Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Tuesday, October 14, 2008

Teori R.A.H.M.A.N

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis ingin berkongsi artikel menarik yang disiarkan di dalam MalaysiaKini. Yang menariknya ialah GuruBashid (seorang blogger juga) disebut sebagai salah seorang yang pertama memikirkan mengenai teori R.A.H.M.A.N.

Ikutilah:-

Mencari pengasas 'teori Rahman'

(MalaysiaKini)

Rancangan penyerahan kuasa Umno kepada Datuk Seri Najib Razak akan melengkapkan "teori Rahman" yang dianggap satu kaedah menjelaskan usaha mencari bakal perdana menteri Malaysia.

Sekurang-kurangnya sejak 20 tahun lalu, tokoh atasan Umno termasuk mereka yang berusaha mencapainya berharap keberkatan teori ini membawa tuah kepadanya atau pemimpin pilihan mereka.

Suatu waktu dahulu penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap A pada "teori" yang diambil pada nama perdana menteri pertama itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj melengkapkan sebahagian misteri peralihan pucuk pimpinan negara.

Bagaimanapun, sehingga kini, masih tidak jelas sejak bila teori ini mula-mula dikemukakan dan siapakah yang memperkenalkannya sehingga berjaya menangkap khayalan peminat tegar politik negara ini.


Malaysiakini menghubungi tiga penulis politik Melayu berpengalaman dan tersohor untuk mencungkil asal-usul mitos moden ini – mungkin boleh dianggap satu-satunya "teori" yang paling tepat untuk menjadi nujum politik Melayu, setidak-tidaknya untuk melihat siapa pemimpin nombor satu Umno.

Pengamat-pengamat politik itu bagaimanapun semuanya tidak dapat mengesan tarikh tepat ia mula diperkenalkan tetapi umumnya bersetuju ia muncul pada zaman 1980-an, awal pentadbiran perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun mereka sepakat hanya satu nama dalam urutan teori itu, yang asalnya diramal jatuh kepada Anwar, tidak menjadi kenyataan.Ketua pengarang mingguan Siasah, Mohd Sayuti Omar percaya teori Rahman mula-mula dikemukakan oleh penulis politik Ikhwan Nasir dalam tabloid Mingguan Tanah Air pada pertengahan dekad itu.

"Boleh jadi juga beliau (Ikhwan) yang memulakannya. Beliau memang suka menggunakan akronim seperti 'jubir' bagi jurubicara rakyat dan 'kadun' bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri," katanya, yang pernah menulis untuk tabloid itu.

Ikhwan, juga bekas ahli parlimen Pontian dan juga bekas setiausaha politik Tun Musa Hitam, pemilik akhbar politik yang diterbitkan oleh syarikatnya SIR Sdn Bhd.

Teori itu, menurut Mohd Sayuti yang mengenali secara peribadi Ikhwan, sangat berpengaruh pada waktu itu sehingga ada tokoh politik terkenal mempercayainya.

"(Bekas menteri besar Kedah) Tan Sri Sanusi Junid pernah memberitahu saya, nama beliau sebenarnya bermula dengan Mohamad," katanya merujuk kepada huruf M pada nama Rahman.

Terdapat juga buku politik karya Abd Bashid Harun mengupas teori itu pada pertengahan 1990-an, jelas Mohd Sayuti.

Melalui blognya, Abd Bashid mendakwa beliau pertama kali menulis tentang "teori Rahman" di Mingguan Tanah Air sewaktu Umno sedang bergolak antara kumpulan pro-Tengku Razaleigh Hamzah bersama Musa melawan DR Mahathir menjelang pemilihan parti itu 24 April 1987.
(Klik di sini untuk bacaan seterusnya...)

14 comments:

  1. Semasa mesyuarat bahagian di tempat saya(dirahsiakan..)...kami perwakilan tidak diberi peluang untuk memilih calon ketua Pemuda Malaysia dan Ajk kerana kepimpinan yang lalu mencalonkan khairy sedangkan ramai yang tidak bersetuju...ini kerana belum setengah wakil perwakilan ini bersuara sudah ada yang meminta cadangan tersebut ditutup kemudian disokong oleh setengah mereka yang pernah mengikut khairy yang dikhaskan.
    sepatutnya di beri peluang akar umbi memilih .

    ReplyDelete
  2. سكارڠ اين باڽق يڠ ڤنداي برلاكون سهيڠڬ يڠ جاهيل اكن ترڤڬون دان منجادي ايكون كڤد يڠ برعلمو.
    اڤابيلا كيت تله دڤربودوهكن اوليه مريك اين سهيڠڬ كبنرن دتوتوڤ دان ممڤرتاهنكن ڤمينڤين يڠ سوك منجنجيكن بريتا ڤاسلو سهيڠڬ ڤڠيكوت دتيڤو دان دڤرداي مڽببكن ترڤوتوس ڤرسااودارأن .

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Tolong beritahu Badan Perhubungan negeri bahawa hak-hak bahagian yang menentukan siapakah yang mereka pilih atas suara akar umbi...jangan paksa bahagian mengikut terunjuk Pengerusi Perhubungan Umno Negeri tak kira apa-apa negeri.
    Kami mahu suara kami didengar bukan cuba dipinggirkan atau "budaya pancung" bagi memandamkan suara yang mahukan perubahan.
    Jika ini masih berlaku jangan harapa pilihanraya akan datang berpihak kepada kita.Lihat apa yang terjadi Permatang Pauh.

    Walaupun bijak berbicara bahasa mandarin tetapi tahukah anda apa kata mereka "melayu tak boleh tipu cina tetapi cina boleh tipu melayu.

    Kalau tidak percaya kenapa 1 orang cina buka kedai dalam kawasan melayu dia boleh hidup tetapi 1 orang melayu buka kedai susah mahu hidup dalam kawasan cina...harap tolong jawap?

    ReplyDelete
  4. After RAHMAN theory, the next one should be started with M. Muhyiddin is expected to be our next PM after Najib. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  5. Mukhriz pernah desak umno hapus kuota pemilihan kerana nak bagi peluang kepada semua calon untuk tawar diri dan bertanding.

    Sekarang Mukhriz dah dapat 40 pencalonan dan layak bertanding ketua pemuda umno Malaysia.

    Adakah Mukhriz sedia bagi peluang kepada Khairy Jamaluddin, Khir Toyo dan Zahidi untuk dapat baki pencalonan untuk mereka juga layak bertanding?

    Adakah Mukhriz ahli politik yang hanya pandai berkata-kata, tetapi jauh dalam hati, dia hanyalah seorang oportunis?

    BERANIKAH MUKHRIZ BERUBAH dulu sebelum dia mengajak pemuda untuk BERANI BERUBAH?

    ReplyDelete
  6. Salam Dr.

    1. RAHMAN dalam bahasa Arab. Jika diterjemah ke bahasa Melayu ia membawa maksud KASIH.

    2. Selepas pusingan RAHMAN selesai, ia akan disambung dengan KASIH.

    3. Ini bermakna Perdana Menteri yang ke-7 nanti akan bermula dengan huruf 'K' iaitu KJ.

    4. Jika tidak KASIH, mungkin ia akan bermula dengan SAYANG. 'S' pertama mungkin Saifudin Nasution.

    5. Disebaliknya jika ia berulang lagi dengan RAHMAN, 'R' pertama ialah Razali Ibrahim.

    ReplyDelete
  7. Lepas ini apa pula? RAHMAN 2? Kalau macam itu mereka yang namanya selain dari huruf tersebut tak merasa jadi PMlah gamaknya ye.


    Ada yang mengatakan lepas ini kita dapat pemimpin bukan Melayu atau terjadi peralihan kuasa dari yang berasaskan semangat Nasionalisme kepada semangat Makhal Sakhti.


    Seharusnya kita merenung cadangan membuka direct membership pada BN. Menteri Pelancongan pun sebelum ini pernah mengusulkan agar diwujudkan Puteri BN.


    Bagaimana Cina dan India yang memeluk agama Islam, apakah peluang untuk mereka dalam BN. Tidak adil rasanya jika setakat mengujudkan kelab penyokong BN sahaja.


    Jika kita selesa dengan keadaan yang ada kini dan tidak berbuat sesuatu bagi membuka lebih ruang untuk mereka sama-sama membentuk polisi dan hala-tuju Negara, besar kemungkinan cakap-cakap tidak enak seperti yang disuarakan oleh Wanita Gerakan dan Ahli Parlimen Seputeh akan jadi lebih menyakitkan hati dek kerana merasa dipinggirkan dan iri. Bakat, inisiatif dan usaha keras mereka tidak dihargai.


    Setelah 50 tahun Merdeka adakah bijak kita kata "eh shut-upla, korang itu bangsa pendatang aje" sebagai mana reaksi keras yang berlaku semasa di Permatang Pauh tempoh hari.

    ReplyDelete
  8. menarik sungguh tentang teori "Rahman".saya dulu ingatkan ia adalah satu kebetulan tapi rupanya lebih dari itu.

    jika Najib berjaya PM yang ke-6,maka rasanya berakhirlah teori Rahman.tapi adakah akan diganti pula pula dengan teori yang lain?

    mungkin teori "Mahathir"?

    ReplyDelete
  9. "(Bekas menteri besar Kedah) Tan Sri Sanusi Junid pernah memberitahu saya, nama beliau sebenarnya bermula dengan Mohamad," katanya merujuk kepada huruf M pada nama Rahman."

    ini macammana boleh Sanusi Junid bole ada "M" pulak didepan?

    ReplyDelete
  10. Apapun, teori RAHMAN hanyalah kebetulan. Bukanlah ianya dirancang dari zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman. Tapi ia sekadar kebetulan yang sangat 'real' dan 'logik'. Apapun teori baru selepas RAHMAN, ia tetap hanya teori...Keunikan teori RAHMAN adalah kerana kebetulannya...

    ReplyDelete
  11. Mungkin Anwar juga cari alasan lain:

    ubah nama kpd "Nuar" alasan, utk ambil tempat PM..

    Abdullah
    Nuar?? @ Najin

    ReplyDelete
  12. seingat saya dr, teori RAHMAN mula saya dengari ketika saya darjah 4 (tahun 1993).

    Yang menariknya, saya ketahui daripada rakan baik saya ketika sekolah rendah pada waktu itu, iaitu seorang berbangsa SIAM tulen.

    ReplyDelete
  13. Bungaraya berkata lagi..
    Janganlah kaum lain berangan-angan nak jadi PM. Duduk diam-diam, buat niaga baik-baik, kahwin baik-baik, pandai-pandai jaga famili cukuplah. Dimalaysia ni hanya orang melayu saja yang bijak memerintah. Hanya Islam saja yang menampakkan kebaikkan dalam pemerintahan. Tapi jika di kacau mereka akan lawan habis-habisan sekalipun tumpah darah merah mereka. Selepas Najib, samada ia Mahyussin kah, Hishamuddin kah, Mohd Taib kah, Mahathir sekali lagikah, tak menjadi persoalan kepada saya. Asal jangan Lim Kit Siang atau Teresa Koh. Atau Koo Thsu Koooon, atau Sami Vellu dan selainnya.

    ReplyDelete
  14. masa rasulullah dulu di gelar junjungan besar tuhan muhammad rasulullah, akhir zaman imam mahdi dari keturunan ahlul bait berdarah raja di gelar junjungan besar dymm tuhan amirul mukminiin, dia akan datang sendiri berseorangan terus mengambil alih pemerintahan Malaysia terus di sambut semua negara negara Islam yang lain dibawah panji panjinya. Bila dia tertabal secara automatik hanya Allah jua lah yang mengetahuinya.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.