Nampaknya isu Mercedes E200 Kompressor masih belum selesai!
'Defiant Act : Exco Men Use Merc Despite Cabinet Order.' Begitulah tajuk utama di suratkhabar The STAR hari ini. Dan juga disertakan dengan 2 foto sebagai buktinya.
Foto - 2 Mercedes baru yang dipakai oleh Exco-exco kerajaan Terengganu (The STAR)
Kesimpulannya : Di dalam konteks isu ini, Pak Lah telah gagal bertindak sebagai ketua negara dan arahannya dipandang remeh serta tidak bermakna langsung. Apakah Pak Lah akan berkata, 'tak apalah' atau 'biarlah' ?
Penulis juga tidak faham dengan jawapan kedua-dua Exco tersebut yang seolah-olah tidak mahu mengaku bahawa mereka telah tersalah tafsir dan terlupa kepada Para 4 yang jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak berhak untuk menggunakan kereta jenama lain selain daripada kereta nasional.
Sebagai rakyat biasa, apakah yang mampu kita lakukan selain daripada melihat sahaja tingkah laku pemimpin-pemimpin kita?
Terbaru (27/7/08 10.30pm)
Malaysia Kini
Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menahan lapan kereta Proton Perdana V6 Executive exco dan pegawai kanan kerajaan Terengganu bagi membantu siasatan berhubung kos penyenggaraan kenderaan itu yang terlalu tinggi.
Pengarah BPR Terengganu, Sharuddin Sapian ketika dihubungi berkata empat daripada kereta berkenaan ditahan Khamis lepas manakala bakinya ditahan sehari kemudian.
Beliau, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai lapan kereta yang ditahan itu, demikian menurut laporan Bernama.
Semalam, Sharuddin berkata setakat ini sembilan individu telah dipanggil oleh BPR untuk memberi keterangan berhubung isu berkenaan.
Khamis lepas, pegawai BPR memulakan siasatan kes itu dengan mengambil dokumen dari pejabat Perbendaharaan Negeri diikuti tindakan sama di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman.
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, ahli exco dan pegawai kanan kerajaan Terengganu akan menggunakan kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi buat sementara waktu sehingga BPR selesai menjalankan siasatan terhadap kereta Proton Perdana V6 Executive.
Pada masa ini, katanya, BPR telah mengambil kereta Proton Perdana V6 kerajaan negeri itu untuk siasatan berhubung kos penyenggaraannya yang terlalu tinggi.
Akur arahan TPM
"BPR telah ambil kereta Proton Perdana V6 Executive yang digunakan exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Jadi mereka kena pakai dululah (kereta Mercedes)...perdana menteri pun dah kata, sekali-sekala boleh pakai kereta Mercedes ini," katanya kepada pemberita di Terengganu.
Dua hari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan kesemua 14 kereta Mercedes E200 Kompressor yang telah dibeli kerajaan Terengganu hanya akan digunakan untuk membawa tetamu-tetamu kerajaan negeri


