FACEBOOK DR MIM

Monday, May 04, 2009

Kerelevanan Saf Pemuda UMNO Malaysia..

Berikut adalah senarai lengkap Biro, Sekretariat dan Unit Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baru :-

1. Biro Politik – Khairy Jamaluddin.

2. Sekretariat Pengurusan – Datuk Razali Ibrahim.

3. Sekretariat Penerangan – Datuk Reezal Merican Naina Merican.

4. Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan – Soohaimi Shahadan.

5. Biro Pertanian dan Industri Asas Tani – Zubir Zabidi.

6. Biro Antarabangsa/Aman Malaysia – Datuk Ahmad Zaki Zahid.

7. Sekretariat Hal Ehwal Luar Bandar – Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak.

8. Sekretariat Hal Ehwal Bandar – Tengku Azman Tengku Zainal Abidin.

9. Biro Putera UMNO – Megat Zulkarnain Omardin.

10. Biro Perhubungan NGO – Suffian Awang.

11. Biro Keahlian dan Pemilih – Hishammuddin Yahaya.

12. Biro Pendidikan Politik – Ali Mazat.

13. Biro Pelajaran – Mohd Gasing Saling.

14. Biro Pengajian Tinggi – Syahrin Jamaluddin.

15. Biro Agama - Ustaz Mohd Afandi Yusof.

16. Biro Aduan Komuniti – Datuk Mohamad Khairun Aseh.

17. Biro Sukan – Datuk Ahmad Darus

18. Biro Kebudayaan dan Kesenian – Jamawi Jaafar

19. Biro Sosio Etika – Mohamad Iruan Zulkefli.

20. Sekretariat Profesional Muda – Shafiqurrahman Shamsuddin.

21. Sekretariat Pekerja Muda – Nazir Hussin Akhtar Hussein.

22. Sekretariat Perhubungan Kerajaan – Badrol Hisham Zaki.

23. Sekretariat Pemuda BN dan Satu Malaysia – Mohd Faizal Ramli.

24. Unit Pidato dan Penghujahan Umum – Lokman Noor Adam.

25. Unit Media Baru – Tun Faisal Ismail Aziz

26. Unit Perang Saraf – Mohd Anis Hisham Abd Aziz.

27. Akademi Pemuda – Khairul Azwan Harun.

28. Biro Tugas-tugas Khas – Abdul Razak Abdul Rahman.

Any comment ?

19 comments:

  1. PPUNT hanya mengharapkan mereka yg dilantik jalankan amanah dan tugas sebaik mungkin dengan penuh ikhlas, jujur, bertanggungjawab dan penuh komitmen...


    Lakukan sesuatu utk mengembalikan sepenuh kepercayaan rakyat kepada UMNO dan BN amnya..

    ReplyDelete
  2. SEMOGA ALLAH SELAMATKAN UMNO!

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Dr, kita bagi peluang dan ruang kepada exco2 ni untuk buat kerja. Walaupun masa untuk PRU 13 semakin dekat, kita akan dapat nilai samada mereka2 ini dapat melaksanakan atau tidak amanah dan tanggungjawab yang diberi.tq

    ReplyDelete
  4. Berapa banyak biro da!!!! Hopefully those clowns especially who have taken money and voted kj can produce results.
    By the way, when is k.j going to be called again by the board. Can't wait for that guy to be kicked out.
    You know what he said to his supporters in Rembau,
    ' jangan tengok aku sekarang, tapi tengok aku dalam 10 tahun lagi'
    Dont believe me can ask his supporters. Sound very arrogant isn't he? Memang telungkup la UMNO kalu dia masih dalam umno.

    sekian terimakasih.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Dr.

    Saya tak ingin nak komen pasal 'saf' exco pemuda dan biro-biro yg dipertanggungjawabkan kpd mereka ini, kerana saya tak begitu kenal dengan exco-exco tersebut.

    Tetapi apa yg saya nak nyatakan ialah perasaan hairan saya tentang exco-exco lantikan yg dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia baru-baru ini. Mengapakah beliau tidak memberi peluang kepada orang-orang seperti Dr sendiri untuk berada dalam barisan exconya? Apakah Dr tidak layak untuk menjadi exco pemuda, ataupun Khairy tidak langsung melihat sumbangan Dr kepada masyarakat selama ini? Yang dilihatnya mungkin adalah sumbangan individu2 tersebut kepada dirinya sendiri, terutamanya dalam memenangkan dirinya ke jawatan Ketua Pemuda. Ini sesuai sangat dengan slogan 'Setia Kawan' beliau itu.

    Perkara sama dapat dilihat apabila dia memilih barisan kepimpinan Pemuda negeri-negeri. Contohnya Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang, negeri saya sendiri, iaitu Saudara Abu Jimi Samat. Bukanlah saya ingin merendah-rendahkan martabat Saudara Abu Jimi ini, tetapi yg setahu saya dia cuma seorang bekas pekerja am di JKR dan tidak berpendidikan tinggi. Selepas menjadi Ketua Pemuda Bahagian dia jadi kaya raya dan berhenti kerja dengan JKR. Yang hairannya dia tak ada lesen kontrak kelas F sekalipun. Apakah ini orang yg hendak diketengahkan oleh Khairy sebagai pemimpin Pemuda untuk menghadapi saingan daripada PKR dan PAS?

    Di kala PKR dan PAS sibuk merekrut golongan professional muda dan berpendidikan tinggi Melayu kedalam 'saf' kepimpinan mereka, UMNO pula beri keutamaan pada orang-orang yang tak tentu hala. Golongan berpendidikan, berpengetahuan dan sanggup bekerja demi parti bukan sebab duit dipinggirkan, seperti Dr contohnya. Apakah ini yg Khairy nak tonjolkan pada generasi muda Melayu yang semakin hari semakin jauh dari UMNO?

    Mungkin sudah cukup bagi Pemuda UMNO untuk ada seorang pemimpin yg berkelulusan tinggi dari Oxford. Yg dibawah tak perlu orang-orang yg cerdik pandai, cukup sekadar boleh membaca, menulis dan mengira duit sahaja. Saya tahu bahawa in politics acceptance is first and intelligence is second, but these group of mediocre leaders recruited by UMNO are only accepted by the party's own rank and files, not the people generally.

    Golongan ini tak kisah apa sahaja yg akan berlaku kepada UMNO. Mereka tak peduli apa jua pembaharuan yg Presiden parti cuba bawa. Yang lebih penting pada mereka ialah mereka ada duit tiap-tiap bulan untuk bayar kereta Harrier mereka.

    ReplyDelete
  6. Saya dimaklumkan, beberapa Ketua Pemuda Bahagian berebut rebut menyembunyikan diri dari dilantik ke exco atau Ketua Pemuda Negeri kerana tidak mahu 'melekat' atau 'dikaitkan' dengan KJ - mereka bimbang tidak punya masa depan di era Najib.

    KJ masih mempunyai masa untuk menentukan pilihan hayatnya dalam politik UMNO atau menjadi lebih terampil untuk berada di parti lain.

    ReplyDelete
  7. Salam Blogger,

    Bila Khairy memegang politik, begitulah jadinya...

    Jom lawati blog saya Dr... TQ

    ReplyDelete
  8. Penubuhan biro-biro baru satu langkah tepat untuk mengembalikan pemuda ke zaman kegemilangannya. Berilah sokongan kpd mereka yg terpilih untuk berbakti kpd UMNO. Jika kita tidak sokong Pemuda, kita sebenarnya sedang menggali kubur buat UMNO.

    Lupakan soal pemilihan yang lepas. Agenda mengembalikan sokongan generasi muda kpd UMNO bukan kerja enteng yg boleh ditangguh-tangguh lagi. Bloggers yg mengaku menyokong UMNO tidak seharusnya terus-terusan menabur bibit2 kebencian sesama ahli parti. There's a lot of impostors out there yg sentiasa menunggu peluang untuk menjadi batu api.

    Jika kita lupa untuk berhenti bergaduh sesama kita, bersedialah untuk hidup di bawah pemerintahan bangsa asing.

    ReplyDelete
  9. Jikalau mereka ini benar-benar jujur dan amanah silalah tetapi jikalau mereka ini tidak jujur dan amanah SAYA DENGAN INI MEMOHON KEPADA ALLAH SUPAYA MELAKNATKAN MEREKA terutamanya yang MENJADI KEPALA.

    KEpada mereka ini jangan jadi PAK TURUT atau KERBAU yang ditarik HIDUNG..jika SALAH kata salah..jika BENAR berjuanglah habis-habisan..

    ReplyDelete
  10. Cuma satu je kenapa KJ pilih orang ini?? 13. Biro Pelajaran – Mohd Gasing Saling.Apa sumbangan yang dia buat di BAHAGIAN dia?? Tak ada apa pun.. KELAYAKAN? Tak ada apa pun!!

    KJ ni BUAT LAWAK ke apa takde ke PEMUDA yang lebih layak daripada orang ini?? PEMUDA kan ada ramai ahli PROFESSIONAL malah ada PHD kenapa pilih orang yang KURANG LAYAK untuk memimpin BIRO PELAJARAN??

    ReplyDelete
  11. Salam

    Hormati Saf Pemuda. Beri sokongan yang tak berbelah bagi. Hindarkan perasaan hasad dan dengki. Persepsi yang dicipta oleh Tun Dr.M harus kita tolak ketepi.

    Sejarah kejatuhan bangsa kita adalah disebabkan hasad dengki dan fitnah keatas pemimpin dan bakal pemimpin kita.

    Melayu tidak mudah lupa. Jika Hang Nadim tidak dihukum kerana kepintarannya, mungkin sejarah bangsa kita amat berbeza.

    ReplyDelete
  12. Salam semua,

    Mungkin perkara pertama yg perlu dibuat oleh setiap exco Pemuda Pusat ialah dgn mempunyai blog dan FB masing-masing.

    Dapatkan seberapa banyak input drp pemuda2 Melayu tidak kira pegangan politiknya asalkan inputnya positif, konstruktif, praktikal serta dpt menggahkan lagi Pemuda UMNO.

    I don't think Excos can get enough fresh & effective ideas from their retreat weekend among themselves only.

    Open up the floor & get as much info from the youth!

    ReplyDelete
  13. Pemuda UMNO VeteranMay 5, 2009 at 11:57 AM

    Salam Dr...
    Saya tak kenal dgn saf-saf baru Pemuda UMNO ni...tetapi adakah mereka ini yang paling hampir dgn kalangan pemuda Melayu atau yang terkaya dalam kelompok biasa pemuda Melayu..Diharap mereka ini tidak mementingkan tembolok masing2 kerana pemuda Melayu benar2 terhimpit dan memerlukan pembelaan jitu.Jika itu yang saf-saf ini dapat berikan,pasti pada PRU 13 nanti undi generasi muda ini meningkat.Jika tidak,kita tahu apa yang saf-saf itu tidak lakukan...

    ReplyDelete
  14. Macam say cakap tadi yg lain saya tak kisah tetapi Mohd Gasing Saling memang tak layak pegang biro PElAjARAN.. kalau kamu semua tak percaya cuba siasat siapa dia dan apakah latar belakang dia dan apakah sumbangan dia di BAHAGIAN dia..

    ReplyDelete
  15. Alahai Mr Ketam. Pemilihan Pengerusi Biro adalah berdasarkan mereka yg terpilih dan dilantik menjadi EXCO. Jika itu pun tak tahu, tak payahlah tunjuk hero dan hasad dengki tu.

    Doc, Blogging adalah salah satu cara untuk mendekati golongan muda but it's not the only way. Exco perlu turun berjumpa akar umbi di bahagian2 dan bertukar pandangan. Jangan tunjuk muka ketika pemilihan saja.

    ReplyDelete
  16. Salam Sang Setia,

    Saya setuju bahawa blogging is not the only way but it's one of the way yang belum diceburi secara aktif oleh kepimpinan Pemuda pusat.

    Berjumpa dgn. akar umbi adalah satu perkara wajib yg mesti dilakukan.

    Dalam masa yg sama, kita mahu mendekati pemuda2 Melayu yg lain dgn apa sahaja sumber media yg ada terutamanya IT.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Salam Dr,

    Melihat kepada saf yang baru dipilih dengan portfolio yang diberikan, saya amat bimbang sekiranya mereka-mereka ini tidak berupaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Bukanlah niat untuk merendah-rendahkan kebolehan mereka (kalau tak berkebolehan masakan menang Ketua Pemuda Bahagian & Exco Pemuda) tetapi diketahui mereka ini tidak proaktif malah pasif ketika berada di bahagian.

    Bukan barisan exco dengan portfolio yang diberikan sahaja malah kepada 2,3 orang yang dilantik sebagai Setisausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Setiausaha Kerja masing-masing sudah terpalit dengan parut korupsi yang amat dasyat. Tidak hairanlah jika hari ini dan sepuluh tahun lagi (ambil kata-kata KJ) UMNO dan BN serta kerajaan tidak mampu menghapuskan rasuah! Kerana sedari awal lagi barisan pelapis RASUAH telah pun dibentuk untuk mengalas serta mengantikan kepimpinan yang ada pada hari ini.

    ReplyDelete
  18. Kalau KJ serius, dia patut lantik kalangan Pemuda yang sesuai dan 'competent' untuk biro2 ini. Tak semestinya exco. Macam Najib buat , dia tak lantik 'pelahap-pelahap' yang dikenalpasti untuk menjadi barisan menteri? Dia lantik yang 'fresh'. Biro2 ini amat penting untuk berperanan. Mungkin KJ nak 'apply' KPI Najib kat biro2 ni, lepas 6 bulan baru tukar orang 'competent' kita tak tahu lah. Kita tak mahu kegagalan FAM di bawah KJ turut merasa tempias dalam PEMUDA UMNO ini.

    Serius atau tidak serius saf2 ini, kita lihat dan pantau.

    ReplyDelete
  19. samalah di kelantan yg dilantik semua org kj dan umum tahu typical orang kj tak ada kelulusan hanya pandai bodek.tak tahulah mcm mana pemuda umno negeri kelantan ni,semua tak sekolah yg pegang jawatan baik ketu pemuda negeri,baik naib dan biro politik.mampus orang bodoh jadi ketua.

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.