Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Tuesday, September 02, 2008

Will The Real Ahmad, Please Stand Up.

Dr Novandri Hasan Basri

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf bagi pihak ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail ?

Di manakah rasionalnya tindakan ini?

Ahmad didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan itu sewaktu berceramah di Kampung Belah Dua pada 25 Ogos lalu ketika pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Dalam ceramah tersebut, Ahmad didakwa berkata, orang Cina adalah pendatang yang menumpang di Malaysia dan oleh itu mereka boleh mengharap mendapat layanan sama rata.

Tiga perkara yang terlintas di dalam pemikiran penulis apabila meneliti permasalahan di atas:-

1. Kenapakah Ahmad Ismail melenting sebegitu rupa sedangkan lawan yang sedang dihadapi semasa pilihanraya Permatang Pauh bukannya calon berbangsa Cina tetapi orang Melayu sendiri?

2. Kenapakah lawan dan kawan UMNO melenting sebegitu rupa terhadap insiden di Kampung Belah Dua tetapi mereka tidak melenting kepada insiden-insiden lain sebelum ini, contohnya, kes ADUN PKR yang mengapi-apikan isu perkauman semasa forum yang diadakan oleh Malaysian Bar Council?

3. Kemanakah menghilangnya Ahmad Ismail sehinggakan isu ini dapat diperalatkan oleh lawan dan juga kawan UMNO?

Realitinya, pihak lain pula di dalam UMNO yang terpaksa membersih atau memperbetulkan kesangsian yang berlaku tetapi Ketua UMNO Bukit Bendera tidak mengambil berat isu ini sehinggakan tampak serius seperti hari ini.

Seperti kata penulis, di manakah rasionalnya TPM memohon maaf jika ketelanjuran Ahmad Ismail itu berbentuk peribadi dan tidak melambangkan ideologi UMNO itu sendiri?

Apa yang penulis perhatikan ialah oportunis akan 'melompat cepat' kepada apa sahaja isu yang mampu memburukkan nama UMNO. Ironinya, oportunis-oprtunis itu pula terdiri daripada lawan politik dan juga kawan politik, satu perkembangan yang tidak sihat dan sepatutnya di rawat dengan seberapa segera.

Dan yang tidak enak ialah pemimpin-pemimpin UMNO tidak pula 'melompat cepat' untuk mengambil kesempatan ke atas ketelanjuran kata-kata pihak lawan. Malah, ianya membayangkan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO begitu komplesen dan memandang remeh kepada isu-isu yang boleh mengganggu gugat imej UMNO, satu lagi perkembangan yang tidak sihat!

Kerana itu, isu 'slip of the tongue' yang berlaku di Kampung Belah Dua sepatutnya tidak diungkitkan lagi JIKA Ahmad Ismail dan juga pemimpin-pemimpin UMNO yang lain bertindak pantas sejak hari itu lagi. Tetapi ianya tidak berlaku dan kini UMNO terpaksa menanggung segalanya dek ketidakprihatinan pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri.

Dan jika sekarang pun, apa sahaja bentuk tindakan seperti meminta maaf atau arahan supaya Ahmad Ismail tidak mengulangi perbuatan beliau itu akan tampak tidak mujarab dan tidak ikhlas.

Penulis harap agar Datuk Ahmad Ismail akan tampil ke depan untuk memperbetulkan polemik politik yang telah diperbesar-besarkan ini.

Pastinya, beliau ada jawapan yang bernas untuk menangkis segala tohmahan yang dilemparkan kepada diri beliau dan jika beliau tidak berjaya, pastinya ada orang lain yang berhak menjawat jawatan beliau.

24 comments:

  1. Dalam keadaan sekarang ini apa jua yang dibuat oleh pasangan Abdullah dan Najib akan nampak tidak ikhlas dan hodoh. Contoh Budget 2009 yang telah diberi label dan diuar-uarkan sebagai Budget gula-gula terdesak.

    The best thing is diam dan mengumpul kembali tenaga. Untuk memulihkan imej UMNO memang ambil masa. Saya bukan celupar, nauzubillah, tapi mungkin proses pemulihan ini memerlukan UMNO hilang kuasa buat seketika.

    Jadi kena perlu sengaja sediakan minda dalam medium bertekanan dan ada stress. Iaitu dengan membayangkan akan kemungkinan kehilangan sesuatu yang maha berharga. Tekanan dan stress terlalu dilihat dengan konotasi negetif tapi tekanan ada dinamika dan kuasanya yang tersendiri. Mungkin tak ramai orang sedari atau mau terokai. Dalam banyak hal kita selalu dilatih menjadi defensif dan seboleh mungkin kita mengelak dari tertekan.

    Sesekali apa salahnya kita belajar untuk berkerja dalam keadaan yang tertekan, seperti tok nenek kita berjaya mengharungi perit getir semasa zaman Jepun dan bintang 3 dulu. Percayalah Tekanan mampu mengocak air yang tenang.

    ReplyDelete
  2. Salam Dr.

    Sepatutnya Datuk Ahmad Ismail sendiri bertanggung jawab menjelaskan situasi sebenarnya. Kenapa pula Datuk Najib yang harus meminta maaf bagi pihak UMNO.

    Nampaknya orang Cina begitu berani sekali bertindak berbanding orang Melayu. Ini berlaku kerana orang Melayu sudah berpecah dan tiada perpaduan lagi di kalangan orang Melayu. Orang Cina walaupun berlainan parti akan tetap bersatu bila soal kaum mereka diperkatakan.

    Di mana jaguh-jaguh Melayu yang bakal mewarisi pemerintahan Tanah Melayu ini. Bila nama telah ditukar, maka rasa tanggungjawab juga bertukar. Inilah rasionalnya sesuatu nama yang asal mesti dikekalkan kerana ianya mempunyai nilai-nilai yang tersendiri.

    Mungkinkah suatu hari nanti nama bangsa Melayu diganti dengan nama lain, mungkin bangsa Malaysia!!!!!

    ReplyDelete
  3. http://pkrpasdap.blogspot.com

    Najib seorang gentlement kiranya. Sanggup minta maaf..Pak Lah tidak meminta maaf atas kesalahan mengenai sistem kehakiman di malaysia era 1980-an, Pak Lah hanya bayar pampasan sahaja.

    Bukan senang minta maaf diucapkan. Bagi orang Cina, meminta maaf bererti mengakui 'diri tidak ada maruah' sedangkan bagi Islam, meminta maaf dan memberi kemaafan adalah perkara dipuji.

    Untuk masa hadapan, mulut jangan celupar sangat. Sepatutnya yang buat salah minta maaf bukan Najib.

    ReplyDelete
  4. secara jujurnya, Jika Datuk Ahmad berkata demikian dilapisi dengan kenyataan2 berbaur perkauman keatas bangsa melayu yang berselerak dalam Youtube, Tranungkite Online, Malaysia Today dan sengkatan dengannya...... Semoga ia dapat membuka mata semua orang. Sekurang2nya Datuk Ahmad berani berkata secara 'open-air', bukan mengata dalam dunia tanpa sempadan (internet) yang nyata lebih syok sendiri.

    Lim Kit Siang, Karpal Singh dan seangkatan dengan mereka ni semua pernah minta maaf ker?

    ReplyDelete
  5. Kaji dan lihat kenyataan berunsur hasutan yang telah dibuat. Adakah kenyataan itu dibuat tanpa niat dan tidak mempunyai sebarang agenda politik atau sebaliknya. Dengan isu yang dibangkitkan ini berkemungkinan boleh dijadikan alasan untuk acara lompat melompat menjadi satu kenyataan.

    ReplyDelete
  6. Salam Dr.

    1) Orang-orang BUKAN MELAYU di negara ini menjadi takut dan curiga bukan kerana orang-orang Melayu tetapi kerana UMNO dan BN.

    2) Ramai Melayu hidup merantau diluar negara. Akhirnya mereka telah diberi kerakyatan dan diberi layanan yang sama rata.

    3) Hidup mereka lebih tenteram, aman dan damai.

    ReplyDelete
  7. Ini mungkin boleh menjelaskan persoalan anda tempohari.
    http://perakexpress.com/?p=1488

    ReplyDelete
  8. Bro Doc,

    My gess is D.Ahmad sabotage d PPauh by-E as he has been an AnWar loyalist b4.. i mite b wrong but i gess he is among d few of bro AnWar's ppl in UMNO..wat can I say,..heheh..be afraid, be afraid if Bro AnWar comes to power as he will sell our country to redeem his soul frm d devil(God forgive me dis Ramadhan) ..heheh,..wat can I say..selamat brposa..(,")

    SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar & PLah!!

    ReplyDelete
  9. dear Dr,
    sekali lagi UMNO buta blunder..
    kenapa pula DS Najib nak minta maaf? kenapa nak mengulangi episod duka DS Hisham?
    ada persoalan dalam isu ini ;
    1. kenapa apologetik bila ada Melayu yang naik angin pada bangsa lain? kenapa bila "mereka" mengguris hati kita, kita diam?
    2. Bangsa lain memandang UMNO sangat lemah dan boleh di ugut-ugut. Melayu pula nampak UMNO sangat-sangat mengalah pada bangsa lain. nak post-mortem lagi?
    3. Melayu "tersilap cakap", kita pula yang lebih2 nak minta maaf. cuba tanya kawan2 Cina kita apa yang mereka tulis dalam akhbar2 mereka setiap hari tentang kita?
    4. bila Melayu marah-marah, bangsa lain(termasuk melayu lupa akar) kata kita "racist". tapi mereka melalak2 buat tuduhan, minta macam2 termasuk hak melayu, tak pula racist?
    5. to all of you who can't even speak fair B.M,( when you never fail to shout that you are indeed malaysian), JANGAN MAIN API LA BRADER!

    ReplyDelete
  10. sepatutnya yang dipersalahkan dalam hal ini adalah Datuk Ahmad Ismail dan bukannya Abdullah serta Najib.yang buka mulut itu adalah Ahmad.

    takpe.biarkan orang lain kata macam-macam tentang hal Najib meminta maaf.tiada ruginya meminta maaf kerana sudah jelas itu adalah kenyataan dari Ahmad dan bukan parti.

    ReplyDelete
  11. Datuk Ahmad have to stand up and face the music.he acted the same way as the PKR mp who did a racial mark at the Bar Council forum before.went out into hiding and not long after that returned without any feeling of remorse whatsoever and up to their leader to apologize on their behalf.

    ReplyDelete
  12. Salam.

    Kata Mardhiah..

    "..The best thing is diam dan mengumpul kembali tenaga. Untuk memulihkan imej UMNO memang ambil masa. Saya bukan celupar, nauzubillah, tapi mungkin proses pemulihan ini memerlukan UMNO hilang kuasa buat seketika..."

    saya juga terfikirkan perkara ini dan setiap hari saya calculatekan liku2nya. Saya terfikirkan andaian hilang kuasa dalam tempoh yg sementara mungkin akan membersihkan UMNO dari golongan2 perosak. Tetapi dengan keadaan situasi sekarang ini (dgn lawan seperti PKR dan DAP sekiranya mereka berkuasa), adakah tempoh itu boleh menjadi sementara atau selamanya. Nauzubillah.

    Jika DAP itu sebenarnya tidak sedemokratik yg dilaung2kannya macammana. PAS pula kemaruk dengan politik kebenciannya kepada UMNO dan berhasrat "mengkuburkan" UMNO. Risiko sekiranya DSAI berkuasa juga patut diambil kira. Kalau pemerintahannya kuku besi, UMNO sudah pasti menjadi sasaran utamanya.

    Ya. tetapi plan B perlu juga kita fikirkan bersama.

    ReplyDelete
  13. baguslah minta maaf!!

    Sedar cepat lagi ok...

    Taklah kena tunggu hari raya baru nak minta maaf :-)



    Jemput ke blog saya ;-)
    http://pro-faizal.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Kenapa pulak TPM yang meminta maaf bagi pihak Ahmad Ismail? Kenapa beliau mendiamkan diri? Takut kena bunuh ke? Tau takut.. Dah gatal-gatal terlajak kata, sembunyi pulak tak minta maaf. Tak pasal-pasal pulak TPM yang minta maaf. Lain kali nak bercakap tu biar berfikir dulu. Jangan main sedap bercakap sampai timbul isu macam ni. Orang macam nilah yang merosakkkan nama UMNO..

    ReplyDelete
  15. Bila Ahmad mengata dia seolah olah mewakili seluruh bangsa melayu. Tapi bila bansa melayu tang lain (Najib) minta maaf, dia tak ditermia mewakili bagi pihat Ahmad. Aisey man, macamana double standard ni! Yang benornya, mereka cuma mahu terus mempolitikan apa saja asalkan mereka dilihat memperjuangkan nasib bangsa mereka. Yang bodoh lagi bebalnya gang2 BN juga sama tikam kawan. PKR dah tentu le seronok ketawa terbahak bahak melihat gelagat kalut BN!

    ReplyDelete
  16. Kita jangan laa ikut kalut sama. Mereka mahukan kita terus ikut rentak tari mereka. Mereka akan terus menerus tuduh macam macam dan kita tak putus putus defensive menjawab. Mengapa kita tak mainkan lagu lain pulak? Macamana dengan 400 hectar tanah kerajaan Perak beri kepada sekolah cina? Kenapa soal tanah di Penang di persoal sedangkan Perak bagi tanah ikut suka dia?

    ReplyDelete
  17. banyak lagi kekalutan PKR yang harus diberitahu pada rakyat. Contohnya siapa yang dok main isu perkauman ini, bukankah PKR! siapa yang dok gila nak masuk Putrajaya ikut pintu belakang, PKR! siapa yang nak menggangu pentadbiran subang jaya, PKR! macamana mereka nak selesaikan masaalah rakyat di Rahman Putra? bagi kebenaran peniaga cina terus berniaga depan rumah pendudok yang lapor tapi tiada penyelesaian! banyak lagi masaalah rakyat yang kita harus ketengahkan, bukan dok menjawab tuduhan mereka aje! banyak lagi tugas baik yang kita boleh lakukan!

    ReplyDelete
  18. Bro kamalkamal,

    I refer to statement Nampaknya orang Cina begitu berani sekali bertindak berbanding orang Melayu. Ini berlaku kerana orang Melayu sudah berpecah dan tiada perpaduan lagi di kalangan orang Melayu. Orang Cina walaupun berlainan parti akan tetap bersatu bila soal kaum mereka diperkatakan.

    It is apaling to note that you have turned the matter around by claiming that the Chinese are now "brave" to take action against Malays.

    Wouldn't you do the same if a non-Malay question your loyalty and birthright?

    Bro Doc,

    As a non-Malay, I'm immune to all this taunts by Umno. I've had Mat Taib tell me IN THE FACE that I'm a pendatang that should not ask for more than BN provides.

    BN component parties OVERREACTING is understandable as they trying to be Jaguh Cina.

    DAP was the very last party to take action in order to match aggression shown by MCA and Gerakan.

    Malays have nothing to worry about. This is just Chinese sandiwara.

    Doc, I agree that Najib shouldn't apologise. It just makes BN look weak. He should instead recommend that Ahmad Ismail be sacked. But he won't. December election and chance to be PM is far too near.

    Pity that Umno is burying itself.

    ReplyDelete
  19. 1. Seperti biasa, radar sensitiviti UMNO(baru) selalu lambat untuk pick up sesuatu blunder yang boleh undermine kredibiliti UMNO(baru). Gambaran umum seolah-olah UMNO(baru) ni fragmented. Inilah yang membuatkan orang berani menuntut macam-macam dari UMNO(baru).

    2. Isu ini sepatutnya ditangani awal oleh Ketua Penerangan, Tansri Muhd Muhd Taib. kemana menghilangnya dia?

    3. UMNO(baru) perlu belajar dari PAS macamana nak recover dari blunder. Yang boleh dipuji tentang PAS, mereka amat peka apabila telah buat blunder dan cepat-cepat bermesyuarat macamana nak tangani. Yang pasti UMNO(baru) is rudderless.

    bat8

    ReplyDelete
  20. mahyuddin ,you jangan ckp Dato Ahmad Ismail sbg perosak dlm UMNO. you tak kenal beliau dan you bukan orang melayu PP so plz jgn main tuduh .. Datuk Ahmad Ismail bagi aku adalah pemimpin UMNO yg mpy visi dan prinsip untuk membantu orang melayu PP.Org melayu PP kenal dia ,Koh tsu koon pun dia berani kritik jika buat tak betul dgn orang melayu .Beliau seorg yg berani smpi orang ugut dia tidak pernah gentar .

    Datuk Ahmad mmg lantang dalam memperjuangkan orang Melayu dan aku rasa tiada kenyataan maaf dari beliau bagi aku mungkin adalah prinsip nya .

    ReplyDelete
  21. Dear Gua Bay Song,


    Thank you for ur comment.


    Dr M wrote in his book that the racial sentiment in Malaysia in only suppressed but not eradicated.


    Things can burst out of proportion even with slight arguments between the races.


    So, my suggestion is for us to behave rationally and think before we talk.


    And it's sad that it's almost impossible to break this barrier between us for one simple reason, our education system divides us from the beginning of our lives.(plus few more factors)


    I believe in the meaning of Malay proverb "Tak kenal maka tak cinta".


    I was lucky because my secondary school allowed me to have many non-malay friends (they are still my best friends).


    We had different opinions but then, I think, education make us think in a bigger perspective. And we become more closer.

    ReplyDelete
  22. Doc,
    Kenyataan itu terkeluar atas ketentuan Allah, akibat kemarahan apabila melihat keadaan tanah air, lebih-lebih lagi di perkotak-katikkan oleh bangsa lain yang seolah menidakkan kontrak sosial yang telah dipersetujui dahulu.

    Kita tidak harus lupa pada sejarah.
    Sepeti mana bangsa cina yang bangga dengan sejarah 2000 tahun maharaja mereka, begitu juga kita orang melayu. Kita bangga dengan perjuangan hulubalang dahulu mempertahankan melaka dari portugis 500 tahun dahulu. Kita bangga dengan perjuangan dan kesedaran pejuang dahulu seperti Dato bahaman, Mat Kilau, Mat Salih menentang penjajah. Gerakan semangat menentang ini diteruskan oleh cendiakwan Melayu seperti Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam sehinggalah kepada Onn Jaafar sehingga Tunku Abdulrahman. Hanya orang melayu yang berzaman mempertahankan tanah Melayu adakah kita tidak ada hak ke atas tanah kita?

    Sebutkan nama pejuang bangsa lain selain Melayu yang mempertahankan tanah Malaya dari cengkaman penjajah? Tiada!!!!! Kita tidak dapat tidak untuk mengaitkan pejuang Cina hanyalah Chin Peng yang bersekongkol dengan gerakan komunis. Patutkah kita lupa kepada peristiwa semalam yang amat melukakan? Bukit Kepong? Pengalaman ibu sendiri sewaktu diancam kominis amat sedih untuk dikenang-kenangkan?

    Adakah kita hendak menjadi Singapura ke 2? Siapa pernah mengupas perlembagaan singapura? Ada disebutnya hak keistimewaan orang Melayu di dalamnya? Lihatlah nasib orang melayu disana, berpecah-pecah sana sini dan jiwa kemelayuan semakin terhakis.

    Lihatlah apa yang berlaku didepan mata kita dengan contoh-contoh ini.
    Kesedaran hak kita di atas bumi yang pernah dikenali Tanah Melayu ini harus disemat di sanubari kita.

    Dr wawancaralah Datuk Ahmad Ismail untuk kami semua.

    ReplyDelete
  23. Al fatihah untuk Arwah Pak Samad -
    sedih dengan pemergian beliau. Yang tercuit di hati saya ialah terbaca yang beliau merupakan Pengerusi Tetap UMNO Singapura satu ketika dahulu.

    Masih adakah gerakan untuk menghidupkan UMNO di Singapura?

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.