Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Friday, August 29, 2008

Bajet 2009 - Sepintas Lalu (Part 1)

Dr Novandri Hasan Basri

Bajet 2009 telah dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini. Pelbagai statistik, peratusan dan angka-angka telah dikatakan oleh Pak Lah.

Sebagai rakyat, kita tentu mengambil masa untuk memperhalusi serta memahami segala angka-angka tersebut. Penulis pun salah seorang daripadanya.

Maka kerana itu, artikel ini bukan untuk mengupas bajet 2009 tetapi secara sepintas lalu, beberapa angka dan usaha telah menarik perhatian penulis (yang lain-lainnya perlu diteliti dengan lebih lanjut)

1. Negeri Sabah dan Sarawak adalah 'lime light' di dalam bajet 2009 dengan mendapat pelbagai insentif dan peruntukan. (Dr Novandri : Mungkin akan dibangkitkan oleh sesetengah pihak)

2. Staf kerajaan akan mendapat bonus 1 bulan tapi dibayar 2 kali iaitu bulan September dan Disember.

3. Harga rokok meningkat.

4. Tiada cukai untuk kereta 'hybrid'

5. Peralatan elektrik jenama Malaysia akan bertambah murah.

6. Kemudahan percuma tambang pergi balik bagi staf kerajaan pulang ke wilayah asal pada setiap tahun.

7. Tiada bayaran jika mengguna elektrik kurang daripada RM20.00 sebulan.

8. OKU mendapat elaun RM150 sebulan jika tidak bekerja manakala elaun murid OKU di sekolah pendidikan khas ditambah kepada RM150 sebulan.

9. Pesara kerajaan (berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun) akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Penulis berpendapat rakyat tidak ada masaalah untuk memahami peruntukan yang berjumlah puluhan dan ratusan ringgit seperti di atas.

Yang kita perlu fahami lebih lanjut ialah perincian dan pecahan-pecahan mengenai peruntukan yang bernilai ratus jutaan ringgit yang diberikan kepada beberapa agensi dan negeri. Diharapkan wang tersebut dapat disalurkan secara telus dan tidak disalahgunakan.

Dan seperkara lagi, kita sedang menunggu 'feedback' daripada pelbagai pihak mengenai bajet 2009 ini. Tentunya pihak-pihak itu adalah daripada pihak pembangkang, pakar-pakar ekonomi dan juga mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Kita akan membincangkan bajet 2009 di artikel yang seterusnya.

4 comments:

  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    Kenapa Anwar nampak malu depan Pak Lah? atau dia malu sebab tak kenang jasa Pak Lah dan KJ pada satu ketika dahulu!!!

    Pasal bajet, rakyat jangan terlalu dimanjakan. KITA BAGI PANCING BUKAN IKAN. Kalau bagi ikan macamana hendak berdikari?

    Apapun abe MIE lihat bajet kali ini banyak kepada 'kebajikan' dan ada sedikit perli buat 'BARUA-BARUA' yang sanggup hendak dan mahu tinggal BN kerana menjayakan misi tertentu serta mengkhianati mandat rakyat berikan.

    ReplyDelete
  2. Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Okt, 2008 sehingga akhir 2009 (Bernama)

    Senarai guna bil api Paya Menkuang Ppauh (anak angkat Ali Rustam) :-
    1. peti ais - RM6 sebulan
    2. tv + astro - RM 6 sebulan (jgn ingat org kampung takde astro)
    3. gosok baju anak sekolah ( 4 org) RM 8 sebulan
    4. buang air bergelap pun takper janji bil tak payah bayar ...nasibla tu..


    mmm...Anwar oh Anwar... bila la ko nak jadi perdana menteri ni!!!

    ReplyDelete
  3. Salam Dr,

    1. Bukan wang parti yang memerintah tetapi WANG RAKYAT.

    2. Wang bukan segala-galanya.

    3. 70% kakitangan kerajaan menyokong pembangkang. Manakala 90% anggota tentera menyokong pembangkang.

    ReplyDelete
  4. 35B untuk peningkatan pengangkutan awam dari 2009 - 2014. Dah parking siap kerja untuk SCOMI.Awat tamaknya, semua nak sapu. Mana ada untung projek lagu ni?

    Kami dah boleh baca dah setiap pergerakan dan tujuan. Hari tu naik keretapi saja nak tunjuk perihatin supaya boleh jistify nak bagi projek ni kat anak dia.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.