Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Tuesday, November 11, 2008

Bhg 4 - Menjejaki Sejarah Pemuda UMNO.

Dr Novandri Hasan Basri

Sambungan daripada Bahagian 3 :-

20. Tun Sardon memegang tampuk kepimpinan Pemuda tatkala negara sedang di dalam proses memperjuangkan kemerdekaan. Makanya, agenda utama Pemuda UMNO ketika itu ialah membebaskan Malaya daripada cengkaman penjajah.

21. Tun Sardon merasakan cogankata UMNO: HIDUP MELAYU tidak sesuai lagi. Beliau merasakan bahawa cogankata MERDEKA lebih sesuai disebabkan senario negara ketika itu.

22. Akan tetapi, cogankata itu telah digunakan oleh parti PKMM (seteru politik UMNO) yang telah diharamkan oleh Inggeris dan Datuk Onn tidak setuju dengan cogankata itu kerana telah dipakai oleh PKMM.

23. Oleh kerana berlaku perbezaan pendapat, perkara ini telah diserahkan kepada perwakilan untuk dibincang dan diputuskan.

24. Perwakilan bersetuju dengan cogankata MERDEKA dan pada tahun 1951, cogankata tersebut telah digunakan. Perjuangan menuntut kemerdekaan diteruskan dan negara kita merdeka pada 31hb Ogos 1957.

25. Di era Tun Sardon juga, Pemuda UMNO memainkan peranan penting dalam mempertahankan sebarang tuduhan yang dolemparkan oleh negara jiran, Indonesia ke atas pemimpin negara tatkala berlakunya konfrontasi dengan negara tersebut.

26. Satu lagi kejayaan jelas Pemuda di bawah Tun Sardon ialah pengemblengan semangat kepada pimpinan. Pemuda UMNO diberi peranan untuk berbaris di dalam sesuatu program.

27. Walau pun kegiatan berbaris itu di pandang kecil oleh sesetengah pihak tetapi ia sebenarnya dapat memupuk semangat perpaduan dikalangan ahli-ahlinya. Hingga sekarang, kegiatan ini diteruskan dan sudah menjadi tradisi.



28. Di era Tun Sardon juga perlembagaan dipinda untuk tidak membenarkan lagi mereka yang lebih 40 tahun bertanding untuk apa jua jawatan di dalam Pemuda UMNO.

29. Bagaimana pun jawatan utama ketua Pemuda dikecualikan.

30. Perlembagaan untuk menghadkan umur Pemuda UMNO dipinda semasa era Tun Sardon kerana tempoh Tun Sardon dan Datuk Ahmad Badawi menjadi ketua dan naib ketua adalah terlalu lama (1951 - 1964).

31. Anggota-anggota Pergerakan merasakan perlu untuk membuat perubahan, terutamanya setelah melihat bahawa Tun Sardon dan rakan-rakannya tidak berapa mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan perubahan masa.

32. Era Tun Sardon juga terlalu ramai tokoh yang lebih daripada 40 tahun yang menduduki jawatankuasa pergerakan.

29. Dan buat pertama kalinya di dalam kepimpinan beliau, berlaku pemilihan ketua Pemuda UMNO pada tahun 1964.

30. Beberapa tokoh UMNO telah bertanding iaitu Datuk Senu Abdul Rahman, Haji Sulaiman Palestine dan Tan Sri Khalid Awang Osman tetapi Sulaiman dan Khalid menarik diri pada saat terakhir dan memberikan sokongan kepada Senu.

31. Datuk Senu menang dan telah menjadi ketua Pemuda yang ke-4. Sebelum itu, beliau merupakan bekas Setiausaha Agung UMNO.

(Seterusnya : Klik Sini)

2 comments:

  1. Salam Dr...
    Menarik juga kupasan Dr mengenai sejarah Pemuda UMNO terdahulu. Sekurang-kurangnya ia menjadi pengajaran untuk dicontohi oleh Pemuda UMNO sekarang. Kupasan sebegini juga dapat memberi kita ilmu pengetahuan dalam sejarah UMNO. Ia membantu golongan muda dalam UMNO mengenali siapa Pemuda UMNO terdahulu...

    ReplyDelete
  2. Salam Samad,

    Fakta-fakta ini saya perolehi dari sebuah buku "Dilema Pemuda UMNO".

    Saya perlu bergantung kepada reference ini kerana ia adalah sejarah dan kita pun belum ada lagi masa itu.

    Malangnya, sangat susah untuk mencari reference mengenai sejarah Pemuda UMNO.

    Pelik...

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.