FACEBOOK DR MIM

Saturday, October 25, 2008

Bisu Tanda Setuju Politik Wang ?

Dr Novandri Hasan Basri

Satu soalan mudah, berapa ramaikah di antara calon-calon kepimpinan tertinggi UMNO termasuk sayap-sayapnya yang berani melaung-laungkan keburukan politik wang dan menganggapnya sebagai perosak parti ?

Apakah 'no comment' atau sikap bisu sesetengah pemimpin yang bertanding itu memberi isyarat bahawa mereka sebenarnya terlibat di dalam politik wang dan sedang menggunakan taktik kotor ini untuk meraih undi?

Kita semua tahu bahawa hanya beberapa kerat pemimpin UMNO sahaja yang menentang keras kewujudan politik wang serta mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai prinsip mereka yang anti-politik wang.

Hairan tetapi inilah kenyataannya. Semoga wakil-wakil UMNO yang berada di dalam PWTC pada bulan Mac 2009 nanti akan memilih dengan bijak dan betul.

Ikutilah :-

Politik wang perlu dibanteras secara telus

Berita Harian

KAMPUNG GAJAH: Politik wang perlu dibanteras secara telus kerana gejala itu akan membawa kehancuran kepada parti, kata calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir.
Beliau berkata politik wang juga akan mengakibatkan pemimpin yang amanah dan wibawa tidak dipercayai oleh rakyat.

“Rakyat sukar untuk menerima pemimpin yang terpilih secara amalan terkeji tersebut kerana rakyat mahu pemimpin yang bersikap terbuka, telus dan bersih daripada gejala yang tidak sihat,” katanya kepada pemberita di majlis ceramah di Kampung Teluk di sini, malam tadi.

Beliau bimbang sekiranya politik wang tidak dibendung dari sekarang, ia akan menyebabkan rakyat menolak pemimpin sedia ada dalam pilihan raya umum akan datang.

Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno menyifatkan pemilihan parti pada Mac depan dijangka sengit kerana anggota akar umbi mempunyai kuasa dan hak untuk menentukan corak kepemimpinan parti masa depan.

“Dalam tempoh tiga minggu pertama pencalonan di peringkat bahagian berlangsung, anggota akar umbi telah membuat keputusan melalui pencalonan pemimpin yang menjadi pilihan mereka,” katanya. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Dr

Betullah kata doc...bisu tandanya setuju. Tengok kat topik ni tak ade apa-apa komen pun terutama dari regulars seperti abe mie terjah dll.

bat8

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.