Dr Novandri Hasan BasriApa rasionalnya penangguhan Perhimpunan Agung 2008?
Soalan ini masih lagi belum dijawab. Dan jika telah dijawab, jawapannya tidak menjawap soalannya. Tidak ada perincian, tidak ada hujahnya dan tidak ada kebenarannya.
Ia umpama jawapan yang tidak ikhlas dan seperti
ada udang di sebalik batu. Dan jawapan tersebut pastinya menimbulkan pelabagai spekulasi dan cakap-cakap politik yang sebenarnya tidak mahu diredakan oleh kepimpinan tertinggi UMNO sendiri.
Masaalahnya, cakap-cakap politik yang penulis dengar, ada logiknya dan kena dengan senario politik UMNO sejak kebelakangan ini.
Ironinya, orang-orang yang terlibat bukannya Pak Lah atau pun Najib Razak tetapi adalah mereka yang sering kita pertikaikan dan tak suka dek latar belakang mereka serta aktiviti
'extra-kurikulum' bisnes mereka.
Akan tetapi, apabila kita bertanyakan keputusan MT UMNO, ia tidak bermakna kita melawan atau melanggar peraturan. Kita sekadar mahukan jawapan yang sebenarnya. Jangan lagi jawapannya berbelit-belit dan berbunga-bunga tetapi tidak ada satu patah perkataan pun yang kena dengan soalannya.
Penulis tidak pasti tetapi
- Apakah nilai ahli-ahli UMNO di hati MT UMNO?
- Apakah ahli-ahli UMNO era globalisasi ini masih dilihat sebagai 'pak turut' ?
- Apakah perlaburan berbilion-bilion ringgit untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpendidikan serta berilmu tidak akan mengubah kerangka pemikiran ahli-ahli UMNO menjadi lebih kritis, bijak dan logik ?
Cuba kita cari jawapan yang paling logik pernah dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin MT UMNO selepas mesyuarat khas itu. Jawapannya, tidak ada.
Penulis tahu pemimpin-pemimpin MT UMNO menjawap dengan nada '
bagi muka' atau pun untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa tidak apa-apa luar biasa yang berlaku di dalam mesyuarat khas/luar biasa tersebut.
Akan tetapi, dengan reaksi
'cool' mereka itu, ahli-ahli UMNO akan bertambah keliru, kecewa dan mungkin sudah jemu. Bagi kita, sudah cukuplah aksi drama politik ini diputar dan dimenangi oleh Anwar Ibrahim manakala pemimpin-pemimpin UMNO tidak perlu pula berdrama dan berlakon.
Dalam masa yang sama, terdapat juga pemimpin-pemimpin UMNO yang mempersoalkan keputusan MT UMNO tersebut. Di sini penulis sertakan pandangan beberapa pemimpin UMNO mengenai isu ini:-
"Sebabnya kerana hendak... apa Datuk Seri Najib guna perkataan tadi, mempermudahkan pelan peralihan kuasa lebih awal." kata
Pak Lah.
“Saya fikir terdapat kebijaksanaan dalam kita membuat keputusan hari ini,” kata DS Najib Razak
(Utusan Malaysia)"Daripada maklum balas yang saya terima dari seluruh negara, penangguhan Perhimpunan Agung UMNO itu memberikan impak negatif dan ramai yang mahu supaya MT membatalkan penangguhan tersebut," kata Dato' Mukhriz Mahathir. (Mingguan Malaysia)"Kita hormati keputusan yang dibuat oleh MT. Bagaimanapun, MT perlu menjelaskan secara mendalam rasional berbuat demikian. MT perlu menerangkan kepada pemimpin supaya mereka boleh menjawab kepada ahli-ahli peringkat akar umbi apabila mereka bertanyakan hal itu," kata Shahanim Mohd Yusof, Ketua Puteri UMNO Kedah. (Mingguan Malaysia)"Kita tahu ini mungkin akan menjadi satu keputusan yang muktamad, ...bagi mereka yang akan bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian tak mengapa, tetapi untuk saya yang bertanding jawatan ketua Pemuda, ia akan menjadi satu keputusan yang merumitkan kempen. Tempoh kempen akan menjadi lebih panjang dan ia bukan senang. Bayangkan kempen pilihanraya dua minggu pun tidak mudah, inikan pula enam bulan."(Maknanya) dalam tempoh enam bulan itulah kita kena berkempen," kata Khairy Jamaluddin
(MalaysiaKini) "Sepatutnya kalau nak tunda, tunda dengan (mesyuarat) bahagian sekali. Saya tak faham kenapa buat begitu. Seolah-olah ada muslihat tertentu," kata Dato' Zahidi Zainol Abidin, Ketua bahagian Padang Besar, Perlis
(MalaysiaKini)Kata Tengku Razaleigh,
ia bukan satu sandiwara atau satu permainan, "mula-mula jadi, kemudian tak jadi, Disember, kemudian Mac, kemudian Jun. Buat keputusan! Ini bukan perkara kecil. Seluruh negara sedang menunggu untuk melihat apa yang jadi kepada kepimpinan Umno dan negara". (MalaysiaKini)Pautan penting : Kita Nafikan Keputusan MT UMNO?