Dr Novandri Hasan Basri
Setiap kali musim pertandingan di dalam UMNO, setiap kali itu jugalah kita akan membaca banyak artikel yang menyentuh isu politik wang atau rasuah politik atau rasuah wang atau rasuah syaitan atau politik iblis.
Yang berlainannya kali ini ialah jenis hadiahnya. Kali ini, di antara hadiahnya ialah gelang magnetik (rasuah magnetik?)!
Tentu ramai di antara kita (termasuk penulis sendiri) yang meluat dengan isu politik wang ini kerana ia sebenarnya tidak ditangani dengan serius oleh pihak tertinggi UMNO.
Ianya seperti melepaskan batuk di tangga dan sekadar make up kononnya pihak tertinggi UMNO sangat prihatin kepada isu buruk ini.
Kita juga diberitahu bahwa kononnya terdapat team yang akan memantau isu rasuah politik di dalam UMNO. Betul ke ? Another makeup ?
Yang peliknya, semua orang di dalam dunia ini sudah tahu tapi kepimpinan UMNO sahaja yang tidak tahu atau buat-buat tidak tahu! Apakah mereka pernah juga terlibat?
Artikel penulis pernah diterbitkan di dalam Utusan Malaysia mengenai isu sikap buruk sesetengah pemimpin UMNO:-
"Hanya setelah segala sikap dan budaya negatif ini dibuang jauh, barulah UMNO berjaya dalam meningkatkan imej dan memperkukuhkan parti tersebut.
Tiada gunanya mengubah perlembangan UMNO, jika terdapat pengamal-pengamal perlembangan yang masih menjiwai segala budaya negatif, seperti digariskan oleh pucuk kepimpinan.
Ini adalah kerana mereka tentu akan mencari jalan lain, semata-mata untuk memuaskan nafsu.
Sayangnya, segala tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini umpama nila setitik, rosak susu sebelanga. Ahli-ahli UMNO yang selama ini benar-benar ikhlas dan murni niat mereka, akan turut ditempelak disebabkan oleh kepincangan sikap dan niat sesetengah orang UMNO itu." (klik di sini untuk bacaan seterusnya...)
Tahniah kepada Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel di bawah ini.
Utusan Malaysia
Rasuah politik boleh menghancurkan parti
(10/8/2008)
SEJAK bermulanya mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO bulan lalu, difahamkan sudah banyak laporan rasuah politik diketengahkan kepada pucuk pimpinan parti.
Tidak hairanlah jika Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Mustapha Mohamed dalam laporan akhbar Jumaat lalu turut menyuarakan kebimbangan mengenai rasuah politik yang dianggapnya sebagai terburuk pernah berlaku dalam pemilihan UMNO.
Mungkin ada benarnya telahan beliau kerana gejala politik wang nampaknya semakin merebak hingga ke akar umbi. Ini baru sahaja mesyuarat cawangan-cawangan dan belum pun bermula pemilihan di peringkat bahagian mahupun pusat.
Kalau di peringkat cawangan pun sudah berleluasa budaya sogokan wang, tidak dapat dibayangkan penulis apa akan berlaku waktu pemilihan bahagian dan pusat kelak.
Apa yang dikhuatirkan jika budaya rasuah politik ini dibiar merebak di kalangan ahli hingga ke peringkat akar umbi, sudah pastilah parti akan semakin lemah dan goyah terutamanya dalam suasana politik semasa yang penuh mencabar.
Penulis hairan dengan sikap segelintir ahli dan pimpinan parti yang semacam tidak insaf apa lagi sensitif dengan kemerosotan sokongan rakyat terhadap parti sebagaimana yang diterjemahkan dalam pilihan raya umum lalu. Seolah-olah mereka hidup dalam dunia asing yang terpisah daripada realiti tanpa menghiraukan apa akan berlaku kepada parti.
Lebih mendukacitakan apabila rasuah politik turut berleluasa di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Sogokan berupa wang-ringgit dan pemberian hadiah seperti jam tangan dan gelang magnetik merupakan sebahagian daripada rasuah yang diberikan kepada ahli-ahli cawangan demi memastikan calon cukup pencalonan dan mendapat jaminan undi pada pemilihan bahagian .
Kempen yang lebih menghairankan penulis ialah gerak-kerja dan pendekatan kempen oleh jentera-jentera calon kadangkala lebih hebat daripada jentera kempen ketika pilihan raya menentang parti lawan.
Sesekali terdetik dalam hati penulis, alangkah baiknya kalau waktu pilihan raya jentera parti dapat bekerja sekeras dan sederas seperti yang dilakukan dalam kempen pemilihan parti.
Penulis pernah melontarkan persoalan kepada seorang pimpinan bahagian mengenai suasana pemilihan parti. Di antara persoalan termasuklah mengapakah ahli-ahli parti begitu galak berebut jawatan parti hingga sanggup melabur dan menghabiskan wang dan kudrat sebegitu rupa? Mengapa tidak jentera-jentera parti bekerja sekeras ini waktu pilihan raya?
Jawab pemimpin UMNO yang agak berumur itu ringkas sahaja, katanya "harga jawatan parti lebih mahal daripada jawatan wakil rakyat". Penulis yang agak baru dalam dunia politik ini cuba menyingkap maksud tersirat yang diluahkan pemimpin parti yang agak senior itu. (seterusnya......)
Pautan Lain : Berubah Atau 'Musnah'
Sunday, August 10, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.
-
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani sekali lagi didesak dilucutkan jawatan dan disingkirkan daripada kalangan bangsa Melayu ...
-
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak gentar dengan desakan Lim Guan Eng yang mahu beliau menarik balik gesaan terh...
-
Kali ini Lim Guan Eng is making a fool of himself dengan tweet beliau di bawah ! Tweet Guan Eng DAP :
-
Inilah video bekas mahasiswa spesis Pakatan Pembangkang yang bongkak dan hilang pertimbangan fikiran kurniaan Allah SWT.
-
Artikel dari blog AAKJ.blogspot.com : Sultan Johor Memberi Amaran – DAP & Troopers Jangan Cuba Menghina Perintah Baginda
-
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi DAKWAAN pembangkang yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) begitu terpukul dengan pencapaian Pili...
-
Artikel menarik MyMassa tentang perubahan strategi Pakatan Pembangkang! Sila baca :
-
Seronoknya lidah rasmi PAS, Haprak HarakahDaily apabila dapat laporan yang negatif tentang DS Najib Razak. Tetapi malangnya , seperti ...
Contra Ideas But Interesting
-
-
-
-
Photo of the day – No to more dams4 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
REFERENCE WAJIB
-
-
-
-
-
Cina Melaka tidak kenang budi17 hours ago
-
TV2 : Demi Sugit18 hours ago
-
-
-
-
