Dr Novandri Hasan Basri
Suratkhabar The Star telah mengeluarkan kenyataan Hjh. Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bercanggah dengan ketua beliau, Anwar Ibrahim.
Zuraida mengatakan 'okay' jika seseorang itu di'telanjang'kan di atas sebab-sebab pemeriksaan kesihatan. Kalau mengikut pandangan penulis sebagai doktor, penulis amat bersetuju dengan pandangan Zuraida Kamaruddin, MP Ampang.
Seperti yang kita ketahui, isu 'ditelanjangkan' ini pernah dibesar-besarkan oleh Anwar Ibrahim tidak berapa lama dulu. Surfers boleh membaca artikel tersebut di dalam blog ini (Klik di sini)
Seperkara lagi, Zuraida Kamarudin juga yakin pihak HKL akan mengeluarkan laporan yang jujur dan benar. Kenyataan ini juga bercanggah dengan kenyataan Anwar Ibrahim.
Dan jika kita layari web Suara Keadilan-online, kenyataan di dalam web tersebut mengatakan bahawa tindakan Zuraida Kamarudin meng'hadiah'kan 10 jambangan bunga kepada HKL sebagai mesej yang tersirat (sindir?) dan dakwaan beliau bahawa terdapat laporan yang dikeluarkan oleh HBKL yang menyatakan bahawa tidak ada unsur-unsur liwat oleh Anwar Ibrahim keatas Saiful Bukhari Azlan. (klik di sini)
Menurut catatan di blog beliau, p99ampang.com, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak hospital kerana tulus jujur dan amanah dalam mengeluarkan laporan tersebut - Suara Keadilan.
Yang menarik perhatian penulis ialah tidak ada pun catatan Zuraida Kamarudin di dalam blog beliau seperti yang dilaporkan oleh Suara Keadilan-online!
Sehingga jam 6.25 petang 5/8/08, artikel terakhir yang terdapat di dalam blog Zuraida Kamarudin ialah :-
MAAF SEDANG DIKEMASKINI..
August 4th, 2008 by Din
Maaf Sedang Dikemaskini (tetapi sudah ada 39 komen)
PROGRAM SEHARI MENDEKATI RAKYAT
August 4th, 2008 by Din
Kemanakah hilangnya catatan Zuraida Kamarudin seperti yang dilaporkan di dalam Suara Keadilan-online? Kena 'hacked' atau dikemaskinikan untuk memperbetulkan ayat-ayat supaya tidak dimarahi oleh ketua beliau, Anwar Ibrahim?
Di bawah ini adalah laporan daripada The STAR :-
It’s okay to be stripped for medical check, says PKR Wanita chief
(Tuesday 5/8/08)
KUALA LUMPUR: First, PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim complained of being stripped while being examined at the KL Hospital. Yesterday, PKR Wanita chief Zuraidah Kamaruddin said that it is “okay” if a person is stripped to check for medical evidence.
“If the doctor asks you to open your mouth so that he can inspect it, then you must open your mouth.
“If stripping was a part of the procedure, then it should be done,” she said, adding that one must follow procedure.
She also expressed hope that HKL would uphold its integrity in doing its job.
“We hope the hospital will carry on showing professionalism in its work without fear or favour, or discriminate by race and religion,” said Zuraidah.
Earlier, she presented 10 bouquets of flowers to HKL deputy director (medical) Dr Lailanor Ibrahim, who accepted the flowers on behalf of director Datuk Dr Zaininah Mohd Zain.
To a question, Zuraidah, who is also Ampang MP, denied that her visit was a form of pressure on the hospital.
“We have confidence that HKL will come out with a report that is honest and true,” she said.
She also said the visit to HKL was part of a road show for Himpunan Keluarga Merdeka on Aug 30 organised by the PKR women's wing. - The STAR
Nombor pendaftaran WP Kuala Lumpur baharu bermula W1A
18 minutes ago

6 comments:
Kadang-kadang, mereka terlalu banyak membuat andaian itu dan ini dengan berdasarkan apa yang mereka hendak dengar atau lihat, jika mereka mahukan baik...baik sahaja yang dilihat..jika mereka mahukan buruk..yang buruk sahaja yag dilihat..
- http://wacanapascapru12.blogspot.com -
Benarkah laporan HKL berkenaan siasatan ke atas Saiful telah bocor dan dalam laporan tersebut menyatakan tidak berlakunya liwat. Malah mereka mendakwa laporan itu laporan asal yang belum sempat diolah 'cerita'nya oleh kerajaan... Tolong beri penjelasan berkenaan perkara ni...
Benda ini pun nak dihebahkan..apa la doktor ni. Ini yang didedahkan, isi penting tak pulak dibagitau.
Mahyudin...betul tu, laporan HKL dah dibocorkan. DOktor-doktor tak nak bersubahat, takut diakhirat dipertanggungjawabkan. Kecuali doktor UMNO ni, Dr Novandri konon, isi tulisan bukan macam doktor, doktor beli macam Dr. Fadhli kot, jangan mare ya nanti kena jual....
Saudara Mahyudin,
Saya tidak percaya bahawa laporan HKL dah dibocorkan.
Seperti kata Ketua wanita PKR,Zuraida Kamaruddin, beliau percaya HKL akan jujur dan benar di dalam hal ini.
Dan siapakah gerangan anonymous ini yang membuat andaian tetapi tidak berani memperkenalkan diri dan accountable kepada kata-katanya sendiri?
Saudara Dr,
Saya pun berfikiran begitu. Tak mungkin laporan daripada pihak HKL yang sememangnya sulit, dengan mudah boleh disebarkan. Saya yakin ianya hanya dakyah politik parti pembangkang untuk menafikan kes liwat pejuang PKR yang mereka sanjung sangat tu.. Kejam sangatkah kerajaan kita sehingga sanggup 'membeli' doktor seperti yang didakwa? Saya yakin tidak mungkin kerajaan sampai ke tahap itu...Betul tak Dr?
Takkan Anwar kena telanjang semua kot? Mesti bahagian yang diperiksa sahaja kena bukak, kalau tak bukak mcm mana nak periksa kan? Ada ka medical checkup yang perlu telanjang semua?
Post a Comment