CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Friday, February 27, 2009

'Celaka' & Kenaikan Tol

Dr Novandri Hasan Basri

'CELAKA'

Apakah Karpal Singh tidak tahu makna 'celaka' dan impaknya jika perkataan itu dilontarkan kepada orang lain terutamanya orang Melayu?

Persoalan ini timbul apabila ada rakan yang memberikan komentar bahawa perkataan celaka itu tidak membawa apa-apa makna yang berat seperti yang disangka dan diterima oleh mereka yang dicelakakan itu.

Jika benarlah celaka yang dikatakan oleh Karpal Singh tidak bermaksud seburuk yang difahamkan oleh orang Melayu dan Pemuda UMNO, makanya Karpal Singh adalah seorang warganegara Malaysia yang tidak prihatin dan terlalu bodoh untuk tidak menjaga hati bangsa lain di dalam negara ini.

Adalah amat memalukan jika Karpal Singh tidak sedar buruknya perkataan 'celaka', lebih-lebih lagi seusia beliau yang hampir ke penghujungnya. Malah, perkataan itu dilontarkan di dalam dewan parlimen yang mulia dan dipandang tinggi oleh seluruh rakyat Malaysia dan dunia.

Kita mempunyai pelbagai lagu dan sindiran mengenai bangsa Karpal Singh tetapi kita tidak akan semudah Karpal Singh untuk menyindir beliau dan bangsa Sikh. Ini adalah kerana bangsa Sikh perlu dihormati seperti kita menghormati bangsa-bangsa lain di Malaysia ini.

Makanya, hanya Karpal Singh yang perlu dikritik habis-habisan kerana keceluparan beliau itu.

Maksud penulis, apakah Karpal Singh yang sebenarnya layak dipanggil 'celaka'?

Sehingga saat ini, kita masih menunggu Karpal Singh mengulangi kata-kata beliau di luar dewan parlimen. Dan jika beliau adalah seorang yang 'jantan', beliau akan menyahut cabaran ini dan sanggup menerima apa sahaja risiko yang tertakluk di dalam undang-undang. Itu barulah 'king' namanya.

Jika tidak, Karpal Singh memang penakut dan pengecut. Firasat penulis, Karpal Singh memang begitu.

KENAIKAN TOL

Pertama sekali, penulis membantah kenaikan tol seperti yang diumumkan oleh Kementerian Keja Raya semalam. Walau pun penulis adalah ahli UMNO tetapi keputusan kerajaan BN yang menyusahkan rakyat, perlu dibantah.

Walaubagaimana pun, penulis mengucapkan tahniah kepada kabinet kerajaan kerana tindakan segera menangguhkan pelan kenaikan tol lebuhraya. Keputusan itu amat melegakan kerana isu kenaikan tol ini pastinya akan menaikkan kemarahan dan kecewa rakyat kepada kerajaan BN kerana tidak prihatin kepada rakyat.

Seperkara lagi, jika isu ini tidak ditangani dengan segera, parti pembangkang pastinya akan menggunakan isu kenaikan tol ini dengan habis-habisan dan parti BN tidak mempunyai jawapan yang mampu menyakinkan rakyat.

Yang menimbulkan kemusykilan kepada penulis ialah bagaimanakah kenaikan tol itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya tanpa persetujuan kabinet dan Perdana Menteri sendiri?

Apakah kementerian Kerja Raya mempunyai kuasa mutlak untuk mengumumkan harga tol baru tanpa perbincangan dengan kabinet?

Jika ya pun, apakah Kementerian Kerja Raya begitu blunt dan tidak mempedulikan langsung pandangan rakyat dan mengharapkan agar rakyat akan menerima begitu sahaja tanpa mengeluh dan kecewa ?

Yang pastinya, perkara yang perlu dilakukan selepas ini ialah untuk Kementerian Kerja Raya menjelaskan dengan terperinci dan transparen mengenai kos penyelenggaraan serta kontrak lebuhraya agar tidak dipertikaikan oleh rakyat.

Dan kerajaan perlu memikirkan mekanisme lain untuk menyerap kos tol itu agar tidak terlalu dirasakan oleh rakyat Malaysia

2 comments:

akusayangumno said...

Saya juga senada dengan Dr, iaitu mencabar kapal sink menlontarkan perkataan celaka itu diluar dewan dan tujukan bukan sahaja kepada Pemuda UMNO, malah seluruh Melayu. Dan mengenai tol, tanyalah kepada orang kayapun mereka pasti memberi reaksi yang sama seperti golongan marhien seperti saya.

Isu tol adalah antara racun yang boleh meruntuhkan UMNO/BN pada bila-bila masa sahaja kerana perjanjian yang menjadi rahsia diantara pemilik konsesi dan kerajaan.

Rakyat perlu tahu isi perjanjian berkenaan. Jika perjanjian itu tidak munasabah, maka ianya mesti dirombak.....perjanjian bikinan manusia....

Anonymous said...

Kerajaan siapa la yang punya angkara ya yang buat perjanjian konsesi bodoh ni......

Lagi satu biol, Pak Lah tak kan tak tau M ZIn akan pi penaik tol rate.. apa la ....

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED