Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Tuesday, September 16, 2008

Mode Operandi Politik Murahan Anwar Ibrahim.

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis ingin membincangkan 2 perkara harian yang biasa kita tempuhi. Yang penulis ingin tekanan ialah sebenarnya, konsep/niat kepada cara untuk kita mengatasi kesulitan tersebut telah digunapakai oleh DS Anwar Ibrahim dengan jayanya.

1. Senario 1

Kadangkala, jika seseorang itu berjanji untuk bertemu rakan-rakan tetapi beliau gagal untuk menunaikannya, beliau akan mencari alasan dengan menyalahkan orang lain atau apa pun kecuali diri sendiri.

Beliau akan salahkan jalanraya kerana sesak atau cuaca kerana hujan lebat. Pokoknya, beliau tidak mahu rakan-rakan kecewa atau pun marah dan mereka tetap percaya kepada beliau, walau pun hakikatnya beliau telah gagal menunaikan janji itu.


2. Senario 2

Makanya, untuk pertemuan seterusnya, beliau akan letakkan syarat-syarat kepada rakan-rakan terlebih dahulu dengan apa cara sekali pun.

Dan jika janji seterusnya tidak dapat ditunaikan juga, maka ia bukannya salah beliau tetapi salah rakan-rakan beliau.


16 hb September 2008 telah menyaksikan DS Anwar Ibrahim telah gagal di dalam misi beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau telah gagal menunaikan janji beliau.

Dan pada saat ini, beliau adalah seorang pemimpin besar yang sedang menahan malu kerana kredibiliti beliau tercalar dek mainan politik beliau sendiri.

Realitinya, tiada siapa pun yang menekan atau memaksa beliau untuk melakukan sesuatu yang majestic pada 16 September 2008.

Ramai rakan dan lawan beliau yang mahu beliau menunjukkan 'kejantanan' beliau untuk memikirkan hal-hal negara mengikut lunas-lunas demokrasi.

Dan motto 'Anwar Perdana Menteri pada 16 September' adalah salah satu daripada ungkapan yang digunakan untuk menarik undi penduduk Permatang Pauh dan ungkapan tersebut juga merupakan sumber semangat kepada penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.

1. Siapakah yang tidak teruja apabila pemimpin yang mereka sanjungi itu akan menjadi perdana menteri Malaysia hanya beberapa hari sahaja selepas menjadi MP Permatang Pauh?

2. Siapakah yang tidak akan mulai memasang angan-angan untuk menjadi orang penting di dalam kabinet Anwar Ibrahim jika beliau memerintah negara ini?


3. Siapakah yang tidak akan kagum dengan ke'cerdikan' Anwar Ibrahim yang mampu menjadi Perdana Menteri TANPA mengikut lunas-lunas normal negara yang dicintai ini?

Pokoknya, ungkapan "Anwar Ibrahim Perdana Menteri 16 September" telah membawa satu semangat dan keghairahan yang amat tinggi kepada penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.

Malah, mereka yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, pastinya turut terasa akan aura yang dicanang-canangkan oleh Anwar Ibrahim.

Hari ini, Anwar Ibrahim telah gagal. Dan beliau telah mengguna pakai Senario 1 (seperti di atas) iaitu menyalahkan orang lain dan keadaan. Beliau menyalahkan Pak Lah, Taiwan, politik dan sebagainya, pada hal beliau sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana memimpikan bulan di langit dan berbohong.

Akan tetapi, Anwar Ibrahim cepat belajar dari kesilapan strategi politik beliau itu. Beliau lebih cerdik kali ini dan telah menggunapakai Senario 2 (seperti di atas)

Jika kita ikuti kenyataan akhbar Anwar Ibrahim, anda tentu bersetuju dengan penulis.

Ikutilah:-

"Saya bukan mahu memberi alasan. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita boleh dan bersedia untuk melakukannya. Jika selepas beberapa hari, tidak ada respons, pemimpin Pakatan akan bertemu dan menentukan tindakan selanjutnya," katanya....

"Saya percaya beliau akan bertemu dan kita perlu menunggu hari ini atau esok," katanya sambil menambah bahawa Abdullah kini merupakan ahli politik yang kini dalam keadaan genting.....


"Jadi, anda harus memaafkan beliau kerana beliau dalam keadan terdesak," katanya.....

"Jika perdana menteri menolak sekarang, kita akan memberi sedikit ruang kerana beliau ada masalah parti, kita beri ruang untuk kepentingan nasional," katanya......

"Saya minta kerajaan tidak halang termasuk mengadakan sekatan jalan raya dan sekatan-sekatan lain untuk bergerak ke Parlimen dalam tempoh ketika yang ditetapkan......

Ketika ditanya mengapa enggan memberikan nama-nama ahli parlimen BN yang menteri Pakatan, Anwar berkata, jika nama tersebut diberikan, mereka akan ditahan serta merta.

Beliau berkata, nama-nama ahli parlimen BN yang menyertai Pakatan akan diberikan dalam pertemuan dengan perdana menteri.

Seperti yang penulis katakan, kali ini Anwar Ibrahim telah belajar dari kesilapan beliau.

Dan seperti Senario 2, beliau telah meletakkan pelbagai syarat terlebih dahulu (hampir semua yang boleh difikirkan termasuk yang tidak masuk akal) kepada segala yang beliau akan lakukan selepas ini.

Maksudnya, jika isu MP melompat ke PKR dan menubuhan kerajaan baru gagal terlaksana, Anwar Ibrahim boleh 'membasuh tangan beliau' dengan menyalahkan orang lain, sistem demokrasi, jalan raya dan pelbagai lagi. Canggih!

Pokoknya, Anwar Ibrahim mahu dunia tahu bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang telah 'berusaha sepenuh jiwa dan raga' dan mempunyai 'pelan politik yang amat praktikal dan logik' akan tetapi keadaan 'amat mencemburui' beliau.

Padahal, satu fakta yang paling jelas ialah Anwar Ibrahim telah berbohong.

Patutlah Anwar Ibrahim beria-ia tidak mahu mengangkat sumpah untuk membersihkan nama beliau semasa pilihanraya Permatang Pauh tempoh hari. Dan sebagai seorang pemimpin yang licik, beliau tidak mungkin tidak mahu menggunakan apa sahaja cara untuk menang termasuk mengaku sumpah.

Rupa-rupanya, Anwar Ibrahim tahu beliau sedang berbohong.

Seperkara lagi, MalaysiaKini juga melaporkan :-

Katanya (Anwar Ibrahim), tindakan mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas Teresa Kok adalah untuk menyekat perubahan rakyat.

Persoalannya :-

1. Di manakah logiknya dakwaan Anwar Ibrahim ini atau ia hanya sekadar gimik murahan untuk meraih undi?

2. Apakah menegur dan tidak sensitif kepada hak agama orang lain adalah perubahan yang Anwar Ibrahim mahukan?

Seperti kata penulis, patutlah Anwar Ibrahim beria-ia tidak mahu mengangkat sumpah untuk membersihkan nama beliau.

Pautan penting : Artikel pre-16 September

14 comments:

  1. Dr

    Sejak dia jadi TPM lagi saya tahu, dia ni kaki kencing. Muka nampak baik, tapi hati, kena berhati-hati. Atok saya pesan, kalau nampak orang yg alim, kasik dia kuasa. Kalau dia masih lagi baik. Memang kita patut sanjung dia.

    Ustaz saya, masa cikgu biasa dia baik. Tapi bila naik pangkat. Mula dah jadi 'tak betu'.

    ReplyDelete
  2. Salam Dr
    Analisis yang menarik.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. sy mmg dah lama prasan dgn pembohongan anwar..hari tu sy dgr dia berucap kat tiwi kata nak jumpa dolah nak bincg peralihan kuasa secara aman, tak mau kacau bilau n demi kepentingan negara...

    itu kan ayat pembohong nombor 1 n kurang ajar..klau betul tak mo timbulkan huru hara n jaga kepentingan nasional knapa tak mo tunggu PRU13? sy dgr ucapan dia hangin jek..klau sy ada kat situ mesti sy dah tanya mcm tu depan muka dia.

    kan keputusan pru12 adalah pilihan rakyat..itu lah suara nasional..dia lah sebenarnya yg tak jaga kepentingan nasional..jaga kepentingan diri sendiri adalah..

    skrg sy terfikir..agaknya ugutan bunuh tu bukan dtg dr sesapa kat m'sia ni..melainkan tuan dia kat US tu..ye lah duit byk labur dah..jadik PM pun tak jadik2 jugak..so langkah terakhir..ugut lah bunuh klau cita2 tak tercapai..

    --anwar, igt sket mcmana nasib benazir bhuto yg jadik agen CIA..dah tu siap mintk tlg mOSAD dr israel plak tu...menurut sumber2 benazir ni kena bunuh oleh CIA...takkan nuar nak jd cam tuh??

    ReplyDelete
  4. ada jawatan kosong sebagai PM..tapi bukan di Malaysia.. di timur lester.. nak ke Anwar Ibrahim jadi PM sana? ada interview- walk in..

    ReplyDelete
  5. Modus operandi, bukan mode operandi

    ReplyDelete
  6. as salaamu alaikum

    Penulis berkata, Brother Anwar akan "malu" kerana tak tercapai hasratnya untuk mengambil alih tampuk kerajaan.

    Eh, setahu saya dia lah orang yang paling tak malu di Malaysia ni.

    Pada pendapat saya, salah kalau kata dia malu Sept 16 tak tercapai. Dia langsung tak peduli.

    Dia dengan RPK tu sama sealiran. RPK kalau disuruh masuk mahkamah, mampus dia peduli. Dia gelak2 ada lah. Kena ISA baru lah bertemu buku dengan ruas.

    Tapi Brother Anwar tak boleh kena ISA. Kalau kena sekarang, happy sungguh lah dia pasal tak payah lawan kes liwat Saiful.

    Liwat pun tak malu, inikan nak malu pasal Sept 16? :)

    ReplyDelete
  7. Pakar putar belit memang macam tu. Banyak je cerita dia bila dah tak berjaya macam tu. Pusing sana, pusing sini, dia tetap tak salah, dia betul je, tapi keadaan yang tak betul. Pandai betul berdalih. Benda tu tak wujud pun, dia je lebih2 mencanang sana sini.

    ReplyDelete
  8. "Rupa-rupanya, Anwar Ibrahim tahu beliau sedang berbohong"

    Saya pernah bergossip pasal Anwar dengan psikologis saya (saya mengalami skizofrenia dan pernah menjalani psikotheraphy di Hospital Besar KL). Dia ada bercakap pasal split personality.

    Saya juga suka menelaah kajian Sigmund Frued dan anak perempuannya Anna tentang defense Mechanism System. Psychologist saya juga ada mengajar(dan kemudiannya membaca dengan lebih lanjutlagi) tentang id & super ego, teori kelansangan dan histeria.

    Hasil pembelajaran di sessi psychotheraphy dan pembacaan itu, Saya rasa Anwar sudah terlalu jauh terperangkap dalam defense mechanism systemnya (subcounciously).

    Jadi kesimpulan yang boleh saya buat ialah dia percaya yang dia sedang bercakap benar dan akhirnya akan jadi PM jua.

    Hanya Hukuman Penjara, atau ISA akan membuat penyokong fanatiknya berhenti berharap tapi itu akan menyebabkan Anwar lebih percaya yang dia berada dipihak yang benar dan terinaya dek konspirasi yang dia yakini ada.

    Dalam dunia ini bukan dia sahaja yang macam itu, malah ramai orang macam itu. Puncanya? How I wish I have lot's of money untuk sambung belajar, seterusnya menyelidik, mengkaji dan mencari penawar kepada sakit yang sebegini.

    ReplyDelete
  9. Salam anonymous,

    Modus operandi is a singular.(Satu sahaja)

    Mode operandi is for plural.(lebih daripada satu seperti yang digunakan oleh AI)

    Thank you.

    ReplyDelete
  10. Salam Mardhiah,

    Memang menarik jika kita baca pemikiran AI.

    Semua orang boleh tafsirkan apa yang AI telah lakukan tetapi lebih menarik jika kita berada di 'dalam otak' beliau dan mengkaji kenapa beliau begitu jauh terperangkap di dalam mainan politik beliau sendiri.

    Dissociative identity disorder (DID) ?

    Narcissistic personality disorder ?

    Menarikkan...

    ReplyDelete
  11. Salam

    1. Bagi mencapai sesuatu matlamat kita hendaklah meletakkan satu sasaran sebagai garis panduan. Jika sasaran tidak tercapai bukan bermakna berakhirnya kehidupan ini. Hendaklah kita terus berusaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Kita tak perlu malu dengan kegagalan. Tambahan pula dengan matlamat untuk merubah yang buruk kepada yang baik.

    Gitu la adanya pendapat saya.

    ReplyDelete
  12. untuk perempuan mengandung, date yang doktor bagi tu sebagai panduan dan estimated je dan ianya tak semestinya tepat. Kita tak boleh anggap doktor tersebut menipu bila pada tarikh tersebut pompuan tersebut masih tak bersalin juga.. macm tu juga dengan anwar ibrahim. sabarlah masanya akan tiba dengan izin Allah beliau akan berjaya. jangan lupa manusia (anwar) hanya merancang, Allah menentukan..

    ReplyDelete
  13. amir Yusuf, lupakan janji2 Anwar si pembohong tu. Lebih baik bekerjasama, bersatu dengan dengan kerajaan yang sedia ada dalam memastikan kesejahteraan Malaysia. Sama-sama kita bantu kerajaan menjalankan amanah mereka, sama2 kita tegur kerjaan dengan cara yang baik. Bukankah itu lebih baik?

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.