Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Thursday, September 25, 2008

'Pinocchio' Di dalam Anwar Ibrahim

Dr Novandri Hasan Basri

Kenapakah modus operandi politik Anwar Ibrahim semakin terbuka sehinggakan kita begitu mudah dapat menghidu dan mengetahui langkah seterus beliau ?

16 September 2008 merupakan satu hari yang pastinya mahu dilupakan oleh Anwar Ibrahim dan rakan-rakan politik beliau. Ia merupakan satu strategi yang tampak 'gah' disulami dengan kepakaran Anwar Ibrahim untuk berpidato sehinggakan seluruh dunia ternanti-nanti akan hari 'keramat' tersebut.

Malangnya, 16 September adalah seperti hari-hari biasa, tiada keistimewaannya. Dan modus operandi politik Anwar Ibrahim tidak terlaksana dan juga menunjukkan kecacatan di dalam strategi politik beliau. Dan beliau tidak dapat menyalahkan sesiapa kerana 16 September sepatutnya hari beliau dan hanya untuk beliau sahaja. Malang sungguh!

Tapi sebagai bonus, beliau bergelar MP Permatang Pauh sekarang.

Tetapi, seperti penulis katakan di artikel sebelum ini (klik di sini), Anwar Ibrahim cepat memperbaiki kesalahan pertama beliau. Kini, beliau mengheret sesiapa sahaja ke dalam kancah politik beliau dan mereka inilah yang akan dijadikan 'scape goat' atau pun alasan jika permainan politik gagal sekali lagi.

Anwar Ibrahim sudah pun bermula menunding 'scape goat' beliau apabila rakyat sudah terang-terangan mempersoalkan kredibiliti, kebenaran dan kemampuan beliau yang sebenarnya.

Sebagai contoh, Anwar Ibrahim meletakkan alasan kepada Perdana Menteri sebagai 'scape goat' beliau. Kelmarin beliau berkata :-

“It is not an issue of deadlines anymore. Who could have anticipated that the Prime Minister would refuse to hold an emergency Parliament session when we already have the numbers?” he told reporters at the Jalan Duta court complex on Wednesday after the hearing of his sodomy case - the STAR

Untuk sekadar metaphor, percaturan politik Anwar Ibrahim yang berdasarkan janji manis tetapi kosong mengingatkan penulis kepada karakter cerita dogengan rakyat yang bernama Pinocchio.

Pinocchio adalah patung kayu yang di hidupkan oleh the fairy untuk menghiburkan seorang pembuat patung tua yang tidak mempunyai keluarga.

Syarat yang dikenakan oleh the fairy ialah hidung Pinocchio akan bertambah panjang setiap kali beliau berbohong dan masaalahnya ialah Pinocchio kerap berbohong kepada 'ayah'nya.

Lama kelamaan, hidung Pinocchio bertambah panjang dek perangai buruk beliau itu.

Di pendekkan cerita, setelah insaf dan kembali ke jalan benar, Pinocchio yang pada asalnya di buat daripada kayu telah di jelmakan sebagai seorang kanak-kanak biasa oleh the fairy. Dan seperti cerita-cerita rakyat yang lain, kesudahannya ialah '...they lives happily ever after'.

Persoalannya, apakah Anwar Ibrahim mahu terus menjadi Pinocchio yang dibuat daripada kayu dan panjang hidungnya atau Pinocchio yang sudah ditukar menjadi kanak-kanak biasa dek mengaku berbohong dan insaf serta tidak mahu lagi mengulangi pembohongan beliau?

Artikel lain : Malaysian Malaysia , Pak Lah Berhenti Awal

22 comments:

  1. agaknya bila hidung badut anwar nak panjang, sapa agaknya tu...

    ReplyDelete
  2. Salam Dr.

    Kalau sudah kerap sangat menipu, akhirnya orang tak akan percaya lagi. Masa tu cakap apapun dah tak laku.

    Para penyokong dan pengilainya juga akan menjauhkan diri darinya. Kita tunggu sajalah, siapa yang benar. Masa akan terus berlaku dan kebenaran akan menjelma jua.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Anwar adalah seorang aktivis dan juga seorang pejuang sejak muda, dan saya kira dia tidak akan mudah mengaku kalah, apalagi menyerah kalah.

    Anwar boleh melakukan kesilapan, membuat pembetulan, atau melakukan kesilapan berkali-kali.

    Tapi pergolakan politik di negara kita, saya kira, tidak akan reda selagi dia belum berjaya mencapai cita-citanya, ataupun selagi kerjaya politiknya tidak "dimusnahkan" oleh tokoh politik lain yang lebih "gagah" daripada beliau.

    Kadang-kadang saya terfikir, apa yang berlaku sekarang mungkin merupakan akibat dari tindakan Tun Mahathir memecat Anwar pada tahun 1998 dahulu.

    Mungkin andaian saya ini tidak benar. Tapi sayangnya kita tidak dapat mengelakkan diri daripada kecelaruan politik yang mungkin akan berlangsung lama.

    ReplyDelete
  4. Old McDonald had a farm...
    EIEIO...
    and on his farm he had Pinnachio...
    EIEIO...
    with a bluff bluff here...
    and a bluff bluff there..
    here a bluf there a bluff...
    everywhere a bluff...
    Old McDonald had a farm...
    EIEIO...

    McDonald = USA
    farm = Malaysia
    Pinnachio = Anwar

    :P

    ReplyDelete
  5. Salam Dr...
    Patutlah sejak kebelakangan ni hidung Anwar semakin hari semakin panjang. Rupanya beliau adalah jelmaan 'pinochio' zaman moden tapi 'pinochio' tua yang tak sedarkan diri. Saya dapat rasakan Anwar tak kan sedarkan diri selagi impiannya tak menjadi kenyataan. Beliau seorang yang ego. Bayangkan jika beliau insaf dan sedar kesalahan, beliau akan dihentam teruk oleh rakyat yang selama ini taksub menyokongnya...

    ReplyDelete
  6. "Persoalannya, apakah Anwar Ibrahim mahu terus menjadi Pinocchio yang dibuat daripada kayu dan panjang hidungnya atau Pinocchio yang sudah ditukar menjadi kanak-kanak biasa dek mengaku berbohong dan insaf serta tidak mahu lagi mengulangi pembohongan beliau?"


    Walau saya sangat terguris dengan, sindiran, ejekan, penghinaan dan ramalan buruk yang telah dilakukan oleh penyokong2 taksub Anwar kepada saya, saya tetap mengharapkan DSAI insaf sebab saya tahu siksa api neraka lebih hebat dari sebarang bentuk siksaan di atas didunia ini.

    Sebagaimana kita mendambakan "husnul khotimah" sebegitulah saya mengharapkan perkara yang sama terhadap Brother Anwar & family agar keluarga saya juga memperolehi kesudahan yang baik dari Allah swt.

    Saya tau kita semua tak salah, tapi ketidakadilan, kewujudan jurang perbezaan pendapatan yang semakin ketara, keruntuhan moral di kalangan remaja kadangkala menguji kita. Kita terpedaya terhasut, tertekan untuk meletakkan segala kesalahan pada satu scape goat, sebab meyalahkan pihak lain atas kegagalan dan kemunduran kita adalah salah satu bentuk terapi minda (ie self defense mechanism untuk kekal waras).

    Ini adalah sebab Melayu adalah perfectionist, sentimental dan romatika lagi kurang terbuka dalam mengaku salah dan meminta maaf. Kalau mengaku salah tu, kira dah teruk sangatlah tu.

    ReplyDelete
  7. "Persoalannya, apakah Anwar Ibrahim mahu terus menjadi Pinocchio yang dibuat daripada kayu dan panjang hidungnya atau Pinocchio yang sudah ditukar menjadi kanak-kanak biasa dek mengaku berbohong dan insaf serta tidak mahu lagi mengulangi pembohongan beliau?"


    Walau saya sangat terguris dengan, sindiran, ejekan, penghinaan dan ramalan buruk yang telah dilakukan oleh penyokong2 taksub Anwar kepada saya, saya tetap mengharapkan DSAI insaf sebab saya tahu siksa api neraka lebih hebat dari sebarang bentuk siksaan di atas didunia ini.

    Sebagaimana kita mendambakan "husnul khotimah" sebegitulah saya mengharapkan perkara yang sama terhadap Brother Anwar & family agar keluarga saya juga memperolehi kesudahan yang baik dari Allah swt.

    Saya tau kita semua tak salah, tapi ketidakadilan, kewujudan jurang perbezaan pendapatan yang semakin ketara, keruntuhan moral di kalangan remaja kadangkala menguji kita. Kita terpedaya terhasut, tertekan untuk meletakkan segala kesalahan pada satu scape goat, sebab meyalahkan pihak lain atas kegagalan dan kemunduran kita adalah salah satu bentuk terapi minda (ie self defense mechanism untuk kekal waras).

    Ini adalah sebab Melayu adalah perfectionist, sentimental dan romatika lagi kurang terbuka dalam mengaku salah dan meminta maaf. Kalau mengaku salah tu, kira dah teruk sangatlah tu.

    ReplyDelete
  8. Anwar selalu saja penuh spekulasi dan nombor.oleh itu saya pun mahu memberikan spekulasi tersendiri.

    dia memberikan tarikh dan sasaran kerana tidak mahu penyokongnya berputus asa terhadap perjuangan dia.jadi dijadikan tarikh dan sasaran sebagai satu penyebab itu dia terus mendapat sokongan walaupun setakat ini dia hanya dapat menjadi ahli parlimen Permatang Pauh.

    sasaran untuk membina kerajaan baru dan menjadi PM?untuk buat semua itu sekarang memang tak kan sempat melainkan jika dia tunggu pilihanraya umum nanti.

    ReplyDelete
  9. Anwar dah semakin kurang sokongan sekarang.sebab itu Anwar mahu merealisasikan impian dia secepat mungkin kerana takut sokongan semakin menipis.

    rakyat pula sudah ada yang secara terangan tidak menyokong Anwar.

    selagi Anwar meneruskan caranya untuk membina kerajaan baru dengan cara belakang,selagi itu timbul huru-hara dalam negara.

    ReplyDelete
  10. Salam

    Saya bersetuju dengan pendapat Tun Jeram. Apa yang berlaku sekarang adalah kesan daripada tindakan Tun Mahathir memecat DSAI pada tahun 1988. Keburukan dan kejahatan beliau seperti yang diwar-war kan dan dipercayai oleh kita timbul selepas beliau dipecat. Hanya kita yang mengetahui mengapa keburukan dan kejahatan beliau kita war-warkan. Mungkin sebab beliau bukan lagi bersama kita. Sebelum itu kita lihat beliau sebagai manusia yang mampu meneruskan kecemerlangan negara kita.

    Kegagalan 16 Sept bukan sahaja mengecewakan dunia malah ramai rakyat Malaysia yang inginkan perubahan terasa amat kecewa. Impian mereka untuk mempunyai pimpinan negara yang prihatin rakyat dan pentadbiran yang telus tidak menjadi kesampaian. Biarkan mereka dengan impian mereka.

    Bagaimana pun kita bersyukur beliau tidak menimbulkan keadaan yang tak menentu untuk mendapatkan kuasa seperti yang berlaku di Thailand dan Filipina. Pendekatan kita menggunakan kuasa ISA mungkin membuatkan beliau dan rakayt beliau berfikir berkali-kali musibah yang akan menimpa jika menggunakan pendekatan yang tidak menentu. Syukur kerana mereka masih rasional. Mungkin sebab itu tiada lagi demonstrasi dipihak beliau...cuma pihak kita pula yang suka berdemostrasi kebelakangan ini..

    ReplyDelete
  11. Sekarang dia tengah sibuk mencari orang untuk dipersalahkan supaya plan dia yang gagal itu nampak seperti disebabkan oleh orang lain. Tapi sebenarnya, dia hanya menipu sebagai strategi melemahkan lawan dia semata2.

    ReplyDelete
  12. sapelah kita nak menghukum orang sedangkan kita sendiri tak terlepas dari membuat kesilapan. nanti tak pasal2 dapat dosa kering di bulan ramadhan!

    ReplyDelete
  13. dikatakan "minda intelek melayu" bkn sekadar mempersoalkn tntg politik shj...

    persoalkan tentang semuanya...
    baru layak digelar "intelek"...

    intelekah kita dgn memandang pada satu pihak shj?

    intelekah kita dgn memburuk2kan
    seseorang?

    intelekah kita dgn sekadar berpolitik shj?

    intelekah kita dgn menerima sesuatu tanpa menyiasat terlebih dahulu?

    malaysia perlukn revolusi dr segi pemikiran dan perlakuan rakyatnya...

    negara tidak akan maju jika semua rakyatnya sibuk berpolitik shj....

    ReplyDelete
  14. Salam Tun Jeram,

    'Tapi sayangnya kita tidak dapat mengelakkan diri daripada kecelaruan politik yang mungkin akan berlangsung lama.'

    Saya setuju.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Salam Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff,

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Salam kritikan,

    Saya berharap saudara dapat membaca artikel-artikel saya yang lain.

    Saudara akan dapati bahawa saya tidak hanya mengkritik pihak pembangkang sahaja tetapi parti kerajaan juga.

    Dan blog ini juga melaporkan program saya serta artikel2 lain mengenai isu masyarakat.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Salam kritikan,

    Saya berharap saudara dapat membaca artikel-artikel saya yang lain.

    Saudara akan dapati bahawa saya tidak hanya mengkritik pihak pembangkang sahaja tetapi parti kerajaan juga.

    Dan blog ini juga melaporkan program saya serta artikel2 lain mengenai isu masyarakat.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Saya rasa Tun sebagai ketua ada hak untok sack pekerja2nya (AI) jika mereka tidak mendatangkan faedah kepada parti. Termasoklah boss dimana2 didunia ni, company kecil atau mega. Kalau tidak membawa hasil, bye2 lah jawabnya.
    ML

    ReplyDelete
  19. Hmmm, kalau betul Anwar mcm Pinocchio, tak mungkin dia gay dan bermain bontot. Siapa yang sanggup kena sula dgn kayu babe.

    ReplyDelete
  20. Kayu bukan sebarang kayu..
    Kayu shakti datang dari Kerajaan Langit..diambil dari Ayah Pin..
    diguna pula Anwar Pin..
    apapun dapat ditembusi dengan penuh kegersangan..

    ReplyDelete
  21. Dr,

    Love reading your comments, keep up the good work.

    Selamat Hari Raya

    http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. Rasullullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH tidak mencabut ILMU daripada manusia, tetapi akan mencabut ILMU daripada para Ulama. Sehingga jika Ulama itu tidak ada, maka jadilah manusia itu dibawah pimpinan mereka yg BODOH, lalu org2 itu diberikan pertanyaan2 yg akan dijawab tanpa ILMU, sehingga sesatlah mereka serta menyesatkan yg lain.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.