FACEBOOK DR MIM

Saturday, July 26, 2008

Bekas PM Kanada : Pejuang Anwar Ibrahim Yang Halalkan Perkahwinan Gay dan Lesbian.

Dr Novandri Hasan Basri


Mereka ialah bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin; Bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Michel Camdessus dan bekas Presiden Bank Dunia, James Wolfensohn.

- Siapakah mereka yang sebenarnya?

- Apakah kenyataan bersama mereka itu layak dipandang serius oleh rakyat dan kerajaan Malaysia?

- Apakah mereka benar-benar faham terhadap situasi dan undang-undang negara yang berdaulat seperti Malaysia?

- Apakah mereka itu hanya merupakan bekas-bekas pemimpin yang tidak lagi mempunyai maruah diri dek perbuatan silam semasa menerajui organisasi masing-masing?

ATAU

- Apakah pengikut-pengikut Anwar Ibrahim dan PKR patut berasa malu apabila Anwar Ibrahim mempunyai kaitan yang erat dengan ketiga-tiga pemimpin itu?


1. Paul Martin

Paul Martin merupakan bekas Perdana Menteri Kanada. (12 December 2003 – 6 February 6 2006) yang jatuh tersungkur dan menanggung malu apabila tiga parti pembangkang bersepakat untuk menjatuhkan beliau menerusi pengundian usul tidak percaya di House of Commons (Dewan Rendah).

Parti Liberal berhaluan tengah-kiri pimpinan Paul Martin ketika itu menghadapi pergolakan politik dan juga dihantui skandal rasuah.

Paul Martin hanya menjawat jawatan Perdana Menteri selama 3 tahun sahaja, satu sejarah baru bagi negara Kanada.

Yang menimbulkan persoalan besar mengenai gesaan beliau supaya Malaysia menghormati hak individu ialah pemahaman Paul Martin sendiri mengenai maksud hak dan konsep moral itu sendiri.

Dalam masa pemerintahan beliau yang singkat itu, Paul Martin telah meluluskan satu akta yang memualkan iaitu Akta Perkahwinan Awam (Civil Marriage Act) atau pun Bill C-38 pada 1 Februari 2005 di House of Commons.

Akta tersebut telah meluluskan perkahwinan sesama jantina kononnya di atas dasar hak asasi manusia!

Maksudnya, Paul Martin telah membenar dan menggalakkan perkahwinan lelaki dengan lelaki (gay) dan perempuan dengan perempuan (lesbian).

Dan Kanada merupakan negara keempat di dalam dunia ini yang membenarkan perkahwinan songsang itu.

Dengan wujudnya Akta yang songsang dan terkutuk ini, negara Malaysia sebagai negara Islam pastinya membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Paul Martin itu.

Dan orang yang menghalalkan perkahwinan songsang itu juga patut dikutuk dengan keras!

Dengan menyetujui akta perkahwinan sesama jantina, kita tentu dapat memahami penerimaan Paul Martin mengenai seks luar tabii yang pada pendapat beliau adalah satu bentuk seks yang lumrah di antara pasangan gay dan lesbian!

Dan untuk pengetahuan pembaca sekalian, encik Michael Hendricks dan encik René Leboeuf merupakan pasangan lelaki (gay) yang pertama berkahwin secara sah di Quebec, Kanada. (rujuk foto)

Tanya diri sendiri, tidakkah ianya satu akta yang memualkan?

Dan Paul Martin pula adalah sahabat baik Anwar Ibrahim yang kini disiasat kerana dituduh meliwat Saiful.


2. James David Wolfensohn

James David Wolfensohn merupakan Presiden Bank Dunia ke sembilan (1995 - 2005). Beliau dilahirkan di Sydney, Australia dan berketurunan Yahudi.

Beliau juga merupakan trustee kepada Rockefeller Foundation , satu sindiket kebajikan di mana pengasas-pengasasnya dikatakan berasal daripada Yahudi keturunan Sephardic ( Yahudi campuran Sepanyol dan Portugis) .

(Foto - Wolfesahn berpelukan dengan John Rockefeller)

Apabila Wolfensohn bersara pada tahun 2005, tempat beliau diganti pula oleh Paul Wolfowitz, seorang lagi sahabat baik Anwar Ibrahim.

Paul Wolfowitz adalah daripada keturunan Yahudi Poland yang dianggap tidak berhak memegang jawatan itu kerana beliau adalah pemimpin neocon - ekstrem berhaluan kanan yang menggubal dasar penguasaan dominasi AS di dunia, tidak langsung berminat memperjuangkan nasib golongan miskin dan juga memainkan peranan penting dalam pencerobohan negara itu ke atas Iraq.


3. Michel Camdessus

Michel Camdessus pula merupakan Pengarah Urusan Dana Kewangan @ International Monetary FundAntarabangsa (IMF) pada tahun 16 Januari 1987 hingga 14 Februari 2000.

IMF di bawah Camdessus pernah menyelar langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia bagi menangani krisis Mata Wang Asia pada tahun 1997. Seperti yang kita ketahui hari ini, Malaysia hampir menerima pakej bantuan IMF yang disarankan oleh Anwar Ibrahim (sahabat Camdessus) tetapi Dr Mahathir telah menolak pakej tersebut.

Oleh kerana tindakan Dr Mahathir itu, Malaysia terselamat, tahap ekonomi negara dapat dikekalkan dan rakyat tidak sengsara seperti di negara-negara jiran. (Dr Novandri : Masaalahnya ialah kerajaan hari ini dan ramai yang sudah terlupa jasa Dr Mahathir!)

Dan apabila Dr. Horst Koehler menganti IMF pada tahun 2000, beliau berkata: ``Mahathir betul... prestasi ekonomi sejak krisis itu menunjukkan dia betul.''

Camdessus juga pernah campurtangan di dalam hal-ehwal negara Malaysia apabila beliau mencadangkan supaya kerajaan Malaysia menilai semula polisi kawalan harga ke atas petrol dan barangan keperluan asas termasuk beras, tepung, susu dan gula.

Cadangan ini dikritik dengan keras oleh pihak Malaysia kerana ia bermakna tiada lagi subsidi kerajaan ke atas barangan itu dan kemungkinan harga barang kawalan akan naik mendadak jika harganya ditentukan oleh kuasa pasaran.

Kesimpulannya, jika berdasarkan kepada matlumat-matlumat di atas, kita perlu berhati-hati. Sahabat-sahabat Anwar Ibrahim mempunyai personaliti dan motif yang amat mencurigakan.

Kita tanyakan kepada diri sendiri, apakah motif dan kaitan di antara Anwar Ibrahim dengan Paul Martin, pejuang kahwin sesama jenis, James David Wolfensohn, keturunan Yahudi dan Michel Camdessus, bekas ketua IMF yang hampir meranapkan Malaysia pada 1997?

Apakah kenyataan bersama ketiga-tiga pemimpin itu hanya merupakan satu kebetulan?

Atau ianya merupakan satu komplot terancang satu organisasi besar dunia yang memperalatkan Anwar Ibrahim?

Kepada rakyat dan pengikut-pengikut Anwar Ibrahim, sedarlah dengan segera.

Mutiara Kata Awang Selamat (Utusan Malaysia) : UMNO - PAS

Utusan Malaysia

AWANG bersyukur dengan usaha menggerakkan muzakarah antara UMNO dan Pas, yang menyaksikan reaksi positif daripada para pemimpin kedua-dua parti.

Para pemimpin UMNO dan Pas telah menyatakan kesediaan serta komitmen untuk meneruskan usaha tersebut.

Sebab itu Awang tidak kisah apa kaedah yang digunakan selepas ini sama ada muzakarah atau muqabalah, yang penting ia bergerak.

Seperti yang dinyatakan oleh Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi, pertemuan yang berlangsung sebelum ini menunjukkan perkembangan positif.

Pencapaian setakat ini setidak-tidaknya telah memecahkan tembok psikologi bahawa UMNO dan Pas sukar untuk berbincang dalam hal-hal melibatkan kepentingan umat Islam yang ditunjangi oleh orang Melayu.

Tetapi harapan umat Islam di akar umbi jauh lebih besar. Mereka mahu UMNO dan Pas melakar perpaduan lebih kukuh ketika umat Islam makin terhimpit dengan pelbagai cabaran.

Maka marilah kita berdoa agar Abdullah dan para pemimpin UMNO serta Pas pimpinan Hadi Awang diberi kekuatan untuk memenuhi harapan tersebut.

Awang – Ikhlas demi ummah

(Dr Novandri : Pada pandangan penulis, muzakarah UMNO-Pas patut diadakan tanpa perlu diwar-warkan dan didedahkan terlalu cepat kepada media. Sejarah telah membuktikan bahawa pertemuan di antara UMNO-Pas selalu gagal kerana faktor pegangan politik yang terlalu tebal dan juga faktor-faktor luaran. Dan kali ini, faktor luarannya ialah Pas telah terhutang budi kepada PKR kerana PKR telah membantu dalam jumlah RM yang banyak untuk mengerakkan jentera pilihanraya Pas semasa PRU-12.)

Friday, July 25, 2008

Mercedes (Part 4): Isu Selesai - VIP Luar Negeri Yang Dapat.

Dr Novandri Hasan Basri

Menteri Besar Terengganu mengatakan bahawa isu Mercedes E200 Kompressor sudah selesai.

“Selesai ikut pandangan kami bertiga, jadi tidak perlu ulas lagi. Tengkoklah perkembangan terbaru...buatlah tafsiran sendiri,” kata beliau - Utusan Malaysia

Dan ini pula kenyataan akhbar daripada Perdana Menteri :-

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi confirmed that Terengganu's newly-purchased Mercedez E200 Kompressors will be officials cars but for foreign dignitaries despite Terengganu Mentri Besar Datuk Ahmad Said assertion today that the luxury cars will replace the Proton Perdana V6 Executive cars - Malaysia Insider.

Merujuk kepada kenyataan di atas, isu Mercedes memang sudah selesai. Dan yang perlu tukar fleet kenderaan rasmi bukannya exco-exco dan MB Terengganu tetapi diplomat dan VIP luar negeri.

Diplomat dan VIP luar negeri di Terengganu pastinya berterima kasih kepada MB Terengganu kerana mereka dapat merasa kereta baru.

Dan kereta-kereta Exco-exco tetap kereta nasional bernama 'Perdana'.

Seperti kata penulis, isu Mercedes sudah selesai tetapi satu lagi isu baru sahaja bermula.

Badan Pencegah Rasuah sedang memulakan siasatan untuk mengesan kemungkinan berlaku penyelewengan dalam kos senggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri.

Kepada pihak BPR, jangan berkompromi dengan mana-mana pihak, teruskan penyiasatan dan bongkar segala penyelewangan, jika ada.

Singapura Buat Dah ! : Apakah itu Zon Eksklusif Ekonomi ?

Dr Novandri Hasan Basri

"Singapura buat dah!" itulah rungutan rakan penulis apabila kami bertemu di klinik petang tadi. Bila penulis bertanya lagi, beliau berkata bahawa Singapura telah melanggar perjanjian EEZ.

Dan untuk beberapa hari yang lepas, penulis banyak menulis isu silap tafsir MB (Menteri Besar dan bukannya Mercedes Benz) Terengganu. Tapi isu EEZ ini menarik juga untuk diketengahkan di dalam blog ini.

Pada pendapat penulis, EEZ atau Exclusive Economic Zone atau Zon Ekslusif Ekonomi sebenarnya rumit dan mendalam prosesnya, lebih-lebih lagi untuk orang biasa seperti kita ini.

Penulis pun kurang arif mengenai EEZ atau pun Zon Eksklusif Ekonomi. Ia terlalu teknikal dan rumit. Dan rasanya, ia adalah bahan reference untuk peguam-peguam sahaja.

Tetapi seperti kata rakan penulis, "Singapura buat dah!"

Maka kerana itu, untuk memastikan yang penulis dan kita semua benar-benar faham mengenai latar belakang dan maksud EEZ, di sini penulis sertakan beberapa artikel berbahasa Inggeris mengenai maksud EEZ itu:-

Exclusive Economic Zone (EEZ) @ Zon Ekonomi Eksklusif.

Historical Background


The expressions “patrimonial sea”, “economic zone” or “exclusive economic zone” were first used in the early 1970s in regional meetings and organizations in Latin America, the Caribbean, Asia and Africa.

However, the concept of an extended exclusive economic zone for economic purposes was already used in the late 40s and early 50s.

It is rooted in the 1945 Truman Proclamations (on the natural resources of the subsoil and sea bed of the continental shelf and the conservation of coastal fisheries in certain areas of the high seas), the national claims of several Latin American countries (Chile and Peru), and the Santiago Declaration of 1952.

The second Truman Proclamation has in particular influenced ocean-related policies in Latin American countries, especially where it states that it is appropriate for the United States "to establish conservation zones...where fishing activities have been or in the future may be develope.

Under the United Nations Convention on Law of the Sea (UNCLOS), the exclusive economic zone or EEZ is covered by Articles 56, 58 and 59.

The EEZ is defined as that portion of the seas and oceans extending up to 200 nautical miles in which coastal States have the right to explore and exploit natural resources as well as to exercise jurisdiction over marine science research and environmental protection.

Freedom of navigation and over flight, laying of submarine cables and pipelines, as well as other uses consented on the high seas, are still allowed.

As currently codified in UNCLOS, the EEZ marks a compromise between States seeking a 200-mile territorial sea and States wishing for more limited coastal jurisdiction.


The diagram above shows a very simplified, basic outline of the important distance markers for the international zones of jurisdiction over the adjacent sea. The letter B is the low-water line along the coast and it represents the baseline from which all seaward measurements are determined.

Be aware that international systems of measurement are according to the metric system.

This also includes all international commerce. The original metric system was based upon commonly found Earth systems.

The nautical mile was developed during the age of sailing and has become the international system for measuring ocean (nautical) distances.

It is defined as one minute (1') of latitude or 1.15 miles. (A degree of latitude is approximately 69 miles; a minute of latitude is 1/60th of that.) That makes a nautical mile about 1,852 meters (6,076 feet) in length or 18% longer than a statute mile, the measurement commonly used in the English system (5,280 feet or 1,609 meters).

Few Americans realize that their "frequent flyer" miles are calculated in nautical miles and not statute miles.

The delimitation of EEZs between States with opposite or adjacent coasts has to be carried out through a parties agreement in accordance with international law in order to achieve – as in the words of article 38 of the Statute of the International Court of Justice – an equitable solution.

At this time, 104 signatories to the UNCLOS have declared a 200-mile EEZ.

Thursday, July 24, 2008

Mercedes (Part 3): Silap Tafsir vs Ego vs BPR vs Hati Rakyat

Dr Novandri Hasan Basri

Rupa-rupanya MB Terengganu, Datuk Ahmad Said tersilap tafsir mengenai arahan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II) berkaitan penggunaan kereta nasional.

“Mereka mungkin tak baca untuk anggota pentadbiran, maknanya menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, setiausaha politik dan juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang perlu pakai Proton Perdana, bukan terbuka kepada kenderaan yang dipasang di dalam negara,” kata Datuk Shahrir Abdul Samad.

Begitulah penjelasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna apabila mengulas isu cadangan MB Terengganu membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor.

Beliau berkata kerajaan Terengganu telah tersilap tafsir maksud kenderaan yang dipasang dalam negara mengikut Arahan Penbendaharaan kerana ia tidak melibatkan kereta tetapi hanya melibatkan kenderaan lain termasuk jip dan pacuan empat roda.

“Kadangkala ada keperluan kenderaan seperti pacuan empat roda untuk jabatan kerajaan. Jabatan kerajaan juga ada guna jip, jika nak beli jip bukan yang diimport tetapi yang dipasang di sini,” kata Shahrir lagi.

Dalam perkembangan yang sama,

Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah memulakan siasatan untuk mengesan kemungkinan berlaku penyelewengan dalam kos senggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu yang mencecah RM175,229.97 sebuah sepanjang empat tahun lalu.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull berkata, pihaknya telah menghantar pegawai untuk menyiasat kes itu kerana jumlah bayaran menyenggara kenderaan tersebut terlalu besar.

Dalam satu senarai kos senggaraan yang dikeluarkan, kereta Perdana V6 Executive yang pernah digunakan oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh mencatatkan kos tertinggi senggaraan.

Dalam tempoh empat tahun antara 2004 dan 2008, kereta Idris disenggarakan dengan kos RM235,123.08 !!
Buletin On-line

Pihak Proton di dalam kenyataan balas pula menerangkan "Dengan merujuk kepada salah sebuah kereta yang dibeli kerajaan negeri Terengganu pada Mei 2004, dengan dakwaan terpaksa berbelanja lebih daripada RM100,000 untuk penyelengaraan dan membaikpulih, rekod kita menunjukkan setakat ini tiada tuntutan jaminan dibuat oleh mereka sejak Oktober 2004 bagi kenderaan terbabit.”

So, what's next?

Jika kita ikuti artikel penulis sebelum ini dan perkembangan terbaru ini, isu Mercedes itu bukan hanya setakat silap tafsir sahaja.

Ianya lebih rumit dan membimbangkan!

Malah, kenyataan Proton dan pendedahan BPR mengenai kos senggaraan yang tidak masuk akal membuatkan kita terfikir bahawa sebenarnya terdapat dua lagi isu yang paling penting iaitu isu intergriti kerajaan negeri dan mungkin berlaku penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan wang rakyat!

So, what’s next ?

Walau pun MB Terengganu terpaksa menanggung malu akibat kekeliruan ini, ianya sebagai pengajaran kepada beliau, Exco-exco dan seluruh anggota pentadbiran kerajaan supaya lebih berhati-hati, lebih-lebih lagi apabila cadangan tersebut tidak masuk akal dan begitu jelas tidak dipraktikkan di negeri-negeri lain dan juga kerajaan Persekutuan

Maksud penulis mudah sahaja, kembalikan balik kereta Mercedes E200 kepada pengedarnya.

Penulis juga mensyorkan agar MB Terengganu mengarahkan staf-stafnya supaya mengumpul dan rectify segala kerosakan yang di alami oleh fleet kenderaan milik kerajaan negeri.

Mungkin dengan campurtangan MB Terengganu, pihak Proton akan membuka mata dengan lebih luas lagi dan segera meningkatkan kualiti dan ketahanan kereta mereka. Realitinya, sudah banyak kali kita terdengar rungutan dan komplen pembeli kereta proton mengenai kecacatan kereta mereka tapi tidak di ambil serius oleh pihak Proton.

Kita juga berharap agar pihak BPR dapat menyiasat isu ini TANPA perlu takut atau 'menyapu sahaja isu ini di bawah karpet' kerana ia melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan.

Realitinya, tiada siapa pun di atas undang-undang, yang salah tetap salah dan BPR perlu sentiasa mempertahankan intergriti dan nama baik mereka.

Dan yang paling penting ialah wang rakyat tidak lagi disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya!



TERBARU (25/7/2008)

Eksklusif : Surat Pekeliling Perbendaharaan Mengenai Kenderaan Milik Kerajaan

Dr Novandri Hasan Basri

Di sini penulis sertakan SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 1 TAHUN 2008 mengenai TATACARA PEROLEHAN KENDERAAN. Semoga terjawap segala kemusykilan kita. Dan ikuti juga artikel terbaru penulis bertajuk : Mercedes(Part3): Silap Tafsir vs Ego vs BPR vs Hati Rakyat


............KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA...............
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 1 TAHUN 2008

Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan
Semua Pihak Berkuasa Tempatan

TATACARA PEROLEHAN KENDERAAN

Tujuan

Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan memaklumkan semua Agensi mengenai tatacara perolehan kenderaan.

Latar Belakang

2. Peraturan perolehan kenderaan pada masa ini menetapkan pembelian sehingga RM200,000 setahun dibenarkan secara rundingan terus untuk kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD) bagi kenderaan jenis saloon, pacuan empat roda, pick-up, MPV, lori/trak dan bas/coaster 25 penumpang.

Bagi perolehan kenderaan yang melebihi RM200,000 hendaklah diuruskan secara tender terbuka.

Walau bagaimanapun, selaras dengan usaha Kerajaan untuk mempercepat dan memudahkan lagi Agensi membuat perolehan kenderaan, had nilai bagi perolehan kenderaan adalah dipinda.

Had Nilai dan Kaedah Perolehan

3. Kenderaan yang dinyatakan dalam SPP ini adalah bagi maksud kegunaan Agensi dan dibahagikan kepada empat (4) jenis seperti berikut:

(i) kenderaan jenis saloon;
(ii) kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD)/SUV;
(iii) kenderaan jenis utility seperti MPV, van, pick-up dan lori/trak; dan
(iv) bas/coaster 25 penumpang.

4. Peraturan yang menetapkan penggunaan kereta rasmi dan kereta Jabatan di bawah penswastaan kereta saloon Kerajaan hendaklah dipatuhi sepenuhnya dan tidak terpakai di bawah SPP ini.

5. Pegawai Pengawal adalah dibenarkan untuk meluluskan perolehan kenderaan secara rundingan terus seperti berikut:

(i) bagi kenderaan jenis saloon dan pacuan empat roda (4WD)/SUV, rundingan terus boleh dibuat tertakluk kepada jumlah nilai perolehan setahun sehingga RM 1 juta bagi setiap jenis kenderaan.

Perolehan yang melebihi RM 1 juta setahun bagi setiap jenis kenderaan tersebut hendaklah dilaksanakan secara tender terbuka atau tender terhad; dan

(ii) bagi kenderaan jenis utility dan bas/coaster 25 penumpang, rundingan terus dibenarkan tanpa sebarang had nilai bagi setiap jenis kenderaan tersebut.

Syarat-Syarat Pembelian Kenderaan

6. Agensi hendaklah memastikan setiap perolehan kenderaan seperti di para 5 (i) dan 5 (ii) mematuhi kesemua syarat seperti berikut:

(i) peruntukan tahunan yang mencukupi dan telah diluluskan di bawah belanjawan tahunan Agensi;
(ii) semua kenderaan hendaklah kenderaan buatan tempatan atau yang dipasang dalam negara (CKD) sahaja;
(iii) pembelian hendaklah dibuat daripada syarikat pembuat/pemasang atau pengedar sah yang dilantik oleh syarikat pembuat/pemasang;
(iv) syarikat hendaklah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan;
(v) harga kenderaan hendaklah harga bersih (net selling price) tidak termasuk komisyen jurujual;
(vi) harga kenderaan hendaklah termasuk aksesori standard yang ditetapkan oleh syarikat pembuat/pemasang. Bagi pemasangan aksesori tambahan kepada kenderaan tersebut, ia hendaklah dibuat mengikut keperluan dan terlebih dahulu diluluskan oleh Pegawai Pengawal; dan
(vii) semua perolehan kenderaan hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Pegawai Pengawal.
Perolehan Kenderaan Oleh Kedutaan/Perwakilan Malaysia Di Luar Negara

7. Ketua Perwakilan adalah diberi kuasa meluluskan perolehan bagi semua jenis kenderaan untuk kegunaan Kedutaan/Perwakilan Malaysia di luar negara tertakluk kepada para 6 (i) SPP ini.

Tanggungjawab Agensi

8. Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk membuat kajian pasaran bagi setiap jenis kenderaan serta merancang dan memastikan perolehan kenderaan tersebut dibuat secara berhemah dan berdasarkan keperluan Agensi sahaja.

Pemantauan rapi hendaklah dibuat bagi memastikan kesemua syarat di atas dipatuhi sepenuhnya.

Kuat Kuasa dan Pembatalan

9. SPP ini berkuat kuasa pada tarikh ia dikeluarkan. Dengan berkuat kuasanya SPP ini, SPP berikut adalah dibatalkan:
(i) SPP Bil. 5 Tahun 2002;
(ii) SPP Bil. 11 Tahun 2002 (Tambahan Pertama SPP Bil. 5 Tahun 2002); dan
(iii) SPP Bil. 17 Tahun 2002 (Tambahan Kedua SPP Bil. 5 Tahun 2002)

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

.





(Dato' Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah)
Ketua Setiausaha Perbendaharaan,
Kementerian Kewangan Malaysia.

16 Mei 2008

s.k. Ketua Setiausaha Negara
Ketua Audit Negara Malaysia Akauntan Negara Malaysia
Semua Pegawai Kewangan Negeri

Pautan : Perbendaharaan Malaysia , Artikel : Mercedes(Part3): Silap Tafsir vs Ego vs BPR vs Hati Rakyat

Wednesday, July 23, 2008

欢迎 ? Pulau Pinang.

Dr Novandri Hasan Basri

欢迎 atau pun selamat datang ke Pulau Pinang.

Ayat-ayat tulisan Cina seperti itulah yang bakal menghiasi banyak tempat di negeri Pulau Pinang dan apakah Pulau Pinang akan merubah seperti negara Hong Kong?

Inilah pandangan dan kekhuatiran penulis apabila parti Gerakan mulai meletakkan beberapa papan tanda berbahasa Cina di 6 jalan strategik iaitu Beach Street, Jalan Burmah, Jalan Macalister, Carnarvon Street, Chulia Street dan Jalan C.Y. Choy.

Dan kepada yang tidak tahu membaca perkataan Cina (termasuk penulis sendiri), maksud-maksud tulisan tersebut bukannya bermaksud Beach, Burmah, Macalister, Carnavon dan C.Y Choy tetapi membawa maksud yang berlainan daripada itu!

- Apakah tindakan tersebut wajar dan patut diterima?

- Apakah alasan bahawa Georgetown telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu tempat bersejarah, telah membenarkan tindakan parti Gerakan tersebut?

Penulis telah mendapatkan pandangan (sms) daripada beberapa pemimpin Pemuda UMNO negeri Pulau Pinang mengenai isu ini :-

1. Dato` Mohd Salim Bari
Ketua Pemuda UMNO,
Negeri Pulau Pinang.

Soalan 1 : Apakah pendapat dato' mengenai tindakan parti Gerakan meletakkan papan tanda bertulisan Cina?

Dato' Salim : Parti Gerakan sedang bermain api dengan menyemarakkan kemarahan kaumlain untuk mendapatkan sokongan kaum Cina yang mana selama ini terhakis.

Imej Gerakan sebagai parti pelbagai kaum juga teruk terjejas.

Gerakan seharusnya akur bahawa bahasa rasmi negara adalah bahasa Malaysia dan kita seharusnya berbangga dengan bahasa rasmi negara kita, tidak perlu diletakkan bahasa lain pada nama jalan kerana ianya tidak praktikal.

Politik sempit yang dipercaturkan oleh Gerakan akan memerangkap parti itu sendiri kerana perkara ini tidak pernah mereka lakukan sebelum ini dan apa untungkan mereka berbuat demikian kini.

Saya berpendapat Gerakan haruslah sekali lagi membuat reformasi dalaman kenapa mereka kalahteruk semasa pilihanraya lalu serta tidak menuding jari menyalahkan orang lain.

Saya juga percaya DAP akan mengambil kesempatan politik dalam hal ini dan akhirnya parti Gerakan sendiri yang rugi yang sekaligus membabitkan BN.


Soalan 2. Apakah tindakan Pemuda UMNO negeri mengenai isu ini?

Dato' Salim : Pemuda UMNO negeri akan membuat bantahan melaluipucuk pimpinan Pemuda pusat supaya isu ini dibangkitkan di dalam Pemuda BN.

Dan Pemuda negeri meminta semua parti komponen berhati-hati di dalam tindak tanduk mereka supaya keharmonian masyarakat di negara ini sentiasa terpelihara.

Isu ini juga akan dibangkitkan di dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri kelak.


2. Saudara Muhamad Ridzuan bin Rahim
Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Bukit Gelugor.

Soalan : Apakah pendapat saudara mengenai tindakan parti Gerakan meletakkan papan tanda berbahasa Cina?

Saudara Ridzwan : Saya tidak setuju sama sekali. Kita sebagai Pemuda harus menentang tindakan tersebut yang sudah melebihi batasan.

Kita sebagai negara Islam dan bukan dijajah, harus memandang serius perkara yang semacam ini. Kita harus berani bersuara dari sekarang agar anak cucu kita tidak merempat di belakang hari kelak. Allahu Akbar


3. Saudara Mohd Zaidi Mohd Said
Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Permatang Pauh.

Soalan : Apakah pendapat saudara mengenai tindakan parti Gerakan meletakkan papan tanda bertulisan Cina?

Cikgu Zaidi : Sesuatu yang dilakukan untuk mencabar orang melayu dan memberi isyarat kepada orang melayu bahawa bangsa mereka yang berkuasa.

Mungkin ada percaturan politik sesama mereka atau tindakan yang dilakukan untuk mencabar DAP, jika benar berkuasa biarkan Cina buat apa sahaja.

Atau juga untuk memperlekehkan DAP sebagai pejuang Cina jika DAP mengarahkan agar papan tanda tersebut di turunkan.

Perkara ini boleh di lihat dari pelbagai sudut namun hakikatnya Melayu tidak ada sebarang faedah, malahan yang pasti kita akan rugi.

4. Saudara Norman Bin Zahalan
Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Bayan Baru

Soalan : Apakah pendapat saudara mengenai tindakan parti Gerakan meletakkan papan tanda bertulisan Cina?

Saudara Norman : Nampaknya parti Gerakan telah membelakangi kita mengenai papan tanda bertulisan Cina.

Selaku Ketua Pemuda Bayan Baru, saya rasa perkara ini sepatutnya mendapat kelulusan MPPP atau di bawa berbincang terlebih dahulu bagi menjaga sensitiviti kaum.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus utamakan Bahasa Malaysia sepeti mana yang dipersetujui bersama semasa Perlembagaan Malaysiadi buat.

Pemuda UMNO Bayan Baru membantah di atas perkara tersebut.

Pautan : The STAR

Mercedes (Part 2): Fahamilah 'Hasrat Murni' MB Terengganu

Dr Novandri Hasan Basri

Jika para surfers sudah membaca artikel sebelum ini, Utusan Malaysia hari ini pula telah menyiarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat MB Terengganu yang menyatakan bahawa kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 untuk sebuah kereta Perdana untuk tempoh empat tahun.

Sekali lagi, kita perlu 'faham' dengan hasrat MB Terengganu.

Oleh kerana kerosakan salah satu daripada kereta Perdana itu, maka seluruh fleet kereta rasmi exco-exco Negeri Terengganu mesti ditukar.

Ianya seperti jika di dalam satu bakul terdapat 2-3 telur yang busuk, maka semua telur di dalam bakul itu juga dibuang, walau pun telur-telur yang lain masih boleh dimakan

Barulah adil dan saksama. Semuanya dapat merasa sekaligus dan tidak ada yang akan merajuk. Sungguh 'logik' sekali.

Dengan matematik yang mudah, RM175,229.97 untuk 4 tahun = RM43,807.49 setiap tahun dan kerajaan negeri Terengganu masih mahu menggunakan kereta tersebut dan tidak terfikir untuk bertindak proaktif serta menggantikannya dengan yang baru?

Tambah Utusan Malaysia lagi, “Pembelian kereta Mercedes ini adalah telus serta wajar dan tidak sekali-kali menggunakan wang royalti minyak. Kewajaran pembeliannya adalah berdasarkan kelasakan serta kos penyenggaraan yang rendah,” ujar kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan negeri berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan Mercedes E200 Kompressor.

Sekali lagi, rakyat perlu 'faham' dengan kenyataan MB Terengganu.

Spare parts sebuah kereta yang berharga RM245,000 adalah 'lebih murah' daripada sebuah kereta yang berharga RM145,000.

Dan rakyat yang memiliki kereta Perdana perlu 'berhati-hati' mulai daripada sekarang kerana ciri-ciri keselamatan kereta Perdana anda tidak mencapai standard, tidak 'memuaskan' serta 'mencurigakan' dan kenyataan ini dikeluarkan daripada pendokong polisi kereta nasional @ kerajaan sendiri.

Penulis terfikir, jika wang lebihan (RM1.40juta) yang dijimatkan kerana membeli kereta Perdana Executive baru (RM3.43juta - RM2.03juta = RM1.40juta) dapat digunakan untuk membina surau, madrasah atau pun perpustakaan, penulis pasti bangunan-bangunan tersebut akan tahan lebih lama dan dapat digunakan oleh rakyat yang mengundi exco-exco semasa PRU-12 yang lepas.

Pautan : Artikel Pertama, Artikel Kedua

Dedah Harga Sebenar Kos Penyelenggaraan Kenderaan Kerajaan

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis ingin membincangkan satu lagi perkara yang ditimbulkan semasa cadangan Menteri Besar Terengganu untuk membeli 14 kereta Mercedes E200.

Yang menarik perhatian penulis kali ini ialah kenyataan MB bahawa kereta Perdana executive Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000.

Beliau juga mengatakan bahawa hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak. (rujuk Utusan Malaysia)

Terdapat 2 perkara yang perlu dibincangkan:-

1. Perdana diselenggarakan 2 kali dengan kos yang tinggi iaitu RM50,000.

2. Usia kereta Perdana kurang daripada 2 tahun dan kerajaan negeri perlu mengeluarkan kos untuk membaiki serta mendapatkan komponen kereta.


1. Perdana diselenggarakan 2 kali dengan kos RM50,000.

Penulis tidak berapa pasti syarikat yang bertanggungjawab menyelenggarakan kenderaan kerajaan negeri tetapi syarikat yang bertanggungjawab menyelenggarakan kenderaan-kenderaan kerajaan pusat ialah syarikat SPANCO.

Jika kita layari web syarikat tersebut, terdapat beberapa perkara yang menarik. Di antaranya :-

SPANCO has been in the business of delivering total fleet management solutions for over 14 years. Its current fleet consists of more than 8,000 vehicles and caters to the needs of 39 ministries and government agencies across the country

SETTING UP OF SPANCO: SPANCO is a good example of how professional private organisations with specialised skills are used to manage the Government's non-core activities more efficiently so higher service levels can be achieved.

Through outsourcing, SPANCO manages the Government's fleet of saloon cars, and the Government is relieved of this non-core operational activity.

SPANCO was incorporated on 16 August, 1988 and commenced operations on 1 January, 1994.

Today, SPANCO is the leading independent fleet management company in the country, with all the Federal Government ministries using SPANCO to provide and maintain their fleet of saloon cars

The Government has benefited in the following ways:

-overcome budgetary constraints
-cost-savings and reliable service
-replacement of vehicles on pre-determined cycles
-improved availability of vehicles (97%) and operational efficiencies through better maintenance programmes
-a new and current fleet
-revenue from sales of its existing aged fleet
-dispensed with replacing aged vehicles
-current fleet is less than 5 years old
-no cost overruns
-relief from managing fleet


Dan berdasarkan kepada kemampuan Spanco untuk mengurus dan menyelenggarakan kenderaan kerajaan pusat seperti yang disenaraikan di atas,

1. Apakah syarikat tersebut perlu diamanahkan untuk menjaga kenderaan hak milik kerajaan negeri pula?

2. Mungkinkah dengan tahap profesionalisme Spanco, kos RM50,000 boleh diminimakan dan tidak membebankan kerajaan negeri?

Atau,

3. Apakah kontrak penyelengaraan tersebut perlu diagih-agihkan kepada banyak lagi syarikat bumiputera supaya mencapai matlamat DEB dan bukan sahaja menguntungkan seseorang individu sahaja?


Spanco, privately held by Tan Sri Robert Tan Hua Choon, who owns 17.37% stake of Maica, has been in vehicle fleet management business for over 14 years. Its current fleet consists of more than 8,000 vehicles catering to the needs of various government ministries and agencies.

Spanco has an exclusive contract to supply and maintain saloon cars for the government for 25 years effective Jan 1, 1994.

It was reported last month that the company had secured a deal to purchase 2,500 Proton Wajas and 10 units of Mitsubishi Evolution from Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) worth between RM100 million and RM125 million. The company would purchase the cars and lease them to the government


2. Usia kereta Perdana kurang daripada 2 tahun dan kerajaan negeri perlu mengeluarkan kos untuk membaiki serta mendapatkan komponen kereta.

Sebenarnya, isu gearbox dan kecacatan kereta Perdana v6 telah dibangkitkan semasa pihak Proton memanggil kembali fleet kereta Savvy. Ketika itu kereta Savvy dikatakan mempunyai masaalah bearing dan perlu diganti.

Dan kereta Perdana mempunyai tempoh warranty yang lebih daripada 2 tahun. Makanya, segala kerosakan mekanikal atau kecacatan di sepanjang tempoh tersebut sepatutnya ditanggung oleh syarikat Proton dan BUKANNYA kerajaan negeri.

Apa pun, penulis berharap agar syarikat-syarikat yang bertanggungjawab dan kerajaan negeri lebih transperans dan terbuka mengenai isu kos penyelenggaraan kenderaan kerajaan.

Dan jika perlu, agensi kerajaan mesti menyiasat jika terdapat keraguan di dalam kontrak tersebut.

Pautan : SPANCO , (Terima kasih kepada MockyMoqq)

Tuesday, July 22, 2008

Selingan :Pencuri Larikan Tiga Periuk Gulai Ayam

Dr Novandri Hasan Basri

Akhirnya, satu cerita yang tidak berbau politik tetapi berbau gulai ayam. Pelik dan menghairankan.

Selingan untuk kita semua supaya tidak terlalu stress membincangkan hal-hal politik semasa yang memeningkan dan kadangkalanya memualkan.

Ikutilah seterusnya:-

Pencuri larikan Tiga Periuk Gulai Ayam

Utusan Malaysia

KOTA BHARU 21 JulaiSeorang peniaga makanan, Ramli Salleh terkejut apabila mendapati tiga periuk gulai yang sudah siap dimasak dilarikan pencuri yang memecah masuk gerainya di Jalan Bandar Bharu di sini malam Sabtu lalu.

Ramli, 58, menyedari kehilangan gulai ayam, ikan keli dan ikan tongkol apabila datang ke gerainya selepas subuh untuk memanaskan makanan berkenaan.

“Saya percaya lauk itu dituangkan ke dalam beg plastik yang didapati bertaburan dalam kedai manakala periuk ditinggalkan oleh pencuri berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain gulai, pencuri itu juga mengambil satu kilogram timun, lima kilogram minyak masak, lima kilogram gula, tujuh tin susu pekat, bawang putih dan halia.

Ramli yang telah berniaga di gerai berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu berkata, dia tidak pernah mendengar kes pencuri melarikan gulai apabila memecah masuk restoran atau gerai makanan.

“Pencuri itu turut mengambil paket uncang minuman yang tergantung di dinding di samping duit syiling dalam tabung dianggarkan RM20. Mereka juga melarikan dua bilah parang yang digunakan untuk membelah kelapa muda,” ujarnya.

Ramli berasa pelik kerana pencuri berkenaan mengambil semua makanan dan meninggalkan barang-barang lain yang berharga seperti tong gas.

Dia percaya pencuri itu memasuki gerainya melalui lubang di bahagian atas pintu dapur dan memecah kuncinya dari dalam untuk membawa keluar barangan yang dicuri.

Ramli membuat laporan berhubung kejadian tersebut di Balai Polis Kubang Kerian semalam. Pihak polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

(Verdict : business rival ??)

Monday, July 21, 2008

Anwar Ibrahim pun Flop - Flip

Dr Novandri Hasan Basri

Nampaknya, Anwar Ibrahim sudah mulai mengubah 'tarikh mimpi di siang hari' beliau.

Dahulunya beliau berapi-api menaikkan keseronokkan pengikut-pengikutnya dengan mengatakan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri pada 16hb September 2008.

Tetapi, semasa berceramah di Kuantan pada 19hb Julai, Anwar Ibrahim sudah mulai menyuarakan ketidakpastian beliau.

Sebaliknya beliau berdolak-dalih dan memberi penjelasan terbaru:-

This is the opposition leader's first admission that his bold prediction of forming the federal government by Malaysia Day could just be that, a prediction.

"Even if we don't come to power, we will have elections very quickly," Anwar told a 10,000-strong crowd in Kuantan days after being arrested for questioning in a sodomy case. - Malaysia Insider

Sekarang, setelah dirasakan 16hb September adalah satu perkara yang mustahil, Anwar Ibrahim menjanjikan pilihanraya secepat yang mungkin pula.

Apa pula janji beliau selepas ini?

Penulis pasti, tidak ramai yang terdengar atau perasan dengan kata-kata Anwar Ibrahim tersebut.

Atau pun, beliau menyatakan perkara tersebut di antara ayat-ayat beliau yang lain supaya pendengar-pendengar tidak terlalu fokus kepada temberang beliau itu.

Apa tidaknya, jika penjelasan tersebut di terangkan dengan panjang lebar oleh Anwar Ibrahim, pastinya akan menjatuhkan semangat pengikut-pengikutnya yang semakin rajin mengira baki hari yang tinggal sebelum 16hb September ini.

Seperkara lagi, nampaknya Anwar Ibrahim telah menarik para doktor HKL ke dalam kancah politik beliau. Memang benar orang ramai akan ter'makan' cerita Anwar Ibrahim apabila beliau berhujah, berdrama dan menekankan bahawa beliau telah ditelanjangkan di HKL.

Tetapi realitinya ialah prosedur tersebut merupakan perkara yang common dan tidak patut dipolitikkan seperti yang kita dengar hari ini.

Yang tidak common ialah liwat dan bahagian-bahagian badan yang mesti diperiksa!

Mercedes : Fahamilah 'Hasrat Murni' MB Terengganu.

Dr Novandri Hasan Basri

Tujuan asas kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besar barunya, Datuk Ahmad Said membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor kerana ianya menjimatkan wang perbelanjaan tahunan @ wang rakyat.

Fahamilah hasrat Menteri Besar tersebut.

14 kereta Mercedes E200 bernilai RM3.43 juta iaitu RM245,000 setiap satu adalah 'lebih murah' daripada 14 kereta Perdana Executive baru yang bernilai kira-kira RM145,000 setiap satu. (Total : RM2.03 juta)

Maka dengan kiraan matematik mudah, kerajaan negeri telah 'berjimat' sebanyak RM 1.4 juta (RM3.43 juta - RM 2.03 juta) kerana membeli Mercedes E200 Kompressor.

Pokoknya, rakyat perlu 'faham' segala tindak tanduk pemimpin dan bukan sebaliknya. Walau pun alasannya tidak munasabah dan tidak masuk akal, rakyat perlu 'faham'.

Kos penyelenggaran yang tidak masuk akal dan berkemungkinan berlaku penyelewengan atau pun 'tambah nilai' daripada harga asalnya juga 'tidak perlu diselidiki'. Wang extra itu 'tidak perlu disiasat' terlebih dahulu sebelum mereka bertindak melulu membeli Mercedes E200.

Pokoknya, exco-exco kerajaan negeri Terengganu perlu dibawa di dalam Mercedes.

Jika tidak, mereka tidak mampu untuk berfikir. Jika berada di dalam Mercedes, mentaliti mereka akan meningkat ke Kelas Pertama dan dengan itu rakyat juga yang mendapat 'manafaat'nya.

Kerajaan negeri Terengganu yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin UMNO 'memang bijak'.

Di dalam kemalut dan pergolakan politik yang melanda UMNO sekarang, mereka bukannya mahu membantu mengurangkan rasa meluat rakyat kepada pemimpin-pemimpin UMNO.

Tetapi mereka telah menambah minyak tanah ke dalam api.

Apa pun, yang paling penting ialah para Exco negeri mesti diberi kereta Mercedes setiap satu. Dan mereka akan tampak 'gah dan lebih dihormati' jika dibawa di dalam kereta tersebut.

Malangnya, biar apa pun kenderaan pemimpin-pemimpin, rakyat hanya menilai kemampuan, keberkesanan dan sikap pemimpin-pemimpin tersebut dan BUKAN keretanya.

Seperkara lagi, di manakah cogankata, kepimpinan melalui tauladan ? Mungkin sudah terlupa.

Dan juga, kita tunggu dan lihat sama ada terdapat Exco-exco Terengganu yang tidak mahu menggunakan Mercedes E200 kerana sedar diri dan menghormati rakyat Terengganu.

Verdict : Kansel sahaja order Mercedes E200. Dan penulis pasti, Exco Terengganu akan berasa lebih selesa dengan kereta berjenama rakyat yang bernama 'Perdana'.

Updated (22/7/2008)

Isu Mercedes ke Kabinet Kerajaan akan bincang sama ada Terengganu langgar dasar kereta nasional

Utusan Malaysia

LUMUT 21 Julai – Isu pembelian 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi Menteri Besar, Exco dan pegawai kanan Kerajaan Negeri Terengganu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu perlu dibincangkan bagi menentukan sama ada ia melanggar dasar kerajaan mengenai penggunaan kereta nasional oleh kementerian dan kerajaan negeri.

Katanya, Kerajaan Pusat sebelum ini telah memutuskan bahawa semua kementerian dan kerajaan negeri perlu menggunakan kereta nasional.

“Saya guna kereta nasional dan Perdana Menteri pun guna kereta nasional.

“Kita akan berbincang dalam Kabinet bagi menentukan sama ada terdapat kewajarannya,” kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Majlis Industri Pertahanan Malaysia di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika mengulas langkah Kerajaan Negeri Terengganu membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu.

Menurut beberapa pihak, tindakan kerajaan negeri itu bercanggah dengan pekeliling kerajaan Pusat berhubung penggunaan kereta nasional oleh para pemimpin dan pegawai kanan kerajaan...(seterusnya....)

Pautan : Artikel 2 Dr Novandri Mengenai Isu Ini

TERBARU (24/7/08)

Artikel : "Mercedes (Part 3): Silap Tafsir vs Ego vs BPR vs Hati Rakyat".

Sunday, July 20, 2008

MV Agusta : Harley-Davidson vs Kerajaan Pak Lah

Dr Novandri Hasan Basri

Pada 11hb Julai 2008 yang lepas, syarikat pengeluar motor termasyhur dunia, Harley Davidson telah meraikan ulang tahun ke-105.

Seperti yang kita sedia maklum, Harley-Davidson telah mengambil alih MV Agusta Motors (MV Agusta), syarikat permotoran yang satu ketika dahulu turut dikuasai (55%) oleh Proton Motors.

(Penulis tidak mahu menyentuh mengenai tindakan Proton (di bawah pemerintahan Pak Lah) menjual saham mereka sebanyak 1 (satu) Euro kerana ianya telah diterangkan dengan jelas oleh mantan Perdana Menteri di dalam blog beliau.)

Yang pastinya, media permotoran dunia telah mengalu-alukan langkah Harley-Davidson tersebut. Dan bagi Harley-Davidson pula, ianya merupakan marketing strategy untuk membantu mereka menembusi pasaran motor di Eropah.

MV Agusta Group has two families of motorcycles: a line of exclusive, premium, high-performance sport motorcycles sold under the MV Agusta brand; and a line of lightweight motorcycles sold under the Cagiva brand.

MV Agusta's F4-R motorcycle, powered by a 1078cc in-line four-cylinder liquid cooled engine, is rated at 190 hp.

The company sells its products through about 500 dealers worldwide, the vast majority of them in Europe.

In 2007, MVAG shipped 5,819 motorcycles. During 2008 MVAG has significantly slowed production due to financial difficulties.

Apa yang menarik perhatian penulis kali ini ialah bentuk motorsikal yang dikeluarkan oleh MV Agusta.

Dan sebagai peminat motorsikal berkuasa tinggi, penulis teruja dengan spesifikasi dan kecanggihan motorsikal-motorsikal tersebut.

Dan jika berpandukan kepada review mengenai motorsikal-motorsikal MV Agusta, syarikat tersebut sebenarnya adalah setaraf, malah turut menjadi trend setter kepada dunia permotoran dunia.

Maksud penulis, masaalah MV Agusta adalah pada pihak pengurusannya sahaja dan BUKAN produknya.

Di bawah adalah review mengenai produk terbaru MV Agusta. Di antaranya :-

1. 2009 MV Agusta F4 RR 312 1078

They have made the ultimate cocktail of power and controlled aggression to once more unleash the beast also known as “the most beautiful motorcycle in the world”.

They have added another “R” to the F4 and the superb R 312 that, flat out in sixth, has reached 312 kph (193.88 mph).


The F4 R 312 performance can only to be eclipsed by the RR. There is only one objective for 2008 - improvement.

An objective like this is by now customary for a company that already has 75 championship titles behind it (37 constructors and 38 riders) and success embedded in its soul past and present.

The successful evolution of the F4 RR 312 lies to a large extent in technical refinements in comparison with the R 312 and includes the following:

1.New decals and color schemes
2.Smoked screen from the F4 CC
3.Smaller exhaust tail pipes with the end piece cross section
resembling a “slice of salami”
4.New suspension calibration
5.Sachs steering damper from the F4 CC
6.Brembo monoblock (one-piece) brakes
7.1,078cc engine
8.Slipper clutch
9.New close ratio gearbox

2. 2009 MV Agusta BRUTALE 1078 RR

Transition from the 910R to the 1078RR involved the introduction of some new components that have given the Brutale RR 15 more HP and 2 kilos more of torque. A breakdown of the changes includes:
1. Decals and color schemes
2. Instrument panel graphics
3. Revised suspension calibration
4. 1078 cc engine
5. Slipper clutch
6. Resized catalysers
7. Brembo monoblock (one-piece) brakes.

The new Brutale has inherited the very best of MV Agusta technology. With its new 1078 cc engine based on the racing F4 RR 312, the new Brutale is a sure winner.

The aim wasn’t so much about seeking maximum performance as of taming four cylinders to work together to offer a perfectly balanced ride.

Kini MV Agusta dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Harley-Davidson dan tujuan mereka membelinya adalah munasabah, logikal, bervisi jauh dan market value yang bakal mendatangkan keuntungan jangka panjang.

Persoalannya, siapakah yang tersilap langkah? Atau pun, siapakah yang bodoh?

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.