PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, June 29, 2008

Mana Mungkin Anwar Ibrahim Mahu Mengaku..

Dr Novandri Hasan Basri

Di dalam kenyataan akhbar hari ini, DS Anwar Ibrahim pada awal pagi ini (2 pagi) menafikan laporan polis mengenai dakwaan meliwat seorang pembantunya. Beliau mendakwa bahawa ia ``hanya rekaan semata-mata''. Anwar juga menyifatkan dakwaan itu bertujuan menyekat kebangkitan karier politiknya.

Seperti dijangka, susunan perkataan-perkataan seperti di atas, pasti dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim apabila isu sodomi muncul kembali setelah sekian lama tidak dihighlightkan oleh kawan dan lawan politik Anwar Ibrahim.

CUMA, Anwar Ibrahim belum menggunakan salah satu daripada ayat-ayat 'power' atau lazim beliau apabila berdepan dengan isu-isu seperti ini iaitu 'saya akan menyaman si polan itu kerana memfitnah saya'.

Mungkin hari ini dan seterusnya, Anwar akan mula menjaja ayat 'akan menyaman' di dalam media-media utama dan alternatif.

Jika Ya

Jika ya pun Anwar Ibrahim melakukan perbuatan terkutuk itu, mana mungkin beliau akan mengaku.........Not in a million years.

Beliau adalah seorang ahli politik. Pertimbangan beliau bukan lagi berdasarkan dasar keinsafan.

Beliau mengetuai satu organisasi politik yang besar, ramai pengikut dan terdapat parti-parti politik lain yang berpaut kepada beliau.

Maksudnya, jika beliau jatuh, parti beliau pasti jatuh dan parti-parti politik yang bersekongkong dengan beliau akan turut tersungkur.

Jika ya pun sodomi berlaku, Anwar Ibrahim tahu bahawa ianya mesti dibuktikan di dalam mahkamah dan dengan kelemahan struktur kehakiman negara hari ini, kes sodomi ini mungkin akan mengambil masa yang lama untuk dibereskan.

Dan jika pihak-pihak media sangat aktif dan berterusan memain-mainkan isu sodomi itu, Anwar Ibrahim boleh meminta standing order daripada mahkamah agar isu tersebut tidak lagi disiarkan di dalam sebarang media.

Apabila isu sodomi ini timbul kembali, penulis terfikir,

Kenapakah lawan politik Anwar Ibrahim tidak pernah menggunapakai isu Sodomi sebagai senjata untuk menjatuhkan kredibiliti dan kepimpinan Anwar Ibrahim?

Apakah lawan politik Anwar Ibrahim terlalu sopan untuk tidak menggunakan kelemahan Anwar Ibrahim itu?

Apakah lawan politik Anwar Ibrahim takut di 'saman' oleh Anwar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan sodomi?

Apakah lawan politik Anwar Ibrahim masih respect kepada beliau dan menanam harapan agar beliau akan masuk kembali kembali parti mereka?

Jika kita berhipotetikal dan putarkan senario ini dengan andaian lawan politik Anwar Ibrahim yang melakukan sodomi:-

Apakah Anwar Ibrahim tidak akan menggunakan kes sodomi lawan politik beliau untuk menghentam, menjatuh dan memburuk-burukkan lawan beliau?

Apakah Anwar Ibrahim akan 'sesopan' lawan-lawan politik beliau seperti hari ini?

DAN jika berpandukan kepada kemarukan beliau mahu berkuasa pada hari ini, beliau pasti akan menggunakan isu tersebut to the fullest sampai lawan politik beliau tersungkur malu atau berhijrah ke negara lain kerana tidak dapat menanggung malu!

Tetapi realitinya pada hari ini,

Apakah lawan politik Anwar Ibrahim mahu berbuat seperti yang Anwar mungkin lakukan?

Pernahkah kita dengar atau war-warkan sekeras dan selantang yang mungkin mengenai kegiatan tidak bermoral Anwar Ibrahim?

Setakat ini........ TIADA, NONE !

Sekarang ni, Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau menerima ugutan bunuh dan sedang berada di "safe but undisclosed location" !

Mungkin beliau takut ada orang yang mahu meracun beliau dengan arsenik seperti yang direka-reka oleh beliau sebelum ini.

Bagaimana pun, sebagai warganegara yang memegang teguh kepada Perlembagaan Malaysia, kita akan serahkan isu ini kepada undang-undang negara.

Pautan : The Rebuttal On Anwar Ibrahim , Anwar Ibrahim faces sodomy inquiry , Anwar receives death treats ?

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED