FACEBOOK DR MIM

Siapakah Yang Patut Jadi MB Selangor?

Thursday, December 04, 2008

Politik tuntut-menuntut

Mohd. Ridhuan Tee Abdullah

(Utusan Malaysia)

Isu ketuanan Melayu bukanlah satu isu baru yang telah dibangkitkan oleh parti-parti politik Cina seperti MCA, Gerakan dan DAP. Ia adalah isu lama yang kerap kali digunakan sebagai senjata untuk mencari publisiti murahan dan pengaruh.

Seperti yang telah saya tulis sebelum ini, parti-parti politik Cina tidak pernah serik, malah semakin berani dan lantang serta sengaja membangkitkan isu-isu perkauman yang berkaitan sensitiviti orang Melayu.

Ia sengaja dibangkitkan untuk menguji reaksi orang Melayu. Apatah lagi kedudukan orang Melayu berada dalam keadaan yang lemah selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12) Mac 2008.

Apa yang dapat saya katakan, orang Cina tetap tidak rugi apa-apa sama ada berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Mereka tetap menang sama ada berada dalam Kerajaan Pusat (BN) mahupun kerajaan negeri (Pakatan Rakyat).

Pada hemat saya, inilah bentuk perubahan dikehendaki oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Pada persepsi Soi Lek, PRU 12 adalah petanda rakyat mahukan perubahan daripada perjuangan perkauman kepada perjuangan untuk semua bangsa Malaysia.

Inilah intipati ucapan beliau yang saya layari dalam laman blognya. Pada Soi Lek, ucapannya telah dipolitikkan.

Setelah membaca sepenuhnya teks ucapan beliau bertajuk Change the Game, saya tidak nampak, ucapan beliau dipolitikkan oleh media, khususnya Utusan Malaysia.

Perubahan

Seperti kata-kata pemimpin-pemimpin Cina sebelum ini, Soi Lek mahukan rakyat Malaysia berubah seperti mana rakyat Amerika Syarikat yang memilih Barack H. Obama, merentasi batasan bangsa dan warna kulit. Perubahan yang dimaksudkan beliau termasuklah ungkapan ketuanan Melayu.

Katanya: "The slogan/phrase of 'Ketuanan Melayu', of Master and Servant relationship becomes unacceptable… the younger generation of various races will not accept it. We accept Malay Leadership, but not Malay Supremacy. "We must change the concept of power sharing. We accept Malay Leadership, but not Malay Supremacy."

Semua sedia maklum bahawa setiap negara yang dijadikan oleh Allah SWT ada tuan punya asal sesuatu bangsa. Dengan sebab itu, kita dapati bangsa-bangsa yang dijadikan Tuhan akan menjadi tuan di tempatnya.

Misalnya, Ketuanan Melayu membentuk negara Melayu, Ketuanan Cina membentuk negara China, Ketuanan India membentuk negara India, Ketuanan Siam membentuk negara Siam (Thailand) dan lain-lain negara yang boleh dijadikan contoh.

Sepanjang tinjauan saya, belum ada sesebuah negara menjadi majmuk secara semula jadi. Setiap negara bermula dengan satu bangsa. Dalam hal ini, sudah tentu kita menerima Orang Asli adalah penduduk asal dalam setiap negara di dunia ini. Kemajmukan berlaku melalui proses migrasi.

Perlu diingatkan, penggunaan istilah ketuanan Melayu bukan perkara baru. Ia adalah bagi menggambarkan bahawa orang Melayu adalah etnik asal dan seharusnya mendapat hak-hak istimewa berbanding kaum lain seperti mana yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dipolitikkan

Saya fikir orang Cina faham makna sebenar ketuanan Melayu tetapi sengaja dipolitikkan untuk mendapatkan political mileage terutama kalangan pemimpin mereka. Persepsi yang mengatakan jika orang Melayu adalah tuan, maka hambanya orang Cina sengaja diada-adakan. Begitu juga dengan ungkapan "Hidup Melayu". Jika Melayu hidup, siapa pula yang mati?

Apa yang nyata, orang Cina sengaja memperbesar-besarkan isu ini, walaupun mereka tahu tujuan sebenar penggunaan istilah ini. Lebih ekstrem lagi, mereka menggunakan isu ini sebagai faktor kehilangan banyak kerusi BN dalam PRU 12.

Justeru, saya ingatkan pemimpin-pemimpin Melayu supaya melayari laman web parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Cina ini serta buletin mereka untuk menyelami betapa kiasunya mereka.

Isu-isu yang menjadi sensitiviti kaum bukan hanya diperdebatkan, malah dihina dan dikeji. Saya tidak menafikan juga laman-laman pemimpin Melayu yang lain.... (Klik di sini utk bacaan setarusnya)

6 comments:

  1. Dr.,

    betul kah cerita soi lek dan anwar berpakat seperti apa yang saya baca dalam web G.A.P?

    -orgtanjongtokong-

    ReplyDelete
  2. salam.

    bila buka pasal isu perkauman,ramai benar yang hendak jadi jagoan.masing-masing mahu menjadi jaguh buat bangsa masing-masing.

    kita di Malaysia ni pelik skit.kalau ada orang Melayu yang membuka atau menyentuh sikit isu pasal kaum,pasti ada liputan media yang luas dan sepatahdua kata dari kaum lain.tapi kalau kaum bukan melayu membuat kenyataan tentang Melayu maka seperti ia "dibolehkan".

    ada juga isu yang seperti yang sengaja diapi-apikan.contoh seperti fatwa yoga.ada pula yang kata fatwa tersebut bersifat "menghina" padahal fatwa tersebut adalah untuk orang Islam dan bukanlah bertujuan menghina mana-mana agama.

    ReplyDelete
  3. Salam Dr.

    Dalam politik berbilang kaum, masing-masing nak jadi hero. Isu yang yang boleh menaikkan semangat kaum menjadi keutamaan.

    Negara kita masih lagi mengamalkan konsep berbilang kaum. Lihat saja bidang pendidikan. Kalau asasnya pun sudah mengikut kaum, lain-lain dituruti sajalah. Sukar untuk satu semua kaum melalui satu konsep Malaysia untuk semua. Masing-masing kaum ada kepentingan masing-masing.

    ReplyDelete
  4. Ada hikmah sebenarnya. Sekarang kita dah nampak dengan jelas hati budi yang kita anggap rakan rupanya niat dan matlamat kaum Cina memang jauh untuk menChinesekan Malaysia.

    ReplyDelete
  5. salam doc,
    memetik kata saudara Mohd Ridhuan Tee...."Saya tidaklah menyokong sangat saranan Mukhriz ini, tetapi pengalaman saya memimpin PIBG di sekolah yang majoritinya pelajar Cina di Sekolah Jenis Kebangsan Cina (SJKC), menyebabkan saya terpaksa bersependapat dengan Mukhriz, walaupun ia amat pahit untuk diluahkan sebagai seorang berbangsa Cina."
    ...dan hasilnya boleh kita lihat di sekeliling kita...rakyat Malaysia yg tidak tahu berbahasa Malaysia!...hatta di parlimen yg menjadi nadi negarapun terdapat 'spesis' pelik ini!

    p/s:ada hikmah disebalik kontroversi ini...sikap kiasu mereka jelas terbukti!!...menjadi ingatan kepada kita orang Melayu!


    anakjati_sgway

    ReplyDelete
  6. Sikap2 tidak bertanggungjawab ahli politik dengan bermain dengan isu2 begini memang tidak patut. Mereka hanya mencetuskan huru hara oleh kerana sikap mereka yang mahu menjadi hero.

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.