CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, September 21, 2008

Butiran Mesyuarat Bahagian UMNO

MalaysiaKini

Sebanyak 191 bahagian Umno di seluruh negara sedang membuat persiapan untuk mengadakan mesyuarat masing-masing mulai 9 Oktober depan.

Selain memilih kepimpinan peringkat bahagian, mesyuarat kali ini amat penting kerana mereka akan membuat pencalonan bagi pemilihan jawatan tertinggi Umno Disember ini.

Pencalonan tersebut adalah bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan kerusi Majlis Tertinggi (MT)

Di samping itu, mesyuarat bahagian kali ini juga akan memilih perwakilan yang akan mengundi dalam perhimpunan agung parti itu nanti.

Para perwakilan akan terdiri daripada enam pemegang jawatan utama bahagian yang juga dikenali sebagai G6 dan tujuh lagi akan dipilih dalam mesyuarat bahagian (G7).

Ini bermakna setiap bahagian akan menghantar 13 perwakilan untuk mengundi memilih pucuk pimpinan Umno Disember ini.

Mengikut perlembagaan parti, (daripada 191 bahagian UMNO)

1. calon presiden memerlukan 30 peratus (58 pencalonan)

2. timbalan - 20 peratus (38 pencalonan).

3. naib presiden - 10 peratus (19 pencalonan).

4. MT - 5 peratus (10 pencalonan).

Malaysiakini telah menghubungi kesemua 100 bahagian di Kedah, Wilayah Persekutuan, Perak, Selangor dan Johor dan mendapati 39 daripadanya telahpun menetap tarikh mesyuarat bahagian masing-masing.

Tarikh mesyuarat

Kedah mempunyai 15 bahagian, Wilayah Persekutuan (13), Perak (24), Selangor (22) dan Johor (26)Sehingga hari ini, bahagian-bahagian yang menetapkan tarikh mesyuarat mereka ialah empat di Kedah, Wilayah Persekutuan (7), Perak (6), Selangor (9) dan Johor (14).

KEDAH yang telah menetap tarikh mesyuarat ialah Pokok Sena dan Merbok (18 Oktober), Sik (25 Oktober) dan Padang Terap (11 Oktober).

WILAYAH PERSEKUTUAN - Cheras, Bandar Tun Razak, Wang Maju dan Segambut (19 Oktober), Setiawangsa (25 Oktober), Kepong (26 Oktober), Labuan (16 Oktober).

PERAK - Gopeng (26 Oktober), Bagan Serai (12 Oktober), Padang Rengas (18 Oktober) manakala Lenggong, Sungai Siput dan Tambun (19 Oktober).

SELANGOR - Shah Alam (12 Oktober), Kapar (18 Oktober), Kuala Langat (19 Oktober), Puchong (2 November), Sungai Besar (8 November), Kelana Jaya (9 Novemer) manakala Sabak Bernam, Petaling Jaya Utara dan Serdang (26 Oktober).

JOHOR - Tenggara (10 Oktober), Pagoh (12 Oktober), Batu Pahat dan Tebrau (18 Oktober); Kulai, Tanjung Piai dan Bakri (19 Oktober), Labis (25 Oktober); Kluang, Sri Gading, Pulai dan Johor Bahru (26 Oktober), Segamat (2 November) dan Pengerang (9 November).

Tekan atau Tak Tekan ?

Dr Novandri Hasan Basri

Mesyuarat MT parti UMNO yang lepas telah membawa pelbagai interpretasi yang berbeza. Yang menarik minat penulis ialah betapa perjalanan MT UMNO tersebut mendapat liputan media yang luar biasa.

Dan yang paling menariknya ialah media-media telah menyediakan artikel /komen mereka seolah-olah mesyuarat MT UMNO ini terbuka dan tidak 'top secret' lagi. Contohnya :-

1. The STAR

PETALING JAYA: The Prime Minister is under pressure to fast-forward the transition plan that would have seen him handing over power to his deputy in 2010.

Umno supreme council members had reportedly told Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi in their meeting on Thursday that the political situation was not improving and that he should consider an earlier exit (seterusya...)

Akan tetapi pihak media tidak boleh disalahkan kerana dapat memberikan perincian yang berlaku di dalam mesyuarat MT UMNO. Yang patut di salahkan ialah mereka yang 'ringan mulut' dan menceritakan perkara yang berlaku di dalam mesyuarat tersebut.

Malah, tindakan DS Najib Razak membatalkan program beliau di negara Arab Tengah pastinya menambah lagi spekulasi yang begitu kuat bertiup di dalam kepimpinan tertinggi UMNO ketika ini.

Tetapi yang tidak sedap kedengaran ialah kenyataan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, TS Muhammad Muhd Taib yang berbeza dengan DS Najib Tun Razak. Muhammad mengatakan bahawa proses peralihan kuasa tetap keka tahun 2010. Tetapi Najib berkata bahawa keputusan terletak di tangan ahli-ahli UMNO.

Dan TS mengatakan bahawa tiada tekanan bagi diri Pak Lah.

BANGI 20 Sept. – Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menafikan wujud tekanan daripada Majlis Tertinggi (MT) parti supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan Presiden lebih awal.

Beliau sebaliknya menegaskan keputusan peralihan kuasa antara Abdullah dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap kekal pada pertengahan 2010, malah proses ke arah itu telah pun diumumkan Perdana Menteri.

Menurut beliau, meskipun terdapat satu atau dua pandangan daripada ahli MT supaya Abdullah segera melepaskan jawatan tetapi ia tidak menggambarkan desakan secara menyeluruh.

‘‘Tidak ada gesaan supaya Perdana Menteri harus meletakkan jawatan lebih awal, mungkin ada satu atau dua pandangan tetapi desakan daripada MT secara menyeluruh tidak ada.

“Sebenarnya beliau tidak ditekan untuk berbuat demikian (melepaskan jawatan) malah Perdana Menteri sendiri telah menetapkan peralihan kuasa pada 2010,’’ katanya.

e-temuramah Terbuka Kepada Semua.

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis telah menerima beberapa cadangan supaya e-temuramah bersama calon-calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia di buka kepada para surfers sekalian dan tidak sahaja kepada ahli-ahli Pemuda UMNO.

Setelah mendapatkan persetujuan daripada mereka yang terlibat, maka dengan ini, penulis MEMBUKA e-TEMURAMAH BERSAMA CALON-CALON KETUA PEMUDA UMNO kepada SEMUA PEMBACA.

Walaubagaimana pun, soalan-soalan tersebut mesti mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Manakala komen 'Anonymous' atau tidak disertakan nama, tidak akan diterima lagi.

Terima kasih.

1. Dato' Mukhriz Tun Mahathir (klik di sini)

2. Dato' Dr Khir Toyo (klik di sini)

3. Khairy Jamaluddin (klik di sini)

Pautan penting : Artikel Mencari Ketua Pemuda (klik di sini)

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.