JOIN FACEBOOK DR MIM

Friday, September 19, 2008

E-Temuramah Bersama Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia-- Khairy Jamaluddin

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis telah mendapat pandangan dari beberapa rakan dan para surfers mengenai program E-temuramah bersama Khairy Jamaluddin.

Maka dengan ini, penulis MENJEMPUT PARA PEMBACA SEKALIAN MENYEDIAKAN SOALAN-SOALAN KEPADA KHAIRY JAMALUDDIN.

Untuk perhatian semua, tujuan e-temuramah ini adalah untuk ahli-ahli Pemuda UMNO akar umbi bertanya sendiri serta mendapatkan pandangan calon-calon Ketua Pemuda UMNO yang bertanding dan bukan untuk berpihak kepada sesiapa.

Dengan cara ini kita akan dapat menilai visi dan gerak kerja yang akan dibawa oleh setiap calon.

Dan terpulanglah kepada anda semua untuk membuat keputusan.

Penulis tidak akan memberikan sebarang komen cuma sekadar moderator untuk memastikan setiap soalan anda diberikan kepada Khairy.

Dan penulis berharap agar soalan-soalan yang dikemukakan mengikut ketertiban dan tatasusila, tidak berunsur fitnah atau pun rumours dan positif untuk kebaikan parti Pemuda UMNO Malaysia.

Sila sertakan cawangan dan bahagian UMNO anda bersama soalan-soalan itu.

Tarikh tutup ialah 27hb September 2008.

Penulis akan siarkan jawapan-jawapan darpada Khairy Jamaluddin dengan secepat yang mungkin.

E-temuramah bersama Dato' Mukhriz (Klik di sini) dan Dato' Dr Khir Toyo (klik di sini) juga di siarkan dan anda sekalian boleh mengemukakan soalan-soalan kepada mereka melalui ruang komen yang tertera di artikel masing-masing.

Selamat bertanya......

27 comments:

  1. dear DR,
    Thanks for the opportunity. they don't normally entertain small people like me.
    appreciate your effort.

    ReplyDelete
  2. To Mr.Khairy Jamaludin
    1. define yourself and your struggle
    2. you mentioned in the media that you are representing "Malaysia", not "Malays". so how do you explain your position in UMNO - a party specifically fighting for Malays?
    3. my sincerest gratitude for your suggestion to scrap the PPSMI policy. How serious are you, and how far will you go to make sure the policy is abandoned?

    ReplyDelete
  3. Salam Dr Novandri,

    kredit kepada dr atas usaha dr untuk membuka ruang demokrasi seluas luasnya di dalam pemuda UMNO ini, semoga usaha murni Dr ini akan menjadi titik tolak penerimaan semula generasi muda kepada kepimpinan pergerakan pemuda UMNO.

    Saya tidak pasti sama ada apa yang saya akan utarakan ini berupa soalan ataupun pemerhatian saya tetapi sekiranya ianya dapat dipanjangkan kepada YB KJ dan mendapat perhatian beliau, saya amat bersyukur.

    "Dalam situasi UMNO yang bergolak dari luaran dan dalaman ini, pelbagai pihak akan cuba mengambil peluang dan bertindak lantang dan agresif untuk meraih perhatian.

    Tidak dapat tidak, kepimpinan pergerakan pemuda juga merupakan satu medan/platform untuk menyuarakan pandangan. Sesuai dengan kapasiti pemuda sebagai tunjang belakang UMNO, maka pergerakan Pemuda harus bergerak dan menjadi kumpulan pendesak kepada apa jua perilaku Majlis Tertinggi UMNO.

    Apa hala tuju yang akan dimainkan oleh YB KJ dalam perkara ini, adakah pergerakan pemuda bersedia menjadi kumpulan anti establishment kepada MKT supaya wujud 'check and balance' atas setiap keputusan MKT ataupun pergerakan pemuda akan mengambil langkah waspada menerima setiap sahaja tindakan dan menyokong kepimpinan walaupun pada dasarnya keputusan yang diambil tidak lagi relevan."

    -
    mohsein shariff
    KP Cawangan Pokok Machang
    Bahagian Tasek Gelugor.

    ReplyDelete
  4. En. khairy

    Tidakkah you tahu that the dismal and phapthetic performance of umno/bn is partly because of you.
    Haven't you read anything from bloggers and websites?
    In short rakyat malaysia look at you as a snobbis and arrogant young politician. You may be brilliant in public speaking but you are nothing but one untrustworthy politician.Even the rembau people do not want you by looking at your majority obtained. so phathetic. Those Umno people who are supporting you are blinded with your gift(money). That is a fact. So i sincerely advise you to pull out from the race because if not Umno/Bn will be detroyed in the next pru 13. I pray to the almighty you will loose. Thankyou.

    ReplyDelete
  5. Salam Dr.

    Boleh Dr. tanya KJ sekarang kerja apa dan berapa pendapatannya sebulan.

    Terima kasih Dr.

    ReplyDelete
  6. bagaimana pendapat tuan KJ padangan yg mengatakan punca kemerosotan sokongan BN pada pilihanraya terdahulu adalah disebabkan oleh faktor kj sendiri? Bagaimana tuan rasa faktor tersebut bukan penghalang kepada pencalonan tuan skg?

    ReplyDelete
  7. Salam Saudara KJ,
    saya minta bolehkah saudara jarakkan dan jauhi dari pemikiran orang muda ini apabila katakan umno nampak materilistik...saya mahu bila kat saja umno namapak "tradisi membela rakyat"..boleh sdr jelaskan cara bagaimana sdr utk ubah pemikiran ini terutama pada pemuda hari ini?

    ReplyDelete
  8. sebelum terlupa saya mencadangkan agar dr novandri sendiri bertanding bagi jawatan exco pemuda malaysia.

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Salah satu soalan yang patut ditanya kepada diri sendiri ialah adakah dengan terlantiknya saya sebagai Ketua Pemuda UMNO, parti UMNO akan berjaya diperkukuhkan atau sebaliknya menjadi lebih parah lagi?

    Apakah pandangan saudara dalam hal ini?

    Jika saudara optimis, terangkan sekurang-kurangnya dua strategi saudara untuk menyatupadukan semula ahli UMNO dan mengembalikan semula kepercayaan orang Melayu kepada UMNO?

    Ikhlas, Abd Bashid Harun

    ReplyDelete
  10. Boleh Dr. tolong tanya?

    1) Apekah langkah Khairi, sebagai KP, utk membantu meningkatkan mutu pelajaran pemuda-pemudi rakyat Malaysia?

    2) Apakah langkah khairi yang akan diambil untuk meningkatkan semangat UMNO dan melayu di IPTA dan IPTS?

    3) Apakah langkah Khairi yang akan diambil untuk merapatkan jurang bangsa dikalangan pemuda.

    4) Apakah sumbangan yang Pemuda UMNO akan lakukan jika Khairi menjadi MP, untuk membantu Graduan Melayu untuk berjinak dalam bidang Business.

    ReplyDelete
  11. Salam semua,

    Sila sertakan cawangan dan bahagian UMNO anda bersama soalan-soalan itu.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Oh yea, rakyat nak tahu, tanya Khairi, aper pendapat dia tentang family politik nie. Ramai org mengatakan Khairi tidak akan wujud pun sebagai tokoh politik jika bapa mertua nya bukan PM. Tidak kah Khairi merasa wajar untuk Khairi ataupun Abdullah Badawi untuk meletakkan jawatan, untuk mendapatkan kepercayaan rakyat kembali? Jika Khairi merasakan itu bukan menjadi isu, sila terangkan kenapa.....

    ReplyDelete
  13. Sdr. Khairy,
    (Melalui sdr Novandri)

    1.Jika sdr. dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, apakah dua tindakan awal sdr. dan mengapakah tindakan-tindakan itu diberi keutamaan?

    2. Selain Khir Toyo, sdr. seperti juga sdr. Mukhriz mempunyai persamaan, iaitu dibayangi faktor keluarga. Bagaimana anda melihat faktor ini boleh memberi kekuatan kepada parti UMNO?

    Abd Bashid Harun
    Setiausaha UMNO
    Cawangan Pengkalan Aur
    Bhg Bukit Gantang,Perak

    ReplyDelete
  14. 1. Bersediakah anda "merakyatkan semula" UMNO, yang kini dikatakan macam diperalat oleh golongan elit seperti anda?

    2. Anda tahu 80% Melayu adalah golongan menegah & ke bawah, yang bekerja sebagai pembantu am, driver, operator kilang- tidakkah perlu anda bertutur dengan bahasa orang kebanyakan? sekali-sekala menjiwai mereka, menaiki motor cub?

    3. Golongan belia terbiar seperti mat rempit, punk, penganggur dan golongan profesional muda adalah mereka yang tidak terlibat dalam UMNO. Adakah program yang ikhlas dirancang bagi menggabungkan mereka ini supaya energi belia ini tak terbuang? atau anda hanya mementingkan makro ekonomi & kedudukan 20% masyarakat elit sahaja (yang anda wakili?).

    4. program2 kebajikan UMNO seperti ketika dahulu, belia 4B, JKKK, gotong-royong, rukun tetangga, aktiviti masyarakat bersama komponen BN lain di kampung2 & pekan2 kecil hingga ke bandar2, bolehkah dihidupkan semula?


    parti politik perlu membuat amanah kifayah yang orang kebanyakan tidak mampu dan pihak korporat tidak mahu lakukan.

    "merakyatkan semula UMNO sebelum pupus selamanya"

    Bhg(rahsia)
    at Perodua,
    Rawang, Hulu Selangor

    ReplyDelete
  15. betulkah kereta anda pernah kemalangan dengan kereta noni anak pak lah sebelum anda mengenali dia dan terus jatuh cinta dan terus berkahwin?

    ReplyDelete
  16. Terima Kasih Dr,

    Kepada Encik KJ.

    1. apakah prinsip perjuangan encik?
    2. kenapa encik menyokong tindakan menghapuskan pengajaran bahasa inggeris dalam matematik dan sains?
    3. Sila terangkan kepada saya apakah colleteral yang encik beri kepada bank utk membeli saham ECM Libra? Kerana saya pun ada bercadang untuk meminjam untuk membeli saham Petronas.
    4. apakah sifat seorang pemimpin yang diperlukan oleh PEMUDA UMNO?/

    Terima kasih kalau menjawap soalan saya dengan ikhlas dan jujur

    ReplyDelete
  17. ada soalan tertinggal...


    1. apakah pendirian encik berkenaan kouta dalam pemilihan Agong UMNO? Saya tak setuju kerana tak mengambarkan kehendak akar umbi..

    2. adakah perlu PEMUDA UMNO menyuarakan bantahan kepada Presiden,Tim.Pres atau mana2 MT jika tidak bersetuju dengan apa pun tindakan mereka??

    3. saya paling kecewa dengan tindakan Datuk Hishamudin meohon maaf berkenaan isu keris,kenapa PEMUDA tak mempertahankan isu itu kerana itu hak melayu dan orang yang mempertikaikan isu itu sebenarnya adalah racist.. kenapa??

    ReplyDelete
  18. PERINGATAN TERBARU

    Salam semua,

    Program ini dibuka kepada SEMUA pembaca Minda Intelek Melayu.

    Yang perlu di buat ialah soalan-soalannya mesti mengikut peraturan yang ditetapkan.

    Komen 'ANONYMOUS' atau TIDAK BERNAMA, tidak akan di terima lagi.

    Selamat bertanya.....

    ReplyDelete
  19. SALAM YB K.J APAKAH YB RASA YB WAJIB BERTANDING DLM PEMILIHAN KETUA PEMUDA UMNO ?
    APAKAH SUARA AKAR UMBI YANG PROTES TTG KEKALAHAN BN MAC 8 PRU ADALAH DI SEBABKAN OLIH FAKTOR DIRI YB ?
    KALAU ITU REALITINYA ADALAH LEBIH IKHLAS YB LUPAKAN SAJA KETUA PEMUDA UMNO DAN KORBANKAN SEGALA KESILAPAN LALU DEMI PARTI DAN SURVIVAL BANGSA MELAYU.
    TUHAN MAHA MENGETAHUI APA YANG MAKLUK TIDAK KETAHUI KALAU YB YAKIN TIDAK MEMBUAT KESILAPAN LAWANLAH DEMI UMNO DAN MELAYU.

    UMNO CAW KG BENG P55

    ReplyDelete
  20. YB. Soalan mudah ini hanya ingin mengimbau kembali keterlibatan YB dalam politik untuk makluman semua.
    1. Bilakah YB mendaftar menjadi ahli UMNO?
    2. Adakah YB terlibat dalam politik sewaktu belajar di luar negara?
    3. Apakah sumbangan YB yang hebat rasanya sewaktu mula menjadi ahli UMNO? Dan apakah yang terlintas di hati YB sewaktu mula menjadi ahli?
    4. Senaraikan usaha penting yang telah YB jalankan sewaktu menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda dalam mempertahankan martabat bangsa Melayu.
    5. Apakah pandangan ikhlas YB terhadap isu politik wang? Sekiranya YB dilibatkan, adakah YB akan mempertahankan yang ia tidak berlaku dalam jentera YB untuk pemilihan ini? Perlukah kempen khas membenteras amalan bangsat ini?

    ReplyDelete
  21. Mohd Fadzli Daud (Cawangan Kulim Hi-Tech)September 22, 2008 at 6:39 AM

    Wahai saudara Khairiah...ooppp. maaf Khairi

    Soalan mudah
    1) Kenapa anda fikir anda layak untuk jawatan KP sedangkan anda naik pun akibat dilantik tanpa sebarang pertandingan. Dulu orang langsung tak kenal.

    2) Kenapa anda fikir anda layak untuk jawatan KP sedangkan kes ECM Libra pun belum terjawab. Senang dapat pinjaman heh!! tolong ajar sikit boleh?

    3) Kenapa anda fikir anda layak untuk jawatan KP sedangkan anda salah satu penyebab prestasi buruk BN sekarang ini.

    4) Kenapa anda beria-ia mahu Petronas mengumumkan prestasi kewangan mereka baru2 ni? ada apa2 ka?

    5) Saya dengar anda dibesarkan diluar negara. Betul kah? pernah kah anda bersekolah di Malaysia dan membesar dan bergaul bersama kanak2 Melayu. Kalau tak pernah atau sikit pengalaman, saya cadangkan anda naik perlahan2 sikit. Tak payah gelojoh. Naik secara gelojoh ni sebenarnya mengambarkan sikap buruk, tamak kuasa dsb.

    6) Tidakkah anda rasa bertanggungjawab keatas kelemahan UMNO dan BN sekarang ini? kalau rasa, tak mahu mohon maaf ka? atau anda rasa bongkak dan menganggap anda terlalu hebat? ...maklum la, OXFORD katakan.

    7) Adakah anda bersetuju bahawa jawatan yang sesuai untuk anda tandingi sebenarnya hanyalah jawatan exco pemuda?

    ReplyDelete
  22. Kita yang ada basic ekonomi dan finance sangat tahu akan adanya kejadin Ekonomi cycle dan kita juga tahu ada orang akan tepuk tangan jika negara goyah dan huru-hara. Kita juga tahu Malaysia is on the right track dan telah berusaha melindungi risiko ringgir kita dimanipulasikan seperti dalam kejadian yang lalu.


    Tapi ramai orang di luar sana tidak mahu percaya yang pemikir dan pakar ekonomi negara telah buat perkara yang betul disebabkan startergi perang saraf pihak pembangkang yang sangat efficient dan effective, disokong pula isu-isu ketirisan dalam delivery sistem, kerenah birokrasi, krisis moral dan keperibadian, imej yang memang tidak dapat kita sangkal ada berlaku.


    Jadi soalan saya apakah stratergi PEMUDA untuk menerangkan bahawa pemerintah yang sedia ada sedang berusah memperbaiki keadaan ini. Apakah stratergi PEMUDA untuk menyakinkan bahawa kerajaan ZERO defect, adil pada semua rakyat adalah satu UTOPHIA, yang jika terlampau didambakan tahap fanatik, aqidah dan negara boleh tergadai.


    Apakah pendirian PEMUDA dalam isu PPSMI? Apakah rebuttle point PEMUDA jika ada yang berhujah, kenapa tak mau contohi Peranchis dan Jepun. Tanpa berbahasa Inggeris pun mereka maju juga dalam mempertahankan PPSMI yang merupa duri dalam daging yang kalau tidak di"jawab" dengan berhati-hati akan memungkinkan BN kehilangan lebih banyak kerusi dalam PRU akan datang dan tidak mustahil BN akan tumbang.

    ReplyDelete
  23. Mohd Fadzli Daud (Cawangan Kulim Hi-Tech))September 24, 2008 at 6:54 AM

    Soalan tambahan untuk Khairi,

    1) Apakah pandangan anda bahawa pemimpin sepatutnya mempunyai jiwa yang bersih (seperti Mr. Clean ????) untuk benar2 jujur pada diri sendiri dan pada masyarakat?

    2) Adakah anda bersetuju bahawa pemimpin yang tangannya bergelumang najis boleh membimbing agama, bangsa dan negara kearah kemakmuran, kekuatan dan kegemilangan?

    3) Saya berpendapat buat masa sekarang, saudara Khairi USAHLAH menjawab segala pertanyaan berkaitan tentang bagaimana atau cara mana anda mahu membawa pembangunan agama, bangsa dan negara boleh dicapai.
    Sebabnya, yang pertama anda perlu pastikan jiwa anda suci, tangan anda bersih.

    4) Hanya jika anda benar2 bersih, maka anda layak menjawab segala pertanyaan ttg pembangunan agama, bangsa dan negara.

    5) JIKA TIDAK SEGALANYA HANYA SIA-SIA. SEBABNYA, APA SAHAJA YANG KELUAR DARI TEMPAT YANG KOTOR, IANYA TETAP KOTOR.

    ReplyDelete
  24. Salam,
    Soalan2 saya kepada saudara adalah seperti berikut:-

    1. Apakah ciri-ciri pemimpin yang ada pada saudara untuk melayak diri saudara untuk menjadi seorang pemimpin khusunya untuk UMNO dan orang ISLAM?

    2. Dari pemerhatian ramai, saudara tidak mempunyai sokongan yang kuat dari akar umbi melainkan dari pihak bapa mertua dan kawan-kawan seangkatan politik yang disusun untuk mendapatkan sesuatu pangkat atau jawatan. Ini boleh diumpamakan seperti lalang atau rumput. Adakah saudara pasti boleh berjaya mendapatkan jawatan tersebut memandangkan saudara tidak mempunyai sokongan yang kuat dari akar umbi?

    3. Pada pemerhatian ramai, jika saudara berjaya mendapat jawatan tersebut dari hasil susunan anggota seangkatan boleh menyebabkan UMNO itu berpecah belah dan hancur. Mengapa saudara lebih mementingkan diri dari parti?

    Sekian.
    pemerhati politik..

    ReplyDelete
  25. Mohd Fadzli Daud (Cawangan Kulim Hi-Tech)September 24, 2008 at 11:01 PM

    Lagi soalan tambahan untuk Adik Khairi,

    1) Gelomang Tsunami semakin bergelora di dalam diri saya..semuanya akibat liputan TV3 yang cuba mengambarkan sokongan kuat berbagai pihak kepada Pak Lah. Semakin kuat liputan berat sebelah TV3, semakin bergelora gelombang ini. Soalannya, bagaimanakah untuk mengurangkan gelombang Tsunami ini?

    2) Anda tahu, semua tahu, bahawa naluri kita sebagai manusia biasa memerlukan pemimpin yang kuat untuk memimpin sebuah negara dan masyarakat. Tamadun dan sejarah lampau terdahulu membuktikan bahawa negara dan bangsa serta agama menjadi kuat, kukuh, penakluk yang hebat kerna adanya pemimpin yang kuat. Masalah kita di Malaysia sekarang, pemimpin kita lemah, fikiran celaru, mata duitan, mata projek juta2, dll. Soalannya...SALAHKAH jika kita bertindak menukar pemimpin yang lemah seperti Paklah dan menggantikan dengan yang lebih baik supaya nasib agama kita, bangsa kita dan negara kita lebih terjamin dan menghalang kerosakan yang lebih teruk akibat adanya pemimpin yang amat lemah seperti Pak Lah dan sekutunya?

    3) Harap adik Khairi, tolong beritahu Pak Lah, bahawa semakin hebat TV3 serta media cetak lain mempromosi Pak Lah, semakin hebat gelombang Tsunami rakyat jelata.

    Ikhlas dari
    - Saya yang bakal meninggalkan UMNO jika Pak Lah kekal Presiden, PM

    - Saya yang tidak mengundi pada PU12 yang lalu - protes (boleh lah ambik tindakan, jika mahu, bukti sudah ada)

    ReplyDelete
  26. Mohd Fadzli Daud (Cawangan Kulim Hi-Tech)September 24, 2008 at 11:19 PM

    Ada soalan lagi Mr. Khairi,

    1) Anda banyak menulis mengenai ekonomi. Saya tidak pasti anda memang pakar ekonomi, atau hanya ciplak, atau hanya mengarut...

    2) Untuk pengetahuan anda, untuk menjadi pemimpin negara yang ada JIWA, kita tidak perlu menjadi seorang pakar ekonomi. Jika seorang pemimpin adalah seorang pakar ekonomi, kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa semakin besar sebabnya beliau tahu selok belok untuk mengaut sebanyak mungkin hasil bumi untuk kepentingan diri. Kemungkinan itu ada dan besar, terutama jika pemimpin itu tidak ada JIWA. Adakah anda bersetuju kerana ia terbukti dengan kes ECM Libra...anda amat mahir dgn selok belok.

    3) Kenapa anda terlalu gelojoh untuk naik pangkat? bukankah molek jika anda belajar tentang ilmu JIWA serta membina kekuatan jati diri, timba pengalaman sebanyak mungkin. Dapatkan sokongan padu masyarakat dengan kebolehan semulajadi anda tanpa dipengaruhi oleh siapa diri anda atau apa kaitan anda dengan PM. Saya perkatakan ini kerana, anda adalah sebahagian penyebab kepada kerosakan politik negara ketika ini.

    ReplyDelete
  27. Mengikut kata Buku Law of Success oleh Napolean Hill, seorang manusia itu tidak akan menempa kejayaan jika tidak mengikuti hukum-hukum alam yang tertentu. Salah satu hukumnya ialah Personaliti diri yang disenangi. Kata Napolean Hill, Walau bagaimana bijak pun kita kalau itu tak ada kita tak akan ke mana. Imej itu tidak ada pada pandangan Masyarakat terhadap Y.B sekarang.

    Soalan;
    1. Bagaimana Y.B akan menukar imej tersebut.
    2. Macam mana nak menarik golongan 40 thn ke bawah untuk kembali kepada BN.
    3. Dalam keadaan ekonomi Amerika yang menunjukan tanda-tanda kita akan berhadapan dengan krisis ekonomi global yang amat besar, apakah langkah-langkah terbaik yang perlu dilakukan oleh negara dan rakyat.

    -nasimento-

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.

.