FACEBOOK DR MIM

Sunday, September 07, 2008

Berani Berubah - Manifesto Dato' Mukhriz Tun Mahathir

Dr Novandri Hasan Basri

Pada 6hb September 2008 bersamaan 6hb Ramadhan 1429, Dato' Mukhriz Tun Mahathir telah menawarkan diri beliau untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Penulis sendiri berada di 'Teratak Maharizan', kediaman peribadi keluarga beliau di Titi Gajah, Alor Setar, Kedah untuk mengikuti majlis tersebut.

video

Berani Berubah - itulah cogankata yang terpampang di belakang pentas. Maksudnya sangat jelas. Pemuda UMNO perlukan reengineering di dalam maksud dan perjuangan Pemuda UMNO.

video

Dato' Mukhriz telah menggariskan 4 manifesto yang akan diperjuangkan oleh beliau jika berjaya menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

video

video

Dalam masa yang sama, Dato' Mukhriz juga mengatakan bahawa beliau tidak akan menjawat sebarang jawatan di dalam kerajaan pusat jika beliau menang.

Konsep tersebut mengingatkan penulis kepada era Dato' Harun Idris di mana beliau hanya menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia tanpa menjadi menteri penuh di dalam kerajaan pusat.

Dengan cara itu, Dato' Harun Idris dan Pemuda UMNO tidak terikat dengan sebarang 'aku janji' di dalam kerajaan pusat. Secara tidak langsung, Pemuda UMNO mampu bertindak sebagai pemerhati dan pengkritik yang amat berkesan kepada setiap gerak kerja kerajaan pada ketika itu.

Dato' Harun juga dapat memfokuskan usaha beliau untuk memperkuat dan memperkasakan Pemuda UMNO sehinggakan Pemuda UMNO era Dato' Harun begitu berpengaruh, kuat, disegani oleh kawan dan juga lawan UMNO. Malah pemuda Melayu ketika itu mahu diri mereka dikaitkan dengan Pemuda UMNO.

Mungkin ianya masih awal untuk dibandingkan tetapi penulis percaya bahawa setiap ahli Pemuda UMNO Malaysia sentiasa mengharap dan melihat Dato' Mukhriz sebagai satu alternatif kepimpinan baru di dalam menerajui Pemuda UMNO Malaysia yang amanah dan tidak korup.

video

Realitinya, ahli-ahli Pemuda UMNO dan kepimpinan Pemuda UMNO akan memilih beliau bukan kerana sogokan wang atau pun rasuah wang yang kotor dan hina tetapi kerana kredibiliti dan kemampuan beliau utuk menerajui Pemuda UMNO.

Penulis telah menemuramah Dato' Mukhriz di dalam artikel-artikel sebelum ini dan para pembaca sekalian boleh membaca dan menilai pendirian, visi dan harapan beliau.

Temuramah bersama Dato' Mukhriz :-(klik : - PART 1 , PART 2 , PART 3 , PART 4 , PART 5 )

Penulis sedang menantikan pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO lain yang mahu menawarkan diri untuk bertanding. Pastinya, mereka juga mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing tetapi yang penting sekali ialah Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru mestilah mampu untuk membawa Pemuda UMNO ke tahap yang lebih cemerlang, disegani dan bersih.

20 comments:

  1. ansara behind dato' mukhriz.. we support u. but first show us that your views is not always of your beloved father. show us that sometimes you can disagree with him too.. we are long plagued by 'yes boss' attitude, surely we don't want to be replaced by a 'yes daddy' man.

    anak MARA

    ReplyDelete
  2. Salam Dr,

    1. Berikut adalah antara petikan-petikan ucapan beliau di Titi Gajah, A.Star semalam.

    a. " Demi untuk menyelamatkan dan memperkasakan semula Umno".
    b. " krisis kepimpinan pada hari ini menghilangkan kegemilangan yang telah dibina kerajaan dan seolah-olah kita kini bermasalah mengurus kejayaan kita sendiri"
    c. "Saya berpendapat bahawa ini berlaku kerana kita telah tinggalkan perjuangan Umno yang sebenar, yakni perjuangan agama, bangsa dan negara".
    d. "Kita tidak lagi memegang teguh kepada sifat-sifat mulia yang dituntut bagi pemimpin di semua peringkat dan parti politik".
    e. "Keputusan pilihanraya umum ke-12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh adalah bukti bahawa rakyat tidak lagi percayakan kita".
    f. "Malah rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional kini mempersoalkan kredibiliti kepimpinan Umno".
    g. "Saya sedar ada di kalangan kita yang merasakan diri mereka kerdil dan tidak bertenaga untuk membuat perubahan".
    h. "Ada di kalangan mereka yang juga percaya bahawa Umno akan membetulkan dirinya sendiri".
    i. "Jika ini menjadi kepercayaan dan sikap ahli Umno, maka jangan terkejut jika hayat Umno berakhir".
    j. "Ahli Umno harus sanggup membuat perubahan yang mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Umno".
    k. "Kita mesti membersihkan diri dari sebarang sifat keji dan amanah memegang tanggungjawab terhadap rakyat".
    l. "Kita mesti sanggup berkorban sekali lagi jika kita mahu menyelamatkan Umno. Saya menyeru semua pihak untuk bersama saya menyelamatkan dan memperkasakan semula Umno".
    m. "Bagi tujuan itu, saya bersedia memikul tanggungjawab dan amanah ini. Saya juga yakin bahawa saya bukan berseorangan dalam perjuangan ini".
    n. "Demi meneruskan perjuangan ini, saya dengan rendah diri dan dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, menawarkan diri untuk dipilih sebagai ketua pergerakan Pemuda
    Umno Malaysia".

    2. Ucapan dan janji memang mudah dibuat tetapi kita tunggu apa yang diucapkan pada 6.9.08 itu akan terlaksana atau tidak sekiranya suatu hari mereka menjadi PEMIMPIN BESAR negara?

    3. Kesimpulannya, saya tetap memilih dan menyokong Khairy Jamaluddin(KJ). Bagi saya KJ lebih layak menjadi L-4-T(Leader For Tomorrow) kerana beliau mempunyai "Pakej dan Keyakinan Diri" yang lebih menarik.

    ReplyDelete
  3. Kpd Dato Mukhriz, diharap perubahan itu menjurus kepada (pinjam kata PKR) 'merakyatkan' UMNO & 'merakyatkan' ekonomi.

    Dulu, masa saya budak2, pemuda UMNO lah yang mengerakkan aktiviti masyarakat setempat. Belia 4B, menjana golongan muda. Bukan seperti sekarang ni, belia mengangap: Menteri Belia dan Sukan meleraikan masalah elit 2 @ 3 orang.

    Ketika DEB ketika Mahathir-Anwar dulu, mungkin dasarnya mewujudkan Elit Melayu. Tetapi hars diingat secara ikhlas, rakyat teramai bukanlah dari golongan elit- tetapi insan biasa yang mahu didatangi secara rendah diri & bersahaja.Seperti Dato Onn, Tun Razak.

    Sebab itu KJ dibenci, memang secar intelek ketika debat UM 'ada otaknya' namun, bagi majoriti rakyat- hal2 survival adalah pokok pemikiran. Bukan Makro ekonomi @ wawasan 2020 @ ranking Malaysia di dunia. Dan sebagai Pemuda- hala tuju belia paling penting.

    Golongan belia ini Menolak UMNO kerana mewakili ELIT dan mementingkan Ego peribadi, dinasti & kroni, selain politik wang dan niat membolot projek menjadi keutamaan di peringkat akar (umbi).

    "Merakyatkan UMNO @ membiarkan orang muda mengeji parti yang banyak berjasa ini" 2 pilihan.

    ReplyDelete
  4. Hmm.. setuju dgn Anakmara.

    'perubahan' memang istilah yg mampu membuatkan seseorang popular.

    ReplyDelete
  5. Dato Mukhriz

    Tunjukkan kami sesuatu!

    Semoga perjuangan dan semangat Islam sentiasa bersamamu, insya-Allah.
    Takbir!

    ReplyDelete
  6. TUAN

    1. mukhriz memang berani. berani menongkah arus. tapi kurang berpandangan 'jauh'.

    2. masih dibayangi TDM dalam tindakannya. seolah-olah 'yes man' yang membuta tuli.

    3. KJ dan Adnan. harap sangat sangat tidak dicalonkan langsung. nampak tidak boleh diharap.

    4. saya memilih khir toyo sebagai calon pilihan. menarik juga kalau fuad zarkasi menawarkan diri.

    ReplyDelete
  7. Dato Mukhriz still in UMNO is the proof that he is not the yes daddy man.

    ReplyDelete
  8. KPD Mukhriz, Teruskan Wawasan 2020, usaha Bapa Anda-bangsa Malaysia "Merit" yg tak rasist & mengharap tongkat.

    Sekarang belum boleh lagi, sabarlah. Jika tidak, PKR kena jayakan Wawasan 2020 (kalau Paklah masih lembam) untuk mencapainya.

    Kroni & Rasist puncanya:

    Masalah kroni, muncul ketika regim Anwar dalam UMNO. DRB sapu bersih projek Proton, Honda, Intrakota sampai sampah pun dikebas- Alam Flora.

    Lepas tu Media TV3, UTUSAN, NST dikontrol Nuar nak jatuhkan Mahathir. Melayu, Cina, India mudah lupa @ ingat nuar dah insaf???

    Inilah dulu yg sapu bersih nak cakap pasal kroni!!!

    Pasal Racist:
    Masalahnya bermula daripada PKR yang terdiri dari orang melayu, menolak hak istimewa yang dipersetujui oleh kaum2 pendatang kepada orang Melayu.

    Mereka ini asalnya pokai, miskin dan kini kebanyakkannya menjadi profesional yang dilahirkan melalui DEB.

    Kerana politik dan fikiran sempit, tampa memikir nasib sebangsa yang majoritinya miskin, golongan Profesional ini menuduh UMNO rasis. Maka DAP & Hindraf mendapat peluang baik mempersoalkan.

    Jika Melayu rasis, dah lama India & Cina tak boleh buka kedai, kilang & sekolah2 rasis mereka. Racism kulit putih membakar orang2 kulit hitam disamakan dgn orang Melayu.

    Adalah tidak bertanggung jawab dan bodoh jika Melayu PKR meneruskan kempen yg merugikan diri sendiri dan nasib rakan sebangsa yang masih mundur.

    Saya bukan penyokong UMNO, tetapi UMNO melalui Mahathir berjanji pada 2020, masyarakat Malaysia akan lahir. ‘Merit’ adalah ukuran baru, dan racist bukan lagi rujukan dlm kerjaya.

    ‘Jangan jadi bodoh, memperjuang nasib orang kaya-sedangkan nasib bangsasendiri adalah macai yang hina, kuli dibumi sendiri kepada pandatang yang rasist”

    Ikutlah Wawasan 2020-bangsa Malaysia Merit yg tak rasist. sabarlah.

    ReplyDelete
  9. Tadi baru saya ada baca di laman mykmu.net, udah ada balaci UMNO yang memperlekahkan Mukhriz dalam niatnya mahu bertanding menjadi Ketua Pemuda.

    Kot2 bukan balaci, tapi orang Ghombau entahlah.

    Saya kawatir Mukhriz akan mendapat tentangan hebat oleh mereka2 yang mempunyai duit dan sanggup mempertahankan status quo PM lena dengan apa cara pun.

    Cuma doa yang dapat saya sumbangkan, memohon dari Yang Maha Kuasa agar perjalanan beliau yang baik senatiasa dibawah lindungan Allah swt.

    ReplyDelete
  10. Aankmara

    There is a serious flaw and a touch of insincerity in your support to him.

    Brother please grow up. If that is the condition you placed on Mukhriz, it shows you do not understand Mukhriz.

    God forbid, you are not those ANSARA who were helped by Mukhriz but end up to a bunch of "opportunist". This group end up trying to undermine and unseat him out of sheer envy, jealousy and bad intention. They are willing to sell their soul to KJ for sheer greed and shortcut to richness.

    If you have a father like Dr Mahathir, with sound argument and ability to articulate and convey his view, would you take a different stand just for the sake of taking a different stand? If you had done that, it will stupidity of extreme proportion. That is not blind loyalty you foudn disgusted.

    Taking a different stance to Pak Lah is fine becasue he is someone with uncountable mental, oral and intellectual shortcomings. Those d supporting Abdullah suffer from blind loyalty.

    As a young leader, one should be clear and smart in leading the right path and making right decision. But it is of perenial importance that ones ear must be close to the ground and willing to be guided by someone more experiacne and wiser.

    That is the current problems of wannebees amogst UMNO Youth, young professional in private sector and Government, and overall - the arrogance to think they are smarter than the wise elders.

    I bet if Khir Toyo had a father like Dr Mahathir, he wud follow the man to the letter.

    Nevertheless, Mukhriz actually showed some level of independence from his father. For instance, he did not leave UMNO when his father did so. The manner he made some mistakles here and there, that would not have happen if his father had been holding his hands all the time.

    As a man of great leadership and intellect, I doubt that Tun would need and have the time to look after his son's political career all the time. He would provide advise and hints but he would not teach Mukhriz but prefer to let him go through the mill himself.

    Mukhriz is a promising leader and his manifesto brings back to the glory days of UMNO at its essence. That is someting we should look forward to.

    It is of utnmost importance that UMNO take up a leader that carries the image of honesty, sincerity humility and good manners, to win the heart of the rakyat. O fimportance, he has stick with his principle and maintain his utmost integrity.

    Khir Toyo is a fine person but he suffers from an image problem. He may have been able to defend himself agst such allegations of corruption. It is hard to dispell market talk on company like Demang Lebar Daun and murmurings within the business community.

    More so, when it is widely talked in UMNO circles that Khir Toyo together with KJ, and perhasp Adnan Yaacob has been buying support for nominations.

    Taken the challenges he had faced, but Khir Toyo failed to defend Selangor. He is not the first leader with such challenegs. Selangor lost in GE12.

    He was quiet gentlemen to relinquish the Ketua Perhubungan Negeri post but he has no business to have a party post until he redeem his honour to retake Selangor.

    Are we willing to put UMNO by choosing leaders with [problesm of image, credibility and failed?

    This is no more time to take chances and postering for personal gains. It is time to think abt the party foremost and nothing else.

    Make that change UMNO or ready to be changed!!! Seek for a fresh new face.

    Khir Toyo make for a fine MKT candidate. But the right perosn for the current urgent needs of leadership for UMNO Youth and UMNO is Mukhriz!

    ReplyDelete
  11. Saya bersetuju dengan pandangan tidak memegang jawatan dalam kerajaan sekiranya dilantik menjadi KP. Contoh pejuang kita Allahyarham Dato Harun Idris telah membuktikan kebebasannya memperkasakan Pemuda UMNO ke satu tahap ia menjadi harapan dan sandaran bangsa. Saya percaya kita tidak boleh tamak dan rakus untuk menonjolkan diri untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam persatuan dan pertubuhan dan badan-badan berkanun sekiranya objektif kita di kala ini untuk memulihkan UMNO dari peringkat pemuda. Zaman jack of all trades sudah berlalu. Zaman nak jadi kaya pasal masuk UMNO perlu difikir-fikirkan mungkin kena di tinggalkan. Pulihkan perjuangan dahulu.


    Berani Berubah - jelas motto itu, kerana hanya beliau sahaja yang berani menegur kepimpinan tatkala kita hilang tujuan dan sebab musabab kekalahan untuk membuka minda kita. Tak kisahlah itu suara Tun ke, suara dia ke........ yang penting keikhlasan dan didikan dari ayahandanya yang berpengalaman dari zaman pra merdeka sehingga ke saat ini dapat menyedarkan beliau hala tuju yang sebenarnya arah negara kita Malaysia. Siapa yang lebih berpengalaman selain dari Tun terutam dalam menyelesaikan masalah dan isu? Saya berharap Dato Mukhriz juga akan dapat menjadi cekap dan tajam dan jelas seperti ayahnya. Dan harap beliau jangan mengulangi kesilapan ayahnya. Simple rule!

    Kita mesti berguru atau bertanya untuk menimba pengetahuan dan pengalaman dari orang terdahulu. Sekiranya kita buat pandai sendiri tak mahu bertanya pandangan, inilah bahananya yang telah menimpa negara. Percaturan yang tidak cukup masak dalam segala sudut telah membuka jalan kearah kemusnahan dan peluang untuk dicaci rakyat.

    Jiwa MELAYU itu penting dalam setiap bakal pemimpin. Oleh itu percampuran dan asal usul seseorang itu menimba ilmu dan pengalaman juga penting. Sebagai seorang yang bergaul dan berpendidikan tempatan, Dato Mukhriz boleh membawa semangat Melayu itu ke dalam jiwa setiap ahli. Lihat anak Melayu yang dibesarkan dalam lingkungan orang Barat (tak pernah balik Malaysia dan tak pernah campur orang Melayu) sudah tentu tiada sifat melayunya, walaupun pendidikan dan ilmunya hebat.

    Darah UMNO tetap ada dalam dirinya sejak dilahirkan. Melihat segalanya UMNO dalam arus kehidupannya berkeluarga. Kita tak mahu pemimpin yang baru 3,4 tahun jadi ahli UMNO terus nak jadi Ketua Pemuda. Sejauhmanakah erti perjuangan dapat menerap dalam diri sesorang yang begitu?

    Oleh itu politik wang wajib di tinggalkan sekiranya Pemuda betul-betul berani dan kental untuk menghadapi realiti perjuangan kali ini. Biar G2 yang pergi perwakilan membuat keputusan berdasarkan analisa dan berpendirian dan bukan kerana wang! Selain G2 yang layak ada ramai lagi di peringkat akarumbi yang serius, berpandangan jauh demi anak bangsa dan ikhlas dalam perjuangan. Malangnya mereka ini biasanya di ketepikan kerana kelayakan mereka telah ditidakkan oleh mereka yang digelar broker pemilihan yang berpaksikan wang!

    ReplyDelete
  12. Apa salahnya Mukriz mengikut jejak perjuangan Ayahandanya Tun Dr Mahathit Mohamad?? Pada pendapat saya pemikiran beliau memang sudah terjalin di pupuk dari kecil sehingga dewasa mengikut pemikiran Tun,jadi bagi saya ALHAMDULILLAH kerana sepanjang pemerintahan TUN saya dapat hidup aman damai,harga barang terkawal,tiada suara-suara sumbang yg mempertikaikan KEAGUNGAN ISLAM dan HAK MELAYU dan BUMIPUTERA,ekonomi negara membanggun dan maju,jadi tak salah Mukriz mengikut apa yang diperjuangkan oleh TUN tetapi dari pemerhatian saya Mukriz juga mempunyai perjuangannya sendiri. Kepada sesiapa pun TUN adalah satu sumber khazanah ilmu yang patut diteladani dan diminta pendapat kerana beliau berpenggalaman dalam mentadbir negara dan banyak membaca (malangnya pemimpin UMNO dan BN tidak menggunakan pengalaman TUN dgn sepenuhnya)..

    Dan jiakalau org mengatakan bahawa TUN sudah tua maka mari lah kita ramai-ramai suruh Nik Aziz,Lim Kit Siang,Karpal Singh,Samy Vellu malah Pak Lah dan Anwar supaya pencen kerana mereka pun sudah tua.

    Tapi bagi saya TUN lebih bagus pemikirannya daripada mereka-mereka itu kerana pemikirannya sentiasa kritis dan semua dilontarkan dengan pendapat dan bukti serta kebarangkalian penyudahnya.

    MAlah jika tanya Anwar,Lim Kit Siang,Karpal,Nik Aziz,Samy Vellu dan PakLAh sesuatu perkara berkenaan ekonomi saya percaya terketar-ketar nak menjawap.

    Jadi jika Mukriz hendak mengikut cara dan pemikiran TUN silakan cuma di sini di harap Mukriz dapat mengasimilasikan dengan generasi dan situasi sekarang

    Jika KJ jadi Ketua Pemuda UMNO maka bersiap sedialah wahai UMNO untuk menjadi terus PEMBANGKANG DI PARLIMEN selepas PRU13 kerana isu KJ lah salah satu sebab kenapa rakyat dan ahli UMNO sendiri memilih PR..

    ReplyDelete
  13. Salam Dr.

    Kalau nak Datuk Mukhriz menang sebagai Ketua Pemuda, banyak rintangan dan halangan harus ditempuhi. Tidak ada jalan pintas untuk mencapai tujuan tersebut.

    Langkah pertama yang Dr. dan rakan-rakan mestilah kerja kuat dan pastikan Datuk Mukhriz mendapat pencalunan yang cukup untuk melayakkan dirinya bertanding.

    Dalam suasana pertandingan macam-macam boleh berlaku. Kalau langkah pertama lulus, barulah masuk langkah kedua yakni meyakinkan para perwakilan bahawa Datuk Mukhriz benar-benar layak dan berkemampuan menerajui kepimpinan yang ditinggalkan oleh Datuk Hisham.

    Selamat berjuang dan semoga berjaya.



    Anak Penang

    ReplyDelete
  14. agak-agaknya lah, berani tak calon-calon ketua pemuda UMNO ni berazam,dan sesungguh-sungguhnya, bertanding tanpa mengeluarkan satu sen pun sogokan wang?
    ada dua jalan,
    buktikan UMNO benar-benar mahu berubah dengan
    1. calon2 semua memang tak main duit langsung ( sebenar-benarnya tak main)
    2. pastikan dapat jadi ketua dulu ( wlaupun kena ikut flow politik hakiki), baru bersihkan..

    funny sungguh cadangan saya ini kan? macam tak logik je?

    ReplyDelete
  15. Saya sokong cadangan malay-machista. Macam kita buat slogan 'BENCI DADAH' kita wujudkan untuk UMNO pulak slogan ' KAMI BENCI POLITIK WANG ' . Buatkan tag pakai kat baju.Wajibkan perwakilan ke perhimpunan agung nanti pakai kat baju melayu. Siap ada sensor sekali yang berbunyi beep. Tak pakai tak boleh masuk dewan untuk mengundi. Kena TEGAS kali ni.

    ReplyDelete
  16. saya setuju dengan orang dagang , anwar la bapa segala kroni dan perkara ini dibangkitkan ketika perhimpunan agung UMNO oleh Pemuda dan ini ditujukan untuk Anwar dan rakan2 nya ketika menjadi TPM dan menteri Kewangan .

    sekarang ini isu kroni menjadi isu utama pembangkang membantai UMNO kerana mereka melihat Pak Lah ,anak dan menantunya.

    sembang dengan org PKR ttg anwar pun kroni juga dlm uMNO dulu tetapi mereka jwb anwar terikut dengan budaya UMNO ..nak tergelak aku

    Usaha Mukhriz bertanding Ketua Pemuda amat dialu-alukan kerana 4 perkara yang ditumpukan oleh beliau adalah sama dengan aspirasi aku sebaga ahli Pemuda UMNO .

    Pejuang bangsa menyokong Datuk Muhkriz bertanding

    Berani Berubah !!!!

    ReplyDelete
  17. Salam Doktor, sekadar bertanya bukankah Datuk Harun menjadi MB Selangor ketika beliau menjawat jawatan Ketua Pemuda Umno? Bermakna iklim ekonomi dan politik di Selangor, sebagai paksi pentadbiran negara, menjadi platform dan political base buat Datuk Harun. Datuk Harun tidak berada dalam kerajaan persekutuan per se tetapi menjadi pemimpin kepada negeri yang menjadi tonggak kerajaan persekutuan ketika itu.

    salam.

    ReplyDelete
  18. Salam Rizal Hashim dan semua,

    Terima kasih di atas pandangan saudara.

    Apa yang saya maksudkan ialah Dato' Harun tidak memegang sebarang jawatan di dalam kerajaan persekutuan.

    Saya telah betulkan ayat tersebut.

    Dato' Harun menjadi menteri besar Selangor pada 1964 - 1976 dan tidak menukar potfolio beliau ke peringkat persekutuan apabila menjadi Ketua Pemuda.

    Jika kita perhatikan, biasanya Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan memegang jawatan di dalam persekutuan/kabinet selaras dengan jawatan mereka.

    Apabila DS Najib menjadi Ketua Pemuda pada 1987, beliau bertukar potfolio menjadi menteri penuh. Sebelum itu, beliau adalah menteri besar pahang (1982 - 1986)berusia 29 tahun sahaja.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Salam Dr.

    Kepada Sdr. malay-machista, nak bertanding Ketua Pemuda Bahagian pun sudah kena keluarkan modal. Pertama, modal untuk mendapatkan pencalunan. Kedua, modal untuk membeli perwakilan. Kalau semuanya beres ada harapan menang. Kalau tidak simpan saja angan-angan nak jadi ketua.

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.