Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Saturday, November 08, 2008

Bhg 3 - Menjejaki Sejarah Pemuda UMNO.

Dr Novandri Hasan Basri

Beberapa fakta mengenai sejarah Pemuda UMNO Malaysia:-

1. Pemuda UMNO Malaysia tidak ditubuhkan serentak dengan UMNO Malaysia. Sayap tersebut 'lahir' 3 tahun selepas tahun 1946.

2. Kapten Hussein Onn merupakan ketua Pemuda UMNO yang pertama. (1949 - 1951)

3. Ketika itu, UMNO diterajui oleh Datuk Onn Jaafar, ayah kepada ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kapten Hussein waktu itu pula, baru sahaja pulang dari medan perang di India.

4. Tatkala itu, visi Pemuda UMNO tertumpu kepada menyokong badan induk di dalam menyatupadukan organisasi Melayu untuk menentang penjajah.

5. Kapten Hussein dilihat sebagai calon yang terbaik untuk menerajui Pemuda UMNO memandangkan beliau mempunyai pengaruh yang kuat untuk mengumpulkan pemuda-pemuda Melayu. Datuk Onn Jaafar merupakan seorang pemimpin dan pejuang yang sangat dihormati oleh orang Melayu ketika itu dan Kapten Hussein dianggap 'kalau kuah tak tumpah ke nasi ke mana lagi' dan 'bapa borek anak rintik'.

6. Kapten Hussein sewaktu menjadi ketua tidak banyak mencetuskan isu-isu politik yang menarik perhatian. Tetapi ianya tertumpu kepada usaha meluaskan sayap pergerakan ke seluruh negara dibuat. Jentera parti juga diperkukuhkan.

7. Pendeknya, kejayaan Kapten Hussein ialah mengasas. Tapi itu sekadar perjuangan.

8. Kapten Hussein tidak lama menjadi ketua. Beliau terpaksa meninggalkan jawatan kerana beliau dilantik di dalam badan induk untuk menjadi Setiausaha Agung parti UMNO.

9. Pemergian Kapten Hussein telah diganti oleh Tun Abdul Razak.

10. Perlantikan Tun Abdul Razak sungguh menarik. Walau pun berpengalaman, beliau nampaknya tidak berminat untuk berjuang dalam Pemuda sahaja.

11. Beliau hadir sama bila pemilihan dibuat. Tapi bukan sebagai perwakilan, cuma menjadi pemerhati sahaja. Di dalam proses mesyuarat itu, ada perwakilan yang mencadangkan nama Tun Razak sebagai ketua. Dan pencalonannya disokong dan tidak ada tentangan diberikan.

12. Perwakilan merasakan Tun Razak boleh menjadikan Pemuda UMNO sebagai satu sayap parti yang berkesan. Tun Razak sudah memperlihatkan kecenderungan dalam politik sejak menuntut lagi.

13. Beliau seorang aktivis pelajar dan menubuhkan MALAYA FORUM di London, England.

14. Waktu di England, beliau menganggotai Parti Buruh dan aktif di dalam parti yang berhaluan kiri itu.

15. Tun Razak juga sudah biasa menghadiri sidang antarabangsa. Performancenya dalam sidang tersebut agak mengkagumkan. Beliau pernah mewakili Malaya ke persidangan Pertubuhan Belia Dunia di Brussels.

16. Walaubagaimana pun, Tun Razak merasakan adalah lebih baik jika beliau terlibat secara langsung dengan badan induk kerana beliau berpandangan adalah lebih berkesan jika beliau berada di badan induk UMNO.

17. Satu lagi proses pertukaran tampuk kepimpinan Pemuda berlaku dan ianya juga sungguh menarik.

18. Tun Razak menjadi ketua Pemuda untuk tempuh kurang daripada setahun sahaja (1951)

19. Persefahaman tercapai dengan Tun Sardon yang ketika itu menjadi Timbalan Presiden UMNO. Tun Razak bertukar jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Tun Sardon menjadi Ketua Pemuda UMNO yang ke-3

(Seterusnya : Klik Sini)

1 comment:

  1. Assalamualaikum Dr.

    Oleh sebab Dr bercerita tentang sejarah Pemuda UMNO, maka saya teringat kepada ucapan oleh Arwah Dato' Mufti Shuib di Perhimpunan Agung UMNO kira-kira dua tahun dulu.
    Menurut Arwah masa beliau muda-muda dulu, kalau saling bertemu dengan ahli UMNO waktu sambil mengayuh basikal, ucapan yang akan disebut atau dilaungkan ialah 'MERDEKA'. Tapi sekarang kalau dua orang ahli Pemuda UMNO bertemu, yg disebut ialah 'apa projek yang engkau dapat?'

    Ungkapan Arwah itu menyimpulkan betapa sudah berubahnya nilai yang dipegang dan dipakai oleh ahli-ahli UMNO dulu dan kini, khususnya dalam konteks Pemuda UMNO.

    Dr. sudah cukup pencalonan utk bertanding exco pemuda atau belum?
    Saya berdoa agar Dr. berjaya mendapat pencalonan yang mencukupi, dan kemudiannya berjaya pula menduduki salah satu kerusi exco pemuda UMNO Malaysia, Insya-Allah.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.