PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Thursday, November 06, 2008

Ku Li tewas akibat gagal sogok wang?

Dr Novandri Hasan Basri

Dakwaan bahawa lebih 50 bahagian UMNO meminta sogokan wang untuk mencalonkan Tengku Razaleigh merupakan satu isu yang perlu diambil perhatian yang berat dan serius oleh Kepimpinan tertinggi UMNO.

Dakwaan tersebut telah dibuat oleh Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz, pembantu Tengku Razaleigh.

Dan dakwaan ini juga mesti diambil kira oleh Badan Pencegah Rasuah dan diselesaikan dengan jujur dan saksama.

Janganlah isu ini dipandang remeh atau disapu di bawah carpet sahaja.

Atau, ianya sekadar alasan?

Ikutilah :-

Ku Li tewas akibat gagal sogok wang?

(MalaysiaKini)

Tengku Razaleigh Hamzah gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan, dakwa seorang pembantu bekas menteri kewangan itu.

Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan.

"Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang.

"(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang. Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan.

"Tengku hanya menawarkan diri supaya dinilai dan dipilih oleh para perwakilan dan bukannya memberi wang untuk mendapatkan pencalonan,"
katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehingga ini, Datuk Seri Mohd Najib Razak memperolehi 141 pencalonan untuk jawatan presiden Umno daripada 142 bahagian yang telah mengadakan mesyuarat.

Manakala Razaleigh hanya mendapat satu pencalonan - di bahagiannya sendiri, Gua Musang yang mengadakan mesyuarat Sabtu lalu.

'Undi angkat tangan'

Berikutan itu, Najib yang kini timbalan presiden Umno menang tanpa bertanding jawatan presiden itu dalam perhimpunan yang akan diadakan pada 24 hingga 28 Mac tahun depan.

Sebanyak 50 bahagian Umno lagi akan mengadakan mesyuarat pada Sabtu dan Ahad ini, hari terakhir jadual mesyuarat perwakilan selama sebulan.

Kamal Amir berkata, 67 bahagian mencalonkan Tengku Razaleigh untuk jawatan presiden Umno.

Daripada jumlah tersebut, katanya, 66 daripada bahagian tersebut menjalankan pengundian secara terbuka melalui kaedah angkat tangan.

"Bahagian-bahagian tersebut termasuk di Kelantan. Hanya mesyuarat bahagian Muar (yang turut mencalon Ku Li) Ahad lalu, dijalankan secara undi sulit.

"Jika mesyuarat dibuat secara undi sulit, saya yakin keadaan pencalonan untuk Tengku (Razaleigh) boleh berubah,"
katanya.

Kamal Amir berkata, kebanyakan mesyuarat bahagian tidak membincangkan usul, sebaliknya perwakilan meninggalkan mesyuarat selepas selesai mengundi.

Ini, katanya, seolah-olah perwakilan hanya mahu mengundi dan tidak berminat untuk membahaskan usul seperti dalam mesyuarat perwakilan sebelumnya.

9 comments:

second generation. said...

Salam Dr.

Kalaulah perkara itu benar, kita umpama keluar mulut tempayan jatuh dalam telaga.
Jenayah banyak sangat terjadi dalam negara kita. Pendatang asing pun tak takut nak jadi peragut dan penculik. Sampai pistol pun depa ada dan berani tembak polis kita. Tapi polis kita kira cekaplah. Boleh balas tembak untuk mempertahan diri.
Tapi dalam politik negara kita sapa yang boleh jadi polis untuk menjaga supaya hak kita tak kena ragut. Nasib baik kita masih ada Raja-Raja dan Sultan Melayu.

NOBISHA said...

Ada beberapa cara kita boleh mentafsirkan kenyataan ini:

1. Tengku Razaleigh tidak popular sehingga ada orang merasakan dia perlu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan. Najib popular, sebab itulah dia tidak perlu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan.

2. Tengku Razaleigh tidak mengeluarkan wang, maka dia tidak mendapat pencalonan. Adakah ini bermaksud Najib mengeluarkan wang, maka dia mendapat pencalonan?

Agak-agak, yang mana satukah yang betul?

Samad said...

Salam Dr...
Saya setuju dengan Nobisha... Dua-dua berkemungkinan betul. Yang pertama, Ku Li tidak popular sebab itulah tidak dapat pencalonan. Bila dah malu, maka terkeluarlah isu kononnya beliau 'bersih dan suci' daripada politik wang...Itupun kita tak tahu, mungkin beliau pernah juga sogok wang tapi dah orang tak nak calonkan, nak buat macam mana ye tak... Yang kedua, saya tak pasti tapi kemungkinan Najib ada menyogok wang mungkin ada sebab kita ketahui sekarang beliau ada macam-macam tuduhan skandal Eurocopter, Altantuya dan lain-lain...

Moshe said...

Melihat kepada senario UMNO hari ini saya yakin dakwaan Tengku Razaleigh ada asas yg kukuh, memandangkan sistem pemilihan UMNO kini sangatlah kotor dan dipenuhi dgn rasuah melampau. Jika kita menilai terhadap reaksi dan situasi selepas PR 12 di mana ahli UMNO sendiri ramai melahirkan ketidakyakinan terhadap parti dan lantangnya suara yg mahukan perubahan, maka adalah rasanya mustahil beliau hanya mendapat satu pencalonan shj, setidaknya melebihi apa yg diperolehi walau pun mungkin tidak cukup kuota.

Rasuah politik sudah jadi macam mandatori dlm UMNO..!!!

blogger said...

kalau dilihat dari aspek kredibiliti dan populariti,Najib lebih menyerlah dari Ku Li.bukan nak kata Ku Li tak bagus langsung cuma Najib memang lebih menyerlah sebab Najib merupakan bakal PM,seorang Timbalan Perdana Menteri dan anak kepada Bekas Perdana Menteri.

Ku Li pula kurang popular berbanding Najib.Najib tak menabur wang pun dia boleh tetap menang.lagipun dah bukan zaman Ku Li ketika ini sebab ramai ahli UMNO lebih memihak pada Najib.

Ku Li kena terima hakikat ini.

azlan said...

benarkah Ku Li kalah sebab ada politik wang berlaku untuk jawatan Presiden ataupun dia kata begitu untuk tutup malu sebab hanya dapat satu pencalonan?

diulangi lagi...satu pencalonan sahaja!

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Salam

Pemimpin UMNO adalah pemimpin Melayu. Pemimpin UMNO adalah pemimpin kerajaan. Pemimpin UMNO menerima dan memberi wang untuk menjadi pemimpin.
Adakah kita semua dipimpin oleh perasuah?

prello said...

Kalau dah gagal macam tu ada juga malu2 sikit tu. Banyak la cerita yang akan dibuka untuk menutup kegagalan. Ye lah, dulu dia bukan main hebat berkata2, macam dekat Malaysia ni dia sorang je yang mampu jadi PM.

antipolitikwang said...

Realiti perwakilan saya berkesempatan merayu agar undi diberi pada seseorang calon untuk jawatan ketua pemuda m'sia tapi jawapan yang saya terima "cemana nak undi calon 'A' salam kosong je".. betapa beruknya perangai perwakilan pemuda. Patutla umo dah 30an jadi deskpatch je.

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED