Di dalam bilik gerakan Permatang Pauh ini, suasana begitu aktif dan bersemangat sekali. Pasukan 'perang saraf' di sini sudah siap menyediakan risalah-risalah 'killer' untuk diedarkan di saat-saat akhir pilihanraya disini.
Hari ini merupakan hari ke-10 penulis ber'kampung' di sini. Tugasnya memenatkan terutamanya terpaksa mencari berita-berita eksklusif khas untuk web pp44.com.my.
Dalam masa yang sama, ia juga sangat menarik kerana idea-idea dan input-input yang penulis berikan, mendapat pertimbangan yang sepenuhnya oleh pihak tertinggi.
Penulis tidak dapat nafikan bahawa penggunaan internet dan bloggers masih di tahap permulaan dan lembap. Akan tetapi, segala aktiviti yang dijalankan ini telah membuka mata pihak tertinggi untuk menerima pakai konsep ini di lain pilihanraya.
Para pembaca sekalian tentu telah membaca atau melihat di dalam TV dan untuk penulis pula, risalah-risalah daripada pihak lawan memang amat meragukan.
Sebagai contohnya, pihak lawan telah mengedarkan salinan laporan kesihatan Saiful Bukhari di Hospital Pusrawi.
Penulis pernah menulis mengenai isu Anwar Ibrahim yang memesongkan penemuan di dalam laporan tersebut (klik disini...)Risalah pihak lawan telah menterjemahkan ayat "To Rule Out assault or sodomy" kepada "Pemeriksaan membuktikan pesakit tidak diliwat."
Jika pembaca sekalian telah membaca artikel penulis mengenai terjemahan TRO atau To Rule Out, kenyataan risalah pihak lawan jelas berbentuk penipuan dan memperbodoh-bodohkan penduduk Permatang Pauh.
26 Ogos hanya tinggal 2 hari lagi. Kereta sudah mulai banyak dan menyebabkan kesesakan di jalanraya. 26 Ogos juga merupakan cuti umum untuk negeri Pulau Pinang dan sudah pastinya, hari mengundi kelak akan lebih meriah dan bertambah sesak!
Verdict : Penulis mensyorkan agar para pembaca sekalian menggunakan kenderaan kecil atau pun motosikal (atau pun basikal ?) jika mahu datang ke Permatang Pauh pada tarikh tersebut.
Dan jangan lupa membawa baju hujan atau pun payung.
Tetapi jangan risau untuk mencari makanan di sini kerana makanan di gerai-gerai makan di Permatang Pauh sangat menyelerakan!
Jumpa lagi.........
