Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Monday, December 22, 2008

DAP Repot Kepada Anwar Ibrahim..

Dr Novandri Hasan Basri

Apakah satu perkara lumrah yang semua orang (termasuk ahli-ahli PAS dan DAP) sudah tahu jawapannya apabila kita membincangkan isu perkahwinan parti PAS dan DAP?

Ya benar.

Mereka tidak akan dapat berkongsi ideologi politik. Ianya diibaratkan seperti langit dan bumi, cuma bezanya ialah pemimpin-pemimpinnya dapat berlakon dengan agak baik seperti adegan drama Anwar Ibrahim dan 16 September beliau.

Apabila berdepan dengan orang Islam, PAS akan melaung-laungkan negara Islam dan hududnya tetapi apabila dengan orang bukan Islam, pemimpin-pemimpin PAS menyepi seribu bahasa malah dapat bersekongkol dengan rela hati bersama-sama pemimpin-pemimpin DAP.

Makanya, tidak menghairankan apabila Lim Kiat Siang dan anak kesayangan beliau yang juga kroni nyata beliau, Lim Guan Seng, melenting menyatakan tanda bantahan terhadap kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bahawa PAS akan tetap menjalankan hukum Hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan.

Apa pun, penulis lebih berminat menunggu jawapan Karpal Singh mengenai isu hudud ini. Beliau lebih dramatik apabila membicarakan isu hudud ini. Berkemungkinan besar beliau akan mengulangi hasrat beliau untuk dilangkah mayat beliau dahulu sebelum PAS mahu melaksanakan hukum Hudud?

Jika kita amati dengan teliti, pihak yang sebenarnya menjadi mangsa dek lakonan Husam dan the Lim's ialah ahli-ahli PAS itu sendiri.

Penulis simpati apabila ahli-ahli PAS diperkotak-katikkan sedemikian rupa oleh pemimpin-pemimpin PAS. Perjuangan ahli-ahli PAS yang berpaksikan kepada perjuangan asal parti PAS telah dicemari oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri.

Yang bertambah malang ialah pemimpin-pemimpin PAS seperti Husam tidak lagi berselindung dan mampu menjadi talam dua muka hanya kerana mengejar undi-undi bukan Melayu yang dipunyai oleh DAP.

Kini PAS tidak boleh lagi melaung-laungkan perjuangan Islam mereka kerana mereka juga adalah parti Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DS Anwar Ibrahim yang sememangnya mahukan undi-undi bukan Melayu jatuh ke pangkuan beliau.

Penulis tidak pasti jawapan Anwar Ibrahim apabila Guan Eng merepotkan 'kenakalan' Husam kepada beliau. Seperti kata Guan Eng, hudud tidak terdapat di dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Kita semua tahu bahawa Anwar Ibrahim tidak dapat berpihak kepada mana-mana parti.

Mungkin satu perkara yang mampu Anwar lakukan ialah melencongkan pemikiran rakyat daripada terlalu memikirkan perbalahan di antara DAP dan PAS dengan mewar-warkan seluruh dunia bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri pada tahun baru ini?

Dan seperti biasa, Lim Kiat Siang akan mula mengertak dan meleceh-lecehkan pemimpin PAS.

"Jika gagal dijelaskan, kenyataan Husam boleh menimbulkan rasa tidak senang, serba salah dan bantahan bukan sahaja di kalangan 11 peratus pengundi Cina di pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi juga kepada semua pengundi di seluruh Malaysia," kata Lim lagi - MalaysiaKini

Kesimpulannya, mungkin sudah tiba masanya untuk ahli-ahli PAS kembali berfikir.

2 perkara mungkin boleh dilakukan iaitu mendesak pemimpin-pemimpin PAS supaya menarik parti PAS keluar daripada Pakatan Rakyat atau pun ahli-ahli keluar daripada parti tanda tidak setuju.

Terpulanglah.

9 comments:

  1. Apa lah nilai pihak PAS di mata parti pelampau DPA yang pada dasarnya terang-terang menentang islam dan melayu tertegak mulia di bumi Malaysia ini.

    Perkongsian yang terlalu RAPUH ini menanti masa untuk REPUT lalu hancur kerana mereka saling berperang pada sentimen dan idealogi yang tidak pernah sehaluan walaupun masing-masing bijak menyembunyikan kecuriagaan antara satu dengan yang lain.

    Contoh yang paling mudah lihat kenyataan DAP:
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm

    Walaupun begitu ini merupakan salah satu bukti yang menunjukkan kuasa yang mereka ingin ragut daripada pemerintah yang jelas membela rakyat, tidak mendapat izin dan kebenaran daripada Allah s.w.t.

    Kita tunggu saat mereka hancur sedikit masa lagi... pada masa itu nanti kita juga akan dapat mendengar JANJI dan JAMINAN daripada manusia yang "Angkat Bakul Sendiri" dan menganggap dirinya pemimpin maha agung serta pintar berusaha meyakinkan masyarakat dan rakyat kononnya dia adalah hero yang benar-benar mampu menyatukan antara ekstremis agama dan ekstremis cina ini berbaik-baik. Walaupun agama sudah hilang kesuciannya dan bangsa tergadai maruahnya...

    Insya'Allah kita tunggu kehancuran pakatan rapuh ini..

    "TAKBIR DAN PERJUANGANMU PAS,HANYA UNTUK PKR DAN DAP"

    ReplyDelete
  2. Salam hatiminda,

    Itulah masaalahnya jika 'perkahwinan' parti-parti politik hanya sekadar untuk musim pilihanraya saja.

    Yang menjadi mangsa ialah pengundi-pengundi yang mengharapkan satu 'miracle' daripada gabungan alternatif ini.

    Makanya lain kali, janganlah kita mengharapkan terlalu banyak pada PR. Mereka telah gagal dan akan terus gagal.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Bagi saya, kita bukannya nak pertikaikan hukum hudud yang Allah Taala ciptakan. Cuma kita nak pastikan adakah benar PAS nak laksanakan hudud semata-mata kerana Islam atau semata-mata kerana agenda politik mereka memang begitu. Jika kerana politik semata-mata, dimanakah keikhlasan mereka sebenarnya?...

    Yang paling besar cabaran bagi mereka adalah pastinya tentangan daripada DAP yang sejak dari awal tak setuju dengan perlaksanaan hudud. Yang menghairankan bilamana ada pemimpin DAP yang berlagak seperti seperti orang Islam, mereka memuji sampai ada yang menyamakan pemimpin DAP tersebut sama seperti khalifah... Masya ALLAH... Bila berhadapan dengan DAP, mereka seolah-olah lupa dengan agenda mereka nak memperjuangkan Islam...

    Bagi saya PAS tidak sepatutnya sertai Pakatan Rakyat. Mereka sepatutnya berdiri sendiri. Mereka seolah-olah tidak yakin atau tidak yakin akan kekuatan mereka sendiri. Kerana politik, mereka sanggup bergabung dengan PKR dan DAP. Mereka terpedaya dengan janji-janji manis Anwar. Entah apalah agaknya 'ayat power' Anwar yang bisa mencairkan hati mereka sehingga mahu bekerjasama dengan PKR dan DAP.

    Saya yakin Pakatan Rakyat takkan bertahan lama kerana sejak daripada pembentukan mereka, sudah mula menampakkan bibit-bibit tak sehaluan antara tiga komponen tersebut. Jangan kata antara tiga komponen malah mereka sesama sendiri dalam satu parti pun boleh tak sefahaman... Yang ni kata lain, yang tu kata lain... Tapi si Anwar ni bijak mengaburi mata rakyat. Rakyat seolah-olah tak nampak kelemahan-kelemahan ini malah mereka menyangkakan Pakatan Rakyat adalah gabungan yang mantap dan kuat...

    Kembali kepada kisah PAS, percayalah, selagi PAS bekerjasama dengan DAP, mereka pasti tidak dapat laksanakan hudud...

    ReplyDelete
  4. PAS memang suka berbohong... bohong sunat katanya....
    nak buat hudud ikut mejoriti pulak dahhhhh....kalau menang pilihan raya tak ka pilihan mejoriti.... tak ke bodoh jawapan tu.. Dulu kan main lagi tak kira apa pun sanggup mati demi laksanakan hudud...sekarang ni dah lain bunyi plak dah bila dah rasa nikmat dunia pegang kuasa... itu lah jadi nya bila perjuanggan islam hamnya topeng kepada pemimpin PAS. Ahli di bawah melalak tak tentu pasal bila gula2 dijanjikan pemimpin PAS...
    Masya allah... sedarlah wahai ahli PAS.. pemimpin kamu tu lagi teruk dah mula pandai mintak %, duit kopi, pekej pelancongan... nahhhhh...

    ReplyDelete
  5. entah kenapa dengan Husam.dia macam tak tetap pendirian.sebelum ni berapi-api pasal hudud kemudian dia kata pulak hudud lambat lagi untuk dilaksanakan.nampak sangat PAS kemaruk dengan undian orang Melayu dan bukan Melayu.

    PAS dah terjerat dalam permainan mereka sendiri.apa halnya dengan Husam apa bila dia berkata DAP lebih Islamik dari UMNO hanya kerana Guan Eng menjadikan Khalifah Umar sebagai ikutan.

    PAS dah hilang punca.begitu juga dengan DAP.DAP terpaksa bersuara kerana dah memang peel mereka untuk menentang hudud.

    ReplyDelete
  6. PAS tak boleh bergerak bebas di Pakatan Rakyat.sebab apa?sebab kena jaga hati PKR dan DAP.tapi lebih kepada DAP lah.kalau sebelum PR ada,PAS lebih bebas dan boleh bersuara seperti mana yang mereka nak.

    tapi kini tidak lagi.

    PAS seperti terpaksa menurut kata-kata DAP dan PKR.contoh macam hudud.Husam berapi-api bercakap pasal Hudud tapi tak lama lepas tu Husam kata hudud lambat lagi dilaksanakan.PAS tersepit.tersepit antara untuk mendapat undian dan membentangkan ideologi tersendiri.

    ReplyDelete
  7. Inilah kebesaran Allah SWT...semakin hari semakin terserlah pembohongan PAS yang menggunakan nama agama demi mendapatkan kuasa dan pengaruh Politik....

    Kalau dulu masyarakat terus tertipu dengan dogma PAS yang kononnya berteraskan Islam, dan tidak ada peluang penipuan sebegini dibongkarkan...kini setelah mereka berkahwin dengan DAP dan PKR yang nyata menolak Islam, maka tiada ruang lagi untuk mereka nak tipu guna nama Islam...

    Hanya yang masih belum terbuka hatinya sahaja yang menyokong PAS, rata-rata yang menyokong PAS selama ini yang betul-betul sangka PAS ialah peneraju Islam di Malaysia kini dah semakin pudar kepercayaan terhadap PAS...

    Masa inilah UMNO seharusnya ambil peluang kembali memenangi hati masyarakat Melayu/Islam Malaysia...

    Doa kita ialah agar Allah terus menunjukkan kebenaran dan kepalsuan kepada kita semua...

    ReplyDelete
  8. Cabaran sebenar Pas untuk menegakan hukum Hudud yang datang dari Allah adalah UMNO dan bukannya DAP kerana DAP kita semua sudah maklum terang-terang orang kafir mejority nya dan mereka dah tentulah tak faham tentang islam tetapi UMNO orang islam yang tahi tentang islam tetapi tidak cuba memehami malahan cuba pula menghasut dan menakut-nakutkan orang bukan islam macam DAP yang tak faham tentang islam dan kadang kala cuba pula melaga lagakan PAS dan DAP semeta mata untuk mencapai matlamat politik mereka.......
    Sepatutnya sebagai sebuah Parti yang mejority islam macam UMNO sepatutnya mereka meyokong PAS untuk melaksanakan hukum Allah ini bukan sebaliknya setidak tidaknya umno senyap saja lah kalau sudah rasa tak mampu hendak menegakkan hukum Allah bukan sebaliknya......
    Biarlah PAS yang berminat hendak melaksanakan hukum Allah ni laksanakan walaupun kita tahu ia agak memakan masa dan bukannya mudah kerana PAS perlu berdakwah dan memehami orang bukan islam dan juga orang tak faham tentang islam macam UMNO kerana dalam jiwa mereka sudah sebati dengan undang-undang atau hukum yang di bawa oleh penjajah walaupun negara kita sudah lima puluh tahun lebih ditinggalkan penjajah...........

    ReplyDelete
  9. Mereka ni tak habis2 hanya bergantung dengan kata2 je. Semua main cakap je. Sedangkan realitinya, mereka mempunyai masalah untuk menjalankan hukum tersebut dengan adanya mereka bersekongkol dengan DAP. Kena langkah mayat Karpal dulu nampak gaya nya. Langkah, jangan tak langkah.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.