Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Thursday, November 13, 2008

Bhg 6 - Menjejaki Sejarah Pemuda UMNO.

Dr Novandri Hasan Basri

Sambungan dari bahagian 5 :-


43. Datuk Harun tidak pernah melobi sesiapa untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO yang terpaksa dikosongkan oleh Datuk Senu pada tahun 1971.

44. Datuk Senu terpaksa melepaskan jawatan itu kerana dia telah di lantik menjadi Setiausaha Agung UMNO yang baru.

45. Dua calon popular untuk merebut jawatan ketika itu ialah Datuk Ali Hj. ahmad dan Datuk Musa Hitam. Datuk Ali adalah Naib Ketua Pemuda dan disokong oleh kumpulan lama di dalam UMNO dan Datuk Musa Hitam menjadi pujaan golongan terpelajar dan golongan UMNO yang mahukan perubahan.

46. Kedua-dua pemimpin dan rakan-rakan mereka saling menyulitkan politik masing-masing.

47. Dalam kekusutan itulah tiba-tiba satu cawangan UMNO dari Kota Baru, Kelantan, telah mencadangkan nama Datuk Harun untuk menjadi Ketua Pemuda. Datuk Samad Idris yang juga dicalonkan telah menarik diri dan menyatakan sokongannya kepada Datuk Harun.

48. Datuk Musa segera mengadakan rundingan dengan Datuk Harun dan kerjasama terjalin. Datuk Musa bersetuju untuk menjadi Naib Ketua Pemuda.


49. Perebutan jawatan kali ini turut melibatkan Tunku Abdul Rahman dan juga beberapa tokoh UMNO seperti Datuk Ali dan Datuk Shariff Ahmad.

50. Tun Razak sendiri tertarik dengan Datuk Harun yang sudah melihat keupayaan Datuk Harun menghadapi soal 13 Mei.

51. Ramai yang cuba menyatakan kepada Tun Razak bahawa kemenangan Datuk Ali lebih baik bagi perpaduan . Tetapi Tun Razak lebih yakin dengan daya pimpinan Datuk Harun.



52. Latar belakang inilah kemudiannya memberikan peluang kepada Datuk Harun menjadi Ketua Pemuda dan untuk selama lima tahun telah mencatat satu sejarah yang begitu mempersonakan Pemuda UMNO!

(Seterusnya : Klik Sini)


5 comments:

  1. dear Dr,
    sejarah menunjukkan kita tidak pernah ketandusan pemimpin yang unggul. tetapi sejarah juga menunjukkan bahawa pemimpin2 unggul Melayu ramai sekali yang akhirnya terkubur oleh kerana hasad musuh, dan teman yang hanya mahu ketawa bersama...
    Dato'Haron Idris faded in disgrace, because "history is always written by the winners". but for me, he never died and lived forever in our hearts. (i meant "my" heart.)

    ReplyDelete
  2. Dr, boleh huraikan sejarah yang begitu mempesonakan Pemuda UMNO tu? saya nak tau jugak...

    ReplyDelete
  3. doc org umno ke? kalau betul nak telusuri sejarah.. mulakan dgn yg mudah2 dulu ler.. cuba cari siapa gerangan yang cipta logo umno tuh.. pastu post la kat blog.. cari ler.. kalau betul nak tahu laa..

    ~hero

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.
    Tahniah kerana konsisten dalam memaparkan sejarah Pemuda.

    ReplyDelete
  5. hmm..sejarah memang tidak boleh dilupakan....

    back to the point- KJ tidak boleh menjadi ketua pemuda


    artikel terbaru saya

    Khairy Jamaludin - Can we write him off?

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.