PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Monday, May 25, 2009

Nizar - Confession Of The Desperado.

Dr Novandri Hasan Basri

Rupa-rupanya, DS Mohd Nizar Jamaluddin masih beria-ia untuk mendapatkan kerusi menteri besar Perak. Dan beliau telah menggalakkan rakyat Islam di Perak untuk berpuasa sunat bersama pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang berazam benar untuk mogok lapar.

Kata beliau :-

“Kita akan sama-sama berpuasa dengan rakyat bukan beragama Islam yang berhasrat untuk mengadakan mogok lapar bagi menyampaikan keazaman kita supaya mendapat perkenan sultan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dakwa beliau lagi :-

“Kami mahu menyampaikan mesej ini dengan jelas bahawa kera bukjaanan ditentukan oleh mahkamah, sebaliknya ditentukan rakyat sendiri menerusi jalan terbaik iaitu pilihan raya,” kata bekas Menteri Besar, Datuk seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat (PR) menyeru rakyat Islam di negeri ini untuk berpuasa sunat manakala bukan Islam pula akan mengadakan mogok lapar selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis ini bertujuan mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya DUN dibubarkan.

“Mana-mana kerajaan di dunia ditentukan oleh rakyat dan tindakan turun naik mahkamah adalah semata-mata untuk menghormati undang-undang negara.

“Itu tidak bermakna mahkamah yang akan menentukan kerajaan. Kerajaan akan ditentukan melalui suara dan juga hak rakyat. Justeru kuasa untuk memilih sesebuah kerajaan harus diserahkan kepada rakyat".-
BuletinOnline

Penulis tersenyum sinis apabila membaca keterangan Nizar itu. Penulis juga berasa hairan,

1. Di manakah kelibat Nizar apabila DS Anwar Ibrahim cuba merampas kuasa kerajaan pusat melalui lompat kerusi ahli-ahli parlimen pada 16 September 2008 (klik di sini..) ?

2. Apakah Nizar tidak tahu bahawa agenda Anwar Ibrahim itu tidak demokratik dan tidak sebulu dengan prinsip 'murni' Nizar seperti yang Nizar canangkan hari ini?

3. Kenapakah Nizar tidak berpuasa sunat ketika itu supaya Anwar Ibrahim sedar diri dan berpijak di bumi yang nyata?

Nampaknya juga, Nizar tidak menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Sultan Perak berhak untuk melucutkan beliau di atas undang-undang negeri Perak yang sah?

Begitu jelas sekali bahawa Nizar telah menghina 3 perkara yang termaktub di dalam Rukunegara Malaysia yang menjadi tiang keutuhan dan kemakmuran negara selama ini.

1. Nizar tidak mempunyai kesetiaan kepada Raja (Sultan Perak).

2. Nizar tidak menghormati kedaulatan undang-undang.

3. Nizar kurang arif di dalam menjaga tatasusilanya bila bersama Sultan Perak (rujuk foto beliau bersama Sultan Perak).

Persoalannya, apakah rakyat Islam di Perak perlu melayan seruan Nizar untuk berpuasa sunat bersama-sama 'master' beliau iaitu pemimpin-pemimpin DAP yang tidak suka Malaysia disebut negara Islam?

By the end of the day, Nizar hanyalah seorang ahli politik yang kempunan kerana bukan sahaja tidak lagi Menteri Besar negeri Perak, kereta Camry juga bukan milik beliau lagi.

Kesihan tapi padanlah.

13 comments:

Mr.KETAM said...

Takde ke orang UMNO ke PEMUDA UMNO ke buat laporan polis pasal banyak sangat PEMIMPIN PR ni buat keluar KENYATAAN MENGHINA MAHKAMAH??

PEGUAM NEGARA TIDOQ ka??

PEMUDA UMNO TIDOQ ka??

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Salam.

Pandangan saya sebagai rakyat biasa yang layak mengundi:

1. Startegi DSAI bagi mencapai matlamat 16 Sept - mendesak sidang Dewan dipanggil untuk mengusulkan undi tidak percaya keatas mantan P.M Tun Abdullah. Kegagalan memanggil sidang tergempar mengagalkan matlamat 16 Sept.

2. Strategi DSN - mendapatkan sokongan 3 ADUN Bebas yang dulunya ADUN PR, mengadap Sultan dan mengistiharkan Datuk Seri Dr. Zambry sebagai MB Perak. Selepas itu baru lah ada cadangan memanggil sidang tergempar.

3. Persepsi rakyat walaupun apa alasan yang diberikan oleh 2 ADUN PKR yang menjadi ahli bebas, berhijrahnya mereka dari PKR kepada bebas amat berkait rapat dengan kes rasuah seks yang mereka hadapi. Rujuk kembali tulisan Dr. mengenai isu rasuah ini.

4. Saya lihat strategi ADUN BN melompat kepada PKR kemudian melompat balik kepada BN bersama ADUN PR ada persamaan dengan keputusan mahkamah. Mula-mula ok kemudian tak ok. Mungkin secara kebetulan. Saya tak bermaksud nak menghina keputusan mahkamah.

5. Mantan PM Dr.M pernah berkata dalam tulisannya, jika DUN dibubarkan adalah mustahil BN akan memenangi pilihanraya di Perak. Ini menunjukkan majoriti rakyat Perak mahukan PR memerentah negeri mereka. Saya percaya demokrasi berpelembagaan masih wujud di negara kita.

6. Tindakan DS Nizar mungkin kerana beliau percaya majoriti rakyat masih menyokongnya.

Begitulah pandangan saya yang mengundi di negeri Perak walaupun menetap di P.P

Antibarua said...

Cerita/Filem Desperado lagi best daripada tengok wayang Nizar barua ni..


Balikler Pasir panjang berkhidmat untuk orang Melayu, bukan terus-menerus jadi barua kepada nga ngeh DAP tu, Nga kor ming the real MB of Perak from DAP, Nizar ni puppet je..sampai bila nak sedar mangkuk ayun barua pencacai semua ni.

akai adaka?
http://antibarua.blogspot.com/

al amin said...

sama je jika orang umno jadi MB,
cina juga yang kaya.
Udah 50 tahun umno memerintah ,Apa yang orang melayu boleh banggakan di bandar ipoh.

Tolong buat servey berapa peratukah bangunan kormesil milik melayu di bandaraya ipoh, selain daripada bangunan milik ajensi kerajaan.

saya berpendapat kita tidak perlu lagi umno kerana:-
Orang Melayu terutamanya akan terlebih dahulu melihat sikap serta peranan pemimpin politik Melayu mereka. Masyarakat selalu bertanya, sejauh mana pemimpin politik Melayu yang berkuasa meneguhkan dan menterjemahkan rasa bangga bahasa Melayu dalam kapasiti mereka? Sejauh mana mereka memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara ini? Sejauh mana mereka memperteguhkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu moden? Sejauh mana mereka memanfaatkan bahasa Melayu yang sejak sekian lama menjadi lingua franca rantau ini untuk terus menjadi bahasa perpaduan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak?

Anonymous said...

Memang boleh menang tapi bukan dari udi Melayu...undi cina utk. jadikan Nizar kuda itu je....

Apache said...

PEMBETULAN: SEMUA KERAJAAN YANG TERTEGAK ADALAH KERANA IZIN ALLAH DAN BUKANNYA RAKYAT SEPERTI NIZAR BINTANG 3

Anonymous said...

tolong tgk link ini...
terima kasih...
selamat...

http://my.88db.com/my/Services/Post_Detail.page/Business/Business_Services/?PostID=243328

Anonymous said...

Al..amak Amin,

Kalau benar bagai di kata
Kenapa PR bagi lagi tanah ber ekar ekar
Project rumah murah ditangguh
diubah menjadi rumah sederhana dan bungalor
Walaupon tidak dilereng bukit
Bila terdengar hati ku sakit ..

Konon nya UMNO untuk melayu saja
Mengapa kata Cina jugak yang kaya raya
PR nampak sangat menjaja hina
Bangsa sendiri ditemplak untuk siapa
Kalau Nizar berdiri dibelakang dia siapa
Tepuk dada tanya selera!

adibeta said...

Buat Al-Amin,
1. Dtngla ke Kelantan..lihat sendiri peratusan jumlah bangunan yg dimilki oleh ore Melayu di Kota Bharu dan bandar2 sekitar.

2. Terbaru pembangunan di Tunjung, Wakaf che yeh, Kubang Kerian -melayu tetap tertinggal w/pun di bawah PAS..

3. Apa yg berlaku ialah proses perbandaran...kelantan baru mengalami kerana baru menerima tempias perbandarann.

4. Jadi jgn hanya menyalahkan UMNO..

wak-murai said...

salam ( derhaka )

buat banner kat terengganu hina sultan ( macam mana )

keluar kenyataan kat akhbar ( macam mana pulak

yang kurangkan kuasa sultan camna plak

Anonymous said...

Kegawatan ekonomi perlu diberi keutamaan, its high time kita perkasamkan saja Nizar nih!

Naik lemah lutut bila sebut nama dia, sibuk dengan Camry, tanah balak saja..

Bota

Mr.KETAM said...

Ni daripada sahabat kita http://mesintaipburuk.blogspot.com/
Niat puasa sunat "mogok lapar"...

Puak2 Pas kata mogok lapar tak haram kalau diniatkan sebagai puasa sunat. Jadi tertanya2 juga aku bagaimana niat puasa sunat mogok lapar ni? Sebab Tok Guru tak ajar pula tu. Jadi puas menyelongkar kitab2, agaknya begini lah kot:

"Sahaja aku puasa sunat mogok lapar pada esok hari selama tiga hari kerana Nizar nak jadi MB"

Hemm... sesiapa yang tahu tolong leraikan kekusutan otak aku ini??

p/s: memang menarik

yuhana said...

nizar ni buat malu org perak je
patut dibuang negeri

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED