patut melakukan sesuatu yang bernas dan drastik, ini termasuk menolak pemimpin-pemimpin Pemuda yang telah mencemar nama baik Pemuda.

    ReplyDelete
  11. Benar Dr, bukan parti yg lemah, pemimpin yg lembik. Hasil `post mortem` PRU 12 pun tak & syor2 tak dihebah kpd ahli2. Lagi nak buat `post mortem` baru.

    Kita tengok gerak saraf PKR begitu agresif. Kita sepatutnya buat perkara serupa. Kemaskini balik rekod ahli dimana hebahan berita yang hendak dilakukan melalui sms @ email.

    ReplyDelete
  12. SUKJ "khayal" dalam dunianya sendiri ..

    ReplyDelete
  13. "Penulis berasa amat malu apabila membaca komen-komen menteri-menteri kanan tersebut di dalam akhbar-akhbar hari ini. Sungguh memalukan!"

    perengan dibawah dipetik dari
    http://www.malaysiakini.com/news/88786
    "Mukhriz juga berkata BN tidak terkejut dengan kemenangan Anwar, malah menerimanya sebagai sebahagian proses demokrasi dalam negara."

    perkataan "tidak terkejut" patut di tukar ke "terkejut",
    "tidak terkejut" menunjukkan sudah jangka anwar akan menang.
    "terkejut" menunjukkan berasa hairan macam mana apani anwar boleh menang.

    jadi Dr. patut berasa malu sekali lagi atas hujah Mukhriz.

    Bagi saya, apa salahnya jikalau mengaku kalah untuk kebaikan rakyat.

    contoh,
    kalau suruh Dr. bawak Ferrari dan berumba dengan "SHOEMAKER" yang cuma bawa toyota camry,
    Dr mungkin kata ada peluang, jadi lumbalah sebab Dr. mungkin mempunyai pengalaman memandu kerata yang lain, tapi hakikatnya "SHOEMAKER" akan menang.

    Dr kalah kerana hakikatnya, Dr. tak pandai bawak Ferrari walaupun kenderaan ini canggih.

    Dalam kes Pematang Pauh, bukan kerana member BN 26 ribu dan mempunyai jentera BN yang kuat berpeluang untuk menang.

    hakikatnya BN kalah kerana rakyat sudah tidak boleh menerima pemimpin BN.

    Yang menjadi persoalannya, sudah banyak memteri menteri kanan, pemimpin pangkat tinggi seperti Mukhriz yang "tidak terperanjat" tapi sudah menjangka anwar akan menang, masih menyokong unuk mencabar anwar.

    bukankah jalan terbaik ialah mengaku kalah dan

    1. MENJIMATKAN DUIT RAKYAT
    2. Dalam masa 10 hari ini, bincang dan rombak polisi BN yang gagal.
    3. Mengelakkan KEKACAUAN yang telah berlaku dalam tempoh 10 hari.
    4. Buat POSTMOTERM PRU-12
    5. Mencari penyelesaian untuk mengurangkan inflasi
    6. Mencari penyelesaian untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin.

    banyak lagi yang boleh buat.

    Tapi semua ini tak buat.

    Kerana perkataan "MARUAH"

    atas perkataan "MARUAH" banyak DOSA telah dibuat.

    INSAFlahh!!!!!!!

    ReplyDelete
  14. Still Loving U.....Hidup TUNAugust 29, 2008 at 11:53 AM

    Assalamualikum Doc,

    Saya selalu mengikuti ur blog since pasca PRU 12...n i believe u r one of the true leader that UMNO really need rite now..So why don't u bertanding Doc untuk KP Bukit Gelugor..I'll support u doc..

    Konsep berkata benar walupun pahit harus diperjuangkan oleh UMNO......

    ReplyDelete
  15. Salam

    Tiada gunanya kita merintih, mengutuk, memprotes tanpa sebarang tindakan. "Umpama Serigala Menyalak Bukit".

    Kata Dr.M "Saya tidak fikir ada dalam UMNO orang yang mampu bertindak. Masing-masing hanya utamakan kepentingan diri. Apa yang akan jadi pada kaum bangsanya tidak mengapa asalkan diri sendiri mendapat sesuatu".

    Jika tiada pemimpin UMNO yang sanggup mengorak langkah menongkah arus, bagaimana akar umbi hendak bertindak. Tidak adakah pemimpin Pemuda yang berani seberani Dato' Mukhriz.

    Hasilnya seperti kata Dr.M "Tetapi kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak sanggup bertindak, rakyat terpaksa bertindak".

    ReplyDelete
  16. Salam Dr.

    Sebagai seorang ahli Pemuda yang aktif mungkin Dr. patut sarankan kepada pucuk pimpinan Pemuda UMNO Malaysia, minta KJ bersara. Ini adalah satu jalan bagi penyelamatkan Pemuda di masa akan datang.


    Ramai pemuda atas pagar cukup bencikan KJ terutama pelayar-pelayar Blog.




    Kamakamal

    ReplyDelete
  17. PKR hanya ada seorang ketua, Anwar sebaliknya UMNO ada dua : Paklah dan TDM. Saya sempat berada di Pmtg Pauh dan dapat mengesan perkara ini. Malah, hanya pembohong yg akan menafikan hakikat ini. Malah, tuan rumah blog ini pun masih berketuakan TDM. Di mana keikhlasan perjuangan?
    Lihat posting terbaru saya di http://waadat.blogspot.com

    Percayalah, selagi masih berjuang utk TDM dan menentang Anwar, kejayaan tak mungkin tercapai. Berjuanglah utk keharmonian negara dgn menentang ideologi Anwar bukannya peribadi Anwar.

    Saya amat bimbang dgn SMS yg saya terima drpd penyokong biasa PKR "apa salahnya LKSiang jadi PM?" begitu kata-kata bapa saudara saya di Selangor: "tengoklah macamana bukan Melayu memerintah Singapura. Bukan ke lebih baik?"

    ReplyDelete
  18. Har har ha hahahahhaAugust 29, 2008 at 12:30 PM

    Dr...

    Komen sikit, Betul ke statistik Dr. buat tu..saya rasa database BN tak tepat kot. Sayarasa pengundi MIC dah berkurangan dari 1,700 dah jadi 500 orang je kot...

    Kalau UMNO tu lagi tak leh percaya..Arwah Ayahnda Saya yang telah keluar UMNO masih lagi berdaftar dalam UMNO (Bukan Permatang Pauh la). Lagi satu macam Ramlang Paroggi dah sah bukan ahli UMNO tapi masih lagi dalam statistik Ahli UMNO..Saya rasa UMNO kena buat bancia semula..baru tahu berapa kekuatan sebenar UMNO itu sendiri...

    Wassaalmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  19. Salam Har Har,

    Saya melaporkan statistik ini berdasarkan artikel di dalam The SUN ( http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=25174 )

    Dan memang benar, bancian keahlian UMNO/BN mesti dilakukan semula seperti yang disarankan oleh saudara.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. Salam m.saad,

    Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan di blog ini.

    Pandangan saudara ada benarnya dan jika Pemuda UMNO tidak berbuat sesuatu, masa depan nampak sangat malap.

    ReplyDelete
  21. Dr ,daripada data itu sememannya BN lebih ramai ahli di Matang Pauh .Saya sendiri anak muda permatang pauh yang terlibat dalam jentera BN melihat byk kelemahan dan membuatkan orang muak dgn UMNO

    1- Duit perkara No 1 dikalangan ahli UMNO dan jentera BN dalam PRK.tiada duit tak buat kerja. Duit lambat mula naik marah .

    2-Sikap pihak atasan di bahagian jentera sendiri baik dari Ketua Pemuda hingga la keselamatan tidak jaga kebajikan jentera.Mereka lebihkan pentingkan duit dan poket mereka shj. Biasa la bila nmpk duit RM 50 tebal mula la gelap mata nak masuk poket sndiri .

    3- Kempen ganas PKR melemahkan semangat jentera BN ,ugutan dan gaduh ketika memasang poster dan bendera membuatkan jentera BN takut dan hilang semangat. Sepanduk2 yang kutuk anwar jika kita pasang maka akan diugut supaya diturunkan .

    4-Tiada hebahan dalam bentuk risalah @ dalam blog umno sendiri mengenai ceramah2 UMNO di bilik gerakan menyebabkan kehadiran orang amat mengecewakan .

    5- BN guna taktik lama membawa pembangunan sebagai umpan tetapi tidak faham kehendak rakyat yang cakap mengenai barang naik, minyak naik .

    6- Saluran 1 dan 2 pun sudah kalah di peti undi aku jaga ,golongan tua pun suka pkr dan boleh terima anwar walaupun mereka tahu anwar akan bela cina n india dan akan hapus hak org melayu .

    7- UMNO perlu menyakinkan dulu ahli nya drpd menarik undi pengundi atas pagar .Jika orang umno sndri tak suka UMNO ,bagaimana orang luar mahu terima untuk undi UMNO.




    7-

    ReplyDelete
  22. Dr

    I said be4, l admire your idealism but sad to say, ur in a different party.

    I joined an old UMNO at age of 18. By 20, when old UMNO was left to die by TDM and he formed UMNO(baru),

    2.l am on the outside since then, like my father and many old UMNO members who knew how TDM let old UMNO to die and formed another platform known as UMNO(baru) just to ensure he helm in UMNO(baru) without any chalange as long as he wanted.

    3. let's be clear, under the society act under which both an old and new UMNO are registered, the act recognised both UMNOs' are 2 different entity and has no connection with one another.

    4. Under the same act, an interior minister is invested with power to revive any society that has been declared illegal or deregistered after found to contrevene any part of the act. If the minister invoke such power, his decision cannot be challanged in any court of law.

    Meaning after UMNO was declared dead by the court in 1988, TDM could had used that power to revive an old UMNO. BUT HE DIDNT.

    He went all the way to registered a new platform which he wanted to call UMNO too! But because of the act, the registrar advised TDM, if he wished to use the name UMNO, the new entity must use word (BARU). Reason given the new entity is not a continuation of the demised UMNO. Both of them are to different entities.

    5. Now, if we look at UMNO(baru) constitution, flag and other symbols, though look similar but there are some changes made as to distinguish it from an old UMNO.

    So doc, l dont see any logical reason mengapa u begitu sentimental sangat dgn perjuangan UMNO lama. Sebab itu saya kata ur in a wrong party.

    6. Pendapat sukj ada kebenarannya. I think you kena kaji balik sejarah perjuangan UMNO dan UMNO(baru).

    7.To me, UMNO(baru) adalah personal vehicle TDM untuk mengekalkan kuasa dan relevancynya sahaja. TDM tailored UMNO(Baru) to suit him and only him. Sorta buat baju untuk diri sendiri sahaja.

    On that note, kita fahamlah mengapa AAB begitu sukar nak control UMNO(baru). In fact, whoever takes over from TDM- AAB ke, najib ke, Muhyidin ke, mereka juga akan menghadapi masalah yang sama.

    8. Lastly, jangan salahkan AAB menggunakan pelbagai cara untuk kekal menjadi Presiden. Yang cantiknya, AAB tak perkenal apa-apa peraturan baru untuk mengekalkan kuasa. Dia hanya menggunakan peraturan yang telah dibuat TDM dulu. Ah.....berlainan sungguh budaya UMNO lama dan UMNO(baru)!

    As for article TDM yang u syor dibaca - jawapannya, mengapa TDM tak buat dulu?

    DOC UR IN A WRONG PARTY!

    bat8

    ReplyDelete
  23. Dr,
    Pak Lah kena belajar dari Tun Mahathir. Apabila Tun mendapat signal dalam PRU 10. dengan bijak Tun mengumumkan untuk meletak jawatan.

    PRU 11 BN menang besar, tetapi PRU 12 sekali lagi rakyat memberi signal kepada Pak Lah. Ptg Pauh tak boleh dijadikan indikator kerana baru satu kes. andainya Bn hilang beberapa kerusi lagi selepas ini, maka Pak Lah mesti memikirkan untuk mempercepatkan proses peralihan kuasa

    Umno hendaklah mengambil kira signal oleh rakyat. dan pengundi atas pagar.

    ReplyDelete
  24. Salam Dr.

    Saya adalah pengundi atas pagar dan cenderung kepada pas dan pkr.Kenapa?.Saya meluat kepada orang Umno/Bn kerana mereka bekerja kerana duit.Contoh pasang bendera ,rayu undi dll .Berbeza dgn pas dan pkr,sukarela dan ikhlas.Semua orang tahu perebutan kuasa antara pemimpin Umno di peringkat tinggi atau cawangan adalah kerana duit.Kebanyakan generasi muda 40thn ke bawah majoritinya meluat kepada Umno.Tahukah dr , hampir 80% pekerja kilang di kawasan Kulim Dan Penang adalah penyokong pembangkang.Kenapa? Pekerja kilang kurang mendapat perhatian daripada kerajaan.fikirkanlah.

    ReplyDelete
  25. Salam DR!

    izinkan saya komen sikiT.

    1)kurang faham dgn komen Tun yang menyebut pengundi tidak mahu BN mahupun PKR, ttp kan ada alternatif bebas. kenapa tidak memilihnya, cuma mendapat 92 undi.

    2)saya sebenarnya ahli umno bhgn jelutong, bhgn yn sentiasa bermasalah dgn perebutan jwtn dan mcm2 lagi. cthnya bekas Senator yg saya x mahu namakn..wujud dari zaman saya bersekolah hinnga masih mahu berebut kuasa hingga zaman anak saya bersekolah!!

    3) keaadann ini dan mcm2 lagi telah membuatkn saya dan ramai yg saya percaya JELAK dan kecewa dgn UMNO tapi bukan keseluruhannya.

    4)kenapa bila sebut pemimpin UMNO bahagiam, secare otomatis kita mmbayangkan gaya ahli perniagaan yg berkereta besar atau berumah besaR. ini perlu diubah supaya ramai ahli umno tidak terus meninggalkan Umno>

    terima kasih Dr.

    ReplyDelete
  26. Salam Doc, apa yg Dr bangkitkan isu ini adalah seperti yg pernah saya bangkitkan pada blog Dr sebelum ini.. dan jangkaan saya adalah benar yg kebanyakan ahli-ahli BN khususnya UMNO menolak kepimpinan PM sekarang... malang nya UMNO sekarang dotolak ahli sendiri.. walaupun Tun Mahathir pernah ditolak golongan melayu tetapi ahli-ahli UMNO tak pernah mempertikaikan kepimpinannya..
    Fikir-fikirkan lah dan renungilah nasib UMNO di masa hadapan..

    wassalam

    ReplyDelete
  27. Dr., masalah wang telah pon diwar2kan oleh kepimpinan kanan UMNO sendiri dan tak perlulah pembangkang untuk mengusulkan perkara tersebut kepada rakyat... dan rakyat nampak akan perkara tersebut... Jadi pemimpin kekayaan bertambah... Tak adakah lagi jalan lain untuk kita atasi masalah ini?

    Makin ghamai oghang muda memilih alternatif lain kerana UMNO mula dinampakkan semakin tidak relevan bukan oleh oghang lain tetapi pemimpin kanan UMNO sendiri...

    Sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan UMNO terus relevan kepada bangsa kita seterusnya menjamin kesejahteraan Malaysia

    salam

    ReplyDelete
  28. Doc ,faktor Anwar masih la meresapi jiwa penduduk prmtg pasir walaupun BN telah gunakan apa cara sekalipun .

    Ahli dlm kompnen BN masih lagi beri undi kepada PAS iaitu undi juga kepada Anwar dan Lim guan eng.

    undi BN sy rasa dri orgn UMNO saja dan beberapa pengundi dari Bukan melayu dan pengundi atas pagar.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.