Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Sunday, August 31, 2008

Pemikiran Bangsa Malaysia

Dr Novandri Hasan Basri

Di sertakan di bawah ini satu artikel tulisan penulis yang telah disiarkan di Utusan Malaysia mengenai Hari Kemerdekaan ;

PADA 31 Ogos 1957, bertempat di Stadium Merdeka, Tunku Abdul Rahman telah membacakan Perisytiharan Kemerdekaan. Antaranya Almarhum menyebut:

“... Maka dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Mengasihi, saya memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu…… akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan dan sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan kesetiaan rakyat.”

Sejak dari mulanya penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, kita amat mementingkan aspek kebebasan, keadilan, kesejahteraan dan kesamarataan di antara rakyat.

Hari Kemerdekaan ke-51 ini adalah masa yang terbaik untuk kita merenung sejenak kepada aspek-aspek tersebut. Realitinya, ia hanya dapat berlaku jika atmosfera negara berada dalam stabil dan rakyatnya bersatu padu, aman dan tenteram.

Perpaduan nasional adalah satu budaya murni untuk mewujudkan nilai-nilai kemesraan dan hormat-menghormati sesama kaum. Kita ingin menghapuskan rasa kekok, buruk sangka, ekstremisme dan segala perkara negatif yang mampu membinasakan keharmonian sesama sendiri.

Usaha perpaduan nasional mesti dilakukan secara berterusan dan pragmatik agar tercapai dalam satu rangka masa yang praktikal dan rasional. Realitinya, perpaduan nasional adalah satu sikap positif yang perlu dipunyai oleh setiap bangsa Malaysia.

Perpaduan

Bagaimanapun, perancangan dan usaha untuk mewujudkan kefahaman yang tulen mengenai perpaduan nasional mesti melibatkan semua lapisan kaum.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersama-sama menjayakan usaha perpaduan nasional ini dengan lebih bersungguh-sungguh dan ikhlas, disertai dengan anjakan paradigma pemikiran dan pemahaman semua kaum mengenai semangat perpaduan itu sendiri.

Untuk merealisasikan anjakan paradigma pemikiran dan pemahaman mengenai semangat perpaduan ini, kita perlu berlandaskan kepada satu sumber yang sangat penting iaitu ilmu. Ilmu sangat berguna untuk mencelikkan mata dan minda.

Tanpa ilmu yang cukup, kita akan senang terpengaruh dan cepat hilang sabar. Lebih-lebih lagi di zaman siber hari ini di mana terdapat anasir-anasir jahat yang sengaja mengganggu domba kesejahteraan rakyat Malaysia. Realitinya, tanpa ilmu dan pegangan, kita boleh hilang pertimbangan dan tindak balas kita mungkin bersifat perkauman yang ekstrem. (klik di sini untuk bacaan seterusnya.....)

Perlu Tegas Tangani Pencabul Perlembagaan

Mingguan Malaysia

Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang terus mempertikaikan peruntukan Fasal 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan Bahasa Melayu dan Hak Keistimewaan Orang Melayu.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Abd. Aziz Bari berkata, kerajaan sepatutnya memandang serius perkara itu dan segera menghentikan gejala yang membimbangkan ini.

Katanya, perkara itu tidak harus diberi ruang untuk dipertikaikan lagi kerana ia merupakan kunci kepada kestabilan negara yang telah dipersetujui dengan penuh muafakat sebelum mencapai kemerdekaan.

Beliau berpendapat, antara faktor keberanian pelbagai pihak yang mempertikaikan undang-undang tersebut adalah kerana kurangnya penguatkuasaan kerajaan terhadap pelaksanaan matlamat dan semangat kedua-dua fasa berkenaan.

"Sebenarnya keseluruhan Perlembagaan Persekutuan perlu diperkasakan dan bukannya hanya setakat Fasal 152, 153 sahaja kerana jika langkah konkrit tidak dilakukan, Perlembagaan kita akan jadi seperti perhiasan atau kosmetik sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Forum Merdeka Pelaksanaan Undang-Undang Fasal 152, 153 dengan tema Memperkasakan Perlembagaan Negara anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini hari ini.

Forum yang dipengerusikan oleh Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Mohamad Agus Yusof itu turut dihadiri oleh ahli panel lain iaitu Penasihat Undang-Undang Majlis Muafakat Melayu Malaysia, Tan Sri Abd. Aziz Abd. Rahman dan peguam, Zainur Zakaria.Majlis itu dirasmikan oleh Penaung MTRK, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dan turut dihadiri Presiden MTRK, Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Sementara itu, Abd. Aziz mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu badan atau jawatankuasa khusus di peringkat Pusat dan negeri bagi memperincikan pelaksanaan Fasal 153 yang dilihatnya agak tersasar daripada maksud dan matlamat sebenar undang-undang itu.

"Saya difahamkan pada masa ini tiada badan khusus sama ada peringkat kementerian atau negeri yang melaksanakannya dan ini adalah antara punca berlakunya keciciran di kalangan Melayu sendiri dan wujudnya pihak tertentu yang mempertikaikan intipatinya," katanya.

Bekas Pengerusi Malaysia Airlines System (MAS) itu berkata, hak Bahasa Melayu dan keistimewaan orang Melayu telah diiktiraf oleh British sebelum negara mencapai kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan dirangka lagi.

Malah, katanya, ia telah dipersetujui oleh semua pihak melalui kontrak sosial sebelum ini dan adalah tidak rasional apabila selepas 51 tahun negara mencapai kemerdekaan ia diungkit dan dipersoalkan.

Dalam pada itu, Zainur menyelar pemimpin Melayu beragama Islam yang sanggup menggadai maruah bangsa dan agama demi mencapai cita- cita politik.

Katanya, pemimpin ini kononnya akan mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia baru yang mempunyai kesamarataan tetapi tidak dijelaskan ciri-cirinya yang sebenar.

"Adakah kita mahukan sebuah masyarakat seperti Singapura atau masyarakat mempunyai pelbagai bahasa rasmi, agama Islam diletakkan pada kedudukan sama dengan agama lain, adakah kita sanggup terima semua ini."

"Melayu bukannya tuntut hak lain cuma kita pertahankan hak sedia ada yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan. Tetapi apabila kita perjuangkan hak ini seolah- olah seperti kita pula yang bersalah," katanya

Rahsia Puasa

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis ingin mengucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa dan tarawikh di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga bulan ini mendatangkan keinsafan dan merapatkan lagi barisan ummah di antara kita semua.

Di sini penulis sertakan satu artikel yang sangat menarik untuk tatapan kita bersama.

DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita berasakan kenikmatan dalam ibadat ini.

1. Menguatkan Jiwa.

Dalam hidup, kita mendapati ada manusia dikuasai hawa nafsu.Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, walaupun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia kalah, malapetaka besar akan berlaku.

Perkara ini kerana manusia yang kalah itu mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung kepada kesesatan.Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud: "Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya." (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)

2. Mendidik Keinginan Ke Arah Kebaikan.

Puasa mendidik seseorang memiliki keinginan kepada kebaikan, walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara baik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Puasa itu sebagai benteng" (daripada serangan keburukan).

Dalam kaitan ini, puasa menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, walaupun mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.

3. Menyihatkan Badan.

Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif terhadap kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan).

Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah SAW , malah dibuktikan doktor atau ahli perubatan.

4. Mengenal Nilai Kenikmatan Dan Bersyukur.

Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan Allah kepada manusia, tetapi ramai tidak mensyukurinya. Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh merenungi kenikmatan diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.


5. Mengingati Dan Merasakan Penderitaan Orang Lain.

Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.

Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah).

Zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir. (Petikan Al-Azim.Com)

Saturday, August 30, 2008

Dasar Ekonomi Baru & Hari Merdeka

Dr Novandri Hasan Basri

NEP or New Economic Policy is an affirmative action. No one can deny that but at the same time the discrimination is not at the real meaning of the definition. We can argue for days (or months)and we can list down the pros and cons. And it's up for you to decide to choose your side or picked your own points out of the lists.

But the younger generation tend to forget to true meaning and the hardship faced by the fore-fathers. But the concept was not informed and not seriously taught by the educational system. And to add on to the 'forever' dilemma is schools are divided based on race.

The fundamental concept of creating the trust and togetherness within the younger citizens has not been solved. We tend to forget the Malay proverb "Melentur Buluh biar dari rebungnya."

Extremists (or opportunists) wants NEP out because it's discrimation but at the same time they refused to accept 'one school' concept. They just refused to accept that the field is not flat and everybody is not at par.

But I do agree that NEP has created bad Malays and it gives opportunity to the critics to blast off the very good meaning of NEP.

It's about time for all the Malaysian (especially the younger generation) to know and appreciate the fundamental of the existence of Malaysia. Let us talk more at our resemblance rather than our difference.

Selamat Hari Kemerdekaan ke-51.

FYI, I've read few comments in CheDet.com and I would like to share 2 of them. It's very good and informative. And the most important thing is it's the voice of the people.

Albert CH Lee wrote :-

1) I prefer not to speak on the Malay Dilemma for obvious reasons, but I would like to comment on the Chinese Dilemma,

2) We Chinese criticize the NEP and Affirmative Action without realising that we had gained along the way. Look at the list of the top 10 richest people in Malaysia - billionaires - 8 are Chinese, 1 Malay and 1 Indian. Who gave the Chinese billionaires their gaming licences, banking licences, construction licences etc.? Are there no Chinese who owns any IPP, steel factory or Main Street Bukit Bintang?

3) When the Malays had their "special licences and permits", who did they sell them to? Did non-Malays make profits from the government's special preferences too?

4) Let us not harp or whine about entrance to universities. Malay or Chinese, we are sending our kids away from our very own public education system. I have Malay friends who have kids in Melbourne schools. Just ask our current politicians, how many of them have sent their children overseas? The quality of our current public education is not worth our while complaining about discrimination. Do our ministers know? Who wants to rock the boat?

5) Let's face it, those of us who feel discriminated against can choose to migrate. The fact is, we are still secondary residents in a foreign country. I know I cannot go back to Shanghai, my grandfather's birth-place. How can I blend in like my grandfather did? I cannot even speak the language.

6) My theory is the same as yours, Tun. The people who complain about discrimination are not the poor. They and their families have to survive another day in the current economic quirkmire. The rich cannot complain either - they have to take a pay cut and live off their treasure chests. It is those in the middle, who aspire to become the next blue-eye boy of the current government, those who prepare themselves to be the next beneficiaries. If they do not get what they want, then the whole country is discriminating aginst them.

7) The Chinese cannot complain about the Malays living on a crutch. Many of us live off them. For those of us who feel discriminated against, we have become a selfish and chauvinistic race, unlike our fore-fathers who dripped their blood and sweat to give us the economic prowess today. Our young chinese generation is a spoilt and selfish lot, and they blame it on discrimination.

8) Why can't we go across the borders and conquer the other worlds, and bring back the spoils to our mother-land, Malaysia? Then we can say Malaysian Chinese have really made their patriotic mark.

I believe and respect what you say, Tun, and I hope I do not disgrace my fore-fathers.


DrJagento wrote :-

The malays fear no less than the chinese on where the nation heading towards to.

When Lee Kuan Yew pulled out Singapore from the federation of Malaysia in 1965, and established a Chinese based country, all the malays feels cheated.

For whatever reason that LKY might have at that time, the withdrawal of Singapore is seen as "well planned" and well ahead of the independent of Malaysia, by the chauvinistic Chinese, particularly when no effort to stop the sudden withdrawal.

I am not going to dwell on my speculation on this issue but to trace back on the possible reason of why Chinese loyalty to this country are treated with edgy coutious by the indiginous Malays.As malay, I shared your thought and I can say most malays and non malays should equally agreed.

When I was given the opportunity to continue my study in US there were 4x more Malaysian chinese students in the university than the malay students, and almost all of them were not sponsored by the govt. I wonder, b'cos I can ensure you that nobody in my family are able to understand why such big sacrifice is needed to send one son to foreign university just to get a degree.

On the other hand, maybe most chinese family can, and that's why the govt have to interfere to remedy.

A good friend of mine 'who is a Taiwanese chinese told me about the dissatifaction of our Malaysian chinese brother in the university who complained that the govt is not fair to them and to the chinese as a whole.

Similarly when I was in UK I heard the same thing. But when I told them to go to KL or Ipoh or Penang and look for a Malay businnesses on any street on those cities and they will find none except those belongs to the Chinese and Indian they were shocked b'cos it immediately became clear to them of the exact situation.

Where in the world you'll find a country where non-indigenous are much-much more well off then local indigenous, where as you mentioned equally benefited and much more benefited from the govt policies but yet still complaining not just to the govt but against the indigenous people.

Where in this world can you find an indigineous people who makes the majority of the population who are so scared and worried in their own very land that they might lose their land to non-indigenous but still remain calm about it.

If the Jews in German and Europe, was not seen as those who robbed, denied the local indiginous and creates disparity and fear(i.e the German) we can probably see why the 2nd world war can somehow be avoided.

This morning and similarly every morning, I saw people rushing to work. I saw people driving with worry and fear in their head. They were racing, overtaking each other, jumping queue and doing anything that you can imagine of. I see this behaviour as the manifestation of their fear.

Fear of being left in this material world, fear because they have no confidence..., their opprtunities if left unattended will not be safe as everyone will be so eager to take away those opportunities away from them.

They fear because they cannot trust any other road users or their friend or neigbours, colleagues and everyone else to wait for them if they late in this competition, cause competition creates winners and loosers and in the end disparity and anger.

When the competition is between two races of different ideology and understanding on how should they perceive about making a living, friction and tension will prevail.

Sadly, when the malays are asked to compete with the chinese in the newly learned game which already mastered by the chinese, it almost clear who going to win and who going to lose. This competition will not create unity but for sure disunity and disparity.

I don't want this competition, I don't want to compete with my own brother, be Malay, Chinese or Indian or anyone else. I don't want to be left behind by my Malaysian brothers. I want them to wait for me when I'm late as much as I wait for them when they were late.

I want them to teach me when I don't know, as much as I teached them when they dont know. I want you to feel my hunger and give you back the same when you are hungry.

Why should we told to compete?

(Dr Novandri : SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-51)

Friday, August 29, 2008

Bajet 2009 - Sepintas Lalu (Part 1)

Dr Novandri Hasan Basri

Bajet 2009 telah dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini. Pelbagai statistik, peratusan dan angka-angka telah dikatakan oleh Pak Lah.

Sebagai rakyat, kita tentu mengambil masa untuk memperhalusi serta memahami segala angka-angka tersebut. Penulis pun salah seorang daripadanya.

Maka kerana itu, artikel ini bukan untuk mengupas bajet 2009 tetapi secara sepintas lalu, beberapa angka dan usaha telah menarik perhatian penulis (yang lain-lainnya perlu diteliti dengan lebih lanjut)

1. Negeri Sabah dan Sarawak adalah 'lime light' di dalam bajet 2009 dengan mendapat pelbagai insentif dan peruntukan. (Dr Novandri : Mungkin akan dibangkitkan oleh sesetengah pihak)

2. Staf kerajaan akan mendapat bonus 1 bulan tapi dibayar 2 kali iaitu bulan September dan Disember.

3. Harga rokok meningkat.

4. Tiada cukai untuk kereta 'hybrid'

5. Peralatan elektrik jenama Malaysia akan bertambah murah.

6. Kemudahan percuma tambang pergi balik bagi staf kerajaan pulang ke wilayah asal pada setiap tahun.

7. Tiada bayaran jika mengguna elektrik kurang daripada RM20.00 sebulan.

8. OKU mendapat elaun RM150 sebulan jika tidak bekerja manakala elaun murid OKU di sekolah pendidikan khas ditambah kepada RM150 sebulan.

9. Pesara kerajaan (berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun) akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Penulis berpendapat rakyat tidak ada masaalah untuk memahami peruntukan yang berjumlah puluhan dan ratusan ringgit seperti di atas.

Yang kita perlu fahami lebih lanjut ialah perincian dan pecahan-pecahan mengenai peruntukan yang bernilai ratus jutaan ringgit yang diberikan kepada beberapa agensi dan negeri. Diharapkan wang tersebut dapat disalurkan secara telus dan tidak disalahgunakan.

Dan seperkara lagi, kita sedang menunggu 'feedback' daripada pelbagai pihak mengenai bajet 2009 ini. Tentunya pihak-pihak itu adalah daripada pihak pembangkang, pakar-pakar ekonomi dan juga mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Kita akan membincangkan bajet 2009 di artikel yang seterusnya.

Apakah Nilai 'Postmortem' Kepada UMNO & BN?

Dr Novandri Hasan Basri

Pihak tertinggi UMNO akan mengadakan 'postmortem' untuk mencari faktor-faktor yang menyebabkan kekalahan BN di Permatang Pauh. Ironinya, postmortem baru sahaja dibuat kira-kira 5 bulan yang lalu untuk mengkaji prestasi BN di PRU-12.

Perkataan 'postmortem' memang terasa 'besar' dan perlu disegerakan tetapi postmortem ala UMNO terasa lembap dan tidak bermakna kerana tiada tindakan susulan yang serius. Jika ada pun, ianya tidak menjurus kepada menyelesaikan permasaalahan yang paling besar iaitu kewibawaan dan imej pemimpin tertinggi di dalam UMNO itu sendiri.

Seperti kata orang bijak pandai, UMNO dan BN masih berada di dalam denial stage dan masih enggan menerima isyarat yang diberikan oleh rakyat.

Kita mulakan 'postmortem' kita dengan statistik pengundi di Permatang Pauh.

Secara ringkas, daripada 58,459 pengundi berdaftar di Permatang Pauh, 26,942 daripadanya adalah ahli-ahli BN.

Ini bermakna BN sepatutnya telah mendapat 46% undi awal dan 'confirmed' di Permatang Pauh.

Di bawah adalah pecahan pengundi-pengundi BN :-

1. UMNO - 19,442 pengundi

2. Gerakan - 2,900 pengundi

3. MCA - 2,400 pengundi

4. MIC - 1,700 pengundi

5. PPP - 500 pengundi.

Seperti yang diketahui, Calon BN, Arif Shah hanya menerima undi sebanyak 15,524.

Ini bermakna, Arif Shah telah kehilangan 11,418 undi (26,942 undi - 15,524 undi) yang sepatutnya berpihak kepada beliau.

Apakah mereka tidak keluar mengundi atau pun mengundi parti lawan, PKR?

Daripada 58,459 jumlah total pengundi di Permatang Pauh, sejumlah 47,258 undi (termasuk 447 undi rosak) yang telah diterima.

Ini bermakna 80.83 % telah keluar mengundi, satu peratusan yang tinggi sedangkan hari itu merupakan hari bekerja untuk pihak swasta (cuti umum untuk agensi kerajaan).

Ini juga bermakna, sejumlah 11,201 (19%) pengundi tidak keluar mengundi.

Dan menurut senarai terbaru (berdasarkan kepada senarai PRU-12), PKR hanya mempunyai 12,000 ahli/pengundi berdaftar di Permatang Pauh.

Dan jika ditambah dengan 8,000 jumlah ahli PAS yang boleh mengundi di sana, totalnya ialah 20,000 orang.

Hipotetikalnya, BN sepatutya sangat selesa jika dibandingkan dengan parti PKR dengan perbezaan yang besar iaitu 6,000 undi (26,000 BN vs 20,000 PKR). Tetapi ianya tidak berlaku di Permatang Pauh. (statistik daripada The SUN)

Malah tektik politik 'persepsi' yang dicanang-canangkan oleh jentera pilihanraya PKR, seolah-olah Permatang Pauh milik Anwar Ibrahim, telah berjaya dengan cemerlangnya. Canggih!

Ianya sungguh efektif sehinggakan ramai di antara kita yang tertawan dan percaya kepada modus operandi jentera pilihanraya Permatang Pauh.

Malah beberapa menteri kanan kerajaan turut tertipu dan tanpa segan silu serta tidak hormatnya kepada ahli-ahli BN dan jentera pilihanraya BN di Permatang Pauh, telah berkata bahawa mereka sudah tahu PKR akan menang walau pun sebelum pilihanraya lagi!

Apakah ini yang dinamakan semangat kekitaan dan ingin berjuang? Apakah menteri-menteri ini telah turun ke Permatang Pauh dan membantu atau pun mereka itu hanya pandai bersuara tetapi sebenarnya tiada kualiti untuk berjuang bersama-sama ahli-ahli BN di Permatang Pauh?

Penulis berasa amat malu apabila membaca komen-komen menteri-menteri kanan tersebut di dalam akhbar-akhbar hari ini. Sungguh memalukan!

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mempunyai jawapan yang lebih logik. Diantaranya:-

1. Saya biasa menulis berkenaan dilema Melayu. Saya percaya dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ramai yang berada dalam keadaan serba salah. Bukan sahaja Melayu tetapi juga bukan Melayu.

2. Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi mereka juga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baik tetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasional iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulih dibawah kepimpinannya.

3. Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasional telah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi.

3. Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.

4. Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan faham mesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepada UMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.

Thursday, August 28, 2008

Malaysia Ku Negara Ku

Dr Novandri Hasan Basri

I have just received a comment from 1969er which is really an eye opener for me and perhaps all the readers (Dr Novandri : Thank you sir). He wrote:-

It is my humble view that the difference of perception towards UMNO between the olds and the youngs is due to the lack of information and knowledge of our forefathers' agreement on the Social Contract (which led to the Federal Constitution.)

Ever since 1957, moderation is crucial in our interaction with one another. With the Malaysian Constitution in the background, our forefathers had this to say regarding the multi cultural Malaysia;

1969er also wrote :-

As I can recall, I do not see this subject being taught, made known or even touched in history subjects to the school childrens at the primary and secondary.

Without this knowledge, our young generation will not appreciate what is Merdeka, the fight for independence and most importantly, the racial integration and understanding.

I strongly urge Pemuda UMNO to propose to the Education Ministry that consideration being given to address this instead of teaching our childrens history on Majapahit, Srivijaya, Campa civilizations etc etc.

Also, I do urge Pemuda UMNO to have more activities to explain to the young generations of Putera & Puteri on the social contract as created, inherited and preserved by our former leaders and statement.

1969er forwarded a splendid article written by JebatMustDie which for me is very informative and should be read by all Malaysian especially the young generation. I pasted some of the details below :-

Speech by MIC President, Tun V.T. Sambanthan in the Parliament on 1 June 1965:

“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do?

They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship.
If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma.


Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories?

In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said,

“We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.”

And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens.

As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race?

Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world?

I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”

(Note that his speech was delivered to chastise the PAP leaders who were harping on the Malaysian Malaysia concept)

MCA President, Tun Tan Siew Sin, in an article in a local paper entitled - “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” on 30 April 1969, said:

“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent who were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States, obtained their citizenship.

In return for this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities.”

(note that his speech was delivered prior to the 1969 general elections which was tainted with racial extremism that questioned the Article 153 of the Constitution perpetuated by the DAP and Gerakan)

As the voice of moderation among the disgruntled Malays in 1970, the late Tun Dr Ismail had this to say on the ‘Special Position’ just after the NEP was established:

“This proved a less intractable problem because the leaders of the Alliance realised the practical necessity of giving the Malays a handicap if they were to compete on equal terms with the other races.

The only point of controversy was the duration of the ’special position’ — should there be a time limit or should it be permanent?

I made a suggestion which was accepted, that the question be left to the Malays themselves, because I felt that as more and more Malays became educated and gained self-confidence, they themselves would do away with this ’special position’ because in itself this ’special position’ is a slur on the ability of the Malays and only to be tolerated because it is necessary as a temporary measure to ensure their survival in the modern competitive world: a world to which only those in the urban areas had been exposed.”

As the result, the NEP was given 20 years and the objective of achieving 30% of wealth is set for the Malays, inclusive the other Bumiputras.....

As one of this blog’s avid commentator (Lekiu) had said - ‘For years Lim Kit Siang and Karpal Singh tried to end it (affirmative action) and it took another Bumiputra (Anwar) to finish it off. How strange history can be.’ (click here JebatMustDie..)

Politik - Generasi Muda vs Generasi Lebih Tua

Dr Novandri Hasan Basri

The Star hari ini menyiarkan satu artikel tulisan Joceline Tan (penulis politik yang terkenal) yang menarik untuk dibincangkan. Di antara lain:-

"Perhaps the most worrying thing for Umno was how poorly the party fared among young voters. Voting stream data showed a PKR sweep of votes among those in their 20s and 30s. Umno did well mainly among the older generation.

In that sense, Anwar can lay claim to the generational shift that is taking place among the Malays.


Menurut data pengundi, UMNO kurang mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi muda (umur di antara 20an - 30an). Bagaimana pun UMNO masih merupakan pilihan utama pada generasi yang lebih tua.

Ianya bermaksud, jika anda (dari generasi muda) menyokong PKR, kemungkinan besar ayah dan ibu anda menyokong UMNO dan BN.

Kenapa berlaku pertembungan ideologi di antara generasi muda dan yang lebih tua?

Secara perbandingan, penulis dapati bahawa generasi tua memandang UMNO dari segi asasnya (core) iaitu perjuangan dan jasanya kepada mereka. Generasi itu membesar dan dapat menyaksikan sendiri perubahan pembangunan dan keselesaan yang dinikmati oleh rakyat hasil perjuangan UMNO sejak sebelum merdeka lagi.

Mereka telah menyaksikan di depan mata mereka sendiri setiap detik transformasi yang berlaku, negara Malaysia yang susah dan mundur menjadi sofistikated dan moden, kekampungan berubah menjadi kosmopolitan, imej Malaysia yang serba kurang menjadi Malaysia yang dikenali dan dikagumi oleh penduduk dunia, prasarana negara yang daif menjadi serba lengkap dan tidak pernah terfikir sebelum ini.

Fakta-fakta di atas merupakan intipati perbualan jika kita menanyakan pendapat generasi yang lebih tua.

Penulis sendiri sering bertanya dan rata-rata golongan tersebut mempunyai persepsi yang identitikal dan kukuh. Pertimbangan mereka lebih menyeluruh serta berlandaskan kematangan serta pengalaman dan tidak begitu emosional serta tidak senang dikelirukan.

Persepsi serta konsep politik tersebut amat berbeza dengan generasi muda hari ini. Generasi muda hari ini dilahirkan di dalam negara yang serba baik dan moden. Tiada lagi perjuangan berkelompok tetapi lebih kepada perjuangan individu untuk hidup di dalam era yang mencabar ini. Pekerjaaan, makan minum dan tambang pengangkutan merupakan misi terpenting di dalam agenda seharian generasi muda.

Dalam masa yang sama, peningkatan taraf pelajaran telah menyediakan generasi muda yang lebih berilimu serta kritikal dan sering terjebak di dalam segala kekeliruan serta dahagakan penjelasan yang konkrit ke atas segala kekeliruan tersebut.

Generasi muda pula telah disediakan prasarana yang sangat canggih sehingga mampu menyediakan networking serta dapat berhubungan sesama sendiri dengan pantas dan murah.

Penulis pernah bertanya,

1. Apakah Pemuda UMNO pernah terfikir cara-caranya untuk menarik minat puluh ribuan Melayu lepasan sekolah menengah, kolej dan universiti yang keluar setiap tahun?

2. Apakah yang berlaku?

3. Apakah Pemuda UMNO tidak mahu menyuntik idea-idea, ilmu serta kepakaran puluh ribuan Melayu muda ini ke dalam parti tersebut?

4. Apakah mereka telah dipinggirkan begitu sahaja sehinggakan lebih tertarik kepada parti politik yang lebih terbuka dan tidak takut menerima Melayu yang lebih pandai di dalam organisasi mereka?

Hipotetikalnya, Pemuda UMNO akan menyaksikan penambahan ahli-ahli baru dek kemasukan lepasan kolej dan universiti itu tetapi ianya tidak berlaku.

Penulis buka ruang ini untuk pandangan pembaca sekalian.....

Pautan Artikel : (Klik sini.....Utusan Malaysia)

Wednesday, August 27, 2008

Anwar Ibrahim - Era 'Malaysian Malaysia' ?

Dr Novandri Hasan Basri

Keputusan pilihanraya Permatang Pauh telah diketahui. Apabila penulis pulang daripada Permatang Pauh kira-kira jam 7.30 malam semalam, penyokong-penyokong PKR sudah mula meraikan kemenangan Anwar Ibrahim walau pun pengumuman rasminya pada 10 malam.

Euphoria di jalan-jalan, di kedai-kedai makan dan markas PKR amat terasa sekali.

Jalan amat sesak tetapi tidak ada yang merungut kerana rata-rata yang datang ke Permatang Pauh adalah untuk menyaksikan sendiri proses pilihanraya dan orang-orang di sini.

Persoalannya sekarang, apakah selepas ini?

Anwar Ibrahim telah melepasi satu rintangan, BN pula terpaksa menanggung bebanan yang amat berat. UMNO pula perlu mengkaji secara serius dan muhasabah diri untuk memperbetulkan arahtuju dan pendekatan politik mereka kepada rakyat.

Penulis perhatikan bahawa tatkala ini, bangsa lain sudah mempunyai platform kukuh untuk meminta dan memaksa. Konsep liberalisasi yang dicanang-canangkan oleh Anwar Ibrahim adalah salah satu daripada platformnya.

Kita bukannya menafikan hak setiap orang bukan Melayu yang berstatuskan warganegara Malaysia tetapi kesamarataan dan kesaksamaan amat perlu di dalam sebuah negara yang membangunan seperti negara kita ini.

Di dalam kerangka negara yang dibina oleh negarawan-negarawan ulung negara sebelum dan ketika merdeka, bangsa-bangsa lain terus makmur dan berjaya di dalam setiap bidang ekonomi dan pelajaran.

Realitinya, Anwar Ibrahim telah membuka satu era baru yang berkonsepkan Malaysian Malaysia dan keterbukaan kepada seluruh bangsa di Malaysia ini.

Dan mulai daripada sekarang, bangsa Melayu perlu menerima hakikat bahawa keistimewaan orang Melayu akan bakal hilang satu persatu. Tiada lagi 'ketuanan Melayu', tiada lagi UiTM yang suatu ketika dulu adalah 'penyelamat' bangsa Melayu. Tiada lagi peratusan untuk bangsa Melayu di universiti dan kawasan perumahan serta perniagaan.

Pokoknya, tiada lagi perkataan 30% di dalam kamus bangsa Melayu dan Malaysia.

Dan merujuk kepada kemenangan besar Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, ia sebenarnya telah memberikan isyarat yang amat jelas iaitu terdapat bangsa Melayu yang sudah bersedia untuk melupakan soal 30%, ketuanan Melayu dan semua keistimewaan yang pernah dimiliki oleh kita, satu ketika dulu.

Anwar Ibrahim telah bersedia. PKR juga telah bersedia. Apakah seluruh bangsa Melayu telah bersedia?

Pautan penting : (Klik di sini)

Monday, August 25, 2008

Penyerahan Van & Sepetang Bersama Dato' SMS

Dr Novandri Hasan Basri

Bertempat di Gerak Mara, Permatang Pasir, DS Hishamuddin dengan rasminya telah menyerahkan sebuah van kepada pasukan Klinik Kesihatan Bergerak Pemuda & Bahagian Bukit Gelugor.

Penyerahan van oleh beliau sendiri amat bertepatan sekali memandangkan beliaulah yang melancarkan program Klinik Kesihatan Bergerak, 8 tahun yang lalu.

Dan disepanjang 8 tahun ini, beliau sentiasa meneliti dan mengikuti perkembangan aktiviti-aktiviti kami. Alhamdulillah, kami persisten menjalankan program ini dan kerana itu, Hishamuddin bersetuju untuk memberikan kami sebuah van baru.

Sesi autograf juga diadakan. DS Hishamuddin dan Khairy Jamaluddin telah menandatangani van tersebut. Seperti biasa, Hishamuddin telah memberikan sepatah dua kata semangat kepada penulis dan rakan-rakan agar bekerja dengan ikhlas dan persisten.


video

Dan sama ada BN menang atau kalah di Permatang Pauh, klinik kesihatan bergerak akan melawat kawasan ini lagi untuk memberikan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk di sini.

Dato' SMS

Kelmarin juga, penulis telah bertemu angkasawan pertama Malaysia iaitu Dato' Sheikh Muzaphar Shukor. Beliau berada di Permatang Pauh untuk mengadakan sesi ceramah dan menceritakan pengalaman beliau di angkasa.



Semasa berbual-bual dengan penulis, beliau rupa-rupanya sangat aktif di dalam program-program kebajikan dan pernah ke Afghanistan untuk menyumbang kepakaran perubatan beliau.
Jumpa lagi..........

Jika Anwar Menang, Pak Lah Berhenti Lebih Awal ?

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis telah bertemu dengan Datuk Rahman, Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap MP di Sabah kelmarin. Beliau berkata bahawa ura-ura yang mengatakan bahawa MP di Sabah dan Sarawak akan melompat parti merupakan satu rekaan semata-mata.

Jika MP di Sabah telah menafikan akan melompat parti, di manakah dakwaan Anwar Ibrahim bahawa 30 MP akan melompat parti dan beliau menjadi Perdana Menteri?

Malah, prosedurnya bukan sekadar melompat parti sahaja tetapi merangkumi pelbagai protokol perundangan negara dan juga persetujuan Yang Dipertuan Agung.

Dan yang paling utama ialah taktik melompat parti secara besar-besaran itu telah menafikan hak dan kewujudan setiap warganegara Malaysia yang telah mengundi pada PRU-12 yang lepas.
Dan jika secara teori berlaku taktik kotor tersebut, negara bakal mengadakan Pilihanraya Umum ke-13. Pilihanraya tersebut tidak dapat dielakkan kerana rakyat pasti akan bangkit marah kerana pemimpin-pemimpin telah memperlekeh-lekehkan mereka.

Persoalan besar ialah jika pilihanraya ke-13 terpaksa diadakan di dalam masa terdekat ini, apakah Pak Lah akan meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden UMNO?

Ini adalah kerana di antara syarat-syarat beliau meletakkan jawatan ialah pada tahun 2010 dan juga beliau tidak akan mengepalai jentera pilihanraya yang akan datang (PRU-13).

Nampaknya, Pak Lah mungkin terpaksa meletakkan jawatan beliau lebih awal daripada ditetapkan. Mungkin?

Di Sebalik Pilihanraya Permatang Pauh

Dr Novandri Hasan Basri

Pilihanraya Permatang Pauh sudah mencapai kemuncaknya. Hari ini merupakan hari terakhir berkempen dan esok, pengundi-pengundi Permatang Pauh akan keluar mengundi untuk menentukan wakil rakyat mereka.

Kedua-dua pihak telah mengguna pakai pelbagai taktik untuk memenangkan hati pengundi. Semuanya ada di Permatang Pauh, daripada seringan-ringannya sehinggalah sekotor-kotornya! Dan wang yang digunakan oleh kedua-dua pihak tersebut dikatakan mencecah kepada jutaan ringgit!

Segala itu berlaku dan terpaksa di tanggung oleh penduduk Permatang Pauh dek usaha seorang pemimpin yang sudah lama mencanang-canangkan kepada satu dunia bahawa kononnya, beliau akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini.

Polis, FRU dan segala jentera penguatkuasa terpaksa dikerahkan untuk menjaga keselamatan di Permatang Pauh. Ironinya, pertelingkahan, caci mencaci dan ugut mengugut sudah menjadi lumrah di sini dan juga di pilihanraya lain di negara ini.

Dengan kepadatan penduduk Melayu kira-kira 60% di Permatang Pauh, satu perkara yang kita lupa ialah mereka yang caci mencaci atau pun ugut mengugut sesama sendiri itu adalah daripada satu bangsa dan agama yang sama. Melayu mencaci Melayu, Melayu mengugut Melayu, Melayu pukul Melayu dan sebagainya.

Dan agama Islam turut diguna pakai dengan sewenang-wenangnya di dalam kempen tersebut untuk menunjukkan satu pihak itu lebih benar atau lebih Islam daripada satu pihak yang lain.

Kedua-dua parti politik utama jelas telah menggunakan jentera pilihanraya yang di'impot' daripada negeri-negeri lain terutamanya parti PKR. Jika kita berada di Permatang Pauh dan melihat kenderaan yang membanjiri Permatang Pauh, kebanyakannya berplatkan negeri-negeri lain.

Dan jika kita tengok kebanyakan kereta-kereta yang mengibarkan bendera PKR, nombor plat bukannya daripada Pulau Pinang.

Esok, penulis menjangkakan pertembungan ribuan orang PKR dan BN di setiap peti undi dalam parlimen Permatang Pauh. Di tempat inilah sebenarnya akan berlaku klimaks epilog pilihanraya parlimen P044.

Di situlah akan berlaku pujuk rayu atau pun marah memarahi di saat-saat akhir di atas satu tujuan iaitu agar pengundi memangkah parti-parti mereka.

Akhirnya - Van Klinik Bergerak Baru.

Dr Novandri Hasan Basri

Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, pasukan penulis, Klinik Kesihatan Bergerak Pemuda & Bahagian Bukit Gelugor telah menerima sebuah van baru. Ianya disumbangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di atas inisiatif Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Pagi tadi penulis telah mendapat sms daripada DS Hishamuddin yang mengatakan hari ini ada majlis penyerahan van tersebut bertempat di Giat Mara, Bukit Mertajam.

Penulis akan menceritakan dengan lebih panjang lebar tentang majlis ini di dalam artikel yang seterusnya. Jumpa lagi..........





Sunday, August 24, 2008

Hari ke-10 di Permatang Pauh.

Dr Novandri Hasan Basri

Di dalam bilik gerakan Permatang Pauh ini, suasana begitu aktif dan bersemangat sekali. Pasukan 'perang saraf' di sini sudah siap menyediakan risalah-risalah 'killer' untuk diedarkan di saat-saat akhir pilihanraya disini.

Hari ini merupakan hari ke-10 penulis ber'kampung' di sini. Tugasnya memenatkan terutamanya terpaksa mencari berita-berita eksklusif khas untuk web pp44.com.my.

Dalam masa yang sama, ia juga sangat menarik kerana idea-idea dan input-input yang penulis berikan, mendapat pertimbangan yang sepenuhnya oleh pihak tertinggi.

Penulis tidak dapat nafikan bahawa penggunaan internet dan bloggers masih di tahap permulaan dan lembap. Akan tetapi, segala aktiviti yang dijalankan ini telah membuka mata pihak tertinggi untuk menerima pakai konsep ini di lain pilihanraya.

Para pembaca sekalian tentu telah membaca atau melihat di dalam TV dan untuk penulis pula, risalah-risalah daripada pihak lawan memang amat meragukan.

Sebagai contohnya, pihak lawan telah mengedarkan salinan laporan kesihatan Saiful Bukhari di Hospital Pusrawi.

Penulis pernah menulis mengenai isu Anwar Ibrahim yang memesongkan penemuan di dalam laporan tersebut (klik disini...)

Risalah pihak lawan telah menterjemahkan ayat "To Rule Out assault or sodomy" kepada "Pemeriksaan membuktikan pesakit tidak diliwat."

Jika pembaca sekalian telah membaca artikel penulis mengenai terjemahan TRO atau To Rule Out, kenyataan risalah pihak lawan jelas berbentuk penipuan dan memperbodoh-bodohkan penduduk Permatang Pauh.

26 Ogos hanya tinggal 2 hari lagi. Kereta sudah mulai banyak dan menyebabkan kesesakan di jalanraya. 26 Ogos juga merupakan cuti umum untuk negeri Pulau Pinang dan sudah pastinya, hari mengundi kelak akan lebih meriah dan bertambah sesak!

Verdict : Penulis mensyorkan agar para pembaca sekalian menggunakan kenderaan kecil atau pun motosikal (atau pun basikal ?) jika mahu datang ke Permatang Pauh pada tarikh tersebut.

Dan jangan lupa membawa baju hujan atau pun payung.

Tetapi jangan risau untuk mencari makanan di sini kerana makanan di gerai-gerai makan di Permatang Pauh sangat menyelerakan!


Jumpa lagi.........

Saturday, August 23, 2008

Anwar Ibrahim Akan Bersumpah ?

Dr Novandri Hasan Basri

Desas desus yang begitu kencang di parlimen Permatang Pauh sejak sehari ini ialah Anwar Ibrahim akan bersumpah. Sama ada benar atau tidak, hari mengundi semakin hampir iaitu pada 26hb Ogos ini. Hanya tinggal 3 hari lagi dan mengikut kajian yang dilakukan, sudah banyak undi yang beralih kepada Barisan Nasional.

Semuanya kerana karakter Anwar Ibrahim yang semakin tidak disenangi oleh rakan-rakan di parti PKR terutamanya PAS. Dan jentera pilihanraya BN terutamanya UMNO sudah mulai teratur dan bergerak lebih lancar dan terbuka.

Mesyuarat bersama Tan Sri Muhamad Taib petang tadi telah menyaksikan beberapa isu yang sangat penting diselesaikan. Dan yang penulis perhatikan ialah kali ini semua ketua cawangan di Permatang Pauh berpuas hati dan bertambah semangat untuk bekerja.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa jentera pilihanraya PKR begitu mantap dan advance. dalam masa yang sama, penulis juga dapat tahu bahawa Anwar Ibrahim akan membawa seramai 150 orang ke setiap ceramah beliau bertujuan untuk men'gah'kan jumlah orang yang hadir di setiap ceramah beliau.

Jika maklumat ini benar, Anwar Ibrahim bukanlah sehebat mana pun. Beliau berstrategikan politik 'persepsi' atau 'andaian' yang kononnya, beliau sangat kuat di Permatang Pauh. Malah tarih keramat beliau iaitu 16 September 2008, juga merupakan politik persepsi untuk mengaburi rakyat Malaysia.

Maklumat terbaru yang penulis (10.30 malam) terima ialah 60 - 40.

Friday, August 22, 2008

Tun Dr Mahathir Mohamad - Biografi Menarik.

Dr Novandri Hasan Basri

Baru-baru ini penulis telah membeli sebuah buku yang bertajuk "Mahathir Mohamad - An Illustrated Biography" hasil pena E.Yu (MPH Publishing)

Buku ini berformatkan lukisan kalikatur mengenai sejarah hidup Dr Mahathir. Di dalam kolum pengenalan buku itu, E.Yu menulis :-

Words can't discribe the admiration and respect I had for him after that.... If they know how much he has sacrificed and what he has done for Malaysia, perhaps they too would admire, respect and love him like I do...... What if here is a book on Dr Mahathir in cartoon format that is informative, amusin and interesting at the same time?

Setelah meneliti isi kandungan buku itu (dan ulang-ulang membacanya!), penulis bersetuju dengan pandangan E.Yu bahawa hasil karya beliau ini simple tapi sangat menarik, penuh dengan informasi tapi ringan untuk dibaca dan tentu digemari oleh seluruh peringkat umur di negara ini.

Malah, kanak-kanak pun suka membaca karya tersebut dan dalam masa yang sama, mereka dapat mempelajari sejarah hidup Tun Dr Mahathir, negarawan terulung.

Verdict : Penulis mensyorkan para pembaca sekalian membeli buku ini dan kongsi bersama-sama anak-anak dan keluarga yang lain. Jangan tak beli!

p/s : Kalau sudah beli, berikan komen anda di artikel ini. TQ.

Thursday, August 21, 2008

Pengalaman Semasa Pilihanraya

Dr Novandri Hasan Basri

Tidak dapat dinafikan bahawa pilihanraya Permatang Pauh ini telah men'gambil' masa penulis daripada kerja seharian penulis.

Apa tidaknya, penulis dipanggil untuk membantu jentera penerangan perhubungan negeri di saat-saat akhir sebelum bermulanya penamaan calon pada 16hb yang lepas. Mulanya tidak mahu kerana faktor masa dan komitmen penulis kepada klinik bergerak.

Tetapi peluang ini tidak mahu penulis lepaskan, terutamanya apabila jentera BN tampak masih menggunapakai strategi politik yang lama apabila berdepan dengan sesuatu pilihanraya. Maaf dikatakan tetapi strateginya seperti tahun 60-an iaitu buat jalan baru, bersihkan longkang dan sebagainya.

Tiada pembaharuan dari segi 'perang saraf' BN terutamanya UMNO. Tatkala pihak lawan telah jauh ke depan dari segi jentera pilihanrayanya, PKR juga mempunyai satu belon besar yang di naikkan seperti yang kita lihat di supermarket besar! Canggih!

Kawan penulis berkata dengan selamba, "Memanglah boleh kerana ramai jejaka jambu yang kerja dengan Anwar Ibrahim, kerana itulah idea-idea up-to-date dan terbaru."

Tapi yang menimbulkan keraguan penulis ialah di dalam ceramah Anwar Ibrahim beberapa malam yang lepas, beliau berkata bahawa beliau tidak mempunyai wang untuk membelikan air kosong kepada mereka yang datang semasa ceramah beliau.

Tetapi jika dibandingkan dengan kemeriahan bendera-bendera serta kain-kain rentang PKR yang digantung di dalam parlimen Permatang Pauh, BN yang nampak seperti tidak mempunyai wang!

Dimanakah datangnya wang untuk 'sponsor' jentera pilihanraya PKR?

Desas-desus mengatakan bahawa Anwar Ibrahim telah mendapat 'sponsor' daripada pihak luar negeri. Penulis tidak pasti tapi apa yang penulis harap ialah agar pilihanraya ini berjalan dengan lancar, tanpa unsur-unsur ugutan dan kecederaan.

Setakat ini, kita pun tahu terdapat beberapa kes pukul yang terjadi. Itu merupakan kes yang dilaporkan tetapi sebenarnya kes-kes yang lain banyak berlaku di sini.

Contohnya, semasa penulis membuat liputan di ceramah Kampung Mengkuang semalam, ceramah tersebut telah diganggu dengan jeritan-jeritan sumbang daripada pihak-pihak lawan sehingga mengganggu ceramah tersebut.

Realitinya, ahli-ahli PKR seperti tidak takut dengan undang-undang negara dan perkara ini amat membimbangkan.

Yang pastinya, hujung minggu ini akan menyaksikan taktik pilihanraya yang lebih agresif dan anggota jentera yang lebih ramai oleh kedua-dua pihak yang bertanding.

Wednesday, August 20, 2008

Corat-coret Pilihanraya Permatang Pauh

Dr Novandri Hasan Basri

Di sini penulis sertakan foto-foto yang penulis ambil disepanjang pilihanraya Permatang Pauh. Kualitinya memang tidak memuaskan kerana penulis hanya menggunakan telefon bimbit penulis.

Gambar-gambar itu rasa lagi tidak berkualiti apabila terserempak dengan blogger Minaq-Jinggo bersama-sama peralatan kamera beliau yang berpuluh-puluh ribu ringgit harganya!

Kami berjenaka, "Bro Jinggo ni macam mengusung kereta kancil kerana harga kamera sama harga dengan Kancil."

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, brother Jinggo adalah jurukamera profesional dan mempunyai blog sendiri. Minaq-Jinggo

Tetapi, tak apalah. Ini adalah gambar-gambarnya.

Dan memang tidak dapat dinafikan, kerana ruang blog ini penulis telah mendapat kawan-kawan baru seperti Jinggo. Dan yang menariknya ialah kawan-kawan baru ini tidak semestinya mempunyai pegangan politik yang sama.

Yang penting ialah kita memberi pandangan dan kritikan mengikut tertib.







p/s : Jinggo, kalau ada kamera yang lama tu, boleh pinjam tak ? :-)

Monday, August 18, 2008

Klinik Kesihatan Bergerak

Dr Novandri Hasan Basri

Akhirnya, penulis dapat menulis satu artikel mengenai satu perkara yang paling diminati iaitu program penulis yang dinamakan Klinik Kesihatan Bergerak.

Kelmarin, penulis dan team Klinik Kesihatan Bergerak telah mengadakan kaunter pemeriksaan kesihatan di Kampung Tanah Liat (sebelah pagi) dan Sungai Semambu (sebelah petang).

Sambutan yang diterima amat menggalakkan, lebih-lebih lagi apabila kami datang ke sana secara ad-hoc.

Sebelum ini, kami telah beberapa kali datang ke Permatang Pauh. Secara peribadi, yang menariknya mengenai Permatang Pauh ialah kemesraan dan penerimaan penduduk kampung-kampung yang kami lawati. Ianya menjangkau perbezaan politik.

Dan walau pun penulis ahli UMNO, tetapi sebagai seorang doktor, tanggungjawab penulis tidak mengira sesiapa pun, agama, bangsa atau pun pegangan politik.

Pautan Klinik Bergerak : Klik disini

Sunday, August 17, 2008

Harapan Dato' Mukhriz - Pilihanraya Permatang Pauh

Dr Novandri Hasan Basri

Ini adalah video yang penulis rakamkan apabila berjumpa dengan Dato' Mukhriz di Permatang Pauh.

video

Saturday, August 16, 2008

Hari Pencalonan Pilihanraya Permatang Pauh

Dr Novandri Hasan Basri

Hari pencalonan Institut Pergurauan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam berjalan dengan lancar.

video

Pada mulanya, terdapat 4 calon tetapi seorang calon telah ditolak. Maka secara rasminya pertandingan adalah diantara BN vs PKR vs AKIM.

Yang menariknya mengenai hari ini ialah Permatang Pauh dilanda hujan yang lebat sebaik sahaja habis penamaan calon dan orangramai baru sahaja mulai bersurai.

Firasat penulis mengenai hujan itu ialah apa pun yang berlaku selepas ini, Allah swt juga yang menentukan.

Dan secara rasminya juga, kami ingin memaklumkan web Perhubungan BN negeri Pulau Pinang 'Merdekakan Permatang Pauh' . (www.pp44.com.my)

Kami masih di dalam proses terakhir untuk memastikan web tersebut lebih efektif dan informatif.

Jumpa lagi....

Tak Faham Tapi Kagum & Bangga

Dr Novandri Hasan Basri

Video ini merupakan liputan pertama penulis bersama Datuk Ariff Shah, calon BN untuk Parlimen Permatang Pauh.

Penulis tidak faham satu pun apa yang beliau katakan tetapi yang pastinya, penulis kagum dengan kemahiran Ariff Shah untuk bercakap bahasa Kantonis dan Mandarin.





video


Memang tidak dapat dinafikan bahawa kelebihan yang dipunyai oleh Ariff Shah ini merupakan plus point untuk beliau sebagai pemimpin tempatan jika dibandingkan dengan lawan beliau. Realitinya, beliau telah dapat menembusi jurang perbezaan bahasa di antara kaum-kaum di Pulau Pinang.


Malah, keberkesanan gerak kerja beliau di DUN Seberang Jaya tidak dapat dinafikan lagi oleh mana-mana pihak, tidak kira BN atau pembangkang.

Dan yang membanggakan juga ialah beliau membantu rakyat tidak mengira pegangan politik mereka, satu lagi plus point untuk beliau.

Feedback awal yang penulis terima ialah Ariff Shah amat 'dekat' dengan hati rakyat serta terbukti telah membantu membawa pembangunan dan kesejahteraan di Seberang Jaya.

Dan semestinya, pilihanraya kali ini adalah platform terbaik untuk seluruh penduduk Permatang Pauh berubah arah serta memilih pemimpin yang telah terbukti mampu bekerja untuk mereka.

Yang menariknya ialah blog penulis sudah mulai menerima banyak komen daripada 'pihak lawan'. Yang tidak menariknya ialah walau pun komen-komen tersebut panjang berjela, ia sebenarnya gagal menidakkan Ariff Shah sebagai calon terbaik untuk penduduk Permatang Pauh.

Dan kalah menang adalah adat pertandingan dan kita akan akur dengan keputusan rakyat Permatang Pauh.



Nampaknya, pilihanraya Permatang Pauh akan bertambah rancak lagi selepas ini.


Jumpa lagi...

Friday, August 15, 2008

Pemuda BN Bersedia Di Permatang Pauh

Dr Novandri Hasan Basri

Petang tadi berlangsung perasmian jentera Pemuda BN Malaysia bertempat di Jalan Kubang Semang, Permatang Pasir, parlimen Permatang Pauh.

Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, selaku Pengerusi Pemuda BN Malaysia.


video

Beberapa pemimpin Pemuda tertinggi daripada parti Barisan Nasional telah hadir. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan menafikan anggapan awal sesetengah orang bahawa BN tidak berapa 'panas' atau pun kuat di Permatang Pauh.

Penyertaan yang ramai daripada Pemuda Bahagian Permatang Pauh itu sendiri amat memberangsangkan dan semua telah menyatakan kesediaan mereka untuk ber'gempur' habis-habisan di Permatang Pauh.

Salah satu amanat penting yang Datuk Seri Hishammuddin berikan ialah agar seluruh jentera Pemuda Barisan Nasional menjalankan tugas dengan penuh hemah, tertib dan tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang mungkin akan mengakibatkan sesuatu yang tidak diingini.

Penulis amat bersetuju.

Dan jika semangat ini terus membara disepanjang minggu pilihanraya ini, tiada yang mustahil.

Jumpa lagi.......

Thursday, August 14, 2008

Politik 'Persepsi' Anwar Ibrahim : Terdesak

Dr Novandri Hasan Basri

Tiada yang lebih baik selain daripada kita mendapat sesuatu makumat direct daripada sumbernya.

Itulah kenyataannya apabila penulis berada di bilik gerakan Penerangan Peringkat Negeri Pulau Pinang di Permatang Pauh sejak beberapa hari ini.

Pertama, 16hb September 2008 merupakan satu mitos yang dicanang-canangkan oleh Anwar Ibrahim sebagai gimik untuk menunjukkan bahawa beliau mempunyai sokongan yang amat padu.

Kedua, taktik mendakwa polis negara dan peguam negara tatkala seorang pemuda biasa yang berumur 23 tahun mendakwa beliau merupakan satu cover up untuk menunjukkan Anwar Ibrahim sedang ber'perang' dengan orang-orang penting di dalam Malaysia, padahal yang mengoncangkan beliau hanyalah seorang pemuda biasa nerumur 23 tahun.

Ini adalah senario sebenar apabila kita meneliti kembali kronologi drama politik Anwar Ibrahim. Memang kita boleh berhujah dan memberikan pandangan yang berbeza-beza mengenainya tapi pokok penting yang perlu kita tahu ialah Anwar Ibrahim sedang tertekan dan berada di tahap karier beliau yang sangat rendah.

Ketiga, jika pada mulanya, PKR yang dibina oleh Anwar Ibrahim adalah berteraskan kepada Melayu, tetapi ianya beransur-ansur lenyap dek kemaruk untuk mendapat undi daripada bukan Melayu. Inilah kenyataannya.

Keempat, beberapa kenyataan Anwar Ibrahim terhadap isu-isu yang menyentuh hak bangsa Melayu dan Islam, amat mengecewakan sekali. Jawapan-jawapan beliau nampak sekali tidak tegas, 'play save' dan tidak mencerminkan seorang pemimpin yang akan berdiri teguh terhadap bangsa dan agamanya.

Dan campur tangan yang luar biasa daripada anggota-anggota kerajaan Amerika Syarikat juga menimbulkan pelbagai persoalan yang lebih tidak enak daripada enaknya.

Kelima, kita pun tahu, pergolakan yang timbul dek ke'sekular'an politik Anwar Ibrahim turut mengecewakan parti rakan beliau di dalam PKR.

IPOH 14 Ogos - Perwakilan Dewan Pemuda Pas mahu pemimpin dan ahli parti itu berhenti mengagung-agungkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga mengenepi dan menafikan kebolehan serta keupayaan kepimpinan mereka sendiri.Ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda, beberapa perwakilan mahukan supaya pemimpin utama Pas lebih ditonjolkan dan diberi peranan dalam pakatan pembangkang termasuk menjadi Perdana Menteri jika impian membentuk kerajaan pada 16 September ini menjadi kenyataan.

Penulis cuba memahami kekecewaan yang ditimbulkan oleh parti PAS tetapi tidak semua akan menerima kenyataan di atas sebagai valid terutamanya jika kita berpihak kepada parti PAS atau pun Keadilan atau pun BN.

Kompleks

Realitinya, politik adalah satu subjek yang sangat kompleks dan menuntut kita untuk menilai dan berfikir. Jika kita benar-benar melakukan kedua-duanya itu, politik akan tampak lebih jelas dan kita akan lebih faham.

Buat ketika ini, pilihanraya Permatang Pauh merupakan satu topik yang menarik untuk kita bersama-sama menilai, menelaah, berhujah, memberikan pandangan dan berkongsi idea.

Penulis amat mengalu-alukan semua itu tetapi biarlah in civilised manner.

Kita perlu ingat bahawa politik ibarat sebuah kenderaan dan kita adalah pemilik serta pemandunya. Kitalah yang menentukan mood serta arahnya dan bukan sebaliknya.

Wednesday, August 13, 2008

Ariff Shah Hj Omar Shah - Calon BN Permatang Pauh

Dr Novandri Hasan Basri




Calon Parlimen BN untuk Permatang Pauh adalah YB Datuk Ariff Shah Hj Omar Shah yang juga merupakan ADUN Seberang Jaya, Pulau Pinang.


video

YB Ariff Shah Hj Omar Shah mempunyai kredibiliti yang tinggi, ramah, rendah diri dan mampu mengoncang calon PKR.

Penulis akan mengatur sessi temuramah eksklusif bersama Datuk Ariff Shah kelak.

BN is on the right track ! Ariff Shah surely is the best leader for Permatang Pauh!

Tuesday, August 12, 2008

Jom! Gempur Permatang Pauh.

Dr Novandri Hasan Basri

Untuk pengetahuan semua, penulis terlibat secara langsung di dalam proses jentera pilihanraya di Permatang Pauh.

Maka itu, dengan segala hormatnya, penulis menjemput para bloggers dan surfers sekalian untuk turut serta memberikan buah fikiran, artikel-artikel dan idea-idea yang lain untuk memantapkan lagi jentera 'perang saraf' yang dikelolakan nanti.

Web khas mengenai pilihanraya Permatang Pauh akan dirasmikan tidak lama lagi dan penulis berharap rakan-rakan sekalian sudi menjadi penggerak serta 'mata dan telinga' untuk web tersebut.

Sudah tiba masanya untuk kita mengempur habis-habisan alam siber ini dan memperbetulkan pembohongan dan tipu muslihat Anwar Ibrahim.

Realitinya, kita sudah acap kali bercerita, menulis dan memberikan pandangan melalui blog dan web masing-masing. Sekarang masanya untuk kita mengotakan apa yang dikata dan bersama-sama merealisaskan harapan kita agar Anwar Ibrahim tumbang di kampung halamannya sendiri.

THIS IS THE TIME AND YOU CAN BE PART OF IT!

Penulis boleh dihubungi di e-mel : drnovandri@yahoo.com

Terima kasih.

Pilihanraya Permatang Pauh (I): Bahang Semakin Terasa

Dr Novandri Hasan Basri

Kelmarin, penulis telah menghadiri mesyuarat Khas Biro Penerangan, UMNO Negeri Pulau Pinang.

Mesyuarat tersebut telah membincangkan beberapa perkara berbangkit, cadangan dan kerangka jentera pilihanraya UMNO di Permatang Pauh.

Yang penulis dapat ceritakan di sini ialah pilihanraya kecil Permatang Pauh bakal menjadi medan 'pertempuran' pilihanraya yang paling sengit sekali di dalam sejarah politik Malaysia. Syaratnya hanya satu iaitu :-

Jika SELURUH jentera pilihanraya BN menyokong penuh (100%) calon BN yang dipilih nanti. Tiada syarat lain!

Itulah pandangan awal penulis apabila memikirkan pilihanraya di Permatang Pauh.

Secara relatif, PKR telah mengorak langkah terlebih dahulu untuk 'menawan' alam siber ini apabila parti tersebut akan melancarkan web 'Dari Permatang Pauh ke Putrajaya'.

Web itu dikatakan bertujuan untuk menyalurkan maklumat dan berita terkini berhubung pilihanraya kecil itu.

Yang menarik perhatian penulis kali ini ialah PKR sangat cepat menggunakan media-media alternatif sebagai alat perang saraf mereka.

Malah semasa penulis berada ke sana, PKR sudah pun menggantung banner-banner yang ditulis dengan ayat-ayat provokasi serta menyindir pihak lawan mereka.

Penulis bertanya kepada rakan penulis, "Siapakah sebenarnya di sebalik perang saraf PKR itu?"

Dengan selamba beliau menjawap, " Mungkin kerana ramai budak-budak lelaki jambu di sekeliling Anwar Ibrahim yang 'fresh' dan siap sedia untuk apa sahaja!"

Penulis terdiam.

Apa pun anggapan kita, seperti kata penulis di dalam artikel sebelum ini, pilihanraya kecil Permatang Pauh adalah gelanggang 'do or die' @ 'hidup mati'. (klik di sini untuk bacaan seterusnya..)

Penulis akan menulis dengan lebih terperinci seperti statistik terbaru mengenai pengundi dan peratusan kaum di dalam artikel yang seterusnya.

Jumpa lagi.

Monday, August 11, 2008

PAS & Kronisme : Versi 'Halal'

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis tidak sangka tapi rupa-rupanya Parti PAS sebenarnya menghalalkan kronisme. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat.

Beliau berkata, amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan empat khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme.

Itulah alasan Menteri Besar Kelantan itu apabila orang mempertikaikan pelantikan menantunya, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Parti PAS memang sungguh menarik. Parti tersebut pernah mengeluarkan fatwa bahawa orang-orang UMNO itu kafir kerana bersekongkol dengan orang kafir. Tapi sekarang, parti tersebut juga bersekongkol dengan orang kafir.

Parti tersebut juga telah mengutuk dengan lantang kerajaan BN kerana mengamalkan kronisme. Setiap pemimpin di dalam PAS mengutuk budaya tersebut:-

1. Haji Hadi Awang, Presiden PAS (1 Jun 2007) :-

"Nasib rakyat di semua peringkat, para pegawai, pekerja, petani, nelayan, peneroka bandar bahkan seluruh rakyat dibelenggu oleh berhala Madiyyah (Kebendaan) dan kelemahan sistem ekonomi yang sarat dengan amalan kronisme, nepotisme, penipuan, riba dan rasuah, tanpa memikirkan dosa dan pahala serta memberi keadilan untuk semua." - Muktamar Tahunan Parti Islam Se Malaysia PAS ke-53.

2. Haji Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat (19 Februari 2008)

"Jika mereka dapat terus berkuasa, maka senanglah hidup anak menantu dan kroni mereka melalui projek 'kebajikan kronisme dan nepotisme' BN, dan rakyat akan terus dibiarkan merempat serta ditindas dengan cukai, tol, inflasi, yuran sekolah, bayaran hospital yang tinggi."

3. Nasaruddin Hassan, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat (2 April 2008),

"Pakatan rakyat akan lebih berjaya kerana ia berpegang kepada prinsip anti kronisme, perkauman, penindasan dan penyelewengan sebagaimana diperjuangkan parti-parti komponen."

4. Harakah Daily 20 Februari 2008

"Keempat, pemimpin-pemimpin yang hanya memperkayakan diri dan sanak saudara tidak boleh diberi mandat untuk memerintah. Rakyat perlu mengenepikan golongan yang secara jelas mengamalkan kronisme dan nepotisme. Parti yang mengkayakan seseorang wakil rakyat daripada kalangan kroni perlu ditolak. Mereka yang jelas menunjukkan bahawa menjadi wakil rakyat adalah peluang untuk mengaut keuntungan lumayan tidak boleh diterima sebagai pilihan rakyat. "

5. Pemuda PAS Seremban

"Lagipun PAS amat tidak sekufu dengan Umno kerana PAS adalah parti yang masih suci, sedangkan Umno sudah terpalit dengan noda-noda rasuah, politik wang, kronisme, nepotisme dan macam-macam kebejatan yang lain."


Sekutu PAS, parti Keadilan turut mengutuk keras amalan kronisme. Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR pernah berkata :-

"Keadilan tidak akan bertolak-ansur dengan perjuangan menentang korupsi, kronsime dan nepotisme yang mana ianya berada di mana-mana sistem institusi dan kepimpinan di negara ini. Penyakit-penyakit sosial ini adalah ancaman-ancaman yang paling getir ke arah dayasaing ekonomi dan kestabilan sosio-politik. Sekiranya ia tidak dibendung; korupsi, kronisme dan nepotisme akan memusnahkan corak tamadun dalam negara kita." (4 April 2006)

Persoalannya sekarang,

Jika selama ini pemimpin-pemimpin PAS dan sekutu mereka, parti Keadilan, mengutuk dengan lantang soal kronisme di dalam BN, apakah mereka akan berdiam diri sahaja apabila kronisme berlaku secara terang-terangan di antara Nik Aziz dan menantunya?

Atau mereka hanya menutup mata kerana isu kronisme ini terkena dibatang hidung sendiri?

Atau mereka akan mengubahsuai ideologi politik sekali lagi untuk accomodate kepentingan peribadi Nik Aziz?

Sehingga saat ini, yang menariknya juga ialah tidak ada satu pun media alternatif milik PAS yang membincangkan isu kronisme Nik Aziz dan menantunya. Padahal mereka sentiasa melabelkan media perdana sebagai berat sebelah dan tidak menceritakan perkara yang betul.

Rupa-rupanya, sama juga. Seperti kata kawan penulis, " 2 x 5 juga".

Verdict penulis : Mulai dari hari ini, perkataan kronisme mungkin tidak diungkitkan lagi di ceramah-ceramah PAS dan artikel-artikel di dalam media PAS untuk 'menghormati' Nik Aziz dan menantu beliau.

Seperkara lagi, Nik Aziz adalah ahli politik dan pertimbangan beliau adalah sebagai manusia biasa sahaja. Dan 4 khalifah yang dipilih oleh Nabi Muhammad saw adalah calon yang terbaik daripada semua pemimpin-pemimpin ketika itu. Tidak ada lagi calon yang setanding dengan pilihan nabi Muhammad saw.

Ariff Fahmi (menantu Nik Aziz) berpelajaran tinggi tetapi beliau tidak semestinya rakyat Kelantan yang terbaik untuk menerajui perbadanan milik kerajaan negeri (yang diterajui oleh bapa mertua beliau sendiri).

Pokoknya, isu ini adalah kronisme yang patut dipersoalkan oleh PAS, BN dan juga semua rakyat.

ARTIKEL TOP MINGGU INI.