Genting Gaza (bahasa Arab: قطاع غزة ditransliterasikan sebagai Qiṭāʿ Ġazza/Qita' Ghazzah, bahasa Ibrani: רצועת עזה Retzu'at 'Azza) juga dikenali sebagai Semenanjung Gaza) adalah sebuah genting berpantai di sepanjang Laut Medditeranean yang ditadbir oleh Hamas.
Ia bersempadankan Mesir di sebelah tenggara dan Israel di sebelah timur dan utara. Panjangnya kira-kira 41 kilometer (25 batu), dan di antara 6 dan 12 kilometer (4–7.5 mi) lebar, dengan satu keluasan berjumlah 360 kilometer persegi. (139 sq mi) - Wikipedia.
Wilayah ini mengambil nama sempena nama bandaraya utamanya iaitu Gaza. Ia mempunyai kira-kira 1.4 juta penduduk berketurunan Arab Palestin (atau orang Gaza).Dengan keluasan dan kelebaran yang begitu kecil, 1.4 juta penduduk semenanjung Gaza adalah ibarat walking target untuk latihan askar-askar Zionis.
Malah penggunaan jet pejuang dan peralatan tentera yang sofistikated seperti kereta kebal untuk menyerang askar-askar Hamas merupakan satu taktikal perang yang amat memalukan dan tidak sepatutnya dilakukan.
Apakah Hamas boleh lakukan dengan kelengkapan tentera Israel yang seolah-olah berperang dengan satu negara besar yang lengkap peralatan ketenteraannya?
Apakah batu-batu yang dibaling oleh penduduk Palestin memerlukan Israel menggunakan jet pejuang dan kereta kebal untuk melawan balik?
Dunia perlu melaung-laungkan bahawa tentera-tentera Israel merupakan pasukan tentera yang paling pengecut sekali di dalam dunia ini. Mereka bukanlah tentera yang sebenarnya tapi orang yang digajikan untuk berpakaian tentera, tidak jantan dan tidak berani langsung.
Amat memalukan jika tentera-tentera Israel meneruskan modus operandi pengecut begini. Yang pastinya, imej mereka telah pun lama tercalar.

7 comments:
Orang HAMAS sahaja sudah tentu tidak berupaya untuk melawan musuh utama islam (israel ) itu. Jangkaan saya sedikit jam lagi HAMAS akan istiharkan dirinya mengalami KEKALAHAN. Pengistiharan tersebut sebenarnya langkah terkahir mereka bagi menyelamatkan nyawa rakyat Gaza drp semuanya mati dibedil Israel. Namun Israel akan meneruskan sehingga semua rakyat Gaza akan mati bertebaran dibumi kurang bertuah itu.
Maka banyaklah alasan kita diatas kebaculan kita untuk tidak sama-sama berkorban nyawa disitu. Lebih parah lagi ketika itu banyak ayat suci dilimparkan bagi mengizinkan kebaculan kita dari perjuangan tersebut. Apakah anak-anak yang mati di Gaza itu bukan anak kita?
Salam bungaraya,
Semenanjung Gaza mempunyai sejarah lama yang sampai sekarang masih tidak difahami dengan jelas oleh masyarakat dunia.
Kita masih bingung dengan putar belit media2 terkenal dunia yang memesongkan fakta sejarah agar tindakan Israel dihalalkan dan tidak mendapat tentangan secara ketenteraan oleh jiran-jiran Palestin.
Amat memalukan apabila pembesar2 Arab tidak dapat melakukan sesuatu ke atas Israel dan hanya mampu memandang sahaja.
Titik noktah kepada rintihan penduduk Gaza dan Palestin hanya jika tentera UN berada di tengah2 konflik tersebut.
Suara2 negara yang prihatin hanyalah 'suara2 nyamuk' yang tidak akan mampu mengertak Israel biar sedetik pun. Amat menyedihkan....
Adakah Israel menggunakan askar upahan??? sebab tu mereka tiada yang jantan dan betina.. tidak juga bertelur.. jika diselidik dengan kewangan yang banyak mereka boleh berbuat apa sahaja..
Adakah anda mampu percaya kenyataan di bawah? Kenyataan di bawah dipetik dari satu sumber yang rapat dalam bidang jurnalis Timur Tengah.
" Hamas sibuk menghendap dan menculik eksekutif-eksekutif Fatah (malah ada yang dibunuh), sedangkan mereka sibuk dibom dan dibedil oleh tentera zionis. Hamas percaya Fatah bertanggungjawab di atas serangan Israel ke atas Palestin hari ini."
Kalau betul, adakah perlu sokongan kita terhadap Hamas? Atau perlunya sokongan kita pada PLO? Atau pada Fatah? Tak apa fikirkan..
Bantuan utama tetap pada mangsa kanak-kanak, kaum wanita dan golongan tua. Itu semestinya.
Doc, sekiranya dilihat dalam Google Map, Gaza ini seolah-olah pulau yang di hadapannya laut mediteranean dan di belakang dan sisinya (bahagian Israel ialah ladang tanaman yang luas, yang menjadi benteng (buffer zone)sebelum tiba pada bandar-bandarnya. Pelancar yang jarak dekat pasti tak sampai ke bandarnya akibat adanya buffer ini. Wallhualam.
Hamas sebenarnya setahu saya tidak diiktiraf oleh dunia arab kerana dikatakan "radikal".sebab itu dunia arab seakan-akan membisu dalam hal di Gaza.ditambah pula dengan pembabitan US dengan Israel membuatkan dunia arab mengambil pendekatan yang acuh tak acuh.walaupun mereka bersuara menentang namun hanya setakat itu sajalah.
takkan mampu hamas dan orang palestin untuk melawan serangan dari Zionis yang menggunakan kelengkapan yang serba canggih.Israel dapat menggunakan kelengkapan canggih kerana banyak bantuan yang disalurkan kepada mereka.dibandingkan dengan Hamas dan Palestin,bantuan kepada mereka disekat.kalau ada bantuan pun tidaklah sebanyak yang Israel terima.
tidak adil apabila hamas menggunakan senjata yang boleh ditertawakan oleh Zionis apabila Zionis mampu meletakkan kereta kebal mereka didepan muka pejuang hamas.
Post a Comment