FACEBOOK DR MIM

Siapakah Yang Patut Jadi MB Selangor?

Friday, August 22, 2008

Tun Dr Mahathir Mohamad - Biografi Menarik.

Dr Novandri Hasan Basri

Baru-baru ini penulis telah membeli sebuah buku yang bertajuk "Mahathir Mohamad - An Illustrated Biography" hasil pena E.Yu (MPH Publishing)

Buku ini berformatkan lukisan kalikatur mengenai sejarah hidup Dr Mahathir. Di dalam kolum pengenalan buku itu, E.Yu menulis :-

Words can't discribe the admiration and respect I had for him after that.... If they know how much he has sacrificed and what he has done for Malaysia, perhaps they too would admire, respect and love him like I do...... What if here is a book on Dr Mahathir in cartoon format that is informative, amusin and interesting at the same time?

Setelah meneliti isi kandungan buku itu (dan ulang-ulang membacanya!), penulis bersetuju dengan pandangan E.Yu bahawa hasil karya beliau ini simple tapi sangat menarik, penuh dengan informasi tapi ringan untuk dibaca dan tentu digemari oleh seluruh peringkat umur di negara ini.

Malah, kanak-kanak pun suka membaca karya tersebut dan dalam masa yang sama, mereka dapat mempelajari sejarah hidup Tun Dr Mahathir, negarawan terulung.

Verdict : Penulis mensyorkan para pembaca sekalian membeli buku ini dan kongsi bersama-sama anak-anak dan keluarga yang lain. Jangan tak beli!

p/s : Kalau sudah beli, berikan komen anda di artikel ini. TQ.

14 comments:

  1. salam.

    saya bukanlah peminat Dr.M tetapi nampak gaya macam menarik pula.Saya suka gaya karikatur seperti Lat dan CW kee.dan nampak seperti E.Yu juga mempunyai karikatur yang lebih kurang sebegitu.

    pastinya saya akan mendapat senaskah biografi ini.

    ReplyDelete
  2. Yg ini belum ada lagi Dr, tapi saya dah beli Dr M karya Dato Lat. Sama menarik juga.

    ReplyDelete
  3. Salam

    Kita masih perlukan Tun Dr Mahathir.

    ReplyDelete
  4. http://pkrpasdap.blogspot.com

    kena ingat. TDM adalah orang bertanggungjawab meletakan malaysia dan kita kini sebagaimana berada sekarang.

    kalau ikut al-juburi, dia nak jual malaysia pada IMF.

    ReplyDelete
  5. Rasa hormat dan kagum saya kepada Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir tidak pernah berkurangan sekalipun beliau sudah lama meninggalkan kerusi Perdana Menteri. Saya memiliki banyak buku berkaitan beliau.Saya harap buku ini juga akan saya miliki. Malahan suara beliau perlu didengar dan diperdengarkan kepada orang ramai menjelang PR Kecil Permatang Pauh.Sentuhan dan idea beliau masih berbisa.

    ReplyDelete
  6. sebenarnya kita perlukan semangat tun.. kita perlukan pemikirannya..
    saya sentiasa cuba dapatkan ucapan2 beliau dari semasa 1980an lagi..
    saya teliti secara kasar.. sehingga ucapan beliau sebelum beliau bersara.. semuanya ada disitu..
    dari nasihat, pandangan, idea, perlaksanaan... complete.. cuma kene dikupas dan diperhalusi lagi... ianya boleh dibuat panduan.. biar tun berehat.. kalau tidak.. kita akan jadi sama macam penyokong yg taksub pada nuar.. saya berani betting la.. kalau nuar tu eksiden ke, meninggal awal ke.. PKR mesti kelam kabut..

    biar kita hasilkan pemimpin yang terbaik.. dengan menjadikan yang terbaik sebagai model...

    ReplyDelete
  7. Saya memang suka baca cerita pasal Mahathir ni :)

    Saya dah anggap dia mcm idola terhebat saya ;)


    Yang baik jadikan teladan,
    Yang tak elok jadikan sempadan :)


    Jemput ke selingan menarik ;)
    http://teampemudaumno.blogspot.com
    http://pro-faizal.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Salam doc,
    Hey, this is cool... Thanx for the 411! Nnt i pegi carik!

    ReplyDelete
  9. Tokoh yang Saya Paling Hormati

    Perbandingannya Dengan Anwar-

    Umpama Manusia Vs Beruk.


    Mahathir: ada Wawasan 2020-
    Masa masyarakat Malaysia Tulen.
    -wawasan teknikal& teknologi
    dan menjadikan kita Warga Malaysia.yang tidak lagi perlu apa2 hak selain kami Rakyat Malaysia.Beliau amat intelek, jika menyindir amat bijaksana.

    Anwar: Cakap-cakapnya busuk, muka hensem tapi sikapnya menjadikan wajahnya hodoh.Kucar-kacir. Semua orang tak baik, semua orang konspirasi.

    Kerja beliau dari dulu hanya menzahirkan perasaan2 beruk yang ada pada setiap manusia dari satu tempat ke tempat lain untuk melantiknya jadi perdana menteri.

    paklah yang ditengah2 juga "gagal kawal kumpulan2 manusia yang telah jadi binatang buas ini".

    dan seolah2 "dikepungi kumpulan yang sedang meraung2 ini".

    Apakah Anwar ini calon sesuai @ boleh mengubah sikapnya?

    ReplyDelete
  10. Great content and meaningfull
    Sy. termasuk pengagum Dr. M. yang punya nyali dan keberanian untuk menyuarakan ya atau tidak.
    Alif http://www.bakpiajogja.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. wah1!! ada buku tu eh??
    harga berape erk??
    semoga Allah memanjang umur Tun Mahathir

    ReplyDelete
  12. Zainal Ariffin AshariAugust 24, 2008 at 11:25 AM

    Doc,
    Saya telah membelinya semalam untuk dihadiahkan kepada anak, beliau amat menyukainya. Tq 4 the recommendation. Price RM15.90
    Salam.

    ReplyDelete
  13. Tiada Ucapan yang mampu saya ucapkan..cuma secebis sahaja yang saya dapat ucapkan berbanding dengan jasanya beliau yang tidak terhitung banyaknya....

    TDM seorang bekas pemimpin berjiwa rakyat.. Beliau lebih memahami masalah rakyat..

    Terima kasih TDM.

    ReplyDelete
  14. Still Loving U....TDMAugust 25, 2008 at 12:22 PM

    Assalamualaikum Doc,
    Buku itu memang bagus untuk kita baca dan kita fahamai secara ringkas tentang perjuangan TDM yang ikhlas dan jujur dalam membangunkan umat melayu...UMNO khususnya..
    Akan tetapi yang sedihnya hari ni umat melayu khususnya UMNO cuba untuk menafikan "the living legend" ini dari terus bersuara..
    Apa kata sempena pilihanraya Permatang Pauh ni kita ajak dia sama sama kempen ke? So Doc kan duduk dalam Pemuda UMNO, apa kata dapat ajak TDM ke Permatang Pauh???
    Saya berpandangan walupun TDM dah keluar UMNO tapi semangat cintakan bangsanya yang ada dalam dirinya melebihi dari semangat yang ada pada kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO hari ni..Wallahualam..

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.