FACEBOOK DR MIM

Wednesday, October 22, 2008

3. Senarai Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian (24 - 26 Oktober)

Dr Novandri Hasan Basri

24 Oktober 2008
(Jumaat)


1. Bahagian Hulu Terengganu, Terengganu -

2. Bahagaian Marang, Terengganu - 3.ooptg (Pusat Sumber Marang)

3.Bahagian Penampang, Sabah - 8.00 Malam (Perpustakaan)

4.Bahagian Kubang Pasu, Kedah - 3.00 Petang (Dewan ILP Jitra)


25 Oktober 2008
(Sabtu)

1.Bahgian Gua Musang, Kelantan - 9.00 Pagi (Bukit Cekati, Gua Musang)

2.Bahagian Pekan, Pahang - 9.00 pagi (Pejabat UMNO Bahagian Pekan)

3.Bahagian Kulim / Bandar Baharu, Kedah - 9.00 Pagi (Hotel Seri Malaysia Kulim)

4.Bahagian Kluang, Johor - 9.00 Pagi (Dewan Orang Ramai Kg.Melayu Kluang)

5.Bahagian Sri Gading, Johor - 8.30pagi (Sekolah Kebangsaan Parit Raja)

6.Bahagian Petaling Jaya Utara - 2.00 Petang (Hotel Crystal Crown)

7.Bahagian Sipitang, Sabah - 7.00 malam (Dewan SFI Sipitang)

8.Bahagian Sandakan, Sabah - 10.00 pagi (Sabah Hotel)

9.Bahagian Tambun, Perak - 2.30 Petang (Dewan Institut Latihan Perindustrian)

10.Bahagian Parit, Perak - 9.00 Pagi (MDPT Parit)

11.Bahagian Lumut, Perak - 9.00 Pagi (Teluk Batik Resort)

12.Bahagian Sabak Bernam, Selangor - 9.00 Pagi (Dewan Tun Razak, Sabak Bernam)


26 Oktober 2008
(Ahad)


1.Bahagian Balik Pulau, Pulau Pinang - 9.00 Pagi (MAB)

2.Bahagian Sungai Petani, Kedah - 9.00pagi (Peladang Inn, Sungai Petani)

3.Bahagian Ayer Hitam, Johor - 8.00Pagi (Dewan Semarang)

4.Bahagian Segamat, Johor - 8.30 Pagi (Hotel Villa Segamat)

5.Bahagian Pandan, Selangor - 8.00 pagi (Hotel De Palma Ampang)

6.Bahagian Bukit Bintang, W.Persekutuan - 9.00 Pagi (Yayasan Tun Razak)

3 comments:

  1. TUAN

    KENAPA PENCALONAN BAHAGIAN TIDAK DIGUNAPAKAI SEBAGAI KEPUTUSAN MUKTAMAD

    Sekarang demam pemilihan dalam umno telah hampir 'kebah'. Setiap bahagian umno sibuk dengan pencalonan masing-masing dalam proses mancari pemimpin mereka yang paling 'afdal' yang dirasakan paling sesuai bagi memimpin mereka.

    Persoalannya ialah, adakah suara setiap bahagian ini akan selari dan seiring dengan pemilihan bulan Mac yang akan datang. Kenapakah pencalonan bahagian ini tidak digunapakai sebagai keputusan muktamad pemilihan pimpinan umno. Manakala perhimpunan bulan mac ini eloklah hanya sekadar perhimpunan untuk meraikan mereka yang telah dipilih.

    Bukankah pencalonan bahagian ini merupakan suara akar umbi yang paling tepat dan merupakan gambaran yang diinginkan akar umbi. Sekiranya ada usaha melobi melalui bahagian tidak kiralah samada melalui politik wang, janji projek dan sebagainya, dirasakan keberkesanannya agak terbatas. Ini kerana skopnya yang besar dan luas meliputi seluruh bahagian diseluruh negeri.

    Terdapatnya banyak laporan pencalonan bahagian dimana suara pimpinan bahagian dan ahli-ahlinya tidak selari, tetapi akhirnya suara ahli yang dipilih. Masalahnya ialah apabila pengundian dibuat pada perhimpunan Mac nanti, perwakilan bahagian yang beberapa orang itulah yang akan membuat pengundian semula. Pada peringkat inilah usaha melobi ataupun politik wang oleh calon jika dilakukan akan berjaya dengan cemerlang dan gemilangnya.

    Ini kerana perwakilan yang jumlahnya lebih kurang 2500 orang inilah akan menentukan pimpinan parti. Seolah-olahnya pencalonan bahagian tidak berguna. Bukankah pencalonan bahagian adalah sia-sia dan membazir masa jika suara perwakilan pada Mac nanti tidak sama dan selari dengan pencalonan akar umbi.

    Satu lagi yang dirasakan perlu diubah ialah jarak masa antara mesyuarat bagi pancalonan setiap bahagian ini tidak boleh terlalu jauh. Paling molek sekiranya dijalankan serentak. Ini bagi mengelakkan keputusan pencalonan satu-satu bahagian digunakan sebagai 'inspirasi' pencalonan bahagian lain. Ini terutamanya pencalonan bahagian presiden dan timbalan presiden yang bakal digunakan oleh bahagian lain atas alasan selari dengan pucuk pimpinan. Kaedah dan caranya boleh diperhalusi kemudian.

    Pencalonan oleh bahagian ini menjadi sangat penting apabila sistem kuota mula diperkenalkan sejak peristiwa pemilihan tahun 1987 dulu. Dirasakan sistem ini elok, tetapi haruslah diperkemaskan sebagai pemilihan oleh bahagian tetapi bukannya pencalonan untuk layak bertanding sahaja. Pencalonan oleh bahagian eloklah digunapakai sebagai proses pemilihan yang muktamad.

    Lihatlah pada peristiwa tahun 1987 dimana Dr Mahathir menerima pencalonan lebih 2/3 daripada bahagian. Lojiknya tentulah beliau tidak ada aral yang melintang lagi. Tetapi bila pemilihan dibuat seperti yang termaklum Dr Mahathir nyaris-nyaris tewas tersungkur.


    Bagi kali ini pemilihan pimpinan ketua pemuda paling sengit terutamanya antara Khairy vs Mukhriz. Gambaran awal menunjukkan Mukhriz ada 'dihati' ahli pemuda. Tapi yakinlah Khairy tidak akan berpeluk tubuh dengan senyuman manja dengan 'signal' yang pemuda bahagian berikan. Tentunya usaha melobi akan dilakukan dengan apa cara sekalipun.

    Percayalah kita bahawa sistem yang diamalkan ini sebenarnya menyemarakkan politik wang menjadi lebih membarah dan bernanah. Yang menang pencalonan akan berusaha untuk menterjemahkan pencalonan itu kepada kemenangan sebenar dengan apa cara sekalipun. Yang tewas pencalonan, tapi layak bertanding juga akan berusaha dengan apa cara sekalipun, supaya kemenangan dipihaknya.

    Semua dan segalanya ini apa lagi kalau tidak dengan wang. Makanya politik wang akan dapat dihapuskan. Jawapannya tentulah sangat-sangat mustahil, akan hanya merupakan retorik sampai bila-bila.

    Eloklah pemilihan dua kali ini yang tidak berapa cerdik ataupun dalam bahasa yang mudahnya 'bodoh' ini dihentikan supaya matlamat perjuangan umno kembali dilandasannya seperti yang difalsafahkan dalam perlembagaan perjuangannya demi kelangsungan umat melayu seperti yang dinyanyikan pimpinan atasan.

    Posted by donmny

    ReplyDelete
  2. Salam Dr.

    Sedikit pembetulan, Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Petani akan dia adakan pada 02 November 2008 (Ahad) bertempat di Emerald Puteri, Sungai Petanu

    ReplyDelete
  3. Salam anak pantai merdeka,

    Terima kasih di atas info ini.

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.