Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Saturday, May 31, 2008

Ezam Jangan Gelojoh Dan Bermimpi

Dr Novandri Hasan Basri

Pada mulanya penulis tidak mahu menulis sebarang artikel mengenai Mohamad Ezam Mohd Noor. Bukan apa tetapi kemasukan beliau di dalam UMNO bukanlah satu sumber yang bernilai untuk dibincangkan di dalam blog ini. Akan tetapi apabila penulis terbaca kenyataan beliau di muka surat 3, Utusan Malaysia bertarikh 30hb Mei 2008, penulis tidak boleh berdiam diri dan ingin juga bersuara!

Penulis berpendapat bahawa kemasukan beliau di dalam UMNO terlampau mendapat publisiti yang meluas, samada di media cetak mahu pun media alternatif. Sehingga hari ini, cerita Ezam masih terpapar di suratkhabar-suratkhabar utama. Utusan Malaysia menjadikan cerita Ezam sebagai bahan berita utama di muka depannya (30hb Mei 2008).

Publisiti yang tidak habis-habis ini akan meyebabkan Ezam berasa ‘besar kepala’ atau terasa sangat ‘popular’ sehinggakan beliau mulai bermimpi di siang hari dan berani berangan-angan untuk melayari jawatan tinggi di dalam UMNO dalam masa yang begitu singkat, sedangkan keahlian beliau belum pasti diluluskan.

Malah kelulusan keahlian beliau tidak sepatutnya senang atau disenangkan. Beliau perlu melalui probation period untuk memastikan ketahanan dan kejujuran beliau untuk berjuang di dalam UMNO. Atau pun beliau sekadar opportunis politik yang telah nampak satu peluang terbuka di masa krisis UMNO sekarang ini.

Realitinya, penulis kurang senang dengan cara beliau masuk ke dalam UMNO serta mengadakan press conference mengalahkan pemimpin-pemimpin besar. Dan yang menambahkan lagi rasa kurang senang penulis ialah di masa press conference itu, Ezam berkata, beliau sedia untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO!

. Apa? Ezam mahu bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO?
. Mohamad Ezam Mohamad Noor, you must be joking!

Memang benarlah firasat penulis. Publisiti yang melampau mengenai Ezam telah menyebabkan beliau ‘besar kepala’ atau terasa ‘sangat berharga’ sehinggakan terkeluar kenyataan-kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh salah seorang bekas musuh utama UMNO dan baru sahaja memohon untuk menjadi ahli baru di dalam UMNO.

Kenyataan untuk mendapatkan jawatan di dalam UMNO itu telah mengundang keraguan kita kepada kejujuran Ezam. Dalam konteks ini, kita tidak boleh disalahkan kerana Ezam sendiri yang gelojoh dan seperti menyetujui segala keraguan kita.

Malah kesedian beliau untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia, seolah-olah beliau tidak pernah melakukan kesalahan besar tidak berapa lama dahulu kerana mengkritik, mengecam dan memburuk-burukkan parti UMNO.

Ironinya, hati beliau langsung tidak tergerak untuk meminta maaf kepada seluruh ahli UMNO kerana beliau pernah membelakangi dan menconteng arang ke muka semua ahli UMNO!

. Inikah sifat pemimpin yang mahu memimpin Pemuda UMNO?
. Di manakah sifat rendah diri atau pun faham kehendak ahli-ahli dari akar umbi?

Beliau perlu ingat bahawa kekuatan UMNO adalah pada ahli-ahlinya dan bukan Pak Lah atau pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. Malah kesempatan untuk memberi sendiri borang keahlian UMNO kepada Pak Lah serta dipaparkan di dalam media-media, tidak akan menjadikan Ezam seorang ahli UMNO yang special atau pun lain daripada yang lain!

Walau bagaimana pun, penulis tidak akan terkejut jika Ezam akan menafikan kenyataan di atas pada keesokan harinya jika beliau dikritik keras atau ditegur oleh ramai pihak. Tapi penulis sentiasa percaya bahawa kenyataan yang pertama biasanya menunjukkan niat hati yang sebenarnya manakala kenyataan seterusnya yang telah ditokok tambah hanya merupakan jawapan orang politik yang tidak ikhlas.

Inilah yang dinamakan politik, nafi bila rasa tergugat, teruskan niat itu jika tiada yang membangkang!

Masaalahnya, tiada kedengaran bangkangan yang signifikan untuk menyedarkan Ezam agar tidak terlalu awal memimpikan sesuatu jawatan di dalam UMNO. Yang penulis tahu, kesinisan jawapan Tun Dr Mahathir tentang kemasukan Ezam di dalam UMNO terasa lebih pedas dan ‘menyusuk hingga ke sum-sum tulang’!

Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, penulis tidak mempunyai sebarang motif untuk mengkritik Ezam dengan keras. Penulis bukannya mahu bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Malaysia. Penulis bukan tidak mengalu-alukan kemasukan ahli-ahli baru ke dalam parti UMNO, malah penulis sentiasa mengalakkan rakan-rakan penulis untuk menjadi ahli UMNO.

Dalam konteks ini, kepimpinan UMNO perlu arif dan pertimbangan mereka pula tidak terpesong dek teruja dengan publisiti yang dibawa oleh Ezam. Realitinya, terlalu sukar untuk kita membaca dan mengetahui niat hati orang, walau seikhlas mana pun.

Makanya, Ezam perlu lebih banyak membuktikan keikhlasan dan jangan mengundang atau menambah lagi kekusutan yang sedang berlaku di dalam UMNO. Beliau tidak perlu bermimpi bahawa karier politik beliau semasa di parti Keadilan itu dapat dijadikan batu loncatan untuk naik lebih cepat di dalam kepimpinan UMNO.

Apa pun, Ezam perlu meminta maaf dahulu kepada ahli-ahli UMNO! Dan kritikan penulis ini ikhlas agar Ezam sentiasa berpijak di bumi yang nyata dan tidak terpesong arah tuju perjuangannya di dalam UMNO.

Thursday, May 29, 2008

Isu Islam Hadhari : Dimanakah Suara Perasminya?

Dr Novandri Hasan Basri

Seperti dijangkakan, isu pengharaman program yang berkonsepkan Islam Hadhari di Selangor dan Pulau Pinang tidak ditangani dengan sewajarnya oleh Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet yang beragama Islam.

Seperti dijangkakan, kelantangan suara pemimpin-pemimpin yang diharap-harapkan tidak kedengaran, malah isu pengharaman ini seperti satu perkara yang kecil dan tidak penting.

Yang kedengaran sekarang ialah suara-suara yang lemah dan tidak mungkin mampu menggegarkan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. Tercuit pun mungkin tak mampu.

1. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali itu menunjukkan beliau kemungkinan ketinggalan dari segi kefahaman prinsip tersebut. (Utusan Malaysia, 28hb Mei 2008)

2. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad berkata, tindakan kerajaan Selangor itu merupakan perkembangan yang tidak sihat untuk politik negara dan orang Melayu. ''Keputusan kerajaan negeri itu lebih kepada retorik politik. Mereka sekadar pandai menolak tetapi tidak mengemukakan alternatif lain yang boleh membetulkan salah faham masyarakat mengenainya,'' katanya. (Utusan Malaysia, 28hb Mei 2008)

3. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tanggapan bahawa Islam Hadhari tidak diperlukan di Selangor ialah pendapat kerajaan campuran Selangor semata-mata. "Itu adalah pendapat dia (kerajaan campuran Selangor). Dia hendak politikkan Islam Hadhari. Kita sudah jelaskan Islam Hadhari merupakan satu konsep pembangunan tamadun yang terancang. "(Utusan Malaysia, 27hb Mei 2008)

4. Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) tetap meneruskan program Islam Hadhari yang dirancang untuk kerajaan Selangor bernilai RM24 juta sepanjang tahun ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz, hari ini (Berita Harian, 28hb Mei 2008)

5. Datuk Pirdaus, Exco Pemuda Malaysia berkata kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang yang turut ditunjangi Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu berasa takut dan terancam dengan pendekatan Islam Hadhari ini. "Mereka sepatutnya perlu lebih takut kalau mereka tidak mampu menunaikan janji-janji pilihanraya mereka. "Islam menegaskan siapa yang membuat janji dan tidak melaksanakan janji tersebut maka mereka tergolong dalam golongan yang munafik", ujarnya. (web Pemuda UMNO Malaysia, 27hb Mei 2008)

Ulasan

Penulis mungkin terlepas pandang tetapi sehingga saat ini (29hb Mei 2008, 8.30 malam), penulis tidak dapat mencari sebarang kenyataan Perdana Menteri mengenai isu pengharaman program yang berkonsepkan Islam Hadhari!

Islam Hadhari yang dirasmikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak dipertahankan oleh beliau sendiri? Kenapa ? Why ?

Mungkin para pembaca sekalian telah mengikuti ulasan Pak Lah mengenai isu ini. Jika ada, penulis harap informasi itu dapat dikongsi bersama-sama di dalam blog ini.

Jika tidak ada, kenapa ? why ?

Jika ada, kenapa begitu lambat untuk membuat ulasan? Apakah pengharaman program berkonsep Islam Hadhari merupakan satu perkara remeh yang tidak akan mengganggu gugat akidah dan persepsi rakyat mengenai agama Islam?

Apakah haram bagi satu pihak dan halal bagi satu pihak yang lain, begitu normal? Apakah dengan mengatakan bahawa isu ini berbau politik, maka failnya ditutup dan kerajaan campuran Selangor tidak perlu diajar?

Dalam masa yang sama, penulis ingin juga melihat sama ada Datuk Dr Hassan Mohamed Ali benar-benar jujur untuk ‘membetulkan’ sebarang persepsi umat islam dan bukannya untuk tujuan politik PAS.

Sebagai permulaannya, beliau boleh menegur Datuk Hj Hadi Awang kerana mempelopori Hukum Dewan Ulamak PAS Kelantan yang dikeluarkan pada Ogos 1963. Hukum itu mengatakan, ‘Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir dan haram.’

Jika beliau dapat melakukan perkara tersebut, arahan Datuk Dr Hassan Mohamed Ali di Selangor adalah valid, jujur dan mesti diterima oleh semua pihak termasuk kerajaan pusat. Jika beliau berdolak-dalih, arahan beliau itu memang berbau politik dan menyetujui pandangan Jakim, Yadim dan Datuk Seri Najib Razak.

Kekeliruan

Dari perspektif yang berlainan, rakyat sebenarnya tidak boleh dipersalahkan jika tidak faham, atau tidak menerima Islam Hadhari itu sendiri. Ulasan-ulasannya tidak konkrit, rumit, berjela-jela dan akhirnya menambahkan lagi kekeliruan kepada semua pihak.

Penulis bernasib baik kerana masih menyimpan sebuah buku yang bertajuk ‘Islam Hadhari & Pembangunan Umat’ yang diterbitkan pada tahun 2004, terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia.

Untuk membuktikan bahawa ulasan-ulasan daripada sumber-sumber utama telah menimbulkan kekeliruan, di dalam topik ‘Islam Hadhari & Pembangunan Umat’, penulisnya telah menerangkan bahawa:-

‘Islam Hadhari atau al-Islam al-Hadhari bermaksud Islam civilize yang bersifat progresif dan maju, bukan lagi persembahan Islam dalam bentuk tradisional yang bersikap bertahan (defensive) atau hanya beramal dengan apa yang ada atau hanya ulangi apa yang telah ada sepanjang hayat.’

Persoalannya, sejak bila pula terdapat Islam yang berbentuk tradisional dan civilize? Realitinya, Islam adalah agama yang tidak akan lapuk dek masa, sentiasa relevan dan sahih sehingga ke hari kiamat. Tidak ada tradisional atau civilize di dalam Islam itu sendiri, cuma umatnya sahaja.

Umat Islam memang ada yang tradisional atau civilize atau pun apa sahaja perkataan bombastik yang mahu digunakan oleh penulis tersebut. Tetapi Islam tetap yang satu dan tidak ada pecahan-pecahannya. Maksudnya, Islam mesti diterima secara keseluruhannya termasuk sejarah silamnya, pengajarannya dan segala-galanya.

Penulis tersebut turut mengatakan bahawa,

Gagasan Islam Hadhari itu adalah gagasan politik semasa yang timbul dari kreativiti para pendukung dan pemimpin-pemimpin politik khasnya UMNO bagi menyegarkan lagi pembangunan masyarakat dan negara berasaskan Islam.’

‘Ini membawa erti bahawa tajuk ini perlu diteropong dari senario politik semasa itu dengan mengambil kira beberapa persoalan seperti sejarah dan pemikiran, keperluan dan tuntutan kepada istila itu.’

Persoalannya, sejak bila pula Islam Hadhari itu merupakan satu gagasan politiik? Dan apakah yang mahu disegarkan pembangunannya, Islam atau umatnya?

Kenyataan yang berbunga-bunga oleh penulis tersebut pastinya menambahkan lagi kekeliruan kita semua. Penulis tersebut cuba tidak mempolitikkan intonasi pengertian mengenai Islam Hadhari tetapi gagal dan ini akan menyebabkan sesetengah pihak beranggapan bahawa Islam Hadhari turut merupakan mainan politik UMNO.

Dan untuk pengetahuan para pembaca sekalian, salah seorang pencetus idea Islam Hadhari itu ialah Datuk Hj Nakhaie Hj Ahmad, Yang Dipertua YADIM. Patutlah beliau merupakan salah seorang yang pertama mengulas mengenai isu pengharaman program berkonsep Islam Hadhari, satu respon segera yang patut dipuji.

Penulis teringat di masa ceramah mengenai “Islam Hadhari & Pembangunan Umat” yang diadakan di Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada tahun 2005. Semasa sessi soal jawap, penulis telah bertanya kepada penceramah tersebut. Soalan penulis mudah iaitu :-

“Jika kita boleh memutarkan kembali masa dan kembali ketika perbincangan kerangka Islam Hadhari oleh pihak YADIM dan Penasihat Agama Perdana Menteri, Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK), apakah kita masih mahu menamakannya Islam Hadhari atau pun Umat Islam Hadhari?”

Penceramah tersebut berkata bahawa nama itu tidak penting dan yang penting ialah pengertian mendalam dan mempraktikkan 10 perkara asas yang didokong di dalam Islam Hadhari.

Penulis berkata lagi,

“Ya betul. Tapi bukankah umatnya yang perlu di ‘hadhari’kan dan bukan agamanya? Hadhari tu pada umatnya kerana Islam tetap Islam, umatnya yang berubah-ubah dan perlu diubah.”

Tuesday, May 27, 2008

Selangor Haramkan Program Berkonsep Islam Hadhari

Dr Novandri Hasan Basri

Isu terbaru yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia hari ini (27hb Mei 2008) pasti akan menimbulkan satu lagi polemik politik yang menarik dan mencabar kepimpinan Pak Lah. Semestinya, pengharaman konsep Islam Hadhari ini akan ditentang oleh kepimpinan BN sedia ada (jika ada) kerana itu adalah kerja mereka.

Mulai hari ini, mari kita lihat dan dokumenkan dengan terperinci :-

  1. Setiap approach dan kelantangan kepimpinan tertinggi UMNO (jika ada) di dalam menangani isu ini.

  2. Atau apakah kepimpinan tertinggi UMNO akan hanya meletakkan masaalah ini kepada kementerian yang bertanggungjawab kepada hal-ehwal agama Islam sahaja.

  3. Bagaimanakah reaksi Pak Lah di dalam isu ini?

  4. Apakah suara Pak Lah akan didengar oleh kerajaan Selangor?

  5. Atau pun 'biar aja lah' ?

Tetapi dalam masa yang sama, penulis juga tergelak dengan hikayat dongengan Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang mengatakan bahawa Pas bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana mahu mentadbir Selangor dengan menegakkan di atas prinsip sama rata dan keadilan kepada rakyat.

Penulis juga berasa kesihan kepada ahli-ahli PAS dan DAP kerana mereka telah ditipu secara terang-terangan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Sejarah telah membuktikan bahawa ideologi PAS adalah antagonis yang nyata kepada ideologi DAP!

Utusan Malaysia

SHAH ALAM 26 Mei - Kerajaan Selangor mengharamkan sebarang program yang yang dikaitkan dengan konsep Islam Hadhari dilaksana dan dikembangkan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, melalui arahan tersebut, kesemua masjid dan surau di negeri itu tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, arahan itu dibuat kerana konsep Islam Hadhari tidak diperlukan di Selangor, memandangkan ajaran Islam yang diamalkan umat Islam di negara ini termasuk di negeri itu telah pun lengkap dan menyeluruh meliputi pelbagai bidang kehidupan manusia.

"Kita haramkan Islam Hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.

"Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari," katanya pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berakhir di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hassan berkata, Pas bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP membentuk pakatan pembangkang kerana mahu mentadbir Selangor dengan menegakkan di atas prinsip sama rata dan keadilan kepada rakyat termasuklah menghentikan amalan pentadbiran '30 peratus komisen, 50 peratus komisen' dan kronisme.

Malah katanya, kerajaan negeri hari ini juga turut menukar pemberian tender daripada rundingan terus kepada tender terbuka 'bagi mengelakkan daripada melakukan dosa.'


Terbaru : P. Pinang mahu haramkan Islam Hadhari

Malaysiakini

Pulau Pinang akan mengikut jejak Selangor yang melarang sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin bersetuju dengan langkah yang diambil oleh exco hal-ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali seperti diumumkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

"Negeri (Pulau Pinang) akan mengambil tindakan yang sama dalam masa terdekat," katanya. Langkah Pulau Pinang ini tidak bermotifkan politik, tambah Mohammad Fairus, sebaliknya untuk "mengembalikan ajaran Islam yang sebenar."

Beliau, seorang lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata konsep Islam hadhari menyalahi prinsip sebenar Islam

Sunday, May 25, 2008

Mahathir Quits UMNO - Adab & Harapan

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis ingin membincangkan 4 perkara yang saling berkaitan di antara satu sama lain. Isunya adalah mengenai krisis yang melanda di dalam parti UMNO.

1. Pada 23hb Mei 2008, penulis berkesempatan untuk berSMS dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pemuda UMNO Malaysia mengenai kekusutan dan salah faham yang timbul tentang perletakkan ahli Tun Dr Mahathir dan konsep pelan pemulihan UMNO yang dibaca di dalam media-media.

Penulis menulis, Assalamualaikum Dato Seri. Can you elaborate more regarding ‘pelan pemulihan UMNO’ as discussed in MT meeting? If I may give my opinion, there’s lack of of 2 way communication between leaders and grassroots.

We’re kept in the dark, guessing & wondering without any guidance. Our point of reference are newspaper & tv & not from our own leaders.

This is not healthy & frustrating. Dato Seri, as you too, we love UMNO but not because of anybody’s order or authority. But at the same time, we can’t just swallow every order without rationalizing & wanting more info.

Dato’ Seri, if the explanation is precise & solid, we can help in reducing the misunderstanding in this cyber world which mainly are from the youth. Please Dato Seri…’

Jawapan SMS daripada Datuk Seri Hishammuddin (dengan izin Datuk Seri) ‘we are going to finalize only in the retreat 4 – 5th June 2008. Will bring down (to grassroots) after that.'


Kekusutan

2. Apabila berlakunya sesuatu kekusutan di dalam penilaian penulis mengenai parti UMNO, sebagai generasi pasca-merdeka, penulis sentiasa cuba mencari pandangan tokoh-tokoh veteran pejuang UMNO. Bagi penulis, mereka adalah insan-insan terbaik untuk mendapat ilham, petunjuk dan semangat. Lebih-lebih lagi seperti para pembaca sekalian, kita hanya mempunyai rasa cinta dan setia kita kepada UMNO.

Pandangan mereka menjadi lebih berharga apabila mereka sudah lagi tidak mempunyai sebarang kepentingan di dalam UMNO. Maksudnya, pandangan mereka lebih berani, ikhlas dan patut diterima dengan hati yang terbuka, terutamanya pemimpin-pemimpin UMNO sekarang.

Baru-baru ini, seorang pejuang veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani telah memberi nasihat yang pada pendapat penulis sangat bernilai di dalam menangani kekusutan UMNO.

Secara ringkas, Tan Sri Aishah Ghani merupakan salah seorang pejuang Melayu yang menyertai perhimpunan yang menuntut kemerdekaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada Mac tahun yang sama. Beliau menyertai UMNO Kampung Baru pada tahun 1949. Pada tahun 1963 beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Naib Ketua Wanita UMNO.

Tan Sri merupakan wanita yang pertama di Malaysia serta wakil wanita Malaysia yang pertama ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (1967 hingga 1972
). Beliau menjadi wakil Malaysia ke Persidangan Suruhanjaya Taraf Wanita PBB.

Pada tahun 1972, Aishah dipilih menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia sehingga
1984. Pada 1 Mac 1973, beliau dilantik sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat dan memegang jawatan ini sehingga tahun 1984.


Dengan pengalaman yang sangat luas, nasihat Tan Sri Aishah Ghani tentunya perlu didengar.

Tan Sri Aishah Ghani berkata bahawa beliau yakin kemelut Dr Mahathir dan Abdullah dapat diselesaikan "jika Pak Lah beransur sikit".

"Cadangan saya dalam hal ini Pak Lah beritahu bila nak berundur. Dulu dia pernah cakap tapi tak beritahu bila. Jadi sekarang masanya dia beritahu.”. "Bukan apa, orang muda sekarang bukan senang nak percaya. Bila ada jangka waktu orang yang harap Pak Lah berundur tak adalah nak gesa dia, sebab dah tahu bila dia nak buat," katanya.

Tan Sri Aishah berkata beliau banyak mendengar "cakap-cakap" daripada kalangan anggota parti sendiri yang sinis dengan kenyataan Abdullah untuk melepaskan jawatan.

"Itulah masalahnya, cuma cakap saja tapi orang tak nampak. Macam kenyataan (timbalan perdana menteri) Datuk Seri Najib (Razak) kata dia akan bincang pasal peralihan kuasa dengan Pak Lah, buatlah cepat. Jangan cakap saja," katanya.

Tan Sri Aishah, 85, berkata sebagai "orang lama" yang membesar di dalam parti beliau sedih dengan apa yang berlaku dalam Umno sekarang.

"Kami ni dah tak boleh buat apa-apa, dah tak ada kuasa, cuma anggota biasa sahaja. Yang kami ada cuma pengalaman dan kasih sayang kami terhadap Umno, dan kerana kasih sayang kamilah kami masih beri pandangan dan nasihat. Sama ada mereka (pemimpin sekarang) nak ikut atau tidak terpulang kepada mereka," katanya.

Kebenaran

3. Penulis ingin membawa para pembaca sekalian kepada satu perspektif ilmiah yang perlukan penelitian. Terdapat 4 persoalan utama yang perlu dijawap:-

1. Berapakah sebenarnya jumlah ahli-ahli UMNO yang mahukan Pak Lah mengundur diri?

2. Bagaimana caranya kita dapat mengira dan mengumpul data-data tersebut?

3. Jika benar, bagaimana caranya untuk kita menterjemahkan data-data tersebut kepada satu tindakan yang mesti digunapakai oleh kepimpinan tertinggi UMNO?

4. Bagaimanakah cara dan bila Pak Lah perlu meletak jawatan?

Penulis perlu berasional apabila membincangkan perkara ini kerana kita dituntut untuk berfikir, mengkaji dan execute dengan seragam, bersama-sama dan tactical agar ianya tampak besar serta mewakili suara majoriti ahli-ahli UMNO.

Dalam masa yang sama, jika suara-pandangan yang lantang meminta Pak Lah meletakkan jawatan itu bukannya suara majoriti ahli-ahli UMNO, apakah ahli-ahli akan berpegang kepada prinsip demokrasi dan kembali bersama-sama memperkuatkan parti UMNO atau pun terus menjadi pressure group atau trouble shooter?

Secara ringkas, ‘polls’ yang terdapat di dalam beberapa bloggers menunjukkan bahawa UMNO memerlukan perubahan kepimpinan. Akan tetapi, petunjuk kepada ‘polls’ tersebut tidak boleh dijadikan sandaran utama kepada persoalan di atas kerana limitasi-limitasi ‘polls’ tersebut.

1. Blog Datuk Khir Toyo

Sehingga hari ini, 17150 orang telah menjawap ‘polls’. 15195 (88%) mahukan kepimpinan tertinggi UMNO ditukar. Manakala 1955(11%) menjawap tidak perlu.

2. Web KMU.Net

Apakah Perlu Pak Lah Lakukan?

Meletak Jawatan 89.92% (10115)
Terus Menjadi PM 10.08% (1134)

Total Votes: 11249

3. Blog tunku

Should Pak Lah Resign?

Yes, he has failed 2921 (86%)
No, he has strong support 125 (3%)
Lets give him another chance 322 (9%)

Votes so far: 3368

3. Minda Intelek Melayu

Apakah Pak Lah Patut Menawarkan Diri Untuk Bertanding Semula Jawatan Presiden UMNO?

Tidak 444 (87%)
Ya 65 (12%)


Votes so far:509


Adab & Harapan

4. Apakah ketiga-tiga perkara di atas dapat disimpulkan menjadi satu keputusan yang dapat meredakan segala kekecewaan, kemarahan dan kebingungan rakyat sekarang?

Kesimpulannya, penulis dapati bahawa kepimpinan UMNO sedang mendengar suara-suara ahli UMNO. Seperti para pembaca sekalian, penulis juga mahukan tindakan yang efektif dan bukannya sekadar ucapan pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak membawa sebarang perubahan.

Akan tetapi secara adabnya, pemimpin tidak boleh dimalukan. Lebih-lebih lagi jika pemimpin tersebut merupakan seorang pemimpin tertinggi di dalam sebuah negara. Realitinya, kaedah menurunkan pemimpin tersebut akan bakal dicatitkan di dalam sejarah dan akan diperturunkan kepada generasi-generasi seterusnya.

Dan jika berpegang kepada penerangan sms Datuk Seri Hisahammuddin, kita perlu memberi sedikit ruang kepada kepimpinan UMNO yang sedia ada untuk memastikan pertukaran kepimpinan tertinggi UMNO berlaku secara adab dan tidak memalukan sesiapapun.

1. Jika benar beliau tidak dapat memenuhi kategori seseorang pemimpin yang diharapkan oleh sesetengah rakyat tetapi apakah kita tidak sudi untuk memberi muka kepada beliau?

2. Apakah Pak Lah begitu jahat sehinggakan kita tidak mahu beliau beredar dari arena politik secara terhormat?

3. Apakah kita begitu marah kepada beliau sehinggakan kita tidak peduli kesan buruk yang pasti ditanggung oleh cucu-cicit dan keturunan beliau?

Dalam masa yang sama, seperti nasihat Tan Sri Aishah Ghani, kepimpinan UMNO perlu menjelaskan tarikh dan mekanisme dengan jelas, segera dan tepat mengenai petukaran kepimpinan tertinggi.

Hanya dengan cara ini sahaja, segala kekeliruan dan kekecewaan ahli-ahli dari akar umbi dapat dibendung dengan efektif dan konstruktif.

Mungkin ada di antara pembaca sekalian yang tidak bersetuju dengan penulis dan mengganggap bahawa penulis sedang memimpikan penyudahan yang tidak mungkin akan terjadi.

Tapi seperti kata Martin Luther King, Jr. (15 Januari 1929-14 April 1968) seorang pemimpin hak asasi terkenal dan lelaki termuda yang dianugerahkan gelaran Hadiah Keamanan Nobel (1964) - Everything that is done in the world is done by hope.

Ya, penulis sedang mengharap.

Wednesday, May 21, 2008

Mahathir Quits UMNO - 'Philosophy' Politik Dr Mahathir

Dr Novandri Hasan Basri

Siapa sangka kanak-kanak ini akan menjadi seorang negarawan terbilang Malaysia? Siapa sangka beliau mampu menerajui negara selama 22 tahun? Siapa sangka beliau akan mengoncang dunia dengan ketegasan beliau mempertahankan keamanan dunia dan mengkritik secara terbuka mengenai kewujudan proksi Yahudi yang mengenggam leher pemimpin-pemimpin tertinggi Amerika Syarikat?

Siapa sangka beliau telah berjaya merubah sosio-ekonomi Malaysia ke tahap yang gemilang seperti hari ini?

Siapa sangka di masa krisis matawang Asia pada tahun 1997, beliau menidakkan petua IMF, menyalahkan krisis tersebut kepada spekulator matawang dan mengubati dengan mengawal pengaliran kewangan negara serta menetapkan kadar pertukaran terhadap dolar Amerika Syarikat? Siapa sangka kaedah ekstrem ini berjaya dengan cemerlang dan rakyat Malaysia terlepas daripada menanggung kesengsaraan yang nyata seperti negara-negara tetangga?

Siapa sangka di tahap pencapaian tertinggi beliau, beliau mengumumkan persaraan secara tiba-tiba? Dan siapa sangka beliau telah mengumumkan perletakan keahlian beliau sebagai ahli UMNO?

Beliau ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sejak 19hb Mei yang lepas sehingga hari ini, penulis masih bingung. Penulis kembali mencari dan membaca artikel-artikel lama penulis mengenai Dr Mahathir dan juga buku-buku ilmiah mengenai beliau serta hasil tulisan beliau sendiri. Penulis cuba memahami secara terperinci dan rasional, philosophy politik terbaru beliau ini dan mencari samada Dr Mahathir pernah bertindak drastik seperti 19hb Mei 2008 .

Yang paling dekat dengan pendekatan terbaru beliau ini ialah di awal penglibatan beliau di dalam politik. Di dalam buku ‘Legasi Mahathir’, hasil tesis PhD kawan penulis, beliau telah mengkaji lingkaran legitimasi politik dan segala legasi Dr Mahathir.

Di dalam buku itu tercatit bahawa di awal penglibatan Dr Mahathir di dalam politik, Dr Mahathir dengan lantangnya telah menyalahkan kepimpinan UMNO ke atas taraf hidup kaum Melayu sehingga membawa kepada peristiwa hitam 13hb Mei 1969.

Sejarah telah mencatitkan bahawa pada 17 Jun 1969 Tun Dr Mahathir yang juga dikenali sebagai Young Turk telah menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman bertujuan menyatakan kekecewaan beliau serta sekumpulan ahli UMNO ke atas dasar serta kegagalan Tunku memperbaiki taraf hidup kaum Melayu.


Tunku Abdul Rahman ketika itu dilihat bersikap lembut kepada kelantangan orang Cina dan kelemahan kerajaan berhubung dengan hukuman gantung sampai mati ke atas 11 orang yang didapati bersalah menderhaka kepada negara ketika Konfrontasi.

Bagaimana pun, surat yang sepatutnya bersifat peribadi itu telah sampai ke tangan wartawan dan tersebar ke khayalak ramai. Untuk menyakinkan masyarakat bukan Melayu bahawa UMNO tidak menyokong golongan ekstremis, pemimpin-pemimpin UMNO telah melucutkan keahlian Dr Mahathir.

Akan tetapi, perlucutan keahlian beliau telah menimbulkan rasa kurang keyakinan orang Melayu sendiri terhadap keupayaan parti UMNO untuk mempertahankan hak-hak kaum Melayu.

Malah, satu petisyen bersama 1600 tandatangan meminta Tunku Abdul Rahman telah diterima sehari sebelum Dr Mahathir dilucutkan keahlian di dalam perhimpunan di Auditorium Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Seperti Dr Mahathir yang kita tahu hari ini, beliau tidak pernah gentar walau pun tindakan beliau itu mungkin akan memusnahkan karier politik beliau. Baginya, sesuatu mesti dilakukan untuk meningkatkan martabat kaumnya sendiri. Dan oleh kerana sikapnya itu yang persisten, teguh dan mementingkan kaumnya lebih daripada diri sendiri, Dr Mahathir dianggap wira oleh bangsanya.

Perbandingan

39 tahun berlalu, kini Dr Mahathir berdepan dengan suasana politik yang hampir sama beliau hadapi dahulu.

Jika dibuat perbandingan,

1. Jika dahulu, ketidakpuashatian beliau berlandaskan kepada kelembutan dan kelemahan kerajaan di bawah UMNO untuk menangani kaum-kaum lain di Malaysia, hari ini Dr Mahathir tidak puas hati terhadap kepimpinan UMNO yang dianggapnya lemah, tidak berani dan ‘milik satu keluarga’

2. Jika dahulu, pemimpin-pemimpin UMNO telah melucutkan keahlian Dr Mahathir, hari ini Dr Mahathir sendiri yang menarik diri.

3. Jika dahulu, Dr Mahathir merupakan ahli politik yang baru berkecimpung di dalam politik, hari ini beliau merupakan mantan Perdana Menteri serta mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang semasa karier beliau menjadi Perdana Menteri.

4. Jika dahulu, Dr Mahathir berumur 49 tahun, hari ini beliau berumur 83 tahun.


Perbandingan di atas pastinya menimbulkan beberapa lagi persoalan di benak kita.

1. Apakah Dr Mahathir beromong-omong kosong di dalam blog beliau apabila beliau menerangkan dengan jelas tentang 39 perkara yang menyebabkan kekalahan relatif BN di masa PRU-12?

2. Apakah Dr Mahathir sengaja mereka-reka cerita untuk mendapatkan publisiti?

3. Apakah ketidakpuashatian beliau itu disengajakan?

Penulis cuba berasional dan mencari motif Dr Mahathir.

1. Di dalam politik, modus operandi menerangkan kelemahan orang politik yang lain ialah agar ahli-ahli tidak menyokong ahli politik tersebut tetapi menyokong calon-calon politik lain yang turut bertanding untuk jawatan tersebut.

Dr Mahathir?

Tidak mungkin modus operandi beliau sedemikian rupa. Beliau tidak pernah lagi menginginkan sebarang jawatan di dalam UMNO. Makanya, tidak ada udang di sebalik batu terhadap ketidakpuashatian Dr Mahathir.

2. Dr Mahathir adalah mantan Perdana Menteri. Sebagai rakyat biasa, beliaulah yang paling rapat dan senang untuk mendapatkan segala informasi mengenai kerangka, halatuju, motif, pergerakan sesuatu tindakan dan pelan kerajaan. Ianya mungkin juga termasuk aktiviti-aktiviti ‘off the record’ yang tidak mungkin diketahui oleh penulis dan pembaca sekalian.

Makanya, segala perkara yang ditulis oleh Dr Mahathir tentulah berasas dan patut dicarikan jalan penyelesaiannya secepat yang mungkin.

Persoalannya, jika seorang mantan Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada bangsa dan negara itu tidak diendahkan segala pandangannya, di manakah letaknya pandangan kita, rakyat biasa yang tidak mempunyai pangkat atau jawatan di dalam parti?

Walau bagaimana pun, selama menjadi ahli UMNO, penulis telah dididik agar setia kepada parti dan bukannya individu-individu tertentu. Penulis dididik melalui pandangan dan ucapan-ucapan Dr Mahathir sendiri.

Jika kita selidiki ucapan-ucapan Dr Mahathir di setiap Perhimpunan Agung UMNO, beliau kerap lagi menegaskan agar ahli-ahli UMNO setia kepada parti UMNO. Parti UMNO mesti diletakkan di tempat yang tertinggi di dalam takrifan politik kaum Melayu, melebihi segala-galanya.

Parti UMNO bukannya berkonsepkan idolisme tetapi ianya lebih menyeluruh, demokratik, murni dan perlu disanjungi. Secara peribadi, penulis tidak dapat menerima perletakkan keahlian Dr Mahathir.


Penulis meminta maaf tetapi perletakkan keahlian Dr Mahathir telah menidakkan segala apa yang penulis sokong selama ini iaitu kesetiaan kepada parti UMNO melebihi segala-galanya.

Sebagai generasi muda di dalam UMNO, penulis percaya segalanya perlu di selesaikan di dalam parti dan bukannya di luar sana atau memilih parti politik yang lain. Penulis juga percaya demokrasi tetap wujud di dalam UMNO dan kita berhak untuk memilih pemimpin-pemimpin kita dan juga berhak menentukan masa depan kita.

Seperkara lagi, jika benar kepimpinan yang sedia ada tidak seperti yang Dr Mahathir harapkan, setidak-tidaknya penulis masih dapat memandang tinggi parti UMNO kerana kehadiran Dr Mahathir. Sekarang?

Maka dengan ini, penulis memohon kepada Tun Dr Mahathir agar menarik balik niat Tun itu.

Penulis faham dan akur kepada maksud yang tersurat dan tersirat. Begitu juga diharapkan kepada para pembaca sekalian. Kami akan menggunakan hak kami sebagai ahli UMNO untuk memperbetulkan segala kepincangan yang berlaku di dalam parti UMNO di masa mesyuarat cawangan dan bahagian kelak dan begitu juga Mesyuarat Agung UMNO pada bulan Disember ini.

Permasalahan asas

Selain daripada itu, penulis dapati bahawa sejak kebelakangan ini, pemimpin-pemimpin UMNO bahagian dan pusat telah membuat pelbagai keputusan tanpa mendapat pandangan dan restu daripada ahli-ahli akar-umbi. Malah, ahli-ahli dari akar umbi hanya mengetahuinya melalui pihak media sahaja. Di manakah usaha untuk ‘turun ke padang’, mendengar suara ahli-ahli dan mendekati rakyat seperti yang dicanang-canangkan dahulu?

Malah, sehingga hari ini, tidak ada seorang pemimpin UMNO pun yang cuba menjelas dan menyelesaikan permasalahan asas (root cause) kepada segala kekusutan yang kita hadapi hari ini. Segala perkara yang dibangkitkan oleh mantan Perdana Menteri masih belum terjawap.

Ianya seperti luka yang cuba ditutupi dengan pembalut tanpa luka itu sendiri tidak diendahkan dan tidak dirawati. Pendekatan ini tidak betul dan pastinya akan mendatangkan pelbagai kesan negatif jika dibiarkan begitu sahaja.

Malah, segala persoalan yang selama ini tidak ditangani dengan cepat dan tidak terjawap juga merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan berlakunya krisis di dalam UMNO. Yang kedengaran sekarang hanyalah peringatan agar ahli-ahli di suruh bersatu padu dan setia kepada parti UMNO.
Dan juga suara sumbang Tun Musa Hitam yang mengatakan Dr Mahathir seperti ‘duri dalam daging’.

Mahathir Quits UMNO - Event At 11.00am (21/5/08)

Malaysia Insider

KUALA LUMPUR, May 21Tun Dr Mahathir Mohamad has two immediate political goals – to force the resignation of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and prevent Datuk Seri Anwar Ibrahim from becoming the PM.

Today he disclosed his plan to achieve both objectives by urging Barisan Nasional MPs to quit the coalition, become independents and force the collapse of the Abdullah administration.

This suggestion comes at a time when some BN MPs are feeling insecure over their future in an increasingly uncertain political climate, and talk of crossovers continues to cast a shadow over Parliament.

Dr Mahathir, who resigned from Umno on Monday, attempted to mine this sense of insecurity by pointing out that if 35 BN cross over to the Opposition as speculated, the BN government will fall and the Pakatan Rakyat will form the new government. He said that crossing over to Pakatan Rakyat will not help BN MPs.

"What will happen to the BN elected representatives who cross over? They will not become the prime minister because surely a Pakatan leader will be the PM. Pakatan members will also want to become ministers and deputy ministers. How many places will be kept for BN members who cross over. Definitely not everyone will get positions," he said in a posting on his blog.

But if BN MPs leave the coalition and do not join the Opposition, they will have more options, he said. These MPs will be free to support or reject government legislation or policies or motions by the Opposition.
If this switch of allegiance leaves the backbenchers without a majority, the Abdullah Badawi-led government will fall, he noted.

"The new government can only be set up if agreed to by all BN MPs who have left the coalition because they have the power to decide whether BN or Pakatan can be the majority in Parliament...If BN replaces Datuk Seri Abdullah with someone brave, the group which has left BN can them support the BN and the BN can form the government again.

"This is one way to force Datuk Seri Abdullah to resign. After this, all BN MPs can return to their parties," he said.

His suggestion is unlikely to gain traction among the 140 BN MPs for a simple reason: there are too many ifs in the equation. For ruling coalition MPs, there is more certainty crossing over to the Pakatan Rakyat than moving into unfamiliar territory and becoming independents.

Anwar has promised several Sabah MPs including Datuk Anifah Aman senior positions in the new government. For these politicians, the game plan is to revive a Sabah political party and then join the Pakatan Rakyat. There will be little stigma attached to crossing over because they will argue that they are switching allegiance to safeguard Sabah’s interest.

Anwar has said that by Sept 16, the Pakatan Rakyat will form the new government – a scenario that sends chill up the spine of Dr Mahathir and some of his supporters. The de facto Opposition leader has said all along that Dr Mahathir with the help of some politicians and businessmen fabricated corruption and sodomy charges against him.

The former prime minister believes that the man who he sacked and jailed in 1998 will come after him with vengeance if he captures the top political office in the country.

Dr Mahathir’s strategy also presupposes that Abdullah and the BN government will meet the prospect of MPs becoming independents with inertia. The Malaysian Insider understands that the BN governnment is open to the idea of calling fresh elections if the political situation becomes unstable. And any move by a group of BN MPs to resign from their component parties and become independents will be the trigger point for the dissolution of Parliament .

Tuesday, May 20, 2008

Mahathir Quits UMNO - Event at 9.48am (20/5/08)

Abd Bashid Harun
Presiden Tiewrist Dot Com

Assalamu’alaikum wr wbt.

SAYA tidak menyangka tindakan Tun sejauh itu. Sebagai seorang yang dilihat sangat sayangkan UMNO, saya agak terkejut dengan tindakan beliau keluar daripada UMNO.

Lebih terkejut lagi apabila beliau mengajak ahli UMNO lain mengikut jejaknya. Saya mengkagumi pemikiran-pemikiran Tun dan tulisan-tulisan saya tentang Tun membuktikan hal itu. Tetapi saranan untuk mengikuti jejak beliau agar keluar daripada UMNO, ini tidak dapat saya lakukan.

Bagi saya Tun dan Pak Lah tidak lebih penting daripada UMNO.Jika seorang menyerang dan seorang lagi mempertahankan diri, itu hal mereka berdua, UMNO jangan dilibatkan. Tetapi nampaknya “UMNO” menjadi pertaruhannya.

Saya cukup khuatir kerana tindak-tanduk mereka berdua UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn akan jadi sejarah. Pada waktu itu orang akan bertanya siapakah yang menjadi penyebabnya. Tun yang menyerang Pak Lah atau Pak Lah yang mempertahankan serangan Tun?

Kepada ahli-ahli UMNO marilah kita bangun dan hanya melihat kepentingan UMNO melebihi mereka berdua. Jika ini kesudahan kepada Tun Mahathir biarkan, UMNO tidak boleh disudahi dengan cara ini.

Jika orang itu bersetuju dengan anda, anda sokong UMNO, dan apabila orang itu sudah tidak bersetuju dengan anda, anda pun keluara UMNO. Nampaknya suka atau tidak suka diukur dengan cara yang cukup peribadi.

Budaya seperti di atas tidak boleh dibiarkan. Lainlah kalau UMNO sahaja yang ada. Masalahnya kita ada pembangkang yang sedang meraih peluang. Nampaknya kita menyediakan lubang untuk mereka menimbus kepala kita sendiri.

Walau apa pun saya masih mengharapkan Tun menarik balik keputusannya itu demi kepentingan agama, parti, bangsa dan negara. Saya berharap Tun menyemak semula ucapan-ucapan beliau selama ini bagi memastikan adakah tindakan keluar parti dan mengajak ahli UMNO bersamanya itu suatu tindakan yang bijak atau melanggar prinsip perjuangan beliau sendiri?

Dan jika keluar parti itu masih menjadi pilihan beliau, saya tetap menghormati keputusan itu sebab jasa beliau selaku mantan Perdana Menteri tidak akan dilupakan begitu sahaja sebab saya diajar oleh beliau untuk mengenang budi dan tidak mudah lupa. Tetapi jika keputusan beliau itu menyebabkan UMNO akan menjadi lebih parah, saya pasti beliau akan bertanggungjawab dan bersedia menerima apa jua tamparan selepas ini.


Dr Novandri Hasan Basri : Terima kasih kepada GuruBashid kerana sudi berkongsi pandangan di dalam blog Minda Intelek Melayu. Sesungguhnya kita berada di dalam suasana politik yang tidak pernah difikirkan dan philosophy politik Tun Mahathir yang tidak pernah penulis baca atau sangka.

Monday, May 19, 2008

Mahathir Quits UMNO - Event at 8.58pm.

Dr Novandri Hasan Basri.

Di sini penulis sertakan pengumuman terbuka Tun Mahathir Mohammad:-


"Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya0.

UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polisi

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka. (seterusnya....)

Mahathir Quits UMNO - Event at 9.20pm

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis baru menerima sms daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pemuda UMNO Malaysia (melalui Setiausaha Pemuda UMNO Pulau Pinang). Catitannya:-

"Kenyataan Tun Mahathir hanya akan kembali ke dalam UMNO selepas Abdullah Badawi meletak jawatan merupakan satu pendirian yang tidak bertanggungjawab kerana ianya tidak mengguntungkan parti sebaliknya membuka ruang kepada parti lawan yang sering mengintai peluang untuk memecahbelahkan kesatuan UMNO dan kerajaan BN.

Parti UMNO lebih besar dan seharusnya diletakkan lebih tinggi daripada 2 individu berkenaan. Saya percaya Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan sentiasa rasional dan arahan saya ialah untuk kita terus berada di dalam barisan yang kukuh sehingga arahan selanjutnya.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan memastikan bahawa kita akan sentiasa mempertahankan kepentingan parti dalam apa jua keadaa dan mengharapkan agar kemelut ini akan ditangani dengan segera dan bijaksana.

Saya sekali lagi ingin mengingatkan semua pihak bahawa cadangan untuk meletak jawatab hanya akan menguntungkan pihak lawan dan sama sekali tidak akan membawa sebarang manafaat kepada parti lebih-lebih lagi dalam keadaan kita semua sedang berusaha bersungguh-sungguh membina semula parti dan menyuntik semangat dikalangan ahli-ahli kita serta mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat kepada UMNO.

Saya mengharapkan agar setiap ahli Pemuda UMNO tidak akan mengambil tindakan yang terburu-buru. Selama ini, kita sentiasa dididik untuk meletakkan kepentingan parti di kedudukan paling utama.

Saya juga selaku Ketua Pemuda BN, ingin mengingatkan semua bahawa parti-parti komponen sedang juga melihat kepada UMNO untuk kepimpinan dan janga sesekali kita mengecewakan mereka" - Datuk Seri Hishammudddin Tun Hussein, Ketua Pemuda UMNO Malaysia


Dr Novandri Hasan Basri : Kepada kepimpinan UMNO tertinggi, selesaikanlah isu ini dengan segera yang mungkin dan rasional. Harap tidur kami, dari akar umbi akan dibangunkan esok-esoknya dengan sesuatu yang lebih bahagia dan berjaya. Ingat pesanan Tun Mahathir - UMNO hanya akan kalah kerana disebabkan oleh UMNO itu sendiri!

Mahathir Quits UMNO

Dr Novandri Hasan Basri

KUALA LUMPUR, May 19 — News reports say former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad has quit the ruling party after a long feud with his successor Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Star online and Malaysiakini news portals say Mahathir is quitting the United Malays National Organisation party with immediate effect.

He is urging other members to do the same. Malaysiakini said Dr Mahathir announced this at a speech in Kedah earlier today.

It quoted him as saying: "I will only come back to the party when there is a change in leadership." He said his decision is a sign of no-confidence in the leadership of Prime Minister Abdullah.

Mahathir appointed Abdullah to succeed him in 2003 when he retired after 22 years as prime minister. But the two fell out within a year. — AP


Tun Mahathir's Reasons / Sebab-sebab Tun Mahathir :-

1. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri telah menyalahkan semua orang kecuali dirinya sebagai penyebab prestasi Barisan Nasional yang buruk pada Pilihanraya Umum ke-12.

2. Dia menyalahkan pengundi kerana kononnya tidak mahukan dia menang dua-pertiga majoriti; ahli Barisan Nasional kerana sabotaj, ahli UMNO di Kedah dan Perak juga kerana sabotaj, Tengku Razaleigh Hamzah kerana kekalahan Barisan Nasional di Kelantan dan saya sendiri kerana lantang mengkritik dirinya dan Kerajaan pimpinannya.

3. Apa yang dikatakan olehnya bukanlah semuanya salah. Ada banyak kebenaran di dalam apa yang dikatakan. Saya tahu ramai ahli UMNO yang mengundi pembangkang. Saya akui apa yang saya katakan mungkin pengaruhi sesetengah daripada mereka untuk lakukan apa yang tidak pernah terfikir oleh mereka.

4. Tetapi soalnya, kenapakah mereka berbuat demikian? Ahli UMNO selalunya amat setia terhadap parti mereka. Mereka tidak akan mengundi pembangkang, terutamanya PAS dan DAP. Tetapi di dalam Pilihanraya Umum 2008, mereka buat demikian. Bagaimana pembangkang boleh menang jika mereka tidak mendapat undi penyokong Barisan Nasional? Kekurangan jumlah undi pada calon Barisan Nasional hampir sama jumlahnya denganpeningkatan undi untuk parti pembangkang. (seterusnya....)

(Dr Novandri :- I'm shocked & sad! But at the same time, I have to be rational. In fact, all of us too. I will write my personal opinion regarding this latest 'shocking' news.)

Saturday, May 17, 2008

Close Encounter - The Opposition Leader Of Selangor

Dr Novandri Hasan Basri

First impression is almost always the first few crucial minutes before we start evaluating a person. I noticed that he took a light dinner, a well balanced diet. He mixed around with us very well, from one table to another and responded to all the questions and even started conversations with some of us who are not familiar with him and politics.

By then, he passed the first hurdle with flying colors.

But then, he took a plate of keropok. There were 8-10 pieces of keropok in the plate. And for that few minutes, he was so indulged with his food and in no time, he finished it all! Believe me, out of so many varieties of food served, I think he enjoyed the keropok the most.

Again, he passed! A simple kampong guy, not pretending to be from a high level sophisticated Malay society. And I know he is not trying to act kampongish just to get our attention, he is what he is.

Who is the man?

He is Datuk Seri Khir Toyo, UMNO supreme council. Mohamed Khir Bin Toyo was a former Chief Minister of Selangor
(18 August 2000 to 14 February 2008). He is ADUN for Sungai Panjang constituency. He was born on August 6, 1965 at Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor. He is the fifth child of a total of nine siblings.

After previous election, all UMNO supreme councils were instructed to meet the grassroots to get their feedbacks. Mohamed Khir Toyo did and last night was one of them. He met the leaders of Penang UMNO Youth.

During his speech, he talked about his ‘connection’ with Penang. For your information, Khir Toyo had worked in Penang before! Yes, he worked in a private dental clinic in Bayan Lepas and he rent a house in Bukit Gelugor, near Penang Teaching College.

He also talked about his early life, raised from a poor family, selling ice-cream and working part time jobs during his university days. He made it! And all the experiences made him a wiser man now but at the same time, he became more humble.

Khir Toyo shared with us his experiences and struggles in politic. It was not a smooth and easy for him. First, he was very young and he had difficulty in entering the party. I understand the difficulty part especially if you are a young Malay professional! UMNO leaders didn’t seem to like the professionals.

Khir Toyo was 32 years old when he won his seat. And he was 33 years old when he became a Selangor’s Chief Minister. We had a good laugh when he joked about an incident during his first few days in his office where he couldn’t find a meeting room! Everything were very new, eg. the mindset of his staffs, the culture in the office and the word ‘Yang Berhormat’!

I know that you are thinking that Khir Toyo had his share of ‘not so good’ stories when he was the Chief Minister. Things becoming out of proportion especially when the reporters were not making his life easier. He wondered why and so do we!

But don’t let this issues clouded our mind. As a young educated kampong guy, he had a huge share of transforming Selangor to what it is now. He told us in details regarding his previous and future plans. The bottom line is he believes in protecting the Malay’s right and to nourish his race to become more effective, capable, self-sustain and politically strong.

He also talked about the ‘Malay supremacy’, the future of the Malays, the Constitution Monarchy in precious details. He also shared with us the ‘off the record’ political scenarios immediately after the election which I will definitely couldn't find or read in any newspapers or blogs! Believe me!

Personally, I was shocked but at the same time, amazed and grateful with the details given. Of course I can’t share all the details with all of you!

But one valuable lesson I would like to share with you is that the Malays must unite !

The Malays must unite!

Thursday, May 15, 2008

Revolusi Mental : Perubahan Pemuda UMNO Kepada Yang Lebih Berwibawa

Dr Novandri Hasan Basri

Pada awal tahun 1968, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Allahyarham Senu Abdul Rahman, telah menubuhkan satu jawatankuasa yang di namakan Jawatankuasa Revolusi Mental. Revolusi Mental merupakan suatu usaha gerakan perubahan kepada sikap, perangai dan pemikiran orang Melayu agar menjadi satu bangsa yang berdaya saing, terpuji dan mampu berdiri sendiri.

Berlandaskan kepada kajian, penelitian dan kesedaran yang mendalam terhadap belenggu yang di alami oleh kaum Melayu, Jawatankuasa Revolusi Mental tersebut telah menerbitkan buku bertajuk Revolusi Mental.

Di dalam kolum Perutusan, Allahyarham Tun Hj Abdul Razak b. Hussein, Perdana Menteri Malaysia ke-2, menyifatkan buku ini sebagai satu batu tanda yang penting dalam daya pemikiran cerdik pandai kita bagi menggalakkan pembangunan masyarakat Melayu.

Percayalah, 40 tahun telah berlalu tapi intipati buku tersebut masih relevan lagi sehinggalah ke hari ini. Kekhuatiran yang ditimbulkan pada masa itu, masih menghantui kita pada hari ini. Belenggu yang dipikul oleh generasi Melayu tahun 60-an, masih turut dipikul oleh generasi Melayu hari ini.

Jika kita membuat perbandingan, intipati pemikiran dan penyelesaian yang digariskan pada hari ini, hampir sama dengan yang digariskan di dalam buku Revolusi Mental yang berusia 40 tahun itu.

Cuma perbezaannya ialah dari segi intonasi, susunan ayat-ayatnya dan kekuatan buktinya yang berlandaskan kepada statistik.

Jawatankuasa Revolusi Mental Pemuda UMNO Malaysia telah membuat kesimpulan bahawa jawapannya terletak pada cara pemikiran kaum Melayu itu sendiri.

Jika perubahan benar-benar mahu dilaksanakan, maka perubahan cara pemikiran sahaja yang akan dapat melahirkan perubahan yang diingini serta dikehendaki di dalam masyarakat Melayu keseluruhannya.

Di dalam buku Revolusi Mental, Allahyarham Tun Abdul Razak Tun Hessein telah mengsyorkan supaya buku ini dibaca oleh setiap orang Melayu semoga ajaran-ajarannya yang baik akan tersebar luas.

Penulis amat bersetuju dengan saranan tersebut, biar pun ianya 40 tahun yang lalu. Lebih-lebih lagi buku tersebut merupakan hasil tulisan berbentuk ilmiah yang dihasilkan sendiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Saranan ini tentunya juga ditujukan kepada setiap ahli Pemuda UMNO.

Maka, adalah sangat wajar jika setiap ahli UMNO dan orang Melayu keseluruhannya, membaca dan memahami kembali intipati buku tersebut dan bersama-sama berusaha menggerakkan satu perubahan minda yang lebih positif, mampan serta berdaya saing.

Dalam masa yang sama, seperti yang kita ketahui, pelbagai cerdik pandai juga telah mengenengahkan pelbagai isu kontemporari kaum Melayu daripada satu perspektif yang berbeza dan sepatutnya disahut serta dicanangkan dengan lebih hebat oleh pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya kepimpinan Pemuda UMNO.

Makanya, kita amat mengharapkan agar lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin Melayu yang tampil ke hadapan serta menyumbang buah fikiran yang berbentuk ilmiah serta bersandarkan analisis statistik (statistic analysis), di dalam media-media tradisional dan juga alternatif.

Realitinya, kita semua sudah tahu dengan belenggu yang kita alami tapi dengan fakta dan angka (facts & figures) yang nyata, mata dan minda kita akan terbuka dengan lebih luas dan berasa lebih insaf.

Tentunya juga, segala topik-topik ilmiah ini diharapkan dapat meninggalkan kesan positif kepada orang Melayu kerana orang Melayu sudah kerap kali membaca, mendengar serta diperingatkan tentang status sosioekonomi kita, baik di dalam negara sendiri mahu pun di dunia yang berpegang kepada globalisasi dan liberalisasi.

Ramai yang mengeluh panjang dengan viscous cycle isu kaum Melayu, seperti peribahasa di situ juga gendang berbunyi, yang bermaksud sentiasa sama sahaja; tidak berubah.

Gelombang kekhuatiran yang kita alami pula tampak bersifat sementara, periodical dan tidak lama lagi, kita akan kembali komplesen dan di takuk lama.

Situasi di atas menjadi lebih buruk lagi apabila artikel-artikel ilmiah yang bertujuan mewujudkan kesedaran kepada orang Melayu, sukar untuk disampaikan kepada minda umum memandangkan kita lebih berminat untuk membaca majalah-majalah hiburan atau pun tidak minat langsung untuk membaca.

Walaupun peribahasa Melayu mengatakan ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya, di mana susah untuk mengubah tabiat seseorang, perjuangan untuk meyedarkan serta mengubah perenggu minda (mindset) orang Melayu mesti diteruskan dengan konsisten dan persisten, tanpa jemu.

Pokoknya, enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diperkatakan iaitu nasihat yang baik perlu diulang menyebutnya. Maksudnya, kita tidak boleh berputus asa dan jangan mudah lupa.

Di samping itu, Pemuda UMNO Malaysia perlu melakukan reengineering dengan mengubah kerangka dan gerak kerja setiap kepimpinannya, dari peringkat cawangan hinggalah ke peringkat pusat. Pemimpin-pemimpin Pemuda perlulah yang lebih berwibawa, bervisi jauh, berilmu dan yang mampu membawa Pemuda UMNO ke satu tahap yang lebih baik daripada sekarang.

Wednesday, May 14, 2008

Kesahihan Titah & Kebijaksanaan Sultan Perak

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis ingin membincangkan isu yang masih hangat diperkatakan hari ini iaitu tindakan ahli Parlimen Bukit Gelugor yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Secara ilmiah, terdapat 2 komplikasi penting yang perlu kita ketahui apabila kita membicarakan isu ini.

Pertama, dari sudut undang-undang.

Kedua, dari sudut sosio-psikologi

1. Sudut Undang-undang

Kuasa dan keistimewaan raja-raja Melayu adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Manakala negeri-negeri beraja pula mempunyai doktrin perundangan negeri masing-masing. Negeri Perak pula mempunyai sistem yang istimewa dipanggil Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak

Majlis tersebut tertakluk kepada enakmen-enakmen negeri yang telah diluluskan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak. Enakmen-enakmen ini juga dinamakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam.

Jika kita merujuk Bahagian 1, (perenggan 3) di dalam Enakmen tersebut (pindaan tahun 1993)

3. Melainkan jika diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh melemahkan atau menyentuh hak-hak prerogatif dan kuasa-kuasa istimewa Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Agama Islam bagi Negeri Perak Darul Ridzuan sebagaimana yang ditetap dan dinyatakan dalam Fasal VI Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Perenggan di atas begitu jelas menerangkan kedudukan dan kuasa Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam.

Jika kita merujuk kepada Bahagian II (Perenggan 6)

1) Majlis hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia berkenaan dengan semua perkara yang berhubung dengan Agama Islam, kecuali perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubung dengan pentadbiran, keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama dalam Negeri Perak Darul Ridzuan selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan,kecuali jika diperuntukkan sebaliknya dalam Enakmen ini.

Perenggan di atas telah menerangkan bahawa prosedur kepada semua perkara yang berkaitan dengan agama Islam mesti melalui Sultan Perak sendiri dan hanya akan diterimapakai setelah mendapat perkenan baginda.


Jawatankuasa Majlis yang terdiri daripada Yang Dipertua (dilantik oleh Sultan setelah berunding dengan Menteri Besar), Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Polis Negeri, Mufti, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah dan lain-lain, secara adabnya boleh membantu dan menasihati Sultan berkenaan perkara-perkara yang berhubung dengan agama Islam.

Titah Sultan Perak agar Yang Dipertua dilantik semula dan bekerja sehingga akhir tempoh perlantikannya, jelas menunjukkan kearifan dan kebijaksanaan baginda.

Walau pun baginda mempunyai hak-hak prerogatif dan kuasa-kuasa istimewa untuk tidak mempedulikan suara-suara sumbang yang kedengaran, tindakan Sultan Perak masih juga merujuk dan di dalam skop perundangan negeri.

Jika kita merujuk Bahagian II (perenggan 5)

(5) Seseorang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasanya seksyen ini adalah Yang Dipertua atau ahli Majlis yang dilantik di bawah Enakmen 1965 hendaklah tertakluk kepada Enakmen ini, terus menjadi Yang Dipertua atau ahli Majlis sehingga tamat tempoh perlantikannya atau sehingga perlantikan di bawah Enakmen ini dibuat mengikut mana yang terdahulu.

Dalam konteks di atas, titah Sultan Perak adalah sahih dan tidak boleh dikaitkan sebagai campurtangan di dalam urusan kerajaan negeri Perak. Baginda hanya menggunapakai perenggan di atas agar Yang Dipertua sedia ada bertugas sehingga tamat tempoh perlantikannya.

Malah, tidak ada klaus di dalam undang-undang negeri Perak yang membenarkan seseorang Menteri Besar itu berhak melucut jawatan Yang Dipertua tanpa persetujuan dan membelakangi Sultan Perak.

Yang ada hanyalah di dalam Bahagian II (perenggan 12) iaitu Sultan Perak boleh membatalkan perlantikan Yang Dipertua atau mana-mana ahli majlis di atas beberapa perkara yang termaktub di dalam enakmen itu.

2. Sudut Sosio-psikologi

Sungguh memalukan apabila setelah 50 tahun negara kita merdeka, masih ada warganegara kita yang masih tidak dapat memahami adat budaya, tatatertib dan kesensitifan kaum-kaum lain di Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila kecetekan ilmu berkawan itu datangnya daripada seorang pemimpin tertinggi parti DAP yang lantang melaung-laungkan konsep Malaysian Malaysia’.

Secara moralnya, tindakan menegur dan mempertikaikan titah raja merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh kaum Melayu dan semestinya setiap warganegara yang mendokong penuh doktrin perlembagaan beraja serta undang-undang negara ini. Apatah lagi, teguran itu dibuat secara terbuka dan diketahui umum tanpa fakta yang benar.

Seperti kata orang Inggeris, the damage has been done. Realitinya, Karpal Singh telah tersilap besar kali ini dan mesti mengaku salah di atas segala tindakannya itu.

Sultan Perak merupakan orang yang pertama beliau perlu jumpa dan meminta maaf.

Manakala beliau juga perlu meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat kerana telah memberikan kenyataan yang tidak benar dan tidak berasas.

Merujuk kepada perkara di atas, apakah Karpal Singh masih mahu berfikiran sebagai seorang peguam yang kerjanya mempertahankan kes beliau atau sebagai seorang warganegara Malaysia yang mendokong sepenuh jiwa dan raganya kepada perlembagaan beraja, undang-undang dan kewujudan kaum-kaum majmuk di negara ini?

Sunday, May 11, 2008

Apakah Kedudukan Raja-Raja Melayu Di Sisi Perlembagaan?

Di sini penulis sertakan satu artikel mengenai raja-raja Melayu dari sudut perlembagaan dan undang-undang Malaysia (Mingguan Malaysia, 11hb Mei 2008). Penulis pula akan menulis mengenai isu ini dari perspektif ilmiah agar kita benar-benar faham.

Apakah Kedudukan Raja-Raja Melayu Di Sisi Perlembagaan?

Profesor Dr Abdul Aziz Bari

Ini termasuklah peranan sebagai simbol bagi autoriti awam, perpaduan, kesinambungan dan identiti negara. Seperti di negara-negara lain, Raja dan sistem beraja menjadi jati diri negara yang merangkum sejarah dan intipatinya. Raja-Raja juga adalah pelindung kepada agama dan demokrasi.

Ini semua harus difahami apabila kita memperkatakan kuasa budi bicara Raja-Raja - dan Yang di Pertuan Agong - dalam soal agama, pelantikan kerajaan dan pembubaran dewan. Konsep dan peranan itu juga harus sentiasa diingati dalam kita memahami segala keistimewaan yang diberikan kepada Raja-Raja oleh perlembagaan dan undang-undang.

Hatta apa yang dikatakan sebagai kuasa budi bicara itu pun - contohnya kuasa melantik menteri besar - akan menjadi kuasa formal sahaja. Bagaimanapun di dalam keadaan yang tidak menentu, sebagaimana yang berlaku di Perak atau Perlis dalam pilihan raya umum lalu, kuasa raja akan menjadi signifikan.

Atau di Terengganu yang saya fikir lebih merupakan penggunaan kuasa simpanan atau reserve powers oleh pihak istana. Kita juga perlu ingat bahawa Raja-Raja boleh memainkan fungsi semak dan imbang sebagaimana yang diperlihatkan oleh istana di Perak dan juga Majlis Raja-Raja dalam beberapa insiden.

Saya fikir soal sama ada kuasa raja itu terhad atau sebaliknya juga bergantung kepada karisma, pengalaman dan kebijaksanaan Raja-Raja yang berkenaan. Sebab itulah ada orang mengatakan raja tetap raja; sama ada peruntukan kuasa atau tidak.

Dalam konteks inilah kita perlu memahami apa yang dikatakan oleh Sir Ivor Jennings dalam bukunya The British Constitution mengenai sistem beraja yang katanya tidak harus dilihat dalam konteks yang legalistis begitu. Sir Ivor Jennings yang merupakan guru perlembagaan Tun Mohamed Suffian adalah profesor undang-undang Perlembagaan di Universiti Cambridge dan menjadi salah seorang anggota Suruhanjaya Reid.

Begitu juga dengan soal sama ada Raja-Raja perlu sentiasa tertakluk kepada nasihat eksekutif. Secara mudah kita boleh melihat Perlembagaan dan mengenalpasti kuasa yang boleh dilaksanakan secara budi bicara serta dijalankan atas nasihat.

Tetapi seperti yang diperingatkan oleh Jennings tadi kita tidak harus melihat kuasa itu dalam konteks yang terlalu rigid dan legalistis. Mengenai nasihat di sisi Perlembagaan tidak semua tindakan perlu atau tertakluk kepada nasihat kerajaan; khususnya yang bersifat budi bicara seperti melantik kerajaan dan membubar dewan dan beberapa perkara lain yang dinyatakan oleh Perlembagaan.

Meskipun begitu kuasa ini tidaklah seharusnya dilihat secara harfiah sepanjang masa kerana Raja- Raja tidak mempunyai mekanisme untuk mengetahui dengan tepat apa yang berlaku sebagaimana kerajaan yang memerintah. Dan nasihat ini perlu untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri daripada terjebak dalam kontroversi. Dalam konteks demokrasi, nasihat itu ialah simbol kedaulatan rakyat dan kerajaan yang mempunyai mandat memerintah berhak menasihatkan Raja.

Saya berpendapat bahawa meskipun Perlembagaan memberi kebebasan kepada sultan sebagai ketua agama kuasa ini perlu dilaksanakan selaras dengan kehendak dan semangat Islam. Saya ingin menegaskan bahawa Perlembagaan memberi ruang untuk sultan berperanan sebagai ketua agama dan ini perlu dijalankan atas semangat itu.

Ia memang ada kelemahan; tetapi bolehkah kita sebut satu sistem yang tidak ada kelemahan langsung? Lagipun kita bercakap dan mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Sesiapa yang mengait atau membayangkan soal feudal ini mungkin boleh dianggap menyindir dan memperlekehkan institusi beraja.

Pindaan 1983 juga cuba memindahkan kuasa mengisytihar darurat kepada Perdana Menteri. Bagaimanapun kedua-dua pindaan ini ditolak oleh Majlis Raja-Raja dan sebagai komprominya Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan rang undang-undang ke Dewan yang berkenaan untuk dipertimbangkan semula.

Sementara itu pindaan kuasa darurat dibatalkan. Di peringkat negeri pula kuasa Raja dikembalikan kepada kedudukan yang asal. Pada 1993 pula pindaan Perlembagaan yang dibuat ialah mengenai keistimewaan imuniti dan kuasa pengampunan Raja-Raja. Saya berpendapat ia sekadar menjelaskan dan bukan memansuhkan peruntukan-peruntukan berkenaan.

Pada 1994 pindaan dibuat di mana rang undang-undang akan menjadi undang-undang secara automatik hatta tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja selepas tempoh 30 hari. Bagaimanapun saya rasa pindaan ini tidak sah kerana ia tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan di bawah Perkara 38(4).

Begitu juga dengan pindaan yang memaksa Yang di-Pertuan Agong menerima apa sahaja nasihat Kabinet yang dibuat pada tahun itu. Peruntukan-peruntukan ini sahaja yang dipinda dan seperti yang saya katakan ada beberapa keraguan yang menyelubungi pindaan-pindaan itu.

Peruntukan-peruntukan lain, termasuk kuasa raja sebagai ketua agama, tidak pernah dipinda.
Kita perhatikan bagaimana Majlis Raja-Raja membuat beberapa inisiatif tertentu yang kadangkala tidak disebut langsung oleh Perlembagaan. Tetapi oleh kerana hasil dan maksudnya baik rakyat menerimanya. Dan ini bukan soal hendak kembali ke zaman feudal.

Begitu juga dengan perkhidmatan awam yang kadangkala sampai ke tahap menafikan hak rakyat. Jadi bukan raja sahaja yang autoritinya dipersoalkan. Bagi saya apa yang penting ialah hasilnya mesti sesuai dan selaras dengan semangat demokrasi dan perlembagaan - Mingguan Malaysia, 11hb Mei 2008.

Saturday, May 10, 2008

Ulangtahun UMNO ke-62 : Perubahan Mesti Dilakukan

Dr Novandri Hasan Basri

Ulangtahun UMNO ke-62 hari ini (11hb Mei 2008) telah dibayangi dengan pelbagai isu yang menduga kemantapan, kekuatan dan kerelevanan parti itu sebagai benteng kaum Melayu. Isu-isunya sunguh jelas sehinggakan menimbulkan pelbagai persoalan di benak kita ini,

· Kenapakah sudah ramai golongan yang begitu berani dan dimudahkan bersuara lantang untuk mempersoalkan hak-hak kaum Melayu dan kedaulatan raja-raja?
· Apakah parti UMNO sudah hilang karisma dan bisanya untuk mempengaruhi klimaks politik dan sosial di negara Malaysia ?

Dalam masa yang sama, parti UMNO sebagai parti tunjang di dalam Barisan Nasional dirasakan sudah tidak dapat mengawal lagi perubahan dan persepsi ahli-ahli dari akar-umbi, khsusnya dan rakyat, secara amnya.

Malah, masih terdapat lagi pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang masih lagi di dalam alam penafian (denial) dan masih tidak mahu lagi menerima isyarat yang telah di hantar oleh ahli-ahli akar umbi dan rakyat.

Konsep ‘lama-lama sejuk la tu’ dan tidak bertindak serius di dalam menangani sebab-sebab yang mengakibatkan prestasi parti yang tidak memberangsangkan di dalam PRU-12 merupakan satu usaha yang tidak mungkin akan dapat memenangkan kembali hati rakyat.

Malah, kenyataan sesetengah pemimpin UMNO tertinggi yang sebenarnya tidak mencerminkan aspirasi akar umbi turut mengeruhkan perhubungan dan persepsi ahli-ahli dari akar umbi.


Begitu juga dengan pertemuan demi pertemuan di antara kepimpinan bahagian dan negeri dengan kepemimpinan UMNO pusat yang tidak diketahui gerak kerja dan kesimpulannya oleh ahli-ahli akar umbi, telah membenarkan anggapan ramai bahawa UMNO adalah parti elit.

Perhubungan 2 hala di antara pemimpin dan ahli-ahli yang sepatutnya wujud, tampak semakin tidak dipraktiskan lagi sungguh pun dunia hari ini mempunyai bermacam-macam kaedah interaksi dan informasi yang dapat memudahkan kewujudan perhubungan 2 hala itu.

Realitinya, reengineering di dalam parti UMNO mesti dilakukan. Ianya menjadi lebih penting apabila parti UMNO mahu terus dilihat relevan oleh generasi muda Melayu dan rakyat pasca-merdeka. Jika kita menuruti PRU-12 yang lepas, golongan ini mempunyai kuasa undi yang banyak dan mampu merubah bilangan undi parti UMNO dan BN.

Malangnya, konflik ‘pencarian parti tempat berteduh’ di pemikiran mereka tidak dilayani sehinggakan ramai di antara mereka yang bertambah keliru di dalam mencari jawapan kepada konflik itu. Yang paling drastik ialah ramai yang mengambil jalan mudah iaitu dengan mengubah terus pendirian politik mereka, tanpa mengambil inisiatif untuk memperbetulkan kekeliruan ini.

Generasi muda pastinya tidak akan dapat merasakan impaknya apabila 41 buah pertubuhan terbesar bangsa Melayu yang mewakili berbagai kepentingan, dapat dihimpunkan dan berjaya mengadakan Kongres Melayu Se Tanah Melayu (Se Malaya) di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946.


Bagi ibubapa kita yang berada di era tersebut, pastinya bahang dan impaknya amat terasa sehingga mampu mencetuskan metafora yang sangat membara dan menyentuh jiwa mereka.

Akan tetapi, ketiadaan metafora itu di zaman ini tidak semestinya merubah persepsi generasi muda terutamanya orang Melayu terhadap parti UMNO. Secara ilmiah, kesemua objektif utama kewujudan UMNO adalah aspirasi dan semangat UMNO yang sungguh menarik untuk kita fahami dan perjuangkan.

Secara amnya, aspirasi UMNO tidak berubah, tidak seperti parti-parti politik Melayu lain. Kebanyakan parti politik yang lain tidak berpendirian kukuh dan mengikut resmi lalang di mana pendiriannya terhoyong hayang mengikut rentak manusia dan politik di ketika itu!

Fakta-fakta di atas perlulah difahami secara serius dan mendalam oleh kita, generasi muda Melayu. Realitinya, kita boleh keliru, lebih-lebih lagi di zaman ICT dan dunia yang serba pantas hari ini. Terlalu banyak putar belit, khabar angin dan informasi politik yang mudah kita baca, dengar dan ucapkan, sehinggakan kita boleh terperangkap di antara realiti dan dongengan!


Oleh kerana itu, sebagai seorang Melayu yang berilmu, kita dituntut untuk mengkaji ‘wajah’ politik serta senario manusia dan kita mesti bijak membezakan di antara fakta dengan fitnah. Kita perlu sentiasa bertanya kepada diri sendiri dan berlogik kepada segala persoalan politik bangsa Melayu hari ini.

Malah, beberapa isu dan kenyataan daripada pihak pembangkang dan juga parti di dalam BN, menuntut parti UMNO agar bersegera melakukan reengineering di dalam kepimpinan parti, hala tuju dan kaedah parti itu. Peribahasa ‘kalau terhantuk baru mengadah’ tidak patut terjadi di dalam mencari formula baru sempena ulang tahun UMNO ke-62.


Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Melayu akan hanya terjaga dan tersentak apabila berlaku sesuatu isu negatif yang mengganggu-gugat kewujudan kita. Akan tetapi, penekanan dan kesedaran amat perlu sentiasa berada di tahap tertinggi supaya kita tidak komplesen dan lebih bertekad untuk bersatu padu.

Menurut Cook, Hunsaker & Coffey (1997) di dalam penerbitan bertajuk Management & Organizational Behaviour, mengatakan bahawa:-

1. Tahap tekanan yang optimal adalah perlu untuk meraih pencapaian yang terbaik.
2. Peningkatan tekanan ke tahap yang optimal ini, boleh menghasilkan pencapaian lebih baik melalui peningkatan rangsangan dan kosentrasi terhadap objektif tugasan yang sedang dijalankan.
3. Pada titik optimal ini, pihak yang dipertanggungjawabkan itu menjadi lebih reseptif terhadap informasi baru yang disalurkan kepada mereka.
4. Mereka juga akan akan mengalami tahap motivasi, daya upaya dan kepekaan yang mendorong kepada tahap pencapaian maksimum.


Ulang tahun UMNO ke-62 diharapkan menjadi titik permulaan kepada mewujudkan satu parti yang lebih segar, proaktif, menitikberatkan aspirasi ahli-ahli dari akar umbi dan keseriusan pemimpin-pemimpin UMNO untuk menwujudkan perhubungan 2 hala yang mantap dan berkesan dengan ahli-ahli UMNO yang berjumlah 3 juta orang.

ARTIKEL TOP MINGGU INI.