Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Friday, October 31, 2008

Beli Undi Untuk Cukup Kuota?

Dr Novandri Hasan Basri

Apakah benar terdapat satu gerakan sulit di dalam UMNO yang mahu 'membeli' sebanyak mungkin bahagian UMNO yang belum bermesyuarat?

Hanya tinggal 86 bahagian UMNO yang belum mengadakan mesyuarat.

Undi pula dibeli untuk memastikan sesetengah pemimpin UMNO berjaya melepasi kuota dan layak dicalonkan pada bulan Mac 2009 kelak.

Isu ini sedang hangat diperkatakan terutamanya apabila berlaku perkara-perkara yang 'pelik' di beberapa mesyuarat bahagian UMNO.

Dan kini wakil-wakil pula mempunyai persepsi yang salah iaitu mereka tidak kan berfikir panjang untuk menerima sebarang habuan daripada agen-agen pemimpin-pemimpin tersebut dengan alasan pemimpin yang seorang lagi telah cukup undinya.

Manakala terdapat desas-desus bahawa pemimpin itu juga akan cuba disekat daripada mengeluarkan kenyataan di dalam sebarang media. Dan pemfokusan media hanyalah kepada mempromosikan calon-calon yang belum cukup kuota itu.

Untuk diskusi bersama, adalah amat menyulitkan jentera kerajaan, UMNO dan BN jika salah satu daripada dua calon itu menang. Seorang merupakan ahli dewan negeri dan seorang lagi ialah senator.

Jika ditakdirkan Perdana Menteri baru sakit teruk atau meninggal, kedua-dua calon yang penulis katakan tadi akan bakal menghadapi kesulitan untuk menjawat jawatan Perdana Menteri kerana status mereka hanya sebagai ADUNegeri dan senator.

Perdana Menteri perlu daripada kalangan ahli Parlimen (Member of Parliament) dan mereka itu bukan.

Makanya, hanya seorang sahaja daripada 3 calon yang benar-benar layak dari segi segalanya, ketokohannya, kebolehannya, kalibernya dan status beliau sebagai MP.

Bagaimana pun, penulis percaya pemimpin UMNO itu bijak membaca percaturan politik lawan-lawannya. Dan yang penting, beliau menang kelak pada bulan Mac 2009

Khairy, Razali hilang satu pencalonan

Dr Novandri Hasan Basri

Pembatalan mesyuarat kedua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang merupakan salah satu daripada kerumitan yang dihadapi apabila berlaku sesuatu pertandingan di dalam UMNO.

Protes boleh dilakukan jika berlaku sebarang isu yang melanggar sebarang protokol perlembagaan parti.

Ikutilah :-

KOTA BHARU 30 Okt. – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini kehilangan satu pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan Mac depan.

Ia adalah berikutan tindakan Ibu Pejabat UMNO membatalkan mesyuarat kedua Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang yang diadakan pada 25 Oktober lalu.

Ekoran itu juga Datuk Razali Ibrahim turut kehilangan satu pencalonan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, sehubungan itu Ibu Pejabat UMNO juga memutuskan mesyuarat Pemuda bahagian berkenaan yang diadakan pada 23 Oktober lalu adalah sah.

Annuar berkata, beliau menerima pengesahan itu hari ini apabila pihak Ibu Pejabat UMNO menghubunginya.

“Ia melenyapkan kekeliruan apabila mesyuarat awal dipengerusikan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Bazlan Baharuddin tidak terbatal sebagaimana dilaporkan sebelum ini,” katanya di sini hari ini.

Dengan keputusan itu juga Bazlan yang menang tanpa bertanding pada pemilihan itu kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO bahagian.

Mesyuarat pada 23 Oktober itu turut mencalonkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo sebagai Ketua Pemuda dan Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai Naib Ketua.

Sebelum ini akhbar melaporkan mesyuarat perwakilan pergerakan Pemuda UMNO bahagian itu yang diadakan pada 23 Oktober diisytiharkan tidak sah kerana tidak mematuhi serta menghormati keputusan yang dibuat secara bersama di peringkat bahagian berhubung tarikh mesyuarat berkenaan.

Ketua UMNO bahagian itu, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pembatalan mesyuarat tersebut dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Husainay Hashim melalui faks.

Thursday, October 30, 2008

KEMPEN 'PERANGI GEJALA POLITIK WANG'

Dr Novandri Hasan Basri

Hari ini penulis ingin memulakan satu kempen yang sepatutnya telah dilakukan sejak dahulu lagi di dalam parti UMNO iaitu KEMPEN 'PERANGI GEJALA POLITIK WANG'.

Politik wang atau Rasuah Politik merupakan satu penyakit yang semakin lama semakin dalam menular di dalam UMNO. Dan kini, politik wang disalah anggap sebagai halal dan satu kemestian untuk seseorang pemimpin UMNO itu dipilih dan bukannya kerana prestasi, gerak kerja, amanah dan jujur.

Persepsi ini sungguh bahaya dan bakal memusnahkan parti UMNO.

Apakah kita tidak sayang lagi dan terlupa kepada jasa-jasa parti UMNO?

Apakah kita tidak kesihan lagi kepada UMNO?

Di sini penulis sertakan satu logo/grafik :-


Semua surfers, pemimpin-pemimpin UMNO dari ketiga-tiga sayap dan bloggers dijemput untuk menggunakan logo ini di dalam web dan blog masing-masing sebagai tanda sokongan untuk turut serta di dalam kempen ini.

Logo ini juga boleh digunakan untuk menyemarakkan sebarang usaha untuk menyedarkan ahli-ahli UMNO tentang keburukan politik wang/rasuah politik seperti t-shirt, pamphlet dan dan lain-lain.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran ahli-ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO supaya menjauhi gejala buruk ini.

Dan jika kita berterusan menentang dan bersuara lantang, penulis harap kita dapat melakukan perubahan demi kebaikan parti UMNO.

Realitinya, jika rasuah politik/politik wang terus bermaharajalela di dalam parti, UMNO akan bakal menyaksikan kemusnahannya dalam masa terdekat ini.

(Grafik logo di atas telah direka oleh saudara Afriz Hj Mohd Noor, Penolong Bendahari Pemuda Bukit Gelugor)

Wednesday, October 29, 2008

Liow Tiong Lai - Again ?

Dr Novandri Hasan Basri

How arrogant a new MCA vice president, Liow Tiong Lai can be when he stressed his points regarding his statement which he claimed has been distorted by Utusan Malaysia.

He simplified on his own words the complexity and the needs of quota of equity by pretending to be more open and wiser then the rest of the Malays and to be exact, Raja-raja Melayu.

Liow Tiong Lai said,

"Do we still need to talk about racial issues in Malaysia today? How deplorable it is to see the old mindset of 1970s and 80s still very much alive in our new generation of today! If we still engross ourselves in making racist remarks and arguments, then the country's future will be doomed!" - Sin Chew Daily.

This statement is a very clear represention of the new Malaysians who have forgotten the history and their respect to the raja-raja Melayu.

They tend to deny the fundamental of this country in their quest to be a leader of their race. And this is not healthy at all.

And he has forgotten the word 'Kesetiaan kepada Raja dan Negara'.

Raja-raja Melayu have spoken and every single Malaysian citizen should obey or at least, keep their mouth shut.

And it is not such a good idea by explaining this sensitive issue in a chinese-based newspaper and not read by other races. It is very bias and could spark unnecessary hatred and stress among the citizens.

As for me, Liow Tiong Lai is the one who is not bright enough not to think of the consequences.

Then again, he is a full minister but I think it is still fine if he needs a lesson of history once a while. Nobody is penalising him for that.


Liow Tiong Lai: I Didn't Say It

News Headline 2008-10-29 16:36


KUALA LUMPUR: MCA vice president Datuk Liow Tiong Lai slammed Utusan Malaysia for distorting his viewpoints on the country's economic development in a bid to ethnicise the issue and stir up controversies.

On the national economic development, he said he stressed company and national competitiveness, and had advocated genuine cooperation among different races in this country instead of overly emphasising the issue of racially divided equity.

"Opening up the economy and enhancing competitiveness instead of talking only about quota restrictions has been the megatrend for future developments. If all races in this country can work together sincerely, then there will not be any need of talking about the equity issue."

During an exclusive interview with Sin Chew Daily, Liow said the misguiding front page story on Utusan Malaysia was obviously trying to cook up the issue along racial lines when compared to articles on other Malay and English dailies.

"Do we still need to talk about racial issues in Malaysia today? How deplorable it is to see the old mindset of 1970s and 80s still very much alive in our new generation of today! If we still engross ourselves in making racist remarks and arguments, then the country's future will be doomed!"

Liow emphasised that the viewpoint he had offered when asked to respond to the economic development issues raised by deputy prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak earlier, was that Malaysians could not afford to confine themselves within the antiquated mind frame of racial quotas, but should instead enhance their own competitiveness and efficiency.

"What I suggested was the megatrend. The quota in equity should be opened up, but I didn't say it should be abolished right away."

Liow slammed Utusan for the irresponsible, unwise and distortional style of reporting, which has reflected on the newspaper's outdated mentality and lack of progressiveness.

He also believed that other newspapers had carried the story in a more objective and factual approach without attempting to play up the issue.

"Look like all they want to see is chaos."

Utusan Malaysia recently quoted Liow Tiong Lai as having said that MCA suggested that the government abolish the 30% bumiputra equity restrictions on public-listed companies, in its cover story headlined Mansuh Ekuiti Bumiputra (Abolish Bumiputra Equity).

"It is detrimental to the national economy for anyone to continue playing up racial issues. Utusan Malaysia must stop issuing news reports that could trigger racial disharmony." - (By KOK SU CHIN/Translated by DOMINIC LOH/Sin Chew Daily)

Debat vs Forum 'Perkenalkan Diri' ?

Hasri

ASKUM DR,

KEMUNGKINAN LARI DARI TAJUK SIKIT. SAYA INGIN BERKONGSI SEDIKIT DENGAN DR & RAKAN2 MENGENAI ARTIKEL YANG SAYA BACA DARI AGENDA DAILY.COM.

SAYA BERASA KURANG SENANG DENGAN TULIS ARTIKEL INI. SEPERTI BERPIHAK KEPADA SEBELAH PIHAK SAJA. IKUTI ARTIKEL INI….

Tuduhan Mukhriz...apa komen Ketua Pemuda UMNO Bahagian

Ekoran kenyataan calon Ketua Pemuda UMNO yang paling popular mendapat pencalonan Datuk Mukhriz Mahathir menuduh Agendadaily mempunyai agenda dalam menyiarkan komen-komen mengenai cadangan diadakan debat bagi calon-calon Ketua Pemuda UMNO, ramai kalangan Ketua Pemuda dan pemimpin UMNO mula menghantar reaksi mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Agendadaily.

Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju dengan cadangan penganjuran debat berkenaan.

Perlu ditegaskan, komen-komen mereka itu dihantar kepada Agendadaily dan bukannya seperti tuduhan Mukhriz bahawa Agendadaily hanya minta komen orang-orang dan penyokong satu lagi calon Khairy Jamaluddin yang setuju debat diadakan.

Perkara ini sudah dijelaskan melalui kenyataan rasmi Ketua Pengarang Agendadaily.

Sebagai makluman juga, selain menyiarkan komen-komen itu di laman web Agendadaily, pihak Agendadaily juga mempunyai perkhidmatan berita melalui SMS yang dikenali sebagai AgendaNews.

Semua komen yang diberikan disampaikan kepada penerima perkhidmatan AgendaNews termasuk Mukhriz sendiri yang menjadi salah seorang penerima perkhidmatan tersebut.

Namun untuk berlaku adil kepada semua bagi menilai polemik baru dalam soal perdebatan ini, diperturunkan semua komen yang disampaikan secara patah demi patah SMS yang diterima daripada kalangan pemimpin Pemuda UMNO Bahagian di samping kenyataan terbuka para pemimpin UMNO serta pihak yang berminat dengan perkembangan ini melalui sidang media mereka.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Klang, Zainuri Datuk Zakaria:

“Apa yang susah sangat nak debat? Bukankah ia baik untuk percambahan minda?Selain itu ia juga akan mengajak masyarakat berfikir… UMNO harus mempelopori perubahan kearah globalisasi. Ini sebahagaian daripada anjakan paradigma yang UMNO harus juarai…selain keluarkan di TV, sebaik-baiknya debat ini perlu diadakan di negeri-negeri, biar perwakilan mendengar sendiri. Kalau soal bekerja, ramai orang yang boleh bekerja tapi ini politik, kita perlukan bukan sahaja orang yang mampu bekerja, kita juga perlukan mereka yang cekap berfikir, serta tangkas bertindak…kalau sesama UMNO pun tak berani berdebat, macam mana nak hadap pembangkang. Kita jangan jumud”

Ketua Pemuda Lembah Pantai, Haji Norazmi Mohamedan:

“Saya menyokong pandangan Dato Mukhriz dan Tok Pa mengena isu debat tersebut” (Mukhriz dan Tok Pa (Datuk Mustapa Mohamad) tidak setuju debat diadakan)

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Suhami Sulong:

“Kita jangan jadi jaguh luar gelanggang. Hari ini gelanggang dah dibuka, silakan berentap dan berdebatlah…apa perancangan, ke mana halatuju, apa pengalaman, apa yang perlu diperbaiki dan yang paling penting sejauh mana kesediaan kita mempertahankan agama, bangsa dan negara…Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga adalah Pengerusi Pemuda BN…Semua rakyat Malaysia bawah 40 tahun nak tahu apakah visi dan misi Pemuda…kita berkira dalam gelanggang…Calon-calon Ketua Pemuda mesti menggunakan kesempatan ini”

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Malim Muhammad Yadzan Mohamad:

“BERANI BERUBAH…kalau berani berubah takkan tak berani berdebat. Hari ini Mukhriz telah membuat perubahan yang cukup berani dalam UMNO apabila memalukan pucuk pimpinan parti maka apalah ertinya hal dalaman parti bagi beliau. Oleh yang demikian, beliau seharusnya menyahut cabaran debat terbuka ini, biar umum lihat, dengar dan membuat penilaian ke atas hujah-hujah beliau dalam hal-hal yang berkaitan. Berani jangan hanya slogan, ia harus dibuktikan…UMNO harus berani mempelopori perubahan…syabas buat Khir Toyo dan Khairy”

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Nasrihat Turiman:

“Ini bukan soal tiru USA, di negara kita anak sekolah pun berdebat (Piala Perdana Menteri), di Universiti (Debat antara Universiti) di Parlimen dah lama kaedah ini diguna pakai. Apa pula timbul soal tiru USA-lah. Tak nak masyarakat tahu hal dalaman partilah, ini tak ada kena mengena dengan hal dalaman parti. Masyarakat mahu dengan visi pemimpin muda yang bakal menrajui negara. Masyarakat juga ada hak kerana akhirnya mereka juga akan memilih kita bila tiba pilihan raya…teruskan debat ini”

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong, Mohamad Irwan Zulkefli:

“Ahmad Nisfu kata ..jangan takut…lawan…! Jadi apa tunggu lagi. Shabery Cheek yang yang tidak Pemuda pun berani berdebat dengan DSAI, ini koma (istilah Perak untuk awak) Pemuda sama Pemuda pun nak ngelat (istilah Perak untuk elak diri)… kalau minta lawan cakap pun koma tak berani, jangan ceritalah soal mempertahankan ugama dan negara, rentikan je lah…”

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Puchong yang juga calon Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Malaysia, Ramli Simbok:

"Saya amat bersetuju debat antara calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia diadakan bagi memberi ruang yang seluas-luasnya kepada para perwakilan yang rata-rata 80 persen orang baru menilai siapakah pemimpin yang benar-benar layak dipilih. Perwakilan perlu didedahkan segala maklumat mengenai calon. Ia juga bertujuan elak penyalahgunaan wang bagi memenangi kerusi tersebut. Soal risiko tak timbul kerana hal yang sama turut dilakukan di negara-negara maju. Kita tidak mahu Ketua Pemuda dipilih atas dasar populariti tetapi hingga terlupa yang berkualiti”

Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Presiden Majlis Belia Malaysia dan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Nasarah:

“Kalau Pemuda UMNO mahu berperanan sebagai badan yang mewakili generasi muda dalam negara ini, kita perlukan pemimpin yang punyai kehebatan dalam segala bidang termasuk kepetahan berhujah. Sebab itu kita sokong debat diadakan dalam soal pemilihan pemimpin Pemuda UMNO. Kerana dalam situasi kini, untuk memperlihatkan Pemuda UMNO hebat, Pemuda bukan hanya sekadar hebat dan mewakili generasi muda dalam kelompoknya sahaja tapi mesti dilihat hebat dan memperjuangkan kepentingan keseluruhan generasi muda Malaysia. Pemuda UMNO mesti dibawa berada di tengah-tengah orang muda dan memperjuangkan kepentingan mereka. Jesteru, debat membolehkan penilaian dibuat oleh keseluruhan generasi muda. Alasan ia boleh memburukkan parti adalah alasan yang tidak boleh diterima kerana sebelum ini kenapa kita tidak berkata demikian apabila pelbagai kritikan secara terbuka yang mendedahkan kelemahan pemimpin dan parti kepada umum?”

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia Tajudin Ahmad:

“Sokong debat diadakan. Orang dalam belia pun nak tahu hala tuju kepimpinan Pemuda UMNO. Debat bukan nak cari salah tapi kita mahu lihat kepimpinan muda yang berkarisma dan debat adalah salah satu cara untuk lihat perkara itu”

Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali yang juga bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia (era 80-an)

“Saya cadang debat di tukar bentuk forum untuk calon-calon Ketua Pemuda UMNO. 3 calon menjadi ahli panel. Kalau saya boleh terlibat sama, saya nak tanya 3 soalan saja iaitu halatuju kepimpinan Pemuda, usaha untuk kembalikan idealisme perjuangan Pemuda dan apakah pendirian mereka terhadap hak Melayu yang semakin dicabar”

Selain SMS yang diterima, pihak Agendadaily juga menghantar komen serta pandangan para pemimpin UMNO berhubung isu debat ini. Berikut adalah berita yang dihantar melalui perkhidmatan Berita AgendaNews :

“INI SUARA DR MAHATHIR ...Beliau berpendapat debat pemilihan calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan UMNO tidak perlu diadakan kerana ia tidak beri sebarang kesan. Katanya, apa yang didebatkan hanya berkisar soal parti dan bukan negara. Kita juga belum sampai ke tahap Amerika Syarikat, katanya – AgendaNews”

“INI UJIAN...Ketua Pembangkang DUN Kelantan D Alwi Che Mat setuju debat terbuka dibuat tetapi harus terkawal kerana itulah ujian kebijaksanaan pemimpin. Namun katanya, tidak semua perkara dapat diselesai melalui debat khususnya perkara sensitif yang libatkan agama dan kaum. Dalam pada itu ADUN Benut yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian D Hasni Mohamad cadang debat kepimpinan Pemuda UMNO diadakan di kampus dahulu sebagai langkah awal atau 'test case' – AgendaNews”

“TERTUTUP OK...Calon Naib Presiden DS Khaled Nordin kata, siaran langsung Perhimpunan Agung UMNO 2007 patut dijadi iktibar sebelum debat terbuka pemilihan UMNO hendak diadakan. Sebab itu perlu ada kebijaksanaan dan kalau nak buat perbahasan, kena buat secara tertutup dan bukannya secara terbuka, katanya – AgendaNews”

“Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek sokong diadakan debat terbuka sebagai satu cara pemilihan pemimpin dalam Umno.Katanya di Kapit,Sarawak hari ini pendekatan itu akan bolehkan orang ramai menilai personaliti calon, tahap kebijaksanaan, kekuatan dan paling penting, kewibawaan.-Agendanews”

“SOKONG…Calon Naib Ketua Pemuda UMNO, D Reezal Merican sokong agar debat dianjurkan bagi calon2 Ketua Pemuda UMNO. Biarlah namanya debat atau bicara politik asalkan ia tertib dan berhemah, katanya. Beliau kata demikian sebagai ulas polemik cadangan debat yang timbulkan reaksi ada yang setuju dan tak setuju – AgendaNews”

“TAK SETUJU......Ketua UMNO Bahagian Paya Besar,Pahang, Datuk Ahmad Tajuddin pula kata penonjolan melalui debat tidak akan bantu pemilihan pemimpin yang tepat.Menurutnya malah ia boleh melindungi kewibawaan sebenar calon dan debat hanya berkesan jika ia melalui tapisan intregriti calon dulu-Agendanews" - 29/10/2008
-----------------------------
Polimek debat: Ada yang setuju dan ada yang tak setuju

Debat antara calon-calon Ketua Pemuda Pemuda UMNO Malaysia yang dicadangkan oleh Khairy Jamaluddin Sabtu, tiba-tiba telah menjadi satu polimik.Ini sejurus Datuk Mukhriz Mahathir membuat kenyataan pada hari Ahad tidak setuju menyertai sebarang debat perebutan jawatan itu.

Sementara itu, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo menyahut cadangan Khairy untuk berdebat.

Agendadaily menerima banyak panggilan daripada kalangan pemimpin UMNO yang memberi pandangan pro dan kontra pada cadangan debat itu.

Khairy dalam cadangan asalnya berkata debat itu bertujuan membolehkan mereka menjelaskan wawasan, pendirian dan pelan masing-masing jika memenangi jawatan itu.

Sebaliknya Mukhriz berpendapat debat terbuka akan menyulitkan usaha mengukuhkan parti kerana isu-isu yang berbangkit semasa debat itu akan disensasikan oleh pihak pembangkang.

Beliau menggangap pemilihan itu adalah soal dalaman parti.

Lagipun katanya ahli-ahli parti sudah kenal calon-calon dan cukup matang untuk buat keputusan yang betul.

Pada hari Isnin semasa ditemui para wartawan di majlis rumah terbuka MIC di PWTC Khairy menjelaskan debat terbuka yang dicadangkannya bagi calon-calon Ketua Pemuda bukan bermaksud untuk ‘ cari gaduh ’ tetapi ruang bagi mereka menjelaskan prinsip perjuangan masing-masing.

Katanya debat tersebut akan dijalankan dengan tanggungjawab dan tertib.Beliau enggan ulas kenyataan Mukhriz tidak mahu sertai debat dan terima kasih pada Dr Mohd Khir kerana sahut cabarannya.

Khairy tidak setuju pandangan mengatakan perpaduan parti akan runtuh jika debat dijalankan secara terbuka malah ia boleh merapatkan rakyat dengan bakal pemimpin UMNO. Katanya, ini kerana visi, idea, kebolehan dan wawasan calon boleh dinilai melalui debat itu serta memberikan peluang kepada rakyat untuk membuat penilaian yang sewajarnya. Malah, katanya, perdebatan itu adalah sejajar dengan perjuangan politiknya iaitu UMNO tidak boleh bersifat eksklusif dan terpisah daripada rakyat.

Berikut ialah komen kalangan pimpinan UMNO lain:

APA MACAM???... Timbalan Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Wan Farid kata kalau kita tidak boleh mempertahankan pendirian kita secara tertutup,bagaimana pula kita nak pertahankan parti secara terbuka. "Saya setuju debat antara calon-calon diadakan secara tertib," katanya.- 27/10/2008

ITU CARA SIHAT... kata bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di parlimen (BNBBC) ,Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin raja Omar pasal debat antara calon-calon.Ketua UMNO Bahagian Larut itu yang kini ADUN Kubu Gajah kata debat akan memberi ruang kepada calon-calon menyuarakan pandangan dan fikiran masing-masing bukannya nak tunjuk hebat.Beliau tak setuju pandangan yang tolak debat - 27/10/2008

BELUM MASANYA LAGI... Kata Menteri Pertanian Datuk Mustapha Mohamad bagi debat sebagai cara pilih pemimpin.Katanya UMNO belum cukup matang sepenuhnya dan bimbang ahli akan memilih hanya mereka yang pandai dan petah berdebat tetapi tidak pemimpin yang berwibawa serta mampu kerja untuk parti - 27/10/2008

DATUK SYED ALI ALHABSHEE TAK SETUJU ...debat terbuka yang dicadang Khairy antara calon2 kerana dedah kelemahan semua calon dan membuka rahsia strategi parti pada pembangkang.Ketua UMNO Bahagian Cheras itu kata Malaysia amal sistem multi-party manakala di USA sistem 2 parti.Jangan gairah nanti parah,katanya- 27/10/2008

BERANI BERUBAH ... Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Malim Muhammad Yadzan Mohamad mahu Datuk Mukhriz hayati slogannya sendiri “ Berani Berubah” dengan berani berdebat dengan Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo."Berani jangan hanya pada slogan",katanya pada Agendadaily sebagai mengulas kenyataan Mukhriz tak setuju diadakan perdebatan antara calon-calon Ketua Pemuda UMNO.Beliau tidak nampak pemilihan soal dalaman parti harus dijadikan alasan.- 27/10/2008

NAK TAKUT APA???.... Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya Mohd Hishamuddin Yahaya (Yob) mahu debat antara calon-calon Ketua Pemuda UMNO dibuat secara terbuka.Katanya ini zaman siber apa perlu tutup-tutup.Lagipun katanya kewibawaan pimpinan UMNO melibatkan seluruh rakyat Malaysia bukan saja ahli UMNO."Di Amerika setiap kali pemilihan Presiden diadakan debat secara terbuka dan live...semua orang boleh tengok dan menilai sendiri...apa yang perlu kita takut",tegasnya.- 26/10/2008

INI PULA PANDANGAN SHAHIDAN ... Bekas Menteri Besar Perlis itu juga tak setuju debat terbuka antara calon-calon jawatan tertinggi UMNO.Namun katanya ia boleh diadakan secara tertutup kepada para perwakilan yang faham apa erti debat itu.Shahidan menilai trend menunjukan debat terbuka boleh membawa kepada perpecahan.Beliau juga mengajak para ahli UMNO kembali ke jalan agama bagi mengukuhkan lagi parti- 26/10/2008

REAKSI DEBAT ... Dalam ulasan pada pendirian Datuk Mukhriz tak setuju debat terbuka...Ketua Pemuda UMNO Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob kata pada Agendadaily debat antara calon-calon Ketua Pemuda boleh diadakan secara tertutup khusus untuk para perwakilan sahaja.Katanya kenal calon adalah satu soal lain tetapi para perwakilan juga nak tahu apakah wawasan mereka untuk pergerakan itu dan sebagainya.Kata Khairuddin hal ini perlu dihuraikan secara jelas.- 26/10/2008

APA MASALAHNYA???.... kata Ketua Pemuda UMNO Perlis Datuk Rozabil Abdul Rahman mengenai debat terbuka antara calon-calon Ketua Pemuda UMNO.Katanya kalau tak setuju secara terbuka ia boleh dibuat secara tertutup antara para perwakilan.Rozabil hairan kenapa Datuk Mukhriz menolak cadangan Khairy nak berdebat kerana menggangap ia soal dalaman parti.Katanya apa bezanya dengan kenyataan-kenyataan kritik pimpinan dan sebagainya yang dibuat secara terbuka oleh Mukhriz sebelum ini- 26/10/2008

NO PROBLEM... Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sambut cadangan Khairy Jamaluddin supaya diadakan debat antara mereka bertiga (+ Datuk Mukhriz ) yang sudah layak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia." Tiada masalah...saya sedia turut serta,"katanya kepada Agendadaily petang Ahad.Beliau juga setuju debat itu dianjurkan oleh Agendadaily.com- 26/102008

Komen saya :-

BETULKAN SEPERTI BERPIHAK KEPADA SESEORANG?
KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH KETUA-KETUA PEMUDA BAHAGIAN INI, KEBANYAKKANNYA SEUMPAMA PERIBAHASA ANJING MENYALAK BUKIT. ADA PULAK MENTERI & TIM. MENTERI PUN SIBUK NAK KOMEN JUGAK.

WALHAL BANYAK LAGI BENDA YANG PERLU DITITIK BERATKAN LAGI DEMI UNTUK PERJUANGAN NASIB BANGSA MELAYU KIAN MULA DIHINA & DICACI.

MEREKA INI SEPERTI PERIBAHASA MELAYU LAMA;
Ada bau ada bangkainya

MAKSUDNYA:Bila ada pengkhabaran jahat itu tentulah ada perbuatan yang jahat walaupun tidak kelihatan

SAYA AMAT HAIRAN KENAPA UMNO INI TERTUMPU SANGAT KEPADA PEMILIHAN SAYAPNYA SENDIRI. ADAKAH KERANA CALON2 INI, TERDIRI DARIPADA ANAK & MENANTU ORANG KENAMAAN (KECUALI KHIR TOYO – ANAK JAWA). YANG SAYA TAHU, SELAMA INI PEMILIHAN SAYAP PEMUDA TIDAK PERNAH MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT SEPERTI SKRG.

ADAKAH DISEBABKAN OLEH ADA DIANTARA CALON YANG PANDAI MENGUNAKAN KUASA & MEDIA MASSA UNTUK MEMBERI PUBLISITI MURAHAN KEPADA BELIAU. PEMIMPIN MCM NI LA YANG AKAN MEROSAKKAN PARTI UMNO.

TAK CUKUPKAH KEBANYAKKAN BENDA YANG BERBANGKIT AKHIR2 NI SEOLAH2 ORANG MELAYU DIHINA & DICACI. TAKAN KITA NAK BUKA PEKONG DI DADA PULAK.

APA SALAHNYA JIKA CALON-CALON INI, TURUN PADANG BERJUMPA DENGAN BAHAGIAN-BAHAGIAN UNTUK MEMPROMOSIKAN DIRI MASING-MASING. INI MERUPAKAN SALAH SATU CARA UNTUK MENERANGKAN VISI & MISI PARA CALON, SERTA SECARA TIDAK LANGSUNG DAPAT MENGERATKAN SILATULRAHIM ANTARA PEMIMPIN & AKAR UMBI. DENGAN INI, AKAR UMBI DAPAT BERINTERAKSI (2 WAY COMMUNICATE) DENGAN CALON.

1 LAGI NI LA MASANYA UNTUK AKAR UMBI MELAUHKAN PERASAAN KEPADA BAKAL PEMIMPIN MEREKA KERANA ADA SESETENGAH PEMIMPIN SELEPAS MENANG TIDAK NAMPAK BATANG HIDUNG LAGI.

YANG PENTING BUATLAH YANG TERBAIK UNTUK PARTI BUKAN UNTUK DIRI SENDIRI. DAN JIKA NAK BANTU MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN UMNO & BARISAN NASIONAL PARA CALON BOLEH JUGAK MEMINTA KERJASAMA SPR UNTUK TURUT BERSAMA BAGI MENYEMAK & MENDAFTAR PEMILIH. INI BARU BETUL NAK BERJUANG.

DAH LAH KALAU MUHKRIZ TAK MAHU TAK USAH LAH, DI PAKSALAH. TAK PAYAH YANG LAIN NI NAK LEBIH-LEBIH PULAK UNTUK PAKSA & SEBAGAINYA.

FIKIR-FIKIRKAN

HASRI

Kenyataan Akhbar SPR


KENYATAAN AKHBAR

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
Aras 5, Blok C7 , Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 PUTRAJAYA
Tel : 03-88856500 / 88856688 Faks : 03-88889113 / 88889117


S.P.R. (PPA)100/3/33 (32)
24 Oktober 2008

Pengarang/Editor/Bilik Berita

KENYATAAN AKHBAR
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR), MALAYSIA
BIL.17/2008

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUN KETIGA 2008

1. Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Ketiga (Julai hingga September) 2008, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah menerima sebanyak 24,531 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan sebanyak 6,200 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR.

2. Selaras dengan kehendak Peraturan 13(5A), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Ketiga 2008 akan dipamerkan mulai 28 Oktober hingga 03 November 2008 di 985 tempat pameran di seluruh Negara seperti berikut:

2.1 Pejabat Pilihan Raya Negeri - 14 tempat
2.2 Pejabat Pos Berkomputer - 431 tempat
2.3 Kompleks/Pejabat Kerajaan - 100 tempat
2.4 Pejabat Daerah/Pejabat Tanah- 162 tempat
2.5 Majlis Daerah/Perbandaran - 44 tempat
2.6 Dewan Serbaguna/ Rukun
Tetangga/Balai Raya/Penghulu/
Dewan - 207 tempat
2.7 Lain-lain tempat - 27 tempat
____________
Jumlah - 985 tempat
____________


3. Sehubungan dengan itu, mana-mana warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi seorang pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi adalah dinasihatkan supaya menyemak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2008 yang dipamerkan itu. Dalam hal ini, mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2008 itu bolehlah membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B. Borang tuntutan tersebut hendaklah diserahkan kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh 7 hari dari tarikh Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2008 itu dipamerkan.

4. Bagi mana-mana pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2008 bagi satu-satu bahagian pilihan raya itu bolehlah membuat bantahan tersebut dengan mengisi Borang C. Borang bantahan itu hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh 7 hari dari tarikh Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2008 itu dipamerkan.

5. Selain daripada mempamerkan nama-nama pemilih baru dan nama-nama pemilih berdaftar yang memohon untuk bertukar alamat pusat mengundi, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih. Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meninggal dunia, lucut hak warganegara, telah bersara daripada Angkatan Tentera/Polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya.

6. Di sini juga SPR ingin memaklumkan kepada umum untuk memohon kerjasama orang ramai mengenai perkara berikut:

6.1 Pembersihan Daftar Pemilih

SPR ingin memaklumkan bahawa dalam usaha untuk membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia, SPR memohon kerjasama mana-mana waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur waris-waris mereka yang telah meninggal dunia kepada SPR. Waris-waris bolehlah menghantar salinan tersebut secara pos atau faks ataupun datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri ataupun ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

6.2 Penyemakan Daftar Pemilih

Pemilih berdaftar adalah digalakkan untuk menyemak Daftar Pemilih Induk 2007 bagi tujuan membuat pembetulan ke atas apa-apa kesilapan pendataan dari segi ejaan nama, nombor kad pengenalan, jantina, nombor rumah pemilih dan sebagainya yang dilakukan oleh SPR secara tidak disengajakan, jika ada. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan pendataan, pemilih bolehlah membuat pembetulan dengan menghantarkan pembetulan tersebut ke alamat e-mel: info@spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

6.3 Pemilih Bertukar Alamat

Bagi pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin mereka adalah digalakkan untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di sesuatu pusat mengundi yang lebih dekat dengan tempat kediaman masing-masing.

7. Jika mana-mana pihak ada apa-apa pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi Ibu Pejabat SPR melalui nombor telefon 03-88856500 atau melalui Faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. Orang ramai juga boleh melayari laman web SPR di http://www.spr.gov.my/ untuk semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2008.


Sekian, terima kasih



(SABRI BIN SAID)
Pegawai Perhubungan Awam
b.p Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Tuesday, October 28, 2008

Apakah Bumiputera akan Serahkan 30 % milik ekuiti ?

Dr Novandri Hasan Basri

Kenapakah daya saing negara terhadap kesan buruk ekonomi dunia memerlukan bumiputera menyerahkan 30 peratus ekuiti dalam syarikat-syarikat senaraian awam?

Inilah persoalannya apabila Naib Presiden MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus milik bumiputera.

Penulis anggap cadangan Dato' Liow Tiong Lai ini sebagai satu lagi provokasi yang tidak sepatutnya di ambil kesempatan oleh parti MCA.

Dan beliau menyarankan kerjasama yang jitu di antara kaum.

Penulis sungguh hairan

Jika benarlah beliau mahukan kesamarataan di dalam ekonomi negara, beliau sepatutnya menegur peniaga bangsa beliau terlebih dahulu supaya membuka rantaian ekonomi mereka kepada bangsa lain supaya bangsa lain dapat menembusi ekonomi bangsa Cina yang selama ini dipelihara dengan kukuh oleh clan masing-masing.

Pernah tak kita terbaca di mana-mana media mengenai sebarang kenyataan beliau yang menegur peniaga-peniaga bangsa beliau supaya membantu secara ikhlas serta membuka perniagaan mereka kepada bangsa lain?

Begitu juga dengan pengambilan pekerja-pekerja eksekutif yang berat sebelah di pasaran swasta dan berpihak kepada kaum Cina sahaja.

Contohnya di Pulau Pinang, memang benar 30% daripada keseluruhan pekerja di sesebuah kilang terdiri daripada bangsa Melayu tetapi mereka hanya sekadar mengisi pekerjaan yang rendah dan bergaji rendah. Manakala struktur yang lebih tinggi dipenuhi oleh kaum Cina sahaja.

Apakah kelak, Liow Tiong Lai akan turut menjaga serta prihatin kepada permasalahan bangsa Melayu jika beginilah pendirian politik beliau. Apakah Melayu itu berada di dalam hati beliau?

Satu perbandingan mudah, web beliau sendiri tidak menghargai bahasa Melayu/ bahasa Malaysia. Apakah beliau boleh dipercayai untuk menolong bangsa Melayu?

Ikutilah :-

Mansuh ekuiti bumiputera

(Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 27 Okt. – MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.

Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini kerana elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia.

“Ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melahirkan keyakinan unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.

“Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.

Tiong Lai menambah, sudah tiba masanya merit atau daya saing sesuatu syarikat itu diberikan keutamaan dan bukannya persoalan berkaitan ekuiti bumiputera.

Beliau juga menyarankan agar penekanan diberikan terhadap aspek mewujudkan kerjasama yang jitu antara peniaga Melayu, Cina dan India di negara ini.

Katanya, syarat pemilikan 30 peratus ekuiti dalam syarikat senaraian awam hanya menjadi halangan dalam mewujudkan satu bentuk kerjasama yang sedemikian rupa.

“Apa yang penting adalah kerjasama jitu tanpa kira peratusan (ekuiti bumiputera),” katanya.

Beliau bagaimanapun pada masa yang sama mengakui kerajaan telah banyak bertolak ansur dalam isu pemilikan ekuiti sebelum ini.

“Saya rasa memang banyak langkah telah diambil seperti dalam bidang perkilangan, 100 peratus ekuiti untuk semua pihak untuk memastikan pertumbuhan dalam sektor perkilangan,” katanya.

Monday, October 27, 2008

Calon Ketua Pemuda UMNO Tidak Perlu Debat.

Dr Novandri Hasan Basri

Apakah calon-calon ketua Pemuda UMNO perlu berdebat di antara satu sama lain?

Itulah persoalannya apabila Khairy Jamaluddin mencadangkan konsep debat tersebut.

Calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan debat terbuka yang dicadangkannya bagi calon-calon yang bertanding merebut jawatan ketua pergerakan itu bukan bermaksud untuk bercakaran tetapi bagi menjelaskan prinsip perjuangan masing-masing.

Katanya, debat tersebut akan dijalankan dengan tanggungjawab dan tertib - Utusan Malaysia.

Dr Khir Toyo pula telah bersetuju dengan cadangan Khairy Jamaluddin tersebut.

Dato' Mukhriz pula tidak bersetuju.

Mukhriz berkata, soal pemilihan parti itu merupakan hal ehwal keluarga UMNO dan tidak wajar dilakukan secara terbuka.

‘‘Hal dalaman UMNO mempunyai banyak perkara tersirat dan debat sebegini mampu melemahkan parti terutama ketika parti menghadapi banyak cabaran.

‘‘Lagipun tak payah debat-debat kerana para perwakilan sudah kenal rapat dengan calon dan mereka cukup matang memilih yang paling layak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini....

‘‘Setiap calon Ketua Pemuda harus dinilai melalui track record, sifat amanah dan siapa yang dilihat sanggup berkorban untuk rakyat.

‘‘Yang paling penting, secara umumnya, calon yang mengamalkan politik wang harus ditolak kerana ia akan membinasakan parti,” tegasnya - Utusan Malaysia.

Bagi penulis, perkataan 'debat' itu sendiri telah menerangkan konsep dan suasana yang bakal terjadi jika debat itu masih diteruskan.

Debat ialah konsep di mana pihak-pihak yang terlibat akan saling cuba menegakkan kebenaran masing-masing dan di dalam masa yang sama, akan cuba mencari fakta-fakta untuk menangkis hujah yang diutarakan oleh pihak lawan.

Seperkara lagi, debat terbuka tidak mungkin digalakkan sesama mereka yang berada di dalam satu parti yang sama. Ianya janggal dan tidak mungkin dapat dijalankan.

Dan jika konsep debat hanya sekadar menjelaskan prinsip perjuangan masing-masing seperti yang dikatakan oleh Khairy Jamaluddin, makanya, ceramah secara kelompok adalah lebih afdhal.

Cara terbaik ialah setiap calon ketua Pemuda UMNO diberikan masa untuk menerangkan visi dan perjuangan mereka di pentas yang sama. Dan terpulanglah kepada ahli-ahli Pemuda yang hadir untuk menilai corak dan karakter pemimpin-pemimpin mereka. Ianya juga dijalankan secara tertutup.

Dan berceramah di pentas yang sama pada masa yang sama merupakan satu konsep yang menunjukkan bahawa pertandingan yang sedang dijalankan ini sihat dan di dalam semangat persaudaraan.

Apakah calon-calon ketua Pemuda UMNO tidak mahu mengambil inisiatif bersama seperti konsep yang penulis terangkan ini?

Dan 5 bulan merupakan satu tempoh yang cukup untuk calon-calon bersama-sama berjumpa dengan setiap Pemuda bahagian dan ahli-ahlinya untuk menerangkan sendiri visi mereka serta menonjolkan kepimpinan mereka.

Apakah cadangan penulis ini boleh digunapakai?

Terpulanglah kepada calon-calon tersebut. Jika mereka mahu menyaksikan pertandingan yang sihat, anti-politik wang dan pentingkan keutuhan Pemuda UMNO, mereka pasti setuju.

Coret-coret Bukit Gelugor & UMNO Permatang Pauh

Dr Novandri Hasan Basri

Baru-baru ini, UMNO Bukit Gelugor telah mengambil inisiatif untuk membantu mangsa banjir di kawasan Air Itam Pulau Pinang.

Seramai 85 keluarga telah diberikan bantuan untuk memudahkan mereka menguruskan kembali umah merekayang telah dimasuki banjir.

Senator Dato' Omar Hj Faudzar, Ketua UMNO Bukit Gelugor telah menyerahkan sumbangan bahagian kepada mangsa banjir. Turut serta ialah ketua Pemuda Bukit Gelugor, saudara Hisham Sabri dan jawatankuasa bahagian dan Pemuda bahagian.

UMNO bahagian termasuk Pemuda Bukit Gelugor juga telah mengadakan gotong royong untuk membersihkan masjid jalan Zoo, Air Itam yang turut dimasuki banjir minggu lepas.

Yang menimbulkan isu ialah kerajaan negeri di bawah DAP tidak mengambil peduli rintihan penduduk yang dimasuki banjir minggu lepas. Penulis sungguh hairan dengan tindakan membisu oleh kerjaan negeri yang kononnya mewakili kepentingan rakyat.

Jika beginilah tindakan mereka, PRU 13 pasti tidak berpihak kepada mereka lagi.



UMNO Bukit Gelugor juga terlibat di dalam proses pemilihan kepimpinan UMNO di bahagian Permatang Pauh. Hampir 300 perwakilan daripada seluruh cawangan Permatang Pauh telah hadir di mesyuarat tersebut.

Kita pun sudah tahu pemenangnya iaitu Dato' Jalil manakala calon Presiden ialah DS Najib Tun Razak dan Naib Presiden ialah DS Ali Rustam. Pemilihan diadakan secara angkat tangan.

Secara peribadi, kemenangan besar Ali Rustam merupakan satu kemenangan yang tidak dijangkakan.

Akan tetapi, kemenangan beberapa pemimpin tertinggi di bahagian dan MT UMNO turut mengundang pelbagai desas-desus (termasuk di dalam bilik air) yang tidak menyenangkan hati penulis dan para pemerhati yang hadir di sana.

Penulis ingin ungkapkannya di dalam bentuk soalan :-

Apakah isu yang menjatuhkan maruah UMNO sudah mula menular di peringkat bahagian UMNO pula ?

Kita akan membincangkan isu ini di lain artikel.



Sunday, October 26, 2008

Saingan Untuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia Semakin Sengit

Dr Novandri Hasan Basri

Nampaknya, saingan semakin sengit dengan kehadiran DS Dr Mohd Khir Toyo yang telah berjaya mendapat angka 39 di dalam pencalonan diperingkat Pemuda UMNO bahagian.

Dengan ini, 3 calon akan bertanding pada bulan Mac 2009 ini. Penulis pasti kita akan menanti-nanti corak pengisian dan taktik politik yang akan digunapakai oleh ketiga-tiga calon ini.

Pastinya, ketiga-tiga mereka akan melihat tempoh 5 bulan ini merupakan satu ujian yang sangat getir untuk 'memujuk' setiap Ketua Pemuda Bahagian, Naib Ketua Pemuda Bahagian dan G2 agar memilih mereka.

Dan seperti setiap pemilihan kepimpinan yang sebelum ini, jumlah undi yang diterima daripada setiap Pemuda Bahagian tidak melambangkan calon-calon yang akan menang.

On paper, Dato' Mukhriz sepatutnya akan menang selesa dengan jumlah pencalonan yang sangat besar jika dibandingkan dengan Khairy Jamaluddin dan Dr Khir Toyo tetapi jika pengisian serta 'personal touch' dipergiatkan oleh kedua-dua calon tersebut, undi mungkin berubah di dalam dewan PWTC nanti.

Penulis melihat kebangkitan Dr Khir Toyo untuk layak bertanding itu perlu dilihat sebagai seorang 'underdog' yang mungkin dapat mengegarkan PWTC kelak. Begitu juga dengan Khairy Jamaluddin.

Walaubagaimana pun, ketelusan serta sikap persisten Mukhriz yang berani berkata benar dan melawan arus politik kepimpinan tertinggi UMNO merupakan plus point yang sangat berharga untuk beliau.

Karakter tersebut sangat perlu untuk menyuntik semangat baru dan menyediakan satu kuasa 'pendesak' di kalangan Pemuda UMNO.

Kuasa 'pendesak' itu bukannya mahu menunjukkan Pemuda UMNO keras kepala atau 'lawan taukey' tetapi sekadar melicin serta memperbaiki jentera UMNO, BN dan kerajaan BN.

Tidak salah jika UMNO mempunyai 'check and balance' nya sendiri untuk kebaikan dan menaikkan imej UMNO dan BN di mata rakyat jelata.

Pemuda UMNO perlu menjadikan pembangkang sebagai satu pakatan yang sudah hilang taringnya serta tidak dapat berfungsi lagi sebagai mereka yang kerjanya hanya membangkang sahaja.

Ikutilah :-

Khir Toyo makes the cut

KUALA LUMPUR, Oct 26 - Former Selangor menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo qualified to contest the Umno Youth top post when he received his 39th nomination from Balik Pulau Umno Youth today.

There are 191 divisions in the movement and, according to the party’s constitution, aspirants must be nominated by at least 39 divisions in order to be eligible to contest the post.

The Umno polls are scheduled to be held in March next year.
The divisions that had earlier nominated Dr Mohd Khir are Kapar, Tumpat, Cheras, Taiping, Mersing, Masjid Tanah, Shah Alam, Sungai Siput, Nibong Tebal, Kinabatangan, Kuala Langat, Hulu Langat, Kemaman, Selayang, Petaling Jaya Selatan, Wangsa Maju, Segambut, Kuala Krau, Tapah, Grik, Bukit Gantang, Labis and Dungun.

The others are Kelana Jaya, Batu, Gopeng, Beluran, Hulu Selangor, Serdang, Marang, Seputeh, Maran, Lumut, Parit, Kluang, Sipitang, Sandakan and Petaling Jaya Utara.
The contest for the post is now a three-horse race.

Jerlun MP Datuk Mukhriz Tun Mahathir is in the lead with 66 nominations so far while Umno Youth deputy chief and Rembau MP Khairy Jamaluddin has obtained 44 nominations.

A total of 147 divisions have held their meetings so far, the rest must do so by Nov 9.
As for the contest for the Youth Number Two post, the frontrunners are Muar MP Razali Ibrahim who has obtained 78 nominations while Umno Youth executive member Datuk Reezal Merican Naina Merican has received 65. The cut is 20 nominations. - Bernama


p/s : Dato' Jalil menang Ketua Bahagian Permatang Pauh mengalahkan Dato' Firdaus dan Dato' Arif. Penulis terlibat di dalam proses pemilihan tersebut.

BN Tak Habis-habis Canang Perkara Remeh Daripada Selesaikan Isu Penting.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Pemerhati politik berpendapat parti pemerintah Barisan Nasional (BN) tak habis-habis mencanangkan isu remeh daripada perkara lebih penting seperti menangani politik wang, memilih pemimpin yang betul dan bekerja keras untuk meraih semula sokongan yang hilang terhadap gabungan itu dalam pilihan raya umum 8 Mac.

Para penganalisis beranggapan adalah tidak penting, pada ketika ini, cadangan untuk menjadikan gabungan itu sebagai satu parti pelbagai kaum atau malahan menjalani penstrukturan semula.

Prof Dr Ahmad Atory Hussein dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata penstrukturan semula jawatan tertinggi dalam Dewan Tertinggi BN tidak akan membawa sebarang kesan signifikan dalam gabungan itu atau kepada rakyat amnya.

"Bagi saya ini semua perkara remeh. Saya faham mereka mahu mendapatkan kembali sokongan daripada kaum mereka sendiri tetapi saya tidak fikir ini akan memberi faedah kepada rakyat secara amnya.

"Lagipun, semua jawatan tinggi dalam BN hanya pada nama sahaja kerana semua keputusan dibuat berdasarkan persetujuan bersama tanpa mengira jawatan mereka dalam Dewan Tertinggi," kata pensyarah di Fakulti Pentadbiran Awam dan Undang-undang universiti itu.

Beliau berkata BN ditubuhkan berdasarkan persefahaman tanpa terikat dengan perlembagaan secara sah.

"Tidak penting siapa yang duduk di situ kerana kedudukan mereka dalam Dewan Tertinggi sebenarnya sama sahaja. Umno diberikan jawatan pengerusi dan timbalannya atas dasar persefahaman bahawa ia parti terbesar dan keadaan itu kekal sehingga hari ini," katanya.

Dr Ahmad Atory berkata pemimpin BN sepatutnya menumpukan pada isu lebih penting iaitu memenangi semula keyakinan rakyat.

"Mereka sebenarnya perlu melihat kepada keadaan sebelum ini dan mengkaji situasi itu secara menyeluruh dan mencari punca kepada masalah itu, kemudian merumuskan idea yang bernas yang benar-benar membantu gabungan menarik semua pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Anda boleh mendapatkan semula sokongan anggota parti anda sendiri, tetapi yang pentingnya ialah rakyat,"
katanya.

Kenyataan Dr Ahmad Atory itu merujuk kepada kegagalan BN untuk menawan semula Kelantan dan kekalahan di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor kepada pembangkang dalam pilihan raya umum 8 Mac.

Prof Madya Dr Ahmad Nizamuddin Sulaiman dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merujuk kepada permintaan MCA agar diwujudkan jawatan kedua bagi timbalan pengerusi BN untuk dipegang oleh parti itu, dan berkata melayani permintaan itu akan membuka pintu kepada parti komponen lain untuk membuat tuntutan yang sama.

"Di samping itu, saya berpendapat ada perkara lain yang lebih mendesak yang perlu ditangani oleh pemimpin BN, pembaharuan yang lebih penting seperti menangani politik wang, misalnya," katanya.

Beliau juga berkata pemimpin BN telah menyimpang daripada masalah sebenar.

"Setiap parti komponen, sama ada Umno, MCA, MIC atau malahan Gerakan, mempunyai masalah kepimpinan. Saya fikir mereka mesti selesaikan ini dulu sebelum bercakap mengenai membaharui struktur gabungan," kata pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan itu.

Pendapat Dr Ahmad Nizamuddin turut dikongsi Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid dari Universiti Tun Abdul Razak yang berkata apa yang patut diutamakan oleh parti komponen BN ialah memilih "pemimpin yang betul".

"Saya berpendapat apa yang paling penting sekarang ialah untuk semua parti komponen memilih pemimpin yang betul. Kemudiannya, selepas itu mereka boleh membincangkan idea bagi pembaharuan," kata bekas Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan universiti itu.

Katanya adalah amat kritikal untuk memilih pemimpin yang mempunyai pengetahuan luas dalam pelbagai bidang serta mempunyai rangkaian yang luas sama ada di dalam dan luar negara.

"Kita mempunyai banyak pemimpin cemerlang seperti dalam dunia korporat, dalam sektor perkhidmatan awam dan pendidikan. Oleh itu, pada pandangan saya, pemimpin politik juga perlu terdiri daripada kalangan yang terbaik," katanya.

Berdasarkan keadaan semasa, daripada segi politik atau ekonomi, Dr Ibrahim mempunyai sebab kenapa amat penting untuk memilih pemimpin yang betul kerana pemimpin berkenaan perlu mencari jalan bukan sahaja untuk memperkukuhkan parti mereka tetapi juga BN serta mengemudi negara dalam menghadapi krisis ekonomi global sekarang.

Pada masa yang sama, mereka perlu memulihkan semula keyakinan pengundi jika BN mahu kekal berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

Oleh itu, Dr Ibrahim berkata adalah amat penting bagi pemimpin BN untuk mengenal pasti punca masalah itu yang telah menyebabkan gabungan itu berada dalam "kepanasan" sebelum ini.

Katanya setiap cadangan bagi perubahan perlu dikaji dengan mendalam berdasarkan prinsip setiap parti komponen dan yang paling penting ialah mereka perlu menumpukan kepada kepentingan rakyat dan dalam masa yang sama memastikan negara kekal stabil.

"Pembaharuan mesti berdasarkan beberapa faktor, luaran dan dalaman. Ada yang sukakan perubahan secara radikal tetapi bagi saya usaha ini perlu dilakukan secara berterusan," katanya.

-- BERNAMA

(Dr Novandri : Tahu tak apa...)

Saturday, October 25, 2008

Pembangkang Kehilangan Modal?

Hasri

ASKUM DR,
SAYA INGIN BERKONGSI SEDIKIT MAKLUMAT YG SAYA DPT DR MALAYSIAKINI :

Peralihan kuasa Umno 'ganggu' rancangan Pakatan

Jimadie Shah Othman Oct 24, 08 2:48pm


Usaha menukar kerajaan yang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim "sedikit-sebanyak" terganggu disebabkan oleh peralihan kuasa yang akan berlaku dalam Umno.

"Peralihan kuasa dalam Umno sedikit sebanyak mengganggu langkah kita (membentuk kerajaan baru)," katanya sumber-sumber yang rapat dengan PAS kepada Malaysiakini.

Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Badawi dijadual menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak Mac depan.

Menurut sumber-sumber itu lagi, Najib dijangka melakukan rombakan kabinet apabila mengambil alih kuasa yang mungkin memberi lebih banyak kedudukan penting kepada wakil rakyat BN dari Sabah dan Sarawak.

Malaysiakini difahamkan gabungan pembangkang kini risau ahli-ahli parlimen BN Sabah dan Sarawak yang didakwa telah bersetuju menyertai Pakatan Rakyat, membatalkan hasrat mereka ekoran rombakan kabinet tersebut.

"Jumlah (ahli parlimen BN yang akan melompat parti) sekarang ini ngam-ngam (cukup-cukup) saja," jelas sumber-sumber tersebut.

Mesyuarat kepimpinan Pakatan

Mengulas portfolio yang dikehendaki PAS dalam kerajaan baru nanti, sumber-sumber berkata perkara itu telah dibentangkan dalam mesyuarat bersama ketiga-tiga parti gabungan PKR, DAP dan PAS.

Menurutnya, sehingga ini sudah dua mesyuarat parti pimpinan Pakatan telah diadakan.

Bagaimanapun, kata sumber-sumber itu, keputusan berhubung permintaan portfolio PAS masih masih belum dibuat.

Sumber juga mendakwa, perbincangan tentang jawatan timbalan perdana menteri juga masih belum selesai.

Sebelum ini, PAS telah melantikan jawatankuasa lebih orang anggota untuk mewakili parti itu berunding dengan rakan-rakan Pakatan berhubung penubuhan kerajaan baru.

Jawatankuasa itu dianggotai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalannya, Nasharuddin Mat Isa; naib-naib presiden, Mohammad Sabu dan Datuk Husam Musa; serta setiausaha agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Komen saya:-

APA KENA MENGENA DGN UMNO?

UMNO TAK BERSALAH PUN DI DALAM HAL NI. KALAU BETUL PAKATAN RAKYAT KUAT KENAPA TAK LAKSANAKAN SAJA UNTUK MENGULINGKAN KERAJAAN YG ADA.

PELBAGAI ALASAN YANG DIBERIKAN JIKA PELAN PERLAKSANAAN PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK MENJADI. YANG PASTINYA ALASAN YANG DIGUNAKAN AKAN BERSANGKUT –PAUT DENGAN UMNO.

APA YG DINYATAKAN OLEH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT HANYA DUSTA SEMATA-MATA.

TAK USAHALAH MENIPU RAKYAT MALAYSIA YG KINI SEMAKIN HARI SEMAKIN PANDAI BERFIKIR.

AMAT JELAS SEKALI APABILA KITA MENYAKSIKAN PERBAHASAN DI DALAM DEWAN RAKYAT BARU-BARU INI, BAHAWA PAKATAN TIDAK BOLEH DUDUK SEMEJA. AHLI PARLIMEN PKR TIDAK BERSETUJU DGN AHLI PARLIMEN DAP.

MASING-MASING ADA EGONYA TERSENDIRI.

NI BARU PERBAHASAN SAJA, BELUM PENGAGIHAN JAWATAN KABINET & SEBAGAINYA.

RAKYAT SUDAH MULA BENCI DENGAN JANJI-JANJI & DAKYAH KOSONG PIHAK PEMBANGKANG.

TIDAK DINAFIKAN KEKALAHAN TERUK BARISAN NASIONALPADA PRU B ARU-BARU INI, DIJADIKAN MODAL OLEH PAKATAN PEMBANGKANG YANG MANA RAKYAT MULA MENOLAK BARISAN NASIONAL.

WALHAL KEKALAHAN TERUK BARISAN NASIONAL PADA KALI INI, MERUPAKAN ANGKARA PEMIMPIN ATASAN YANG TIDAK MAHU MENDENGAR LUAHAN AKAR UMBI. INI MERUPAKAN PROTES YANG DITUNJUKKAN OLEH RAKYAT BAGI MENARIK PERHATIAN PEMIMPIN ATASAN YANG LEKA DILAMUN MIMPI INDAH.

AKAN TETAPI JIKA DIIZINKAN OLEH ALLAH SWT DENGAN ADANYA PERALIHAN KUASA, BARISAN NASIONAL MAMPU KEMBALI GEMILANG.

SAYA PERCAYA PAKATAN KERJSAMA YANG DILAKUKAN DI DALAM BARISAN NASIONAL MERUPAKAN PAKATAN YANG TERBAIK BUAT DULU, KINI & SELAMANYA KERANA TERDAPAT PERSEFAHAMAN YANG TERJALIN BUAT SEKIAN LAMA.

BARISAN NASIONAL SAJALAH YANG MAMPU MENGUMPUL PELBAGAI KAUM UTK DUDUK SEMEJA BERBINCANG PELBAGAI MASALAH DI DALAM MAHUPUN LUAR NEGARA.

JIKA TIDAK MASAKAN MALAYSIA DIJADIKAN CONTOH OLEH NEGARA-NEGARA LAIN DIMANA KEPELBAGAI KAUM DI MALAYSIA BOLEH BEKERJASAMA DI DALAM SEGALA BIDANG.

INI JELAS SEKALI TERBUKTI APABILA KITA MENCAPAI KEMERDEKAAN YANG KE-51 BARU-BARU INI.

TIADA PARTI DI DALAM MAHUPUN LUAR NEGARA YANG SEHEBAT BARISAN NASIONAL.

FIKIR-FIKIRKAN & RENUNG-RENUNGKAN

HASRI

Bisu Tanda Setuju Politik Wang ?

Dr Novandri Hasan Basri

Satu soalan mudah, berapa ramaikah di antara calon-calon kepimpinan tertinggi UMNO termasuk sayap-sayapnya yang berani melaung-laungkan keburukan politik wang dan menganggapnya sebagai perosak parti ?

Apakah 'no comment' atau sikap bisu sesetengah pemimpin yang bertanding itu memberi isyarat bahawa mereka sebenarnya terlibat di dalam politik wang dan sedang menggunakan taktik kotor ini untuk meraih undi?

Kita semua tahu bahawa hanya beberapa kerat pemimpin UMNO sahaja yang menentang keras kewujudan politik wang serta mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai prinsip mereka yang anti-politik wang.

Hairan tetapi inilah kenyataannya. Semoga wakil-wakil UMNO yang berada di dalam PWTC pada bulan Mac 2009 nanti akan memilih dengan bijak dan betul.

Ikutilah :-

Politik wang perlu dibanteras secara telus

Berita Harian

KAMPUNG GAJAH: Politik wang perlu dibanteras secara telus kerana gejala itu akan membawa kehancuran kepada parti, kata calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir.
Beliau berkata politik wang juga akan mengakibatkan pemimpin yang amanah dan wibawa tidak dipercayai oleh rakyat.

“Rakyat sukar untuk menerima pemimpin yang terpilih secara amalan terkeji tersebut kerana rakyat mahu pemimpin yang bersikap terbuka, telus dan bersih daripada gejala yang tidak sihat,” katanya kepada pemberita di majlis ceramah di Kampung Teluk di sini, malam tadi.

Beliau bimbang sekiranya politik wang tidak dibendung dari sekarang, ia akan menyebabkan rakyat menolak pemimpin sedia ada dalam pilihan raya umum akan datang.

Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno menyifatkan pemilihan parti pada Mac depan dijangka sengit kerana anggota akar umbi mempunyai kuasa dan hak untuk menentukan corak kepemimpinan parti masa depan.

“Dalam tempoh tiga minggu pertama pencalonan di peringkat bahagian berlangsung, anggota akar umbi telah membuat keputusan melalui pencalonan pemimpin yang menjadi pilihan mereka,” katanya. - Bernama

Friday, October 24, 2008

Prime Minister Wannabe - The Sore Loser

Dr Novandri Hasan Basri

There was once a self-proclaimed "Prime minister" wannabe who shook the world with a magic number 16.

Number 16 sold like hot cake and made him the MP in his own 'territory'. No big fuss about it because he won out of other party's internal issues and people's protest due to certain issues which was not tackled properly by the government.

He took donations from his supporters to run the election's machine but the atmosfere during the election week was so huge and expensive with lots of posters, banners, flags, t-shirts etc.

Where was the money came from ?

But what a pity. His speech in the parliament was dull and self-bragging. He thought he still has the edge but he was very wrong.

But then, he will try again and again. After all, he is a politician. But the sad thing is he is not a performing politician.

Yes, he can talk but that is all. Too bad.

Now he claimed that "No hurry To Oust Government". What a liar and a sore loser.

Article : Malaysian Malaysia

Mac 2009 Terlalu Lama?

Dr Novandri Hasan Basri

Apakah benar tempoh sehingga bulan Mac 2009 merupakan satu tempoh yang terlalu lama dan menggalakkan politik wang?

Persoalan ini timbul apabila beberapa pemimpin tertinggi UMNO telah bersuara dan menyatakan kebimbangan mereka.

Persoalan lain, apakah jika Mesyuarat Agung UMNO kembali ke bulan Disember akan mengurangkan isu politik wang?

Penulis tidak nampak perbezaannya jika berlaku perubahan di dalam tempoh Mesyuarat Agung UMNO.

Secara relatifnya, hanya masa yang menentukan atau pun jawatan kuasa UMNO dan sayap-sayapnya dapat melakukan sesuatu pengisian di dalam tempoh 4 bulan ini.

Contohnya, mengadakan perjumpaan secara kelompok bersama calon-calon pemimpin atau pun sessi debat agar ahli-ahli lebih mengenali calon-calon dengan lebih berkesan dan lebih dekat.
Ikutilah :-

Tempoh lama kempen galak politik wang

(MalaysiaKini)

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen berkata, tempoh berkempen yang panjang bagi pemilihan Umno boleh menyebabkan lebih banyak politik wang berlaku.

Pada masa itupun, katanya, politik wang dalam Umno semakin menjadi-jadi, katanya.

Malah, dakwanya, ia lebih teruk daripada yang berlaku dalam dua komponen Barisan Nasional (BN) lain iaitu MCA dan Gerakan.

Katanya, politik wang dalam Umno telah berlaku sejak 20 tahun lalu tetapi semakin teruk sejak kebelakangan ini.

"Saya diberitahu dan juga saya difahamkan politik wang dalam Umno lebih teruk dari MCA dan Gerakan.

"Politik wang kini sudah menjadi budaya dalam Umno dan begitu dalam ke dalam tubuh parti.
"Malah lembaga disiplin Umno telah menerima banyak aduan dan laporan mengenai politik wang dalam mesyuarat bahagian yang sedang berlangsung sekarang.

"Jadi saya merasa malu dengan politik wang ini dan kerana itu saya mahu pemimpin kita menghapuskan politik wang,"
katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini

Thursday, October 23, 2008

Ubah mekanisme pemilihan elak politik wang

Sobri Sudin

(Utusan Malaysia)

SEJARAH negara bangsa memperlihatkan, rasuah, korupsi, nepotisme dan kronisme antara perbuatan jijik yang boleh meruntuhkan tamadun.

Rasuah wang, kuasa, dan politik wangnya dari sudut asal usul, punca berlaku, kesannya telah pun dihuraikan secara jelas oleh Allahyarham cendekiawan prolifik Profesor Dr. Syed Hussein Alatas dalam bukunya The Sociology of Corruption.

Nukilan yang sama berhubung jelik dan jijiknya rasuah sehingga Pakistan sebuah negara Islam hampir tumbang turut dicoret oleh Tibor Mendez.

Ironinya, rasuah, politik wang bercanggah sama ada dari sudut hukum duniawi mahupun ukhrawi.

Sewajarnya jika demokrasi mahu dimajukan, penulis cukup yakin dan percaya seluruh 3.2 juta ahli UMNO harus diberikan peluang dan direct access untuk memilih pemimpin mereka di semua peringkat.

Pengekalan sistem kuota yang masih berlangsung bagi menentukan pencalonan seseorang, mempunyai banyak kelemahan dan ruang bagi terbukanya amalan rasuah yang lebih ketara.

Dari satu sudut pandangan yang lain, untuk calon yang telah memenuhi kuota pencalonan dan menerima pencalonan terbanyak dari seluruh bahagian UMNO belum terjamin kemenangannya untuk sesuatu jawatan.

Ini kerana kuasa mengundi, memilih, memutus sebagai contoh bagi Pergerakan Pemuda akan terletak di tangan 800 orang perwakilan yang bakal berhimpun dan bersidang di Kuala Lumpur dikenali sebagai G-2 selain Ketua pemuda dan naib ketua Pemuda setiap bahagian serta barisan Exco Pemuda Pusat.

Bagi UMNO induk pula, pengesahan jawatan Timbalan Presiden, Naib presiden dan ahli Majlis Tertinggi (MT) akan hanya diputuskan melalui hak eksklusif yang dimiliki perwakilan G-6 (terdiri dari ketua, timbalan ketua, naib ketua, ketua wanita, ketua Pemuda dan Puteri) yang secara automatik mewakili setiap bahagian selain tambahan perwakilan G-7 dari setiap Bahagian yang dipilih melalui pemilihan di peringkat yang sama.

Jumlah besar golongan ini adalah sekitar 3,000 orang yang mewakili 191 UMNO Bahagian seluruh negara.

Maka dalam konteks inilah penulis dan semua pemerhati serta aktivis politik berasa khuatir, apa jaminan golongan perwakilan berkenaan tidak akan disogok, dirasuah, diberi layanan VIP semata-mata untuk membolehkan mereka mengundi calon tertentu.

Di peringkat bahagian pula, pelaburan besar telah dibuat oleh perwakilan G-2, dan G-7ini memandangkan mereka yakin pelaburan itu akan mendapat pulangan semasa di Kuala Lumpur nanti.

Lantaran itulah , penulis beranggapan, kuasa istimewa yang dimiliki oleh kalangan a few dan kuasa undi mereka dalam memutuskan calon yang bakal menang telah melanggar hukum alam, tatasusila moral dan aspek kemanusiaan.

Prinsip ini jelas tidak adil kerana mengutamakan dan memberi keistimewaan kepada golongan minoriti dan dalam masa yang sama meminggirkan peranan golongan majoriti.

Penulis berpandangan, jika benar demokrasi mahu dimaju dan disuburkan dan pendapat suara terbanyak mahu dimartabatkan, kaedah dan mekanisme pemilihan jawatan di dalam UMNO perlu berubah dan diubah.

Mekanisme pemilihan bentuk baru yang dicadangkan adalah seperti berikut:

1. UMNO patut mengadakan satu hari bagi pilihan raya UMNO agar kesemua 3.2 juta ahlinya yang tidak dapat ke Kuala Lumpur mengundi di setiap cawangan masing-masing untuk memilih pemimpin yang bertanding bagi semua jawatan.

Jumlah undi yang terkumpul akan dicampur dengan undi perwakilan yang bersidang di Kuala Lumpur bagi memuktamadkan pemenangnya.

Calon-calon bertanding yang menerima pencalonan dari setiap bahagian bagi apa juga jawatan seharusnya diberi undi bonus, misalnya satu undi setiap pencalonan yang dibuat oleh bahagian untuk juga dicampur dengan undi yang bakal diterima dari perwakilan yang bersidang di Kuala Lumpur.

2. Isytiharkan sahaja pemenang bagi jawatan yang ditandingi berdasarkan jumlah pencalonan yang dibuat oleh bahagian.

Dalam erti kata yang lain, calon yang bertanding akan dipilih sebagai pemenang mengikut jumlah pencalonan paling tinggi di peringkat bahagian UMNO seluruh negara. Katakanlah untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO, setelah selesai semua bahagian UMNO bersidang dan apabila dijumlahkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan paling banyak beliau wajar diistiharkan menang dan dimuktamadkan keputusan itu apabila persidangan di Kuala Lumpur nanti.

Apabila kemenangan diputuskan lebih awal melalui pencalonan bahagian tentulah agenda di Kuala Lumpur akan lebih besar.

Ertinya. calon yang menang dapat mengemukakan hala tuju perjuangan parti, agendanya untuk memajukan parti selain perwakilan pula tidaklah dibebani dengan kesibukan untuk berkempen bagi calon tertentu.

Sebaliknya mereka lebih fokus untuk merangka pelan tindakan dan perancangan bagi penjenamaan dan pemulihan UMNO bagi mendepani cabaran akan datang.

Kunci bagi membasmi, mengurang dan meredakan amalan rasuah politik wang dalam UMNO dapat dirumuskan seperti berikut:

a) Mengecilkan peranan, kuasa mengundi serta hak keistimewaan kalangan a few yang terdiri dari G-2, G6 atau G-7.

b) Meluaskan dan memberi hak mengundi dan memilih pemimpin kepada kesemua 3.2 juta ahli UMNO

c) Mengambil kira pencalonan yang dibuat oleh UMNO bahagian sebagai sebahagian dari jumlah undi untuk menentukan kemenangan calon yang bertanding.

Hanya dengan tiga mekanisme ini, UMNO bakal menjadi parti tersohor dalam mempraktikkan lunas demokrasi secara matang, adil dan lebih menyeluruh.

Melalui kaedah pemilihan sebegini juga UMNO akan lebih diyakini, dihormati dan tidak mustahil bentuk pemilihan yang diamalkan UMNO akan dijadikan model.

Pautan artikel : Perlembagaan Pemuda UMNO

The Truth About Khairy

Dr Novandri Hasan Basri

Di sini penulis sertakan wawancara The Sun dengan Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Oleh kerana beliau belum lagi menjawap soalan-soalan e-temuramah yang telah disediakan di dalam blog ini di atas sebab-sebab tertentu, penulis berharap wawancara ini akan menjawab beberapa soalan yang telah diutarakan oleh anda sekalian.

Sehingga saat ini, hanya Dato' Mukhriz Mahathir sahaja yang telah menghantar jawapan e-temuramah tersebut. (klik di sini...)

Ikutilah:-

The truth about Khairy.

(The SUN)

TheSun: So, how has the race been so far?

Khairy: Well, it’s been quite tough actually, to be honest. But I hope to qualify and make it to the final round.

Before the race started, did you think you would qualify quickly?

Well, I expected a tough fight and obviously circumstances have made it somewhat difficult for me. After the first couple of days, I realised it was going to be a little bit difficult.

What circumstances?

I think circumstances surrounding the overall political scenario in Umno with PM not defending his post and I think because of that there is a perception that I suddenly became the underdog, not the favourite. Of course before that I said I hope this doesn’t change people’s perception and their ability to evaluate each candidate on his merits. But we cannot deny the fact that obviously this has contributed somewhat to the perception at the Youth level.

Could it be the numbers are coming in slower than expected because of the perception that because the PM is leaving, therefore there is no point to support his son-in-law anymore?

In a nutshell, I suppose that’s what I’m trying to say.

But would you say that your rise in the party from a relative unknown to Umno Youth deputy leader has been quite fast in the sense that many people take many years to get to that position. Yes, it was fast but I must admit that I never wanted it.


When Youth leader Datuk Hishammuddin Hussein asked me to contest the post in 2004 I told him I wasn’t keen but I asked him for some time to think about it. Then, one thing led to another and people started nominating me and by that time it was difficult for me to get out of it.

So, of course, as much as I’m a politician, I was happy for the opportunity. But I must also say categorically that I did it for him (Hishammuddin) because he asked me to do it.

Of course, being son-in-law of the prime minister also helped. Hishammuddin may have noticed other qualities in you that could help Pemuda but he must have noticed you first because you are the son-in-law?

I don’t want to speculate what his consideration was but I enjoy a very good relationship with him. I was appointed member of the exco for four years before that. There must have been something that he saw in what I’ve done that wanted him to ask me to be his deputy.

I was very clear when I contested that I’m doing this because I want to serve as his deputy, to help him out in whatever it is he wanted to do for Umno Youth. And that really was what my deputy leadership of Umno Youth was about. It was nothing more or beyond that. Of course people say that I was an ambitious person because I took on this role very early in life. But if truth be told, it was because of that – because he asked and I obliged.

Maybe you were seen as ambitious because at one point you were supposed to have been made head of a GLC when you were only 30. And then you were reported to have said that you could be prime minister by the time you were 40.

I never declared that I wanted to be prime minister, let alone prime minister by 40. I’ve never said that to anybody. Again, this has become some sort of urban legend about me, that "this is what he wants to do" but I never said that.

And I don’t think it ever crossed my mind, until people started saying it. And then it didn’t even cross my mind to think it, in the way I wanted it, but it crossed my mind thinking why would people even want to say this about me. So, people, again, prescribed and prescribed many things to me which is divorced from the truth.

It is good that you are making this clear now.

I’m happy to do it now because if I did it when Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was still prime minister, I mean he is prime minister but he has announced his retirement, people wouldn’t have taken it seriously. But now that he has announced his retirement, I think it is time for me to clear the air on some of these myths and legends that have grown around me, that have become larger than life, the sort of perception that people have created, generated and perpetuated.

Maybe what helped perpetuate the urban legends about you is the Khairy Chronicles carried by Malaysia Today website. I am sure you are aware of it but because you didn’t do anything about it, people thought that there may be some truth in the chronicles. Why didn’t you do anything about it?

The first thing that comes to mind is that it’s very well-written. So, it’s very entertaining. And I’ve read some of it and it makes for a riveting read. Maybe my mistake was that I ignored it. I underestimated the persuasiveness of the fictitious account in the chronicles.

But, when you ignore, there is a void and when that void continues to be filled by the chronicles, then people start saying this must be true. Maybe that was my mistake.

But I feel a little bit vindicated because more and more people feel that what is published on the website borders towards the ridiculous. Now legal action has been taken against webmaster Raja Petra. I didn’t do it because I thought, biarlah.

You know freedom of speech and all that. You can take legal action but if you want to take legal action, you are going to be taking legal action every day because people say things about you every day. Maybe that was my mistake.

But, at the end of the day, all I can say is that my conscience is clear. I believe the Khairy Chronicles were a fictitious account, based on half-truths, slivers of information – and a whole fantasy world was spun around little bits and pieces of information.


But it did help to perpetuate the myth about Khairy Jamaluddin.

Of course. I think it was one of the most important creators of the myth of the fictitious personality that is Khairy Jamaluddin. But now I pay the price, I guess, for not fighting quicker, earlier and harder against that.

But at that point it was difficult also because everybody wanted to believe that, because people wanted to have a bogeyman in the government and obviously if you don’t go for the prime minister, you have to go for a weaker link, and that was me.

Talking about the prime minister, I think you agree that he received a roaring show of support when he came into office, the unprecedented huge mandate they gave him. And then his popularity dipped mainly because he was perceived as having failed to carry out the reforms he promised to do. Do you dispute that perception of Abdullah and his administration?


I think one of the principal reasons for his success initially was the changes that were promised and at the same time, one of the principal reasons why it has not turned out the way supporters wanted it to turn out was because, as you said, many of the reforms were not implemented fully, because of not enough time, not enough perhaps determination to see it through.

But I think we have to admit at the same time, apart from issues of leadership, there is also an issue of resistance to this change. And the resistance comes from so many quarters, from vested interests, from within the party itself, from within the government.

And when roadblocks are erected along the way and you have one man, pretty much, trying to change decades of the way that we do things, it becomes very difficult.

And after a while, when you have a prime minister that is well-intentioned, but then the reforms and changes that he wants to bring are simply not embraced by the people that are with him, then at the end of the day it was going to be very difficult to succeed.

Just before the general election, things got so bad that the government was clearly unpopular and the result was what happened on March 8. But over and above that, the role Umno Youth had played had not helped to endear the people to Umno and the Barisan Nasional.
Yes.

You agree with that?

I think we realised that. I wouldn’t say that what we did was completely misplaced, completely an error but I think some things that we did could have been positioned better, could have been articulated better. These are some of the things that we need to look at in the future, some things that I believe I would like to see some re-examination of what we do, how we think and how we act as Umno Youth.

(klik di sini utk bacaan seterusnya...)

Jadilah Mata dan Telinga Parti UMNO.

Dr Novandri Hasan Basri

Kita sudah acap kali membaca artikel mengenai rasuah politik atau politik wang di dalam UMNO.

Penulis juga pasti ada di antara kita yang mengalami sendiri peristiwa itu dan serba salah untuk menerima sogokan wang tersebut.

Kita akan cuba berasional dengan pelbagai jenis alasan. Contohnya:-

"Orang nak bagi, kita ambillah."

"Orang tu dah kaya kerana politik, kita pun nak merasa juga."


Pokoknya, kita akan mencipta pelbagai bentuk kata-kata supaya wang yang kita terima itu tidak nampak kotor dan boleh digunakan untuk mengisi perut kita ini.

Tetapi penulis tahu bahawa kita semua mempunyai kesedaran yang tinggi untuk melawan politik wang ini. Sebagai generasi muda Melayu yang berpelajaran, kita dituntut untuk memperbaiki segala kelemahan yang kita lihat dan bukan menyokong serta menggalakkan lagi unsur negatif ini di dalam parti.

Di sini penulis sertakan TATAETIKA Pemuda UMNO agar kita lebih sedar dan bertindak sebagai mata dan telinga untuk parti UMNO.

PERKARA 5

5. SALAHLAKU

Ahli parti dilarang daripada melakukan perkara-perkara berikut:-

5.1 Rasuah / Sokongan Politik

5.1.1 Menyalahgunakan apa jua kuasa secara langsung atau tidak langsung dengan sendiri atau melalui manamana orang lain bagi pihaknya dengan tujuan mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi mana-mana orang dalam mana-mana Pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.

CONTOH

(a) Menggunakan Kedudukan atau Kuasanya secara salah dengan Membuat janji-janji memberi Pangkat,anugerah/gelaran,Peluang perniagaan, bagi Mendapat undi.

5.1.2 Memberi, meminjam, meminta Atau bersetuju untuk memberi atau Meminjam atau meminta, atau Berjanji akan mendapatkan atau Akan berusaha untuk mendapatkan Atau akan berusaha untuk Mendapatkan, apa-apa wang atau Balasan bernilai untuk seseorang
Ahli atau untuk seseorang yang lain, Dengan tujuan mendorong seseorang ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pemilihan parti bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain.

CONTOH

(a) Memberi wang atau imbuhan untuk Tidak menyokong atau mengundi Pihak lawan atau pihak lain.
(b) Menggunakan wang untuk mendapatkan undi

5.1.3 Memberi atau menerima atau Membenarkan Ahli keluarganya Atau mana-mana orang untuk Memberi atau menerima bagi Pihaknya, secara langsung atau Secara tidak langsung, kepada Atau daripada mana-mana Ahli UMNO ayang lain apa-apa jua Hadiah benda atau faedah sama ada secara zahir atau sebaliknya bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau pihak lain.

CONTOH

Menerima sebarang bentuk hadiah atau benda Sebagai imbuhan misalnya:-

• Tambang percuma
• kemudahan perjalanan
• perkhidmatan
• kemudahan perjalanan,
• perkhidmatan,
• saham-saham,
• konsesi,
• kontrak,
• hiburan,
• gelaran atau anugerah.

5.2 Mengguna Kekerasan dan Ugutan mengguna atau mengancam untuk mengguna apa-apa jua bentuk kekerasan samada secara fizikal atau bukan fizikal, paksaan, ugutan atau halangan secara langsung atau tidak langsung, dengan sendirinya atau melalui seseorang lain bagi pihaknya, dengan tujuan untuk membawa atau rnengakibatkan kecacatan, kerosakan atau kerugian ke atas mana-mana orang bagi mendorong atau memaksa mana-mana Ahli UMNO atau keluarga agar mengundi atau tidak mengundi mana-mana Ahli UMNO lain dalam mana-rnana Pemilihan parti.

CONTOH

(a) Mengancam dan terlibat dengan pergaduhan, bertumbuk, membaling objek atau seumpamanya;
(b) Mengguna ugutan untuktidakmemberi , peruntukan dan projek kepada suatu pihak;
(c) Mengancam untuk menarikbalik perlantikan ke sesuatu jawatan.


5.3 Penerbitan dan Penggunaan Media Massa, Elektronik atau Internet

menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah, majalah, makallah, buku atau lainlain
karya secara langsung atau tidak langsung, yang mempunyai unsur-unsur menyokong, memfitnah, mencela, mengkeji atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana Ahli parti yang disiarkan melalui media massa, elektronik atau internet dengan tujuan untuk mengelirukan seseorang berkenaan Ahli UMNO yang lain, mempengaruhi atau mendapat undi atau sokongan bagi pihaknya atau orang lain dalam mana-mana Pemilihan parti.

CONTOH

(a) menulis dalam apa juga media cetak atau elektronik terhadap mana-mana calon yang akan bertanding;
(b) membuat sebarang poster atau kad nama yang rnenunjukkan janji-janji dan sebagainya;
(c) mencela atau memfitnah rnana-mana Ahli dengan tujuan untuk memburukkan namanya supaya Ahli tidak mengundi Ahli yang difitnah tersebut;
(d) membuat aduan bertulis, tuduhan, tohmahan, kenyataan atau apajua bentuk penulisan atau lisan dengan pengetahuan bahawa ianya adalah palsu atau tidak berasas.


5.4 Fitnah

Mana-mana Ahli yang rnengeluarkan sesuatu kenyataan tentang seseorang Ahli yang lain
yang boleh merendahkan reputasinya dalam masyarakat atau menyebabkan masyarakat
rnenghindarinya atau rnengelaknya maka telah rnelakukan perbuatan fitnah di bawah Perkara 5.7 tataetika ini yang boleh mengakibatkan Ahli tersebut diambil tindakan disiplin.


5.5 Ejen, Pelobi. Pengurus Kempen atau Perayu Undi

5.5.1 Bagi peringkat Majlis Tertinggi, kecuali untuk majlis penerangan dan / atau kempen yang dianjurkan dibawah seliaan Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Ahli-ahli parti dilarang daripada berkempen bagi pihak dirinya dan /atau menjadikan dirinya sebagai ejen,pelobi, pengurus kempen atau perayu undi bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana Pemilihan parti

5.5.2 Bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak mana-mana calon untuk mana-mana peringkat Pemilihan parti.Bagi peringkat Bahagian, kecuali untuk majlis penerangan dan / atau kempen yang dianjurkan dibawah seliaan Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing, Ahli-ahli parti dilarang daripada berkempen bagi pihak dirinya dan / atau menjadikan dirinya sebagai ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana Pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak mana-mana calon untuk mana-mana peringkat Pemilihan parti.

CONTOH

(a) Mengguna ejen, pelobi, syarikat pengurus kempen, untuk berkempen bagi mana-mana calon; walaupun begitu, calon-calon dibenar kempen diperhimpunan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Negeri bagi tujuan berkempen.

5.6 Majlis dan Pertemuan

5.6.1 Kecuali untuk perhimpunan, pertemuan atau majlis yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan I atau Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan Negeri di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO Negeri, Ahli-ahli parti dilarang di dalam Tempoh Pemilihan menganjurkan, samada secara langsung atau tidak langsung, sebarang perhimpunan, pertemuan jamuan atau apa-apa majlis yang membabitkan Ahli-ahli bagi pihak dirinya atau bagi pihak mana-mana calon bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana Pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain bagi mana-mana Pemilihan parti.

CONTOH

(a) Calon menghadiri atau menganjurkan kenduri majlis kahwin, majlis tahlil atau
majlis kesyukuran yang dianjurkan oleh atau dihadiri Ahli-ahli UMNO dan berucap bagi tujuan meraih undi dan berkempen bagi pihaknya sendiri

(b) Ahli UMNO menghadiri atau menganjurkan kenduri majlis kahwin, majlis tahlil atau majlis kesyukuran yang dianjurkan oleh atau dihadiri Ahli-ahli UMNO dan berucap bagi tujuan meraih undi dan berkempen bagi pihak lain bagi mana-mana peringkat pemilihan parti.

5.7 Majlis Tertinggi berkuasa menetapkan dari masa ke semasa bentuk dan jenis penyalahgunaan kuasa, wang, sogokan dan sebagainya yang dimaksudkan di dalam sub-perkara 5.1 hingga 5.6 di atas.

PERKARA 6

6. DERMA / BANTUAN KEPADA PARTI

6.1 Ahli-ahli parti adalah dilarang, samada secara langsung atau tidak langsung, memberi sebarang bentuk derma, bantuan atau peruntukan atas kapasiti persendirian atau melalui orang lain dengan tujuan untuk mendapat undi atau sokongan atau mempengaruhi Ahli di dalam mana-mana pemilihan parti bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain.

6.2 Mana-mana Ahli yang ingin memberi derma atau sebarang bentuk pemberian lain hendaklah disalurkan menerusi Majlis Tertinggi atau Badan Perhubungan Negeri yang berkenaan.

6.3 Mana-mana pemberian yang tidak melalui saluran yang tersebut dalam Perkara 6.2 adalah dianggap sebagai melanggar Perkara 6.1

CONTOH

(a) Mana-mana Ahli menerima wang yang dikatakan duit minyak atau sedekah setelah menghadiri suatu majlis kempen anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri tanpa menyebutkan penderma berkenaan dan Ahli itu akan mengambil bahagian dalam Perwakilan, Ahli itu dianggap telah rnelanggar Perkara 6.1

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.