Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Wednesday, September 10, 2008

Teks Penuh Ucapan Dato' Ahmad Ismail

Dr Novandri Hasan Basri

Berikut adalah teks penuh ucapan Dato' Ahmad Ismail semasa mengadakan sidang akhbar pada 8hb September 2008.

Penulis harap kita berfikiran rasional mengenai isu ini dan semoga teks ini akan memberikan gambaran yang lebih jelas kepada kita.

Tetapi di dalam masa yang sama, manipulasi oleh sesetengah media tempatan nampak begitu jelas. Dan kita yang tidak tahu hujung pangkalnya mengenai isu ini akan keliru, ter'bakar' atau marah tak tentu pasal hanya membaca sedikit daripada penjelasan yang diberikan di dalam berita tersebut.

Malah penulis dapati para media hanya mengambil beberapa keratan daripada teks penuh ucapan Ahmad Ismail sehinggakan kenyataan akhbar tersebut amat mengelirukan dan mengembar-gemburkan Ahmad Ismail sebagai 'racist' nombor satu padahal ianya tidak benar jika kita ikuti ucapan beliau itu.

Malah, terdapat ulasan akhbar yang mengatakan beberapa kenyataan Ahmad Ismail sangat keras dan ditujukan kepada seluruh orang Cina padahal kenyataan beliau itu sebenarnya hanya ditujukan kepada Koh Tsu Koon dan beberapa pemimpin di dalam Gerakan.

Satu lagi point yang 'ghaib' dan tidak disiarkan oleh media-media ialah apabila Ahmad Ismail menyarankan agar Pengerusi BN Pulau Pinang diberikan kepada MCA, satu parti bangsa Cina yang terbesar di Malaysia.

Kenapa ?

Adakah media-media tersebut(terutamanya akhbar-akhbar berbahasa Cina) takut orang-orang Cina akan bersetuju dengan Ahmad Ismail dan menyokong penuh perlantikan MCA menggantikan Gerakan?

Ikutilah:-

Assalamualaikum...... dan salam bahagia kepada semua yang hadir.


Ybhg Dato' Seri Abdul Rashid Abdullah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang. YB Dato' Azhar Ibrahim, Setiausaha BPUN, Ybhg Dato' Zainal Abidin Osman, bendahari BPUN, sahabat-sahabat seperjuangan Ketua-ketua UMNO bahagian dan wakil-wakil Ketua UMNO Bahagian.

Ketua-ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Yang berhormat Adun-Adun yang dihormati.

Sahabat-sahabat daripada semua media yang hadir,

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah.

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang turut bersama-sama dengan saya di dala mengharungi isu yang semakin panas ini.

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah kerana saya tidak keseorangan dalam mengharungi isu ini, malah selain daripada sahabat-sahabat yang hadir pada sidang akhbar ini, saya menganggap PC ini adalah juga mewakili orang-orang Melayu dan umat Islam yang bukan sahaja dari Pulau Pinang akan tetapi diseluruh pelusuk tanah air.

Saya berdoa kehadhirat Allah swt semoga diberi kekuatan dan ketabahan serta kesabaran didalam menghadapi musibah ini. Saya juga berdoa kehadhirat Allah yang Esa agar dijauhi sifat riak dan takabbur di dalam meniti ujian Allah swt di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh barokah ini, Amin.

Pertamanya, walau pun masih terus ada desakan yang memainta saya untuk meminta maaf kepada orang-orang Cina - saya tetap dengan keputusan saya bahawa saya tidak akan meminta maaf lantaran saya tidak bersalah. Walaupun memang bukannya susah untuk minta maaf - namun demi maruah mertabat Melayu saya tetap tidak akan minta maaf biar apa pun orang nak kata. Saya sanggup menanggung risiko.

Saya bersyukur kehadhirat Allag swt kerana didalam mesyuarat BadanPerhubngan UMNO Negeri Pulau Pinang pada 6hb September 2008 yang lalu, saya bersama-sama dengan para-para sahabat saya didalam Perhubungan UMNO Negeri telah menerangkan keadaan sebenar tentang isu ini dengan terperinci kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, YAB Dato'eri Abdullah Ahmad Badawi yang juga adalah Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.

Kami bersyukur YAB Pak Lah faham tntang isu tersebut dan ini boleh kita nilai sendiri dari kenyataan akhbaryang dibuat olehbeliau sebaik sahaja selesai mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang. Tak payahlah nak saya huraikan.

Pak Lah telah meminta saya untuk membuat satu lagi sidang akhbar - maka inilah kita adakan sidang akhbar pada hari ini.

Saya berterima kasih kepada Perhubungan UMNO Negeri yang telah membuat keputusan melantik peguam bagi mengkaji dan seterusnya mengambil tindakan menyaman 'reporter' yang telah sengaja menjadikan isu ini begitu sensasi dan kontroversi dan juga akhbar Sin Chew Daily yang telah sengaja menerbitkan laporan yang berbau perkauman dengan tujuan menghasut orang-orang Cina.

Saya telah difahamkan juga bahawa ada akhbar yang telah melaporkan bahawa saya di dalam sidangakhbar saya pada 5hb September yang lalu kononnya saya telah menafikan yang saya ada menyatakan bahawa "orang-orang Cina adalah menumpang di negara ini."

Ini adalah satu permainan jahat yang mahu merosakkan kredibiliti saya.

Tuan-tuan dan puan-puan pun ada mendengar yang saya tidak menafikan bahawa saya ada berkata yang "orang-orang Cina adalah menumpang di dalam negara kta.", cuma tidak di dalam konteks yang disebut oleh "reporter" berkenaan.

Apa yang saya katakan adalah di dalam konteks sejarah Pra-Merdeka. Malah teks penuh saya ada disiarkan oleh MalaysiaKini. Semua orang boleh melihatnya.

Saya ingin mengulangi sekali lagi bahawa saya di dalam ceramah saya pada 23hb Ogos 2008 di Kampung Pelet memang ada menyebut bahawa "orang-orang Cina adalah menumpang di negara kita" di dalam konteks yang saya terangkan tadi, saya suka juga menegaskan di sini bahawa apa yang saya katakan itu sememangnya dari segi fakta sejarah Pra-Merdeka,orang-orang Cina adalah pendatang dan sekadar menumpang di negara kita.

"Nobody can change histroy. Histroy cannot be change just to satisfy and make certain quarters happy.We have to accept history.

Saya merasa amat kesal dan amat dukacita kerana ucapan saya telah dimanipulasikan sedemikian rupa dengan tujuan menghasut orang-orang Cina bukan sahaja untuk membenci saya tetapi juga dengan tujuan menghasut agar orang-orang Cina bangun dan membenci orang-orang Melayu dan umat Islam keseluruhannya. Ini adalah suatu perbuatan yang keji dengan tujuan yang amt jahat.

Saya hanya seorang pemimpin kecil. Kenapa heboh-heboh situasi tersebut sehinggan menjadi tegang?

Beberapa pemimpin Cina Gerakan yang juga sengaja mengambil kesempatan dan sesunggunhnya merekalah yang mengembar-gemburkan fakta menjadikan isu ini lebih nampak perkauman dengan tujuan untuk menyembunyikan kelemahan sendiri dan cuba menjadikan isu ini sebagai "scape goat" dan telah lari dari hakikat bahawa orang-orang Cina sudah tidak lagi menyokong mereka.

Daripada kawan-kawan saya yang berbangsa Cina - memang mereka menyatakan bahawa merekatidak suka kepada Koh Tsu Koon.

Dan saya berani berkata bahawa kegagalan BN di Pulau Pinang di dalam PRU-12 adalah kerana Koh Tsu Koon yangbukan saja tidak mmendapat sokngan dari orang=orang Cina tetapi dibenci oleh orang-orang Cina sendiri.

Orang Melayu tak usah cakaplah betapa bencinya kami terhadap Tsu Koon yang terlalu banyak bermain sandiwara. "As I have said the other day - I have worked with him for the past 18 years. I knew him very well. He is a very good actor" dan saya tak pernah jumpa dalam usia saya yang dah tua ini seorang pemimpin yang cukup pandai "Tai Chi" tapi saya ingatkan agar jangan lupa bahawa kami orang-orang Melayu pun tahu bersilat.

Keadaan menjadi gawat lagi bila KohTsu Koon dan beberapa orang pemimpin Gerakan dan pemimpin-pemimpin Cina yang sengaja membuat kenyataan-kenyataan yang melambangkan perkauman.

Dan bilamana mereka mendesak meminta maaf - sesungguhnya mereka telah membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu dan umat Islam diseluruh negara sehinggakan saya sendiri bimbang tentang keamanan negara kita.

Saya terkejut dengan kebangkitan orang-orang Melayu dan umat islam diseluruh negara tentang isu ini. Saya banyak sekali menerima SMS dan panggilan-panggilan telefon menyokong tindakan saya dan mendesak saya untuk tidak minta maaf dengan mengungkitkan banak perkara-perkara di mana orang-orang Cina telah menyakiti hati orang-orang Melayu dan umat Islam.

Ini bukan soal parti lagi. Tetapi ini soal maruah dan mertabat Melayu serta agama Islam yang cuba diperlekehkan. Justeru, hari ini orang-orang Melayu dan umat Islam tak kira dari parti mana sekalipun dan yang tidak masuk mana-mana parti juga telah bangun dengan begitu hebat sekali.

Gara-gara siapa?

Seorang "reporter" yang punyai agendanya sendiri dan lebih-lebih lagi gara-gara Koh Tsu Koon dan beberapa pemimpin Gerakan yang mula-mula sekali nak jadi hero dengan membakar semangat orang-orang Cina bila menjadikan isu ini isu perkauman dan telah membakar pula smangat orang-orang Melayu dan umat Islam dengan mendesak seorang pemimpin Melayu beragama islam untuk memintamaaf dan tunduk pada orang-orang Cina.

Saya mahu mereka tahu, malah anggap ini sebagai amaran Melayu. Orang Melayu dan umat Islam telah diusik banyak kali. Kami bersabar kerana menjaga kestabilan negara.

Namun ingatlah!! Kesabaran orang Melayu dan umat Islam ada hadnya.

Jangan tolak kami sampai ke dinding di mana kami terpaksa berpusing balik dan nescaya kami terpaksa tolak orang-orang Cina pula demi survival kami. (Dr Novandri : Kenyataan di atas ditujukan kepada Koh Tsu Koon dan pemimpin Gerakan dan bukannya kepada kaum Cina seperti yang disalah tafsirkan oleh sesetengah media cetak dan alternatif. Tetapi salah tafsir itu amat berbahaya kerana berbau hasutan)

Sekiranya apa yang telah saya katakan agak berat kepada BN. Anggaplah ini sebagai amaran orang Melayu dan umat Islam yang tidak ada kena mengena dengan UMNO. Jadi tak usahlah mendesak pemimpin UMNO kami sehingga mereka terjebak dalam dilema.

Saya mahu Koh Tsu Koon dan Gerakan bertanggungjawab sekiranya apa-apa hal yang tidak baik terjadi di dalam negara kita.

Saya mendesak disiniagar Pengerusi BN Pulau Pinang diberi kepada MCA kerana jelas terbukti bahawa Koh Tsu Koon telah gagal dengan teruk sekali didalam pilihanraya umum yang lalu.

Saya juga ingin mendesak pemimpin-pemimpin di dalam BN dari semua komponen parti untuk memecat Gerakan keluar dari BN kerana adanya mereka - kucar kacir hubungan kita di dalam BN.

Sekiranya tidak Koh Tsu Koon harus minta maaf pada orang-orang Cina dan juga orang-orang Melayu serta umat Islam kerana menyebabkan keadaan menjadi tegang sampai ke tahap ini. "He should be responsible. But knowing him as usual he will 'Tai Chi' again in his own ways".

Dengan knyataan ini saya berharap tidak ada yang akan menuduh saya "racist" lagi.

Sebagai pemimpin kecil Melayu, saya ada tanggungjawab pada bangsa, agama dan tanah iar saya.

Kalaulah saya 'racist', sudah tentu selama ini saya tidak bekerjasama dengan Gerakan dan MCA. Saya sudah menjadi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera selama 20tahun sebelum ini di dalam Pergerakan Pemuda UMO bahagian 11 tahun dan saya berkecimpung secara aktif di dalam UMNO sudah lebih 34 tahun sejak 1974 lagi.

Semasa saya mengambil alih teraju kepimpinan UMNO Bahagian Bukit Bendera kira-kira 20 tahun yang lalu, BN sebelum inihanya mempunyai satu kerusi DUN sahaja didalam Parlimen Bukit Bendera.

Dari segi sejarah, kerusiParlimen Bukit Bendera hanay sekali sahaja pernah dimenangi oleh BN iaitu apabila mendiang Albert Miah, bekas Ketua Polis Pulau Pinang bertanding.

Sebelum dan sesudah itu BN tidak pernah menag kerusi Parlimen. Malah dari segi DUN pula hanya satu saja kerusi yang BN menang manakala dua lagi kerusi DUN BN selalu kecundang kepada DAP.

Pada pilihanraya 1990, adalah pilihanraya yang pertama bagi saya sebagai ketua bahagian membantu calon-calon BN telah berjaya menambahkan satu lagi kerusi menjadikan dua kerusi DUN dimenangi BN.

Manakala PRU 1994 pula, buat pertama kalinya BN menang kesemua tiga kerusi DUN dikawasan kami.

Dalam keadaan gawat, pada PRU 1999 buat pertama kalinya BN telah berjaya memenangi semua kerusi yang dipertandingkan iaitu 3 kerusi DUN dan uga kerusi Parlimen.

Pada tahun 2004, hanya di Bukit Bendera sahaja yang kerusi DUN ditambah dari 3 menjadi 4 kerusi. Itu pun kami berjaya memenangi semua kerusi yang dipertandingkan iaitu 1 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN.

Pada Pru 2008, berlakuTsunami lingkup semua. Tapi bukan kami saja di Bukit Bendera, habis di merata temapat.

Izinkan saya menjelaskan bahawa semua kersui BN yang telah menang di Bukit Bendera pada 1990, 1994, 1999 dan 2004, calon-calon yang bertanding adalah kesemuanya calon-calon Cina.

Kalaulah saya 'racist' - masakan kami orang-orang Melayu akan bekerja keras memenangkan calon-calon Cina dan telah mencipta sejarah kerana Bukit Bendera adalah kubu kuat DAP sebelum itu.

Malah calon-calon yang telah kami bantu dan menangkan telah menjadi pemimpin-pemimpin besar dalam Gerakan iaitu Koh Tsu Koon, Chia Kwang Chai dan Dr Teng Hock Nan.

Malah pada PRU-12 2008,walau pun berlaku Tsunami - kita bolehlihat keputusan di peti undi Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong yang kalau tidak silap saya merupakan satu-satunya peti undi dimana orang-orang melayu merupakan pengundi yang paling ramai iaitu di tanjung Tokong.

Cukuplah - jangan tuduh saya 'racist' lagikerana saya bukan 'racist'.

Akhir sekali saya mohon kepada orang-orang Cina agar jangan cuba seperti "the Jewish in America" tak cukup ekonomi yang mereka kawal - politik pun nak mereka kuasai.

Yang penting eratkan perpaduan kita agar negara tetap aman dan kesemua rakyat boleh hidup dalam keadaan harmoni. Kalau berlaku kegawatan - negara tidak stabil - orang-orang Cina nak berniaga pun payah.

Dengarlah nasihat Perdana Menteri kita - kalau keselamatan tak terjamin lagi - tiada siapa yang untung - rakyatMalaysia yang rugi. Kita semua yang rugi. "ENOUGH ISENOGH".

Tsu Koon dakwa hubungan dia renggang dengan saya kerana tidak melantik saya sebagai Ahli Majlis 2006. "Bull shit and this another tactic of him to character assassinate me." - Saya adalah Ahli Majlis pada 2006. Sesungguh kuasa melantik Ahli-ahli majlis bukanlahpada KohnTsu Koon.

Mengikut persefahaman dan amalan BN, Ahli-ahli yang mewakili komponen-komponen parti BN, Ahli-ahli yang mewakili komponen-komponen parti BN adalah hak parti masing-masing.

UMNO negeri akan menentukan Ahli-ahli Majlis yang lazimnya dicalonkan oleh UMNO bahagian-bahagian.

MCA, MIC dan juga PPP akan ditentukan oleh parti masing-masing. Koh Tsu Koon hanya ada kuasa perlantikan Ahli-ahli Majli Gerakan sahaja.

Nama-nama yang diputuskan oleh parti-parti tersebut akan dibentangkan di dalam Mesyuarat EXCO "for endorsement". Bukan kuasa Ketua Menteri seorang.

Kemudian surat perlantikan Ahli-ahli Majlis akan dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sesungguhnya Koh Tsu Koon tidak mahu saya menjadi Ahli Majlis sejak 2003...........huraian.

Hubungan kami menjadi renggang ..............huraian

Akhir kalam, memandangkan sementara bahang semangat orang melayu dan umat islam diperingkat akar umbi sedang panas membara, janganlan kita sia-siakan.

Marilah kita garapkan semangat tersebut, kita gembeling seluruh keringat dan kita pungah seluruh kekuatan orang-orang melayu dan umat Islam diseluruh tanah air serta kita jadikan kebangkita suara Melayu ini sebagai suatu keramat yang akan menyatupadukan seluruh Melayu dan umat Islam sebagai titik permulaan penggerak semngat Melayu bersatu.

Saya syorkan agar setiap negeri akan memulakan suatu "Forum?Konvensyen Himpunan Ummah" di mana penyertaannya harus dibuka seluas mungkin hinga ke akar umbi.

Insyaallah saya berharap agar Pulau Pinang akan memulakan "Forum/Konvensyen Himpunan Ummah" di dalam waktu yang terdekat mungkin

Sekian,

Terima Kasih.

Dato' Ahmad Ismail

(Dr Novandri : Kita tunggu dan lihat sama ada "Forum/ Konvensyen Himpunan Ummah" ini benar-benar di adakan atau pun apakah ianya akan tinggal sebagai cadangan atau pun gimik sahaja seperti yang sudah-sudah.)

Pautan penting : Artikel 1 , Artikel 2.

36 comments:

  1. Salam Dr.,

    TAHNIAH. Kini terbongkarlah sudah TEMBELANG Koh Tsu Koon dan Gerakan. Patutlah beria-ia benar Gerakan mahu Dato Ahmad Ismail ditangkap dan didakwa. Rupa-rupanya ada udang dalam bak kut teh.

    SHAME ON YOU KOH TSU KOON & GERAKAN !!!

    ReplyDelete
  2. Saya anggap Melayu yang mempertahankan haknya dan hak orang Melayu sebagai Wira Bangsa.

    Sudah menjadi lumrah alam, setiap kebenaran pasti mendapat tentangan sama ada daripada orang kafir atau musuh dalam selimut.

    Catatan sejarah para Nabi dan Rasul. Mereka senantiasa mendapat tentangan, ancaman, kritikan, tohmahan dan lain-lain lagi musibah sedangkan mereka telah membawa kebenaran untuk kebaikan umat manusia. Begitulah Sunahtullah.

    -ADAM AMIN-

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadan Al Mubarak Dr...
    Nampaknya semuanya telah dijelaskan dengan baik dan terang oleh Ahmad Ismail berhubung kenyataan beliau sebelum ini yang kononnya berbau perkauman. Dalam penerang beliau dengan jelas menunjukkan bahawa betapa bahayanya jika suatu kenyataan yang pada asalnya adalah fakta sejarah yang tidak dapat diubah tapi disalahtafsirkan oleh pihak tertentu dan lantas mempopularkan isu ini sehingga menjadi panas dan hangat ketika ini. Saya yakin dengan kenyataan di atas, maka rakyat tidak kira apa bangsa sekalipun dapat memahami situasi sebenar dan dapat menerimanya.. Semoga negara kita terus aman dan makmur tanpa ada kebangkitan isu perkauman lagi...Amin ya Rabbal Alamin...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih doctor atas menyiarkan text press conference ini yang saya rasa penting kepada semua. Kalau ada klip video di Permatang Pauh tu lagi jelas untuk semua mendengarnya. Cuba dapatkan. Semoga kita dapat menerangkan keadaan sebenar. Itu sahaja.

    ReplyDelete
  5. Salam Dr...
    Kita perlukan orang yang berani bersuara seperti Ahmad Ismail untuk mempertahankan hak kita.Hanya dengan cara ini saja, mereka tidak berani secara terbuka menuntut hak kita sebagai orang melayu dihapuskan.Syabas Ahmad Ismail.

    ReplyDelete
  6. salam Dr,
    Ahmad Ismail betul. jangan pemimpin Melayu berniat sekalipun untuk minta maaf!!
    tak perlulah ambil contoh dari DS Najib dan sepupunya DS Hisham... mereka pemimpin yang lahir dalam dulang emas, tak pernah seharipun berpeluh berjuang sebenar-benarnya di akar umbi....
    jangan minta maaf. jika benarpun Ahmad Ismail racist, APA SALAHNYA? orang-orang Cina sekelian, listen....sharing does not mean giving whatever we have to you, including our rights and our dignity!
    pemimpin UMNO yang lain, jangan cakap saja lebih.bertindaklah.
    kalau anda terus begini, jangan buat-buat hairan lah jika Melayu tak menangis tengok UMNO berkubur

    ReplyDelete
  7. aku pun telah dapat petikan artikel Ahmad Ismail ini.harap semua rakan blogger dapat sebarkan artikel sebagai evidence bahawa Ahmad Ismail tidak bersalah .kita perlu pemimpin melayu yang berani mempertahankan hak orang melayu .Skrg ini sudah ramai orang cina mempertikai hak keistimewaan orang melayu ,azan diperlahankan di selangor ,DEB dihapuskan ,forum memeluk islam . Memang dari dulu lagi koh tsu koon is good actor bila dia tersepit dan cuba menutup kelemahan sendiri .

    aku harap UMNO tidak akan mengambil tindakan terhadap Ahmad Ismail kerana perkara ini telah dimanipulasikan oleh media cina dan juga terbaru oleh koh tsu koon .

    Tun Mahathir sendiri cakap supaya kita jangan jadi pengecut bila bangsa lain mempertikai hak keistimewaan orang melayu dan islam. Kita perlu BERANI BERUBAH !!!

    ReplyDelete
  8. Attn: Nazrul Helmi

    1. Agaknya dari aspek 'Intergriti' antara Koh Tsu Koon dengan Pemimpin-pemimpin UMNO yang anda sanjungi, mana satu lebih 'berintergriti'?

    2. Antara Koh Tsu Koon dengan Pemimpin2 UMNO yang anda sanjungi, mana satu yang lebih 'Penyagak' atau 'Perompak' wang rakyat?

    3. Orang Cina menolak MCA dan Gerakan kerana kedua2 parti tersebut bekerjasama dengan parti yang sudah tidak dipercayai lagi oleh rakyat(UMNO). Bukan kerana Koh Tsu Koon kuat rasuah dan tidak bermaruah.

    ReplyDelete
  9. Salam Dr,

    1. Ucapan Datuk Ahmad Ismail itu dibuat pada 23.8.08 iaitu seminggu sebelum kita menyambut Hari Kemerdekaan yang bertema "Perpaduan Teras Kejayaan".

    2. Mungkin ucapannya itu TIDAK BERDOSA dan TIDAK SALAH. Tetapi adakah PATUT atau TIDAK?

    3. Jadi siapakah sebenarnya yang suka bermain dengan politik perkauman? Pak Lah sebut dalam bajet 2009...'Jangan melibatkan politik yang keterlaluan'. Jadi siapa sebenarnya yang keterlaluan dalam berpolitik??

    4. Ahli-ahli Gerakan berasa amat kesal dan marah dengan tindakan keterlaluan dan tidak bertanggungjawab dengan mengoyak gambar Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam sidang akhbar di Pulau Pinang.

    5. Simbol BN ialah dacing, ia menunjukkan satu konsep adil dan saksama, ia hendaklah diamalkan dalam semua bidang. Ia semangat asal BN dari dulu.

    6. Selama ini UMNO menggunakan perjuangan agresif "Ketuanan Melayu" untuk memonopoli segala sokongan orang Melayu. Tetapi strategi itu sudah terencat kerana kini ramai orang Melayu khususnya gulungan muda telah 'Celik Politik'.

    7. Buka Mata - Buka Hati - Buka Minda.

    ReplyDelete
  10. Satu perkara lagi mungkin selama ini Datuk Ahmad Ismail berfikiran beliau DUDUK atas lantai UMNO, tetapi beliau terlupa bahawa BUMBUNGNYA adalah BN?

    ReplyDelete
  11. sDR dr..

    Saya rasa Sdr Ahmad kita ini beremosi sikit..kita faham apa yang berlaku..dan pada saya ke adaan tak mungkin kembali asal. Bukanlah satu tindakan yang bijak menunding jari kepada individu lain kerana empat jari akan menunding balik ke diri sendiri.

    Saya boleh terima perbuatan beliau dan kalau beliau menerangkan apa yang berlaku dan selepas itu memohon maaf jika ada yang tersinggung dan beliau tidak berniat dan sekadar menceritakan fakta sejarah. Saya rasa orang Cina boleh terima dan mungkin mereka tidak ambik kisah pun terhadap isu ini. Saya rasa kalau ULar melintas akar, Bisanya belum hilang.

    Perlu bersikap tenang walaupun keadan tegang. Mesti ada saolan provokasi dan hendaklah di jawab dengan baik. Ambik iktibar dari kisah Rassululah dengan Abu Lahab. Insyallah Allah akan bersama dengan orang yang bersabar.

    Wassalammmmm

    ReplyDelete
  12. Jika difikirkan secara rasional dan dipilihan antara derita dan bahagia maka saya memilih bahagia walaupun sementara dari derita hingga tiada kesudahannya.

    Mampukan umat melayu bertahan, bersatu-padu, buang segala fahaman politik serta berjuang? Jawapan adalah TIDAK. Lihat sajalah apa yang berlaku sekarang, terutama isu anwar ibrahim..orang melayu yg sokong anwar begitu taksub sanggup kehulu kehilir, bermati-matian menyokong pemimpin mereka walaupun dalam hati mereka sedar ada tidak benar dari benar, sesama bangsa mereka sanggup berlawan, menghina dengan kata kata kesat, mengoyak pemimpin kita tetapi apa kita buat sebagai orang melayu?

    Mahukan kita melihat anak-anak kecil kita menangis ketakutan bila dihina atau dibuli terutamanya bila kita bercakap dalam soal pendidikan bila dibandingkan dgn mereka? Bila anak-anak kita mula menceritakan perkara ini kepada ibubapa maka secara tak langsung kita pula berperang...tidakkah ia begitu kelam kabut dan huru-hara?

    Setiap pertuturan kita akan mudah disalahtakfsirkan dan mungkin akan membawa padah. Soalnya sekarang kenapa perlu sekarang kita hendak bercakap mengenai isu ini. Adakah kita tidak mampu menerima kekalahan pilihanraya yg lalu? Perkara itu berlaku diatas sikap pemimpin dan adun adun kita sendiri..yg lalai dengan tanggungjawap malah terlalu "taksub" bahawa kejayaan senantiasa ada dan berjaya kerana BN satu nama besar...

    Apa yang penting adalah sikap bertolak ansur serta hormati kaum lain. Orang melatu sendiri pun belum tentu ada yg berasal dari bumi malaya sendiri.

    ReplyDelete
  13. waadat akan membantu menyebarkan maklumat ini demi negara.

    ReplyDelete
  14. Terkini..Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memutuskan untuk menggantung keahlian ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail semalam tiga tahun.

    Ingatkan ucapan tersebut tak salah ??

    Jadi mana lebih penting sekarang 'sejarah' atau 'realiti'?

    ReplyDelete
  15. tak payah bincang lagi, mamat mail ni dah kena gantung 3 tahun, padan muka...

    ReplyDelete
  16. Salam,
    Apakah akan lahir Tok Janggut, Mat Kilau, Ab. Rahman Limbong, Tok Gajah dan lain-lain lagi di Penang. Shabas Dato Ahmad. Takkan Melayu hilang di dunia.

    Apakah masih ramai pemimpin-pemimpin kita sekarang seeprti Dato? Ayuh Dato, bangkitlah...bangkitlah, bantulah bangsamu yang sudah lama merana di Penang.

    Semoga apa yang datuk lakukan ini akan dikenang oleh sejarah.

    ReplyDelete
  17. Aku sokong..
    Kiter memerlukan lebih ramai pemimpin seperti Dato Ahmad..

    Berani mempertahankan Kedaulatan dan maruah melayu..!!

    Aku sedih tindakan AAB terhadap Dato Ahmad... sedih..

    Ia merupakan satu tindakan yg sangat salah oleh beliau...

    ReplyDelete
  18. Somebody said:

    Salam Dr.,

    TAHNIAH. Kini terbongkarlah sudah TEMBELANG Koh Tsu Koon dan Gerakan. Patutlah beria-ia benar Gerakan mahu Dato Ahmad Ismail ditangkap dan didakwa. Rupa-rupanya ada udang dalam bak kut teh.

    - Mana lebih bahaya antara "Udang dalam bak kut teh" dengan 'Kawax disiang hari"?

    ReplyDelete
  19. Salam semua...


    @SUKJ

    1. Ucapan Datuk Ahmad Ismail itu dibuat pada 23.8.08 iaitu seminggu sebelum kita menyambut Hari Kemerdekaan yang bertema "Perpaduan Teras Kejayaan".
    So what? Apa signifikan nya?

    2. Mungkin ucapannya itu TIDAK BERDOSA dan TIDAK SALAH. Tetapi adakah PATUT atau TIDAK?
    Yelah tu! Kalau bukan Melayu mempersoalkan segenap inci tentang Melayu dan Islam, itu PATUT kerana ianya demokrasi & kebebasan bersuara konon. Tapi kalau melayu speak up mempertahankan bangsa mereka seniri dengan kenyataan2 BERFAKTA, itu kononnya TIDAK PATUT kerana ianya RACIST. Apa golongan2 bukan Melayu yg berkenaan tu tidak racist ke? Itulah dia bloody DOUBLE STANDARD Penipu Rakyat (PR), parti2 komponen bukan Melayu dalam BN dan orang2 seperti anda, sorry to say.

    3. Jadi siapakah sebenarnya yang suka bermain dengan politik perkauman? Pak Lah sebut dalam bajet 2009...'Jangan melibatkan politik yang keterlaluan'. Jadi siapa sebenarnya yang keterlaluan dalam berpolitik??
    Siapa lagi dalangnya kalau bukan Bar(ua) Council dan Anwar Ibrahim "Barang Naik"? Dulu Anwar merengkok kat Sg Buloh tak timbul pun isu2 kaum dan agama nih...

    4. Ahli-ahli Gerakan berasa amat kesal dan marah dengan tindakan keterlaluan dan tidak bertanggungjawab dengan mengoyak gambar Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam sidang akhbar di Pulau Pinang.
    Oh, hangpa aje yg tau marah? Yg kami orang Melayu dah lama sabar menahan marah kami, boleh hangpa buat2 tak tau? Another bloody DOUBLE STANDARD practiced by the likes of you.

    5. Simbol BN ialah dacing, ia menunjukkan satu konsep adil dan saksama, ia hendaklah diamalkan dalam semua bidang. Ia semangat asal BN dari dulu.
    tetapi "kesmarataan" yang "diperjuangkan" oleh penentang2 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bukanlah kesamarataan yang membawa keadilan dan kesaksamaan. A simple analogy - talipinggang hijau nak kena sparring lawan talipinggang hitam, mana aci? there goes the affirmative action policy. Bukan-Melayu pegang 70% ekonomi, Melayu pegang tak sampai 30% tu pun banyak dlm bentuk perbadanan kalau nak dikira pegangan persendirian Melayu entah2 10% pun tak sampai. ITU PUN mereka NAK JUGAK ambil 30% yg Melayu punya tu. Tuduh kerajaan suap melayu konon padahal penjajah dah beratus tahun suap Cina, takde pulak nak bising2!!

    6. Selama ini UMNO menggunakan perjuangan agresif "Ketuanan Melayu" untuk memonopoli segala sokongan orang Melayu. Tetapi strategi itu sudah terencat kerana kini ramai orang Melayu khususnya gulungan muda telah 'Celik Politik'.
    Ketuanan Melayu tidak menindas sesiapa. Jika benar Ketuanan Melayu itu menindas kaum lain masakan mereka berada pada kedudukan mereka sekarang? Yang terencat akal tu orang macam anda aje. Melayu kebanyakan seperti kami, tak semudah tu nak terima idelogi2 liberalist yg dibawah puak2 anti Melayu (termasuk Anwar "barang Naik") sekarang nih. Mereka tu "celik politik"? Yelah tu! Celik tak bertempat.

    7. Buka Mata - Buka Hati - Buka Minda.
    Sebab kami orang Melayu dah buka 3 perkara tu lah maka kami BERSUARA mempertahankan HAK kami. Membiarkan orang lain meragut hak kita sesuka tahi itu bukan keterbukaan namanya. Itu KEBODOHAN.

    Satu perkara lagi mungkin selama ini Datuk Ahmad Ismail berfikiran beliau DUDUK atas lantai UMNO, tetapi beliau terlupa bahawa BUMBUNGNYA adalah BN?
    Sebenarnya pihak sebelah sana lah yang buat-buat lupa akan kenyataan tersebut.

    Terkini..Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memutuskan untuk menggantung keahlian ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail semalam tiga tahun.
    Bukan sebab Dato Ahmad Ismail salah (memang dia tak salah pun) tetapi kerana Pak Lah yg memang dari dulu lebih turutkan ca-ya-nun-alif daripada orang Melayu dan UMNO sendiri. Takpe ada hikmahnya, ini menunjukkan lagi wajah sebenar Pak Lah terhadap orang Melayu. Pak Lah memang seorang yg double standard. TAHNIAH Dato Ahmad Said kerana lebih mementingkan MARUAH daripada kedudukan.

    @Anonymous #2:
    Ape barang nak kena minta maaf kalau tak salah. Takde maruah ke apa?

    @Anonymous #3
    Yang PADAN MUKA ialah anak cucu awak kerana mereka bakal hilang hak2 mereka di masa hadapan, kerana orang seperti awak telah mempadanmukakan orang yang mempertahankan hak bangsa awak sendiri.

    ReplyDelete
  20. Politik kebencian adalah 'Selera' utama orang Malaysia. Terutama 'Melayu'.


    Bila Anwar benci UMNO, ramai mengikut. Bila Ismail 'benci' Koh & Dr. Khir menulis aggresif, ramai yang bersemangat semula sokong UMNO.

    Politik Malaysia lahir daripada Politik benci panjajah. Itu tak pernah berubah- politik kebencian bermagnet.

    Cuma beberapa pemimpin terbilang yang mampu mengubah 'politik kebencian' kpd "energi maju' kedepan, berbakti dengan megah, jati diri, keaslian pemikiran dan semangat Malaysia.

    Malangnya Paklah bukan orang seperti itu.Formula Malaysia perlu diselamatkan segera.


    Kini Anwar = Anwar sebenar yang huru-hara, Ismail= Ismail,Utusan= Harakah. Dap apa lagi?

    Politik kebencian perlu ditamatkan. Sebelum membiak parah.

    Mengapa tiada Clinton vs Bush, Obama Vs Cain di Malaysia dimana penerimaan kpd Politik kebencian adalah minimum?

    Untuk menilai orang bijak kata2, mulut tidak boleh dijadikan panduan. Seperti di akhirat, nilaikan amalannya.

    "Kebencian itu datang dari hati yang rosak" bersihkanlah segera.

    ReplyDelete
  21. salam ramadhan...

    harus di cari sehingga kelubang cacing "reporter" cina tu sampai dapat..kenakan tindak yang lebih keras...kerana berselindung atas nama kebebasan akbar konon..rupa-rupanya
    ada udang disebalik ba kut teh....

    dimana etika wartawan tu
    sebenarnya?

    ReplyDelete
  22. BERBEZA IDEALOGI SUATU ALASAN SAHAJA....

    JIKA ORANG CINA BANGGA DENGAN SIFAT KECINAAN DAN MELAYU DENGAN KEMELAYUAN
    NYA...

    APA AKAN JADI JIKA...

    PARTI MELAYU VS PARTI CINA


    ATAU PARTI + VS PARTI MELAYU

    DALAM PRU....

    ...HANCUSS.....LAH
    NEGARA....

    ****ini bukan racist tapi pendapat***

    ReplyDelete
  23. nazrul, kamu sokongla mamat mail ni, pejuang melayu la katakan, cuba tanya dia macam mana dia boleh kaya, lepas tu baru padan muka kamu...

    ReplyDelete
  24. kesian dengan beberapa komentor yang asyik ingat dia mewakili semua org melayu, tengok jer komen diatas,
    org melayu ni,
    org melayu tu,
    kami org melayu......bla..bla..bla..

    untuk perhatian semua yang berkenanan, kami org org melayu "disini" tidak mahu kamu mewakili kami, kami bantah sekeras kerasnya komentor yang menggunakan perkataaan tu,

    kami berasa kesal mempunyai orang yang bernama AHMAD ISMAIL.

    kalau dia nak tolong orang melayu,
    1. pergi kampung, tengok mcm mana kita org hidup,
    2. Jual dia punya S320(masa jumpa PM dia bawa, siap dengan driber) ada lagi kereta mewah yang lain, tolong org melayu yang miskin, nak milik motosikal pun tak mampu.

    banyak org tahu, (saya tak berani guna perkataan "semua") dia telah banyak memperolehi kemewahan melalui UMNO selama ini.

    yang hairan, masih antara kita yang menyokong dia, cuba fikir, apa sebab dia mengungkitkan kisah sejarah dalam pilihanraya PP yang lepas, apa motifnya?

    kami disini berdoa, semoga insan yang bernama Ahmad Ismail, insaf.

    ReplyDelete
  25. kepada anon 11:29,
    1. Mana patut; ahmad ismail jualkan merc dia kemudian bagi duit pada orang miskin ATAU dia bukak bisnes kasi kerja pada orang miskin supaya orang miskin tak lagi miskin sampai berketurunan?

    2. Bisnes melayu dalam Umno walaupun orang lain kutuk tapi bisnes inilah yang bagi makan pada ramai orang melayu lain(melalui sumber pekerjaan). Kita sedia maklum bahawa bisnes melayu cenderung ambik orang melayu sebagai pekerjanya.

    Saya sedih tengok orang Melayu sebegini yang cukup dangkal akal pemikirannya. Sudahlah kita orang melayu tak ramai bukak bisnes, bila di tolong kerajaan, di hina pulak.

    yang benar,
    melayu sedih

    ReplyDelete
  26. Saya merujuk kepada kes Ahmad Ismail dimana beliau mengatakan bahawa Kaum Cina di Malaysia dahulu adalah PENUMPANG.Lebih jelas lagi adalah PENDATANG. Ahmad Ismail memang betul tetapi tidak semua Kaum CIna adalah PENDATANG kerana lihat daripada sejarah KESULTANAN MELAYU ramai kaum CINA di terima oleh SULTAN-SULTAN sebagai rakyat mereka. Tetapi kemasukan Kaum Cina dan India ke Tanah Melayu adalah kerana mereka datang untuk berkerja sama ada datang sendiri atau dibawa oleh pihak BRITISH dan JEPUN.
    Bagi saya secara rasionalnya apa yang dikatakan oleh AHMAD ISMAIL adalah benar belaka tetapi ia adalah didalam konteks SEJARAH.
    Jika dia memainkan isu perkauman maka memang di patut dihukum tetapi apa yang ditekankan semasa ceramah dia di PErmatang PAuh adalah untuk mengingatkan Kaum CIna supaya bersyukur kerana mereka diberi STATUS KERAKYATAN yang sebenarnya ditentang oleh kebanyakan orang-orang melayu yang dibawah naungan SULTAN-SULTAN,itulah sebab utama ORANG MELAYU menolak MALAYAN UNION,namun begitu atas semangat timbangrasa ORANG MELAYU maka mereka dapat menerima ORANG-ORANG BUKAN MELAYU diberi HAK KERAKYATAN DI TANAH MELAYU.

    HAK KERAKYATAN ITU ADALAH SUCI DIDALAM PERLEMBAGAAN, maka tiada sesiapa pun yang layak dan berhak menafikan HAK KERAKYATAN seseorang itu sama ada dia itu MELAYU,CINA atau INDIA atau apa-apa BANGSA pun.

    Demikian juga sama hal nya dengan HAK KEISTIMEWAAN MEALYU DAN ISLAM yang terkandung didalam PERLEMBAGAAN.. TIADA SIAPA PUN LAYAK DAN BERHAK UNTUK MEMPERSOALKAN HAK ITU SAMAADA ORANG MELAYU,CINA ATAUPUN INDIA.

    KENAPA?? KERANA HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN ISLAM ADALAH BALASAN HAK KERAKYATAN DIBERI KEPADA ORANG BUKAN MELAYU. MAKA KITA HARUSLAH MENGHORMATI HAK MASING-MASING.

    JADI JANGAN LAH SESIAPA PUN BERANI MEMPERTIKAIKAN HAK MASING-MASING.

    MEMANG SEKARANG KITA NAMPAK UMNO MENGGUNAKAN HAK KEISTIMEWAAN ITU SEPENUHNYA TETAPI ADAKAH IA SALAH? TIDAK KERANA IA TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN. ADAKAH ORANG MELAYU MENGHALANG ORANG CINA DAN INDIA MENERUSKAN HIDUP MEREKA ATAU MENGHALAU MEREKA KELUAR DARIPADA NEGARA INI? TIDAK SAMA SEKALI..

    Jika AHMAD ISMAIL dikatakan bersifat perkauman,bagaimana pula KARPAL SINGH dan LIM KIT SIANG yang hendakkan Artikel 153 dihapuskan,bukankah itu satu sikap PERKAUMAN?? Dan tidak menghormati PERLEMBAGAAN..

    Bagaimana pula dengan Teresa Kok yang ingin supaya Tulisan Jawi di buang di semua PapanTanda Jalan di Lembah Kelang? Bukankah itu satu sikap PERKAUMAN (buat pengetahuan orang bukan melayu bahawa bahasa melayu dahulu adalah ditulis dalam bahasa JAWI (arab) bukan rumi).

    Maka pada pendapat saya sesipa pun yang mengungkit perkara yang mempertikaikan HAK-HAK YANG TELAH TERMAKTUB DIDALAM PERLEMBAGAAN dia harus di tahan menggunakan ISA sama ada orang itu orang politik atau tidak.

    Jika kenyataan orang politik itu boleh menjurus kepada rusuhan maka tahan dia baik UMNO,MCA,DAP,MIC,PKR,PAS,SAPP,PBS,LDP,PPP dan semua NGO's.

    If we dont like the government just vote againt them in next election,dont stir up problem that can cause chaos.
    I dont hate my chinese and indian neighbour,in fact we are very good to each other plus other children go to school together.

    Sometimes if you all POLITICIAN ask too much,question too much,complaining too much,arguing too much,thats what actually divide US.

    I think and this is i think the most appropicate way for us,all malaysian,to be together is to abolish all other school except the NATIONAL SCHOOL so that our children can life and learn together.Is that what all of us want,isnt it!! Stop training to fight for your right to practice MANDARIN or TAMIL because you can also learned it in the NATIONAL SCHOOL.Make it a MUST to have the SUBJECT in MANDARIN and TAMIL.Then all of our children can speaks 4 languages.

    Oelh itu kawan-kawan semua HORMATI lah HAK-HAK yang ada pada kita.JAngan cuba mempertikaikan HAK orang lain kerana HAK anda juga akan dipertikaikan.


    Sayangi diri anda,keluarga anda,jiran anda,bangsa anda,bahasa anda,agama anda dan paling utama sekali kesejahteran,keharmonian,keamanan dan kedamaian NEGARA KITA MALAYSIA..

    ReplyDelete
  27. Salam Ketam, Nazrul, Rocco, Pejuang Melayu dan semua,

    Saya berpendapat Dato' Ahmad Ismail teraniaya dek manipulasi media.

    Malangnya pula, tidak ada usaha untuk membendung isu ini daripada mula sehinggalah mengelegak seperti yang berlaku.

    Saya percaya jika approach yang di ambil lebih awal dan tidak terlalu menyalahkan rakan di dalam BN, isu ini sudah selesai sejak dulu lagi.

    Saya berharap agar press conference yang akan dilakukan oleh BN patut dihadiri oleh kesemua parti di dalamnya untuk menunjukkan kesatuan dan persefahaman.

    Strategi ini digunakan oleh PKR dengan jayanya dengan kehadiran pemimpin PAS dan DAP walau pun mereka berlakon sahaja kerana ideologi politik PAS dan DAP diibaratkan langit dan bumi.

    ReplyDelete
  28. Dr, awak telah SILAP,

    mengapa nak sangat cari alasan untuk kes ini.

    sama ada ahmad ismail berucap dalam konteks sejarah atau tidak bukan menjadi persoalan.

    yang menjadi persoalan, mengapa nak ungkitkan perkara sedemikian dalam ucapan pilihanraya PP.

    adakah releven, memang kita sedar kawan kita yang nenek moyang mereka memang pendatang, tetapi mereka warganegara macam kita.

    sebagai contoh

    katakan tuk ahmad I seorang perogol, dalam ucapan majlis perkahwinannya kita mengingatkan saudara mara dan kawan kawan semua yang hadir dalam majlis ini bawah dalam konteks sejarah keluarga ahmad ada seorang perogol.

    para hadirin yang hadir mungkin tersilap taksir, dan berkemungkinan besar tersalah taksir ahmad seorang perogol.

    dalam kes ini
    macam mana perasaan ahmad, walau dalam konteks sejarah memang tuk dia seorang perogol.

    mungkin orang yang beri ucapan ini akan keluar berucap dan kata, saya TIDAK akan meminta maaf, saya tidak salah, saya hanya berucap dalam konteks sejarah, TUK DIA PEROGOL, TOK DIA PEROGOL dengan megah, walaupun dimarahi oleh orang orang tua tua bwah ia tidak betul.

    jadi sudah tidak timbul persoalan salah taksir. adakah ahmad perogol atau tuk dia perogol tidak penting.

    yang menjadi persoalan, mengapa mesti diungkitkan perkara ini dalam majlis perkahwinannya.

    kalau di analisa secara dalam, penjelasannya hanya satu, Si pengucap mempunyai NIAT yang amat JAHAT, hendak menjatuhkan reputasi ahmad.

    Dr. mungkin masih muda, dari gambor nampak dlm lingkungan 30an, mungkin Dr berniat baik utk memperjuangkan nasib orang melayu (saya tak nak guna perkataan HAK, sebagai muslim kita semua mempunyai kesamarataan} tapi adakah perjuangan sedemikian BETUL. masih banyak yang boleh kita buat untuk umat umat kita.

    semoga ahmad ismail insaf dan bertaubat.

    ReplyDelete
  29. Dr Novandri org penang bukan, saya harap you boleh lead gerakan untuk membawa reporter tu kemuka pengadilan. I nak tgk how far u can go. Im not an UMNO member, due to NEP support , my family and i are middle class citizen now.

    ReplyDelete
  30. Reporter tu dah kena tangkap ISA, sebab dia yang menghasut. Ada hikmah setiap apa yang berlaku. Ini menunjukkan putar alam belit dalam berita boleh menggugatkan perpaduan sesama kita.
    Oleh itu bukalah minda dan tengoklah sekeliling untuk mencari jawapan yang dicari.

    Teresa Kok pun kena ISA juga. Elok sangat lah tu orang yang menipu kita dengan isu tahanan lokap kena ketuk ketampi yang menyebabkan kita memohon maaf ke negeri China, orang yang menyarankan bunyi azan diperlahankan dari corong masjid, berbangga dengan papan tanda pelbagai bahasa tanpa merujuk perlembagaan etc.

    Bagus juga perkara ini terjadi setidaknya sejarah di baca balik oleh bangsa-bangsa lain untuk kesedaran semua.

    ReplyDelete
  31. Tahniah Doctor,
    Penang Boleh, saya mendoakan PRU13 nanti Doctor dapat menjadi calon pelapes untuk mengambil semula Pulau Pinang yang dirombak akibat kegagalan Gerakan yang tidak diterima. Gerakan your time is over!!

    ReplyDelete
  32. Salam semua


    @Anonymous 11 September 11:24PM

    Apa relevannya anda membuat analogi dengan keturunan seorang perogol, awak suka sangat ke dengan benda-benda tu?
    Tak perlu Dato Ahmad Ismail "insaf dan bertaubat", dia tak salah pun dalam hal ni.
    Awak terlalu takut untuk menggunakan perkataan "hak", aduhai kroniknya penyakit apologist Melayu. SEDARKAH awak kaum2 di sebelah sana dari dulu sampai sekarang lantang mempertahankan setiap inci HAK mereka sambil pada masa sama mempertikaikan hak-hak Melayu/Bumiputera dan Muslim yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia?
    ADILKAH kaum2 lain bebas melaung-laungkan hak mereka sedangkan Melayu pula nak dihalang bersuara memperathankan hak mereka sendiri bahkan awak nak larang pula Melayu guna perkataan "hak". SAMPAI BEGITU SEKALI bangsa Melayu hendak dihadang dan disekat di tanahair mereka sendiri!!! Kalau kaum lain bebas bercakap itu dan ini tetapi Melayu nak membela diri pun dituduh RACIST, ape barang yob? "Kesamarataan" ape ke bendanya tu???


    @kucau

    I believe each of us has his/her own part to do instead of just throwing to each other a "how-far-you-can-go" challenge. Kalau nak cabar orang macam tu, orang lain pun nak tengok juga how far you can go instead of simply challenging Dr. Novandri, who has already been doing his part relentlessly.

    Terbaru, wartawan Sin Chew Daily yg keparat itu telahpun ditahan di bawah ISA !! PADAN MUKA...
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

    Bla lagi pemimpin2 Bar-ua Council nak ditahan di bawah ISA agaknya? Mereka sudah cukup MELAMPAU. Penubuhan Tribunal of Eminent Persons (sebuah "kangaroo court" yg ditubuhkan utk memberi verdit mengikut kehendak Bar-ua Council setelah tribunal2 rasmi tak menyebelahi mereka) oleh Bar-ua Council tanpa mandat Agong secara langsung adalah MELANGGAR Perlembagaan dan merupakan cubaan untuk MENGATASI kedaulatan Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja. Jika tiada tindakan ke atas Bar-ua Council dan penggerak-penggeraknya, saya anggap kepimpinan Pak Lah telah BERSUBAHAT mencabar kedaulatan Agong dan Raja-Raja.
    http://test.chedet.com/che_det/2008/09/the-socalled-eminent-persons-p.html

    ReplyDelete
  33. Salam Semua,
    Jika kita lihat dari rangka 'berkecuali', apa yang dikatakan oleh Dato'Ahmad Ismail ini ada benarnya, dan bukanlah berunsurkan perkauman. Namun jika kita lihat dari segi 'kepartian' memang semua orang mempunyai 'persepsi' masing-masing.

    Mungkin ramai orang Melayu yang lupa bahawa Malaysia merupakan sebuah Negara Islam kerana teras utama Negara ini adalah orang Islam. Mungkin kita telah dimomokkan dengan identiti Negara Islam dengan syarat 'hukuman semata-mata' (tidak dinafikan bahawa hukuman merupakan sebahagian dari teras Negara Islam). Negara Islam ini luas definasinya. Negara Islam meliputi undang-undang, AKIDAH, dan nilai-nilai murni Islam. Bukanlah ia sebuah Negara Islam jika masih ada umat Islam yang sering menggunakan perkataan kesat dan kotor dalam berpolitik (tidak kira dari mana-mana parti politik). Segala tindak tanduk umat Negara ini seharusnya berteraskan Akidah Islam.

    Cuba anda semua berfikir, jika suatu hari Negara ini ditadbir oleh bukan Islam, adakah mereka akan menganjurkan 'Kongsi Raya'? (Walaupun konsep Kongsi Raya ini amatlah bertentangan dengan Akidah Islam). Hanya orang Islam/Melayu sahaja yang terlalu 'bertolak ansur' dalam memupuk semangat harmoni dalam Negara ini. Dan jika ada segelintir umat Melayu yang bercakap mengenai pembelaan terhadap umat Islam/Melayu, akan ada sindiran dan kata2 - "Janganlah emosional sangat...." dan kata2 ini juga datangnya dari umat Islam/Melayu.
    Fikir2kanlah...semoga umat Islam/Melayu di Negara ini dapat dimartabatkan ke tahap yang sepatutnya tanpa perlu diskriminasi kepada kaum lain sejajar dengan tuntutan keadilan dalam Islam yang di bawa oleh Nabi s.a.w.

    ReplyDelete
  34. Kita selalu beralah,
    Adakah Kita lemah?
    Kita selalu bertolak ansur,
    Adakah itu wajar?
    Kita perlu bertindak,
    Adkah kita gunakan otak?
    Kita perlu menghormati kaum lain,
    Adakah mereka juga sperti kita?
    Kita tidak boleh mengimbas sejarah,
    Adakah kita harus melawan fitrah?
    Kita perlu akur,
    Adakah kita hanya boleh mengganguk burung tekukur?
    Kita ada ramai kawan,
    Tetapi kenapa kwn2 kita yg lain tidak berani sama berdepan?

    TOLONGLAH, KITA PERLU PERTAHANKAN MARUAH SEBELUM BANGSA KITA SEMAKIN PARAH.

    ReplyDelete
  35. Kita hanya merungut tetapi dia telah pun melakukannya. Bukan sipi tetapi tepat. Selama ini kita hanya berharap dan kini harapan kita dipenuhi olehnya.Mungkin tidak sepenuhnya tetapi puas kan! Dia muncul sebagai sang pemberani ketika sebahagian kita masih sangsi. Dia berkorban untuk kita. Yang dia dapat bukan sekadar tiga tahun, tetapi cemuhan bangsanya sendiri.

    ReplyDelete
  36. Salam Semua,
    Buang pemikiran politik untuk seketika...jika ada seorang insan berbangsa Melayu/Islam bercakap/berhujah berkenaan masa depan bangsa dan sejarah bangsa, 1001 persepsi dilontarkan...semuanya dengan NADA yang sama...RACIST...padahal yang bercakap/berhujah tersebut adalah dari penduduk majoriti Negara ini. Tumpuan hanya kepada pembangunan/pembelaan bangsanya...tanpa meminta dikurangkan/dizalimi bantuan kepada kaum minoriti..tidak kurang pula rakan sebangsa yang menyindir dengan alasan..."teknik nak raih populariti/undi/sokongan..dan janganlah terlalu emosional" Hebat sungguh saudara seagama kita yang mampu 'merobek/membaca hati/niat seseorang" - padahal Nabi s.a.w tidak diutuskan untuk mengorek/menilai hati manusia...sebaliknya membaiki Akidah manusia...

    Jika kita baca memorandum HINDRAF (kepada sesiapa yang belum baca..mohon baca..), segala tuntutannya jelas penuh dengan elemen RACIST...namun pihak ini pula dianggap TERTINDAS dan PEMBELA...dari kalangan bangsa mereka dan juga bangsa Melayu/Islam yang 'tidak sebulu' dengan Melayu/Islam yang memerintah....
    AMATLAH JELAS UMAT MELAYU/ISLAM DI MALAYSIA KINI HIDUP DI ZAMAN BADAI FITNAH...FITNAH YANG AMAT DAHSYAT DALAM SEJARAH MALAYSIA....SEGALA2NYA KONSPIRASI...
    Pernahkah anda semua terfikir, adakah benar ZALIM kerajaan yang ada sekarang? Ataupun kita hanya mengikutkan perasaan yang dicipta oleh 'seseorang individu' yang kecewa??? Padahal individu tersebut pernah menganggotai Kerajaan ini selama 18 tahun!!! Tiada Istiqamah dalam prinsip politik!! - Tiada prinsip dalam berpolitik.. Jika benar Kerajaan sedia ada amat Zalim, adakah zalimnya sehingga setiap bangsa lain yang wujud (lahir) akan dihapuskan??? Cuba anda semua fikirkan, jika umat Melayu di bawa oleh British ke China dan bekerja sebagai pekerja lombong arang batu di sana, adakah komuniti Melayu/Islam ini akan terbela sebagaimana terbelanya bangsa lain di Negara ini? Adakah akan wujud Sekolah Melayu di sana? Bolehkah kita bertutur bahasa Melayu? dan ADAKAH KITA AKAN DIBERIKAN KERAKYATAN DENGAN BEGITU MUDAH??? Adakah selamat survival umat Melayu/Islam di sana? Umum mengetahui jawapannya...dasar diskriminasi amatlah terang dan nyata kepada umat Islam di bawah kepimpinan bukan Islam...
    Janganlah kita BERTAKLIK BUTA dengan seseorang PEMIMPIN...tiada siapa yang MAKSUM...semua kita terdedah kepada dosa...Namun di antara DUA KEMUDARATAN..pilihlah yang paling ringan dan paling kurang mudaratnya...Semoga kemudaratan yang ringan ini mampu kita hapuskan dengan prinsip Akidah Islam yang sebenar...

    ReplyDelete

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.