JOIN FACEBOOK DR MIM

Saturday, December 06, 2008

Dr Khir: Segerakan majlis kempen

MalaysiaKini

Calon ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyeru majlis berkempen calon-calon disegerakan, khususnya bagi membolehkan mereka bertemu perwakilan bahagian-bahagian yang tidak mencalonkan masing-masing.

"Saya perlu bekerja kuat untuk meraih sokongan," katanya, yang berdepan dengan pertarungan tiga penjuru dengan naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan exco pergerakan itu Datuk Mukhriz Mahathir.

Daripada 62 pencalonan bahagian, bekas menteri besar itu menerima sokongan besar dari Selangor (15 daripada 22 bahagian), Perak (11 daripada 24) dan Wilayah Persekutuan (8 daripada 13 bahagian).

Sementara Khairy mendapat pencalonan kuat di Kelantan (8 daripada 14 bahagian) dan Sabah (10 daripada 25), dan Mukhriz meraih sokongan bulat dari Kedah (14 daripada 15 bahagian), Johor (13 daripada 25), Pahang (8 daripada 14) dan Negeri Sembilan (4 daripada 8).

Khairy, juga ahli parlimen Rembau, mendapat 53 pencalonan, manakala ahli parlimen Jerlun 74 pencalonan.

Dr Mohamad Khir bimbang beliau ditohmah merasuah untuk mendapat sokongan para perwakilan memandangkan beliau seorang ahli politik tanpa sokongan keluarga, berbanding dua pesaingnya - seorang menantu perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan seorang lagi anak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya takut dikambinghitamkan. Saya anak orang biasa. Saya bertanding atas dasar kejujuran dan keikhlasan," katanya.

Beliau mencadangkan majlis berkempen di peringkat negeri nanti menemukan ketiga-tiga calon tersebut untuk memperkenalkan visi dan misi mereka.

Julai lalu, ibu pejabat Umno mengeluarkan satu garis panduan etika berhubung cara-cara berkempen dan larangan sewaktu perebutan jawatan-jawatan.

Dalam tata etika tersebut, calon yang bertanding bagi jawatan- jawatan utama di peringkat Majlis Tertinggi (MT) dibenarkan berkempen dalam majlis penerangan bawah pengawasan ibu pejabat Umno.

6 comments:

  1. salam doc,

    hehehe...biasanya dlm politik apa yg terucap tak sama dgn realiti!

    ....sinikal sungguh ayat DKT ni..."Saya takut dikambinghitamkan. Saya anak orang biasa. Saya bertanding atas dasar kejujuran dan keikhlasan," katanya.
    ....sayu,makan dalam,ikhlas...hmmm berbagai tafsiran terlintas dalam kepala pasal ayat ni!...mungkin kena minta saudara Faizal(KP Kapar) bantu huraikan kot!


    anakjati_sgway

    ReplyDelete
  2. Dr,

    1. Hasrat Dr.M mahu sebut nama calon-calon yang disyaki terlibat dengan politik wang dalam blognya, mungkin termasuk juga nama Khir Toyo?

    2. Jika betul nama Khir Toyo ada dalam senarai Dr.M, ini jelas menunjukkan bahawa Dr.M hanya mahu berkempen untuk 'memenangkan' anaknya Mukhriz.

    3. Melalui cara ini Dr.M telah menyerang KJ melalui cara yang telah kita sedia maklum. Manakala Khir Toyo diserang melalui politik wang.

    4. Kita harap Dr.M boleh siarkan nama calon-calon yang disyaki terlibat dengan politik wang.

    5. Kita nak tengok ada tak nama Mukhriz bin Mahathir dalam senarai tersebut?

    ReplyDelete
  3. khir toyo sebenarnya lebih mempunyai advantage jika dibandingkan dgn mukhriz dan kj.
    khir toyo merupakan bekas menteri besar selangor(besar pangkat tu), presdien MBM ( besar tu)

    jadi kita harap khir toyo tak payahlah nak berlakon dan meminta simpati. lagi pun team khir toyo sekarang ini hebat menghentam tun dan mukhriz.

    ReplyDelete
  4. Peristiwa penyapu sukar hilang dari ingatan. Ia menghantui penerimanya seumur hidup. Juga menghantui rakyat Malaysia seluruhnya. Khir Toyo juga masih malu bila mengingatnya walaupun beliau cuba membela tindakannya. Cina Hindu pun tak sampai begitu biadapnya.

    ReplyDelete
  5. Dr...

    Dikambing hitam, bukan anak dan menantu dan bekas orang miskin......nampaknya DKT telah mempunyai alasan jika beliau kalah dalam perebutan ini......tp macamana pencalonan KP boleh naik mendadak...inilah yang dikatakan pemimpin hebat...berpolitik.

    ReplyDelete
  6. "Saya takut dikambinghitamkan. Saya anak orang biasa. Saya bertanding atas dasar kejujuran dan keikhlasan," katanya.

    Ini ayat sedih macam nak merayu simpati...Kesian... Kalau tak nak di'kambinghitam'kan, jangan bertanding... Apa masalahnya jika anak orang biasa atau anak PM atau anak mantan PM? Sama saja. Kalau betul perjuangan tu betul dan ikhlas tak perlu takut kekalahan. Bila dah buat kenyataan begitu, seperti orang yang 'desperate' nak jawatan tersebut...

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.

.