Esok (24/2/09) akan diadakan majlis cabutan nombor untuk calon-calon yang bertanding semasa Perhimpunan Agung UMNO bulan Mac ini. Ianya melibatkan kesemua sayap UMNO dan akan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur.Proses cabutan itu melibatkan calon-calon dan wakil-wakil calon UMNO.
Penulis difahamkan bahawa pemilihan kali ini juga menggunakan satu sistem yang dinamakan 'Digital Voting System' bertujuan untuk melancarkan lagi proses pengiraan undi serta mempercepatkan pengiraan undi ketika itu.
Penulis mengalu-alukan penggunaan sistem baru ini tetapi diharapkan sistem tersebut dapat dijalankan dengan telus, transparen dan tidak menimbulkan masaalah kelak.
Penulis dan wakil penulis, saudara Afriz Hj Mohd Noor, akan berada di PWTC esok untuk menentukan nombor penulis.
Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, penulis akan bertanding sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia. Laluannya begitu sukar tetapi terpulanglah kepada perwakilan untuk menilai dan memilih kepimpinan Pemuda yang baru pada bulan Mac ini.
Yang paling penting sekali ialah kepimpinan Pemuda UMNO yang baru mesti yang terbaik, great thinkers, berhemah dan mampu menjadi contoh kepada generasi muda hari ini.
Realitinya, saluran 4 dan 5 di dalam pilihanraya mesti didekati dan difahami aspirasi mereka dengan berkesan dan berterusan agar PRU13 akan berpihak kepada UMNO dan BN.
Realitinya, saluran 4 dan 5 di dalam pilihanraya mesti didekati dan difahami aspirasi mereka dengan berkesan dan berterusan agar PRU13 akan berpihak kepada UMNO dan BN.

1 comment:
Salam Tahniah,
Cina kata nombor lapan banyak ONG. Ada betulnya... calon yg dapat nombor single digit punya kelebihan. Senang perwakilan nak ingat. Tapi yg lebih penting ialah teruskan berkempen secara sihat.
Moga-moga nombor 54 turut bernasib baik di hari pertandingan.
Selamat berjaya!
Post a Comment