PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, September 14, 2008

Beralih atau Menukar Kuasa Pemimpin Tertinggi UMNO ?

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis ingin membincangkan:-

1. Motif dan sebab-sebab mengapa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat kenyataan 2 hari yang lepas bahawa beliau menyerahkan kepada ahli Umno untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara.

2. Kenyataan Tan Sri Muhammad Muhamad Taib bahawa apa yang diputuskan di peringkat MT (sebelum ini) adalah keputusan di peringkat tertinggi dan apa yang disebut Datuk Seri Najib (semalam) itu perkara ini (peralihan kuasa yang telah dipersetujui itu) hendaklah mendapat "endorsement" di peringkat akar umbi, bulan Oktober ini.

3. Kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah yang mengatakan bahawa ahli akar umbi mempunyai tiga permintaan utama iaitu mereka mahu suara mereka didengar, peranan mereka diiktiraf dan isu-isu ditangani dengan cara yang berorientasikan mereka.

Terdapat beberapa interpretasi apabila kita membincangkan isu ini. Salah satu daripadanya ialah 'keterbukaan' Najib Razak secara tiba-tiba itu boleh dikaitkan dengan satu gelombang baru di dalam UMNO sejak seminggu ini dek desas-desus kepulangan Tun Mahathir ke dalam UMNO.

Malang untuk Najib Razak, Tun bakal mencanangkan satu perubahan drastik di dalam pucuk kepimpinan tertinggi UMNO yang mungkin tidak menyenaraikan nama beliau sama ada sebagai Presiden atau Timbalan Presiden UMNO. Nama yang timbul ialah Ku Li dan Muhyiddin Yassin.

Bukankah sesiapa pun akan berasa 'kepanikan'nya jika nama tidak ter'senarai' lagi sedangkan individu ini sudah hampir mahu menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri?

Dan Tun Mahathir adalah suara ahli-ahli UMNO akar umbi yang sebenarnya. Dan kita pun sudah masak dengan karakter Tun yang meticulious, tak kenal erti letih dan akan memperjuangkan pendirian beliau itu habis-habisan.

Untuk Tun, beliau tidak akan berasa rugi sebarang pun jika di usia beliau yang lanjut itu digunakan untuk menerangkan satu wadah baru kepada ahli-ahli UMNO.

Tetapi yang rugi sebenarnya ialah kita sendiri yang masih tidak faham-faham lagi dengan mesej dan kebenaran yang cuba diperjuangkan oleh Tun.

Realitinya, seperti kata Timbalan menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, ahli akar umbi mempunyai tiga permintaan utama iaitu mereka mahu suara mereka didengar, peranan mereka diiktiraf dan isu-isu ditangani dengan cara yang berorientasikan mereka.

Dan di saat ini, Tun dinilai sebagai pemimpin yang mampu menyuarakan ketiga-tiga permintaan akar umbi setelah MT UMNO gagal menggunakan kedudukan mereka untuk menjadi wakil ahli UMNO akar umbi.

Tentunya, ramai di antara kita yang mempersoalkan kemampuan Tun Mahathir untuk menggoncang kepimpinan tertinggi UMNO.

Malah ramai yang telah mulai memperlekeh dan menghina Tun kerana bertindak sedemikian rupa dengan pelbagai cara dan nama-nama yang memalukan pada hal setiap individu dan keluarga masing-masing yang berwarganegara Malaysia hari ini terhutang budi kepada Tun. Janganlah kita nafikan ini semua.

Dalam erti kata yang lain, Najib terdesak untuk membuka kembali isu peralihan kuasa yang telah didokong penuh oleh beliau sendiri.

Walaubagaimana pun, pertukaran 'angin' Najib ini pula dilihat sebagai satu perkembangan baru daripada team Najib di dalam UMNO yang mungkin akan menggerakkan usaha untuk mengubah tampuk kepimpinan.

Dan jika ianya terjadi, maka sekarang terdapat 2 team besar dan berpengaruh yang akan cuba mempercepatkan perubahan atau pun peralihan kuasa tertinggi UMNO iatu team Tun dan team Najib. Kita tunggu dan lihat.

Manakala kenyataan Muhammad Taib bahawa peralihan kuasa yang telah dipersetujui itu hendaklah mendapat "endorsement" di peringkat akar umbi pada bulan Oktober ini, merupakan satu perkara yang sukar diterima. Ini adalah kerana:-

1. keputusan dibuat oleh kepimpinan tertinggi UMNO terlebih dahulu pada hal hal perlantikan kepimpinan terpulang kepada ahli-ahli UMNO akar umbi.

2. pelbagai cerita sudah banyak kita dengar dan alami di mana ahli-ahli di dalam cawangan dan bahagian tidak mampu bersuara, dicantas dan mendapat 'warning' daripada atasan jika berlainan pandangan.

Ironinya, kedua-dua perkara di atas sudah acap kali kedengaran dan dibincangkan, di mana-mana sahaja tetapi apakah kepimpinan tertinggi buat-buat tidak tahu akan wujudnya masaalah ini?

Dan kenyataan Muhammad Taib terasa seperti melepaskan batuk di tangga, tidak serius dan tidak membawa kepada apa-apa nilai kepada senario politik UMNO hari ini.

Malah, kenyataan Muhyiddin Yassin mengkritik Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang mendapat pelbagai kritikan daripada pemimpin-pemimpn UMNO sendiri, sebenarnya telah membuatkan ahli-ahli akar umbi berasa bertambah hopeless dan helpless. Dan UMNO sebenarnya masih belum mampu bersifat terbuka, tidak transparens dan tidak berpolitik matang.

Akan tetapi, ahli-ahli UMNO dari akar umbi mesti mengambil dan menggunapakai kata-kata Najib dan Muhammad Taib untuk bersuara dengan lebih lantang semasa mesyuarat bahagian UMNO masing-masing.

Dan jika ada orang 'atas' yang cuba menutup mulut dan hak ahli-ahli akar umbi, gunakan kenyataan Najib Razak dan Muhammad sebagai 'lesen sah' untuk kita bersuara tanpa perlu takut.

Realitinya, bulan Oktober ini merupakan masa terbaik untuk ahli-ahli UMNO akar umbi bertindak dan bersuara.

Bila lagi ?

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED