Satu ketika dahulu, kereta Proton digelar kereta rakyat Malaysia kerana ianya mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Dan sehingga hari ini, Proton tetap dianggap kereta rakyat walau pun perusahan automobil negara telah dibanjiri oleh pelbagai jenama kenderaan yang harganya sangat kompetitif terutamanya dari negara China.Persaingan ini tidak dapat dinafikan telah mewujudkan pilihan kenderaan yang lebih banyak untuk para pembeli dan biasanya, model-model kenderaan yang menarik, memenuhi citarasa, baru dan mampu dimiliki.
Proton mempunyai model fleet kenderaan yang lama sungguh pun Proton Persona dan Proton Saga agak baru diperkenalkan tidak lama dulu. Kita juga sudah menerima foto-foto yang mendakwa bahawa kenderaan tersebut merupakan kenderaan MPV Proton yang bakal diperkenalkan tidak lama nanti.
Proton kini berdepan pula dengan diskriminasi oleh insitusi perbankan tempatan. Pemangku Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysai (Peda) mendakwa bahawa terdapat diskriminasi kerana para pelanggan baru yang mahu membeli kereta Proton dikenakan syarat amat ketat.Utusan Malaysia melaporkan, di antara lain :-
Katanya, institusi perbankan akan mewujudkan profil risiko bakal pelanggan dan kenderaan berdasarkan rekod lampau mereka dan rekod nisbah hutang tidak berbayar dalam sistem pihak perbankan.
"Ini adalah amalan yang tidak adil khusus untuk pembeli yang sudah menjelaskan hutang kereta. Tindakan bank seolah-olah menidakkan kemampuan pembeli untuk bertukar baru," ujar beliau.
Selain itu, tambah beliau, nilai pinjaman sewa kereta beli Proton juga dihadkan berbanding dengan kereta-kereta lain....
....."Tindakan melampau bank-bank tempatan ini boleh 'membunuh' Proton pada masa depan sekiranya masalah ini tidak dipandang serius oleh kerjaan dan Bank Negara Malaysia.....
.."Kalau bank-bank tempatan adil kepada jenama Proton mengapa kadar faedah yang dikenakan masih tinggi walau pun sejak November lalu BNM telah pun mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR)," tambahnya.
Beliau sekali lagi mempersoalkan mengapa institusi perbankan membenarkan pinjaman bagi Proton baru oleh peniaga kereta terpakai yang septutnya hanya diberikan kepada pengedar Proton yang sah...
Armin berkata, pinjaman kereta terpakai Proton adalah lebih rumit memandangkan Malaysia tidak mempunyai badan penilai harga kereta tersebut berbandingkan di Amerika Syarikat dan United Kingdom..
Penulis amat berharap agar pihak kerajaan, pihak perbankan dan BNM dapat campur tangan di dalam isu ini. Pastinya, pihak perbankan mempunyai alasan-alasan sendiri di atas tindakan mereka itu demi untuk mengurangkan risiko yang bakal ditanggung oleh mereka.
Dalam masa yang sama, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu menyokong produk tempatan seperti kenderaan Proton.

11 comments:
Bank memang macam itu Dr. Profit 1st, country later2...
Sama ada kerajaan kenakan syarat yg lebih tegas atau beli saja saham dlm bank. Mereka ada kuasa secara tak langsung dlm bank tadi.
hmm..
maleh nak cakap byk. PM kita sepatutnya lebih sensitif ttg perkara ni. ramai dari pengedar proton adalah melayu. malah adik TPM adalah CEO cimb.
are these two people really that insensitive, ignorant and above all hate the malays?
wallahuallam
BETUL TU,
KADAR FAEDAH UNTUK KERETA PROTON DAN PERODUA LEBIH TINGGI BERBANDING KERETA JENAMA LUAR.
HARI INI RAMAI MEMILIH JENAMA LUAR KERANA KADAR BAYARAN JANGKA PANJANG LEBIH MENARIK.
jagalah PROTON DENGAN BAIK WAHAI KERAJAAN BN SPERTI TUN MAHATHIR JAGA DULU
BY toksetiu.blogspot.com
Dear Dr,
i do not wish to be over-patriotic or what, but when Proton is discussed i can't help calling everyone to really understand what Proton is all about. Proton is Malaysia. You may not want to use Proton, but defend it you must.Proton must not be judged only by ringgit and cents, but by its achievements, and what it has done to enhance the nation's pride and dignity.
as for discrimination by financial institutions, that's an open secret. this is where the government should really put their foot down, and take action against those soul-less dinosours.
saya juga kurang setuju dengan bank dalam hal ini. seharusnya kereta tempatan lebih mudah dan murah untuk dimiliki.
salam,
pada sy kualiti kereta Proton yg paling hampeh (sorry yer ckp bahasa kasar), sbb sy dah melalui nya...
sini bocor, sana tercabut etc...
kelakar meter minyak pun bergerak2...
bila tanya technician, jawapan: biasa la bang mmg cam tu kereta proton...
lepas tu model yg dah berkurun lama tak berganti (i.e V6, Wira)
Abih camno nak support....
Salam
Setuju dengan pendapat Juraimi. Pernah menggunakan Saga,Iswara,Wira dan Waja. Problem yang sama...power window rosak..pembuka pintu patah...jawapan yang sama...rosak ni biasa la bang..technician proton kata.
Sekarang terpaksa guna kereta import. Tak larat nak support dah...
proton dah jadi pemalas bawah pm flip flop...
memang ler rate proton tinggi kalau dibandingkan ngan rate kereta luar kerana:
1. jangka hayat penggunaan proton lebih singkat dibandingkan dgn kereta lain cth. honda, toyota, bmw merc.
2. cuba tanya org bank, yg tetapkan rate tu berbeza antara kereta import vs tempatan (proton & perodua) adalah pembuat kereta sendiri, bukannya bank, kenapa yer?
Kita semua nampak sewaktu Tun M PM dan Tan Sri Tengku Mahalil mengendali Proton bukan main berjaya Proton sampai tunai ada berbillion dan mampu bina kilang robotik tapi tu la bila dah berjaya muncul pulak segolongan perosak sial yang mau tunjuk pandai dan akhirnya jadi la Proton hari ni yang terkial-kial mencari hala tuju sampai mau menjual hartabenda meminta-minta bantuan macam pengemis ....
Post a Comment