Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Sunday, November 30, 2008

Ketuanan Melayu - Bangsa Lain Bukan Hamba.

Dr Novandri Hasan Basri

Satu perkara yang semua rakyat Malaysia mesti tahu ialah ketuanan Melayu bukannya bermakna bangsa lain di Malaysia ini adalah hamba abdi atau kuli tanpa gaji.

Perkara inilah yang mesti di tanam di setiap sanubari warganegara Malaysia dan yang salah seorang yang bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej ini ialah pemimpin-pemimpin bangsa itu.

Malangnya, agak sudah menjadi satu kemestian bagi sesetengah pemimpin bukan Melayu, sama ada BN atau PR, untuk mencabar kesabaran kaum Melayu untuk menunjukkan bahawa mereka adalah pemimpin sebenar bagi kaum tersebut.

Yang lebih memelikkan ialah pemimpin-pemimpin BN tersebut merupakan pemimpin-pemimpin yang sering berada di meja mesyuarat BN, mengikuti perkembangan politik dan ekonomi negara dengan teliti.

Mereka mempunyai hak dan di beri secukup masa untuk berunding, berbincang dan mengkritik sebarang isu negara secara tertutup. Pokoknya, hasil akhir setiap mesyuarat patut mencapai satu persetujuan dan pemahaman mengenai sebarang isu yang berbangkit.

Mereka mendapat segala maklumat dan statistik ekonomi bangsa-bangsa di negara ini. Maka bodohlah jika mereka masih mengganggap ketuanan Melayu telah mengganggu gugat hak bangsa bukan Melayu di negara ini.

Ketelanjuran sesetengah pemimpin parti komponen BN yang mempersoalkan isu ketuanan Melayu amat sukar untuk dimaafkan. Mungkin skandal seks Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek boleh dimaafkan kerana ianya suatu yang boleh diterima oleh ahli-ahli MCA.

Tetapi ianya tidak bermakna Soi Lek perlu menghentam hak kaum Melayu kerana keseronokan beliau bersama wanita beliau telah diketahui ramai. Bukan begini caranya untuk menutup malu angkara 'bermain-main' dengan wanita lain.

Secara peribadi, penulis lihat parti-parti komponen BN telah hilang arah dan sudah tidak mahu berfikiran panjang.

Mereka sebenarnya terperangkap dengan modus operandi yang dicanang-canangkan oleh parti pembangkang terutamanya parti DAP sehinggakan mereka turut percaya bahawa hanya dengan menguris hati dan hak kaum Melayu sahajalah merupakan satu-satu caranya untuk mereka mendapat kembali populariti dan sokongan bangsa mereka.

Pemimpin-pemimpin komponen BN mesti tahu bahawa apabila mereka memijak garis hak kaum Melayu, maka ianya secara tidak langsung turut memperkecil-kecilkan kesultanan dan raja mereka sendiri. Realitinya, sultan dan raja yang bertakhta sekarang merupakan ketua negara untuk semua kaum dan bukannya untuk kaum Melayu sahaja.

Kita tentu telah membaca perutusan raja-raja yang dikeluarkan tidak lama dulu. (Klik di sini untuk bacaan seterusnya....)

Penulis percaya majoriti rakyat bukan Melayu di negara ini berasa selesa dan sudah serasi dengan evolusi negara ini. Kita dapat hidup dengan aman damai dan kaum Melayu tidak banyak merunguk biar pun bangsa lain terus menerajui ekonomi dan pendidikan negara ini.

Pemimpin-pemimpin bukan Melayu di dalam BN mesti sedar bahawa modus operandi mempersoalkan hak-hak kaum Melayu hanyalah sekadar echo atau pun reflection daripada suara parti DAP dan pembangkang.

Mereka mesti bergerak jauh daripada menjadi bahan second hand bagi bangsa mereka. Dan banyak lagi perkara yang mereka boleh perjuangkan dan ianya masih belum selesai.

Jika mereka berasa bahawa pendidikan, kemakmuran dan ekonomi bangsa mereka tergugat, mereka mesti berasional dan melihat kepada faktor-faktor yang menyebabkan masaalah tersebut.

Dan berdasarkan kepada rekod pencapaian bangsa-bangsa lain di negara ini, penulis amat pasti bahawa ketuanan Melayu bukanlah faktor paling besar yang mesti diberikan penekanan atau pun dipesong seperti hari ini.

Saturday, November 29, 2008

Pakatan Rakyat Sudah Hilang Fokus.

Dr Novandri Hasan Basri

Memang seperti yang kita ramalkan, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bukannya sehebat manapun. Ianya hanya sekadar pemesongan persepsi politik.

Pengalaman mereka hampir tiada tetapi mereka terpaksa menjadi bidan terjun memerintah beberapa negeri termasuk Pulau Pinang kerana yang tidak menyangkakan PRU-12 banyak berpihak kepada mereka.

Dan pandangan ini bukannya daripada penulis tetapi daripada kepimpinan PR sendiri. Makanya, kenyataan di atas bukan daripada penulis kerana ianya akan dianggap berat sebelah.

Contohnya, kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAP sedang mengalami krisis untuk mentadbir kerajaan dek kekuatan kewangan yang tidak dijanakan selain daripada melalui sumber-sumber pendapatan yang telah digariskan oleh kerajaan negeri sebelum mereka.

Mereka gagal menerokai sumber-sumber pendapatan baru yang signifikan dan ini dilihat sebagai satu kelemahan yang ketara di pihak DAP dan PR.

Tahun 2009 pula diramalkan sebagai satu tahun di mana krisis ekonomi akan bertambah teruk dan negeri Pulau Pinang pasti akan menerima tamparan hebat dek krisis tersebut.

Negeri ini yang mempunyai beratus-ratus kilang berkemungkinan besar akan menyaksikan retreachment ramai pekerja-pekerja kilang terutamanya di peringkat operator yang majoritinya terdiri daripada bangsa Melayu.

Soalannya,

- Apakah langkah-langkah kerajaan negeri di bawah Lim Guan Eng mahu lakukan?

- Apakah dengan memperbesar-besarkan isu-isu remeh seperti tanda nama pelbagai bahasa akan dapat menutup kelemahan DAP dan PR yang semakin hari semakin jelas dan akan memalukan mereka?

- Apakah mereka akan terus menggunakan alasan 'salah kerajaan pusat' sebagai scapegoat supaya rakyat negeri tidak marah kepada mereka?

Memang benar bahawa undi bukan Melayu telah menyokong DAP dan PR pada PRU-12 sehingga mereka berjaya menjadi pemerintah di Pulau Pinang tetapi sampai bila?

- Apakah rakyat Pulau Pinang terutamanya kaum Cina sanggup bersusah payah dan rela mata pencarian dan ekonomi mereka jatuh dek ketidak efesien kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini?

- Apakah yang dimahukan oleh kaum Cina di Pulau Pinang?
Mempertahankan kekuatan ekonomi yang telah dibina sejak beberapa keturunan dahulu atau kesetiaan kepada DAP/PR dan sanggup menanggung rugi ?

Penulis pasti bahawa anda sekalian sudah tahu jawapannya.

Di sini penulis sertakan beberapa keratan berita daripada MalaysiaKini :-


Wakil rakyat PKR, k'jaan Pakatan sasaran kritikan


(MalaysiaKini)

Pentas Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR hari ini menjadi medan melepaskan geram pembahas yang tidak berpuas hati terhadap prestasi wakil rakyat muda mereka dan pentadbiran lima negeri Pakatan Rakyat..

...1. Perwakilan Pahang, Asrizal Tahir memberi "amaran tegas" kepada wakil rakyat muda Pakatan yang dipilih dalam pilihanraya lalu tetapi gagal menunjukkan prestasi seperti diharapkan.

"Sekiranya mereka gagal (menunjukkan prestasi), ayuh bangun tolak," katanya, dengan sokongan hampir 600 perwakilan.

Bercakap kepada media selepas itu, Asrizal berkata, wakil rakyat muda termasuk di Pulau Pinang “jarang menjenguk kawasan kecuali pada hari minggu untuk menghadiri kenduri”.

Katanya, penyokong akar umbi PKR memandang serius kelemahan prestasi wakil-wakil rakyat itu.

"Bukan perlu buat kerja. Turun tunjuk muka sahaja," katanya.

... 2. Perwakilan Sarawak mengkritik AMK nasional yang didakwanya memandang sepi angkatan muda di negeri itu yang memerlukan bantuan daripada pelbagai aspek, termasuk kewangan.

Pembahas dari Johor, Zabidie Abas mengkritik sikap pimimpinan PKR di peringkat bahagian yang didakwanya "tidak seragam dan tidak bersungguh".

Pejabat-pejabat parti di peringkat negeri juga tidak berfungsi dan "sekadar letak papan tanda", tambahnya -
MalaysiaKini

Yang paling 'menarik' mengenai Pentas Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR ialah finale nya :-

....Kongres berakhir hampir jam 8 malam dengan dihadiri kira-kira 50 penyokong sahaja yang masih setia menunggu hingga ke saat-saat akhir - MalaysiaKini

50 orang sahaja?

Sedihnya. Memang tidak gah pun.

Mungkin sekarang Pakatan Rakyat baru sedar betapa susahnya untuk memerintah sesebuah negeri dan negara supaya makmur serta aman damai seperti hari ini.

Apakah Pakatan Rakyat baru tahu bahawa kerja mereka lebih sesuai sebagai pengkritik dan pembangkang sahaja tanpa perlu menguruskan satu negeri pun?

Itu pun kerja namanya.

Friday, November 28, 2008

Apabila Bohong Anwar Ibrahim Dipertahankan.

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis senyum sinis bila melihat adegan menegak benang basah ketua pergerakan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yang masih mempertahankan satu janji yang tidak dikotakan.

"Kalau beliau (Anwar) berjanji tetapi tidak laksanakan, tidak berusaha (ke arah itu), boleh dianggap beliau berbohong," katanya, dengan menambah Anwar dan Pakatan telah mencuba beberapa langkah termasuk mengutus surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mengusulkan untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen. - MalaysiaKini.

Kesimpulan mudah, sekarang sudah ada konsep baru iaitu apabila kita berjanji tetapi tidak tepati. Jika kita 'berusaha' tetapi tidak terlaksana, maka ianya bukan berbohong.

Masaalahnya ialah jika 'usaha' itu sekadar mewujudkan persepsi, gimik, gertak dan lakonan, apakah kita masih boleh mengkategorikan 'usaha' DS Anwar Ibrahim sebagai usaha yang betul-betul tulin?

Penulis pernah menulis :-

..Pertama, 16hb September 2008 merupakan satu mitos yang dicanang-canangkan oleh Anwar Ibrahim sebagai gimik untuk menunjukkan bahawa beliau mempunyai sokongan yang amat padu.

Kedua, taktik mendakwa polis negara dan peguam negara tatkala seorang pemuda biasa yang berumur 23 tahun mendakwa beliau merupakan satu cover up untuk menunjukkan Anwar Ibrahim sedang ber'perang' dengan orang-orang penting di dalam Malaysia, padahal yang mengoncangkan beliau hanyalah seorang pemuda biasa nerumur 23 tahun.

Ini adalah senario sebenar apabila kita meneliti kembali kronologi drama politik Anwar Ibrahim. Memang kita boleh berhujah dan memberikan pandangan yang berbeza-beza mengenainya tapi pokok penting yang perlu kita tahu ialah Anwar Ibrahim sedang tertekan dan berada di tahap karier beliau yang sangat rendah.

Ketiga, jika pada mulanya, PKR yang dibina oleh Anwar Ibrahim adalah berteraskan kepada Melayu, tetapi ianya beransur-ansur lenyap dek kemaruk untuk mendapat undi daripada bukan Melayu. Inilah kenyataannya.
(klik di sini untuk bacaan seterusnya)

Pautan lain : 'Pinocchio' di dalam Anwar Ibrahim

Ahli PAS Batal Usul Kawal Arak

Dr Novandri Hasan Basri

MalaysiaKini telah menyiarkan satu berita yang perlu dikongsi bersama dengan para pembaca sekarang.

Penulis menghormati parti PAS, malahan penulis mempunyai kawan-kawan daripada parti tersebut.

Perbezaan ideologi politik tidak sepatutnya menjadi tembok kebal di antara 2 orang yang beragama Islam yang mahu membicarakan perkara-perkara yang melibatkan bangsa, agama dan negara.

Ideologi boleh diketepikan jika kita berdepan dengan isu-isu yang melibatkan bangsa, agama dan negara. Konsep ini digunapakai oleh bangsa lain di negara ini, kenapa kita tidak boleh?

Isu di bawah perlukan perbincangan dan penulis buka floor ini untuk komentar anda.

Ahli PAS batal usul kawal arak

(MalaysiaKini)

Seorang ahli PAS yang merancang membentang usul mengawal jualan arak di Majlis Perbandaran Klang (MPK) membatalkan hasrat itu di saat-saat akhir semalam kerana tidak mahu ia menjadi isu politik.

Mohd Termizi Ismail, anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, asalnya berhasrat membentangkan cadangan itu dalam mesyuarat bulanan pagi semalam.

Bagaimanapun, sehingga akhir mesyuarat tengah hari semalam, perkara itu tidak menjadi kenyataan.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Termizi berkata, beliau membatalkan hasratnya itu setelah menimbangkan maklum balas rakan-rakannya yang bimbang usul yang bakal dibawanya dibesar-besarkan sehingga boleh mencetuskan kontroversi.

Lagipun, kata aktivis PAS kawasan Kota Raja itu, cadangannya telah dilaporkan media dengan meluas dan semua pihak telah mengetahuinya.

Semalam, akhbar-akhbar berbahasa Cina mendedahkan cadangannya itu untuk membataskan jualan alkohol di beberapa premis terbuka sehingga mencetuskan kebimbangan bahawa Selangor berniat mengharamkan minuman keras... MalaysiaKini

Thursday, November 27, 2008

Berhentikan Tarik Rambut & Yoga.

Dr Novandri Hasan Basri

Inilah masaalahnya jika point of reference orang politik ialah pihak media. Inilah salah satu daripada kesimpulan yang penulis lihat apabila mengikuti pergolakan politik yang berlaku di dalam Wanita UMNO sejak kebelakangan ini.

Pemimpin-pemimpin lebih ringan mulut untuk melontarkan kekecewaan dan jawapan kepada kekecewaan itu kepada pihak media, pada hal mereka boleh berasional dan berhubung sesama sendiri.

Paling minimum pun mereka boleh gunakan khidmat SMS.

Dan kerap kali akan berlaku adegan membuka pekung di dada yang jelas menunjukkan pemimpin-pemimpin yang pada mulanya di rasakan benar, sebenarnya telah gagal menjalankan tugas masing-masing.

Penulis beranggapan begitu kerana mereka berjawatan tinggi dan hadir di bilik mesyuarat. Mereka berhak untuk bersuara, mengkritik dan memberikan pandangan masing-masing. Dan setiap mesyuarat tidak semestinya ditentukan oleh mood ketua sahaja tetapi lebih dicorakkan oleh keseluruhan jawatankuasa yang hadir.

Kita juga dengar mengenai ketidakhadiran sesetengah pemimpin wanita UMNO di dalam bilik mesyuarat hanya kerana tidak setuju dengan konsep peralihan kuasa ketua Wanita UMNO.

Apa pun, perubahan di dalam kematangan berpolitik perlu difikirkan dengan serius dan bukan lagi hanya adegan 'bertarik rambut.'

1. Dakwaan Raja Ropiah tidak berasas

(Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Pengerusi Biro Antarabangsa Wanita UMNO, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah hari ini dibidas kerana mendakwa tidak ada perbincangan dibuat di peringkat Exco pergerakan itu berhubung pelan peralihan kepimpinan di antara Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussein menegaskan perkara itu dibincangkan secara panjang lebar dalam mesyuarat Exco Wanita pada 25 September iaitu akhir Ramadan lalu yang turut dihadiri Shahrizat dan Raja Ropiah....


2. Exco Wanita nafi pelan peralihan tidak dibincang

(Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Anggota Exco Wanita UMNO hari ini tampil menafikan dakwaan Pengerusi Biro Antarabangsa pergerakan itu, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah bahawa tidak ada perbincangan dibuat peringkat Exco berhubung pelan peralihan kepimpinan di antara Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Exco Wanita, Datuk Halimah Mohd. Sadique menegaskan mesyuarat Exco pada 25 September iaitu dalam bulan puasa lalu telah membincangkan secara panjang lebar mengenai pelan tersebut yang turut dihadiri oleh Shahrizat dan Raja Ropiah.

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Penerangan Wanita, Datin Paduka Seripah Noli Syed Husin dan Setiausaha Kerja, Munaliza Hamzah pada sidang akhbar khas menjelaskan perkara itu di ibu pejabat Wanita UMNO di PWTC di sini hari ini. Hadir sama Ketua Wanita Bahagian Ampang, Dr. Rozaidah Talib....

YOGA

Penulis telah menerima e-mel daripada seorang rakan lama yang menghantar artikel yang ditulis oleh blogger kontroversial, Raja Petra.

Kali ini penulis tertarik dengan artikel itu kerana ada kebenarannya. Raja Petra menulis mengenai isu yoga.

Penulis juga hairan kenapakah Fatwa Kebangsaan melihat satu perkara yang kecil?

Kenapakah Fatwa Kebangsaan tidak mengecam sekeras-kerasnya isu rasuah (termasuk rasuah politik/politik wang) yang berlaku di negara ini?

Mengenai Perjumpaan UMNO Dengan Bloggers.

Dr Novandri Hasan Basri

Mesyuarat yang di adakan di Hotel Seri Pacific kelmarin berjalan dengan lancar. Penulis ingin memaklumkan bahawa mesyuarat kelmarin merupakan preliminary round yang dilakukan oleh pihak tertinggi UMNO. Pihak tertinggi UMNO ingin mendapatkan overview mengenai senario siber hari ini.

Isu yang dibincangkan lebih berbentuk universal iaitu berwadahkan Malaysia dan agama Islam. Penekanan juga di berikan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan bangsa Melayu.

Penulis bersetuju bahawa mesyuarat itu tidak melibatkan jumlah bloggers yang ramai. Penulis bersama anda mengenai perkara ini.

Di dalam mesyuarat itu, penulis telah mencadangkan kepada pihak tertinggi UMNO supaya mengadakan mesyuarat mengikut zon seperti utara, selatan dan timur. Tujuannya mudah iaitu supaya UMNO dapat mengadakan perjumpaan dengan lebih ramai lagi bloggers yang aktif mengambil serta di dalam sessi brainstorming.

Penulis kenal ramai rakan bloggers yang kritis dan selalu membincangkan isu-isu dengan positif serta membina dan penulis mahu mereka turut dijemput ke mesyuarat utama yang akan datang. Pastinya, mesyuarat akan menjadi lebih signifikan dengan input-input konstruktif yang lebih banyak.

Beberapa lagi cadangan dan kritikan telah penulis lontarkan kepada pihak UMNO dan penulis pasti kritikan penulis itu dikongsi bersama oleh anda semua.

Bloggers lain juga telah memberikan pandangan mereka. Di antaranya ialah Sang kelembai, UMNO-reform, Depa-kata, Razlan, MyKMU dan cybertroopers. Anda boleh membaca ulasan mereka di blog mereka.

Seperkara lagi, penulis ingin menegaskan di sini bahawa kami bukan 'bloggers yang rela mulut mereka ditampal dan kaki mereka diikat' seperti yang didakwa oleh rakan kita di dalam komentar artikel sebelum ini.

Semua bloggers menyuarakan kritikan yang keras dan pedas mengenai kepimpinan dan gerak kerja kepimpinan UMNO hari ini.

Tetapi cara to send the message across the other side perlu melambangkan kematangan kita , berdiplomasi dan rasional.

Yang paling penting ialah mesej kita dapat diterima, dihadam dan tindakan yang serius dijalankan.

Kami juga menekankan kepada pihak UMNO hak kami sebagai Non-Government Individuals (NGI) yang bebas untuk bersuara termasuk mengkritik kerajaan dan UMNO selagi ianya matang, berasas dan positif.

Kesimpulan yang penulis perhatikan ialah pihak tertinggi UMNO telah mulai sedar tentang kepentingan siber. Mereka juga serius untuk menggunapakai siber sebagai salah satu alat komunikasi utama kepada rakyat.

Penulis berharap segala yang dicadangkan akan dilaksanakan dan follow-up mesti dilakukan. Jika tidak, ianya sekadar hiasan yang tidak bernilai dan retorik politik yang memualkan.

Wednesday, November 26, 2008

Perjumpaan UMNO Dengan Bloggers.

Dr Novandri Hasan Basri

Pada ketika ini, penulis sedang berada di Starbuck, The Mall, menunggu mesyuarat di antara para bloggers dengan UMNO yang bertempat di Seri Pacific Hotel, PWTC.

Mesyuarat akan di adakan pada pukul 11 pagi ini untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit mengenai blogs dan bloggers

Penulis adalah salah seorang daripada bloggers yang dijemput khas hadir ke mesyuarat ini. Beberapa bloggers juga telah dijemput hadir termasuk Rockybru, KMU dan sebagainya.

Penulis akan menulis dengan lebih terperinci mengenai mesyuarat ini.

Terima kasih.

Tuesday, November 25, 2008

Apa Sudah Jadi, Guan Eng?

Dr Novandri Hasan Basri

1. Satu ketika dahulu, Pulau Pinang digemparkan dengan foto-foto Lim Guan Eng, Ketua Menteri baru Pulau Pinang.

Tetapi foto-foto itu bukannya skandal wanita tetapi foto yang menunjukkan bahawa Guang Eng sedang duduk di kelas ekonomi di dalam sebuah kapal terbang.

Riuh media-media tempatan dan e-mel memperkatakan foto tersebut, kononnya, Guan Eng berjiwa rakyat dan mahu bersama rakyat.

Penulis sendiri telah menerima foto-foto tersebut melalui e-mel. Mereka yang menghantar foto tersebut merasa sangat bangga dengan foto tersebut. Penulis tafsirkan mereka ini jugalah yang memangkah DAP dan PR di PRU-12.

Tidak berapa lama dulu, semasa wawancara Awani, seorang pemimpin mengatakan bahawa kini, Guan Eng tidak duduk di kelas ekonomi bersama rakyat lagi. Beliau sudah seronok dengan status VIP beliau dan 'business class'!

Apa sudah jadi, Guan Eng?

2. Baru-baru ini pula, Guan Eng mendakwa bahawa RM225 juta telah hilang daripada rizab Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Tetapi tuduhan tersebut telah dinafi keras oleh Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan.

Hock Nan berkata, dakwaan ‘kehilangan’ rizab Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) itu tidak berasas kerana wang tersebut sebenarnya telah digunakan untuk pelbagai projek pembangunan mega dan kecil bagi faedah rakyat negeri ini.

.....‘‘Jadi, saya menggesa Ketua Menteri berhenti daripada membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan terus membuat tuduhan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Gerakan di sini hari ini. - Utusan Malaysia.

Apa sudah jadi, Guan Eng?

3. Kerajaan negeri yang dipimpin oleh Lim Guan Eng masih berdegil untuk menggunakan nama jalanraya pelbagai bahasa. Untuk menyedapkan hati orang Melayu, beberapa nama tanda telah diletakkan tulisan jawi. Tetapi, persoalannya sekarang,

- Apakah begitu ramai pelawat asing yang sesat di Pulau Pinang ini sehinggakan nama tanda perlu pelbagai bahasa?

- Apakah rakyat Pulau Pinang sudah kehilangan sifat mesra dan friendly seperti yang sering dikatakan oleh pelawat asing dan mereka semakin berat mulut untuk membantu pelawat asing sehinggakan memerlukan nama tanda tersebut?


Penulis melihat isu nama tanda pelbagai bahasa itu sebenarnya kesilapan kerajaan negeri baru Pulau Pinang yang beria-ia sangat untuk melakukan perubahan. Akhirnya mereka tahu bahawa ianya tidak penting langsung tapi untuk menjaga muka masing-masing, program itu terpaksa diteruskan.

Penulis pula lebih suka jika pelawat-pelawat asing dapat mengingat nama jalan bahasa Malaysia. Sekurang-kurangnya bahasa itu terpahat di hati mereka contohnya Jalan Aceh dan sebagainya.

Tindakan kerajaan Guan Eng yang tampak tidak cekap dan memikirkan isu-isu yang remeh ini juga menyebabkan Georgetown mungkin akan menghadapi masaalah setelah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan hairan bagaimana Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak menyedari garis panduan yang ditetapkan UNESCO sekali gus mengumumkan mengenai pembinaan hotel itu sedangkan kerajaan negeri sebelum ini berkeras tidak meluluskan projek berkenaan.

''Ini satu-satunya pembangunan di tapak warisan yang tidak dimaklumkan kepada jawatankuasa tersebut, jadi tiada sebab untuk kerajaan negeri terburu-buru meluluskan projek berkenaan.

''Kerajaan negeri sepatutnya menyemak terlebih dahulu mengapa kerajaan terdahulu tidak pernah meluluskan projek tersebut,'' tegasnya. - Utusan Malaysia.

Apa sudah jadi, Guan Eng?

p/s : Mr Guan Eng, perbetulkan mulut Ramasamy yang kurang ajar itu.

Selamat Ulangtahun kepada Mukhriz Mahathir.

Dr Novandri Hasan Basri

Hari ini merupakan ulangtahun Dato' Mukhriz Tun Mahathir yang ke - 44.

Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun. Semoga Allah swt murahkan rezeki, kebahagian, kesihatan dan kejayaan. Amin.

Sempena ulang tahun beliau, di sini penulis senaraikan kembali beberapa temuramah dan perjumpaan yang telah diadakan bersama beliau. Sila klik ayat-ayat di bawah untuk bacaan seterusnya.




4. Sepetang Bersama Mukhriz Mahathir.

Artikel ini juga merupakan artikel yang ke-350 blog Minda Intelek Melayu.

Monday, November 24, 2008

Kitaran 'Viscous' Krisis Ekonomi Dunia.

Dr Novandri Hasan Basri

Kegawatan ekonomi yang berlaku telah menyebabkan negara-negara dunia gelisah. Dalam masa yang sama, mereka tercari-cari penyebab kepada kejatuhan ekonomi yang ditafsirkan lebih teruk jika dibandingkan dengan krisis matawang Asia tahun 1997.

Kali ini, ianya berbentuk global dan tidak tertumpu kepada satu gagasan ekonomi. Yang 'menariknya' mengenai krisis ekonomi kali ini tidak dapat lari daripada membezakan kaedah 'menyelamat' seperti yang digunapakai pakai tahun 1997.

Krisis ekonomi kali ini juga dikatakan lebih teruk daripada era The Great Depression yang melanda ekonomi dunia pada tahun 1930-an.

Timbalan Perdana Menteri telah berkata, “Asas krisis itu ialah kurang keyakinan terhadap sistem kewangan dunia. Apa yang berlaku sekarang boleh menyebabkan pihak yang mempunyai kemampuan pun tidak akan membuat sesuatu dan berasa bimbang untuk memberi pinjaman kepada pelanggan."- Utusan Malaysia.

Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir pula mengatakan bahawa :-

The failures are all due to playing with money, selling mortgages, selling papers and all kinds of financial dealings which have been invented by the finance houses in order to make huge sums of money out of nothing. Currency trading is one of them - http://www.chedet.com/

Apabila kita berbincang mengenai isu ini, kita tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan isu awal yang mulai menjelma pada awal bulan Sepetember 2008 dengan penglibatan beberapa syarikat milik kerajaan Amerika Syarikat iaitu :-

1. Fannie Mae (Federal National Mortgage Association).
2. Freddie Mac (Federal Home Loan Mortgage Corporation).

Selain daripada itu, di antara syarikat-syarikat besar yang paling awal menunjukkan kejatuhan perniagaan ialah :-

1. Lehman Brothers
2. Merrill Lynch
3. American International Group (AIG), ), salah satu peserta pasaran Credit default swaps turut mengalami krisis liquidity.

DS Najib telah berkata, kegagalan sistem kewangan sedia ada mengawal gejala seperti pinjaman berlebihan, masalah urus niaga produk derivatif baru khususnya Credit Default Swap (CDS) dan masalah pasaran gadai janji subprima yang tidak dikawal dengan rapi merupakan punca tercetusnya krisis kewangan dunia yang dihadapi sekarang.

Najib juga memberi satu lagi contoh kelemahan besar sistem Bretton Woods yang tidak mengawal CDS yang nilai transaksinya berjumlah beberapa trilion dolar Amerika.


"Untuk mengelak perkara ini berlaku lagi, satu bentuk arkitektur kewangan baru perlu digubal untuk menentukan segala lebihan belanja daripada sistem ini dapat dipantau dan diambil tindakan dengan kawal selia yang lebih berkesan,” ujarnya - Utusan Malaysia

Kita juga dikejutkan dengan 'pertukaran potfolio' 2 bank perlaburan utama (investment banks) yang kontroversi, Goldman Sachs and Morgan Stanley, kepada bank pemilik syarikat-syarikat (bank holding companies).

Seperti yang kita ketahui, banyak negara telah mulai menyuntik dana di dalam ekonomi masing-masing atau pun mendapatkan sokongan IMF untuk menjana ekonomi di negara masing-masing.

Tindakan 'bail out' itu dipandang sinis oleh Tun Dr Mahathir yang pernah dikritik hebat oleh pemerhati-pemerhati ekonomi dunia dan juga pihak pembangkang di negara sendiri tanpa menyedari bahawa tindakan beliau telah menyelamatkan negara ini daripada kancah kemusnahan yang amat sukar di perbaiki.

Sekarang, mata dunia telah terbuka. Pembangkang terdiam kelu kerana mereka tersilap dan dalam masa yang sama, turut terhutang budi kepada Dr Mahathir kerana berjaya menyelamatkan negara ini.

Nama Dr Mahathir pula tidak dapat lari daripada dijadikan contoh dan cara utama untuk menyembuhkan penyakit yang sedang dialami oleh dunia hari ini.

Malah, pegging matawang yang digunapakai oleh Malaysia semasa tahun 1998 turut dijadikan salah satu daripada wacana penting untuk memperbaiki krisis ekonomi tahun 2008.

Pegging - The Bretton Woods System did not fail because the United States ran out of gold. It failed because Britain decided to devalue the pound. President Richard Nixon decided to go off the gold standard much later.

After that it was a free for all as currency traders fiddled with valueless paper money.If we have a trading currency, it should be controlled by an international body unbeholden to the US or anyone else. Poor countries must be adequately represented.

Like all systems we need to study the pros and cons before we approve.If during all these years we could use the US Dollar as a kind of standard, I don't see why we cannot use gold. Gold prices do fluctuate but the range is far less than with paper currency.

Besides there will always be a demand for gold so that you will not lose too much if gold depreciates. - Tun Dr Mahathir.

Cadangan menggunakan emas seperti yang dilontarkan oleh Dr Mahathir merupakan salah satu daripada pendekatan jangka panjang yang perlu diselidiki dengan serius termasuk penggunaan mata wang Dinar Islam yang turut dicadangkan tidak lama dahulu.

Penulis pernah menyiarkan artikel yang ditulis oleh TS Nor Mohamed Yakcop mengenai kaedah negara Malaysia menyelamatkan ekonomi pada tahun 1997 - 1998. Di antaranya :-

"The Ringgit was also pegged at a level where it was not overvalued. In almost every other country, which imposes exchange control measures and pegs its currency, there would, almost by definition, be numerous bureaucratic controls, and the currency would also be pegged at an overvalued rate.

It is often assumed that the system of exchange control (including fixed exchange rate) that we implemented on September 1, 1998 saved the country.

The measures of September 1, 1998 were undoubtedly a necessary condition, but it was not a sufficient condition to overcome the crisis.Malaysia was saved, not by exchange control measures per se, but by Dr. Mahathir Mohamad." (klik di sini untuk bacaan seterusnya..)

Bangsa dan bahasa Melayu di Nusantara

Tanpa kehormatan bangsa, tanpa digniti bangsa, tidak akan ada kebanggaan berbangsa dan bangsa itu akan lenyap dengan sendirinya - Catatan sejarawan Asia

Kesinambungan dunia Melayu terus mendapat perhatian para sejarawan, gembong politik dan pelbagai pihak lain setelah dan manakala mengalami proses perubahan sosial dan cabaran demi cabaran serta perubahan sikap berikutannya.

Menarik perhatian kini ialah ulasan dan analisa politik dalam bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan India berikutan pilihan raya umum pada bulan Mac lalu dan juga pilihan raya Amerika Syarikat (AS) yang membawa kemenangan kepada Barack Obama dari golongan minoriti untuk jawatan Presiden.

Seperti telahpun dicatat, tamadun dunia Melayu meliputi gugusan kepulauan Melayu (Malay Archipelago).

Antara catatan penting itu ialah:

1400: Lahirnya Melaka oleh Parameswara

1409: Laksamana Cheng Ho dari negara China mengadakan hubungan diplomatik.

1410: Maharaja China dari Dinasti Ming mengiktiraf kedaulatan Melaka.

1446: Wujudnya Kesultanan Melaka yang kemudian menjadi pusat perkembangan agama Islam di rantau Asia Tenggara.

1511: Portugis menawan Melaka

1641: Belanda menawan Melaka

1824: Inggeris memperoleh Melaka dari Belanda melalui satu perjanjian

Diulangi: Portugis memerintah dari 1511 hingga 1641, Belanda dari 1641 hingga 1824 dan Inggeris dari 1824 hingga 1957. Turut ditakluki ialah India dan China.

Juga disebut bahawa selama penjajahan kuasa-kuasa Barat itu, orang Melayu terus dan tetap beragama Islam. Beberapa penulis Portugis menyebut betapa agama Islam diajar dipelbagai masjid, surau dan madrasah, rumah para pembesar negeri serta juga istana, oleh orang Melayu. Dalam pada itu pengembang-pengembang agama lain cuba bertapak tetapi tidak ada orang Melayu menyertai mereka.

Turut memperteguh pendirian Melayu ialah bahasa mereka yang juga dipanggil bahasa Jawi. Hal ini disebut, antara lainnya oleh Profesor Dr. Teuku Haji Ibrahim Alfian dari Universiti Gajah Mada atas mauduk Sejarah Dan Jati Diri Rumpunan Melayu (Indonesia). Lalu beliau mencatat hal-hal berikut:

Berkunjung

Jan Huygen Van Linschoten, seorang petugas Belanda pada abad ke-16 berkunjung ke Nusantara dan menyaksikan betapa bahasa Melayu terkenal di dunia Timur dan dianggap orang bahasa yang baik “.... siapa di Hindia (Indonesia) tidak tahu bahasa ini, dia tidak boleh mengikut, seperti pada kita bahasa Perancis.”

Ada banyak pakar dan tokoh sama ada pribumi mahupun asing yang telah mengemukakan pendapat mereka mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa yang diperlukan untuk penduduk di kepulauan Nusantara pada masa depan.

S. Surya Ningrat yang kemudian terkenal dengan nama Ki Hajar Dewantara mengemukakan di negara Belanda (tahun 1916) bahawa kedudukan bahasa Melayu adalah lebih daripada bahasa-bahasa daerah lain untuk kemajuan bangsa Indonesia.

Muhammad Yamin dalam pidatonya dalam bahasa Belanda dalam Kongres Pemuda Indonesia pertama pada tahun 1926 menyatakan: “Kepandaian bahasa Melayu akan memberi kesempatan kepada siapa sekalipun untuk bergaul dengan bangsa Jawa, Sunda, Melayu dan Arab, yang setiap hari menjadi teman berbicara.... Dalam ekonomi perdagangan dan dalam dunia politik, bahasa Melayu mendapat kedudukan pertama."

Bahasa Melayu atau Jawi yang terjelma inilah yang diangkat oleh para pemimpin pergerakan nasional Indonesia menjadi bahasa Indonesia yang akhirnya setelah proklamasi kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945 menjadi bahasa negara Indonesia.” Demikian antara catatan Profesor Ibrahim Alfian.

Dalam sebuah buku lain mengenai sejarah Indonesia dinyatakan hal berikut: “Belanda menggunakan bahasa Melayu, bukan bahasa Belanda sendiri atau bahasa Portugis, manakala berbicara dengan orang-orang Indonesia di pasar, dalam rundingan-rundingan dengan pihak istana, di tempat-tempat kerja, dalam acara-acara agama dan dalam pelbagai buku.”

Berkaitan dengan tamadun dunia Melayu dan kesinambungannya ialah buku berjudul The Population of Malaysia oleh Profesor Saw Swee Hock yang telah berkhidmat di Universiti Malaya, Universiti Hong Kong dan Universiti Singapura.

Buku diterbitkan oleh Institut Pengkajian Asia Tenggara, Singapura (2007). Antara lain pada bahagian akhirnya disebut: Bilangan warga Bumiputera dijangka meningkat dari 65.9 peratus pada tahun 2005 hingga 72.1 peratus pada tahun 2035.

Bilangan warga Cina akan menurun daripada satu suku (25.3 peratus) kepada satu perlima (20.0 peratus) pada waktu yang sama. Bilangan warga India juga akan menurun dari 7.5 peratus kepada 6.6 peratus. - Mazlan Nordin (Utusan Malaysia).

Sunday, November 23, 2008

Dr Novandri - Khidmat Sukarela Masyarakat

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis dan team Klinik Kesihatan Bergerakan (KKB) Pemuda & Bahagian Bukit Gelugor telah bertugas di Taman Tun Sardon, Pulau Pinang kelmarin.


Syukur alhamdulillah kerana kami telah dipermudahkan untuk memberikan khidmat masyarakat dengan lebih selesa dengan bantuan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Pemuda UMNO Malaysia yang telah memberi kami sebuah van baru.

Sekarang penulis dipertanggungjawabkan untuk membawa nama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersama-sama team penulis. Penulis amat berbangga kerana dapat mewakili seluruh Pemuda UMNO Malaysia di dalam program ini.

Penulis tidak akan menghampakan tanggungjawabkan yang telah diberikan oleh DS Hishamuddin Tun Hussein kepada penulis dan team KKB, insyaallah.

Kami akan terus memberikan sumbangan kepada masyarakat dengan harapan masyarakat dapat faedah daripada perkhidmatan kami.


Dalam masa yang sama, motif utama kami juga adalah untuk menaikkan nama UMNO sebagai parti politik yang prihatin dan sentiasa berada bersama-sama masyarakat dan ahli-ahli UMNO dari akar umbi.

Konsep 'memasyarakatkan' UMNO inilah merupakan moto penulis apabila penulis menawarkan diri menjadi calon Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Pengalaman penulis dan team penulis selama 8 tahun (sejak 2001) mengendalikan program Klinik Bergerak ini menyebabkan penulis optimis kepada keberkesanan program ini merapatkan UMNO dengan masyarakat umum.


Penulis menjemput bahagian-bahagian UMNO lain untuk mengguna pakai khidmat kesihatan Klinik Kesihatan Bergerak penulis di bahagian masing-masing. Dengan cara ini, masyarakat setempat dapat menggunakan khidmat milik UMNO ini.

Sila e-mel penulis : drnovandri@yahoo.com

Saturday, November 22, 2008

Ramasamy Yang Kurang Ajar


Laporan Polis…..Pemuda UMNO Bayan Baru membuat laporan Polis terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy berhubung kenyataannya mengenai isu dominasi orang Melayu dalam sektor awam di negeri itu.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Pemudanya, Norman Zahalan kira-kira pukul 12 tengah hari di Balai Polis Bayan Lepas, Ahad lepas.

Menurut Norman, laporan tersebut perlu kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Ramasamy termasuk dakwaan terdapat Ketua jabatan yang mengoyakkan borang permohonan pemohon bukan Melayu itu berbaur perkauman dan boleh mencetuskan perbalahan kaum di negara ini. - Web Pemuda UMNO Malaysia.

Salute to Azizulhasni Awang.

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis mengkhaskan artikel ini kepada saudara Azizulhasni Awang, ahli sukan muda yang telah mencatat sejarah menjadi pelumba pertama negara berjaya memenangi pingat emas pada perlumbaan basikal trek Piala Dunia yang berlangsung di Melbourne, Australia, semalam.

Penulis berasa bangga dengan kejayaan beliau itu dan di harapkan beliau akan kekalkan tahap kecemerlangan beliau. Syabas di ucapkan.

Sekurang-kurangnya, ada juga perkara yang positif dan membina yang boleh kita bangga bersama apabila kita memperkatakan mengenai generasi muda dan bangsa Melayu hari ini.

Utusan Malaysia

Dalam aksi acara keirin yang mendebarkan itu, Azizulhasni menewaskan pelumba Ukraine, Andriy Vynokurov di tempat kedua dan pelumba Perancis yang mewakili kelab Cofidis, Fran├žois Pervis, ketiga.

Turut menjadi mangsa kayuhan bertenaga pelumba cilik kelahiran Terengganu itu ialah pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Beijing dari Jepun, Kazunari Watanabe yang sekadar mampu menduduki tempat kelima daripada enam pelumba yang beraksi dalam acara akhir. - Utusan Malaysia


p/s : Apakah Pemuda UMNO Malaysia tidak mahu mendekati ahli sukan muda ini?

Selingan : Ceramah & Klinik Kesihatan Bergerak

Dr Novandri Hasan Basri

Baru-baru ini penulis dan Klinik Kesihatan Bergerak Pemuda & Bahagian Bukit Gelugor telah memberikan perkhidmatan kesihatan di dewan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas. Di sana, penulis telah memberikan ceramah kesihatan dan motivasi.

Topik kali ini ialah 'STRESS' !

Secara ringkasnya, 'stress' adalah

1. Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran
2. Gangguan fungsi kehidupan
3. Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup
4. Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif
5. Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu
6. Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh

Hakikatnya 'stress' itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress‘ sebagai peransang.

Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan, ia akan membebankan kita dan pelbagai simptom fizikal, emosi, kognitif dan tingkah laku boleh berlaku ke atas seseorang itu.

Di antara stressor (penyebab stress) yang lazim ialah kegagalan untuk berkomunikasi secara betul dengan orang lain.

Terdapat 13 rukun komunikasi yang boleh kita gunapakai untuk menangani masaalah berkomunikasi ini terutamanya kepada pemimpin-pemimpin politik yang sering berdepan dengan pelbagai karakter manusia.

1. RANCANG IDEA SEBELUM BERKOMUNIKASI

2. ANALISIS PENDENGAR
- Siapa - Pangkat - Pekerjaan- Akademik - Bilangan

3. ISI BICARA HENDAKLAH BENAR

4. GAYA BAHASA HENDAKLAH BERSESUAIAN

5. NADA PERCAKAPAN PERLU DIKAWAL & SESUAI

6. SUSUNAN MAKLUMAT PERLU JELAS
‘Dan wajibkan kepada Rasul, hanyalah menyampaikan dengan terang dan nyata.’ (An Nur : Ayat 54)

7. BAHASA BADAN PERLU MENYOKONG LISAN

8. BERHUJAH DENGAN WARAS

9. AMBILKIRA PENDAPAT ORANG LAIN

10. PERLAKUKAN APA YANG DITUTURKAN

11. MENINGGALKAN CELAAN DAN MENGUMPAT

12. MENJAUHI TANGGAPAN BURUK PADA ORANG LAIN
‘Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka buruk sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain.’(Al Hujurat : Ayat 12)

13. MENDENGAR DENGAN BERKESAN

Selain daripada itu, penulis turut mengadakan sessi motivasi mengenai isu-isu politik dan perancangannya.



Friday, November 21, 2008

Bhg 10 - Menjejaki Sejarah Pemuda UMNO.

Dr Novandri Hasan Basri

113. Selepas pengunduran mengejut Datuk Harun, calon yang dilihat paling berkaliber dan mampu untuk menerajui Pemuda UMNO ketika itu ialah Datuk Musa Hitam.

114. Sebagai Naib Ketua Pemuda semasa kepimpinan Datuk Harun, Datuk Musa Hitam telah menunjukkan kemampuan beliau sebagai pemimpin yang berfikiran jauh dan sering memastikan mesyuarat-mesyuarat Pemuda UMNO berjalan dengan profesional dan tertib.

115. Yang menimbulkan tanda tanya ialah walau pun beliau telah mendapat sokongan yang kuat untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO yang baru tetapi beliau menolak pencalonan tersebut!

116. Di sini penulis sertakan beberapa keratan kenyataan Datuk Musa mengenai keputusan beliau itu (ditulis pada tahun 1976) :-

"Parti kita, UMNO dalam menjelajah usia 30 tahun (1976) tidak dapat tidak, dengan sendiri atau didorong oleh kehendak para anggotanya atau visi masa depan yang diutarakan oleh para pemimpinnya, telah mengalami beberapa bentuk perubahan.

Kita telah mengalami perubahan daripada segi barisan pimpinannya.

Kita telah mewarisi jenis dan cara kepimpinan yang kian berubah...



... UMNO tidak akan mengekalkan sokongan rakyat walau bagaimana bulatnya sokongan para anggota UMNO terhadap parti atau pemimpinnya, jika krisis dan keyakinan rakyat terhadap kita telah merebak sehingga orang menganggap kita sebagai barah yang harus dibedah atau dibuang akar umbinya daripada perhitungan hidup dan politik negara.

Krisis serupa ini yang telah dibiarkan tanpa diubati menyebabkan banyak parti politik di beberapa buah negara lain menggali kuburnya sendiri...

..Satu perkara yang merunsingkan saya ketika ini dan turut mendorongkan saya tidak bertanding bagi bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda dan mungkin terpaksa berhati-hati sama ada hendak bertanding bagi jawatan-jawatan penting parti yang lain pada masa depan ialah dengan timbulnya pihak-pihak yang telah menunjukkan mereka terlalu ambitious dan sanggup bertindak dengan apa cara pun tanpa mengira tatasusila asalkan mereka dapat menang dan berjaya mengambil alih teraju pimpinan parti....

...Saya tidak sanggup berkomplot; saya tidak sanggup menghulurkan kemudahan atau perks, misalnya dengan memberi derma yang besar-besar atau pun lesen dan sebagainya di luar perhitungan dan susunan atau peraturan yang biasa untuk mendapatkan sokongan..

....Kepada saya, perlumbaan untuk mendapatkan jawatan yang lebih tinggi tanpa mengira apa cara pun adalah perkembangan yang tidak sihat dan boleh merosakkan parti.

Kepada saya, dalam konteks ini, 'the end does not justify the means'....

...Saya ingin menyeru dan menggesa saudara-saudara sekalian supaya terus memberi perhatian kepada perjuangan parti, memastikan supaya segala perkembangan berlandaskan kepada asas serta pemikiran yang sihat dan dapat menjamin keutuhan parti.

Semoga segala dasar yang kita tentukan bersama dilaksanakan seperti yang diharapkan oleh kita serta rakyat sekalian. "

117. Walau pun kita menerima kenyataan Datuk Musa seperti di atas, penolakan beliau untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO (walau pun beliau berpeluang besar untuk menang) merupakan satu persoalan yang masih tidak terjawap penuh sehingga hari ini kecuali jika Datuk Musa Hitam mahu berkongsi pengalaman beliau dengan generasi hari ini.

118. Dalam masa yang sama, kita perlu sangat risau dengan kenyataan Datuk Musa Hitam yang mengatakan :-

"Saya tidak sanggup berkomplot; saya tidak sanggup menghulurkan kemudahan atau perks, misalnya dengan memberi derma yang besar-besar atau pun lesen dan sebagainya di luar perhitungan dan susunan atau peraturan yang biasa untuk mendapatkan sokongan."

119. Kenyataan mengenai derma yang besar-besar, menghulurkan kemudahan atau perks yang berusia 32 tahun (1976) itu merupakan satu isu yang sering kita dengar hari ini terutamanya di masa pemilihan pimpinan tertinggi UMNO!as

120. Ianya serupa dengan rasuah politik/politik wang yang kita sedang giat perangi hari ini.

(Seterusnya : Klik Sini)


Thursday, November 20, 2008

Shahrizat vs Mentornya...

Dr Novandri Hasan Basri

Sekarang, semuanya telah sah. Semoga proses pemilihan kelak dapat dijalankan dengan baik, waras dan matang.


Pautan Penting : Artikel 1

Snippets : Obama Oo Obama...

Dr Novandri Hasan Basri

It's so true...



Pautan Lain : Artikel 1 , Artikel 2

Menanti Gerak Catur Politik Dr M.

Dr Novandri Hasan Basri

Semasa forum yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana kelmarin, Tun Dr Mahathir telah berjanji untuk mendedahkan nama mereka yang terlibat di dalam rasuah politik termasuk pemimpin-pemimpinnya.

Beliau berjanji akan menyenaraikan nama-nama mereka itu di dalam blog beliau kelak.

Inisiatif Dr Mahathir ini pastinya akan menyemarakkan lagi usaha untuk 'membersih' UMNO daripada gejala rasuah politik/politik wang.

Dalam masa yang sama, ianya juga memberikan sedikit harapan kepada ahli-ahli UMNO dari akar umbi yang sangat prihatin kepada perkembangan yang tidak sihat ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa jawatankuasa disiplin yang dipimpin oleh Tengku Ahmad Rithaudeen sedang bekerja keras untuk menyemak dan menganalisa segala tuduhan bertulis yang diterima oleh mereka.

Dengan matematik mudah, 900 aduan pastinya tidak akan dapat diselesaikan dengan cepat. Tetapi yang penting, penulis berharap agar jawatankuasa tersebut memprioritikan kes-kes yang melibatkan pemimpin-pemimpin atasan dahulu.

Ianya mungkin sukar kerana semuanya saling bersangkut paut. Jika cawangan tidak sah, mesyuarat bahagian mungkin juga tidak sah. Dan jika bahagian tidak sah, wakil-wakil yang hadir semasa Pemilihan pemimpin UMNO di PWTC kelak mungkin juga tidak sah.

Dan jika undi mereka tidak sah, pelbagai implikasi bakal wujud. Mesyuarat mungkin tidak sah. Satu lagi perkara yang mungkin timbul ialah pihak-pihak yang kalah di dalam pemilihan UMNO itu akan menggunakan isu ini untuk memastikan pemilihan di adakan sekali lagi atau di bawa ke mahkamah sekali lagi seperti tahun 1988.

UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.

Walaubagaimana pun, inisiatif Dr Mahathir untuk menyenaraikan nama-nama tersebut pastinya akan mendapat reaksi yang berbeza di kalangan ahli-ahli UMNO dan penganalisa politik terutamanya mereka yang memang telah menggunapakai wang untuk meraih undi.

Mereka itu akan pasti cuba menegak benang yang basah dengan apa cara sekali pun.

Akan tetapi, modus operandi Dr Mahathir kali ini terasa amat berbisa walau pun jika beliau hanya sekadar mengertak sahaja. Dan tentunya sudah ramai yang berpeluh sejuk ketika ini kerana bimbang nama mereka akan disiarkan di dalam blog Dr Mahathir yang sehingga kini mencecah lebih daripada 9,000,000 pembaca!

Apakah modus operandi Dr Mahathir akan berjaya?

Sukar untuk diramalkan kerana ianya satu perkara yang bukan orthodoks dan bukan lazim. Malah implikasi kepada kenyataan Dr Mahathir itu juga perlu diteliti dengan serius kerana tindakbalas domino akan berlaku dan ianya saling jatuh menjatuhkan.

Sudah pasti, kita tidak mahu ianya terjadi tetapi kita tentu akan bertambah meluat dengan pemimpin-pemimpin UMNO jika mereka tidak dapat menyelesaikan isu-isu itu dengan waras dan baik.

Perlu diingat bahawa kemerosotan undi di PRU-12 dan sejarah hitam di dalam UMNO seperti pengharaman UMNO pada tahun 1988, tidak sekali-kali disebabkan oleh ahli-ahli UMNO dari akar umbi tetapi disebabkan oleh sesetengah pemimpinnya yang tidak mahu berfikir panjang, ego, mementingkan diri sendiri bukannya ahli-ahlinya.

The STAR

PUTRAJAYA: Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has promised to name Umno members implicated in money politics on his influential blog http://www.chedet.com/.

He said he was willing to be sued for defamation and even risk arrest by the authorities because he was not afraid to expose the truth and the identities of such errant members.

“I can’t do anything about the complaints except to hand these over to the Umno disciplinary committee. I will put these names up in my blog.

“I am not afraid of being sued for libel or being arrested by the police. If they can release (blogger and Malaysia Today editor) Raja Petra Kamarudin, won’t they also be able to release me as well?” he said in his dialogue with a group of Umno members and leaders, ex-ministers and Malay student groups at the Perdana Leadership Foundation here yesterday... The STAR.

Wednesday, November 19, 2008

Sabar ? Sampai Bila ?

Dr Novandri Hasan Basri

Isu 'tomboy' atau pun pengkid pernah hangat beberapa minggu lepas berikutan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkah perlakuan pengkid. Walau pun sudah lama tetapi penulis perlu catitkan isu ini di dalam blog ini untuk simpanan penulis.

Yang mahu penulis ketengahkan dan luahkan rasa meluatnya ialah apabila terdapat orang bukan Islam yang berselindung di bawah pertubuhan NGO berani mengkritik keras keputusan Majlis Fatwa tersebut.

Secara peribadi, penulis berpendapat mereka ini amat keterlaluan dan perlu di ajar untuk menghormati agama resmi negara ini.

Penulis teringat dengan kajian Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang mengatakan bahawa :-

"Kumpulan pertama orang Cina, mewakili 85-90 peratus, berlatar belakangkan perkauman Cina, berpegang kepada tiga rukun, menyertai pertubuhan-pertubuhan Cina, bersekolah Cina dan membaca/mendengar/menonton media Cina.

Rata-rata berpendapat bahawa hanya sekolah Cina sahaja yang dapat mengekalkan kecinaan mereka."

Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia mahukan kedamaian dan mahu terus hidup aman damai seperti yang dikecapi daripada dulu.

Tetapi terdapat beberapa golongan bukan Islam yang sudah mula besar kepala dan mengambil remeh toleransi yang disokong oleh orang Islam di negara ini. Syukur kerana agama Islam mengajar umatnya supaya bersabar dan berfikir dengan waras.

Tetapi semua itu ada hadnya. Jangan sampai had itu dilanggar oleh mereka itu, buruk padahnya.

Ikutilah :-

Kenapa Ganggu urusan umat Islam di negara ini?

(Utusan Malaysia)

MENGAPA pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam begitu terkesan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan perlakuan pengkid?

Adakah keputusan tersebut mengikat orang bukan Islam di negara ini sehingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan mereka kerana hak untuk berkelakuan sebegitu telah dinafikan.

Atau mungkin ada orang Islam yang menganggotai NGO bukan Islam sehingga memberi kekuatan kepada pertubuhan itu bukan sahaja untuk mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa malah menganjurkan demonstrasi bagi menunjukkan bantahan secara terang-terangan.

Inilah yang dikatakan 'sudah terang lagi bersuluh'. Amat jelas fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mengikat umat beragama Islam di negara ini. Ia selaras dengan definisi keputusan fatwa dan fatwa itu sendiri yang dari segi bahasa bermaksud memberi jawapan atau penjelasan bagi sesuatu masalah agama.

Dan agama itu semestinyalah agama Islam untuk meleraikan kemusykilan umatnya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak jelas dan mempunyai kaitan dengan hukum syarak.

Oleh kerana isu perlakuan pengkid menimbulkan tanda tanya di kalangan umat Islam di negara ini maka adalah menjadi tanggungjawab Majlis Fatwa untuk membuat keputusan mengenainya. Keputusan itu penting bagi membolehkan umat Islam tahu apa kedudukan sebenar pengkid dan menjadikannya garis panduan hidup terutama dalam mendidik anak-anak.

Apatah lagi dalam keadaan trend perempuan menyerupai lelaki semakin menjadi-jadi sekarang ini dan membiarkan ia terus berleluasa tentulah sesuatu yang tidak wajar. Majlis Fatwa juga akan dipersalahkan jika tidak bertindak pantas menjelaskan kekaburan serta berusaha menghalang salah laku yang akan merosakkan umat Islam itu.

Cuma yang peliknya dalam keadaan umat Islam di negara ini menerima keputusan Majlis Fatwa dengan hati terbuka, muncul pula NGO bukan Islam yang bersungguh-sungguh menunjukkan bantahan.

Apa sebenarnya motif NGO bukan Islam itu mencetuskan suasana kurang tenteram dengan mempersoalkan keputusan Majlis Fatwa sedangkan mereka tidak ada 'locus standi' untuk berbuat demikian.

Di sebalik fatwa mengharamkan pengkid di sisi Islam, gadis-gadis bukan Islam bebas untuk berpakaian atau berkelakuan menyerupai lelaki biar pun dalam agama mereka sendiri mungkin ada larangan seumpama itu.

Realitinya NGO bukan Islam cuba menjuarai isu kononnya Islam terlalu rigid, kuno dan tidak fleksibel sehingga mengharamkan umatnya daripada berkelakuan seperti pengkid.

Maksud tersirat di sebalik apa yang tersurat ialah mereka mahu melihat remaja Islam musnah dibawa arus pengkid, dan apabila generasi muda hanyut Islam akan menjadi semakin lemah.

Hakikatnya, banyak lagi isu yang boleh diperjuangkan oleh NGO bukan Islam berhubung masalah sosial yang melanda remaja bukan Islam di negara ini. Dan mencampuri urusan umat Islam semestinya tindakan yang amat tidak wajar.

Yang Tidak Ada Kesudahannya....

Dr Novandri Hasan Basri

MalaysiaKini hari ini telah menyiarkan kekhuatiran Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak Malaysia) mengenai isu rasuah politik/politik wang di dalam UMNO.

Kekhuatiran pertubuhan itu tidak dapat dinafikan kerana merujuk kepada aduan yang diterima oleh pihak tertinggi UMNO yang berjumlah 900, satu penyelesaian mesti dilakukan dengan segera.

Memang benar 900 itu tidak semuanya yang benar dan tidak dapat dibuktikan tetapi angka tersebut amat memerlukan satu noktah yang benar-benar terjadi dan bukan sekadar retorik politik yang biasa kita dengar.

Akan tetapi, penulis juga menafsirkan bahawa angka 900 itu juga menunjukkan bahawa ahli-ahli UMNO telah mulai sedar dan berani untuk bersuara demi membersihkan parti UMNO.

Ini merupakan satu perubahan yang positif dan patut terus dicanangkan serta dibaja agar kesedaran itu terus berakar umbil di sanubari setiap ahli UMNO.

Dalam masa yang sama, penulis juga boleh menafsirkan bahawa pemilihan kepimpinan tertinggi UMNO ini mungkin bukan yang paling teruk dalam sejarah UMNO. Cuma kesedaran, keberanian dan keprihatian ahli-ahli UMNO telah bertambah jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas.

Apa pun, kepimpinan tertinggi UMNO mesti melakukan sesuatu yang drastik dan out of the box untuk menyelesaikan isu besar ini.

Atau, apakah politik wang juga sukar untuk dibenteras kerana ada yang di atas sana pun turut menggunapakai rasuah politik/wang politik di dalam tempoh karier politik mereka?

Penulis musykil....

Ikutilah :-

Gerak: Peralihan kuasa Umno gagal jika...

(MalaysiaKini)


Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak Malaysia) berpendirian bahawa proses peralihan kuasa serta pemilihan Umno adalah gagal sekiranya parti itu tidak mampu menangani masalah rasuah secara berkesan, terutama menjelang pemilihan pucuk pimpinannya Mac depan.

"Lebih 900 laporan kes melibatkan rasuah politik kepada Lembaga Disiplin Umno harus disiasat dan diambil tindakan," kata Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus.

Malah, katanya, perkara itu dilaporkan sebagai yang terburuk dalam sejarah pemilihan Umno.

"Siasatan dan tindakan mesti telus dan bukan sekadar menangkap pelaku kecil rasuah tetapi membiarkan jerung rasuah berleluasa dan bebas dari tindakan," kata Mohd Nazree dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemilihan Umno harus bersih daripada rasuah kerana pemilihan kali ini membabitkan persoalan amanah serta kredibiliti kepimpinannya.

"Peralihan kuasa tidak menjamin perubahan atau reformasi dalam Umno jika tidak ada 'keazaman politik' untuk membangkitkan usaha dan tekad melawan rasuah," katanya.

Gejala rasuah

Menurut Mohd Nazree lagi, tiada maknanya proses peralihan kuasa sekiranya rasuah politik terus membarah.

Oleh itu, katanya, Gerak menggesa kepimpinan tertinggi Umno, termasuk bakal presidennya yang baru, supaya melakukan reformasi menyeluruh bagi membentuk budaya integriti dalam kepimpinan.

"Generasi baru sentiasa melihat perkembangan Umno dalam keseriusannya menangani gejala rasuah politik," katanya.

Mohd Nazree berkata, Umno perlu lebih berani untuk mengambil tindakan terhadap ahli atau calon-calon yang terlibat dalam rasuah politik.

"Tindakan harus diambil tanpa kompromi jika Umno mahu dilihat sebagai sebuah institusi politik yang masih mempunyai kepimpinan politik yang mempunyai kesungguhan dan iltizam dalam melawan rasuah.

"Bersih daripada rasuah itu bukan sekadar hanya perlu diucapkan tetapi yang lebih utama ialah diperlihatkan dalam bentuk tindakan dan ketegasan dalam menangani budaya songsang ini, melalui pendekatan yang holistik,"
tambahnya

Tuesday, November 18, 2008

Bhg 9 - Menjejaki Sejarah Pemuda UMNO.

Dr Novandri Hasan BasriSambungan dari bahagian 8 :-

96. Munculnya Datuk Harun di tengah-tengah pertubuhan UMNO mulai pada tahun 1971 dan selepas peristiwa 13 Mei adalah satu detik sejarah penting bukan sahaja bagi Pemuda UMNO malah bagi politik neagara ini umumnya.

97. Tidak pernah berlaku dalam sejarah sejak negara ini mengenal politik moden, sebuah gerakan politik sepertinya dapat diterima dan dengan baik oleh badan politik saingannya terutama oleh pertubuhan politik Melayu sendiri.

98. Tetapi hakikat ini berlaku bagi Pemuda UMNO itu dapat dikenali oleh dunia termasuk masyarakat umum di barat seperti Amerika Syarikat dan Kanada.

99. Kejayaan Datuk Harun membawa pertandingan Kejuaran Tinju Sedunia di antara Muhammad Ali dan Joe Bugner pada 1hb Julai 1975 telah menarik minat banyak badan kebajikan di seluruh dunia untuk mengenali Pemuda UMNO dan Datuk Harun.

100. Malah, pernah satu pasukan skating Amerika Syarikat yang terkemuka telah meminta Datuk Harun menganjurkan pertunjukkannya di Kuala Lumpur.

101. Krisis mula berlaku dalam UMNO berikutan dengan popuariti Pemuda UMNO ini. Datuk Harun nampaknya terlalu besar untuk dihadapi oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

102. Walau pun beliau mulanya mahu memimpin untuk satu jangka waktu yang pendek sahaja, tetapi Pemuda UMNO sudah merasakan tempoh pimpinannya harus diperpanjangkan.

103. Datuk Musa mengusahakan satu cara untuk mengekalkan kepimpinan Datuk Harun.

104. Walaubagaimana pun, tuduhan demi tuduhan terus dibuat bahawa Datuk Harun tidak memberi peluang kepada Datuk Musa.

105. Tuduhan itu sama seperti yang dibuat terhadap Tunku Abdul Rahman yang tidak mahu bersara daripada Perdana Menteri dan tidak memberi peluang kepada TUN Abdul Razak.

106. Proses pemilihan berlaku pada tahun 1974 tetapi Datuk Harun masih mendapat sokongan kuat daripada Pemuda UMNO.

107. Akhirnya beliau diminta bertugas ke Bangsa-bangsa Bersatu. Ramai yang berpendapat bahawa tujuan tersebut ialah untuk memisahkan Datuk Harun daripada Pemuda UMNO.

108. Datuk Harun enggan pergi dan Pemuda UMNO menyatakan sokongan mereka terhadap langkah Datuk Harun itu.

109. Walaubagaimana pun, sejarah politik Datuk Harun di dalam Pemuda UMNO terhenti apabila beliau telah dipecat daripada UMNO.

110. Keghairahannya dalam mempromosikan sukan telah membawa kepada kejatuhannya. Walaupun perlawanan tinju di antara Muhamad Ali dan Joe Bugner itu telah meletakkan Malaysia sebagai sebuah arena sukan antarabangsa, beliau kemudiannya disabitkan bersalah kerana rasuah. Perbuatan rasuah itu disebabkan oleh tekanannya untuk membiayai kerugian yang amat besar daripada penganjuran perlawanan tinju tersebut

111. Terdapat pelbagai cerita berikutan penuduhan rasuah ke atas Datuk Harun tetapi kebanyakkannya tidak didokumenkan dengan jelas dan tepat.




112. Pemecatan Datuk Harun itu juga telah menyebabkan Pemuda UMNO terpaksa memilih pemimpin baru yang kuat dan yang dapat menaikkan kembali imej Pemuda UMNO yang tercalar dek kes Datuk Harun.

Monday, November 17, 2008

Yang Pedas untuk Yang Buta Sejarah.

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia.

Secara peribadi, penulis merasakan intipatinya pedas dan keras tetapi ianya sangat bertepatan agar mesej bernas itu dapat menembusi kedegilan dan keras kepala sesetengah pemimpin bukan Melayu.

Mereka ini masih tidak sedar diri dan sekarang ditambah pula dengan definasi 'buta sejarah'.

Di antara lain :-

Terbaru, timbul pula cerita lama yang secara sengaja dibangkitkan semula oleh ketiga-tiga parti politik Cina ini. Mereka mahukan negara kita meniru atau mencontohi trend yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) yang memilih Barack Hussein Obama, seorang pemimpin berkulit hitam menjadi Presiden negara tersebut, memecah tembok perkauman antara kulit putih dan kulit hitam selama lebih 200 tahun.

MCA, DAP dan Gerakan mahukan negara kita turut memecah tembok perkauman ini dengan melantik bukan Melayu sebagai ketua negara atau ketua syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) atau kerajaan negeri seperti.

Apa yang saya lihat, kerajaan telah banyak membuka ruang dan peluang sebegini, cuma saya belum melihat respons syarikat-syarikat yang diterajui oleh bukan Melayu membuka ruang dan peluang kepada orang Melayu.


Kalau adapun hanyalah sebagai syarat untuk mengaburi mata orang Melayu sahaja atau melariskan perniagaan mereka dalam sektor makanan dan perkhidmatan.

Lebih menyedihkan lagi ada yang tidak diberikan kesempatan masa untuk bersembahyang dan solat Jumaat.

Permainan politik ini membuatkan saya teringat kepada kata-kata bekas Presiden MCA, Tun Tan Cheng Lock yang meluahkan pandangannya terhadap seorang pemimpin Melayu seperti yang dinukilkan oleh teman seangkatannya, Thio Chan Bee. Chan Bee dalam artikel bertajuk The Foundation of Racial Harmony, merakamkan perbualan Cheng Lock dengan seorang pemimpin Melayu ketika MCA hendak ditubuhkan.

"Orang Cina sudah mempunyai kuasa ekonomi manakala orang Melayu mempunyai kuasa politik. Jika orang Cina menolong orang Melayu membantu meningkatkan status ekonominya, sudah pasti orang Melayu akan berkongsi kuasa politik dengan orang Cina.

Jika orang Cina mahu memberikan kerjasama dengan orang Melayu, orang Melayu pasti mengalu-alukan kerjasama itu. Sebaliknya, jika orang Cina bertekad untuk menentang orang Melayu, sudah tentu secara spontan orang Melayu akan membalas tindakan tersebut".


Mendengar sahaja kata-kata itu, Cheng Lock berasa gembira dan mengumumkan penubuhan MCA dengan matlamat utama untuk menggalakkan dan mengekalkan hubungan harmoni antara kaum di Malaya.


Asas hubungan kerjasama telah disepakati (Bulletin MCA, The Guardian. Vol 2. June 2006: 5). Dengan tertubuhnya MCA juga, semakin ramai orang Cina tidak dihantar balik ke negeri asal mereka di China.

Inilah bentuk pakatan politik yang dikatakan telah berjaya menyatukan kaum Melayu-Cina ketika itu. Orang Melayu berpegang kepada prinsip more power more say, manakala orang Cina dengan budaya more money more say.


Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama, amat optimis dengan formula ini dan pernah meluahkan kata-kata yang sama, let Malay handle the power, the Chinese take care of the business (Comber, 2007).

Tunku juga merasakan formula ini akan membawa kejayaan kepada Tanah Melayu dan ia perlu dikekalkan.

Kenyataan ini turut diperakui oleh Comber (2007: xxii) yang memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969 yang menyebut bahawa "Orang- orang Melayu telah memperolehi kuasa politik untuk diri mereka sendiri. Orang- orang Cina dan India telah memenangi kuasa ekonomi."

Namun, keadaan berlaku sebaliknya. 'Formula' Tunku ini semakin meretakkan hubungan baik antara Cina-Melayu kerana orang Cina tidak mahu mematuhi perkara yang telah dipersetujui itu.

Orang-orang Cina lebih terpengaruh dengan kempen Malaysia untuk orang Malaysia atau Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh PAP sebelum itu yakni konsep sama rasa dan sama rata.


Setelah ekonomi dikuasai, PAP juga mahukan jawatan tertinggi negara turut dibuka kepada mereka, termasuk jawatan Perdana Menteri.

'Formula' Tunku ini ditentang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu. Dr. Mahathir mengkritik secara terbuka terhadap Tunku Abdul Rahman dengan melabelkan Tunku sebagai Chinese lover.


Penguasaan kuasa ekonomi dan kuasa politik mengikut garis kaum ini tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak, malah akan merumitkan lagi keadaan pada masa akan datang.

Hari ini, apa yang nyata, formula ini tidak boleh diterima pakai. Keadaan sudah jauh berubah dan jauh berbeza.


Menurut Lee Boon Kok (temubual, 8 Januari 2007), kata-kata biarlah orang Melayu memegang kuasa politik dan orang Cina, memegangkan kuasa ekonomi sudah tidak relevan lagi.

Orang Cina mahu lebih daripada itu. Mereka bukan hanya mahukan kuasa ekonomi, tetapi juga kuasa politik. Dengan adanya kuasa politik, barulah kegiatan ekonomi boleh berkembang dan berjalan dengan lancar.

Orang Cina tidak akan berhenti menuntut dan mendesak selagi tidak wujud konsep sama rata dan sama rasa. Melalui sistem perkongsian kuasa dengan dalam Barisan Nasional (BN), kuasa juga mereka telah perolehi, tetapi mereka terus meminta lebih kuasa.

DAP terus membangkitkan bahawa jawatan Menteri Kewangan, malah jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, perlu dibuka kepada orang Cina. Begitu juga desakan jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan termasuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sektor perkhidmatan awam.

Orang Cina terus mendesak agar jawatan-jawatan ini diberikan kepada mereka selain dibolot daripada orang Melayu. Pendek kata, apa yang dirasai oleh orang Melayu, mesti juga dirasai oleh orang Cina.

Inilah sifat kiasu atau mahu sentiasa menang yang mula bersarang pada generasi hari ini. Sifat kiasu ini adalah baik jika digunakan pada tempatnya yang betul. Tetapi dalam konteks yang berlaku masa kini, sifat ini berlaku dalam keadaan yang amat menakutkan. Sekadar mempunyai kuasa ekonomi tidak cukup, ia mesti disertai dengan kuasa politik, barulah boleh mendapat segala-galanya.

Saya tidak menafikan sumbangan orang Cina terhadap perkembangan ekonomi negara kita. Tanpa orang Cina, Malaysia tidak seperti adanya pada hari ini. Jika dicabut semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur sahaja, kita dapat lihat bagaimana hodohnya wajah Kuala Lumpur seolah-olah seperti berada pada zaman pra-merdeka.

Saya fikir semua orang mengakui bahawa orang Cina telah memberikan sumbangan yang begitu besar terhadap perkembangan dan kegiatan ekonomi negara ini.

Namun, apa yang saya persoal adalah yang melampaui batas seperti kaduk naik junjung atau seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Lihatlah realiti sejarah dan keadaan sebenarnya Malaysia.

...Trend buta sejarah atau sengaja membutakan sejarah mula berleluasa dalam masyarakat bukan Melayu hari ini...

Hari ini, semua orang mahu mendapatkan keuntungan politik dan menjadi jaguh, maka bercakaplah mereka walaupun terkeluar daripada bidang mereka. Dengan harapan, mudah-mudahan apa yang dikeluarkan itu dapat menambah undi dan terus memegang kuasa.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila ia disokong oleh sistem pendidikan perkauman yang tidak banyak membantu mencelikkan mereka yang buta sejarah.

Apa yang wujud adalah, yang buta sejarah terus menjadi buta. Manakala yang tidak buta, buat-buat buta, sehingga menjadikan kenyataan-kenyataan yang dihamburkan amat pahit untuk diterima oleh mereka yang faham sejarah. Apatah lagi dalam kes Lian Hoe (Gerakan), Low Tiong Lai (MCA) dan Lim Kit Siang (DAP), yang saya fikir sengaja membutakan sejarah

Semua ini berlaku disebabkan kita gagal melahirkan generasi yang mempunyai semangat nasional yang tinggi.


Apa yang ada hari ini ialah rakyat yang mempunyai semangat perkauman yang amat menebal. Ini disebabkan oleh sistem pendidikan perkauman yang terus- menerus dibiarkan terasing daripada arus perdana.

Secara umumnya, terdapat dua jenis kumpulan bukan Melayu di negara ini berasaskan pendidikan perkauman.

Dalam hal ini, saya hanya mengambil contoh kumpulan orang Cina sahaja yang mewakili 26 peratus keseluruhan penduduk, yakni berjumlah 6.5 juta orang, selaku majoriti kedua terbesar.

Kumpulan pertama orang Cina, mewakili 85-90 peratus, berlatar belakangkan perkauman Cina, berpegang kepada tiga rukun, menyertai pertubuhan-pertubuhan Cina, bersekolah Cina dan membaca/mendengar/menonton media Cina.


Rata-rata berpendapat bahawa hanya sekolah Cina sahaja yang dapat mengekalkan kecinaan mereka.

Kumpulan ini kebanyakan tidak bergantung kepada kerajaan. Mereka banyak berdikari dengan menjalankan perniagaan persendirian.

Manakala selebihnya mewakili kumpulan kedua, 10-15 peratus, adalah kumpulan yang mendapat pendidikan Inggeris yang tidak mendapat pendidikan Cina.


Kebanyakan mereka ada yang beragama Kristian, Cina Peranakan dan menyertai kelab Lions dan Rotary. Kumpulan kedua ini banyak mensosialisasikan diri mereka dengan persekitaran Melayu, berbanding majoriti kumpulan satu hanya mensosialisasikan diri mereka dengan kelompok Cina sahaja.

Melalui kajian yang saya lakukan, kebanyakan di kalangan mereka langsung tidak mempunyai kawan berbangsa Melayu, apatah lagi untuk bergaul antara satu sama lain. Pendek kata majoriti hidup dalam kepompong dan tempurung mereka sahaja.

Proses sosialisasi itu telah berlaku sekian lama dalam kesemua bidang, ekonomi, politik, sosial, media dan sebagainya.

Akibatnya, kita hanya berjaya melahirkan rakyat yang hidup dalam kepompong perkauman, hanya meletakkan kepentingan bangsa atau etnik di hadapan, dengan mengenepikan kepentingan nasional.

Tidakkah sepatutnya dalam sebuah negara berbilang kaum, kepentingan nasional mesti diletakkan di hadapan berbanding dengan kepentingan
etnik? - Utusan Malaysia.

Pautan penting :- Artikel 1 , Artikel 2

Jangan ambil mudah kuasa politik generasi muda

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis ingin berkongsi satu artikel yang informatif mengenai senario hari ini, kepentingan internet serta sms dan kekuatan generasi muda yang bakal mencorakkan kerangka politik negara pada PRU-13 yang akan datang.

Yang menariknya ialah kenyataan artikel di bawah ini yang mengatakan bahawa :-

" Seorang pemimpin PKR memberitahu sebuah forum bahawa partinya mempunyai pangkalan data 5.4 juta pengguna telefon bimbit dalam pilihan raya 2008. Mereka menghantar SMS kepada mereka secara berperingkat-peringkat selama beberapa waktu sehingga menjelang pilihan raya. Bagi mereka ini cara yang paling berkesan mendekati pengundi, terutama golongan muda. Kesannya sama-sama kita ketahui. "

Selain itu, perlu diingat bahawa pada tahun 2007, hampir separuh daripada penduduk Malaysia iaitu lebih 13.5 juta merupakan pengguna internet. Angka ini sangat besar dan perlu diambil perhatian sepenuhnya oleh parti UMNO dan BN terutamanya Pemuda dan Puteri UMNO.

Penulis berharap agar pihak kepimpinan Pemuda UMNO bersikap serius di dalam hal menarik minat generasi muda dan meningkatkan penggunaan internet sebagai bahan asas untuk menerangkan ideologi dan aspirasi Pemuda UMNO kepada orang muda.

Sekarang bukan masanya lagi kita terlalu berharap kepada jentera kerajaan dan media-media tradisional dan pro-kerajaan untuk membuat kerja untuk kita.

Pemuda perlu lakukannya sendiri. Ianya tidak mustahil kerana setiap tahun, hampir puluhan ribu graduates daripada kolej dan universiti yang boleh menggerakkan usaha untuk mengempur alam siber ini.

Jika Pemuda UMNO masih ditokok lama dan masih 'takut' dengan Melayu muda yang berpelajaran, UMNO pasti akan menanggung kesulitan pada PRU-13.

Ikutilah :-

Johan Jaafar

(Berita Minggu)

DALAM Pilihan Raya Umum tahun 2013 kelak, dua juta pengundi baru akan mengundi. Bilangan ini bertambah dari jumlah pengundi baru seramai sejuta orang pada tahun 2004.

Mereka merupakan sebahagian daripada lebih empat juta pengundi baru, termasuk mereka yang layak mengundi pada tahun 2004 tetapi tidak mendaftar.

Sekiranya kesemuanya mendaftar maka jumlah keseluruhan mereka yang layak mengundi bagi pilihan raya akan datang ialah seramai 16.9 juta orang, termasuk 10.9 juta yang tersenarai sebagai pengundi pada tahun 2004.

Kita harus menerima hakikat bahawa pengundi muda pada dasarnya menentang establishment dan mereka tidak mempunyai bagej emosi dan sentimen.

Sejarah dan kisah lampau tidak penting bagi mereka. Mereka hidup dunia yang berbeza dari ibu bapa mereka. Mereka juga celik komputer dan terdedah pada pelbagai teknologi.

Mereka mendapat banyak maklumat dan berfikiran kritikal. Ini merupakan Generasi Y dan Z atau Generasi Starbucks yang harus diberikan perhatian oleh mana-mana parti politik yang ingin berkuasa atau mengekalkan kuasa.

Barisan Nasional (BN) seharusnya belajar dari pengajaran tahun 1999 dan 2008. Pada tahun 1999, Internet digunakan sepenuhnya untuk memerangi kempen BN yang menggunakan media arus perdana dan saluran formal yang lain.

Internet masih baru bertapak ketika itu dan bilangan rakyat yang melayari dunia siber masih kecil jumlahnya. Pada masa itu Internet hanya digunakan oleh kurang dari 15 peratus rakyat.

Bagaimanapun itu tidak menghalang bahan-bahan yang dimuat turun dari Internet beredar secara meluas. Budaya maklumat alam siber menjadi ciri baru dalam politik negara.

Pada tahun 2008, Internet mengambil bentuk yang lebih menakutkan bagi BN. Kali ini 60 peratus rakyat menggunakan Internet.

Pada tahun 2000, 3.7 juta pengguna Internet dilaporkan.

Pada tahun 2005 jumlahnya ialah 10 juta orang.

Pada tahun 2007, jumlah pengguna Internet di negara ini melebihi 13.5 juta orang atau separuh penduduk Malaysia.

Satu elemen lain yang mencorakkan landskap politik menjelang pilihan raya 2008 ialah peranan yang dimainkan oleh web blogs atau blogs.

Wahana yang pada mulanya tempat berinteraksi sosial menjadi senjata baru dalam perang menawan hati dan perasaan. Pada masa ini dianggarkan lebih 500,000 pemilik blog atau bloggers di negara ini, sebahagian kecilnya terlibat dalam politik. Tetapi pengaruh mereka tidak boleh diambil mudah.

Di dalam buku Blogging and Democratisation in Malaysia: A New Covil Society in the Making, Jun-E Tan dan Zawawi Ibrahim melihat fenomena blogging secara ilmiah sambil mengingatkan pembaca tentang pengaruh bloggers sebagai "thought leaders" (secara mudah pemimpin minda) bagi generasi baru.

Kelompok yang dipanggil "socio-political bloggers" ini mulai mencorakkan agenda pemikiran politik. Sebahagian besar dari dua juta bakal pengundi baru pada tahun 2013merupakan mereka yang biasa dengan alam blogging.

Bagi generasi baru ini maklumat tidak datang dari media arus perdana sahaja. Malah penolakan langsung terhadap media arus perdana yang dikatakan pro-pemerintah menyebabkan mereka mencari pilihan lain.

Apapun yang tersiar dalam media arus perdana dianggap tidak benar atau propaganda. Maka itu mereka mencari media alternatif sebagai sumber maklumat walaupun kredibiliti sumber itu boleh dipertikaikan.

Bagi banyak pihak kemunculan suara alternatif melalui kegiatan blogging ini mencerminkan kematangan proses demokrasi negara. Maklumat bukan lagi monopoli mana-mana pihak.

Kebebasan bersuara menjadi kenyataan akibat kegiatan blogging. Ini proses yang dimahukan dalam usaha melahirkan masyarakat cerdik, celik dan terbuka. Malah inilah sebenarnya prasyarat sebuah masyarakat sivil.

Bagi yang lain Internet menjadi alam bebas di mana anarki bermaharajalela. Siapapun boleh menyatakan pandangan atau mengecam. Malaysia telah berjanji pada dunia bahawa kita tidak akan menyekat atau menapis Internet.

Ini termaktub dalam Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia tahun 1998. Maka itu bagi mereka yang tidak bertanggungjawab, Internet akan menjadi medan menghina, mengecam dan memfitnah.

Kemenangan Barack Obama dalam pilihan raya presiden di Amerika Syarikat (AS) juga ada kaitannya dengan pengaruh media alternatif ini. Tidak ada calon presiden AS yang secara bijak dan berkesan menggunakan Internet. Internet bukan sahaja digunakan untuk meraih undi tetapi wahana baru untuk mendapatkan bantuan kewangan.

Pada tahun 2000, calon presiden dari parti Republikan, John McCain memperoleh RM21 juta sebagai sumbangan melalui Internet. Seorang lagi calon presiden, Howard Dean mengumpulkan RM94.5 juta sementara John Kerry mendapatkan RM294 juta pada tahun 2004.

Dalam sebulan sahaja, Obama mengumpulkan lebih banyak sumbangan dari semua perolehan mereka. Demikianlah kuasa Internet dan kehebatan Obama.

Satu perkara lain yang membabitkan pengundi muda ini ialah penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Seorang pemimpin PKR memberitahu sebuah forum bahawa partinya mempunyai pangkalan data 5.4 juta pengguna telefon bimbit dalam pilihan raya 2008.

Mereka menghantar SMS kepada mereka secara berperingkat-peringkat selama beberapa waktu sehingga menjelang pilihan raya. Bagi mereka ini cara yang paling berkesan mendekati pengundi, terutama golongan muda. Kesannya sama-sama kita ketahui.

SMS merupakan fenomena moden yang tidak boleh diperkecilkan. Pada tahun 2007, sebanyak 2.3 trilion mesej teks dihantar oleh manusia di dunia ini, meningkat 20 peratus dari tahun sebelumnya.

Pendapatan dari SMS sahaja ialah RM210 bilion bagi pengusaha syarikat telefon. Malaysia mempunyai 21 juta pemilik telefon bimbit. Kita menghantar secara purata 84 juta mesej teks sehari atau 32 bilion SMS setahun pada tahun 2006.

Tetapi di antara Januari dan September 2007 sahaja, rakyat Malaysia menghantar 39.8 bilion SMS atau secara purata 144 SMS juta sehari.

Internet dan telefon bimbit akan membawa perubahan besar pada cara pengundi menentukan pilihan. Teknologi canggih akan menjadi senjata baru parti-parti politik. Memang benar generasi muda tidak berminat pada politik.

Tetapi itu bukan bermakna mereka tidak mempunyai kesedaran politik atau hak mereka sebagai pengundi. Obama memenangi pilihan raya Presiden AS kerana sokongan yang melampaui ras dan tidak kurang pentingnya sokongan generasi muda.

Dalam pilihan raya presiden kali ini 11 peratus pengundi merupakan pengundi kali pertama. Berdasarkan tinjauan 68 peratus dari mereka menyokong Obama.

Secara mudahnya, berdasarkan pengajaran tahun 2008, dan apa yang berlaku di AS dalam pilihan raya presiden kali ini, undi generasi muda amat penting bagi menentukan siapa kelak yang berkuasa pada tahun 2013 di negara ini.

ARTIKEL TOP MINGGU INI.