Dr Novandri Hasan Basri
Penulis telah mendapat pandangan dari beberapa rakan dan para surfers mengenai program E-temuramah bersama Dato' Dr Khir Toyo.
Maka dengan ini, penulis MENJEMPUT PARA PEMBACA SEKALIAN MENYEDIAKAN SOALAN-SOALAN KEPADA DR KHIR TOYO.
Untuk perhatian semua, tujuan e-temuramah ini adalah agar ahli-ahli Pemuda UMNO akar umbi dapat bertanya sendiri dan mendapatkan pandangan calon-calon Ketua Pemuda UMNO yang bertanding dan bukan untuk berpihak kepada sesiapa.
Dengan cara ini kita akan dapat menilai visi dan gerak kerja yang akan dibawa oleh setiap calon.
Dan terpulanglah kepada anda semua untuk membuat keputusan.
Penulis tidak akan memberikan sebarang komen cuma sekadar moderator untuk memastikan setiap soalan anda diberikan kepada Dr Khir.
Dan penulis berharap agar soalan-soalan yang dikemukakan mengikut ketertiban dan tatasusila, tidak berunsur fitnah atau pun rumours dan positif demi kebaikan parti Pemuda UMNO Malaysia.
Sila sertakan juga cawangan dan bahagian UMNO anda bersama soalan-soalan itu.
Tarikh tutup ialah 27hb September 2008.
Penulis akan siarkan jawapan-jawapan darpada Dr Khir Toyo dengan secepat yang mungkin.
E-temuramah bersama Dato' Mukhriz (klik di sini) dan Khairy Jamaluddin (klik di sini) juga di siarkan dan anda sekalian boleh mengemukakan soalan-soalan kepada mereka melalui ruang komen yang tertera di artikel masing-masing.
Selamat bertanya......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.
-
Baru-baru ini, cara kepimpinan dan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditagih oleh pergerakan Islam terbesar di dunia Ikhwanul Muslimin...
-
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak gentar dengan desakan Lim Guan Eng yang mahu beliau menarik balik gesaan terh...
-
Inilah video bekas mahasiswa spesis Pakatan Pembangkang yang bongkak dan hilang pertimbangan fikiran kurniaan Allah SWT.
-
Gambar di bawah di ambil di Kompleks PAS Kedah! Malah, terdapat upacara simbolik kafir menyalakan api dengan menggunakan lighter dan lilin k...
-
Artikel menarik MyMassa tentang perubahan strategi Pakatan Pembangkang! Sila baca :
-
Blog pro-pembangkang sudah ada senarai baru ahli-ahli politik Pakatan Pembangkang yang 'menarik perhatian pihak polis'! Kita ta...
-
Pada 18 Mei lalu, Adam Adli dilaporkan ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan ...
-
Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat memerintah negara ini apabila memperolehi majoriti mudah 133 kerusi Parlimen pada PRU13 yang lalu ...
REFERENCE WAJIB
-
-
Fatin AF53 hours ago
-
-
-
-
Cina Melaka tidak kenang budi2 days ago
-
-
-
-

8 comments:
Salam Dr Novandri,
Jika dapat dipanjangkan soalan saya yang sama kepada YB KJ kepada YB Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk melihat pandangan beliau juga. Terima kasih.
Namun saya juga ingin bertanya soalan lain kepada YB Datuk Seri Mohd Khir Toyo
"Salam YB Datuk Seri,
Datuk Seri merupakan Ahli MKT yang mendapat undi tertinggi pada pemilihan yang lepas. Datuk Seri juga pernah dicalonkan oleh Pemuda Bahagian saya untuk jawatan Naib Ketua Pemuda sessi lepas tetapi Datuk Seri telah memilih untuk tidak bertanding kerana lawan Datuk' adalah YB KJ.
Namun politik tanahair nyata berubah dengan drastik dan kali ini
Datuk Seri memilih untuk bertanding. Sejauh mana dinamik politik tanahair masakini memainkan peranan dalam keputusan Datuk Seri?
Dalam konteks Datuk Seri sekarang merupakan ketua pembangkang di kerajaan negeri Selangor, bagaimana aspirasi PEMUDA BERANI dapat Datuk Seri tekankan kepada generasi muda masakini yang rata2 sudah tidak berminat menyertai UMNO.
Tidakkah Datuk Seri melihat bahawa rakyat telah membuat keputusan menolak kerajaan BN di Selangor memberi sedikit tekanan kepada Datuk Seri dalam meneruskan aspirasi Datuk Seri dalam perjuangan parti? Sila beri komen
terima kasih
Salam Hormat
Mohsein Shariff
KP Cawangan Pokok Machang
Bahagian Tasek Gelugor
Salam Dato Seri,
bagaimanakah dato seri melihat peranan org muda dalam membangunkan negara?bagaimanakah dato seri ingin meraih sokongan golongan muda kedalam umno?minta penjelasan abg khir....
Salam,
Salah satu soalan yang patut ditanya kepada diri sendiri ialah adakah dengan terlantiknya saya sebagai Ketua Pemuda UMNO, parti UMNO akan berjaya diperkukuhkan atau sebaliknya menjadi lebih parah lagi?
Apakah pandangan saudara dalam hal ini?
Jika saudara optimis, terangkan sekurang-kurangnya dua strategi saudara untuk menyatupadukan semula ahli UMNO dan mengembalikan semula kepercayaan orang Melayu kepada UMNO?
Ikhlas, Abd Bashid Harun
Salam DDKT,
Pandangan peribadi saya tentang Dato ialah Dato banyak berjasa pada UMNO dan Kerajaan Selangor. Terima kasih.
Cuma kerjaya politik Dato terjejas teruk sebelum PRU12 hasil dari 'tangan ajaib' orang UMNO sendiri.
Apa pendapat Dato sekiranya Dato dan D.Mukhriz bergabung tenaga sahaja daripada bertanding menentang satu sama lain?
Salam semua,
Sila sertakan cawangan dan bahagian UMNO anda bersama soalan-soalan itu.
Terima kasih.
Sdr. Khir,
(Melalui sdr Novandri)
1.Jika sdr. dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, apakah dua tindakan awal sdr. dan mengapakah tindakan-tindakan itu diberi keutamaan?
2. Sdr dilihat sebagai pemimpin yang tewas, tetapi sdr. tidak dibayangi faktor keluarga seperti dua lawan sdr. Berikan komen sdr.?
Abd Bashid Harun
Setiausaha UMNO
Cawangan Pengkalan Aur
Bhg Bukit Gantang,Perak
PERINGATAN TERBARU
Salam semua,
Program ini dibuka kepada SEMUA pembaca Minda Intelek Melayu.
Yang perlu di buat ialah soalan-soalannya mesti mengikut peraturan yang ditetapkan.
Komen 'ANONYMOUS' atau TIDAK BERNAMA, tidak akan di terima lagi.
Selamat bertanya.....
Salam Dato',
Soalan2 saya seperti berikut:-
1. Bagaimanakah Dato' boleh terlepas pandang dengan kes2 pembinaan Banglow diKlang yang melibatkan calun Ketua Pemuda UMNO 2008 Faizal Abdullah, Dato Zakaria? Adakah Dato' seorang yang cuai dan lalai?
2. Apakah peranan Dato' dalam meluluskan usul pembinaan Kandang Babi terbesar di Selangor dan Dunia? Berapa yang dibayar oleh tokey BABI kepada 'Kerajaan Negeri Selangor'? Jelaskan situasi dan butir sebenar sebenar dari pihak Dato'
3. Pada pemerhatian ramai, cara Dato' dan Anwar dalam mendapatkan jawatan tertinggi parti (Dato level rendah sikit) adalah hampir sama. Publisiti, tuduhan yang dibuat2, susunan ahli terutamanya ajk2 Selangor ke jawatan Ketua & Timbalan Ketua Pemuda UMNA 2008. Adakah, Dato' agak risau dengan pendedahan2 yang dibuat oleh pihak kerajaan PKR sekarang mengenai pimpinan Dato' hingga sanggup untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO?
4. Kerajaan Selangor tumbang semasa pimpinan Dato'. Adakah Dato' juga ingin menumbangkan Pemuda UMNO atau UMNO sendiri dengan cuba untuk menjadi pemimpin Pemuda UMNO?
Sekian. T.Kasih.
Post a Comment