Dr Novandri Hasan Basri
BuletinOnline.Net telah melaporkan satu berita yang menarik di mana Cikgu Pa, Pesuruhjaya PAS Terengganu yakin bahawa tidak ada apa-apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 ini
Kadang kala, ada eloknya juga jika kita melaporkan berita daripada pihak pembangkang sendiri terutamanya isu 16 September ini. Dengan cara ini, barulah semua pihak termasuk ahli-ahli pembangkang, akan percaya dan isu 16 September ini sah tidak akan berlaku.
Dan analisis yang dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu tersebut ada benarnya.
Ikutilah :-
Cikgu Pa yakin tidak berlaku apa-apa pada 16 September
(BuletinOnline.Net)
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali yakin tidak mungkin akan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September ini sebagaimana yang digembar gemburkan.
Walaupun begitu, keadaan tersebut telah menimbulkan keadaan ‘panik yang tak tentu pasal’ kepada Barisan Nasional (BN) dan beliau mendakwa pemergian ahli-ahli parlimen BN ada hubungkaitnya dengan ‘gembar gembur 16 September’.
Beliau yang mengadakan sidang akhbar atas kapasiti peribadinya hari ini kerana beliau merasakan bertanggungjawab berdasarkan senario yang berlaku sekarang ini, memberikan penjelasan kepada orang ramai.
Beliau yang mesra dengan panggilan ‘Cikgu Pa’ berpendapat tidak akan berlaku apa-apa pada tarikh 16 September adalah berdasarkan pengalaman dan analisis yang beliau lakukan dan memberikan dua faktor mengapa 16 September tidak berlaku apa-apa perubahan.
Dari segi teknikal, kata beliau, tidak ada persidangan parlimen pada 16 September dan parlimen bercuti sepanjang bulan Ramadhan, bila parlimen bercuti, tidak boleh dibawa undi tidak percaya, sekali pun cukup bilangan.
"Kalau nak ubah kerajaan sedangkan kerajaan yang ada masih ada, tidak boleh dilakukan melainkan bila ada satu undi tidak percaya kepada kerajaan ataupun kepada Perdana Menteri, "
"Ada dua cara samada Perdana Menteri sendiri meletakkan jawatan, ini tak mungkin kerana beliau kata tidak mahu meletakkan jawatan, mestilah ada undi tidak percaya yang boleh dibawa ke parlimen, jadi macamana nak ganti kerajaan kalau parlimen tidak bersidang,”jelas beliau.
Menurutnya melalui pengalaman politik yang lalu, Terengganu, Kelantan dan Sabah pernah mengalami undi tidak percaya (Dewan Undangan Negeri )
Dari segi politiknya, beliau berkata tidak pernah berlaku, ‘lompatan’ dari kerajaan kepada pembangkang, namun, yang pernah berlaku adalah sebaliknya.
”Kalau undi tidak percaya ini mengharapkan ada ahli yang melompat, dalam sepanjang ingatan saya, tak ada orang yang melompat dari parti yang memerintah kepada pembangkang, walaupun diperingkat negeri pernah berlaku di Terengganu, kerajaan pusat masih dibawah Perikatan pada waktu itu,” kata beliau yang menyebutkan bahawa kerajaan Terengganu dibawah pemerintahan PAS ketika itu dijatuhkan dengan undi tidak percaya.
"Sebab itulah, bila saya menyebut begini, untuk mendapat 30 orang untuk melompat bukan mudah. Tetapi pembangkang sebanyak 82 ini adalah termasuk Dato’ Ibrahim Ali.”Kalau Ibrahim Ali tidak memilih untuk bersama pembangkang, jadi 111 – 111 (sokongan kepada kerajaan dan pembangkang sama banyak) maka kerajaan tidak jatuh,”tambah beliau.
Beliau berkata mesti dicari jumlah sokongan lebih dari 30 orang, mungkin 40 orang atau lebih. - (BuletinOnline)
..... CATATAN BLOG .....
Daulat Tuanku
Dr Novandri Hasan BasriDi sini penulis sertakan salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah pada 16hb Oktober 2008.
Secara peribadi, kenyataan tersebut amat perlu untuk memperbetulkan kembali persepsi rakyat Malaysia terhadap hala tuju dan pegangan asas yang mesti diikuti di dalam negara majmuk ini.
Tindakan sesetengah oportunis yang memperalatkan serta memperbesar-besarkan sentimen perkauman merupakan satu usaha yang tidak patut disokong sama sekali.
Yang dipertuan Agung dan Raja-raja Melayu telah bertitah dan sepatutnya selepas ini, sudah tidak ada suara-suara sumbang kedengaran lagi.
Ikutilah :-
“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini.""Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini."“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain.""Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial."Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka.""Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku."“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.""Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok."“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.” PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA - WILAYAH PERSEKUTUAN1. Pejabat Urusetia & Pertanyaan- Tel :03-2142 4947 Fax:03-2142 2080
2. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja- Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah- Pejabat:03-2148 1418 Fax:03-2148 5330
3. Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja- Sabtu Awab Dato- Pejabat:03-2148 5325
Hormati Penduduk Asal Nusantara
Utusan Malaysia
SEJARAH tidak dapat diubah sewenang-wenangnya. Oleh sebab itu, asalusul setiap kaum di negara ini mesti sentiasa jelas difahami oleh segenap lapisan masyarakat tidak terkecuali kalangan ahli politik.
Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa sahaja berkaitan orang Melayu termasuklah kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara ini pun kerap benar dicabar dan dipersoalkan.
Hakikatnya, bagi Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, orang Melayu bukanlah pendatang memandangkan Malaysia sendiri adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara yang merupakan wilayah kebudayaan Melayu. (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2008)
Oleh hal demikian, kenyataan 'buta' sejarah hanya mengguris hati dan perasaan masyarakat Melayu. Malah, seakan-akan mahu memadam konsep Dunia Melayu yang telah lama digunakan dalam kerangka epistemologi antropologi oleh sarjana antarabangsa.
Sebelum kedatangan penjajah serta wujudnya sempadan geopolitik seperti hari ini, seluruh rantau Nusantara ini dihuni dan dimiliki oleh orang Melayu secara total.
Wilayah gugusan kepulauan Melayu (The Malay Archipelago) yang diduduki oleh rumpun bangsa Melayu ini sebenarnya mempunyai banyak persamaan dan memiliki ciri keperibadiannya tersendiri dari segi asal-usul, bahasa, adat istiadat, sastera dan budaya.
Ini semua berbeza benar dengan ciri-ciri budaya orang lain yang diwarisi dari China dan India hari ini.
Menurut Wan Hashim Wan Teh (1991), sejak awal kurun Masihi lagi orang Melayu sudah memiliki sistem pemerintahan tersendiri bermula dari Kerajaan Campa (kini Kemboja) dan Funan (selatan Vietnam) sehinggalah ke Langkasuka, Sriwijaya, Pasai, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan Acheh.
Pemerintahan
Sekitar awal abad ke-16 pula, Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental juga sudah menyebut tentang pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Pattani.
Kini, dunia Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja serta wilayah selatan Siam dan selatan Filipina.
Malahan menurut sarjana Guillermo Q. Roman dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Seminar Dunia Melayu Ketiga pada 1988 menyifatkan rakyat Filipina bukan sahaja mempunyai hubungan dengan dunia Melayu bahkan sebahagian daripada dunia Melayu itu sendiri.
Tokoh kebanggaan Filipina iaitu Jose Rizal itu sendiri pun merupakan orang Melayu.
Begitu banyak bukti dan kajian terperinci daripada pelbagai sudut yang membuktikan orang Melayu adalah penduduk asal wilayah Nusantara ini.
Sebaliknya, tidak pula ditemui kajian konkrit oleh para sarjana terdahulu mengatakan bahawa orang Melayu adalah golongan pendatang sama seperti kaum Cina dan India.
Apa pun alasannya, para pemimpin terutamanya bukan Melayu perlu lebih halus budi pekertinya, tidak menyinggung perasaan, peka dan menghormati sensitiviti orang Melayu.
Mereka perlu 'belajar' untuk tidak bersikap kurang ajar seperti mana desakan mereka agar orang Melayu menghormati kedudukan mereka sebagai rakyat negara ini.
Mengapa apabila orang Melayu bercakap isu kaum kita dianggap sebagai perkauman sedangkan sekiranya orang lain bercakap hal yang sama tidak pula dianggap begitu? (klik di sini)
Sukar benarkah untuk memahami perasaan orang Melayu dengan sedia bertolak ansur dan saling menghormati?
Oleh itu, para pemimpin bukan Melayu diseru agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata.
Paling penting, mereka juga harus memahami dan menghargai kebudayaan orang Melayu sebagai penduduk asal dan pentakrif jati diri negara bangsa ini, bukannya diremehkan sesuka hati.
13 komentar:
wait n see je dr..
kalau saya ada kuasa, saya dah lama hapuskan si pengkhianat bangsa tuh..
biar penjara dia seumur hidup, baru aman malaysia..
all malaysian pun tak akan nak gaduh2 dah..
tak patut cakap sesuka hati ,masih dalam perjalanan
Salam Dr,
1. Tolong perbetulkan sekiranya pandangan saya ini SALAH?
2. Untuk membentuk sebuah Kerajaan baru dan untuk angkat sumpah sebagai PM, adakah ia dilakukan di Istana Negara atau di Parlimen? Begitu juga upacara angkat sumpah jemaah Menteri adakah dibuat di Istana Negara atau di Parlimen?
3. Bagaimana sekiranya 30 atau 40 Ahli Parlimen BN yang sedang menghayati Ramadhan di Taiwan itu mengutus surat kepada Speaker Dewan Rakyat untuk memaklumkan bahawa mereka telah bersetuju menyertai mana-mana Parti Pembangkang...SAH atau TIDAK?
4. Jadi perlukah untuk menunggu semua ahli Parlimen BN berada dalam Parlimen baru boleh lompat?
5. Sudah tentu Speaker akan membuat perubahan tempat duduk(kerusi) dalam Dewan Rakyat.
6. Oleh itu perlukah lagi untuk menunggu usul 'undi tidak percaya' terhadap PM bagi perubahan kerajaan?
7. Jika perlu diadakan pun ia hanyalah sekadar 'formality' sahaja. Sudah pasti Pembangkang akan menang kerana kelebihan jumlah kerusi telah memihak pada mereka.
"MEMBILANG HARI ATAU MENGHITUNG HARI..."
http://pkrpasdap.blogspot.com
anwar propaganda macam yahudi. belum lawan tapi dah tembak dengan propaganda. asap pun tarak.
dia lagi kena selesai kes liwat dan saman fitnah oleh ketua polis negara.
banyak busuk anwar nie. nak jadi pemimpin macam mana.
dia kena samak ke? macam samak kat thailand?
Salam DOC,
Si Dollah pun nape la bodoh sampai tahap negatif dan percaya dengan ugutan Anwari. Kalau katak-katak ni nak lompat, lepas balik Taiwan pun boleh buat. Kot-kot boleh lompat lagi jauh sebab dan minum chinese medicine.
My personal opinion Doc, the challenge Malays are facing now is comparable to 1946. Masa menentang Malayan Union, perjuangan menjurus kepada penentangan terhadap penghapusan etnik melayu secara sistematik oleh British.
Perjuangan hari ini pula adalah penentangan kepada pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang terlalu lena atau yang tamakkan kuasa sehingga sanggup melihat bangsa sendiri dicaci dan dihina di tanah air mereka.
Let's get rid of them all, and welcome back master sifu Tun.
Wassalam.
Salam Dr,
aduhai... masih ada orang tak leh terima hakikat yang 16hb hanya janji politik yang selalu kita dengar.
Sekiranya 30 orang lompat ini akan menjadi kerajaan paling lemah. Maka BN juga akan boleh membuat undi tidak percaya kepada kerajaan PR. Silap2 bulan 12 bubar parliment kita kena mengundi balik.
daiiiii...tak buang duit rakyat ka tu. kerana seorang anuar nak kena buat pilihanraya sekali lagi. berapa juta plak nak kena spen untuk itu. dah la PRK permatang pauh dah juta-juta.
Bila mana ada kerajaan BN buat sesuatu PR kata buang duit rakyat. Apakah dosa hanya unyuk UMNO/BN saja. Apakah tindakan menyebabkan pilihanraya sekalilagi tidak membuang duit rakyat?
Hipokrit benooorr orang PR ni...
Salam Sukj,
Sila rujuk web Parlimen Malaysia untuk protokol yang sah. http://www.parlimen.gov.my
Salam wanbaki & Piggy Singh,
Inilah namanya politik. Banyak bengkok, senget, bukit dan lurahya.
Kerana itu topik politik ini biasanya menarik dan DSAI masih mencari-cari dan mencuba.
Pada pandangan saya, jangan lah terlalu over confident dan jangan under-estimate AI. Kalau dia desperate, dia akan buat apa saja, untok mencapai cita2 dia begitu juga dengan penyokong2nya. Pada penyokong2 AI, beliau adalah modal insan yang dikagumi oleh mereka, tiada cacat cela dan BN adalah sebaleknya. No laughing matter.
ML
Pasal hal ni, bukan rakyat je yang dah mula sangsi. siap sahabat sendiri dalam Pakatan pun dah mula bersuara. Sedarlah kamu semua dengan perangai Anwar ni!!
Dia menjaja airnya sambil menggoda dengan warna dan kocaknya, hanya orang yang tergoda dengan warna dan kocak airnya akan membelinya.
Jadi atau tidak bukan soalnya, soalnya kenapa kerajaan BN yang ada boleh termakan pulak dengan cakap kosong si Anwar ni,itu yang aku hairan, betul kata Dr. politik ni memang banyak bengkok, senget, bukit dan lurah hatta politik Dr. M dulu pun kalau dilihat tak la bersih sangat. Dr. M pun ahli politik juga kan.
Salam Dr,
Kalau dah Pesuruhjaya PAS Terengganu pun dah mula mula sangsi dengan kerajaan pintu belakang Anwar, maknanya ramai lagi yang dahmula sangsi. Rakyat juga harus sedar dan menerima hakikat bahawa tiada kerajaan baru pada 16 September ini dan jika tarikh itu dianjak sekalipun, tetap tiada apa-apa yang berlaku. Ia tetaplah janji kosong manusia bernama Anwar bin Ibrahim...
Post a Comment