Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Wednesday, October 15, 2008

Parti Gerakan Bermain Api ?

Dr Novandri Hasan Basri

Utusan Malaysia hari ini telah menyiarkan satu artikel yang pada pandangan penulis, mesti dibaca oleh setiap warganegara Malaysia terutamanya bangsa Melayu.

Dan jika Dato' Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bukit Bendera telah digantung tugas beliau selama 3 tahun kerana satu kenyataan sejarah yang benar (klik di sini) tetapi telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, Tan Lian Hoe juga sepatutnya dihukum tetapi dengan lebih berat lagi.

Beliau telah melawan arus pemahaman sejarah rakyat Malaysia (tidak seperti kenyataan Dato' Ahmad Ismail), makanya, hukuman beliau mestilah lebih berat lagi.

Dan jika kepimpinan tertinggi parti Gerakan benar-benar mahu menjernihkan suasana tegang ini, mereka mesti berani menghukum Tan Liah Hoe.

Dan jika modus operandi sebegini rupa terus dicanang-canangkan oleh pemimpin-pemimpin Gerakan yang bertanding di dalam parti Gerakan, mereka sebenarnya pemimpin yang tidak layak untuk diundi oleh ahli-ahli parti Gerakan.

Mereka itu adalah pemimpin yang tidak mengenang budi, lupa sejarah dan tidak intelek kerana gagal mencermin diri sendiri dahulu.

Mereka juga adalah pemimpin yang tidak tahu bagaimana caranya untuk memperbaiki senario politik negara, malah, menyimbah lebih banyak minyak lagi di atas api yang masih menyala.

Secara peribadi, penulis tidak bersetuju dengan modus operandi yang digunakan. Ianya tidak sihat dan akan membingungkan ahli-ahli parti Barisan Nasional.

Alangkah baiknya jika pemimpin-pemimpin tersebut berbincang dengan serius di dalam semangat perpaduan dan mula memikirkan lebih jauh daripada itu.

Ikutilah :-

Ingat fakta sejarah Tanah Melayu

(Utusan Malaysia)

Oleh Mohd. Ridhuan Tee Abdullah

KENYATAAN Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe telah mengundang kontroversi.

Pertama, berdasarkan sejarah kata beliau, orang Melayu adalah juga pendatang sama seperti orang Cina dan India.

Kedua, dengan nada sinis beliau menyindir UMNO bahawa parti Gerakan selama ini berada dalam telunjuk UMNO. Gerakan tidak mempunyai suara dalam menentukan keputusan kerajaan.

Publisiti murahan jelas menunjukkan bahawa beliau seolah-olah pakar dalam bidang sejarah dan menarik perhatian serta sokongan orang Cina yang telah kecewa dengan Gerakan. Saya tidak pasti apakah latar belakang sebenar kelulusan Lian Hoe sehingga menyebabkan kenyataan seperti ini dikeluarkan.

Saya mungkin dapat menerima serba sedikit pendapat ini jika beliau adalah pakar sejarah. Jika tidak, mungkin ada agenda tersembunyi yang perlu kita lihat secara serius.

Ini kerana selepas pilihan raya umum baru-baru ini, ada beberapa parti komponen Barisan Nasional cuba menggunakan kesempatan ini untuk mengugut UMNO dan kerajaan. Mereka tahu, UMNO kini berada dalam kedudukan yang agak lemah.

UMNO memerlukan sokongan parti-parti komponen bukan Melayu untuk memerintah. Justeru, peluang ini digunakan untuk mencapai hasrat yang sekian lama terpendam, termasuk mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu.

Lian Hoe perlu sedar bahawa kemenangan beliau di Parlimen Gerik dalam pilihan raya lalu adalah hasil sokongan pengundi Melayu UMNO.

Jika kerusi Gerik itu tidak diberikan kepada Gerakan dan UMNO tidak mengundi beliau, tidak mungkin ada Lian Hoe pada hari ini sebagai Timbalan Menteri Penerangan.

Itupun beliau masih tidak bersyukur dan amat kiasu.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada sebahagian orang Cina tidak dapat menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu atau Malay Polity.

Perlu diingatkan bahawa sejarah sistem kenegaraan Melayu bermula dengan perkataan 'Melayu' atau 'Tanah Melayu' itu sendiri yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini.

Nama-nama ini terkenal di kalangan negara China, India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).

Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11 barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa.

Ringkasnya, istilah-istilah Tanah Melayu, Melayu, Malaysia dan Malaya adalah jelas merujuk kepada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays.

Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu. Namun, kedatangan penjajah British telah merubah peta politik Tanah Melayu.

Kalau dahulu, hubungan antara antara China dan Tanah Melayu hanya melibatkan perdagangan dua hala sahaja, tanpa penghijrahan besar-besaran. Namun, setelah penjajahan berlaku, maka bermulalah episod kemajmukan masyarakat di negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu.

Orang Cina yang mendatang dapat menjadi warganegara disebabkan oleh proses akomodasi orang Melayu dalam memberikan kewarganegaraan secara terbuka kepada yang berhak tanpa mengira latar belakang.

Diterima

Melalui proses akomodasi para pemimpin ketika itu, lebih sejuta orang bukan Melayu, sebahagian besarnya imigran, diterima secara automatik sebagai warganegara dan diberikan Jus Soli. Demografi negara berubah serta merta.

Hampir 40 peratus daripada warganegaranya adalah orang bukan Melayu. Sebuah negara Melayu tiba-tiba menjadi masyarakat berbilang kaum. Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia.

Contohnya, nasionalisme bangsa Filipina dan Vietnam melahirkan negara Filipina dan Vietnam tetapi nasionalisme Melayu yang diperjuangkan lama sebelum kemunculan UMNO sebaliknya tidak melahirkan sebuah negara Melayu.

Sebelum tahun 1910, kemasukan orang asing semakin bertambah tanpa had telah mengejutkan sultan negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Mereka memaksa British menghalangnya. Tetapi keperluan pekerja yang mendesak dalam bidang perlombongan dan perladangan menjadi kemasukan mereka tidak boleh ditahan-tahan lagi.

Setiap tahun ribuan pendatang Cina dan India tiba di Tanah Melayu. Sehingga tahun 1931, apabila bancian dibuat, jumlah orang bukan Melayu telah melebihi bilangan orang Melayu di negeri mereka sendiri (Comber, 2007: xx).

Seramai 1,285,000 orang Cina berada di Tanah Melayu, 33.9 pertumbuhan penduduk ketika itu. Pada tahun 1947, jumlah ini terus meningkat kepada 1,885,000, mewakili 38.4 peratus pertumbuhan penduduk.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Ardizzone (1946), sebenarnya jika dicampurkan dengan imigran lain, bilangan mereka telah melebihi penduduk asal pada tahun 1946 sehingga menimbulkan kebimbangan kepada penduduk asal (Melayu).

Apabila Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, British kembali semula memerintah Tanah Melayu. Usaha-usaha dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dan semangat muhibah.

British mengumumkan rancangan Malayan Union pada tahun 1946. Dalam rancangan ini, British mahu menubuhkan sebuah negeri bersatu dan mencipta satu kewarganegaraan yang sama rata untuk semua kaum. Kerajaan British berkuasa penuh terhadap pentadbiran Tanah Melayu.

British berpendapat dengan wujudnya pentadbiran secara berpusat pentadbiran Tanah Melayu akan menjadi lebih berkesan dan efisien.

Mereka bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara orang Melayu, hanya jika mereka bersetuju berkongsi kuasa politik dan ekonomi dengan kaum-kaum yang mendatang (Ling Liong Sik, 1995: 4). Melalui proses akomodasi inilah akhirnya peta Tanah Melayu berubah menjadi masyarakat majmuk.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, British telah mencipta satu istilah bernama Malayan. Malayan dirujuk bukan Melayu yang telah bermastautin lama atau dilahirkan di Malaya. Manakala istilah Melayu atau Malaysians digunakan untuk orang Melayu, Indonesia dan Orang Asli.

Antara ciri Perlembagaan Malayan Union ialah kerakyatan melalui undang-undang berasaskan prinsip jus soli diperkenalkan yakni melalui kuat kuasa undang-undang dan secara permohonan atau kemasukan.

Orang Melayu akan menjadi warganegara Malayan Union secara automatik, manakala orang bukan Melayu yang ingin menjadi warganegara perlu memenuhi kelayakan-kelayakan bermastautin, kelahiran dan sebagainya.

Antara raja-raja Melayu dengan kerajaan British, satu perjanjian baru diwujudkan. Raja-raja Melayu diminta menyerahkan kedaulatan negeri masing-masing kepada British. Undang-undang baru akan diperkenalkan bagi pihak raja-raja.

Ini bermakna, British akan terus menjajah negeri-negeri Melayu termasuk negeri-negeri Selat. Orang Melayu melihat ia adalah satu ancaman kepada hak-hak mereka dan memberi keuntungan kepada orang bukan Melayu (Ongkili, 1985: 39-42, Ruslan Zainuddin, 2005: 550-563, Comber, 2007: xxi).

Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union (Ongkili, 1985: 42-52) memang telah dirasai dan diduga oleh orang Cina sebagai kaum yang mendatang. Orang Cina memang tahu bahawa orang Orang Melayu tidak begitu mudah menerima orang Cina sebagai rakyat Tanah Melayu.

Dengan sebab itu, sejak awal-awal lagi orang Cina telah bersiap sedia untuk menghadapi keadaan seperti ini. Mereka mengambil sikap 'tunggu dan lihat' bagi melindungi kepentingan mereka.

Orang Cina menyuarakan pandangan mereka terhadap Malayan Union melalui pelbagai cara seperti pertubuhan, kesatuan dan akhbar-akhbar Cina.

Jelas di sini bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media massa Cina memainkan peranan penting dalam sosialisasi politik Cina. Inilah bentuk dan sikap masyarakat Cina sejak daripada awal lagi berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka tidak akan membiarkan dirinya keseorangan.

Tidak Logik

Mereka sedar bahawa dengan menubuhkan persatuan, adalah satu-satunya cara yang terbaik untuk memperjuangkan, mempertahankan dan menjaga hak-hak dan kebajikan mereka.

Selepas merdeka, keberanian orang Cina semakin ketara apabila Lee Kuan Yew menyuarakan perjuangan Malaysian Malaysia iaitu Malaysia untuk orang Malaysia. Perjuangan ini disambung oleh DAP sehingga ke hari ini.

Dalam Malaysian Malaysia itu nanti kedudukan yang tinggal pada orang Melayu hanya sultan-sultan. Jawatan lain akan dijawat oleh mereka yang berkelayakan tanpa mengira kaum. Kuan Yew memberikan tempoh 20 tahun sahaja kepada Malaysia berperdanamenterikan orang Melayu.

Selepas itu sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri.

Kuan Yew secara terang-terang menolak hak-hak istimewa orang Melayu. Katanya, "Mengikut Sejarah orang-orang Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu.

Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha agung UMNO, Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun.

Oleh itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa hanya mereka sahaja adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka".

Pendek kata, Kuan Yew juga menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera gugusan Pulau-Pulau Melayu (Comber, 2007: 114-115).

Kenyataan Kuan Yew ini terus mempengaruhi masyarakat Cina pada hari ini. Lebih dahsyat lagi ada yang berani mengatakan bahawa bumiputera yang sebenar adalah orang asli, dan bukannya orang Melayu. Orang Melayu juga adalah pendatang seperti orang Cina.

Ini bermakna seolah-olah orang Cina menolak negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu. Justeru, tidak hairan jika perkara berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu tidak mendapat sokongan orang Cina sama ada secara individu, persatuan mahupun parti-parti politik Cina.

Mereka menganggap bahawa keistimewaan orang Melayu bersifat sementara.

Mereka mendesak supaya peningkatan terhadap hak-hak mereka turut dilakukan berpegang kepada prinsip kesamarataan.

Sementara orang Melayu berkeras dengan merujuk kepada sejarah hak bumiputera mesti pertahankan dan diberi keistimewaan khusus. Sehingga kini, pertikaian tidak berkesudahan.

Orang Melayu mempertahankan kedudukan mereka yang istimewa melawan bukan Melayu (Cina) yang menuntut kesamarataan.

Ketidakpuasan hati orang ini disalurkan melalui akhbar-akhbar berbahasa Cina, ucapan-ucapan awam dan perbualan sesama mereka, sehingga menimbulkan salahfaham dan kadangkala berlaku ketegangan dalam hubungan kaum di Malaysia.

Kesimpulannya, sudah sampai masanya parti Gerakan belajar memahami sejarah negara dan berhenti mengamalkan politik mengugut untuk mendapatkan kepentingan tertentu.

Janganlah gunakan kelemahan yang wujud hari ini untuk mendapatkan publisiti murahan dan mengugut UMNO bagi menunjukkan seolah-oleh merekalah sahaja pejuang rakyat di negara.

Tetapi berfikirlah lebih jauh lagi untuk kepentingan rakyat di negara ini.

14 comments:

  1. dear Dr,
    gerakan adalah duri dalam daging orang melayu.
    i believe they behave in such a way partly because UMNO as the backbone of BN has failed to assert who's the boss. UMNO has failed to point out the fact, that without gerakan, BN can still rule.
    UMNO, ( i know, out of pragmatism and tolerance) has contained itself from pointing, that mathematically, (prior to the previous GE) UMNO can in fact rule Malaysia alone!
    the malays can in fact ignore the multi-racialism of malaysia, and rule alone! but, being the malays that we are, we tolerate..a lot..
    so, to Gerakan, i say, jangan biadap lah!, without the Malays tolerance, you can't even rule Penang, man...

    ReplyDelete
  2. Salam Dr...
    Saya amat berpuas hati dengan artikel yang mempunyai keterangan panjang lebar berkaitan hak dan asal usul Melayu dan Cina. Diharap dengan penerangan ini mampu menjana kesedaran di kalangan kita yang berbagai bangsa di Malaysia agar memahami kedudukan Melayu dan bangsa lain...

    ReplyDelete
  3. Salam malay-machista,

    I agree with all your points.

    Gerakan shouldn't act as if they weren't blessed by their cooperation with UMNO all this while.

    ReplyDelete
  4. Next Chief Minister of Penang should never been given again to GERAKAN for the sake of unity in BN if have to.

    Veto... vice versa (amik cakap Nabil Raja Lawak jap.... LU Pikirlah Sendiri............)

    ReplyDelete
  5. Negara ini tidak boleh lagi mengulangi tragedi seperti 13 Mei. Jika ini berlaku maka musnahlah keamanan dan kemakmuran yang selama ini kita kecapi. Kepada Ahli-ahli politik janganlah bermain api nanti memakan diri.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, satu artikel yang amat sesuai ditulis oleh seorang Muallaf berbagsa Cina yang tidak asing lagi bagi kita Saudara Ridhuan Tee Abdullah. Tahniah dan jelas kandungannya.

    Tapi Melayu tak kecoh macam di Pulau Pinang. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Pengerusi BN Pak Lah terhadap ahli sebegini, bertaraf Timbalan Menteri pulak. Jangan ingat dia menang tanpa bertanding dalam Wanita Gerakan boleh menghalalkan apa sahaja tindakan beliau.

    Saya berpandangan lepas pemilihan Bahagian kena reshuffle balik barisan kabinet. Kita tak perlu orang sebegini dalam kabinet.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Saya juga ada menulis tentang isu yang dibangkitkan oleh Tian Lan Hoe dalam blog saya:

    http://tun-jeram.blogspot.com

    Beliau barangkali bukan tidak faham tentang fakta sejarah, bahawa orang Melayu adalah "tuan rumah" di negara ini (dan di rantau ini), manakala orang Cina dan India adalah golongan "pendatang".

    Akan tetapi, beliau mungkin mempunyai agenda untuk menekankan konsep "kesamarataan" ala Malaysian Malaysia dan menolak konsep "ketuanan Melayu." Itulah sebabnya beliau mendakwa bahawa orang Melayu adalah pendatang seperti orang Cina dan India juga.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Dr.

    Semasa kempen PRU yg lepas saya menghadiri satu kenduri kahwin di Gerik. Di kawasan itu penduduknya majoriti orang Melayu. Tan Lian Hoe, calon BN Parlimen Gerik telah hadir di kenduri itu dan dia diiringi oleh orang-orang UMNO belaka. Kehadirannya disambut meriah dengan tembakan bunga api oleh tuan rumah. Ironinya, kehadiran calon PAS yg tiba beberapa minit selepas Tan tidak pula disambut sebegitu rupa. Maknanya, tuan rumah dan masyarakat di situ telah memberi keutamaan kepada Tan Lian Hoe kerana dia calon BN walaupun calon PAS itu adalah saudara seagama mereka sendiri.

    Kita tahu bahawa jika Tan bertanding di mana-mana kerusi di Pulau Pinang, dia akan hanyut seperti juga bosnya, Koh Tsu Koon, Chia Kwang Chye, Teng Hock Nan dan lain-lain. Apakah dia ini manusia yang tidak tahu bersyukur? Atau mungkinkah Gerakan sudah terlalu desperate untuk memenangi semula hati orang Cina maka para pemimpinnya sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menyakiti hati orang Melayu?

    Saya tidak suka trend yang sedang berlaku ini. Benarlah kata Tun Mahathir, kerajaan yang lemah tidak sesuai untuk negara berbilang kaum di Malaysia. Lebih teruk lagi apabila pemimpin utamanya sendiri lemah.

    Siapalah kita untuk mengambil tindakan terhadap Tan Lian Hoe. Parti Gerakan maha penting kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Bukankah Yang Berbahagia Tan Sri Koh Tsu Koon baru-baru ini sudah menamakan Pak Lah sebagai 'Bapa Pembaharuan Demokrasi Malaysia'. Maka saya cenderung untuk percaya bahawa YB Dato' Tan Lian Hoe, MP Gerik dan Timbalan Menteri Penerangan tidak akan dikenakan apa-apa tindakan diatas kenyataannya kerana dalam suasana pembaharuan demokrasi ini, perbezaan pendapat adalah perkara biasa sahaja.

    Memang malanglah bagi YBhg Dato' Ahmad Ismail kerana ketika dia mengeluarkan kenyataannya, Pak Lah belum dapat lagi title baru itu. Sebab itulah tindakan tatatertib terpaksa diambil oleh UMNO keatasnya. Inilah takdir namanya, Dr.

    Semoga dirahmati Allah dan selamat maju jaya dalam pemilihan parti yang akan datang.

    ReplyDelete
  9. Timbalan Menteri Penerangan memberi PENERANGAN yang SALAH?

    Lucutkan jawatannya!

    -ipohmalay-

    ReplyDelete
  10. Zainal Ariffin AshariOctober 15, 2008 at 8:43 PM

    Dr,
    Puan Timbalan Menteri Penerangan cuba mengusulkan sesuatu kepada pucuk pimpinan GERAKAN/BN sendiri. Apakah matlamat beliau hanya tuhan shj yang tahu. Sungguhpun begitu Parti GERAKAN hendaklah menyatakan pendirian parti terhadap usul itu. Pemimpin yang sudah jelas tidak bijak akhirnya akan ditolak oleh rakyat, lebih2 lagi yang buat tak tahu macam Mdm Hoe. Seperti beliau juga, kita tidak harus takut untuk menyatakan samada kita menyokong atau tidak.
    Salam

    ReplyDelete
  11. Salam semua,

    Seperti yang saya katakan, ada yang tidak tahu mengenang budi.

    Mereka lupa siapa yang meletakkan mereka di situ.

    ReplyDelete
  12. Salam semua,

    Seperti yang saya katakan, ada yang tidak tahu mengenang budi.

    Mereka lupa siapa yang meletakkan mereka di situ.

    ReplyDelete
  13. Asslmkm Dr, warga melayu, bumiputra dan semua warga malaysia.
    Semoga penjelasan dan singkapan sejarah ini difahamìdemi utk kesejahteraan sekelian rakyat warganegara. Harus difahami bahawa melayu itu bangsa bermaruah yang mempunyai semangat terpendam, jangan dikejutkan semangat itu dengan taufan penghinaan serta cubaan memperkosa maruah bangsa ini. Bersyukurlah dengan apa yg telah diberikan, hargailah apa yg telah kami dikorbankan. Berapa banyak lagi yg harus dikorbankan, ingatlah setiap sesuatu ada hd batasannya.

    ReplyDelete
  14. Salam Washad,

    Sebenarnya kita cuma mahu berfikiran moderate dan bukannya ultra.

    Melayu faham makna perkongsian dan hak-hak bangsa lain.

    Kita mahukan damai dan aman.

    Itu sahaja dan sedikit keadilan.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.