Dr Novandri Hasan Basri
Blog Bigdotcom telah menyiarkan satu artikel yang patut dikongsi bersama para pembaca sekalian. Tajuknya ialah Ahmad Ismail dijangka akan didakwa menghasut. Di antara lain :-
Mantan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera Dato’ Ahmad Ismail, yang pernah menimbulkan kontroversi dalam ceramah semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh Ogos lepas dan diangkat sebagai ‘Wira Melayu’ semasa Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Bukit Bendera November lepas kini dikatakan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth Khamis (29 Januari 2009) atas tuduhan menghasut....
Penulis pernah menulis mengenai Datuk Ahmad Ismail. Sila klik Artikel 1 atau Artikel 2.
Diharapkan agar rakan-rakan bloggers dapat mewar-warkan di dalam blog masing-masing agar Mahkamah Seksyen Butterworth pada 29 Januari 2009 ini akan disertai dengan lebih ramai orang.


Salam persaudaraan buat Dr Novandri,
Lepas satu, satu. Selepas yang itu, yang ini pula terjadi. Pada mata kasar semuanya kelihatan seolah-olah tidak menyebelahi kita. Seolah-olah hanya kita yang kena. Begitulah besarnya ujian kepada UMNO, pemimpin dan ahli-ahlinya sekarang ini. Dalam sejarah saya menjadi ahli UMNO, ujian inilah yang paling hebat dan bertalu-talu datangnya.Jika ini caranya Tuhan menyedarkan kita, redhalah kita. Jika ini caranya Tuhan akan membersihkan dan memperkukuhkan parti kita,redhalah kita. Jika ini caranya Tuhan melakukan kifarat terhadap dosa-dosa kita, redhalah kita. Apalah daya upaya kita yang lemah ini untuk menghalang takdir Tuhan. Takdir Tuhan sedang berlaku pada kita sekarang ini. Mudah-mudahan kita semakin kental berpadu dalam menempuh saat-saat ujian getir ini.
salam,
saya telah copy paste artikel ni dengan kredit kepada Tn Dr.
pemudanaga.blogspot.com
cikgu bashid
Begitulah lumrah kitaran alam. Yang diatas apabila tiba gilirannya akan berada dibawah. Yang dibawah akan berada diatas.
Jika dapat dijadikan pengubat duka, bayangkan putaran roda kehidupan banyak memihak kepada UMNO(Baru). Kalau dikira dari zaman UMNO lama, 50 tahun lamanya berada diatas.
Kata orang tua-tua, ada ubi ada batas, tiba hari kita kena balas.
Elok juga kita merenung bagaimana nasib pihak lain yang selama 50 tahun berada dibawah sebelum ini. Elok juga kita renungi keperitan yang mereka hadapi. Mungkin ini boleh meringankan bebanan yang akan kita tanggung pula.
Juga eloklah kita renung habuan yang kita nikmati selama itu. Pasti nikmat selama 50 tahun berada diatas tentunya cukup untuk menjadi bekalan kita bagi mengha dapi zaman-zaman berada dibawah.
Percayalah, hukum alam itu adil.
Berbalik kepada berita yang ahmad ismail akan didakwa tak lama lagi, raswanya tindakan itu agak terlewat. Tindakan dalam politik ada timing dia, jika terlepas padahnya besar.
Seberat manapun pun tindakan yang akan dikenakan keatas beliau tidak akan mengubah apa-apa yang berlaku sekarang. Sudah terlambat.
Apatah lagi kita tau macamana UMNO(Baru) bertindak keatas ahlinya - hanyalah sekadar sendiwara sahaja. Tak lebih dan tak kurang. But remember, this time dont think you can hookwink the masses coz rakyat hari ini dah cerdik dan tau yang mana satu benar dan mana satu sendiwara bodoh.
bat8
ps: Keputusan untuk dakwa ahmad ismail now is a stupid move. Lainlah kalau dia didakwa selepas PRK Pmtg Pauh dulu.waiting how UMNO(Baru) will spin on tis issue. Am very sure bukan rakyat yang tertipu dengan langkah ini tetapi UMNO(Baru) yang akan tertipu.
mari lah kita sama2 support Datuk Ahmad Ismail .. semoga beliau dan juga parti keramat kita UMNO tabah menghadapi dugaan ini
Dr..
Jika pemimpin UMNO tidak mampu membela nasib Dato Ahmad Ismail... ni kan pulak rakyat biasa yang hanya mempunyai kuasa 4/5 tahun sekali, langsung tidak boleh berbuat apa2..
Kemana hilangnya pendekar UMNO yang menyisip kris dipinggang, pendekar yang danmencium keris, pendekar yang berpendidikan oxford, berslogankan "Setia kawan"?!!!
salam.
ini semua ujian buat ahli UMNO.ahli UMNO kena sedar yang merekalah yang mencorakkan UMNO.jika ahli UMNO benar-benar tekun bekerja dan menolak penyelewangan,maka eloklah jadinya UMNO.jika UMNO digunakan sebagai batu loncatan untuk menyeleweng dan manjadi takbur maka buruklah jadinya UMNO.ahli UMNO kena sedar benda itu.
buang yang keruh,ambil yang jernih.kalau UMNO tidak diberi dugaan maka sampai bila-bila UMNO takkan berubah dan sedar akan kesilapan mereka.
saya tujukan terus kepada datuk Azhar je dalam kes ni, selepas DAP ambil alih pemerinahan beliau je nampaknya "mnyalak" macam teresa kok . Bila lagi datuk azhar nak perjuangkan ahli umno serta kaum melayu sebagaimana sammy velu pertahankan dua timbalan menteri mereka dan sebagaimana menteri cina tidak mohon maaf diatas kesalahan kaum cina yang mempersendakan lagu negaraku kita...