PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Thursday, October 23, 2008

Ubah mekanisme pemilihan elak politik wang

Sobri Sudin

(Utusan Malaysia)

SEJARAH negara bangsa memperlihatkan, rasuah, korupsi, nepotisme dan kronisme antara perbuatan jijik yang boleh meruntuhkan tamadun.

Rasuah wang, kuasa, dan politik wangnya dari sudut asal usul, punca berlaku, kesannya telah pun dihuraikan secara jelas oleh Allahyarham cendekiawan prolifik Profesor Dr. Syed Hussein Alatas dalam bukunya The Sociology of Corruption.

Nukilan yang sama berhubung jelik dan jijiknya rasuah sehingga Pakistan sebuah negara Islam hampir tumbang turut dicoret oleh Tibor Mendez.

Ironinya, rasuah, politik wang bercanggah sama ada dari sudut hukum duniawi mahupun ukhrawi.

Sewajarnya jika demokrasi mahu dimajukan, penulis cukup yakin dan percaya seluruh 3.2 juta ahli UMNO harus diberikan peluang dan direct access untuk memilih pemimpin mereka di semua peringkat.

Pengekalan sistem kuota yang masih berlangsung bagi menentukan pencalonan seseorang, mempunyai banyak kelemahan dan ruang bagi terbukanya amalan rasuah yang lebih ketara.

Dari satu sudut pandangan yang lain, untuk calon yang telah memenuhi kuota pencalonan dan menerima pencalonan terbanyak dari seluruh bahagian UMNO belum terjamin kemenangannya untuk sesuatu jawatan.

Ini kerana kuasa mengundi, memilih, memutus sebagai contoh bagi Pergerakan Pemuda akan terletak di tangan 800 orang perwakilan yang bakal berhimpun dan bersidang di Kuala Lumpur dikenali sebagai G-2 selain Ketua pemuda dan naib ketua Pemuda setiap bahagian serta barisan Exco Pemuda Pusat.

Bagi UMNO induk pula, pengesahan jawatan Timbalan Presiden, Naib presiden dan ahli Majlis Tertinggi (MT) akan hanya diputuskan melalui hak eksklusif yang dimiliki perwakilan G-6 (terdiri dari ketua, timbalan ketua, naib ketua, ketua wanita, ketua Pemuda dan Puteri) yang secara automatik mewakili setiap bahagian selain tambahan perwakilan G-7 dari setiap Bahagian yang dipilih melalui pemilihan di peringkat yang sama.

Jumlah besar golongan ini adalah sekitar 3,000 orang yang mewakili 191 UMNO Bahagian seluruh negara.

Maka dalam konteks inilah penulis dan semua pemerhati serta aktivis politik berasa khuatir, apa jaminan golongan perwakilan berkenaan tidak akan disogok, dirasuah, diberi layanan VIP semata-mata untuk membolehkan mereka mengundi calon tertentu.

Di peringkat bahagian pula, pelaburan besar telah dibuat oleh perwakilan G-2, dan G-7ini memandangkan mereka yakin pelaburan itu akan mendapat pulangan semasa di Kuala Lumpur nanti.

Lantaran itulah , penulis beranggapan, kuasa istimewa yang dimiliki oleh kalangan a few dan kuasa undi mereka dalam memutuskan calon yang bakal menang telah melanggar hukum alam, tatasusila moral dan aspek kemanusiaan.

Prinsip ini jelas tidak adil kerana mengutamakan dan memberi keistimewaan kepada golongan minoriti dan dalam masa yang sama meminggirkan peranan golongan majoriti.

Penulis berpandangan, jika benar demokrasi mahu dimaju dan disuburkan dan pendapat suara terbanyak mahu dimartabatkan, kaedah dan mekanisme pemilihan jawatan di dalam UMNO perlu berubah dan diubah.

Mekanisme pemilihan bentuk baru yang dicadangkan adalah seperti berikut:

1. UMNO patut mengadakan satu hari bagi pilihan raya UMNO agar kesemua 3.2 juta ahlinya yang tidak dapat ke Kuala Lumpur mengundi di setiap cawangan masing-masing untuk memilih pemimpin yang bertanding bagi semua jawatan.

Jumlah undi yang terkumpul akan dicampur dengan undi perwakilan yang bersidang di Kuala Lumpur bagi memuktamadkan pemenangnya.

Calon-calon bertanding yang menerima pencalonan dari setiap bahagian bagi apa juga jawatan seharusnya diberi undi bonus, misalnya satu undi setiap pencalonan yang dibuat oleh bahagian untuk juga dicampur dengan undi yang bakal diterima dari perwakilan yang bersidang di Kuala Lumpur.

2. Isytiharkan sahaja pemenang bagi jawatan yang ditandingi berdasarkan jumlah pencalonan yang dibuat oleh bahagian.

Dalam erti kata yang lain, calon yang bertanding akan dipilih sebagai pemenang mengikut jumlah pencalonan paling tinggi di peringkat bahagian UMNO seluruh negara. Katakanlah untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO, setelah selesai semua bahagian UMNO bersidang dan apabila dijumlahkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan paling banyak beliau wajar diistiharkan menang dan dimuktamadkan keputusan itu apabila persidangan di Kuala Lumpur nanti.

Apabila kemenangan diputuskan lebih awal melalui pencalonan bahagian tentulah agenda di Kuala Lumpur akan lebih besar.

Ertinya. calon yang menang dapat mengemukakan hala tuju perjuangan parti, agendanya untuk memajukan parti selain perwakilan pula tidaklah dibebani dengan kesibukan untuk berkempen bagi calon tertentu.

Sebaliknya mereka lebih fokus untuk merangka pelan tindakan dan perancangan bagi penjenamaan dan pemulihan UMNO bagi mendepani cabaran akan datang.

Kunci bagi membasmi, mengurang dan meredakan amalan rasuah politik wang dalam UMNO dapat dirumuskan seperti berikut:

a) Mengecilkan peranan, kuasa mengundi serta hak keistimewaan kalangan a few yang terdiri dari G-2, G6 atau G-7.

b) Meluaskan dan memberi hak mengundi dan memilih pemimpin kepada kesemua 3.2 juta ahli UMNO

c) Mengambil kira pencalonan yang dibuat oleh UMNO bahagian sebagai sebahagian dari jumlah undi untuk menentukan kemenangan calon yang bertanding.

Hanya dengan tiga mekanisme ini, UMNO bakal menjadi parti tersohor dalam mempraktikkan lunas demokrasi secara matang, adil dan lebih menyeluruh.

Melalui kaedah pemilihan sebegini juga UMNO akan lebih diyakini, dihormati dan tidak mustahil bentuk pemilihan yang diamalkan UMNO akan dijadikan model.

Pautan artikel : Perlembagaan Pemuda UMNO

9 comments:

TAIPINGMALI said...

Betul..dari pengalaman yang lalu, ada ahli sanggup melabur beribu ringgit di peringkat bahagian semata-mata untuk menjadi G7.

Setiap 3 tahun sekali si polan ini sibuk kehulu lihir masuk ke ceruk-ceruk bertemu perwakilan untuk dipilih sebagai G7.

Setelah kenyang di KL dia akan mendiamkan diri untuk tahun-tahun berikutnya sehingga ada pemilihan baru diperingkat tertinggi.

Anonymous said...

Dr.,

I refer to the comments and view of Tun Musa Hitam in the news yesterday. His remark of too little UMNO candidates competing for UMNO posts touching on social and economic issues being included in the candidates respective campaigns captures my attention in which I like to support.

I believe that such is true where candidates just touch on the reformation of UMNO, rejuvenation and championing of malay rights as their topics.

Saya berpendapat bahawa topik topik ini adalah topik yang biasa digunakan dalam setiap pemilihan UMNO.

Adalah perlu calun calun baru seperti Dr membangkitkan isu-isu sosial dan ekonomi sebagai agenda utama. Ini tentu sekali akan mendapat perhatian kerana generasi Malaysia sekarang sudah pandai menilai ketelusan hasrat pemimpin sekarang untuk memajukan negara.

minicooper said...

First of all, I too agree that the current process doesn't allow for the real sentiments of the grassroots to have any effect. How can it be that out of 3.2million ahli2 , only 3000 get to determine who our leaders should be?

Apa ertinya sistem pencalonan kalau ia tidak ada sebarang kesan kepada keputusan pemilihan? It's all abt the money.

I am sad that it is all because of our people's own doing.

All the best DR. Hope you'll get to become an EXCO.

ketam said...

Hari ini saya tiba-tiba berasa bangga dengan MP PKR YB Zulkifli Nordin kerana berani menghentam semua orang tanpa mengira parti demi keAgungan Agama ISLAM tercinta.. walaupun saya sedia maklum memang langsung tak suka PKR terutamanya PEMIMPINnya tetapi hari ini saya bangga sebagai seorang MELAYU ISLAM..

Anonymous said...

Salam Dr,
1.Saya sungguh tertarik dgn tulisan Dr kali ini sehingga tergerak untuk memberi komen.
2.Cadangan Dr adalah yang paling bernas sekali dari idea2 blogger lain ttg rasuah wang dlm PAU di kuala lumpur nanti dan patut dimajukan kepada peringkat atasan UMNO.Saya pula akan forward kan tulisan Dr pada blogger lain/
3. Ini jugak akan membantu bakal calun yang miskin(sepertimana kata Datuk Zahidi dlm wawancara di Astro Awani) dan ikhlas dlm perjuangan mereka untuk sama2 bertanding.
4. Untuk Calun yang nak menyogok wang, kalau di Kuala Lumpur mulut yang nak disuapkan hanya 3000 org sap sap sueh je tapi bila pilihanraya UMNO dibuat dibahagian pula berkali ganda, larat ke? Kalau larat pun semua yang dpt tak semestinya menyokong penyogok tu.
5.Namun Dr, kalau semua dah taksub dgn kuasa, pandangan org bawah ni mcm angin melintas lalu je. Tp saya yakin dgn pemimpin yg BERANI BERUBAH kelak akan terlaksana cadangan Dr ini.

Tahniah Dr. Teruskan perjuangan Dr. Saya amat menyanjung pemimpin yang mempunyai visi seperti DR.

RahimOmar
rahim1404@yahoo.com

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam Rahim,

Terima kasih di atas pandangan saudara.

Yang menghairankan saya ialah kenapakah pihak pengurusan UMNO tidak terfikir kepada permasalahan ini dan tidak cepat memperbaikinya.

Hairan sungguh.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam minicooper,

Thank you for your comment.

It's indeed the time for the managament in UMNO to consider the proposal seriously.

It's a little late but it's better than not at all.

Haris Fadzilah said...

Saya setuju dengan Dr.
Mekanisme dalam pemilihan UMNO perlu ditukar dengan mekanisme yang lebih profesional dan berkesan di samping dapat mengelakkan politik wang yang terlalu sukar nak dibendung dengan cara pemilihan sekarang...

har har ha ha ha ha said...

Salam Dr..

Satu idea menarik...tapi tidak berkesan. Kenapa?

Kerana..dalam UMNO, Duit adalah segalanya dan untuk itu pelbagai cara mungkin di lakukan..sebagai contoh..

Banyaklah hantu-hantu berkeliaran semasa penggundian tersebut dijalankan..

Abang-abang Polis FRU akan bertempiran menjaga proses penkiraan undi..

Genarator elektrik perlu disediakan dalam setiap pusat penkiraan undi (takut lampu padam tiba-tiba)

Pembelanjaan pengurusan penggundian yang remeh dan tinggi memerlukan modal yang besar (setakat yuran RM1 mana boleh Cover Yop!!!!, PRU12 berapa juta kerajan abis???)

Sekian terima kasih...

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED